FILEM CARRIE YANG TAK SCARY TAPI HOT & SPICY
Semalam pergi ke selayang.. motif sebenar nak ke mydin beli barang sikit tapi alang2 mydin berjiran dengan selayang Mall tu harus la singgah mencari DVD dah dah aku set dalam otak nak beli. Jangan terkejut pulak sejak dua menjak ni aku gila membeli dvd filem seram.. sememangnya dari moda rumaja lagi aku memang suka tengok filem seram... kalau dulu aku tengok banyak filem yang aku rasa seram.. tapi sekarang aku makin rasa kebanyakkan filem seram dah semakin seram mengikut piawaian seram aku la. hahahahahahaSemalam kat kedai cd yang biasa den pergi. Sebab dvd kat situ original & murah. Tanpa nak belek2 banyak lagi terus tanya kat amoi jaga kedai tu dvd carrie tapi malangnya dia kata belum ada. Alahai... Sebelum sampai ke kedai amoi tu tersinggah satu kedai cd kat tingkat 1.. tapi dia jual nampak macam semua pirate cd jer. Kat situ nampak ada dvd filem carrie. Tapi kedai biasa den pergi kat ground floor ni yang jual cd ori je takde pulak. Tapi sambar jugak dvd filem PAKU sebab kak Seri kandi tanah Jauhar bagitau filem tu boleh tahan seram bagi dia la. Takpe la.. maybe filem ni best ke sapa tau.
Sebab dah nak tengok sangat filem carrie tu patah balik pi kedai cd pirate tu beli jugak dvd carrie. Kita cerita pasal kualiti dvd tu dulu yer.. gambar cantik, terang & tak sangkut tapi subtitle memang hancur. Tak paham langsung apa dia translate ke bahasa melayu. suku kaum apa punya bahasa pun tak tau la berterabur tapi standard kalau beli cetak rompak kan.. Dah la den tengok tengah malam volume tak boleh kuat sebab lala tidur kat sebelah. Sejak lahir budak lala kami memang tidur merempat di depan TV jer. Nak2 budak lala tidur mengalahkan ahli gymnas gitu. So, tido ruang tamu Senang & selesa katanya... tunggu lala besar skit baru semua akan berhijrah ke dalam bilik semula.
Cerita carrie ni.. bukan cerita hantu yer. Dia kategori horror filem tapi bagi den tak seram. Kisah ni awal2 lagi dah tak berapa sedap nak tonton kalau ada budak2 bawah umur atau dengan adik beradik tak kira la bujang atau dah kawen kecuali dengan laki/bini je. Segan la jugak even ada satu babak even sekejab je babak panas atas katil antara remaja lelaki & perempuan tapi aksi dia dah 90% macam filem porno la pulak. Filem ni banyak elemen2 keagamaan.. sihir.. & dendam. Carrie ni budak yang ada kelebihan menggunakan magic @ sihir. Mula2 dia tak tau... tapi bila dia tau dia mula gunakan sihir tu untuk balas dendam pada orang2 yang buli dia. cerita dia sangat ringkas bagi aku. dari starting sampai ending.. suspend pun tak banyak kira tak terkejut sangat la tengok filem ni. cuma mak si carrie ni nampak macam misteri sikit bagi aku. Cuma tak puas hati macam mana filem camni boleh dapat klasifikasi P13.. patut 18 tahun keatas.
Kesimpulan walau aku pernah baca review filem ni yang katanya best & seram tapi bagi aku tetap tak berapa nak seram. Next filem Insya Allah kalau ada masa tengah malam nanti nak tengok filem PAKU pulak. Hope ia mampu menyeramkan aku. Punya la nak amik feel seram tu sampai nak tengok filem seram pun tungguh tengah malam Uolls... alih2 tak jugak seram. Atau aku terlampau banyak tengok filem seram sampai dah takde feel seram??? hahahahahaha
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE