23 August 2025

AZURA DARI BELUNCAS

AZURA DARI BELUNCAS. Salam sejahtera followers & reader yang masih setia dengan blog lekatlekit walau lekitan tak berapa melekat sangat dah sekarang ni. Zaman dah berlalu tapi jiwa masih nak menulis cuma kekangan waktu kadang kadang menghalang. Ada masa saya akan menulis juga cerita cerita santai yang berlaku dalam kehidupan saya. Sekadar diari biasa menyimpan kenangan.. 

Alkisah tersebut la kisah.. Baru baru ni suami bawa balik beluncas bagi kat anak perempuan saya yang memang suka serangga kecuali lipas. Yang gugirl ni dari baby dia memang obses dengan serangga. Dah besar pantang serangga masuk rumah mesti nak di tangkap buat pet. Itu yang pernah kutu beras pun di jadikan pet. Entahlah nak.. Mak hang dulu pun suka juga serangga. Suka tangkap ulat daun, cicak bagai tapi tak la sampai jadikan kutu beras tu pets. 

Si bapak memang suka melayan anak anak. Di bawanya balik 2 ekor beluncas letak dalam balang untuk anak bela. Mujur la dapat bini yang memang tak geli dengan spesis ulat ni.. Lantak pi la. Tapi saya tolong jaga juga la. Tengok tengok progress beluncas. Sampai dia jadi pupa (kepompong). Yang seekor tu lari keluar balang lepas tu hilang. Jumpa dah kering pupa dia. Memang mati la. Seekor lagi tu dengar cakap.. Elok je la hidup dalam kepompong. Yang tak lari dari rumah membesar dengan baik je. 

Ni yang derhaka lari dari rumah

Yang ni anak soleh sebab tu pupa dia hijau. Baru pas kan hehehehe

Proses pupa bertukar jadi rama rama ni ambil masa lebih 7-14 hari waktu bekerja. Hehehe.. Lepas berhibernasi tu dia akan keluar dari kepompong kemiskinan menjadi rama rama. Masa dia keluar dari kepompong tu saya tak perasan. Lepas tu saya keluar. Balik tu saya tak belek pula. Esoknya bila tengok tinggal kelongsong je. Isi dah tak ada. Ingat dia dah jadi rama rama dia dah terbang keluar rumah. Esok harinya tiba tiba anak saya bagitau ada rama rama datang kat meja dia. Jinak pulak tu. Tak lari bila kita dekat. Pegang pun dia naik atas jari duduk bertenggek elok je jadi memang confirm la ni dari beluncas anak saya tu. Rama rama liar biasa lari bila kita dekat kan. Lagipun dalam rumah tingkat 9 ni mana ada rama rama sangat nak masuk rumah. 

Sempat la 1 malam bermesra dengan rama rama yang dia bagi nama Azura. Anak saya memang dari kecil toys semua ada nama. Apa lagi pets. Dia ada seekor ikan puyu nama haikal. Jadi rama rama tu dia bagi na azura. Azura memang totally jinak. Boleh pegang & tak lari. Mungkin sebab bela dari beluncas. 


Esok pagi tu azura masih ada kat dalam balang dia. Balang memang tak bertutup. Bila anak saya usik azura mula terbang & keluar melalui tingkap. Mungkin azura sekadar datang nak ucap selamat tinggal je kot. Memang tak kurung pun azura dari beluncas. Letak dalam balang tak bertutup je. Baik budaknya azura ni. Tak merayap merata pun masa jadi beluncas dulu. Sampai la dia jadi rama rama & dia tak boleh lagi hidup dalam balang.. Baru dia keluar. 

Apapun pengalaman pertama anak saya bela beluncas sehingga jadi rama rama. Nampak dia excited & happy dapat tengok rama rama cantik dari beluncas dia bela. Macam biasa dia minta lagi beluncas tapi bapak dia bawa balik pulak nujum pak belalang.. Hurmm.. 

Yang ni tak tau bela jadi nujum ke apa

0 Komen Melekat:

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;