LOVE YOU MISS POMEN BUKTI DRAMA MELAYU MASIH TIRU IDENTITI DRAMA KOREA
Love You Miss Pomen -Mira Filzah- |
Serius aku memang jenis tak minat drama - drama yang tajuk macam tu sebab kebanyakkan drama2 yang tajuk ala2 korean drama tu selalunya cerita sangat tipikal & terlalu santai sampai rasa macam tak ada moral of the story atau apa2 yang menarik dalam drama tu. Sekadar kau letak muka2 popular, cantik & hensem.. Kau bagi ada cerita sikit - sikit sebab nak buat drama.. dah siap. Paling2 buat gegadis fefeelling cinta sampai ke langit biru je kerana keromantisan pasangan pelakon. Alih2 highlight pasal kisah cinta jer.. Ni pun tajuk pun unsur2 cinta jugak. Nampak sangat identiti drama korea kat situ hahahaha
Untuk drama Love You Miss Pomen ni tak boleh nak judge cerita sampah ke cerita yang memang layak dia panggil 'Drama cekera yang berkualiti' sebab aku sendiri pun belum tengok. Nak kata confirm tengok tu.. cuma berani cakap Insya Allah je la tapi yang pasti mungkin ramai yang menonton kot sebab peminat Mira Filzah kan ramai..
Cuma berdasarkan iklan promo kat TV macam nampak watak pomen yang Mira Filzah bawa mungkin tak berapa menjadi.. Rasanya kalau pilih pelakon wanita lain yang nampak lebih lasak tapi masih ada ciri2 kewanitaan macam Janna Nick, Zarra Ziya atau Izreen Azminda.. mungkin watak tu lebih nampak realistik kot. Mira Filzah ni terlampau lembut sangat hahaha. Tapi tu la macam aku kata tak boleh menilai sebelum tengok.. Cuma pendapat aku dari personaliti Mira Filzah la. Lagipun lakonan dia sebelum sebelum ni pun masih nampak kaku.. Personaliti dia yang lembut tu masih nampak pada setiap lakonan dia.. So, setakat ni aku tak nampak ada kelainan dia dalam setiap watak yang pernah dia bawa dalam drama - drama sebelum ni. memang statik je cara dia bercakap.. berdialog bagai. hehehee
Tak tau la kot2 dalam drama Love you Miss Pomen nampak bakat yang tak pernah tertonjol dalam drama drama yang pernah Mira Filzah bawa sebelum ni siapa tahu kan.. Mungkin mutu lakonan dia dah semakin improve. So, kena tengok dulu la masih statik atau dah ada perubahan. hehehe
Drama Love You Miss Pomen ni tak tau la cerita pasal apa.. cuma yang kita sedia maklum cerita pasal tukang pomen perempuan yang lawa, cantik & muda. Cerita dia confirm lelaki2 yang datang kat bengkel tu nak repair kereta kemudian terpikat dengan kecantikkan dia. Lepas tu heroin dalam drama ni pun maybe mula2 mungkin dia tak suka tapi lepas tu jadi suka & dia jatuh cinta atau cerita dia berkisahkan tentang dia nak pikat miss pomen yang lawa. Alah.. tipikal sangat sebab tu boleh teka hahahaha. Tajuk pun dah mengambarkan jalan cerita so, tak ada apa yang suspend sangat hahahaha.
Nampaknya drama melayu masih tak boleh Move on dengan identiti drama korea. Tengah In-Trend la katakan. Lagipun sekarang ni orang seni tak tak berapa banyak yang berseni. Semua seni mereka lebih kepada keuntungan dalam bentuk RM. Cuma tu la drama korea takde la pulak nampak identiti drama melayu bermakna drama melayu masih tidak berjaya mencipta pengaruh dari luar.. Macam mana nak ada pengaruh kalau kita asyik terpengaruh dengan karya orang je. kan hehehehe..
Moral of the story.. selain berhenti buat drama melayu ala - ala korea ni ada lagi perkara lain yang kita perlu start berhenti buat untuk tahun 2017 ni. Ni la perkaranya >> 25 Yang Kita kena berhenti Lakukan Untuk Tahun 2017 <<
Admin tak pernah tengok drama korea ni. Jauh panggang dari api jika nk dibandingkan drama korea dgn drama melayu. 100% tak sama. Try la tgok satu ke dua drama korea, barulah boleh nilaikan lebih 70% mmg tak akan sama. Plot twist drama korea sgt unik. Hanya org yg pernah tgok shj akan tahu dan majoritinya akan ckap tak sama drama korea dgn drama melayu! Admin try la tgok drama korea dlu, baru bleh review drama korea. Asyik tgok cerita seram aje, camne nk kembang fikiran pasal drama korea? Baru adil klu admin dh tgok dan review salah satu drama korea kat blog admin ni, dari segi jalan cerita dan plot twist. Selepas itu, klu admin nk bandingkan drama korea dgn drama melayu pun sy tak kisah. Try review se-cerita drama korea, barulah adil!
ReplyDeleteAkak dah tak tergolong dalam gegadis yang feeling sampai ke langit biru tau kalau tengok kisah cinta romantis ke apa nih. Akak nampak 'kelabu' aje semua kisah cinta dalam drama Melayu dengan tajuk yang lebih kurang serupa. Tapi yalah, since akak pun tak tengok kebanyakan drama yang ada, makanya nak komplen banyak-banyak pun sampai penuh ruang komen ni tak aci jugalahkan. Kang dipanggil keyboard warrior padahal kalau ikut komen dah macam pengarah dan penerbit drama tu sendiri tau!
ReplyDelete