Showing posts with label musnah. Show all posts

TERKINI! GAMBAR KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR

TERKINI! GAMBAR KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR. Pagi ni tetiba di kejutkan dengan berita kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Bertebaranlah gambar - gambar sekitar kebakaran berlaku tak kurang jugak gosip2 & khabar angin di sebarkan melibatkan kematian walaupun tidak pengumuman rasmi di buat lagi. Tapi biasa la media sosial.. Memang cepat tapi belum tentu tepat. Jadi di nasihatkan supaya tak perlu jadi orang pertama menyebarkan berita kalau kita tak tahu sejauh mana kesahihannya.


Katanya kebakaran berlaku di tingkat dua, Unit rawatan rapi (ICU). kebakaran di percayai berlaku pukul 9 pagi tadi. Semua pesakit di bawa turun & berkumpul di ruang letak kereta. Pihak bomba masih melakukan operasi memadamkan api & menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Operasi masih di teruskan & masih tiada laporan rasmi di keluarkan setakat ni.


Jadi pada anda di luar sana.. Jangan ghairah menyebarkan berita2 kematian benda ni boleh mengundang panik pada mereka2 yang mungkin ada ahli keluarga yang bekerja atau di rawat kat situ. Kita yang tak ada kena mengena memang tak rasa kerisauan tu.. Acah acah risau je yang ramai. Doakan semoga operasi menyelamat berjalan lancar & semoga Allah melindungi semua mereka yang terlibat.

Terkini : 6 Di sahkan Maut melibatkan semua pesakit di wad ICU

AWAS! QARIN MODEN YANG BERDAMPING DENGAN KITA BUKAN LAGI JIN

AWAS! QARIN MODEN YANG BERDAMPING DENGAN KITA BUKAN LAGI JIN. Qarin.. hangpa tau ka apa tu Qarin? Ok ok.. bagi yang masih tak tau apa tu qarin meh la aku bagi info sikit tentang Qarin. Qarin adalah jin yang berdamping dengan manusia macam kembar. Setiap manusia yang lahir ke dunia ada qarin sendiri. Qarin ni ada kafir & Islam.. Yang kafir macam biasa la akan mendorong kita buat benda2 tak baik & Islam mengajak kita membuat kebaikkan.


Tapi Qarin versi digital yang aku nak cerita ni Qarin Zaman moden. Dia tak lahir bersama manusia tapi kebanyakkan generasi baru sekarang lahir2 je memang dah kenal Qarin ni. Budak sekarang seawal 1 hari pun dah di dedahkan dengan Qarin berteknologi tinggi ni. Jadi dia membesar pun bersama Qarin versi digital ni. Qarin ni pun membawa 2 perkara jugak. Kalau salah guna jadi keburukkan.. kalau di gunakan dengan betul dapat la manafaat. Qarin ni jugak sekarang ni banyak menjadi punca penceraian. Bukan punca penceraian je malah melalui Qarin jugak melahirkan ramai penipu,penyamar & pemfitnah. Besar impak Qarin versi digital ni.. Pendek kata Qarin ni jugak banyak merosakkan hubungan antara manusia.

Qarin versi digital ni ada macam jenis.. samsung.. iPhone.. lenovo..bla.. bla.. dot com. Banyak sangat bangsa dia tak tertulis aku dalam entri ni. Bukan je banyak jenama tak kurang jugak dalam pelbagai bentuk & rupa paras begitu jugak dengan harga. Ni bukan jenis Qarin yang include masa lahir ok! Ni Qarin yang di jual di kedai2 gadget elektronik. Qarin buatan manusia. hahahhaha

Itulah Qarin versi digital yang buat manusia tak boleh berenggang dengannya. Dari celik mata sampai tutup mata melekat je kat tangan macam kembar siam. 24/7 tak pernah berpisah.

Beli mahal kadang2 kita rasa sakit hati jugak dengan kewujudan dia dalam hidup kita. Rasa macam nak musnahkan tapi sayang. Cuma bukan semua orang jenis sayang Gadget Qarin ni.. Ada jugak yang lebih sayangkan hubungan yang terjalin jadi depa ambil keputusan memusnahkan Qarin Smartphone dengan cara yang kita sendiri tak sanggup nak buat. Inilah cara paling kejam pernah aku tengok. Kalau korang nak tau caranya meh tengok kat sini >> 10 cara memusnahkan telefon anda tanpa ada rasa menyesal kemudian hari <<

Moral of the story.. Memang tak banyak beza antara Qarin & gadget2 sekarang. sebab tu aku gelarkan dia sebagai Qarin. Apapun tak semua Qarin tu membawa kejahatan macam tu jugak dengan smartphone kita cuma yang menentukan baik atau buruk cara kita gunakannya.

AIR KECIL JADI KAWAN BILA BESAR JADI LAWAN

Biasanya kita dengar perumpamaan api kecil jadi kawan bila besar jadi lawan tapi ni kira perumpamaan baru dari Cikgu Lekit.. Air kecil jadi kawan tapi bila besar jadi lawan. Cikgu yang takde kelulusan dari mana2 maktab perguruan atau Universiti. Cikgu lepasan pertapaan gunung gondol katanya... kekekekeke

Apa kes Air sampai jadi lawan bagai ni.. Air kan sifatnya lembut & sejuk kalau tak di panaskan la. Yelah..  Kalau setakat air paip memang la jadi kawan, kalau stop sekejab pun kita bagai kehilangan punca & arah tuju. Sebab alirannya masih kita boleh kawal tapi bila dah jadi banjir macam ni.. Kita pun tak rasa nak berkawan sangat dengan air kan?? Sebab tu aku buat perumpamaan macam tajuk entri tu.

 Kita hanya berkawan dengan air yang mengalir dari sini.. Sumber google

sana sini orang update pasal banjir. terkesima.. terkedu.. tergamam.. tersedih.. terduka.. terlara bila tengok ada rumah yang hanyut di bawa air. Hujan pulak masih menangis tan henti2.. Takde siapa mampu memujuk hujan agar tidak bersedih & menumpahkan airmatanya pada bumi.. Betapa sedihnya hujan... Tu dia keluar puitis dah.

Kalau macam ni nak kawan pun rasa was was dah dengan air.. Sumber FB

Bukan setakat harta benda musnah.. ada nyawa juga terkorban. Ya Allah besar Ujian Mu.. Rata2 mengatakan banjir kali ni lebih teruk berbanding tahun2 yang sebelumnya. Tahun lepas pun aku dengar statement.. banjir lebih teruk dari tahun sebelumnya, bermakna banjir setiap tahun memang semakin teruk la kan? Even aku tak terlibat dalam banjir.. family aku kat kampung pun Alhamdulillah tak kena banjir. Tapi tak bermakna aku duduk sambil urut dada, bergoyang kat kerusi malas jer..

Mungkin kita tak berkemampuan nak menyumbang dari segi material atau tenaga.. Maka marilah kita sama sama berdoa agar banjir cepat surut. Moga2 doa kita menjadi doa yang termakbul, Insya Allah. Setiap bencana yang berlaku atas muka bumi ni atas kesilapan & kesalahan makhluk bernama manusia. Dan manusia jugaklah kena betulkan apa yang di rosakkan tu.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com