BAJU BERSIH DI LARANG SOLAT DALAM MASJID
Ni bukan kes baju kotor atau baju bersih dari sudut kesucian & kebersihan pakaian yer.. Ni kes rasanya semua orang dah tahu. Kes seorang pemuda di halau oleh AJK masjid kerana memakai baju berlogo BERSIH. Bukan takat di halau malah di lemparkan dengan kata - kata kesat sebab pakai baju BERSIH & menunaikan solat dalam masjid. Pak Haji yang naik angin tengok mamat ni masuk masjid pakai baju BERSIH Pasal baju pun kecoh. Yang buat kecoh tu seorang lelaki dewasa yang dah bergelar HAJI pulak tu. Nak kata dia tak tau hukum hakam.. Rasanya dia jelas kot tentang adab berpakaian kalau nak bersolat atau masuk ke kawasan masjid. Rasanya takde pun mana - mana kitab tulis pakai baju BERSIH tak boleh solat kat masjid. Ni kes bila tempat ibadat di anggap tempat berpuak - puak. Kalau ko sokong pati ayam bistari jangan ko masuk ladang limau sebab kat situ cuma pati oren jer boleh masuk. Korang faham ke apa sang lekit cuba sampaikan ni?? Tak paham pun paham2 kan la. Nasib baik ada pakci...