Showing posts with label bahaya postinor 2. Show all posts

POSTINOR 2 UNTUK BESAR PAYUDARA???

POSTINOR 2 UNTUK BESAR PAYUDARA??? Sebenarnya malas nak review atau share info berkaitan Postinor 2 ni sebab ia adalah sejenis pil pencegah kehamilan jika berlaku terlajak atau terlanjur atau di rogol. Untuk mengelakkan hamil.. Di ambil dalam masa 72jam selepas bersama. Dia bukan pil perancangan kehamilan ok.. dia adalah pil mencegah kehamilan. Takut jugak satgi ada guna untuk tujuan maksiat.. Tak pepasal makcik kena tanggung dosa hangpa.. Tapi tujuan makcik tulis entri ni adalah ingin berkongsi info kesihatan supaya tak ada yang tersalah guna untuk tujuan yang bukan dalam keperluannya.


Semalam terbaca satu perkongsian di social media.. Seorang perempuan ni dia share tip nak besarkan payudara dengan mengambil pil postinor 2. Confident pulak tu dia share tip.. Bila orang komen cakap bahaya ambil pil tanpa pengawasan doktor atau lebih dari dos yang di tetap.. dia pertikai pulak kenapa bahaya. Dia ambil ok jer.. payah tau nak didik perempuan yang dah akil baligh, kurang bijak & sombong ni. Dia jenis ikut hukum akal dia jer..

Kononnya Postinor ni dikatakan mampu membesarkan payudara dia sebab mengandungi hormon estrogen yang membantu meningkatkan saiz payudara kalau diambil dua kali seminggu.

Saya petik dari perkongsian Page Medical Mythbusters Malaysia.. 

Postinor adalah pil hormon levornogestrel (sejenis hormon progestogen, BUKAN estrogen) yang mana berfungsi sebagai pencegah kehamilan dalam keadaan kecemasan (emergency contraception). Ianya adalah Racun Kategori C, bermakna boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor, tetapi perlu dijual dengan kehadiran ahli farmasi bertauliah. Pil ini tidak disarankan diambil secara berterusan. Oleh itu, penjualan pil ini di internet atau media sosial adalah SALAH dan melanggar undang-undang.

Kenapa penjualannya dikawal?

Pil ini berpotensi menyebabkan beberapa kesan sampingan serius, antaranya:
1) risiko interaksi bersama ubatan lain
2) risiko membebankan fungsi hati
3) risiko kitaran haid tidak teratur sekiranya digunakan dengan kerap
4) risiko peningkatan tekanan darah
5) risiko kemandulan sekiranya digunakan tanpa kawalan

Oleh itu, pengambilan Postinor secara berterusan dengan bertujuan membesarkan payudara bukan sahaja tidak berkesan, malah ianya boleh memudaratkan. Ianya TIDAK MENGANDUNGI estrogen.

Saiz payudara dipengaruhi secara amnya oleh faktor genetik. Wanita asia secara umumnya mempunyai saiz payudara yang kecil berbandimg wanita barat.

Dan terakhir, wanita yang mempunyai saiz payudara yang besar akan lebih berisiko mempunyai masalah sakit tengkuk, belakang dan bahu berbanding mereka yang berpayudara kecil. Maka bersyukurlah dengan kurniaan semulajadi.

Sumber : Jom like page Medical Mythbuster Malaysia 


Please jangan kerana nafsu korang ikut benda benda mengarut yang di share mereka yang tidak mempunyai tauliah di media sosial. Takut nak besarkan aset kononnya.. kang yang tumbuh benda lain pulak.. Tak pepasal dari sihat terus sakit. Tak tau sejenis perempuan yang suka payudara besar ni apa yang depa fikir.. Terima je la seadanya. Kau nak isi apa besar besar sangat?? Kang susah nak cari size bra baru tau.. kekekekekeke

Semoga perkongsian ini memberi info & manafaat kepada semua.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com