GUGURNYA SITI SARAH.. ANTARA KORBAN COVID. Dua hari lepas menerima perkhabaran seorang kawan di media sosial Nur sharena atau lebih mesra di panggil cipis yang kembali kerahmatullah akibat jangkitan covid. Bagi seorang pesakit kronik, sememangnya jangkitan covid menjadi mimpi ngeri. Itulah yang berlaku pada Allahyarhamah Nur Sharena @ cipis. Akhirnya.. beliau menjadi salah seorang mangsa korban covid. Salam takziah saya ucapkan buat seluruh keluarga Nur Sharena atas pemergiaan insan tersayang.
Pagi ini Malaysia di kejutkan dengan pemergiaan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Allahyarhamah di masukan ke hukm pada Jumaat lepas kerana mengalami gangguan pernafasan akibat jangkitan covid. Beliau juga sedang mengandung 7 bulan & pembedahan terpaksa di lakukan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan. Beliau di tidurkan.. dan pagi ini beliau telah pergi buat selamanya meninggalkan empat orang cahayamata termasuk si kecil yang baru di lahirkan.
Berita berita kematian macam ni.. sememangnya akan merentap hati seorang ibu. Jahatnya covid.. tiada simpati sesiapapun. Dia tidak memilih siapa untuk di jangkiti.. tiada tidak peduli hubungan kekeluargaan kamu. Jika kamu mendedahkan diri dan orang tersayang pada risiko jangkitan, dia pasti akan mengintai peluang.
Kita tak ada kuasa untuk menutup sektor sektor yang menyebabkan peningkatan statistik kes harian tapi selagi kita masih ada pilihan untuk berusaha mengurangkan risiko di jangkiti atau menjangkiti orang lain, maka buatlah sebagai salah satu usaha mengelakan jangkitan.
Pada yang sudah lengkap 2 dos vaksin, pada negeri negeri yang mula beralih ke fasa kedua.. Jangan terlalu meraikan. Semua masih berisiko di jangkiti atau menjangkiti orang lain. Tiada siapa yang kebal dari berisiko maka apa yang boleh kita buat adalah bekerjasama untuk mengawal penularan wabak dengan mengawal pergerakkan.
Setiap hari membaca khabar khabar kematian akibat virus yang sangat jahat ni.. hati siapa tidak hancur. Mental koyak.. jiwa menjadi sesak. sedikit sebanyak pasti risau dengan nasib keluarga sendiri.
Di Fasa kritikal ni, apa yang boleh kita buat selain terus patuh pada SOP.. adalah memohon perlindungan dari Allah. Semoga Allah menghilangkan virus jahat ini dari mukabumi.
Sungguh.. hati semakin rapuh mendengar nyawa nyawa gugur akibat covid. Semoga asbab pemergiaan Siti Sarah dapat membuka mata pihak pemerintah bahawa rakyat sedang menderita. Setiap hari rakyat meratapi kehilangan orang orang tersayang akibat covid. Lakukan sesuatu supaya dapat mengawal jangkitan covid.
Semoga mereka yang gugur angkara covid bersemadi dengan Aman.. Bagi yang muslim semoga di tempatkan mereka bersama orang orang yang beriman. Amin..
BUAT QURBAN & AKIKAH SECARA ONLINE TAK PERLU MAJLIS. Zaman sekarang teknologi memudahkan banyak perkara. Yang penting cara kita menggunakan teknologi tu. Kalau kita manafaatkan dengan baik maka hasilnya jugak baik. Bukan saja kita boleh membeli belah secara online malah sekarang nak buat ibadah Qurban & Akikah pun dah ada secara online. Manusia zaman maju memang sentiasa sibuk, jadi perkhidmatan macam ni mungkin membantu dari segi masa bagi mereka yang berhajat nak lakukan ibadah Qurban & Akikah.
clik pada gambar banner sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut
Tak lama lagi kita bakal menyambut Aidiladha.. waktu yang ramai akan membuat ibadah Qurban. Inilah masanya menggunakan perkhidmatan secara online untuk melakukan Ibadah Qurban dengan e-qurban. Kenapa perlu membuat ibadah qurban & akikah dengan e-qurban? Selain melaksankan ibadah.. eQurban Resources Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat seperti di Kemboja dan Indonesia.eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing. Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat islam dari seluruh dunia.
Tempahan kambing atau lembu yang dibuat bersama e-qurban akan kami sembelih di lokasi seperti Kemboja, Indonesia atau Mekah (terhad semasa hari raya Aidiladha). Tujuan utama kenapa ianya disembelih di sana adalah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menikmati hidangan daging seperti kita semua di Malaysia. Selain melakukan ibadah kita sekaligus melakukan satu kebajikan kepada saudara seislam & memberi makan kepada fakir miskin yang tidak berkemampuan untuk menikmati daging qurban & akikah.
Semua tempahan akan disahkan oleh pihak admin dalam tempoh 24-48 jam, selepas pengesahan dibuat, anda boleh melihat dalam ruangan arkib tempahan untuk senarai tempahan aktif. Tempahan aqiqah akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari manakala tempahan qurban akan diselesaikan semasa musim raya haji.
Harga untuk tempahan bersama eQurban adalah seperti berikut:
1 Ekor Kambing = RM580 seekor
1 Ekor Kambing (Mekah) = RM450 seekor
1 Bahagian Lembu = RM320 satu bahagian.
Tempahan untuk ibadah Qurban dan Aqiqah telah dibuka. Harga adalah seperti berikut:
1 bahagian lembu RM320 / bahagian
1 ekor lembu indonesia RM580 / ekor
1 ekor lembu Mekah RM450 / ekor (stok terhad)
tempahan boleh dibuat terus secara online di E-Qurban
Selain memberi makan kepada fakir miskin, ia jugak menjimatkan masa
& tenaga kerana semua di uruskan pihak oleh e-qurban selepas kita
membuat pembayaran. Tak perlu bertungkus lumus untuk adakan sebarang
persediaan untuk majlis. Sangat sangat memudahkan urusan ibadah qurban
& akikah.
Sapa yang belum buat aqiqah untuk diri sendiri mahupun anak - anak jemput la baca. Mungkin sesuatu yang di kongsi ni memberi manafaat pada mereka yang belum tahu. Sebagai blogger rojak yang macam2 cerita & isu ada.. haruslah aku isi dengan perkara yang baik & bermanafaat jugak. Manjang melantang je pun tak bagus katanya hehehehe
Aqiqah ni kita umat islam sedia tahu bukan wajib tapi sunat Muakkat iatu perkara sunat yang di tuntut kerana di lakukan Nabi SAW. Tujuannya selain dari menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT, ia jugak salah satu cara menjauhkan anak dari gangguan syaitan. Tak semestinya time baby je boleh buat aqiqah mungkin ada orang yang masa kecik mak bapak dia tak buat aqiqah untuk dia.. Boleh di buat bila2 masa pun bila ada kemampuan melakukannya.
Bagi yang berniat nak buat aqiqah untuk anak atau diri sendiri atau untuk ahli keluarga yang belum di buat aqiqah boleh buat melalui equrban. Yang tak pernah dengar program equrban meh la nak story sikit pasal program equrban ni.
equrban menyediakan perkhidmatan tempahan untuk korban atau aqiqah secara online. . Untuk ibadah Qurban, Harga untuk setiap bahagian lembu bagi tahun 2015 adalah RM295 satu bahagian Manakala harga untuk seekoar kambing qurban adalah RM550. Bagi aqiqah pulak Harga untuk seekor kambing adalah RM550 seekor manakala harga untuk satu bahagian lembu adalah RM295 sebahagian. Aqiqah & Qurban biasanya di lakukan di tempat2 yang memerlukan seperti kemboja,Thailand,indonesia & banyak lagi.
Untuk lebih detail bangaimana ibadah Qurban & aqiqah yang di jalan oleh prorgram equrban ni korang boleh clik kat banner bawah ni
Clik sini Untuk maklumat lanjut tentang ibadah qurban & aqiqah
Jadi yang mana rasa sibuk tak sempat nak arrange untuk majlis aqiqah atau ibadah Qurban tapi berniat nak buat boleh la buat melalui equrban. Kita bukan sahaja melakukan aqiqah & qurban malah memberi manafaat kepada saudara islam kita yang memerlukan.
Moral of the story.. Buat la tempahan sekarang. Peace!
Biasanya kita dengar perumpamaan api kecil jadi kawan bila besar jadi lawan tapi ni kira perumpamaan baru dari Cikgu Lekit.. Air kecil jadi kawan tapi bila besar jadi lawan. Cikgu yang takde kelulusan dari mana2 maktab perguruan atau Universiti. Cikgu lepasan pertapaan gunung gondol katanya... kekekekeke
Apa kes Air sampai jadi lawan bagai ni.. Air kan sifatnya lembut & sejuk kalau tak di panaskan la. Yelah.. Kalau setakat air paip memang la jadi kawan, kalau stop sekejab pun kita bagai kehilangan punca & arah tuju. Sebab alirannya masih kita boleh kawal tapi bila dah jadi banjir macam ni.. Kita pun tak rasa nak berkawan sangat dengan air kan?? Sebab tu aku buat perumpamaan macam tajuk entri tu.
Kita hanya berkawan dengan air yang mengalir dari sini.. Sumber google
sana sini orang update pasal banjir. terkesima.. terkedu.. tergamam.. tersedih.. terduka.. terlara bila tengok ada rumah yang hanyut di bawa air. Hujan pulak masih menangis tan henti2.. Takde siapa mampu memujuk hujan agar tidak bersedih & menumpahkan airmatanya pada bumi.. Betapa sedihnya hujan... Tu dia keluar puitis dah.
Kalau macam ni nak kawan pun rasa was was dah dengan air.. Sumber FB
Bukan setakat harta benda musnah.. ada nyawa juga terkorban. Ya Allah besar Ujian Mu.. Rata2 mengatakan banjir kali ni lebih teruk berbanding tahun2 yang sebelumnya. Tahun lepas pun aku dengar statement.. banjir lebih teruk dari tahun sebelumnya, bermakna banjir setiap tahun memang semakin teruk la kan? Even aku tak terlibat dalam banjir.. family aku kat kampung pun Alhamdulillah tak kena banjir. Tapi tak bermakna aku duduk sambil urut dada, bergoyang kat kerusi malas jer..
Mungkin kita tak berkemampuan nak menyumbang dari segi material atau tenaga.. Maka marilah kita sama sama berdoa agar banjir cepat surut. Moga2 doa kita menjadi doa yang termakbul, Insya Allah. Setiap bencana yang berlaku atas muka bumi ni atas kesilapan & kesalahan makhluk bernama manusia. Dan manusia jugaklah kena betulkan apa yang di rosakkan tu.
Hantu raya korban? Hantu apa pulak ni? Ada ke hantu khusus masa hari raya korban? Hantu sekarang tak kira hari dah.. puasa pun ada hantu siapa kata takde. Bulan puasa yang takde cuma syaitan.. Yang lain2 tetap berkeliaran macam biasa apatah lagi raya korban semua makhluk bebas bertebaran di muka bumi Allah ni. Mesti korang tertanya tanya hantu apa yang aku nak share dengan korang kan?
Sumber google
Hantu aku nak share ni aku sendiri tak sure tahap keseraman & kengeriannya. hahahahaha... Akibat tak balik kampung raya korban ni maka petang raya sebab la keluar merayap sekejab. Sekejab jer sebab Bapak nya malam hari ada keroje nak buat. Sempat la merembat bahan2 nak masak rendang sebab semalam tak sempat nak pergi beli kekdahnya. Takpe la takde juadah raya yang lain.. ada rendang pun dah cukup syarat raya katanya kekekeke
Di kesempatan itu sempat jugak merembat sampai gol 3 dvd seram 3 bahasa. Cerita melayu, thailand & omputih. Cerita melayu tu memula ambil letak ambil letak jugak la. tak confident cerita dia best sebab MIG punya produk tapi tak tahan jugak tajuk cerita dia attractive sangat katanya... Alah cerita baru tayang kat pawagam tu.. Nasi kangkang. Takpelah sebab hati ni membuak sangat nak tahu samada cerita tu best macam tajuk dia.. atau hampeh aku pejam mata & bawak pergi kauter bayar jugak la. kalau best nanti kita puji.. tak best nanti kita kutuk. hahahahahaha
Koleksi seram terbaru aku
Cerita Thailand The Whisper Spooky.. Tak google lagi cerita tahun bila. Main rembat jer. Yang pasti bukan cerita baru tapi sebab aku belum tengok bagi aku cerita baru jugak la. Yang mat saleh punya horror film, Contracted pun aku tak sure cerita tahun bila. Tapi rasanya cerita baru kot sebab aku google katanya realese June 2014. Secara kasar aku baca review dia macam tak sesuai untuk tontonan seisi keluarga jer.. hahahaha. Apapun lepas aku tengok baru aku review.
Orang sibuk daging korban aku takde kerja lain.. asal keluar je cari dvd seram tak kira raya ke tidak. hahahaha.. Nak buat macam mana dah suka.. ke tahap obses dah? sebab asal beli dvd jer mesti filem seram takde lagi aku beli filem cinta ker.. filem komedi ke.. Tahun ni semua filem seram jer. Asalkan tak mudarat sudah, ye dak? Lain la bila tengok sampai taksub.. percaya hantu lebih pada percaya Allah. Tu mungkin kena buat rawatan jugak la kan.
Yang mana masih beraya tu manafaat masa dengan family tu sebaik mungkin jangan asyik dengan semakpon je tau. Aku kalau balik kampung semakpon pun tak pegang dah. Bukan senang nak dapat kumpul jumpa family jadi hargai masa yang ada dengan mereka. Selamat hari raya maaf zahir batin.
Betul ke boleh berlaku kes haiwan yang kita korbankan tak kenal kita kat padang masyar? Wajib ke kita kena berkenal kenalan dulu dengan haiwan yang bakal kita korban tu? Bunyi macam kelakar kan?? Tapi memang berlaku tau..
Tak tau la den nak gelak ke nangis bila terbaca cerita pendek pasal sorang makcik ni yang katanya lama tercangak depan lembu yang bakal di korbankan esok. Bila di tanya seorang hamba Allah ni kenapa makcik lama dok tenung lembu tu jawabnya... Korang baca sendiri cerita & jawapan makcik ni kat bawah..
Sumber Fb Ustaz Kazim Elias
Kan?? Tak baik tau percaya benda2 yang karut marut ni. Tak pasal2 termelakukan perkara yang khurafat. Sapa la yang ajar makcik ni berkenalan dengan lembu korban supaya dia kenal tuan korbannya di padang masyar.. Aduhai makcik. Takpe la makcik.. semua orang buat silap. At least dari kesilapan kita belajar & dari kesilapan kita mungkin orang lain pun boleh belajar juga.
Apapun selamat hari raya korban maaf zahir & batin. Jangan anda terkorban dalam keghairahan menyambut raya sudah la yer.
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang
baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom
sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE