Showing posts with label ladang. Show all posts

KISAH BENAR MISTERI SERAM DI SEBALIK PEMBANGUNAN CYBERJAYA

KISAH BENAR MISTERI SERAM DI SEBALIK PEMBANGUNAN CYBERJAYA. Raya kedua dah bersegmen seram serik lekat lekit. Mesti la blog puaka kena ada cerita seram nanti peminat lari atau komplen. Jadi sebagai menjaga hati peminat cerita seram di blog lekat lekit ni malam ni den nak membongkar rahsia seram misteri di sebalik cyberjaya.


Mungkin ada yang tak tahu cyberjaya sebelum di bangunkan adalah kawasan ladang kelapa sawit yang berkeluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Menurut sumber, ladang kepala sawit (Cyberjaya) ini merupakan ‘perkampungan’ bagi makhluk-makhluk lain atau lebih senang paham penempatan makhluk halus @ ghaib la. Tapi dengan rakusnya tempat tu di rampas manusia untuk pembangunan menyebabkan selepas di bangunkan dengan pesat pun masih lagi berlaku kejadian kejadian mistik & seram kat situ. Maybe makhluk tu marah la kot.. abis kampung depa di ranapkan untuk dijadikan penempatan manusia.

Katanya semasa proses nak di bangunkan tempat tu pihak yang terlibat dalam membangunkan cyberjaya ni terpaksa guna khidmat mereka yang bergelar 'Ustaz' untuk memindahkan makhluk ghaib ni ke tempat lain. Masa awal-awal Putrajaya dan Cyberjaya dibuka,agak lama jugak masa di ambil untuk orang datang tinggal kat situ. Katanya ada kaitan dengan kisah mistik yang berlaku disitu yang di sebabkan penghuni tak nampak. macam macam versi kisah seram yang di ceritakan dari mulut ke mulut. Katanya pernah berlaku kejadian seram di salah sebuah sekolah kat situ. Kalau korang nak baca kisah tu boleh baca kat sini >> Kisah Benar..Misteri Yang Berlaku Sebelum Cyberjaya Dibangunkan <<

Ada yang menafikan kejadian seram yang berlaku kat situ tapi sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Kita sedia maklum hutan adalah penematan makhluk ghaib mungkin cyberjaya pernah jadi perkampungan mereka & mungkin jugak tidak.

Moral of the story.. Sedarlah manusia berapa banyak hak makhluk lain hendak di rampas untuk pembangunan. Dan berapa banyak manusia nak melakukan kerosakkan di bumi Allah ni? Sesungguhnya manusia tidak akan pernah puas sampai kiamat.

JEMAAH MISTERI MASJID & SUARA SERAM BANGLO DI BUKIT TAGAR

JEMAAH MISTERI MASJID & SUARA SERAM BANGLO DI BUKIT TAGAR. Ada orang tegur.. Blog puaka lekat lekit dah kurang update cerita seram. Ada jer cuma maybe sebelum ni segmen seram serik lekat lekit bercuti sepanjang bulan puasa. Mungkin jugak kurang review filem2 seram sebab banyak cawangan kedai dvd classic world entertainment dah tutup.. So, pemburuan jadi kurang la hasilnya. Tapi takpe sekarang kembali bersiaran segmen seram lekat lekit dengan kisah seram di bukit tagar, hulu selangor. Bukan kisah adaptasi filem yer.. Ni kisah seram yang di kongsikan seorang penduduk di sana.. Sepatutnya entri ni post malam semalam... Tapi sebab bagi laluan kepada isu tengah viral dulu katanya.. hahahaha

Sumber Google

Kisahnya pertama tentang sebuah masjid di ladang bukit tagar. Kat situ majoriti penduduk dia terdiri dari kaum india maka banyak kuil2 & pokok2 besar yang menjadi tempat penyembahan kaum india beragama hindu. Kat situ jugak ada sebuah masjid yang lokasi dia ada tersorok & jauh dari rumah orang. Masjid tu katanya meriah hari jumaat jer.. Hari biasa ni ada la sorang hamba Allah yang di panggil abang man akan datang azan & bersolat kat situ. Kalau ada pun jemaah lain cuma terdiri dari anak pinak dia je. Kira masjid ni kalau bukan hari jumaat memang tak ada jemaah lain selain abang man ni dengan anak anak dia.

Nak di jadikan cerita misteri & mistik.. mungkin seram jugak la bagi sesetengah orang. Hope korang pergi kencing dulu la sebelum teruskan pembacaan. Bukan apa takut lepas baca tetiba takut nak pi toilet susah jugak. Melainkan korang macam orang jepun mengamalkan pemakaian diapers dewasa katanya...

Sambung cerita pasal masjid tadi.. Pada satu malam yang sepi.. termenung ku sendiri.. ops ternyanyi pulak... seorang penduduk berbangsa india lalu kawasan masjid tu tetiba dia nampak meriah semacam je jemaah kat masjid tu malam tu. Biasanya dia tahu sorang je hamba Allah yang datang ke masjid tu iatu bang man kecuali hari jumaat tu pun time solat jumaat je ramai.. tetiba malam tu jadi ramai. Mustahil la ada buat malam pesta muda mudi kat masjid kan... Takkan ahli jemaah PAS pulak buat mesyuarat sebab semuanya jemaah malam tu berjubah hijau. Tau la PAS warna tema dia hijau tapi rasanya bukan ahli PAS buat perjumpaan.. Dia pergi la skodeng kat masjid tu & dengar la suara hamba Allah yang memang rutin harian dia azan, solat & mengaji kat masjid tu. Yang menjadi misteri nusantaranya siapakah makmum abang man malam tu??? A. Ahli PAS B. Jin Islam C. Orang shooting Filem.

Maka dia tanya pada abang man tapi abang man tak bagi sebarang jawapan atau pilihan jawapan objektif. Maka orang membuat kesimpulan sendiri.. Jemaah misteri berpakaian sedondon malam tu mungkin dari kalangan Jin Islam...

Kisah kedua pun kisah yang ada kena mengena dengan abang Man jugak. Kisah suara & bunyi misteri di sebuah banglo cendawan. Kenapa banglo cendawan?? Entahlah.. aku baca dia tulis banglo cendawan pulak tak tau la banglo tu bentuk cendawan ke hapa. Banglo tu katanya bekas tempat tinggal seorang pengurus ladang bukit tagar tu. Tapi lepas di panah petir & terbakar ia di tinggal begitu saja. Banglo tu terletak di puncak bukit & katanya banyak beraku kejadian aneh melibatkan perkara mistik & misteri. Berdekatan dengan banglo tu ada satu pemancar syarikat telekomunikasi. Bang man ni pernah kerja jadi security guard kat kawasan alat pemancar tu. Kiranya sebelum dia kerja memang takde pak guard la jaga kat situ malam malam. Lepas dia kerja.. dia satu satunya pak guard paling kental berani kerja malam kat situ. Dijadikan kisah satu malam yang seram.. kawan abang man konon nak teman abang man kerja malam tu sambil borak boleh dia tidur sekali tapi jangankan dapat tidur nyenyak sambil mimpi kawen dengan puteri bunian nak pejam mata pun rasa tak mampu. Sebab katanya bila tengah malam dia dengar suara perempuan dok nyanyi lagu melayu klasik siap ada background music hilaian tawa seram serik lagi dari banglo lama tu. Di tambah lagi kat pondok jaga tu selalu je dengar bunyi tapak kaki orang berjalan & berlari. Bila tanya abang man macam biasa tiada jawapan pasti cuma dia suruh buat tak tahu je.

Itulah kisah misteri & misteri yang berlaku di ladang Bukit tagar, hulu selangor. Sesungguhnya tak semua kehidupan itu kita nampak. Mereka wujud & berkongsi hidup di bumi yang sama cuma berlainan dunia. Jadi.. perkara2 mistik ni tak mustahil boleh berlaku cuma jangan la korang takut dengan depa sampai nak pi kencing pun sanggup tahan sampai kena batu karang. Mohonlah perlindungan dari Allah & yakin Allah itu lebih berkuasa dari segalanya.

Moral of the story.. Siapa abang Man? Aku rasa dia lagi misteri dari yang mistik. Nak tau siapa abang man kat sumber asal ni ada cerita siapa abang man. Sila baca kat sini >> KISAH ANEH DI BUKIT TAGAR <<


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com