8 CARA MERAWAT BENGKAK GUSI GUNA BAHAN SEMULAJADI DI RUMAH
8 CARA MERAWAT BENGKAK GUSI GUNA BAHAN SEMULAJADI DI RUMAH. Sejak dua tiga hari ni memang rasa tidak enak di bahagian gusi dekat gigi geraham bahagian atas sebelah kiri. Tapi biasa la.. Selagi orang kata boleh makan,, dia lenjan la gusi tu sampai bangun pagi ni ambil kau! Macam kena penumbuk sedas. Membukit dah kesan bengkak tu baru terhegeh hegeh nak petua nak melegakan bengkak pada gusi.. Ada jugak tanya kat wall FB tadi.. Masing2 suggest kumur air garam. Yup salah satu cara yang aku baca boleh menyembuhkan bengkak gusi ni.Bengkak gusi memang akan rasa macam ada ketumbuhan dalam mulut & rasa dia sakit berdenyut2. Paling siksa bila nak kunyah makanan.. Memang sakit bila gigi menekan gusi masa mengunyah makanan. Maka sepanjang sakit gusi makan macam ular sawa je la.. Telan2 gitu katanya. Asal tak lapar. Tu pun syukur masih mampu makan walau telan telan.. Ada orang makan pakai tiub lagi kesian. Jadi walau sakit tetap kena bersyukur.. Kalau kita rasa teruk ada orang lebih teruk dari kita, ye dak.
❤ CARI PRODUK BABY CARE? JOM TENGOK KAT SINI ❤
Jadi sebab aku sedang di landa bengkak gusi ni maka aku nak share la petua2 untuk menyembuhkan bengkak gusi secara semulajadi.. Badan ni kita kadang2 tak boleh di ajar asyik makan ubat je. kalau boleh merawat guna bahan semulajadi kita kena guna kita kena try juga sebab bahan2 yang di gunakan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Antara kaedah secara semulajadi yang boleh kita guna selain kumur air garam adalah...
Minyak Cengkih
Aku pun sebenarnya tak pernah tengok macam mana rupa minyak cengkih ni & macam mana nak dapat minyak cengkih. Atau boleh di buat kat rumah dengan menggunakan minyak masak & bunga cengkih. Tapi bila google memang ada di jual minyak cengkih ni. Cara dia cuma sapukan minyak cengkih di bahagian gusi yang bengkak 2 kali sehari. Satgi den try hasilkan minyak cengkih sendiri ok! hehehe
Jeruk Nipis
Ni la susah bila rujuk info dari artikel orang indonesia. Jeruk nipis tu apa wei??? Hahaha.. Hasil google rupanya limau nipis. Katanya perah jus limau nipis tu kemudian campurkan dengan air suam & guna untuk berkumur. Sebaiknya buat waktu masa nak tidur & selepas bangun pagi.
Madu
Sebaiknya madu asli bukan madu yang dok beli kat pasaraya tu. Normally madu yang dah di kilangkan & di packing cantik2 tu tak berapa asli walau dia tulis madu asli. Jangan pulak dok buat lawak kurang bijak.. nak test madu asli ke tidak bawak jumpa bini. Kalau kena hempuk dengan lesung batu bermakna madu asli katanya.. Cukup setakat tu je gurauan berkasih pasal madu asli. Cara merawat gusi bengkak guna madu asli adalah sapukan bahagian gusi yang bengkak 3 kali sehari Insya Allah bengkak akan berkurangan & sembuh.
Bawang Merah
Ni stok yang sentiasa ada kat rumah kecuali korang memang seumur hidup makan kat luar je. Jangankan gas.. dapur pun tak pernah ada katanya. Cara dia tumbuk bawang merah tu kemudian campur dengan sedikit garam lepas tu sapu di bahagian gusi yang bengkak. Tu pun kalau tahan dengan rasa & bau bawang boleh la buat. hahaha
Lemon & Air panas
Cara guna lemon ni pun sama macam guna limau nipis tu. Perah jus lemon kemudian campurkan dengan air panas. Seeloknya air suam la sebab takkan nak berkumur dengan air panas pulak kan. Lepas tu kumur la dua kali sehari.
Pijatan Gusi
Tu dia apa kejadahnya pijatan gusi ni. Apa yang aku faham adalah macam kaedah picit atau urut bahagian gusi yang bengkak tu la. Cara dia urut atau picit gusi yang bengkak dengan cara membulat menggunakan jari telunjuk. Pastikan jari tu bersih dulu ok!
Baking soda
Yang suka membaking ni mesti ada stok kan. Yang tak suka baking macam aku pun ada jugak stok. Caranya macam biasa campur dengan air kemudian guna untuk berkumur. Buat banyak kali pun tak apa katanya dapat mencegah pembiakkan bakteria.