Showing posts with label ciplak. Show all posts

SHASHA & RASHIDAH GOLONGAN ATTENTION SEEKER CIPLAK

SHASHA & RASHIDAH GOLONGAN ATTENTION SEEKER CIPLAK. Belum berakhir fenomena Rashid muncul pulak watak shasha  & Rashidah yang guna konsep yang sama menyampaikan mesej dalam bentuk sarcasm @ sindiran. Bagi aku depa ni semua golongan Attention seeker je tapi tak kreatif. kerja depa curi perhatian orang ramai dengan menciplak idea orang lain. Nampak murahan sangat tau.


Serius.. muak pulak aku jenis golongan macam ni. Tak ada identiti.. Apa dia buat sebab dia tengok orang lain buat & dapat sambutan maka dia buat buat benda yang sama cuma tukar nama je lain. Macam produk tiruan cina.. Dia tukar jenama jer. Bunyi nak sama tapi tak sama tapi barang yang di buat memang meniru produk lain cuma kualiti je la berbeza. reka bentuk, fungsi semua lebih kurang sama. Tiru design orang kemudian letak jenama sendiri. Macam tu la dengan watak shasha & rashidah ni..


Zaman media sosial memang ramai yang nak jadi popular.. Maka jadilah attention seeker. Ada attention seeker yang bijak so kehadiran mereka dapat sambutan, ada jugak attention seeker yang bodoh kemunculan depa lebih di kenali sebab kena kena kutuk je. Tak salah nak jadi attention seeker tapi jadilah attention seeker yang kreatif dengan cara tersendiri yang mampu mencetuskan satu fenomena baru di alam maya bukan hanya tau ciplak jer.

Please la ada rasa ego dalam diri tu sikit.. Ego ni perlu jugak untuk kita tidak sentiasa asyik nak meniru je apa yang orang lain buat sampai kita jadi manusia yang tak ada identiti. Jangan ego hanya tak suka mengalah & mengaku salah je bila buat silap. Ego macam tu ego sampah.. sebab tak bagi manafaat. Cuba cipta satu ego di mana kita nak menyerlah dengan cara tersendiri tanpa di bayangi identiti orang lain.. Kan bagus. At least kurang sikit makhluk copy paste di alam maya.

Moral of the story.. sebab tu penting ambil sarapan pagi bagi mereka yang nak lebih kreatif dalam hidup. Takde la sentiasa lost idea seterusnya jadi makhluk suka meniru je. Sebab dengan pengambilan sarapan pagi boleh tingkatkan daya tumpuan.. Kalau nak buat sesuatu tapi tak boleh fokus memang kita akan jadi kering idea. Sarapan pagi ni penting sangat tau.. Ramai yang menyesal sebab selalu skip sarapan sebab dalam sarapan ada 4 perkara penting ni >> 4 Perkara yang buat anda rasa menyesal tidak ambil sarapan << Jadi pada korang yang rasa nak jadi perhatian di alam maya ciptakan satu identiti yang menarik yang tak ada orang buat lagi, Insya Allah.. anda akan jadi attention seeker yang nampak bijak & kreatif.

DESIGN TUDUNG SEKARANG LEBIH KURANG SAMA JER, TAK TIMBUL ISU CIPTA ATAU CIPLAK

Bangun pagi bila online jer terpinga2 pasal isu ciplak tudung jenama terkenal & mahal. Nak saman pengeluar tudung ciplak jenama terkenal & mahal dia. Ramai rupanya.. rasa tindakkan pengeluar tudung jenama terkenal & mahal ni agak kejam. Katanya.. tudung semua dari asas bentuk yang sama.. tak timbul isu ciplak bagai. Lagipun dua2 bisnes tu dari orang melayu beragama Islam yang nak mengangkat & mengalakkan orang berpenampilan muslimah.

Tu kata2 dari komen yang aku baca la... Tapi bagi aku isu cipta kemudian di ciplak ni macam isu yang takkan boleh di bendung pun. Apa juga barang.. apa juga jenama.. apa jugak fesyen.. apa juga design atau apa jer perkara kalau ada yang cipta.. dah pasti ada ciplak. Berblog pun sama.. ada yang mengarang ada yang copy paste jer tetap di panggil blogger even sorang bukan kerja perah otak sorang buat kerja ciplak. Manusia & hidupan dalam dunia ni ciptaan Allah pun ada orang ciplak hasil kejadian Allah ni.. buat klon ni klon tu.. Ni pulak hasil ciptaan tangan manusia. Apa nak pelik dengan Allah pun manusia tak takut inikan dengan manusia.

Isu tudung terkenal & mahal tu di ciplak.. Aku setuju dengan 1 komen ni aku tak ingat siapa.. Dia kata bila orang mula mencipta barangan tiruan dengan jenama yang sama.. pada masa yang sama membawa jenama besar itu untuk di perkenalkan sekali. Tu antara kebaikkan yang jenama terkenal & mahal tu dapat. Tapi keburukkan dia mungkin jenama yang sama tapi kualiti tu tak sama maybe akan membawa kesan negatif jugak pada jenama tu.

Tapi isu dalam mengangkat fesyen yang katanya fesyen muslimah tu.. Tak payah la saman juta2 sangat kot. Bentuk tudung ni semua sama.. beza design & corak jer kot. Ada yang macam kuih lapis berlayer & bermacam2 kaler.. ada yang sewarna berbatu bata... ada yang bertone warna warni macam pelangi.. ada yang macam taman bunga.. ada yang macam singa, harimau bagai.. Tak payah nak cop hak cipta terpelihara sangat la. Anggap macam kita cipta resepi untuk orang lain cuba sudah... Resepi sama, tukang masak berbeza rasa pun mustahil sama kan even dari resipi yang sama. Sebenarnya pi mai pi mai design & bentuk tudung semua jenama pun macam lebih kurang sama jer.. ubah sikit2 corak, warna, letak diamond, labuci,manik bagai sikit untuk nampak berbeza sikit dengan yang sedia ada. Takde istilah isu hak cipta terpelihara kalau tudung ni.


Dua jenama terkenal. Taknak mention jenama mana.. salah satu jenama yang tengah kontroversi sekarang.. satu lagi jenama yang terkenal jugak. Tak jauh beza sangat pun design dorang, kan?? SO takde isu ciplak bagai sangat

Jadi pada jenama terkenal & mahal tu sebelum menyaman pihak yang katanya ciplak tu cuba kaji balik semua tudung2 anda yang anda jual selama ni.. adakah takde sikit pun menciplak dari jenama lain? Kalau betul2 takde.. teruskan saman. Kalau rasa macam ada.. sila malu sendiri. Peace!

P/S : Mereka sibuk saman menyaman sampai terlupa hari ini hari ke 33 MH370 lenyap,senyap tanpa khabar berita. Betapa.. tiada nilai harta dunia bila menghadap kehilangan tak bertanda kerana tiada nilai mampu di bayar untuk mencipta kembali perkara yang menjadi kenangan. Marilah kita doakan buat mereka,agar misi mencari menyelamat menemui mereka atau tanda dimana mereka berada. Doakan buat semua mereka yang terlibat dalam misi ini, kerana mereka juga bertarung nyawa hidup & mati dalam misi tu. Moga Allah membuka jalan & kebenaran.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com