KEJAMNYA! SANGGUP MAKAN MEE SEGERA & SOROKKAN DARI ANAK
KEJAMNYA! SANGGUP MAKAN MEE SEGERA & SOROKKAN DARI ANAK. pepagi kalau dok layan group Masak apa hari ni.. memang berbau bawang jari memasing menaip katanya. Ada je la isu pembawangan akan bangkit di group. pagi tadi ternampak 1 post yang maybe dia post tengah malam semalam kot.Sumber Google. Sekadar hiasan |
Posting tu tunjuk gambar megi (mee segera) siap masak dengan captiop lebih kurang macam ni.. Terpaksa tunggu anak anak tidur dulu nak makan megi. takut anak anak dia pun nak makan megi bersama. Ada parents lain pun akui buat benda yang sama bila nak makan megi.. Tunggu anak anak tak ada atau anak anak tidur dulu. Normally yang ada anak anak masih kecil la buat macam tu. Yang anak anak dah berbulu atas bawah.. takde nya nak sorok sorok bila nak makan megi. Dah besar panjang.. berakal tak kuasa la mak bapak dia nak layan kan. pepandai sendiri la nak makan & pilih makanan macam mana dia nak makan. Ye dak..
Tapi juga la geng2 bawang holand, bawang putih, bawang merah & bawang besar ni komen.. Katanya tak sampai hati nak makan & sorokkan pada anak. Konon apa dia makan.. Anak pun makan bersama. Tak tergamak nak sedap sorang sorang anak di biarkan terliur. Tu dia.. Dia punya ajet ajet mak mak mithali, solehah & bakal ahli sorga katanya.
Allahu.. Kenapa parents sorokkan dari anak anak kecil bila nak makan megi @ mee segera ni. Semua orang tahu mee segera ni bukan makanan yang sihat & bagus untuk perkembangan kanak kanak terutama yang tengah membesar & masih belajar.
Di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung jugaboleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat. - Sumber Portal Rasmi Hospital Lahad Datu -
Kandungan MSG yang merangkap penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia. - Sumber the asian parent -
Dah faham acik acik bawang & akak akak kepoh semua kenapa ada sesetengah parents nak makan megi sorokkan dari anak anak. Even mee segera ni bukan je tak bagus untuk kanak kanak malah orang dewasa juga at least yang dewasa ni tahu nak limitkan pengambilan makanan makanan macam ni. Budak2 ni kalau dia rasa sedap kalau boleh hari hari dia nak benda tu. Dia tak peduli dah sihat ke tak sihat. Bukan sebab mak bapak sorokkan mee segera sebab saja nak aniaya anak sendiri.
Moral of the story.. Nak membawang jadilah bawang yang bijak pasti anda kelihatan seperti bawang yang high class kekekeke