GAJI RM800 TAPI BELANJA MACAM GAJI RM8K
Bila orang sebut Dolce, Gabana, Gucci bagai telan air liur je. Yelah gaji cuma RM800, sewa rumah RM250, nasib baik bil elektrik bawah RM20 jadi tak perlu bayar, Bil air tak risau mesti bawah RM10 sebulan tapi makan, pakai, simpan sikit manalah tau emergency. Tinggal berjauhan dengan keluarga ni kena ada persediaan awal.Tu kisah sang lekit waktu kerja di cyber cafe (kerja sementara nak dapat kerja) selepas company yang sang lekit kerja sebelum tu tutup sebab masalah dalaman & kewangan. Memang ada simpanan sang lekit masa keja kat situ (gaji kat situ pun not bad so dapat la saving sikit2) tapi sang lekit dah la menyewa sorang2 lepas tu jauh dari family jadi selagi boleh gunakan duit gaji yang seciput tu sang lekit taknak la keluarkan duit simpanan. Cerita macam setahun je kerja kat cyber cafe tu kan padahal kerja 1 bulan jer.(errkk.. dua bulan kot.. tak ingat pulak)
Berbalik pada kisah sebenarnya.. Gaji RM800 belanja macam gaji RM8k sebulan. Maksudnya orang yang suka berbelanja lebih dari kemampuan ni. Biar gigit kuku tengah bulan takpe, janji boleh selak baju tunjuk seluar jeans rome katanya (ni merujuk pada kisah benar yang berlaku depan mata sang lekit dulu. Macam kelas sangat la jeans rome dia tu, kan??). Kau ada pakai rome. Takat pakai levis uptown tu tak payah sembang la. Tu baru jeans.. tak lagi tengok baju, beg, kasut, jam, anting2, tali pinggang, minyak wangi bagai.. Bak kata orang dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki semua branded. Harga ratus2 punya. Tapi gaji RM800 je sebulan.
Bukan la nak memperkecilkan gaji dia yang kecik tu.. Tapi bila sang lekit kenal orang yang macam ni tertanya2 sang lekit gaji dia setiap bulan di peruntukkan 100% untuk barang berjenama je ker? Kalau tak kerana tinggal dengan mak bapak confirm la tidur dalam khemah, makan biskut empat segi hari2. Yelah belanja laju macam ombak tsunami macam tu.. tak sampai tengah bulan jer confirm la bersaki baki syiling. Tu pun bertuah kalau ada lagi syiling.
Orang macam tu tepat sangat dengan pepatah "Biar papa asal bergaya".. Hanya tengok luaran jer macam kaya, tapi seluk poket tarik keluar tiket bas rapid kl je ada. Untuk apalah kita berlagak dengan barang2 berjenama kalau sampai di luar kemampuan kita sebenarnya. Barang2 tu semua akan buruk, rosak kalau boleh jual pun jenis susut harga. Bagi sang lekit yang mesekin ni kan.. Takpe la aku pakai levis uptown pun janji aku tetap boleh makan nasik sampai hujung bulan tanpa tercicir walau sehari. Lain la ko memang gaji RM8k++.. Tapi semua tu kisah zaman bujang.. sekarang dah kawen en hubby yang tanggung 100% tapi tetap sang lekit mengamalkan sistem berbelanja ikut kemampuan. Sebab tu dah menjadi cara hidup sang lekit sejak tinggal berjauhan dengan family.