AIR KECIL JADI KAWAN BILA BESAR JADI LAWAN

12/24/2014 09:04:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Biasanya kita dengar perumpamaan api kecil jadi kawan bila besar jadi lawan tapi ni kira perumpamaan baru dari Cikgu Lekit.. Air kecil jadi kawan tapi bila besar jadi lawan. Cikgu yang takde kelulusan dari mana2 maktab perguruan atau Universiti. Cikgu lepasan pertapaan gunung gondol katanya... kekekekeke

Apa kes Air sampai jadi lawan bagai ni.. Air kan sifatnya lembut & sejuk kalau tak di panaskan la. Yelah..  Kalau setakat air paip memang la jadi kawan, kalau stop sekejab pun kita bagai kehilangan punca & arah tuju. Sebab alirannya masih kita boleh kawal tapi bila dah jadi banjir macam ni.. Kita pun tak rasa nak berkawan sangat dengan air kan?? Sebab tu aku buat perumpamaan macam tajuk entri tu.

 Kita hanya berkawan dengan air yang mengalir dari sini.. Sumber google

sana sini orang update pasal banjir. terkesima.. terkedu.. tergamam.. tersedih.. terduka.. terlara bila tengok ada rumah yang hanyut di bawa air. Hujan pulak masih menangis tan henti2.. Takde siapa mampu memujuk hujan agar tidak bersedih & menumpahkan airmatanya pada bumi.. Betapa sedihnya hujan... Tu dia keluar puitis dah.

Kalau macam ni nak kawan pun rasa was was dah dengan air.. Sumber FB

Bukan setakat harta benda musnah.. ada nyawa juga terkorban. Ya Allah besar Ujian Mu.. Rata2 mengatakan banjir kali ni lebih teruk berbanding tahun2 yang sebelumnya. Tahun lepas pun aku dengar statement.. banjir lebih teruk dari tahun sebelumnya, bermakna banjir setiap tahun memang semakin teruk la kan? Even aku tak terlibat dalam banjir.. family aku kat kampung pun Alhamdulillah tak kena banjir. Tapi tak bermakna aku duduk sambil urut dada, bergoyang kat kerusi malas jer..

Mungkin kita tak berkemampuan nak menyumbang dari segi material atau tenaga.. Maka marilah kita sama sama berdoa agar banjir cepat surut. Moga2 doa kita menjadi doa yang termakbul, Insya Allah. Setiap bencana yang berlaku atas muka bumi ni atas kesilapan & kesalahan makhluk bernama manusia. Dan manusia jugaklah kena betulkan apa yang di rosakkan tu.

1 comment:

  1. Doa yang termampu.. semoga mangsa2 banjir ni tabah.... takut satu masa, kita punya turn pulak... nauzubillahminzalik...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com