Showing posts with label 2 hari 1 malam. Show all posts

BOLEH SAWAN TENGOK BAJU BAJAN KAT NIGHT MARKET HATYAI

Aku ni bukan orang kaya.. Nak berholiday kat oversea pun yang dekat2 je la. At least ok la tu.. Ada juga holiday untuk family kecik kami ni kan. Bersyukur.. ada orang tak merasa berjalan jauh apatah lagi nak rasa main salji kat luar negara. Kita jangan bandingkan diri dengan orang yang lebih senang dengan kita memang kita rasa kita macam susah sangat, bandingkan orang yang lebih susah dari kita nescaya kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Amboi mukadimah.. kemain sekolahkan orang kau yer. Ok... ok.. aku just nak cerita pasal mini holiday aku yang cuma 2 hari 1 malam kat hatyai. Ni holiday tak ber planning ok. Lagipun masa tak banyak.. Bawak mak mertua jenjalan sana. Dia pun tak nak stay lelama sebab ada tanggungjawab lain kat sini kan. Kalau ikutkan nak tambah 1 malam kat sana tapi mertua daku taknak. Dia kata tunggu hujung tahun nanti, baru dia nak bercuti panjang kalau ada rezeki datang hatyai lagi.

Pemergiaan kami ke hatyai.. Awal pagi Jumaat. Aku dalam mamai2 laki aku sebelum subuh kejut aku suruh kemas barang. Aku ni tak tau apa2 terkebil2 jugak la tetiba kemas kain baju nak lari kemana pulak pagi2 ni. Nak kata sewa umah tak bayar... bayar jer tetiap bulan. Dia kata kemas baju untuk 2 hari nak jenjalan. Aku ni tak tanya la jenjalan mana sebab laki aku memang macam tu perangai dia.. asal dia kata nak pergi, tu.. tup tup pergi je takde nak planning bermesyuarat anak beranak bagai. Kecuali melibatkan ramai.. macam family sebelah aku. Kira ada la planning juga atau yang nak kena booking flight bagai. Kalau camtu kira percutian terancang la jugak.

Sebab Mak mertua aku orang yang simple, tak cerewet so senang nak bawak. Maka pergilah kami ke hatyai dengan menaiki kereta yang di pandu asben aku. Sampai hatyai dah petang, cari hotel.. mandi2 sekejab. Malam keluar pergi night market... Wah kali ni pergi hatyai aku betul2 teruja dengan baju bajan kat night market. Bayangkan yang dok jual kat booth thailand tu yang rega RM29.90 kat situ cuma Rm10 jer. Pun macam tu aku takde la borong sampai boleh buka booth.. sepasang dua je aku beli. Apapun design2 baju & harga dia kat night market hatyai kali ni aku pergi memang tak mengecewakan la. Ok la tu banyak yang cantik2 cuma RM10

Ni gambar dari google je. Aku takde amik gambar even usung dslr gedabak pi hatyai tapi sekeping pun tak amik gambar. Letih sangat kot.. keluar camera tinggal dalam hotel.

On the way nak balik singgah padang besar. Mak mertua aku teringin nak pergi. Jadi bawa la. Bukan selalu2 dia nak berjalan jauh kan. Lepas pergi padang besar terus balik. Memang agak letih jugak la.. percutian 2 hari 1 malam ni. Yelah.. rehat tak cukup, tak banyak tempat dapat pergi. Jalan sekitar hatyai tu jer.. Macam tahun lepas pergi sempat la jenjalan banyak tempat jugak. Takpe la.. Sebenarnya nak bawak mak mertua je. Bukan senang nak dapat bawak di jenjalan.

P/S : Aku walau di hatyai.. tapi hati masih dok fikir apa perkembangan MH370 walau 1 hari jer bebas dari dunia maya. Namun apa yang aku baca tentang perkembangan terkini membuatkan aku kembali menaruh harapan untuk semua mangsa di temui dalam keadaan selamat. Moga Allah membuka jalan kepada para penyelamat untuk menemui mereka. Dalam apa juga keadaan pun aku harap yang terbaik.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com