Showing posts with label tonton online. Show all posts

DUKUN.. YANG TAKKAN MATI ADALAH ILMU HITAMNYA

DUKUN.. YANG TAKKAN MATI ADALAH ILMU HITAMNYA. 10 tahun lalu filem ini telah di haramkan tayangannya selepas promo filem di buat & tarikh tayangan dia pun dah di war war kan. tak tahu la alasan filem di haramkan tayangannya.. ada kata sebab ia melibatkan seorang ahli politik & ada yang kata keluarga bagi pihak watak yang di gunakan dalam filem ni tidak membenarkan filem tentang ahli keluarga mereka di siarkan. Ia mengaibkan mereka.


Tapi selepas 10 tahun filem ni terlepas juga di alam maya.. Tak tau la mana depa dapat rakaman filem dukun. Den pun tak terkecuali tertonton juga la filem ni. Sebab memang dari dulu antara filem yang kami nak tengok sangat sebab pernah tengok sedutan filem ni.. Memang menerujakan untuk di tonton.

Walau dah lama download & ada dalam file.. Tapi baru baru ni je sempat tengok. Jangan sesapa minta den hantar pulak.. Den tak nak terlibat dalam aktiviti cetak rompak hahaha. Den tengok untuk diri sendiri. pepandai la hangpa cari sendiri yer hahahaha

Seperti yang kita sedia maklum filem ni di adaptasi dari kisah pembunuhan yang melibatkan seorang Bomoh wanita dengan seorang ahli politik era 90an dulu. Malas nak petik nama mereka bagi menghormati waris mereka yang masih hidup. Rasanya semua orang tahu siapa yang di maksudkan..

Biasa la filem adaptasi even dari kisah benar tapi tidak la 100% benar apa yang di paparkan dalam filem. Seperti nama & babak babak yang ada dalam filem tu. Filem ni mengisahkan seorang Dukun wanita bernama Diana yang di sabitkan dengan kesalahan membunuh seorang ahli politik Dato Jefri.

Kisahnya bila seorang ahli politik ni di cadangkan oleh pembantunya untuk meminta khidmat seorang dukun wanita ni untuk kuatkan kuasa politiknya bagi mendapatkan satu projek besar. Bila kali pertama mendapatkan khdimat dukun tersebut, dia berjaya mendapat projek besar tersebut so dia terus yakin untuk terus menerus menggunakan khidmat dukun tersebut. Biasa la.. Bila dah terjebak dengan benda khurafat & dapat hasil dia dah lupa Tuhan.. Gitulah jadinya kan.

Akibat langgar pantang Ahli politik tersebut mati selepas di tetak dengan parang semasa ritual tu di jalankan. Selepas ahli politik tu mati, Dukun wanita tersebut di tahan & di dakwa atas kesalahan membunuh & jika terbukti bersalah akan di jatuhi hukuman mati. Untuk pesalah yang di tuduh atas kesalahan membunuh dia di beri hak untuk di bela, so seorang peguam yang sedang menghadapi masalah keluarga menerima kes tersebut & menjadi peguam bela kepada dukun wanita tersebut.


Tanpa sedar.. kehilangan ahli keluarga dia ada kaitan dengan dukun tersebut. 10 tahun lalu peguam tersebut kehilangan isteri yang tiba tiba hilang tanpa jejak. selepas 10 tahun.. Anaknya yang memberontak, lari dari rumah. Dalam usaha mencari anak gadisnya yang lari dari rumah, dia mengambil kes dukun tersebut.

Dukun tersebut di dapati bersalah walaupun kejadian bunuh itu adalah tanpa niat. Dan ending cerita tersebut barulah peguam tu tahu, isteri dia yang hilang 10 tahun lalu di bunuh oleh dukun tersebut kerana cuba ingkar dengan perjanjian antara mereka. 10 tahun dulu isteri peguam tersebut pernah mendapatkan khidmat dukun tersebut untuk mendapatkan anak. Sebagai syarat.. jika dia berjaya mendapat anak, anak itu akan di jadikan pewaris ilmu hitam dukun tersebut.

Pada ending filem ni dukun tersebut berjaya mewariskan ilmu hitam yang di panggil ilmu batak kepada anak gadis peguam tersebut sebelum dia menerima hukuman gantung sampai mati. Apa berlaku pada anak gadis peguam tersebut selepas tu, tak tau la den. tak dapat nak teka sebab ending dia tergantung macam tu jer.. tapi point cerita ni adalah untuk memberitahu.. Dukun wanita tersebut tidak berniat membunuh cuma melakukan ritual untuk ilmu kebal kepada ahli politik. di sebabkan ahli politik tu tak ikut pantang betul2 dia terbunuh dalam ritual tersebut.

Ponit kedua.. Yang tak mati tu bukan dukun tu tapi ilmunya kerana dia berjaya mewariskan kepada orang lain. Dalam keturunan mereka, mereka tak boleh ada zuriat sendiri jadi perlu mencari pewaris dari zuriat orang lain.

Kesimpulannya cerita ni memang agak menarik di tonton cuma sebab dorang adaptasi dari kes yang pernah mengemparkan Malaysia yang melibatkan seorang ahli politik & seorang bomoh wanita.. Yup saya rasa benda tu boleh mengaibkan keluarga mangsa & keluarga yang di tuduh membunuh.

Dalam Filem ni lakonan Umie Aida memang tak boleh nak kondem apa2.. Watak dukun wanita yang cantik tapi menyeramkan memang menjadi. Dia tak perlu kelihatan hodoh, comot & menjijikkan untuk menghidupkan watak sebagai Dukun Diana.. dalam wajah yang cantik dia cukup buat orang rasa ngeri & seram dengan dia.

Dukun antara filem melayu terbaik juga bagi saya cuma ia menyentuh sensitiviti pihak yang masih hidup.. Memang ia tidak sesuai di tayangkan secara umum.

RAMAI YANG TAK TAHU SIAPA 'MANIS' DALAM SIMPANG SEJENAK

RAMAI YANG TAK TAHU SIAPA 'MANIS' DALAM SIMPANG SEJENAK. Semalam sapa layan Drama DFKL kat TV3, Simpang sejenak semalam. Opkos la I antara orang yang memang dari awal tercangak depan TV nak tengok drama ni ok. Hello.. I kan suka cerita seram.. Even I tak Expect sangat drama ni adalah drama yang seram sehingga terkencing kencing dalam seluar bagai. Tapi tengok iklan promo tu agak menarik di tonton la..


Simpang sejenak ni mengisahkan seorang lelaki yang dalam perjalanan nak ambil barang untuk di hantar ke johor. Tetiba kat tengah jalan kereta dia habis minyak. So, berjalan kaki la dia ke stesen minyak berhampiran sebelum menumpang motorsikal penduduk kat situ selepas nak kembali semula kat kereta dia. Selepas dia kembali ke kereta dia nak isi minyak, tiba2 dia di datangi seorang gadis yang tiba2 muncul minta tolong hantarkan balik kerumah. Katanya kena tinggal dengan bas. Semua beg dia ada dalam bas. Tengah2 malam perempuan minta tolong.. Tengok pun takde mencurigakan so lelaki ni pun tolong la hantar.

Masa perjalanan nak hantar perempuan ni balik, dia perasan macam jauh jugak & dia juga perasan macam dah lalui tempat yang sama banyak kali tapi tak jugak sampai sampai rumah perempuan tu. Tapi akhirnya sampai jugak.. Perempuan tu pelawa masuk minum kopi dulu. Memula memang la dia tolak sebab dia rushing tapi akhirnya dia bersetuju jugak.


Bermula dari situlah dia bagai masuk ke alam lain. Selepas minum kopi tu.. dia tertidur & bermimpi berjumpa dengan seorang budak yang tahu segala apa yang berlaku pada diri dia. Budak tu suruh dia cepat balik jangan ikut sesiapa. Kalau dia ikut juga dia takkan kembali ke dunia dia lagi. Dekat hujung2 sebelum dia di temui baru tau budak itu adalah anak dia yang keguguran masa dia hilang. Masa dia hilang tu bini dia yang tengah sarat mengandung terjatuh & anak dalam kandungan tu meninggal.

Selepas beberapa hari dia hilang.. Orang yang bertanggungjawab yang minta dia datang hantarkan barang ke johor tu mula mencari dia. Dengan bantuan seseorang.. mereka dapat menjejaki lelaki tu dia satu kawasan. Disitulah mula terbongkar kisah berkenaan manis.. Dia berjaya di temui tapi manis ni dah suka dengan lelaki tu. So dia taknak lepaskan.


Selepas pulang lelaki ni jadi berperangai pelik dah tak kenal anak bini dia. Dia cuma asyik teringat kan manis jer.. Satu malam manis datang untuk membawa dia pergi tapi berjaya di halang. Ending lelaki tu jadi gila. Manis pula terus menyakat lelaki yang melalui kawasan dia.

Dari awal cerita memang tidak di nyatakan secara jelas siapa manis. Sampai akhir pun ada yang tak faham lagi siapa manis. Tapi sebagai peminat cerita seram watak Manis tu sebenarnya bukan watak roh orang mati.. Tapi watak Jin bunian yang menyukai seorang lelaki manusia & berusaha untuk mendapatkannya. Tinggal dalam hutan tebal & ada ibu & ayah dia.

Katanya Simpang Sejenak ni tajuk asal dia Simpang Sedenak. Sedenak ni salah satu nama tempat kat johor bahru. tak sure pulak kisah ni di ambil dari kisah orang tempatan kat sedenak atau apa.. Tapi ok la not bad la walau cerita kalau nak kata seram memang tak ada elemen seram langsung. Terlalu simple kot jalan cerita dia.. Ending tergantung & agak tidak sampai kepada penonton.

watak manis tu dari imej dia tak mengambarkan misteri & mistik sangat sampai orang pun konpius dia siapa sebenarnya. Maybe drama ni kalau di perbaiki watak & jalan cerita dia boleh jadi drama terbaik jugak. Tu komen peribadi lekatlekit sebagai peminat cerita seram.

Apapun semalam den layan drama ni sampai ending ok saja jer malas nak mention kat pesbuk hehehhee

Moral of the story.. Sapa yang kaki sondol laki orang tu takde beza la dengan jin.. kekkeke

PERSAINGAN KE 6 MINGGU KE 9 MENTOR MILENIA 2017.. TOMOK MENTOR PALING GAGAL

PERSAINGAN KE 6 MINGGU KE 9 MENTOR MILENIA 2017.. TOMOK MENTOR PALING GAGAL. Dah jadi macam rutin pulak setiap minggu aku terpacak depan TV sambil buat live komen kat facebook aku untuk semua persembahan protege mentor milenia 2017 ni. Tahun2 lepas memang tak layan langsung mentor milenia... Nak2 yang banyak interframe muka penaja & iklan penaja sampai rasa menganggu rancangan tersebut. Tahun ni penaja gila glemer tu dah tak take over mentor milenia rasa lapang biji mata nak tonton. Mampu je trending setiap minggu. Semua orang tahu.. Mentor milenia 2017 ni trending kebanyakkan sebab usop protege kepada Hazama.


Minggu ni.. Persaingan semakin sengit tapi nampak protege Tomok pretasi mereka up & down. Aku rasa yang bermasalah mentor dia la.. Tomok. Dia macam tak tahu nak highlight protege dia mengikut kemampuan depa tapi setiap minggu dia push sesuatu yang orang kata kadang2 mustahil untuk protege dia buat. Dia nak protege dia jadi macam apa dia nak.. Dia macam tak tahu kelebihan & kekurangan protege dia. Macam semalam.. Aku rasa lagu yang Along bawa tu lagu yang sepatutnya membuka peluang Along untuk jadi juara mingguan.. Tapi nampak Tomok terus menerus bagi tekanan kat dia supaya menyanyi dengan suara yang tak sama dengan bapak sedara dia Ezad.. Sebab dia bawa lagu ezad semalam bila atas pentas boleh nampak Along sangat struggle untuk ubah suara semulajadi dia yang memang ada iras2 bapak sedara dia.. Bukan sebab dia tiru bapak sedara dia.. Tapi benda tu memang dah semulajadi ada sedikit persamaan.. Tapi Tomok still dia nak menyanyi kalau boleh suara tu tak dengar sama langsung macam Ezad. Bagi aku sangat gila la kan.. Just suruh Along bawa dengan cara dia tersendiri bukan ubah suara dia jadi suara orang lain. Tomok sentiasa bagi tekanan & akhirnya protege dia berada dalam posisi berisiko je setiap minggu. Semalam aku nampak agak stress Along bawa lagu pak menakan dia tu.. Terpaksa control suara dia. Aku harap lepas ni Along just lontarkan saja suara tu.. sama ke tidak ke dengan pakcik hang tu.. Tak payah peduli. Yang penting Along ada cara dia sendiri membawa sesuatu lagu.. Memang cara dia tak sama macam ezad lazim @ ezad exist.. So tak payah takut perbandingan tu.


Serius aku memang tak puas hati cara tomok melatih protege dia.. Tomok patut belajar dengan Hazama.. Boleh mempelbagai genre lagu tapi bagi keselesaan pada protege untuk bawa lagu tu. Tengok semalam.. Dia mengubah kebiasaan Usop dengan bawa lagu rancak nyanyian Justin Bieber, Baby tu. Walaupun Usop english dia memang la out.. Dia nyanyi memang bukan terbaik sangat tapi semalam nampak dia selesa & enjoy bawa lagu tu.. Kita yang menonton pun jadi enjoy ok.. Tambah sikit gimik buat live video kat Instagram masa buat persembahan.. So nampak la kreativiti & kelainan kat situ.


Menyanyi kadang2 bukan hanya fokus kat vokal.. Keseluruhan persembahan tu juga di ambil kira. Ni tomok tak habis2 dok push protege dia.. cipta kelainan sampai kadang2 di luar kemampuan mereka sampai persembahan mereka jadi teruk. Better tahun depan.. Tomok tak perlu ada. Suruh dia jadi mentor pada anak anak dia kat rumah je la.. Untuk pertandingan besar macam ni, serius Tomok memang belum layak sebab dia tak tahu apa yang patut dia polish & highligh. Nyanyi sengau ikut trend boleh la kau ubah nyanyi tanpa sengau Tomok Ooi.. ni suara orang yang original macam tu kau nak suruh ubah jadi suara orang lain. Kau ambil Zulin Aziz je jadi protege kau.. dia boleh tiru macam2 suara.


Semalam Balqis juara mingguan & Qalisya terkeluar.. memang Qalisya terkeluar tu dalam ramalan aku dah. Sebab dia bawa lagu yang agak berat tapi dia tak mampu menjiwai lagu tu memang susah la kan. Apapun nampak Qalisya memang cuba yang terbaik bawa Awan yang terpilu walau aku dengar memang feel dia tak sampai berbanding penyanyi asal bawa lagu tu. Boleh rasa sampai ke lubuk hati yang paling dalam ok! Lagu tu memang agak berat.. Bukan semua orang mampu bawa dengan penghayatan. Takpe la Qalisya.. Mungkin rezeki anda dalam realiti TV yang lain. Cuba lagi...


Kat Bottom semalam Syeera & Qalisya.. Memang syeera antara protege yang aku rasa sentiasa memberi persembahan yang terbaik setiap minggu tak tau kenapa minggu ni ada kat bottom 2 kan.. Mula2 aku ingat Along lagi sekali kat bottom sebab mustahil la Usop.. Even nyanyian dia semalam bukan la baik sangat tapi kita sedia maklum Usop mempunyai followers yang ramai.. Along ni sayang tau kalau terkeluar sebab dia ni mempunyai suara yang boleh tahan power & sedap.. Kalau terkeluar serius aku letak kesalahan 100% mentor dia yang emosional & kepala batu tu. hahahahaha.


Balqis semalam bawa lagu Hatinya tak tahan.. Boleh menyanyi & menari tanpa mencacatkan nyanyian memang terbaik. Dia menang juara mingguan semalam buat pertama kali.. Jadi tak ada apa nak di pertikaikan.. Sememangnya dia layak.


Elica minggu ni persembahan dia sangat berani & lincah di atas pentas. Dia nyanyi lagu bang bang. Memang tak kurang hebatnya. Ingat Elica juara minggu ni.. Sebab dari segi persembahan memang mula2 nampak Elica ada peluang juga untuk menang kan..Tapi minggu ni bukan rezeki dia gamaknya sebab persaingan pun agak sengit.


Persembahan peserta Ujibakat minggu ni bukan persembahan dia yang lawak tapi dia tu yang lawak. Dengan cekak rambut ber bling bling mak dia punya.. Macam trademark pulak. Masa ujibakat pun dia pakai cekak rambut macam tu jugak. Suara tu boleh la takat nak layan karaoke tapi untuk pertandingan besar macam mentor milenia ni memang belum layak la. Boleh la nyanyi kan...


Minggu depan memang persaingan semakin sengit la.. Yang tinggal pun semua hebat2 & ada kelebihan mereka tersendiri. Hangpa jangan berangan la usop nak terkeluar.. Even persembahan dia pun tak berapa consistent sebenarnya cuma pelaris mentor milenia 2017 tahun ni adalah Usop. Trending tiap2 minggu tu.. Along yang dalam kerisauan aku. Hope minggu depan Tomok dapat hidayah & tahu macam mana nak main peranan sebagai mentor. Tahu macam mana nak serlahkan kelebihan protege dia bukan bereksperimen. Nak bereksperimen sila pergi makmal yer tomok bukan atas pentas.


Tu dia komen.. mengalahkan juri profesional katanya lekatlekit ni. Macam dia tau semua benda la pasal persembahan & nyanyian.. Dak aihh... bukan kata aku pandai. Aku bagi komen mengikut apa aku rasa ja.. Aku memang tak ada basic pun dalam bidang tersebut cuma aku mewakili penonton (wakil diri sendiri je la) menyatakan pendapat aku. Sebagai seorang penonton.. Itulah yang aku rasa nak tengok & dengar. Tak payah sinis - sinis suruh aku jadi mentor ke hapa. hahahahaha. Aku tak suruh hangpa kata apa aku cakap semua betoi, ok! sekadar melontarkan pandangan je hahahaha

Apapun.. semoga berjaya buat semua protege yang masih terselamat minggu ni. Usop dont play play.. Hang bawa banyak harapan orang lain. Better tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi yer...hehehehe. Nak baca komen2 aku pada persembahan mentor milenia 2017 setiap minggu meh ramai2 follow Suria Lekatlekit selaku juri surirumah kat facebook yer. hehehehe

MUNGKIN INI KAITAN MALIKA DENGAN WAN PEAH DALAM MISTERI WAN PEAH EPISOD AKHIR

MUNGKIN INI KAITAN MALIKA DENGAN WAN PEAH DALAM MISTERI WAN PEAH EPISOD AKHIR. Semalam adalah episod terakhir drama slot seramedi TV3 Misteri wan peah.. Penuh la news feed FB aku. Masing2 terpinga pinga sebab ending drama Misteri Wan Peah tu agak tergantung & masih ada misteri yang belum terbongkar. Masing2 meluahkan perasaan tak puas hati dengan ending macam tu.. Sabaq cheq. Ada sebab kenapa drama tu ending dia tergantung macam tu.. Sebab katanya ada sekuel kedua... Mungkin akan di rungkai misteri tu dalam sekuel kedua nanti la kot.


Ramai yang tak berapa faham lagi tentang wan peah.. Dalam episod akhir semalam.. Tetiba muncul watak hantu yang sama macam Hantu Malika watak dalam drama anak buluh betong dulu. Kalau hangpa tak pernah tengok drama Anak buloh betong tu.. Hangpa google nanti na... Cheq nak cerita pasal Misteri Wan Peah ja. Masing2 tertanya apa kaitan Malika tu dengan wan peah? Kenapa Malika cakap Wan Peah langgar perjanjian.. Meh sini aku nak buat spekulasi sikit mengikut apa yang aku rasa...


Ada satu episod dalam drama misteri wan peah.. episod tu flashback. Mak kepada wan peah marah & tak puas hati sebab orang kampung mula mengata & buat fitnah pasal wan peah kononnya wan peah ni membela saka & ada mengamalkan ilmu penunduk lelaki (ilmu pengasih). So mak dia terus haramkan dia keluar rumah waktu siang.. Dia hanya boleh keluar pada waktu malam.. Dia terpaksa akur dengan perintah mak dia. So selama tu wan peah tak pernah keluar rumah lagi waktu siang buat orang kampung ingat dia dah mati. Bila depa mula nampak kelibat wan peah waktu malam... depa mula rasa fitnah pasal wan peah membela saka & amalkan ilmu salah tu betul. Sebab depa ingat wan peah dah mati.. maka depa anggap apa yang depa nampak tu hantu wan peah.. Tu yang masa cikgu siti pindah ke kampung kuala pari hilir & menyewa rumah sebelah rumah wan peah.. semakin kerap kelibat wan peah orang nampak. Sebab wan peah mula keluar rumah dah masa tu.

Bila semuanya dah terbongkar & orang kampung dah tahu wan peah sebenarnya masih hidup & tinggal dalam rumah tu. Di jaga oleh ramli, anak angkat wan peah tu.. Barulah wan peah mula keluar siang hari & berani tunjuk muka terang terangan pada orang kampung. Dalam episod akhir bila wan peah mula keluar rumah waktu siang.. Muncul hantu yang masing2 nampak macam Malika tu kacau wan peah sebab dia kata wan peah langgar janji. Aku syak.. janji yang dia maksudkan tu.. Larangan wan peah keluar siang hari la. Aku syak hantu yang dok kacau wan peah dalam episod akhir tu adalah saka peninggal mak dia untuk jaga wan peah. Babak last 3 sekawan Li kelubi, Ghani Gagap & Yeh kumbang yang lalu depan rumah wan peah.. tetiba muncul hantu malika & depa jerit nama Wan Lijah tu aku syak wan lijah adalah mak wan peah. Sebab aku tak sure nama mak wan peah dalam drama tu apa. Sebab ada nama wan jugak.. Maybe kalau bukan mak pun keturunan wan peah jugak la kan. Satgi aku google hahaha..

memang ending dia masih tergantung.. Aku cuma agak je cerita dia macam tu. Sebab bagi aku setiap babak even babak flashback mesti ada kaitan punya dengan perjalanan cerita tu. Takkan sesaja mak wan peah nak buat larangan wan peah hanya boleh keluar waktu malam.. Tak ke pelik. Kalau dia nak jaga anak dia dari di apa2 kan orang kampung rasanya waktu malam lagi bahaya ye dak? Mesti ada sebab & misteri di sebalik tu rasanya akan di rungkai dalam sekuel kedua nanti. So kalau betul ada sambungan lagi misteri wan peah.. sama2 la kita tengok. Betul ke tidak hantu malika tu adalah saka peninggalan mak wan peah untuk jaga dia... hehehehehe

WAN PEAH BUAT PENDUDUK KAMPUNG KUALA PARI HILIR DI SELUBUNGI MISTERI

WAN PEAH BUAT PENDUDUK KAMPUNG KUALA PARI HILIR DI SELUBUNGI MISTERI. Ni entri ketiga pasal drama misteri wan peah katanya.. Semakin nak habis episod semakin syok pulak layan drama Misteri Wan Peah ni.. Bukan apa semakin lama semakin banyak pulak misteri wan peah yang sukar untuk penonton meneka apa sebenarnya yang berlaku pada wan peah & wan peah ni sebenarnya bela saka ke bela kucing ke bela hapa? Memang setakat ni followers drama misteri Wan peah kat news feed FB aku tak ada seorang pun dapat ramal misteri di sebalik seorang tua bernama wan peah..


Aku sendiri pun mula rasa.. Wan peah bukan hantu. Yer betul.. Lepas tu aku syak dia ada saka yang di wariskan oleh mak dia untuk jaga dia sebab mak dia tahu orang kampung kuala pari hilir nak menganiaya dia.. Yang tu tak pasti betul ke tidak cuma aku agak je la.

Episod semalam.. Anak wan peah dah explain kat ketua kampung & 3 serangkai yang cukup takut dengan wan peah tu.. Yeh Kumbang, Ghani Gagap & Wan kelubi ke hapa nama dia.. So depa pun dah tahu la wan peah belum mati & wan peah bukan jadi hantu. Anak dia cakap.. mak dia bela kucing je takde membela makhluk2 halus ni.. Masa kat rumah wan peah tu tetiba Ghani Gagap nampak satu kelibat persis wan peah.. kat luar tingkap sedangkan wan peah dalam rumah. Siapakah? Masih misteri..

Kes cikgu siti pulak.. dah tahu wan peah bukan hantu & memandang depa berjiran. So dia konon nak berbaik hantar la jemput2 kat wan peah.. Masa dok bagi salam dari bawah rumah wan peah.. tetiba dia nampak wan peah sedang memanggil & bercakap dengan sesuatu yang tak nampak siapa atau apa bawah rumah... Cuak jugak cikgu siti tu.. Perangai wan peah ni lain macam jer misterinya. Bila di ajak masuk rumah tetiba wan peah bagi sesuatu makan dari luar tingkap. Cikgu siti dah rasa lain macam cuma.. Dia sendiri tak tahu dengan siapa wan peah berinteraksi dalam isyarat tangan tu. Dengan kucing ke atau dengan saka.. Tu pun masih misteri


Serius... Aku sendiri pun tak tahu samada wan peah ni memang ada saka yang di warisi dari mak dia atau sebenarnya takde apa2 pun wan peah ni. Mungkin betul cakap ramli, mak dia bela kucing jer tapi sapa yang ghani gagap nampak tu? Memang betul2 wan peah buat penduduk kampung kuala pari hilir di selubungi misteri katanya. Bukan je orang kampung kuala pari hilir semua yang menonton memang di selubungi misteri jugak dah ni.. hahahahaha

Sheila Rusly ni buat cerita ni kita tak boleh ramal langsung perjalanan. Kena jugak tengok sampai episod akhir.. Memang terbaik la Drama Misteri Wan Peah ni kan? Baru tak boring nak follow sebab jalan cerita tak tipikal & penonton sendiri tak boleh teka apa kesudahanya...

Nak tahu apa wan peah bela.. Kena tengok malam ni. Semalam Ramli bagitau tok ketua.. Wan Peah tak pernah berkahwin jadi Ramli anak sapa? Tu pun salah satu bentuk kemisterian yang tak berjawapan. Kalau nak tau kena tengok malam ni.. kat tv3 pukul 10 malam. Aku ni pun tak sabar nak tahu... Hope malam ni tak ada aral melintang pukang la aku nak tengok drama Misteri Wan Peah ni.

Moral of the story.. Aku harap sheila rusli buat filem atau drama seram pulak lepas ni.. Memang aku rasa dia ada talent menghasilkan drama & filem yang mampu memberi kepuasan pada penonton.

P/S : Cuma nak komen satu jer.. Watak Farhan @ pa'an tu macam kaku. Pelakon baru ke hapa aku tak tau tapi memang nampak tak pandai berlakon. hahahahaha

PERSEMBAHAN USOP MINGGU KE 8 MENTOR MILENIA AGAK MEMBOSANKAN

PERSEMBAHAN USOP MINGGU KE 8 MENTOR MILENIA AGAK MEMBOSANKAN. Minggu lepas takde ulas pasal mentor milenia 2017 ni sebab den cuti cuti malaysia balik kampung. Isnin baru pulang ke pangkal jalan katanya.. Kat kampung takde maknanya nak layan TV sangat. Dah la bukan selalu balik kampung harus la spent time dengan family kepada perkara yang lebih best dari nak layan mentor milenia katanya hahahaha.. Tapi minggu ni sebab kembali ke kerumahtullah.. maka sempat la menjadi selaku juri surirumah...


Minggu ni.. Persembahan semua protege bagi aku di level selamat.. Semua pun not bad performance mereka dari segi vokal cuma aku rasa kecewa sikit dengan persembahan Usop.. Walaupun juri tetap puji Usop & juri awam pun bagi markah yang not bad.. Tapi tetap aku rasa persembahan usop minggu ni boring sangat. Usop bawa lagu Memori sekuntum rindu nyanyian kumpulan spoon.. Lagu tu kita sedia maklum lagu tangkap leleh.. Tapi rasa macam terlebih meleleh sangat usop nyanyi.. Persembahan usop macam tak ada semangat langsung.. Mungkin faktor kurang rehat & letih jugak kot tapi usop kena bersedia dari mental & fizikal sebab minggu ni pun boleh nampak persaingan semakin sengit. Even usop di lihat lebih ramai supporter & peminat namun itu tak menjamin dia akan sentiasa selamat di atas pentas mentor milenia.. So usop.. Please wake up & kembali semangat usop macam mula mula dulu ok. Persembahan kena sentiasa ada peningkatkan tak boleh statik je dari minggu pertama sampai la ke peringkat seterusnya. Orang kedah still support hang, dont worry sop!


Tapi respect dengan Qaleesya protege kepada Tomok yang boleh kata selalu je di Bottom 2. Sentiasa hampir2 di singkirkan & pernah tersingkir & dengan kuasa juri tetap dia di terima semula. Qaleesya ni bukan suara tak sedap.. Vokal dia not bad.. Power jugak tapi aku rasa tomok ni selalu bagi lagu yang berisiko & tidak sesuai dengan protege dia. Ni pertandingan.. Tomok sepatutnya tak bereksperimen dengan kemampuan vokal protege dia.. Tiru hazama.. Dia tahu kekuatan protege dia so dia sentiasa pilih lagu yang dalam kemampuan mereka untuk bawa.


Along protege Tomok.. Budak ni memang ada talent besar untuk di kenali sebagai penyanyi nanti. Selain bapak sedara juga seorang penyanyi terkenal. Sapa tak kenal ezad lazim @ ezad exist kan.. Depa ni memang darah seni kuat kot. Tak payah nak menumpang tuah bapa sedara Along sememangnya boleh menyanyi dengan baik cuma Along perlu lebih confident & kurang malu bila perform. Semalam dia bawa lagu english.. Yer english dia sangat kaku & baku.. Tapi ok jer kan Along. Kita kan orang melayu.. Kalau nyanyi lagui english tak slang english sangat tu biasa la.. Jangan orang melayu nyanyi lagu melayu slang english tu memang very the coco.. lots of mix katanya. takpe sebutan english tu.. Along boleh belajar & improve dari masa ke semasa.. Apapun persembahan Along semalam tak kurang hebat. Cuma mungkin Along kekok sebab tak fluent english kot...


Balqis protege hazama..  Sentiasa dalam zon selamat setiap minggu even belum pernah jadi juara mingguan setakat ni. Budak ni memang boleh nyanyi apa je genre lagu dengan baik. Kau bagi la lagu apapun dia nyanyi memang dengan feel & confident. Bukan setakat cantik tapi memang ada pakej sebagai seorang penyanyi. Semalam persembahan dia memang mantap jugak. Dia nyanyi lagu I surrender.


Elica.. ni pemegang title juara mingguan 2 kali berturut2 sebelum ni. Vokal memang power. Semalam nyanyi lagu benci tapi rindu.. Memang nampak elica matching bawa lagu2 macam tu. Semalam persembahan elica memang not bad..


Syeera ni dia macam balqis. Memang vokal tak payah pertikai. Performance dia semalam pun best. Tahniah mentor dia black buat arrange yang best. Cuma Belum rezeki dia untuk jadi juara minggu tapi nampak syeera memang ada peluang sampai ke final.. So, tak mustahil peluang dia untuk jadi juara pun ada.


Peserta ujibakat pilihan.. bekas vokalis ukays katanya. Tapi bukan amir ukays la.. Ady nama dia. Suara memang power la bawa lagu2 ukays.. Semalam dia nyanyi lagu seksa. Wow! Sedap giler suara dia.. Cuma dia tak ada rezeki untuk bertanding di atas mentor milenia.. Faktor umur ke hapa tak sure la kan.. Tapi suara dia memang sedap tak payah di pertikai. Macam suara record je nyanyi live semalam.


Juara minggu ni mentor milenia 2017 adalah Qaleesya.. sapa sangka sebelum ni asyik di bottom 2 jer tetiba minggu ni menang. Tapi memang terkejut bila yang di bottom 2 minggu ni Elica & Along.. Gila wei! Dua2 orang tu mempunya vokal yang power. Tapi semalam tiada penyikiran. Memang semalam kalau aku pun orang suruh pilih sapa nak keluarkan.. aku rasa tak ada sapa patut terkeluar.


Cuma satu je.. akhir rancangan tu tak payah la buat sesi bersalam salaman cium tangan bagai antara protege dengan mentor & juri. Semak pulak aku tengok. Kau nak cium tangan sangat dah kenapa kan.. Makcik2 kat rumah tu sakit mata tau tengak laki perempuan dok bersalam cium tangan macam tu. Tak perlu pun drama2 macam tu atas pentas rancangan realiti nyanyian.. Dah trending kot setiap minggu mentor milenia tahun ni.


Tu la la komen & kritikkan aku untuk mentor milenia minggu ke 7. Minggu depan kalau aku santai santai kat rumah tak ada apa nak buat boleh la aku menjurikan diri lagi. Ramai tu peminat aku dok tunggu komen2 aku kat FB katanya... wakakakakaka (mohon jangan muntah atas skrin).

MISTERI WAN PEAH SEMAKIN TERBONGKAR

MISTERI WAN PEAH SEMAKIN TERBONGKAR. Sapa yang follow drama Misteri Wan Peah kat tv3 setiap isnin hingga Rabu pukul 10 malam? Kalaukat news feed FB aku tu ramai jugak la follower drama ni termasuk aku cuma aku banyak jugak skip episod drama misteri wan peah ni. Pun macam tu aku masih faham perjalanan cerita dia..


Episod mula2 tu mungkin ramai yang anggap Wan Peah ni watak hantu atau wanita yang mengamalkan ilmu hitam & saka dia menganggu penduduk kampung kuala pari hilir tu kan.. Padahal drama Misteri Wan Peah ni bukan cerita pasal hantu ke hapa.. Cerita pasal misteri seorang wanita tua bernama Wan Peah je.. Yang jadi misteri sebab orang kampung ingat dia dah mati padahal Wan Peah selama ni belum lagi mati cuma dia tak keluar rumah waktu siang.

Sebab dah lama orang kampung tak pernah nampak Wan Peah.. depa buat spekulasi mengatakan wan peah dah mati. Tetiba cikgu siti pindah duduk rumah yang berjiran dengan rumah Wan Peah.. Cerita pasal hantu Wan Peah kembali jadi sensasi. Kelibat wan peah mula muncul kat mana mana.. Membuat orang kampung semakin percaya dengan kewujudan hantu Wan Peah ni. Semakin kecoh kampung Kuala Pari Hilir bila semakin ramai yang mula nampak Wan Peah merata rata.

Kisahnya.. masa Wan Peah muda, Wan Peah di tuduh membela saka & mengamalkan ilmu pengasih untuk pikat lelaki padahal dia tak buat pun semua tu. Jadi di sebabkan orang kampung mula mengata & menuduh dia bukan bukan.. Mak Wan Peah ni tak bagi lagi dia keluar rumah. Dia cuma boleh keluar waktu malam. Sebab Wan Peah ni semakin tak bercampur dengan orang - orang kampung & orang2 kampung pun pulaukan dia.. Semakin kuat la orang kampung percaya dia mengamalkan ilmu hitam. Sampai anak dia pun turut di pulaukan. Sehingga mereka pernah di halau oleh penduduk kampung.

Banyak rahsia Wan Peah ni.. Terutama berkaitan dengan ketua kampung & isterinya. Depa ni la dalang yang menyebar fitnah pasal wan peah. Dulu Wan Peah dengan Ketua Kampung tu pernah bercinta tapi cinta terhalang & ketua kampung di paksa kahwin dengan isteri dia. So, percintaan mereka terputus. Still aku tak tau kenapa bekas kekasih wan peah iatu tok ketua tu sanggup buat fitnah kat Wan Peah.. So kena terus menonton la Drama Misteri Wan Peah ni.

Apapun Banyak dah misteri Wan Peah terbongkar.. Wan Peah belum mati cuma orang kampung je tak tau & tak pernah ambil tahu tentang hidup wan peah. Wan Peah di jaga oleh anak lelaki & menantu dia secara senyap - senyap. Setiap Malam depa akan datang ambil Wan Peah melalui jalan hutan kerumah mereka sebab tak nak bagi orang kampung nampak. Anak lelaki dia malu dengan orang kampung sebab depa pernah di halau dari kampung satu ketika dulu di samping tu dia juga berdendam dengan ketua kampung yang memfitnah mak dia Wan Peah. Wan Peah sebenarnya bukan mengamalkan ilmu salah atau gila.. Dia cuma seorang wanita yang hidup penuh kesedihan akibat fitnah orang kampung. So, hidup dia agak murung sebab tak bercampur dengan sesiapa. Hidup sendirian dia rumah pusaka seorang diri.

Sekarang ni cikgu siti tengah mencari kebenaran tentang cerita orang kampung mengenai hantu Wan Peah. Tak lama dah tu.. Misteri Wan Peah akan terbongkar. Jadi pengikut drama Misteri Wan Peah.. Kalau korang nak tahu apa sebab tok ketua & bini dia beriya sangat memfitnah Wan Peah jangan skip setiap episod ok!

Moral of the story dari Drama Misteri Wan Peah ni.. Jangan suka percaya dengan gosip & spekulasi. Jadi macam watak Farhan @ Pa'an dalam drama Misteri Wan Peah ni.. sentiasa bersangka baik. Jangan jadi macam orang kampung Kuala Pari Hilir.. Suka percaya khabar angin tanpa siasat dulu kebenarannya.

SUMPAH IBU KISAH TANGGANG MODEN VERSI PEREMPUAN

SUMPAH IBU KISAH TANGGANG MODEN VERSI PEREMPUAN. Kita sedia maklum kisah lagenda tanggang ni berkisahkan seorang anak lelaki tunggal yang derhaka kepada ibu dia.. Sebab kecewa seorang ibu bila anak kandungnya menghina & tak mengaku dia sebagai ibu lalu di sumpah menjadi batu.. Bukan dia jer kena sumpah seluruh isi kapal kena sumpah jugak. Tak pepasal yang tak bersalah kena tempiasnya kerana tanggang derhaka.


Tu kisah Tanggang lelaki.. Tapi dalam drama slot azalea di tv9 sekarang, Sumpah Ibu ni kisah pasal tanggang version perempuan. So boleh la kita gelarkan dia sebagai tanggarina kan.. Baru nampak ciri2 perempuan tu kan.. Aku tengok la jugak tapi macam biasa kadang2 skip kadang2 tengok separuh jalan.Susah nak nak follow apa2 drama Tv. Kadang2 busy.. kadang2 lupa... Kalau korang ada masalah macam aku yang selalu terskip rancangan kat TV elok la korang tahu pasal ni >> Jika Korang Ada Benda Ni Confirm Korang Tak Terlepas lagi apa2 rancangan atau drama kat TV <<.

Sebab aku ada jugak tengok maka faham jugak la kisahnya.. Ia Mengisahkan seorang budak perempuan bernama Intan. Bijak budaknya. Rajin belajar tapi keluarga dia miskin. Nak2 lagi lepas ayah dia jatuh sakit & lumpuh, semakin susah la kehidupan mereka sekeluarga. Intan ni ada seorang abang OKU.. macam terencat akal je wataknya. Selain abang yang OKU dia juga ada seorang adik lelaki yang memang tak ngam dia dengan dia. Depa ni asyik bergaduh jer.. Di samping tu dia dah ada seorang boyfriend bernama haris yang sangat baik & selalu tolong keluarga Intan.

Sebab Ayah dia dah lumpuh.. Intan rasa macam terbeban juga dengan masalah kemiskinan mereka buat dia selalu bersikap kasar & suka marah2 mak dia. Tapi sebab Intan ni budak pandai.. Mak dia tetap berusaha untuk bagi dia sambung belajar kat universiti walau terpaksa menjual semua barang kemas dia. Standard la tu.. Mak aku dulu pun biasa buat benda2 tu tiap kali nak buka sekolah atau kakak atau adik aku nak sambung belajar. Masa aku nak masuk kolej pun mak aku keluarkan duit simpanan dia jugak. Bukan sebab Ayah aku tak boleh kerja.. tapi biasa la.. bila tak cukup mak la topup. Biasa la zaman tak berapa senang lenang.. Nak kata susah sangat pun aku malu dengan Allah.. Sebab walau tak kaya raya masih cukup makan pakai & mampu belajar lagi.

Berbalik kepada kisah budak Intan tu tadi... Lepas dah berjaya ke menara gading & habis belajar berjaya dapat pekerjaan yang bagus dia lupa dah sumpah janji dia dengan mak dia dulu, nak tolong family dia yang susah. Dia mula lupa diri lepas dapat boyfriend kaya sampai lupa boyfriend dia yang banyak membantu dia sebelum berjaya dulu.. Nak di jadikan cerita ada project pembinaan nak di jalankan oleh syarikat boyfriend dia tu.. Project tu melibatkan kampung dia termasuk rumah family dia. Intan macam tak ada rasa bersalah jer.. Malah dia tak peduli langsung kalau kampung dia di rampas untuk di bangunkan. Maka musnahlah kampung tempat dia membesar kerana projek tu.

Budak Intan ni memang betul2 lupa daratan lepas dah berjaya sampai tak mengaku asal usul dia. Dia tak pernah lagi balik kampung melawat ayah dia yang sakit sampai la ayah dia meninggal dunia. Malah dia sanggup buat2 tak kenal adik dia sendiri & biar adik dia di pukul semasa datang berjumpa & pujuk dia balik. Mak dia pulak akibat terlalu sedih & kecewa dengan perangai Intan yang dah lupa diri & lupa janji2 dia nak membantu keluarga bila dah berjaya jadi kemurungan.

Tak tau la apa berlaku dengan hidup Intan lepas lupa diri tu.. Kalau korang nak tahu tanggarina ni kena sumpah jadi batu ke.. jadi peti ais dua pintu atau jadi gila ke hapa.. follow la drama Sumpah Ibu setiap selasa hingga ahad, jam 8.30 malam di slot azalea TV9. Sekarang ni baru episod dia masuk universiti. Tak tau episod berapa sekarang. Setakat ni tak nampak la lupa diri lagi.. Tak lama lagi la tu dia nak tukar jadi tanggarina. Episod malam ni boyfriend dia haris datang jumpa dia kat kampus siap bawa petai mentah konon untuk dia masak & makan.. Agak2 la kan.. Malu Intan bila kawan2 dia gelakkan dia. Bukan kata hina sangat petai tu.. Tapi tak beragak buah tangan macam tu untuk melawat seorang makwe yang masih belajar. Lain la kau bawa sambal petai untuk dia makan. hahahaha

Moral of the story.. Bukan la kata dalam drama.. Tapi betul la kadang2 yang suka lupa diri ni adalah golongan yang berasal dari keluarga miskin. Bila senang sikit dia jadi kejutan budaya, jadi berlagak, jadi sombong. Kadang2 baru senang sikit belum kaya pun.. dia punya gebang mengalah jutawan.  Sebab tu kalau nak tahu orang tu betul2 kaya atau tak.. Kalau yang kita tak tanya pun beriya nak cerita kekayaan dia.. Berkemungkinan besar kadang2 orang tu cuma cakap je besar sebab orang yang kaya atau dah biasa hidup kaya raya ni dah tak rasa nak gebang pasal kekayaan dia tak tentu pasal.

P/S : Jangan tanya takkan lekatlekit layan drama melayu.. Ingat tengok cerita seram je. Kalau tv hari2 tayang drama seram, filem seram..Mungkin aku tak layan drama macam ni tapi di sebabkan TV pun selalu tayang cerita seram maka aku layan je apa yang ada kat TV. Tapi aku bukan jenis obses pun tengok drama.. skip manjang hahahaha

BIAR AKU JADI PENUNGGU... JODOH TIDAK SEMESTINYA MEMBAHAGIAKAN

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 10... JODOH TIDAK SEMESTINYA MEMBAHAGIAKAN. Dah banyak episod rasanya aku skip semenjak mak mertua aku admit ward. Yelah.. kadang2 malam baru sampai rumah memang masa tu mental & fizikal dah ting tong. Memang time balik pun kadang2 pukul 9 malam.. mana sempatnya nak tengok drama biar aku jadi penunggu ni. Hari ni sempat la tengok sekejab. Tu pun aku google nak cari hari ni episod berapa dah hahaha


Untuk episod 10 hari ni (10 Januari 2017) tengok Afeef masih dalam fasa memujuk Iffat yang benar2 terluka dengan perbuatan dia selama ni. Iffat nampak macam masih sayang tapi sebab terlampau kecewa.. Ego tu membataskan segalanya. Hari ni mereka berjanji untuk cuba membina kembali kasih sayang antara mereka. Sebelum ni kan depa cuma ber aku kau jer.. Atas permintaan Afeef yang minta Iffat panggil dia 'Abang..' nampak mereka dah mula nak mencipta kemesraan. Iffat nampak kekok untuk panggil Afeef abang tapi tetap dia ikut permintaan afeef.

Yang aku tertarik masa iffat & afeef berbincang tentang masa depan rumahtangga mereka.. sebab sekembalinya afeef dari luar negara memang hidup mereka tak seperti pasangan suami isteri. Asyik bergaduh. Dari situ Iffat membongkar kenapa dia berkahwin & sanggup tunggu Afeef walau bertahun tahun Afeef membiarkan dia tanpa khabar berita. Katanya sebelum berkahwin dengan Afeef dia buat istikharah & pada malam tersebut dia nampak Afeef dalam mimpinya. Dia yakin Allah tidak menipunya.. maka dia terima lamaran Afeef. Tapi dia sedar.. Jodoh itu tidak semestinya membahagiakan.. Yer betul la tu. Tak semua jodoh itu membahagiakan & kadang2 memang pada peringkat permulaan ada jodoh yang menguji segala sudut ruang hidup kita sebelum dia datangkan bahagia yang kita tak pernah terbayang akan kecapi di masa akan datang. Bila kita di uji dengan 'Jodoh kita' di awal perkahwinan memang yang kita terbayang masa tu perkahwinan yang kita bina mungkin akan berakhir bila2 masa. Tu yang ada masih have fun dengan kawan2 & masih hangout dengan kawan kawan untuk buat benda2 ni walaupun dah kahwin >> 6 Sebab Orang Suka Hangout & lepak2 dengan kawan kawan << Yelah.. dari stress mengadap pasangan yang kalau jumpa macam musuh ketat je kan. Tapi Allah tu maha tahu apa yang terbaik. Di pertengahan dia bagi kita rasa bahagia dengan'jodoh kita'. So jangan cepat buruk sangka dengan 'Jodoh' yang Allah tentukan pada kita.

Berbalik pada episod hari ni drama biar aku jadi penunggu.. Abang Iffat & kakak sulung Afeef dah merancang nak berkahwin. So sekarang keluarga kedua belah pihak sedang plan nak mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hal pernikahan anak anak mereka.

Afeef dah mula start bekerja dalam episod ni.. tak tau la episod lepas dia dah mula kerja tak tapi nampak macam dia baru nak start kerja je dalam episod ni di sebuah syarikat guaman kalau tak silap.

Iffat terasa dengan Raff semasa mereka membincangkan pasal Raff yang belum berkahwin. Bila Raff cakap orang yang dah lama kahwin pun belum tentu bahagia.. Inikan dia yang masih belum ada calon & nak cari calon yang dia tak pernah kenal & berkahwin. Iffat ada offer nak carikan calon untuk Raff..di sebabkan atas dasar kepercayaan, Raff setuju dengan tawaran Iffat tu. Tak tau siapa Isha ni dalam episod ni.. nampak dia macam sukakan Raf tapi Raf nampak agak tidak selesa dengan Isha. Isha pun ada meluahkan perasaan yang dia suka & sayang pada raf tapi Raf mengaku dia dah ada yang punya cuma Isha tetap tak percaya. Dia tahu Raf saja cakap macam tu untuk buat dia putus harapan dengan Raf. Isha nampak tak putus asa untuk pikat Raf. Beriya sungguh si Isha ni kan...

Untuk episod hari ni.. nampak Iffat & Afeef dah mula cuba berbaik. Mak Afeef pun mula perasan masing2 nampak happy cuma dia tak yakin depa memang happy atau berlakon happy je. Untuk episod esok tak tau happy ke tidak & tak tau aku sempat tengok ke tidak.. Kalau sempat aku review lah yer.. Tak sempat tu kira sadakallahhuazim je la.

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 6.. AKHIRNYA IFFAT TAHU TENTANG PERKAHWINAN AFEEF & DAMIA

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 6.. AKHIRNYA IFFAT TAHU TENTANG PERKAHWINAN AFEEF & DAMIA. Cerita ni dah semakin panas sekarang.. Fasa fasa ketegangan sedang berlaku katanya. Bila Afeef kembali ke Malaysia bersama seorang kanak kanak. Pengakuan Afeef kepada keluarganya tentang perkahwinan dia & damia di luar negara.. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Aqil.. Episod 5 aritu Iffat masih tidak tahu tentang tu..


Untuk episod 6 ni.. Akhirnya selepas Afeef kembali ke UK, ibu bapa mertua Afeef membongkar perkara tu pada Iffat.. Kecewanya Iffat hanya Tuhan saja yang tahu. Dia bukan saja menjadi isteri yang tidak di pedulikan malah di curangi kepercayaan dia selama ni. Pun begitu keluarga mertua Iffat berharap perkara tu tak membuatkan mereka bercerai berai. Iffat terkilan sebab semua orang suruh dia bersabar seolah2 dia seorang yang tiada perasaan atas apa yang Afeef dah buat pada dia. Sapa2 pun akan rasa macam tu.. Untuk merealisasi permintaan orang lain dia terpaksa berkorban perasaan dia sendiri.

Akibat terlalu kecewa Iffat menyuarakan keinginan dia nak bercerai dengan Afeef pada mak dia.. tapi mak dia suruh dia fikir masak masak. Bagi Iffat dia dah tak mampu percayakan Afeef lagi. semua orang menasihati Iffat supaya buat keputusan yang terbaik.. Jangan terburu buru untuk bercerai tapi waktu ni Iffat nampak sangat kecewa seolah olah tak mampu nak terima apa yang Afeef dah buat pada dia...

Walau simpati dengan Aqil (anak Afeef & damia) yang mula mesra dengan dia (Iffat) tapi di sebabkan terlalu kecewa dengan Afeef dia bertekad untuk menjauhkan diri dari Aqil & cuba melupakan Afeef. Tapi di sebabkan mak mertua dia datang merayu minta Iffat jumpa dengan Aqil sebab Aqil sampai demam rindukan Iffat.. Akhirnya Iffat beralah jugak & pergi berjumpa dengan Aqil. Sesampai je kat rumah mertua dia..Aqil demam panas. So kelam kabut di bawa ke hospital. Atas rasa simpati.. Iffat terima juga Aqil. Siap panggil mama lagi tu..

Afia terima panggilan dari abang dia (Afeef) suruh minta tolong Iffat ambil dia kat airport. Namun berita kepulangan Afeef sikit pun tidak mengembirakan Iffat.. Yelah, orang dah frust kan. Dah tak ada rasa excited. Bila nampak Afeef kat airport Iffat jadi berdebar debar... Mungkin sebab perasaan sayang pada Afeef tu masih ada.. Maka bersambung petang nanti pulak..

Biar aku Jadi Penunggu Episod 6 Boleh tonton kat sini

Dalam cerita ni nampak Iffat ni sangat lembut hati & pemaaf.. walau marah macam mana pun dia tetap tak sampai hati untuk keraskan hati dia pada apa2 perkara yang memerlukan dia. Cuma adakah sekembalinya Afeef kali ni akan lebih membahagiakan dia atau sebaliknya.. So korang follow je la episod seterusnya.

Entri sebenarnya entri yang draft semalam.. Tapi semalam malas nak post sebab nak post entri cerita seram Hantu Melati so postpone hari ni baru post. hehehehe

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 3.. AFEEF MULA CEMBURU DENGAN IFFAT

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 3.. AFEEF MULA CEMBURU DENGAN IFFAT. Nampaknya aku memang melekat lekit dengan drama ni sebab penangan Ashraf muslim kembali berlakon. Entah kenapa suka sangat aku tengok ashraf muslim ni berlakon walau tak menjadi watak nakal dia. hehehe... Di tambah lagi drama ni ok la.. Takde la cinta melentok liuk sangat kan. Takde pegang2.. peluk2.. Maybe sebab ashraf muslim heronya. Ashraf muslim antara retis yang tak berlakon adegan2 daring pegang2 & peluk2.


Untuk episod ketiga ni.. Sambungan lepas depa pi cari baju pengantin kemudian terserempak dengan kawan lelaki si Iffat yang suka kat Iffat dalam diam tu dengan mak dia. Tiap kali terserempak dengan Raff tu Afeef macam cemburu jer.. Dijadikan kisah selepas depa pi cari barang2 nak kahwin Afeef bawa Iffat pergi dinner. Sebab makanan yang Afeef order terlebih pedas, kebetulan Iffat tak makan pedas so merajuk la si Iffat sampai balik.

Sampai kat rumah belum sempat Afeef balik Iffat minta izin kat mak dia nak keluar beli burger sebab lapar. Masa dia singgah nak beli burger tu dia terserempak dengan Raff. Masa depa tengah borak2.. kebetulan Afeef lalu & nampak. Bengang la beb bakal bini dok berborak dengan lelaki lain.

Video sedutan  episod 3 Drama Biar aku jadi penunggu

Afeef mula pelik dengan perasaan dia jeles dengan Iffat. Yelah.. dia nak kawen dengan Iffat bukan sebab dia suka kat Iffat pun jauh sekali cinta. Sekadar untuk memastikan plan dia berjalan lancar. tetiba jeles.. Tapi sebab dia malas nak layan perasaan tu.. Dia biarkan je berlalu. Tapi malam tu dia call2 Iffat tak jawab.. Gelisah jugak la. Iffat sesaja je konon merajuk. Yelah.. nak manja2 katanya. hehehehe

Dalam episod ni Afeef mula berjanji setia. Konon lepas kawen Afeef akan ke luar negara so mereka akan berjauhan. So minta Iffat setia dengan dia.. Hek kau!! Padahal nanti dia ke luar negara kawen dengan perempuan lain.. Ops.. tercerita pulak episod yang belum di tayangkan. Hahahaha...

Dalam episod 3 ni jugak Afeef & Iffat di nikahkan dalam majlis yang sederhana. Maka sah la mereka sebagai suami isteri. Yang turut menyaksikan upacara pernikahan tu adalah Raff.. sian Raff. Sedih yang dia tak boleh nak tunjuk kat sesapa bila Iffat jadi milik orang lain. Nampak tersiksa sangat muka dia tu. Nak buat macam mana tak mau cakap awal2. Lagipun jodoh adalah perkara yang tertulis sejak azali. Redha je la Raff.

Lepas kahwin so Iffat ikut Afeef ke rumah keluarga Afeef tapi malangnya adik perempuan bongsu Afeef awal2 dah tunjuk tak suka dengan Iffat. Sebab dia marah Abang dia tinggalkan damia hanya sebab mak dia tak suka. Bagi dia abang dia tak berusaha untuk damia. Tapi Iffat nampak macam tak kisah.. Lurus bendul sangat si Iffat ni macam tak faham orang tak suka kat dia.

Selepas selesai semua urusan.. Maka Afeef pun berangkat la ke luar negara. Tak tergambar perasaan Afeef akhirnya apa yang dia plan berjalan lancar. Masa lepas hantar Afeef naik flight Iffat terserempak dengan kawan satu sekolah dia.. Kat situ dia tahu damia juga keluar negara. Hati dia mula rasa tak best.. Jeng jeng.. jeng... Lepas ni akan berlaku la kisah yang lebih trajidis.. So kena follow episod yang seterusnya.. Akan lebih menyayat hati.. menyakitkan hati & menjerut hati katanya. hehehehe

Untuk episod 3.. berjaya jugak aku follow. Hope episod seterusnya pun aku mampu follow jugak. Semoga tak ada aral melintang pukang. hahahaha

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 2.. AKHIRNYA IFFAT SETUJU BERKAHWIN DENGAN AFEEF

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 2.. AKHIRNYA IFFAT SETUJU BERKAHWIN DENGAN AFEEF. Nampaknya aku pun melekat lekit dah dengan drama kat slot Akasia TV3 kali ni katanya. Bukan pasal Janna Nick tapi sebab Ashraf Muslim. Almaklum la Ashraf Muslim ni kan selebriti berbini dua yang aku suka. Walau dalam drama ni bagi aku watak dia bawa nampak kurang berkesan tapi aku still suka tengok dia. Sebab aku suka dengar tone suara dia bila bercakap. Lelaki yang jenis macam ni memang susah nak cakap kasar atau nak bawa watak nakal2.. Sebab personaliti dia terlampau baik. hahahaha

Hero & heroin Drama Biar Aku Jadi Penunggu (Ashraf Muslim & Janna Nick)

Dalam episod kedua ni.. Afeef masih pujuk Iffat untuk kahwin dengan dia. Seperti di Iffat sedia maklum, Afeef ada makwe bernama Damia. Yelah.. depa bercinta sejak sekolah kan.. Of course la Iffat tahu depa kan 1 sekolah. Bila Iffat pertikaikan hubungan dia dengan Damia.. Afeef dah mula menipu part tu. Katanya dia dah lama break dengan Damia sebab mak dia tak suka damia.. Tapi part dia kena kawen sebab syarat mak dia kalau dia nak sambung belajar ke luar negara tu dia tak tipu la. Iffat.. nampak mula termakan dengan pujukkan Afeef tu mula memikirkan pasal lamaran Afeef ajak dia kahwin tu. Nampak Iffat pun dah macam setuju jer..

Video sedutan Episod Kedua Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Jadi Afeef tak tunggu dah.. terus bagitau mak dia yang dia dah ada calon & calonnya ada Iffat. Memandang mak di Afeef ni tahu sikit2 pasal keperibadian Iffat so mak si Afeef setuju untuk terima Iffat sebagai menantu. Of course la Iffat ada banyak ciri2 idaman mak mertua. Perempuan baik kot.. hehehehehehe... Cuma Mak Afeef tak tau la plan di sebaliknya. Iffat cuma jadi objek untuk Afeef nak merealiasikan impian dia nak keluar negara & bersama kekasih hati dia Damia je. Kesian kan kat Iffat.. Mati2 ingat orang suka kat dia. Bayangkan kita kat tempat Iffat tu.. Ya Allah.. macam tak berharga sangat orang buat macam tu. Seolah2 kita ni terjadi dari sampah yang di kitar semula jadi manusia je. Sampah yang kitar semula pun kadang2 mahal jugak.

Maka rombongan merisik pun datang la kerumah Iffat Hamani.. Walaupun ketiadaan Iffat di rumah mak bapak dia. Sekali lagi Afeef guna teknik menipu. Katanya dia dah bincang dengan Iffat pasal nak kawen, just tunggu approval dari mak bapak Iffat je. Kemudian bila dengan Iffat dia cakap mak bapak Iffat & mak dia dah setuju mereka berkahwin. Plan tu dia cerita la kat si damia makwe dia tu. Memang makwe dia agak tak setuju. Gila kau nak setuju. Perempuan mana belum kawen dah tahu kena madu. Tapi terpaksa terima untuk pastikan Afeef boleh pergi belajar di luar negara.

Walaupun Iffat serba salah nak terima sebab dia pun rasa macam something sangat tetiba Afeef cari dia & ajak kawen. Pun macam tu sebab dia memang ada perasaan suka kat Afeef dia ignore je segala persoalan tu & terima juga akhirnya lepas pujuk rayu & janji manis si Afeef tu. Tapi kan.. nak kata Afeef menipu sangat pun tak juga. Dia nak mention kat Iffat antara sebab dia nak kawen dengan Iffat adalah sebab dia nak pergi belajar ke oversea. Cuma tu la.. Maybe sebab Iffat ada hati dengan Afeef sebab tu dia boleh terima jugak. Yelah.. orang dah suka sangat kadang2 memang senang orang nak ambil kesempatan.

Suka la si Afeef satu plan dia dah berjaya dan Iffat dengan yakin berpegang dengan janji setia palsu Afeef. Tak tau kenapa tang babak Iffat yang confident & suka sangat bila Afeef nak kawen dengan dia aku jadi kesian sangat.. Dia tak tau.. Dia bakal di lukai satu masa nanti. Kesian kan.. Ok la nangis siap2 untuk Iffat walaupun episod sedih tu belum lagi berlaku. Yang paling kesian.. Bila Afeef perkenalkan Iffat Hamani sebagai bakal isteri dia kat seorang kawan lelaki Iffat yang menyimpan perasaan kat Iffat tu.. Alahai tu pun sedih jugak. Tak sempat nak tackle wanita idaman tetiba dah di sambar lelaki penipu. Afeef nampak macam cemburu sikit pada kawan lelaki Iffat even Iffat tak ada pun perasaan kat lelaki tu.. Sebab nampak mereka agak mesra bila berbual.

Afeef pula lepas buat plan macam tu mula ragu2 dengan tindakkan dia yang mempergunakan Iffat untuk kepentingan peribadi dia tapi dia yakin apa dia buat bukan la teruk sangat so terus dia rasa tak bersalah. Hek kau!!

Bila dah kedua mempelai setuju nak kawen maka perbincangan antara keluarga pun berlaku untuk membincangkan tarikh pernikahan mereka. Maka Afeef & Iffat pun mula buat persediaan dengan membeli belah barang2 hantaran & keperluan perkahwinan mereka. Babak2 ni nampak bahagia & happening jer..  Masa fitting baju pengantin tetiba Afeef nampak macam Damia yang pakai baju pengantin tu.. Lepas tu bersambung.. Tunggu je esok pulak.

So episod kedua aku masih berjaya follow tanpa gagal. Untuk seterusnya tak berani jamin. Tapi kalau aku berjaya kesemua episod memang rare la hahahaha.. Almaklum la aku taste bukan tetap sangat walau aku minat cerita seram. Aku semua genre boleh masuk cuma filem2 macam ni je aku memang 'kenot go' sikit >> Hanya Peminat Filem Star Wars Je Akan Rasa Betapa Bernilainya giveaway Macam ni << Filem2 macam ni serius aku tak berapa boleh hadam. Hahahaha.. Aku kena tengok filem2 yang ada unsur realistik jugak walau filem seram kadang2 ada juga babak2 yang di reka2 & tak wujud pun dalam kehidupan tapi masih banyak babak2 yang dalam logik akal. hehehehe

Jadi.. Apa komen korang drama terbaru slot akasia ni setelah 2 episod bersiaran? Best ke tidak.. Bagi aku ok la.. Boleh follow sebab dari sinopsis akan ada babak2 yang lebih menyentuh hati. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com