KERANA KPOP, ZUMBA PUN HARUS DI SEKAT KAT MALAYSIA
Wah... mesti peminat kpop & senaman zumba rasa nak marah kan? Mesti keluar perumpamaan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Mesti ramai akan menyenaraikan kebaikkan depa menyukai atau meminati kedua dua perkara yang di cadangkan untuk di sekat aktivitinya dari menjadi sebahagian dari budaya hidup masyarakat Malaysia terutama yang beragama Islam.
Zumba atau kpop kalau keterlaluan & terlalu kebaratan memang tak elok di jadikan budaya kat Malaysia
Untuk artikel penuh sila baca di Astro Awani
Bagi pendapat aku la.. Macam selalu aku cakap la. Benda ni kalau keterlaluan akan bawak kemudaratan. Nak suka.. nak minat atau nak buat... Biarlah berpada pada. Biarlah ada garis panduan yang ketat supaya dapat elak perkara perkara yang berunsur negatif dari berlaku. Nak minat kpop tu hak individu.. Nak bersenam Zumba pun hak individu tapi semuanya perlu berpada pada & ikut garis panduan yang di tetapkan. Tapi orang sekarang ni macam kita sedia tahu.. sebelah pihak nak untung & sebelah pihak nak kepuasan diri. Bila kedua2nya bergabung yang nak untung biarkan gejala tak elok berlaku asalkan untung.. yang nak kepuasan diri merelakan diri diperlaku atau melakukannya.