Showing posts with label HERO. Show all posts

HERO! LAHIR PADA USIA KANDUNGAN 35 MINGGU

HERO! LAHIR PADA USIA KANDUNGAN 35 MINGGU. Assalamualaikum.. Tu dia. Hari ke 5 berpantang dah update blog katanya. Gigih tak gigih la kan.. Bukan apa just nak inform.. Saya dah selamat bersalin anak kedua. Tak ada apa nak rahsia atau surprise sangat la. Saya bukan retis.  Tak salah nak share cerita cerita bahagia dengan kengkawan & pembaca blog lekatlekit.com kan?


Saya pun tak jangka sebenarnya akan bersalin awal. Tapi pagi 20.4.2019.. dalam pukul 4.45am tu memang dah pecah air ketuban. Turun bagaikan air paip gitu. Even tak ada sebarang rasa sakit kontraksi masa tu.. Tak ada erti kata berlengah. Bangun terus siap siap... siap budak shahila. kejut suami semua.. Ayuhlah kita ke hospital bersama bahenol katanya. Sampai hospital dalam pukul 5.00am++ register semua. Macam biasa tunggu la nak jumpa doktor untuk check up. Almaklum hospital gomen ni ramai.

Tapi kontraksi mula rasa tak silap dalam pukul 6.00am macam tu.. Bila check bukaan dari 1cm.. jarak masa tak jauh.. bila sakit makin kerap..  check lagi jalan dah 2cm.. lepas tu 3cm.. kali ke 4 nurse cakap dah nampak rambut. Dalam 7.30am kena sorong masuk LR.. lebih kurang pukul 8.07am maka lahirlah hero tanpa kesan koyakkan luar. Cuma jahit sikit dua jarum bahagian dalam tanpa bius & tak la sempat rasa sakit apapun. Tak sampai seminit. Hero kita lahir dalam usia 35minggu dengan berat 2.09kg. Kira premature baby la. sebab tak cukup 37 minggu.


Lepas lahir masuk nicu sekejab 6 jam untuk check up. Alhamdulillah tak ada sebarang masalah. Kami check in wad 3 hari 2 malam sebab hero kena ambil antibiotik  sebab dia tak cukup bulan.

Pengalaman bersalin kali ni even premature pun.. di permudahkan. Sama macam bersalin budak shahila. Pergi hospital tu kira terus bersalin je. Proses bersalin pun tak lama. Cuma kakak dia shahila kena jugak vacum sikit sebab masa tu doktor detect jantung dah lemah. Untuk si Hero totally senang je keluar. Ikut arahan nurse dalam LR tu.. Even mak dia sejenis tak tahan sakit kontraksi. Segala ubat tahan sakit bagai aku minta. Walau tak di bagi pun. sebab masa minta tu bukaan masih tak cukup. Sebenarnya tak perlu pun cuma bila sakit.. sejenis den ni memang tak tahan sakit sakit fizikal macam tu. Di uji dengan saman RM3juta.. aku mampu lagi hadap tapi sakit kontraksi.. minta maaf surrender beb!

Mungkin sebab tu juga Allah tak uji dengan sakit contraction yang lama sebab Allah pun tahu kemampuan saya kot. Ada hikmah juga hero lahir premature. Kalau cukup bulan maybe dia boleh cecah 3kg & ikutkan ketinggian saya ni doktor risau kalau baby besar laluan tak cukup untuk baby keluar & berkemungkinan kena bersalin kaedah c-section (pembedahan). Tapi 2kg.. nampaknya masih mampu normal delivery. Semua kuasa Allah..

Walaupun mengandung kat hero ni sebenarnya tak planning pun. Serius saya tak plan untuk ada 2nd baby pun. Dengan kes saman yang masih belum selesai.. Saya mengaku tidak bersedia. Tapi bila di beri rezeki saya yakin perancangan Allah tu lebih baik dari perancangan kita manusia. Saya terima & saya tetap sayangkan anak anak saya. Insya Allah setiap anak yang lahir tu di sertakan bersama rezeki untuknya. Hero ni sejak mengandung memang murah rezeki dia. Moga kelahiran dia juga memberi seribu satu keajaiban & Allah permudahkan semua urusan kes mahkamah saya. Manatau tetiba mahkamah batalkan semua tuntutan gantirugi yang perlu saya bayar ke.. Kita tak tahu perancangan Allah tu macam mana kan? So jangan berhenti berdoa.

Sekarang focus saya cuma nak habiskan kes mahkamah saya, cukupkan kos nak bayar bicara tafsiran lepas tu nak focus pada family & anak anak. Apapun yang bakal beralaku.. saya redha je. Saya sedia maklum saya tak mampu dari segi material.. So, situ mungkin jadi titik kelemahan saya. Takpa Allah tu sentiasa ada & lebih tahu apa yang terbaik untuk kita maka dia akan bagi apa yang lebih baik untuk kita biarpun pahit.

Semoga anak anak terus menjadi kekuatan saya. Menjadi harta yang paling berharga. Menjadi tiket untuk saya ke syurga. Siapa tahu...

Welcome to the world Hero. Assalammualaikum. Kenapa saya panggil hero.. sebab dia wujud dalam rahim saya ketika saya di uji dengan ujian yang maha hebat.. dia lahir dalam usia kandungan 35 minggu tapi dalam keadaan sihat & baik. Sesungguh hero sangat kuat berjuang bersama saya sejak dari dalam kandungan biarpun emosi saya sangat sangat teruji sepanjang kehamilan ni. Terima kasih hero... terus jadi hero mummy, kakak & dady yer. Semoga membesar menjadi anak yang baik, taat, bijak, ensem, kaya,beriman & memberi manafaat kepada ibu bapa, bangsa & agama.


LOVE YOU MISS POMEN BUKTI DRAMA MELAYU MASIH TIRU IDENTITI DRAMA KOREA

LOVE YOU MISS POMEN BUKTI DRAMA MELAYU MASIH TIRU IDENTITI DRAMA KOREAAkan di tayangkan drama bertajuk Love you Miss Pomen. Tak sure bila.. rasanya kat TV9 kot. Heroin dia Mira Filzah yang membawa watak Miss pomen tu.. Yang lain2 pelakon tu tak berapa sure sangat sebab aku pun tengok iklan kat TV gitu gitu jer kan.. Tapi hero dia Aliff Aziz. Alah penyanyi dari Singapore tu.. Lagu dia yang popular tajuk sayang sayang ke hapa.. hahaha

Love You Miss Pomen -Mira Filzah-

Serius aku memang jenis tak minat drama - drama yang tajuk macam tu sebab kebanyakkan drama2 yang tajuk ala2 korean drama tu selalunya cerita sangat tipikal & terlalu santai sampai rasa macam tak ada moral of the story atau apa2 yang menarik dalam drama tu. Sekadar kau letak muka2 popular, cantik & hensem.. Kau bagi ada cerita sikit - sikit sebab nak buat drama.. dah siap. Paling2 buat gegadis fefeelling cinta sampai ke langit biru je kerana keromantisan pasangan pelakon. Alih2 highlight pasal kisah cinta jer.. Ni pun tajuk pun unsur2 cinta jugak. Nampak sangat identiti drama korea kat situ hahahaha

Untuk drama Love You Miss Pomen ni tak boleh nak judge cerita sampah ke cerita yang memang layak dia panggil 'Drama cekera yang berkualiti' sebab aku sendiri pun belum tengok. Nak kata confirm tengok tu.. cuma berani cakap Insya Allah je la tapi yang pasti mungkin ramai yang menonton kot sebab peminat Mira Filzah kan ramai..

Cuma berdasarkan iklan promo kat TV macam nampak watak pomen yang Mira Filzah bawa mungkin tak berapa menjadi..  Rasanya kalau pilih pelakon wanita lain yang nampak lebih lasak tapi masih ada ciri2 kewanitaan macam Janna Nick, Zarra Ziya atau Izreen Azminda.. mungkin watak tu lebih nampak realistik kot. Mira Filzah ni terlampau lembut sangat hahaha. Tapi tu la macam aku kata tak boleh menilai sebelum tengok.. Cuma pendapat aku dari personaliti Mira Filzah la. Lagipun lakonan dia sebelum sebelum ni pun masih nampak kaku.. Personaliti dia yang lembut tu masih nampak pada setiap lakonan dia.. So, setakat ni aku tak nampak ada kelainan dia dalam setiap watak yang pernah dia bawa dalam drama - drama sebelum ni. memang statik je cara dia bercakap.. berdialog bagai. hehehee

Tak tau la kot2 dalam drama Love you Miss Pomen nampak bakat yang tak pernah tertonjol dalam drama drama yang pernah Mira Filzah bawa sebelum ni siapa tahu kan.. Mungkin mutu lakonan dia dah semakin improve. So, kena tengok dulu la masih statik atau dah ada perubahan. hehehe

Drama Love You Miss Pomen ni tak tau la cerita pasal apa.. cuma yang kita sedia maklum cerita pasal tukang pomen perempuan yang lawa, cantik & muda. Cerita dia confirm lelaki2 yang datang kat bengkel tu nak repair kereta kemudian terpikat dengan kecantikkan dia. Lepas tu heroin dalam drama ni pun maybe mula2 mungkin dia tak suka tapi lepas tu jadi suka & dia jatuh cinta atau cerita dia berkisahkan tentang dia nak pikat miss pomen yang lawa. Alah.. tipikal sangat sebab tu boleh teka hahahaha. Tajuk pun dah mengambarkan jalan cerita so, tak ada apa yang suspend sangat hahahaha.


Nampaknya drama melayu masih tak boleh Move on dengan identiti drama korea. Tengah In-Trend la katakan. Lagipun sekarang ni orang seni tak tak berapa banyak yang berseni. Semua seni mereka lebih kepada keuntungan dalam bentuk RM. Cuma tu la drama korea takde la pulak nampak identiti drama melayu bermakna drama melayu masih tidak berjaya mencipta pengaruh dari luar.. Macam mana nak ada pengaruh kalau kita asyik terpengaruh dengan karya orang je. kan hehehehe..
Mesti peminat2 Mira Filzah akan kecam entri ni kan.. Kecam la tapi dengan kecaman tak dapat mengubah hakikat yang sebenar. Drama melayu sekarang memang masih di bayangi identiti drama korea... Tak payah tengok jalan cerita tajuk pun sangat sadur ok! hahahhaa

Moral of the story.. selain berhenti buat drama melayu ala - ala korea ni ada lagi perkara lain yang kita perlu start berhenti buat untuk tahun 2017 ni. Ni la perkaranya >> 25 Yang Kita kena berhenti Lakukan Untuk Tahun 2017 <<

YANG ADA HATI NAK JADI ISTERI NOMBOR 3 ADI PUTRA KENA TAHU PASAL NI

YANG ADA HATI NAK JADI ISTERI NOMBOR 3 ADI PUTRA KENA TAHU PASAL NI. Kecoh la dua tiga hari ni pasal tersebar gambar pernikahkan pelakon Adi putra bersama isteri kedua walau kedua dua masih tak mahu bagi apa2 komen terhadap gambar & gosip yang tersebar tu. Kalau dah kahwin tu, Tahniah je la. Apa nak di kata.. Dah jodoh. Di sebalik apa yang berlaku tu, Biarlah Allah sahaja yang menentukan.

Pelakon yang menjadi kegilaan ramai masakini Adi Putra

Aku macam biasa la.. Baca jer semua cerita,berita, gosip,kontroversi & viral tapi bukan semua berita & cerita sensasi tu aku berminat nak ulas. Mula2 kes adi putra kahwin ni memang rasa tak ada apa yang aku rasa best nak tulis.. Tapi bila tengok gambar isteri kedua dia kemudian compare dengan yang pertama boleh nampak banyak persamaan antara kedua dua isteri Adi putra ni. Baru la aku rasa macam best je nak buat entri hahahaha

Walaupun Adi putra ni Tinggi, slim & gelap tapi taste dia tetap perempuan yang berkulit putih, ber muka bulat & berbadan sedikit chubby @ tembam. Korang perasan tak persamaan fizikal kedua dua isteri dia? Memang taste Adi Putra kot.. Sapa kata perempuan muka bulat & badan chubby takde value. Hero drama & filem yang romantik macam tu pun tergila gila tau perempuan macam ni. Jadi wanita2 yang lansing muka V shape kalau ada hati nak jadi nombor 3 & 4 dalam hidup Adi putra, sila la la bulatkan apa yang perlu. Sebabnya mungkin Adi Putra tak tertarik pun badan size s korang tu hahahaha. kadang2 pandangan mata lelaki memang tengok perempuan langsing macam tiang katanya. Sebab dulu aku ada kawan yang memang taste dia perempuan berbadan besar. Mula2 pelik jugak.. sebab dia kategori lelaki ada rupa jugak tapi citarasa orang mana sama ye dak. Tak salah pun nak suka perempuan berbadan besar sebab mereka pun ada kecantikkan mereka tersendiri.

Isteri pertama & kedua Adi Putra. Persamaan mereka berkulit putih berpipi pau & berbadan chubby.

Sebab tu kita tak boleh kaitkan fizikal seseorang dengan perjalanan jodoh dia. Ada orang yang cantik badan ramping bak kerengga kalau karate boleh senang patah dua katanya.. Mungkin bukan citarasa lelaki yang dia suka sebab yang ramping tu belum tentu menarik pada pandangan mata semua orang. Sebab kecantikkan dari pandangan mata setiap manusia tu berbeza.

Kadang2 bukan size badan atau paras rupa yang membuatkan seseorang tu suka pada pasangan dia, mungkin faktor kematangan juga buat orang jatuh cinta walau kalau dari fizikal tu kurang menepati ciri pasangan idaman. Bersikap matang jugak perlu untuk mendapat pasangan di luar jangkaan, Jadi kalau korang nak tau perangai korang dah matang bersama usia atau belum boleh test kat sini >> Nak tahu tahap Kematangan & mentaliti Anda, Meh Test Disini <<

Jadi yang mana badan tak dapat cutting S, muka tak mampu jadi V shape jangan sesedih.. Manalah tau ada hero2 filem sedang mendambakan anda sebagai pasangan hidup siapa tahu. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki... tuah manusia mungkin pada potongan badannya. hehehehe

HERO FILEM ALI SETAN KRITIKAL BERGANTUNG DENGAN ALAT BANTUAN HAYAT

HERO FILEM ALI SETAN KRITIKAL BERGANTUNG DENGAN ALAT BANTUAN HAYAT. Kalau sebut nama pelakon Azmil Mustapha mungkin ada yang tak kenal tapi kalau sebut hero filem Ali setan yang membawa watak sebagai Ali rasanya ramai kot yang kenal. pelakon era 80an yang popular. Banyak filem dia berlakon tapi sekarang dia dah tak aktif dalam lakonan. Dia lebih banyak buat aktiviti dakwah.

Sumber Google

Terbaca kat Beautifulnara katanya beliau sedang tenat akibat sakit jantung & sekarang masih koma bergantung dengan alat bantuan hayat. Beliau sekarang di rawat di hospital Putrajaya.

Sumber Beautifulnara

Masa dia masih popular kita mengkagumi beliau dalam setiap lakonannya kini beliau terlantar kritikan marilah kita sama sama doakan kebaikan & kesembuhan buat beliau. Moga Allah permudahkan segalanya untuk beliau

Sebab tu betapa pentingnya kita jaga pemakanan untuk mengelakkan sakit jantung. Salah satunya jangan skip sarapan pagi sebab kalau skip sarapan pagi mungkin ada berisiko kena serangan jantung. Tak caya baca kat sini >> 4 Perkara Ni Buat Anda Akan Menyesal Kalau Tak Ambil Sarapan Pagi <<

Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Azmil Mustapha. Semoga tenang & sabar dengan Ujian Allah.. Insya Allah moga Allah beri yang terbaik untuk beliau.

KENAPA DATO SERI NAJIB TAK TERSENARAI DALAM 11 HERO NI?

KENAPA DATO SERI NAJIB TAK TERSENARAI DALAM 11 HERO NI? Sementara nak tunggu nak siap2 pergi berjimbara sekejab lagi aku memang suka baca artikel2 best kat online ni. Almaklum la blogger katanya.. Membaca salah satu cara mencari idea untuk update blog. Malas membaca kurang info bila kurang info kurang idea.. bila kurang idea.. kurang la update blog katanya.. Jadi nak jadi blogger bukan je kena rajin menaip entri malah kena rajin membaca. Tu salah satu tips dari blogger terpinggir macam aku. hahaha...


Terbaca la story pasal 11 hero Malaysia sepanjang tahun 2015 yang pernah menjadi Viral atas keberanian & kebaikkan mereka lakukan. Dalam banyak2 hero ni aku dok cari jugak mana Hero BR1M ni.. Takde pun nama & kisah dia di catatkan.. Kan dia hero. Hero yang berani pegang jawatan walau di hentam kiri kanan depan belakang tapi tetap teguh berdiri dengan jawatan perdana menteri. Langsung tak gentar dengan suara majoriti rakyat.. Biarpun aku yakin dia sendiri tahu sokongan terhadap dia dah semakin kurang tapi semangat & keberanian untuk terus pegang jawatan PM di samping terus menaikkan harga barang kat Malaysia ni tanpa rasa was was memang aku salute. Sepatutnya dia jugak tersenarai antara 11 Hero kat Malaysia sepanjang tahun 2015 macam mereka mereka ni >> 11 Kisah Hero Malaysia Sepanjang 2015 Yang Mesti Anda Baca <<

Apa tak hero ke Dato Seri Najib? Hero la tu.. Hero kan sinonim dengan berani.. Bagi aku DS Najib seorang yang berani. Berani tak letak jawatan sampai sekarang walau rakyat dah bersuara.hahahaha

Memang salute la dengan Pakcik Najib ni. Salah satu sifat yang kita boleh contohi.. adalah sifat over confident & tidak mudah mengalah dia. Kalau kat negara lain rasanya PM dorang dah lama pencen & berehat2 kat rumah kalau gagal mentadbir negara dengan baik sehingga menyusahkan rakyat tapi kat Malaysia.. PM sekarang lebih suka menyusahkan rakyat dari menyusahkan diri sendiri.

Moral of the story.. Marilah kita berdoa semoga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada Dato Seri Najib. Moga dengan hidayah yang diberi dia terus insaf nak jadi PM lagi.

PELAKON UNGKU ISMAIL SERING JADI LELAKI UPAHAN WANITA

 Tu dia... Gosip hangat hangus hangit katanya. Kalau sebut retis ni semua pun mula la buka biji mata luas2 kan. Dasar kiah propa sangat tau. Asal tajuk panas pasal retis je berpusu pus clik. hahahaha.

 Sumber Fb Ungku Ismail

Semalam pukul 7 petang dah di tayangkan episod pertama drama Teman lelaki upahan yang heronya di lakonkan oleh pelakon Ungku Ismail. Maybe ada yang tak berapa familiar dengan nama pelakon ni tapi aku memang minat lakonan dia. Kalau bukan sebab dia aku bukan nak layan sangat drama pukul 7 tv3, nak2 lagi drama adaptasi novel sekarang yang semua lebih kurang sama jer cerita dia.

Sebab heronya Ungku Ismail melangut jugak la sampai habis.. episod pertama pun enjoy je tengok. Cerita dia pun not bad. Tengok telatah Ungku Ismail dalam episod pertama Teman lelaki Upahan memang tak membosankan. Kelakar + sweet. Nak2 lagi kalau dia lakonkan babak mengelabah.. Aku suka sangat.

Sebab aku peminat dia & enjoy tengok episod pertama drama lakonan dia... Aku pun up la status. Ingat senang ke aku nak puji hero @ heroin drama ni nak2 dari drama adaptasi novel. Tak sangka pulak dia sudi nak datang join berkomen dengan peminat2 dia kat status FB aku. Amboi low profile sungguh kan??

Antara perbualan kat FB status aku. selebihnya korang baca sendiri kat SINI

Yang aku perasan banyak jugak drama2 Ungku Ismail ni mesti watak dia jadi lelaki upahan perempuan.. tak jadi suami upahan, jadi anak ikan.. Yang terbaru jadi teman lelaki upahan. Tapi semua lakonan dia menjadi. Hope lepas ni dia dapat banyak offer berlakon supaya selalu2 muka keluar tv. dah bosan aku dok tengok muka2 hero yang sama..

Sumber google

Buat Ungku Ismail.. Sebagai peminat saya doakan kejayaan untuk anda dalam bidang seni. Lakonan anda memang ada kelainan & ada identiti tersendiri. Paling penting anda sangat suweet bila bawak watak2 lelaki upahan ni tau! Pada korang semua jangan lupa tengok drama Teman lelaki upahan pukul 7 malam, isnin hingga khamis di tv3.

Kalau korang nak beramah mesra dengan beliau boleh LIKE fanpage Ungku Ismail Aziz Insya Allah tak sombong 




TIADA KATA SELAIN RINDU UNTUK MU.. AL FATIHAH

Hari ni 24 April 2014 genaplah 4 tahun pemergian hero tercinta 7 orang perempuan. Pemergian yang memberi satu kejutan besar kepada 7 perempuan dalam hidupnya. Perginya tanpa tanda bahawa dia akan pergi buat selama lamanya... 4 tahun lalu pada tarikh ini dia melalukan rutin harianya seperti biasa dari pagi hingga ke malam..

Namun bila sampai waktunya... Takkan terlewat atau tercepat walau sesaat. Selepas selesai semua rutin & tanggungjawabnya pada hari tu, dia kembali kepada pencipta. Dia yang kami panggil Ayah.. Dia Ayah kepada 6 orang anak perempuan bersama seorang isteri.

Perasaan yang dapat ku tulis dengan kata2 cuma RINDU.. dengar ringkas dan mudah tapi berat sangat perasaan ni sejak 4 tahun lalu. Aku tak mampu untuk gambarkan segalanya tentang Ayah sebab akan datang satu perasaan RINDU yang sangat2 sakit. Andai KALAU mampu ku tukar pada kenyataan banyak KALAU yang aku ingin ia berlaku bersama Ayah.. Tapi semua ni dah tertulis. Bukan aku menyalahkan takdir cuma aku manusia.. bila datang RINDU aku akan membayangkan bermacam macam perkara kalau DIA ada.

Alfatihah untuk ayah... Semoga ayah berada bersama mereka2 yang di kasihi Allah. Semoga Ayah nyenyak tidur di alam sana. Semoga Allah ampunkan segala dosa2 Ayah. Selamanya kami cuma akan ada seorang Ayah sampai bila bila....

P/S : Lagi 4 hari aku akan menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ke 4.. Saat aku kehilangan seorang lelaki dalam hidup aku di hadiahkan seorang lelaki. Allah itu tidak pernah kejam. Bagi yang nak baca kisah di sebalik perkahwinan & pemergian Ayah.. boleh baca kat entri AYAH

terima kasih pada yang sudi sedekahkan alfatihah untuk arwah ayah saya


HERO KUCING HIDUP BERKAKI DUA MENINGGAL DUNIA

Walaupun tak pernah jumpa Hero.. Tapi sang lekit selalu ikuti perkembangan dia & kucing2 lain yang di selamatkan kakimotong kat FB & blog. Bagi yang tak kenal atau lupa siapa kucing bernama HERO ni.. korang boleh search kisahnya.. kucing yang di potong dua kaki depannya kerana mencuri ikan di sebuah restoran non muslim satu ketika dulu & di selamatkan seorang hamba Allah yang pada masa itu tidak berkemampuan untuk memberi rawatan di klinik cuma cuba mengubati HERO dengan minyak gamat & doa sahaja. Namun kuasa Allah HERO sembuh & hidup menjadi Icon pada kekejaman manusia terhadap haiwan. Surat khabar, majalah & stesen tv pun banyak membuat liputan pasal kisah HERO ni.


Namun setiap yang hidup pasti ada akhirnya.. baru2 ni sang lekit ada baca di status FB kakimotong yang mengatakan abam Iyo (panggilan manja HERO) yang terkena lukiemia & sedang di beri rawatan. Dan pagi ni tersentap bila admin kelab Kakimotong(owner HERO sendiri) memaklumkan.. Iyo dah pergi meninggalkan kita semua.


Hero tetap abadi dalam kenangan

Sedih.. Rasa macam kehilangan ahli keluarga sendiri sebab saya memang mengikuti perkembangan dia & kawan2 dia yang lain. Tak malu la ngaku memang nangis jugak la kan. Semoga Papa & Mama HERO tabah menghadapi ujian berat ini. Sesungguhnya kami semua merasai kehilangan HERO bersama PH & MH. Teruskan perjuangan murni anda menyelamatkan haiwan2 terbiar mahupun haiwan2 yang menanti di suntik mati oleh pihak DBKL. Biarpun tanpa HERO kami tetap menyokong perjuangan kakimotong. Takziah buat keluarga HERO.

Gambar ni sangat2 menyentuh perasaan daku.

P/s : Sesungguh hati ini amat terasa sedihnya..


HUDUD KE ATAS KUCING YANG MENCURI

Kalau korang nak tau kucing pun tak terlepas dari di hadapkan kepada hukuman kalau mencuri. Kucing tak kucing.. salah tetap salah. Kucing... kau tak tau ke mencuri tu salah & berdosa. Sapa suruh kau buat jugak. Sekarang terimalah hukuman setimpal dari kesalahan kau tu? Sekarang kaki kau kena potong sebab ikut hukum hudud. Dengan cara ni kau akan insaf.. bertaubat & tak mencuri lagi...

Boleh kau cakap dengan kucing macam tu?? Boleh kau laksanakan hudud kat kucing atau kat haiwan2 lain. Kalau kau rasa di bolehkan melaksanakan hukum hudud pada haiwan.. samada kau yang rosak akhlak, akidah & sebagainya.. kau ni boleh la aku cakap mereng tanpa batasan.

Aduhai manusia Ooi... Hudud cuma untuk manusia yang di ciptakan Allah makhluk paling sempurna sifat & akalnya bukan untuk haiwan yang tak berakal. Kalau kau rasa hudud tu juga untuk haiwan.. aku mula konpius...yang mana satu haiwan. Kau ke atau haiwan2 tu haiwan.

Ni kes sorang hamba Allah komen guna otak lembu kot kat fanpage Kakimotong pasa 1 status ni yang berkenaan dengan Kisah Hero yang di potong dua belah kaki depan sebab mencuri ikan, Nak tau dia komen apa.. meh sini sang lekit attach komen dia tu..



 Pinjam dari Kakimotong Fanpage

Kalau lembu tu orang selalu sinonimkan dia dengan kebodohan rasanya kau punya tahap tak cerdik mengatasi lembu. Kalau hukum hudud di laksanakan pada haiwan.. agaknya berapa kerat haiwan yang ada kaki?? Lain kali nak cakap ambil masa sikit untuk fikir supaya apa yang kau cakap tak jadi bahan gelak.. bahan kutuk & bahan kritik orang lain. Nak jadi setaz & setazah part time pun biarlah tak fail sangat pasal hukum hakam ni. Sekarang semua orang tengah geli hati dengan ketidak pintaran kau mengomen tu.


SELEBRITI KUCING

Jangan ingat manusia je boleh jadi artis terkenal & popular.. kucing pun boleh. Kucing sapalah yang bertuah sampai di angkat sebagai selebriti tu?? Siapakah yang mengiktiraf kucing tu sebagai selebriti? Apa sebab dia boleh jadi selebriti??

Carian Google
Orang yang anggap & menganugerahkan kucing tu selebriti adalah sang lekit sendiri sebabnya dia sekarang makin popular.. glamour.. di kenali juga gendut. kekekekeke. Kenapa sang lekit anugerahkan dia selebriti? Sebabnya kalau sebut nama dia.. mesti ramai yang dah kenal. Dah keluar majalah, surat khabar,kat TV.. Kisahnya bukan lagi rahsia. Kisahnya buat kita berlinangan airmata. Siapa lagi kalau bukan HERO seekor kucing yang menjadi bukti kekejaman manusia. Kisah dua kaki depan dia di potong kerana curi sepotong ikan tu rasanya semua dah tahu kan. Jadi apa sang lekit nak cerita lagi??

Ni la Artis kucing yang sedang popular sekarang ni. Hensem tak?? HERO

Takde la tadi tertonton Video yang PAPA HERO upload.. video tu tunjuk Hero tengah main dengan lazer. (Clik DISINI untuk tonton) Walaupun dia cacat hanya bergerak dengan dua kaki belakang tapi tak pernah jadi halangan buat HERO untuk bermain macam kucing - kucing normal yang lain. Bak kata dalam iklan.. "hak bermain hak kami.." kuat sungguh semangat HERO buat sang lekit rasa malu lak kat HERO. Kita di lahirkan sebagai manusia.. sempurna fizikal & mental tapi kadang2 bila di uji dengan sesuatu kita rasa hilang keyakinan & semangat untuk melakukan sesuatu. HERO yang cacat tu pun berjuang teruskan hidup dia tanpa kenal putus asa, memang patut kita malu dengan dia. Yer.. memang dia kucing, kita tak tahu apa dia fikir tapi apa yang sang lekit rasa seekor haiwan memang takde sikap putus asa. Selagi ada nyawa selagi tu dia nak hidup. Sebabnya tak pernah ada kes haiwan bunuh diri. Yang banyak haiwan kena bunuh & terbunuh je.. Betul tak??

Tak semestinya kita manusia harus mencontohi manusia saja.. adakala haiwan tu lebih bagus untuk di contohi bagi memotivasikan diri kita. Memang haiwan adakalanya tak mampu berdikari untuk terus hidup tapi tetap ada haiwan yang tak sepatutnya hidup berdikari tetap berdikari bila takde pilihan lain. Macam haiwan jalanan seperti kucing & anjing. Mereka sepatutnya berada di rumah bersama kita.. Tapi bila mereka takde pilihan & tak bertuan.. hidup merempat di luar mereka tetap berjuang, berusaha teruskan hidup dengan mencari apa saja sumber yang boleh di makan.

Kan bagus kalau ada satu rancangan khas macam bersamamu yang membantu haiwan terbiar.. Sekurang2nya walau tak semua, yang bernasib baik dapat jugak menikmati hidup dengan sedikit selesa. Tapi setakat ni takde lagi la sang lekit rasa rancangan macam bersamamu untuk haiwan jalanan.. kan?? Semua rancangan yang berkonsepkan macam tu untuk manusia je. Kot2 ada mereka2 yang dalam bidang tu terbaca.. apakata cetuskan satu rancangan untuk bantu haiwan terbiar ni.


MEREKA NAMPAK TAPI TAK PEDULI

Mei 2005 muncul seekor kucing yang memperlihatkan kekejaman makhluk bernama manusia. Kedua belah kaki depannya di potong hanya kerana mencuri seekor ikan di sebuah restoran (non-muslim) untuk mengalas perut yang lapar. Setelah di kejami.. dia di buang di tepi jalan dalam kesakitan yang teramat sangat. Hanya mata2 menonton kesakitan itu tanpa ada seorang pun yang merasakan ia perlu di beri bantuan. Mungkin mereka hanya berdoa, Allah cepat mengambil nyawanya supaya penderitaannya tidak lama. Tapi Allah telah menghadirkan seorang insan yang tak punya kemampuan waktu itu untuk menghantar dia menerima rawatan yang lebih baik tapi insan itu dengan rasa perikemanusian, belas kasihan & kasih sesama makhluk membawa dia pulang dengan airmata. Hanya berbekal doa & minyak gamat.. Insan itu pasrah. Sedaya mungkin di rawat dengan minyak gamat & pasrah jika hayat seekor kucing yang di selamatkan itu tidak panjang. Namun kuasa Tuhan.. Dia terus bernafas sehingga kini. Ini Kisah Hero & Papanya... (Baca kisahHero DISINI)
Gambar di pinjam dari Kakimotong Fan Club

Tentu korang pun kenal dengan kucing bernama hero kan? Hero adalah seekor kucing yang dikejami kini menjadi perhatian umum. Media mula paparkan kisahnya.. Lepas mastika bagi ruang kat Papa Hero untuk menulis di salah satu ruangannya, Hero muncul dalam 1 segmen di buletin Utama sebelum raya haji haritu & Dan muncul di RTM dalam rancangan selamat pagi Malaysia.

Sang Lekit mula terfikir andai perjalanan hidup Hero ni di pertontonkan saat gemilang dia hari ni semasa kakinya di potong & di buang  mesti orang yang ramai berkerumun melihat hero kesakitan tu takkan biar sampai Papa Hero datang kemudian bawa balik Hero untuk di bagi rawatan, kan? Manusia yang ramai2 tengok tu macam tengok Filem jer.. Sebabnya dorang tak terbayang atau terfikir yang hero bakal jadi perhatian ramai 1 hari nanti. Kalaulah semua tu boleh nampak semasa hero tengah mengelupur menahan sakit pasti ada yang ambil kesempatan bukan ambil atas belas ehsan.. Itulah manusia. Lupa! Perbuatan baik akan di balas baik tapi Papa Hero yang ambil hero masa tu sang lekit yakin dia tak membayangkan detik2 gemilang hari ni bersama hero tapi apa yang ada dalam hati & fikirannya 1 makhluk yang harus di selamatkan. Dan apa yang dia miliki bersama Hero ni adalah Balasan Tuhan atas kebaikkannya.

waktu hero di kejami, di buang & di biar kesakitan. Banyak mata hanya memerhati tanpa berbuat apa2.. Melihat apa yang hero kecapi hari ni mesti terdetik di hati dorang "Kalau aku tau dia nak popular camtu.. Aku ambil dia bawak gi spital" atau "Rugi aku tak ambil hero haritu padahal aku yang nampak dulu"... Manusia.. mereka  nampak Hero kesakitan, tapi tak peduli sebab mereka tak tahu, tak terfikir atau terbayang yang Hero Hari ini mendapat perhatian ramai (bukan semua manusia yer). Kisah Hero & Papanya, Moga menjadi iktibar kepada kita semua. Setiap perbuatan tak kira baik atau buruk akan menerima balasan. Kalau tak kat Dunia, akhirat kelak.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com