Showing posts with label malam pertama. Show all posts

JANGAN ROSAKKAN MALAM PERTAMA PERKAHWINAN TANPA LAKUKAN PERKARA NI SEBELUM KAHWIN

JANGAN ROSAKKAN MALAM PERTAMA PERKAHWINAN TANPA LAKUKAN PERKARA NI SEBELUM KAHWIN. Musim cuti sekolah memang dah sinonim musim orang kahwin atau bahasa nakal cakap musim mengawan. Hahahaha... Jahat tau cakap macam tu. Sebab kahwin ni bukan semata mata nak halalkan aktiviti mengawan tu... erkk.. macam tak sedap pulak sebut mengawan kan? Macam menghaiwankan pasangan yang berkahwin je. Ok ok.. kita tukar. Sebut istilah yang lebih mulia bersama. hehehehe

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bila nak kahwin ni apa sebenarnya yang pasangan tu akan fikir?? Kebanyakkan orang selalu tak fikir apa yang perlu dia tanggung & jawab sebab banyak orang akan fikir.. Bila kahwin benda tu akan auto kau buat tanpa gagal. Confident level tu tahap bunuh diri ok! Macam nak pikul tanggungjawab seorang suami semudah kau pikul tong gas jer.. Beban berat yang kau akan rasa sekejab lepas tu hilang. Banyak yang akan fikir.. Macam mana la 'Malam Pertama' nanti. Selalunya perempuan ni gemuruh la bab tu.. Malu, takut, risau.. Macam rasa nak lari nyorok bawah katil. Lelaki normally banyak bersikap tak sabar bab2 tu kan.. Alah ngaku je la. hehehehehe

Tu yang kebanyakkan orang akan fikir bila nak kawen. Menghalalkan apa yang haram. Dia tak fikir nak lalui hidup sepanjang perkahwinan tu macam mana. Perancangan masa depan tu kena ada.

Pada yang tengah merancang perkahwinan tu.. tak payah beriya sangat berabis untuk 1 hari. Buat ikut kemampuan sendiri bukan ikut kemampuan orang. Kau tengok orang buat pelamin 7 tingkat kau pun nak buat tapi budget kau takat bersanding atas kerusi je. Jangan dok pegang sangat pendapat 'kawen hanya sekali' membuat korang berabis apa yang ada. Kalaupun kawen hanya sekali korang bukan nak hidup bahagia hanya sehari, ye dak. Jadi pastikan lepas kawen korang tidak terbeban dengan hutang bertahun tahun hanya kerana 1 hari menjadi raja sehari.

Moral of the story.. Sekarang ni banyak pembaziran dalam majlis perkahwinan sedangkan apa yang kita buat pada dasarnya adalah perkara yang baik & mencari keberkatan tapi sampai dah membazir & berlebih lebihan mungkin keberkatan tu hilang. Renung renungkan.. selamat beramal.

BUDAK 8 TAHUN MAUT MALAM PERTAMA PERKAHWINAN

Sentap tau baca cerita pasal tu! Sentap sangat - sangat! Den pun perempuan & ada anak perempuan yang tengah membesar. Tak faham sungguh dengan hati & perasaan mak bapak budak ni. Nilai kasih sayang dorang mungkin boleh di tukar dengan wang ringgit. Alasan kemiskinan?? Aku macam tak boleh terima sangat - sangat sebab seorang ibu sanggup miskin asalkan anak dia berada dalam keadaan selamat. Aku rasa aku lagi sanggup bagi orang adopt anak aku kalau aku tak mampu sangat dah nak bagi dia makan dari aku kawen kan budak 8 tahun dengan lelaki 40 tahun.


Walau cerita ni bukan dari Malaysia tapi tak kira la dari pelusuk & ceruk mana sekalipun mangsa adalah manusia. Ada rasa sakit.. ada rasa sedih & ada semua rasa yang semua manusia ada. Tak tahu la macam rakus & kejamnya si suami yang berusia 40 tahun tu layan isteri yang berusia 8 tahun pada malam pertama perkahwinan sampai budak tu mengalami kecederaan dalaman yang serius sampai mati. Ya Allah.. tak sanggup bila terbayang betapa tersiksanya kanak2 tu sebelum meninggal

 Sumber dari blog Kaki Bising Dot Com

Kalaupun kau suami.. perikemanusiaan la sikit. Budak 8 tahun kot. Kau sanggap macam tak pernah jumpa perempuan tu dah kenapa?? budak 8 tahun kena tahu jugak kemampuan dia nak layan suami umur 40 tahun. Fizikal & tenaga dia tetap budak - budak. Ya Allah.. jantan jenis apakah ni. Kawen semata mata nak puaskan nafsu dia. Memang inilah perkahwinan yang kejam.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com