PENCINTA ROHINGYA

PENCINTA ROHINGYA Sejak tahun lepas akaun facebook aku dah dapat access untuk monetise tapi asyik kena restriction monetise kena gantung. Tahun ni dapat balik isu rohingya punya pasal.. Nah permanently suspend terus kau. Aku anggap bukan rezeki cuma aku tak berhenti la untuk terus bersolidariti untuk tanah air. Bagi aku isu rohingya bukan lagi isu kemanusiaan tapi dah jadi satu ancaman. Jadi kita kena bersuara supaya ada tindakan dari pemerintah untuk mengawal mereka selama berada di sini. 

aku sebenarnya aku tahu siapa yang report. Sebelum tu dia cuba viralkan aku bila aku berlawan hujah dengan dia, dia macam tak boleh jawab lepas tu dia blocked aku. Dan pada masa yang sama posting aku pasal rohingya yang dia tak puas hati kena removed & akaun aku kena suspended. Dia konon memperjuangkan rohingya di Malaysia. Orang melayu Islam juga. Dia masih memperjuangkan Rohingya & akan screenshot posting posting penentang Rohingya & buat posting provokasi. 

Orang macam ni paling aku tak faham.. Dia masih tak nampak Rohingya satu ancaman sedangkan hampir seluruh rakyat malaysia dah nampak & sedar. Bukan sebab kempen tapi boleh di lihat di sekeliling kita sendiri sekarang ni. Kau masih nak bagi muka mereka bebas dalam negara sedangkan mereka tidak sepatutnya bebas. Mereka mesti di letakan di kem pelarian. Isu terlalu banyak sehingga kerajaan tak mampu menanggung kos pelarian di kem.. Sekarang populasi mereka sudah jadi tidak terkawal. Setakat nak bagi dpp katanya nak kawal mereka. Aku rasa dpp ni pun tak ada hasil apa apa. Yang kena buat tindakan tegas pada mereka. Kawal perairan negara. Hukuman tegas pada mana mana individu yang menjadi talibarut membawa mereka masuk secara haram. Itu ja. Biarlah agak lambat tapi sekurang kurang buat bermula dari sekarang. 

Kita terima sebagai tanda kita beperikemanusiaan. 40 tahun mereka di sini sampai bergenerasi tapi kepada bangsa yang tidak tahu mengenang budi kita kena limitkan juga perikemanusiaan tu demi keharmonian & keselamatan negara. 

Pada pencinta pelarian Rohingya. . yang sekarang masuk bukan lagi pelarian perang. Sebab yang ramai datang sekarang dari kem cox bazar di bangladesh. Kat situ tak ada siapa ancam depa ni. Kat situ kem pelarian yang di sediakan kerajaan bangladesh. Tapi di sebabkan mereka sejenis bagi betis nak peha, nak hidup bebas & senang lenang sebab mereka sanggup bayar berpuluh ribu pada agent untuk masuk secara haram di Malaysia. Jadi mereka bukan lagi pelarian tapi pendatang haram. Pelik masih ada yang nak menyambut pendatang haram & bagi keistimewaan pada mereka atas dasar kemanusiaan. 



Teruskan bersolidariti untuk kita rakyat malaysia. Bersihkan malaysia dari pendatang haram ini. 

Comments