Showing posts with label iblis. Show all posts

SERAM! PEKERJA MATI KEMALANGAN DATANG PUNCH CARD DI KILANG ELEKTRONIK BANDAR BARU KAMPAR

SERAM! PEKERJA MATI KEMALANGAN DATANG PUNCH CARD DI KILANG ELEKTRONIK BANDAR BARU KAMPAR. Meriah pulak segmen seram serik lekatlekit minggu ni kan? Hati senang ke beb?? Alhamdulillah.. hati ok jer. Boleh lagi setakat nak menulis blog. Lagipun Blog ni la salah satu sumber nak cari dana kos guaman untuk kes saman sivil saya tu. Umpama dari blog ia datang kepada blog juga ia pergi.. Kerana pendedahan yang saya buat kat blog saya di saman jadi dengan blog ni juga la salah cuba mencari rezeki untuk menampung kos guaman saya. Bagi yang tak tau kes tu boleh la semak semak entri lepas..


Yang pasal saman menyaman tu kita hold sekejab.. Ni kami nak share dengan hangpa kisah seram untuk hiburan sebelum tidur katanya.. Tak feel la tido tanpa di selubungi misteri katanya.. Baru la ada yang kencing tilam. hahahaha... Better pakai pampers siap - siap ok. Bukan apa takut esok takde panas macam mana nak jemur tilam. kekekekeke

Kisah ni kami dapat dari perkongsian seorang Follower Page Jangan Tutup Lampu - SuriaFM (JTL). Katanya peristiwa tu berlaku semasa dia bekerja kat sebuah kilang elektronik di kawasan bandar baru Kampar, Perak. Ate orang peghok.. Kome tahu ke kat mana tempatnya? Tapi kilang tu sekarang dah pun tutup operasi. Kejadian ni berlaku kira kira 20 tahun yang lalu...


Alkisahnya..tersebut la kisah Aipppppppppp.. Sang kancil datang beramai ramai mengadap sultan Firaun.... kekekeke.. Ops.. Simpan selipar masing2 kat kaki semula. Kami melawak ja. Tu pun nak ambil hati. yelah.. yelah... kami mulakan kisah seram ni. Are U ready Uolls..?? Drumm plesssssssssss!!!

Kisahnya bermula bila ada seorang technician india kat kilang mati kemalangan. Maka seminggu selepas kejadian tu.. Kilang tu mula di selubungi misteriiiiiiiii. Pada satu malam yang sepiiiiiiii... Lolongan angin sepoi sepoi bahasa (Yang ni takde saja tambah bagi seram), President kilang seorang warga Taiwan buat rondaan nak cari kot kot ada pekerja yang membuta & makan gaji buta kerja shift malam. Dalam perjalanan nak masuk ke kawasan operasi kilang tu dia terserempak dengan seorang lelaki India baru nak punch card. Kecik besar kecik besar je dia tengok mamat tu.. Pukul 2 - 3 pagi baru nak punch card masuk kerja. Mesti dalam hati dia cakap.. Ingat kilang awek kau ke suka hati jer nak masuk pukul berapa kerja. Kilang awek kau pun mesti bapak dia yang punya sebab awek kau pun tak mampu buka kilang lagi. Mesti bapak dia pun marah kalau cenggini perangai bakal menantu. Ops.. terlebih drama la pulak. ekekekeke

Apa lagi dengan kuasa bulan sailormoon maka president tu ambil nombor & nama pekerja tu untuk tindakkan susulan esok hari. Buka jer opis dia terus pergi ke pihak HR.. nak mengadu domba ada pekerja masuk kerja lambat. Tapi.. lain pulak yang berlaku apabila pihak HR tu bagitau dia..... Jeng jeng jeng... Kita kembali selepas iklan. 

Yelah.. Yelah.. Gurau je. Tu pun nak merajuk sampai nak clik X blog den. Ok sambung balik.. Bila HR dia bagitau pekerja yang dia maksudkan tu sebenarnya dah seminggu meninggal dunia sebab accident. terus kejung kat situ.. Tapi Hidup lagi la Big Bos Taiwan tu cuma demam je la. Lepas kejadian tu terus dia tak berani lagi buat kawad cari pekerja night shift yang membuta di malam buta. Baru kau tau penangan hantu Malaysia ni.. Siap boleh punch card lagi ok! hantu taiwan ado???

Selepas kejadian tu katanya ada juga berlaku kejadian histeria kat kilang tu. Mungkin di sebabkan jin mengambil kesempatan atas kematian trajidis seorang pekerja kat situ untuk di jadikan sebab dia mengacau bilaukan tempat tu. Dasar Jin.. Asyik nak menumpang jer tempat orang.

Moral of the story... Kalau kerja tu sila masuk awal. Jangan suka punch card dakwat merah sangat. Nanti mati jadi hantu hahaha... Ops jangan percaya tu semua tahyul semata mata.

KISAH SERAM BERLAKU DI GERAI DALAM KOMPLEKS KERAJAAN JALAN DUTA

KISAH SERAM BERLAKU DI GERAI DALAM KOMPLEKS KERAJAAN JALAN DUTA. Setelah agak lama segmen seram serik lekatlekit tenggelam timbul.. Kini Tora datang lagi dengan kisah seram yang pernah berlaku di kawasan gerai dalam Kompleks kerajaan Jalan Duta. Hangpa rindu kan dengan cerita seram kami.. Mesti hangpa ingat kami dah resign tulis kisah seram lepas kena saman. Kami dah tak ada mood nak menghiburkan hangpa dengan cerita cerita seram.


Mana ada...  tu takde kena mengena dengan kes saman kami ok! Yang saman tu.. Usaha, Doa & Tawakal je la. Allah sebaik baik tempat untuk mohon pertolongan. Jangan risau kami tak guna saka untuk fight kat mahkamah na.. Hahahaha..

Nasib baik la adik den dah berhijrah balik kedah. Kalau tak dulu dia memang kerja kat kompleks kerajaan Jalan Duta tu.. Lama jugak la lepas 6 bulan habis belajar terus dapat kerja kat situ. Sebab depa interview sebelum grade lagi kan.. Di sedut masuk terus gomen katanya. Senang tak payah nak print resume banyak - banyak dah. Ni kalau dia masih kerja best jugak momok momokkan dia hahahaha..

Kisah ni bukan berlaku sekarang tapi dalam tahun 90an dulu. Dulu katanya kompleks kerajaan Jalan Duta ni bukan macam sekarang. Kat bahagian gerai makan tu dulu katanya cuma dalam bawah satu bumbung besar yang boleh muat dalam 50 Gerai. Time tu masjid wilayah pun belum wujud.. Tak payah tanya batu batu nak buat pembinaan dia time tu dah order ke belum.. 

Dulu katanya ada satu je kompleks kat situ. Jalan shortcut nak ke segambut cuma jalan kampung yang selalu becak & berair. Kawasan tu di kelilingi hutan pokok getah. Staff2 yang kerja kat kompleks tu kalau nak pergi makan kena turun cerunan yang agak curam untuk ke gerai2 makan. Belakang gerai pulak hanya ada bukit yang penuh hutan. Bukit tu sekarang di bina Kompleks Mahkamah tinggi. 

Tu mengambarkan suasana dulu kat kawasan tu supaya hangpa semua boleh membayangkan bagaimana seramnya kawasan tu bila tiba malam hari.. 

Dijadikan cerita seram masa tu.. Sekumpulan anak muda yang kerja kat gerai di situ. Depa ni bukan gelandangan tapi depa malas nak sewa rumah. Depa suka lepak ramai2 kat kawasan gerai tu.. Tidur,mandi makan, kerja berehat semua kat situ la. Sebab kat situ prasarana semua cukup. Toilet, bilik air, surau semua ada. Bila malam depa buat partition guna stall tu untuk jadikan macam bilik kemudian tutup jer dengan plastik biru.

Selama depa bermastautin kat situ memang macam macam kejadian seram berlaku.. Katanya tempat tu keras. Bukan sebab lantai dia simen ok! Jangan loyar buruk sangat.. Situ dah ada mahkamah Tinggi satgi see u court ok sebab loyar buruk dengan admin lekatlekit.com hahahaha... Menurut cerita kat situ pernah berlaku pembunuhan. Kat atas bukit yang sekarang di jadikan Mahmakah. Elok la tu siang manusia bersidang malam hantu pulak take over untuk perbicaraan kes pembunuhan dia hahaha. Katanya yang di bunuh tu bangsa India.. mamat2 ni haram tak tau apa2 sampai polis datang buat siasatan. Mayat pun dah berbau sebab dah mati lebih kurang 3 - 4 hari.

Tapi katanya sebelum kejadian pembunuhan tu pun dah biasa terjadi benda yang tak best kat situ. Pernah salah seorang mamat yang bermastautin ramai2 kat kawasan gerai tu terserempak dengan lembaga yang menyerupai seorang perempuan berpakaian putih dok merayap kat kawasan gerai tu. Dia nampak jelmaan tu dalam samar2 lampu kalimantang.. rupa tak nampak katanya sebab tutup dengan rambut. Tapi dok perhati kearah dia.. posisi dia pulak sekejab kat tiang depan.. sekejab kat tiang tepi.. dah macam main rebut tiang macam kat sekolah dulu pulak. Cuak jugak la kan..

Tu salah satu kejadian.. Ada lagi. Ada satu malam depa lepak ramai2 sambil main gitar. Almaklum masa tu zaman Rock Kapak. Nyanyi terpekik terlolong la. Takdak sapa nak marah. Depa ja yang ada kat situ.. Dalam suasana yang meriah karipapusing ala2 macam konsert gig tu tetiba salah seorang dengar suara budak menangis. Dah sapa pulak buang anak memalam buta.. bila depa check balik.. mana ada budak kecik dengan depa. Bunyi tangisan budak tu lama kelamaan bertukar jadi garau & kuat. Dia pun tak mau kalah.. Nak rock juga. Menurut cerita suara tu ala2 suara mak lampir. Bila dia cari.. Suara tu katanya datang dari arah atas bumbung gerai. Masing masing dah kecut satu badan.. Slow2 bawak diri pergi tido memasing walau nak lelap pun susah. Gila kau.. buatnya pejam mata tetiba dok peluk kat sebelah.. Mau kejung kat situ. Bangun pagi sapa yang paling pucat semalam kena bahan la..

Tu bukan kejadian terakhir.. Ada lagi kejadian yang mampu buat tercabut jantung. Nak2 berlaku pada malam jumaat kan. Dalam pukul 2 pagi macam tu la.. Sambil depa dok lepak main kad.. ada jugak dok main gitar & ada yang dok menyembang kat luar. Masing2 kat port memasing.. ada yang dalam bilik (stall2 yang di cantum jadi dinding & di tutup dengan plastik biru).. ada kat luar gerai. Suasana meriah juga la walau dah pukul 2 pagi..Ni spesis tak bagi change langsung kat jin jin nak berjimbaraya.. depa bolot habis siang malam. Mana tak hangin makhluk tu kan..

Sedang dok asyik main kad tu tetiba salah seorang terbau wangi.. Wangi dia memang wangi giler.. Minyak wangi Dexandra pun tak boleh lawan dia punya kuatnya. Jadi ter pause sekejab la aktiviti depa kat situ. Dalam pada masa yang sama kat luar dengar bunyi mengilai macam yang pernah depa dengar sebelum ni.. Time tu memasing jadi macam pohon semalu kena sentuh.. kecut habis. Bulu roma tu tak payah cakap.. berdiri tak duduk2 dah..

Dalam celah bedah dok mengilai tu.. tetiba dengar pulak bunyi angin ribut yang kuat sangat berserta hujan yang lebat. Yang duduk dalam port main kad tadi tak ada sapa berani keluar. Background muzik bunyi perempuan mengilai pun tak habis habis.. Di tambah ngeri lagi bila plastik biru yang menjadi penutup tempat dorang tu.. di tepuk tepuk dari luar.. sekejab kiri sekejab kanan, kejab tepi, kejab hujung.. kira dia tepuk tiap sudut yang ada.. Try hangpa imagine.. hangpa terkurung dalam port tu.. kat luar hujan lebat di iringi dengan suara saparano yang dok mengilai tak henti henti.. di tambah dengan bunyi tepukkan kat plastik di sekeliling port hangpa duduk.. Tak payah cakap besar ok boleh makan megi macam tak ada apa apa berlaku. Silap haribulan ada yang di serang sawan kat situ..

Dekat 10 minit jugak benda tu berlaku.. Bila semua kembali reda, salah seorang cuba beranikan diri jengah kat luar. Apa yang dia lihat.. Memang mengundang.. Gila wei.. Kat luar tak ada apa2 pun yang berlaku. Tak ada ribut, tak ada hujan.. malah bekas lepas ribut atau hujan pun tak ada. Bermakna memang hujan & ribut yang depa dengar tadi tak berlaku pun.. Maka depa keluar dari tempat tu & tanya mamat yang main gitar untuk kepastian. Memang confirm takde hujan apatah lagi ribut.. Malah yang kat luar asyik main gitar & menyembang semua tu kata tak dengar pun bunyi mengilai ke hapa. Masing2 pelik, cuak & tak terkata juga masa tu

Sampai sekarang menjadi misteri.. Apa yang berlaku. Alah.. tak payah misteri sangat la bang.. Dah nama pun mistik memang perkara yang berlaku di luar logik akal.  Kalau yang logik semua tu sains bukan mistik hahahaha...

Apapun kalau abang abang yang melalui pengalaman tu masih ada nyawa kat dunia ni.. Mungkin peristiwa tu akan kekal dalam ingatan depa sampai bila bila. Tapi dah nama lelaki.. Kena kacau pun still juga bertahan kat situ.. Tapi tak tau sampai bila la depa berumah bujang kat kawasan gerai tu. Gamaknya sampai masing2 bertukar kerja atau jumpa jodoh la kot. hehehehe

Moral of the story.. Lain kali jangan bergelandangan kalau mampu sewa rumah atau bilik. Kan dah kena berjiran dengan hantu hehehehe

MISTERI KAPCAI LAMPU BULAT NOMBOR PLAT NS 476 MUNCUL DI TENGAH MALAM JALAN LAMA

MISTERI KAPCAI LAMPU BULAT NOMBOR PLAT NS 476 MUNCUL DI TENGAH MALAM JALAN LAMA. Di sebabkan mood nak berseram serik tu tengah on jadi kita memburu lagi kisah misteri & seram. Tau hangpa mesti tunggu kan.. Apa lagi kisah seram seterusnya yang lekatlekit nak momokkan dalam segmen seram serik lekatlekit ni.

Gambar sekadar hiasan

Kalau sebelum ni kita biasa dengar kisah legend Volkswagen kuning kat lebuhraya karak kan.. Tapi kali ni kami nak share dengan hangpa satu kisah pasal Misteri sebuah motor kapcai jenis lama, lampu bulat siap ada plat number NS 476 lagi. Kisah dia takde la extreme sangat.. Sangat simple bagi kita yang membaca tapi kami yakin orang yang melalui pengalaman tu rasa kecut juga usus perut. Yelah.. Time tengah malam, sunyi basi macam tu bila berdepan dengan situasi yang pelik, penuh misteri & mistik.. Susah untuk di capai logik akal ni memang mengundang seram juga la kan.

Kisahnya bermula.. Seorang hamba Allah ni dalam perjalanan balik dari melaka katanya. Tak tau la dia pi melaka tu buat apa.. Tak pulak dia cerita so kita pun tak payah la nak jaga tepi tayar kereta dia sangat la kan. Satgi kena lenyek tak pepasal kita pulak ke rahmatullah. 

Walaupun banyak cerita seram dia dengar.. tapi tetap dia guna jalan lama. Lokasi sebenar dia tak nak pulak bagitau cuma dia kata berdekatan dengan pajam. Hek.. eleh.. Tu mesti nak pedajal orang lain juga kan.. Tak aci la dia kecut usus sengsorang. Kena bagi orang lain pun rasa jugak. Kalau bagitau lokasi sebenar satgi lenggang pulak jalan tu tak dak orang guna. hehehehe

Maybe dia nak test power sebab banyak sangat cerita seram orang lain ketika guna jalan tu. Dalam pukul 1.45 pagi macam tu dia drive sengsorang. Dia memandu dalam 70km/j & sempat memotong sebuah motor kapcai jenis lama, lampu bulat bernombor plat NS 476. Atas motor tu ada dua orang.. Sorang of course la menunggang & sorang lagi membonceng. Dua2 nampak macam orang tua. Time tu dia takde la rasa apapun. Orang tua bawa motor apa nak pelik sangat. Tak ada apa yang aneh pun bagi sesapa. 

Tapi selang 5 minit macam tu.. Motor kapcai lama yang dia potong tadi ada kat depan dia. Dia dah makesure motor yang sama, no plat pun sama. Memang motor bukan kereta proton yang baru launches ni >> Proton Launches 2017 Model Of Proton Iriz With New And Improved Features << Mak Aii... Motor ni boleh terbang ke hapa. Tak nampak melintas pun tetiba ada kat depa. Sedangkan dia tak ada berhenti kat memana sepanjang perjalanan. Dia mula cuak dah. Tadi boleh la rilex.. Tapi tetiba lepas potong jumpa kat depan lagi ni dah kes berat. Dah macam kisah seram Volkswagen kuning jugak. Lepas potong jumpa balik kat depan.

Sampai sekarang katanya dia tak tahu milik siapa motor & siapakah yang menunggang & membonceng motor kapcai tu. Adakah jelmaan mangsa langgar lari yang meninggal dunia kat jalan tu? Wallahualam.. Yang pasti apa yang dia nampak tu memang tak boleh di terima logik akal. Dia yakin apa dia jumpa bukan manusia dah.. Something yang krik... krik.. krik.. Di tambah lagi tempat tu memang terkenal dengan macam macam kejadian seram. Jadi tak mustahil apa yang dia nampak juga berkaitan dengan misteri & mistik tempat tu.

Moral of the story.. Kalau dah orang kata tempat tu keras tak payah nak test power sangat kalau hati tu tak kental. Ni mujur hati kental sampai rumah juga. Bukan apa takut bila jadi kejadian macam tu keras kat tengah jalan pun payah jugak. hehehehe

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI. Tu dia.. Dia mai dah.. siang siang hari segmen seram serik lekatlekit bersiaran ni. Bukan apa.. hari2 kami dok tengok ada ja keywords kisah seram lekatlekit melekat kat blog kami ni. Hangpa rindu dengan kena momok dengan kisah seram ka.. Maaf la kami bukan nak buat hangpa semua tertunggu tunggu update terkini kisah seram kat blog puaka ni.. Tapi Almaklum la kami la bergelut dengan perkara yang lebih serius. So, kami terpaksa buat banyak kerja sikit nak cari side income bagi menampung kos guaman. Mohon doa dari semua juga.. Semoga Allah permudahkan segala urusan..


Kes tu kita letak tepi sat na.. Ni kami nak share dengan hangpa 1 kisah seram yang berlaku kat seorang nurse baru yang di tugaskan kat wad baby. Misi ni dia memang tak ada masalah nak jaga baby sebab dia memang sukakan baby. Di tambah lagi dia pun ada anak yang usia dalam setahun.. So, tak kekok sangat la dia dengan baby. Dah jadi mak mak gitu la.. dah expert macam mana nak handle baby ye dak.

Setakat baby meraung bagai.. takde masalah la bagi misi ni walau mula2 dulu memang benda tu agak merimaskan tapi bila dah lama dia dah biasa so tak ada apa yang membingitkan telinga dia lagi. Nak jadi misi kena lagu tu la.. Bukan setakat jaga anak orang tapi juga berkaitan dengan amanah & tanggungjawab pikul tugas tu. So,misi - misi kena ingat memilih kerjaya sebagai misi pikul tanggungjawab yang besar. Kalau rasa tak mampu mohon pilih kerjaya lain.. Tak semua orang sanggup jadi misi. Ada yang belajar separuh jalan lari pun ramai hahahaha

Nak di jadikan kisah seramnya.. Lepas 2 bulan kerja shift siang so kena la rotate.. maka dia di tugaskan kat shift malam pulak. Tak aci la sepanjang zaman kerja shift siang ja kan. Apa ingat kerja kilang je ada shift ka. Kerja misi pun ada shift. Ingat hospital buka office hour ja ka. Hospital ni 24 jam beroperasi ok! heheheh... macam la orang tak tau kan.

Pada satu malam yang sepi.... Bukan! Bukan pakmat jual topi.. bukan juga topi pak mat koyak pak mat jual tempoyak.. Semua tu tak ada kena mengena dengan kisah ni. Pak mat punya watak tak ada dalam ini cerita ok! Kisahnya semasa misi ni bertugas night shift bersama 3 lagi misi yang lain di wad bayi. Hari pertama shift malam tu tak ada apa2 yang berlaku.. Hari kedua pun sama juga. Semuanya dalam keadaan baik tapi bila masuk malam ketiga...

Jeng.. jeng.. jeng.. sesuatu telah berlaku. Jangan buat spekulasi. Ni bukan cerita pasal lagenda hantu susu datang ketuk rumah orang sambil dukung batu nisan minta susu ok! Tu kisah dah jadi sejarah. Hantu susu pun dah pencen gamaknya. Sekarang lepak dalam dalam hutan makan duit pencen dah gamaknya dia. Lama sangat berkhidmat sebagai hantu untuk memomokkan orang awam.

Nak di jadikan cerita masa tiba giliran misi ni bagi susu kat baby yang terjaga pukul 2 pagi. Almaklum la baby kan.. memang setiap sejam dua mesti bangun nak menyusu. Sapa pernah beranak pinak tahu la.. Termasuk la aku. Mencabar kesabaran beb.. baru terlelap sejam anak dah bangun nak menyusu...

Dalam celah2 kesunyian malam ni tiba2 ada seorang bayi lelaki menangis bagai nak rak.. Terkejut jugak la misi tu. Nak nak lagi sepanjang dia bertugas memang tak pernah dengar tangisan baby senyaring & sekuat tu.

Apa lagi kelam kabut la si misi ni pergi ke bilik yang menempatkan katil baby tu. Dalam celah celah tu dia dengar  pulak suara seorang wanita yang minta dia cepat ke katil baby tu. Sekali lagi dia terkejut sebab mana ada ibu ibu yang terjaga atau masih berjaga dia wad. Tapi dia anggap mungkin cuma mainan perasaan dia jer. Yelah tengah2 malam ni.. bunyi angin pun kadang2 dengar macam orang tengah menyembang ye dak..

Bila dia sampai je kat bilik baby tu.. terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh juga la.. Mana taknya dia nampak bayangan seorang wanita berada luar cermin bilik. Bukan apa luar cermin bilik tu memang ada ada tempat yang boleh sapa2 berpijak. Kira bukan tingkap terjun ke bawah terus la. Tapi masa tu mungkin dia tak sempat berfikir secara logik kot.. terus dia cuba menyelamatkan wanita di luar cermin tu tapi bila di buka tingkap lain pulak yang berlaku.. Mesti hangpa tak sabaq kan nak tau apa berlaku pada wanita di sebalik cermin luar tingkap tu. Adakah ia spiderman yang boleh melekat pada dinding??

Bukan... Bukan spiderman. Bila di buka saja tingkap tiba2 bayangan wanita tersebut terbang dengan pantas. Sebab terkejut.. terjerit juga la dia. Mujur tak terpengsan kat situ. Gila kau.. bukan setakat meremang bulu roma.. Bulu kening pun boleh berdiri tegak macam dengar lagu negara ku. Hantu kot nampak depan mata... Bila kawan2 si misi tu dengar dia menjerit depa pun segera la datang. Lepas dah cool down sikit, terus dia pergi ambil baby yang menangis. Mujur baby tu tak ada apa apa.

Lepas dah pastikan semua dalam keadaan selamat baru dia bagitau kawan kawan dia apa yang dia nampak. Sebab dia tak puas hati dia siasat apa kaitan baby tu dengan jelmaan wanita yang dia nampak tu. Barulah dia tahu ibu kepada bayi tu meninggal dunia selepas melahirkan anak. Walaupun cik misi tu berpendapat mungkin roh ibunya datang menjenguk anaknya.. Tapi sebagai orang islam kita kena tahu, Orang yang dah meninggal dunia takkan kembali kedunia dalam apa bentuk jelmaan sekalipun. Tu semua perbuatan jin & syaitan untuk menyesatkan manusia.

Moral of the story.. Jin & syaitan ni ada kat mana2 terutama dengan bayi yang masih kecil. Sebab tu la kalau kat rumah jangan biar bayi kecil sendirian atau ibu yang tengah berpantang tinggal sendiri. Dalam keadaan yang masih lemah.. Boleh berlaku macam macam gangguan.



JANGAN SILAP! JIN, IBLIS & SYAITAN ADALAH MAKHLUK YANG BERBEZA

JANGAN SILAP! JIN, IBLIS & SYAITAN ADALAH MAKHLUK YANG BERBEZA. Dalam hal ni rasanya ramai yang masih tak faham & selalu salah sangka. Sebab masyarakat melayu dia gelarkan makhluk ghaib ni sebagai hantu maka dia pukul rata.. Hantu tu semua adalah sama.. Jin pun dia.. Setan pun dia.. & iblis pun dia. Tapi sebenarnya Jin, Syaitan & Iblis ni adalah 3 makhluk yang berbeza. Memandangkan blog lekatlekit.com ni memang banyak berkongsi kisah seram, mistik, misteri.. Kisah2 dari makhluk alam ghaib ni.. Elok la share sikit penjelasan pasal ni kan...


Sebab ramai yang salah faham antara Jin, Iblis & Syaitan ni.. Kadang2 depa jadi pelik terutama masa bulan ramadhan. Katanya Syaitan & iblis kena ikat sepanjang bulan puasa.. Dah kenapa boleh berlaku lagi kejadian kerasukkan & histeria ni? Mesti la boleh berlaku sebab kerasukkan atau histeria ni berlaku kerana gangguan jin bukan iblis & syaitan.. Jadi Jin ni masih berkeliaran la walau di bulan ramadhan kan sebab depa bukan spesis yang sama.


Jadi nak kenal perbezaan antara Jin, Iblis & Syaitan ni.. Boleh baca penjelasan di bawah yang di ambil dari blog Ustaz Dr Shauqi

JIN 
jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggungjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia. Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
IBLIS 
Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa Iblis adalah daripada jenis jin. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. 
SYAITAN 
Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

So sekarang hangpa tau dah kan apa beza Jin, Iblis & syaitan.. Mereka memang dari makhluk ghaib tapi depa dari golongan yang berbeza. Lepas ni hangpa tak boleh pukul rata lagi.. Tak payah nak mempersoalkan kenapa bulan posa pun ada orang kena histeria ok! Bukan sebab Iblis & syaitan.. Tu sebab jin. Jin yang buat salah.. jangan iblis & syaitan pulak dapat nama ok! hehehehehe

Moral of the story.. Walaupun berbeza 3 spesis tu tetap kita tak boleh taksub atau berdampingan dengan mereka. Lebih2 lagi untuk perkara yang menjurus kepada unsur syirik & khurafat.

KISAH SERAM! SENTIASA NAMPAK KELIBAT KEKASIH, RUPANYA HANTU RAYA

KISAH SERAM! SENTIASA NAMPAK KELIBAT KEKASIH, RUPANYA HANTU RAYA. Di sebabkan ada sumber cerita seram maka hari ni segmen seram serik lekatlekit kembali bersiaran di blog lekatlekit.com. Semua orang sedia maklum hantu raya ni adalah spesis jin belaan. Dia boleh menyerupai Orang yang membela dia. Sebab tu la.. kadang2 orang yang membela hantu raya ni walau dia tak ada kat sesuatu tempat tu.. Orang boleh nampak kelibat dia kat tempat yang dia tak ada. Hantu raya ni pun kategori saka juga. Kalau tak di buang atau di warisi sebelum Tuan dia mati.. Maka dia akan menganggu kaum keluarga orang tersebut yang masih hidup.


Tu kira secara ringkas tentang hantu raya bagi yang tak tahu. Gelaran hantu tu cuma istilah masyarakat melayu je.. Semua spesis2 makhluk ghaib yang berdampingan dengan manusia ni kebanyakkan memang jin. Jadi hari ni aku nak share dengan hangpa semua satu kisah benar yang berlaku sekitar tahun 2000, dimana seorang perempuan ni berkenalan dengan seorang lelaki yang pada mulanya dia tak tau pun lelaki tu di dampingi hantu raya..

Nak di jadikan cerita.. bila hubungan mereka semakin serius so depa pun declare la sebagai pasangan bercinta walau pada mulanya sekadar kawan biasa je. Jarak usia antara perempuan & lelaki tu.. yang perempuan time tu 20 tahun & lelaki 23 tahun. Permulaan hubungan cinta tu sama je la macam pasangan lain yang dalam proses 'dating'. Sekali sekali keluar.. berjumpa.

Selepas setahun depa ni bercinta.. si perempuan ni mula rasa sesuatu yang pelik. Rasa macam ada tak kena sebab dia sentiasa rasa ada sesuatu yang memerhatikan dia tapi tak nampak siapa. Di tambah lagi bila tidur dia sering mengalami situasi 'di tindih'. Kalau tak faham di tindih tu macam mana.. Tengah2 tidur kita rasa ada sesuatu yang berat menghimpit atas badan kita sampai kita rasa tak boleh bergerak tapi boleh buka mata. Cuma tak boleh bersuara & gerakkan badan. Time tu kita akan rasa macam antara tidur & jaga. Kita macam mamai.. nak kata mimpi bukan mimpi. Nak kata real sangat pun tak pasti.

Pernah juga katanya pada satu malam tu dia kena tindih & dia nampak satu lembaga hitam seperti seorang nenek tua sedang merangkak atas badan dia. Sejak dari malam tu.. memang kerap berlaku kejadian yang menyeramkan pada diri dia. Sehinggakan masa dia mandi pun dia rasa macam ada lembaga hitam tu berdiri belakang dia tapi bila di toleh tak ada sesiapa. Nak kata mainan perasaan sebab dia takut pun tak pasti. tapi tu antara tanda2 gangguan makhluk halus. memang kita akan rasa seperti ada sesuatu yang memerhatikan kita bila kita bersendirian.

Dia pernah la cerita perkara tu kat boyfriend dia tapi boyfriend just suruh dia doa & solat jer. Dia pun tak ada la syak apa2 atau ada sesiapa yang buat benda2 ni kat dia sebab dia anggap mungkin faktor usia dia.. akan berlaku gangguan macam ni. Almaklum la usia 20 tahun tu kira macam anak dara tengah hot & spicy la. Bukan je manusia.. Jin pun suka. hehehe...

Selepas 2 tahun mereka bercinta.. Dia pun di terima baik oleh keluarga boyfriend dia tu. Pernah satu hari tu mak kepada boyfriend dia ajak dia kerumah & bermalam kat rumah depa. Sebab boyfriend dia outstation masa tu. Kat rumah keluarga boyfriend dia.. dia di beri satu bilik paling depan sebab bilik tu kosong. Nak di jadikan kisah seram lagi.. tengah nyenyak tidur tetiba dia dengar suara lelaki berbisik panggil nama dia. Suara tu memang betul2 tepi telinga dia. Suara tu panggil nama dia berulang kali. Sebab terlampau takut dia tak berani buka mata sampai suara tu hilang baru dia buka mata & tengok sekeliling bilik tetapi tak ada sesapapun. Makin cuak la sebab dalam rumah tu cuma mak & boyfriend dia je tinggal. Bermakna cuma ada seorang lelaki tapi malam tu boyfriend dia tak ada kat rumah.. Jadi Suara siapa yang berbisik tepi telinga dia kalau bukan boyfriend dia? Jeng jeng jeng.. nak - nak lagi  Time tu katanya dah pukul 2 pagi.

Lebih kurang pukul 4 pagi dia terbangun untuk ke blik air. Kedudukan bilik dia tu betul2 mengadap meja makan di dapur. Bila dia buka pintu.. tetiba dia nampak kelibat yang saling tak tumpah dengan boyfriend dia sedangkan boyfriend dia tak ada kat rumah. Kelibat tu duduk cara membelakangi perempuan tu so muka tak nampak. Berderau darah bila berdepan dengan situasi macam tu di kala orang masih nyenyak tidur & suasana masih gelap. Siapakah yang dia nampak? jeng jeng jeng... Sebab takut terus dia tutup pintu bilik. Sampai ke pagi dia tak boleh tidur.

Esok tu dia call & cerita kat boyfriend dia. Boyfriend dia cuma kata dia mengigau.. Tapi yang lebih menyeramkan lagi. Selang sehari selepas kejadian kat rumah boyfriend dia.. Kawan sebilik dia tanya pada dia kenapa biar boyfriend dia masuk rumah bujang perempuan. terkejut la dia.. selama ni memang boyfriend dia tak pernah masuk rumah depa.. selalunya kalau datang ambil dia pun.. sekadar tunggu dalam kereta. Dengan yakin kawan sebilik dia kata.. memang dia nampak boyfriend perempuan tu dalam rumah. Bukan tu je siap senyum & tegur lagi kawan sebilik dia. Mak Aii.. Siap beramah mesra. Gila kau tak meremang segala bulu yang ada.

Untuk kepastian depa dua orang ni keluar nak tengok samada betul atau tak boyfriend minah ni ada kat dalam rumah tapi malangnya masa tu dah tak ada. Tapi kawan sebilik dia betul2 yakin nampak boyfriend dia tengah tengok tv dalam rumah tadi. Dia pun rasa tak berapa sedap hati sebab banyak sangat kejadian pelik berlaku pada diri dia so dia cerita la dengan kawan dia tu. Rupanya bukan dia seorang je kena kacau.. malah kawan dia pun sama sebab selalu nampak kelibat boyfriend dia di belakang rumah cuma tak berani nak bagitau jer risau minah ni kecik hati pulak.

Masing2 jadi pelik.. kenapa kelibat boyfriend minah ni selalu je ternampak time2 yang tak sepatutnya. Kadang2 pukul 5 pagi. Kerja gila datang rumah makwe time macam tu. Kadang2 pukul 11 pagi.. Time tu normally boyfriend dia kat tempat kerja. Dia mula curiga apa yang mereka nampak bukan teman lelaki dia. Mula rasa sesuatu yang mistik sedang berlaku.

Atas nasihat kawan dia mereka merujuk kepada seorang bergelar ustaz untuk mendapat kepastian & penjelasan kepada semua perkara pelik yang mereka alami berkaitan dengan teman lelaki dia tu. Macam nak tercabut jantung bila ustaz tu cakap boyfriend dia memang ada di dampingi hantu raya. Hantu Raya kot.. Bukan kucing ke hapa. Dia mula jadi tak tentu arah. Tak tau nak buat apa. Dari cerita ustaz tu hantu raya tu pun suka kat dia sama macam boyfriend dia sayang kat dia. So, dia sentiasa menjaga minah ni bila di rumah ketika tak bersama teman lelaki dia. Kira hantu raya ni boleh jadi macam bodyguard jugak la..Apa yang paling dia kecewa boyfriend dia sebenarnya tahu hantu raya tu ada. So kat situ dia rasa macam kena tipu & teraniaya jugak la.

Ustaz tu cuma nasihat supaya dia cari jalan untuk tinggalkan kekasih dia sebelum perkara tu jadi lebih memudaratkan. Tapi tak boleh tinggal on the spot macam tu takut lain pulak jadinya. Hampir 3 bulan dia cuba cari alasan untuk berpisah. Sepanjang tempoh tu memang perasaan sayang tu dah tak ada cuma yang ada perasaan takut je. Yelah.. dia ada hantu raya kan. Sapa tak cuak, ye dak?? Kebetulan time tu pulak ada seorang perempuan warga asing selalu hubungi kekasih dia.. Maka dia jadikan perkara tu alasan untuk berpisah. Syukur Alhamdulillah dia berjaya menjauhkan diri dari lelaki bersama hantu raya. Tak tergamak pulak nanti terpaksa hidup dengan hantu raya. dah macam ada 2 suami pulak. Satu manusia satu lagi jin. Lepas beberapa tahun.. dia pun kahwin & mempunyai 2 orang anak. Tapi yang pasti dengan lelaki tak bela hantu raya, ok!

Moral of the story kisah ni.. Hantu raya memang bernafsu dengan perempuan & boleh melakukan hubungan seksual dengan manusia. Pada lelaki di luar sana.. Please la kalau korang tak nak bermadu dengan hantu raya, elakkan membela hantu raya. Bela hantu raya ni korang kena bagi makan.. Baik bela ayam korang boleh jugak makan tak pun jual. Lagi satu ayam confirm la tak rogol anak bini korang berbanding hantu raya.. Peace Yo!

TANDA TANDA SESEORANG DI ROGOL & MENGANDUNGKAN ANAK JIN

TANDA TANDA SESEORANG DI ROGOL & MENGANDUNGKAN ANAK JIN. Boleh ke wanita di rogol & mengandungkan anak jin ni? Ye ke ni... Boleh percaya ke? Ni mesti kes terlampau taksub dengan benda benda tahyul. Almaklum la orang melayu katanya.. Percaya sangat dengan benda - benda mistik. Tapi kalau hangpa orang Islam wajib percaya kepada perkara ghaib. Antara perkara ghaib adalah kewujudan makhluk bernama Jin ni. Jin bukan malaikat yang tiada nafsu.. So, tak payah pelik jika jin bernafsu dengan manusia seterusnya melakukan hubungan intim dengan manusia.


Bolehkah jin merogol manusia? Apa pulak tak boleh.. Kalau jin boleh berkahwin dengan manusia, apa alasan dia tak boleh merogol manusia kan? Kes - kes di rogol jin ni bukan perkara baru berlaku cuma dalam bidang sains perubatan memang tak ada bukti. Kena merujuk kepada rawatan berbentuk spiritual jugak. Kalau orang islam kena cari la kaedah rawatan Islam supaya tidak berlaku perkara2 syirik & khurafat semasa rawatan. Kalau spesis perawat nak telur ayam pulut kuning bagai.. Jangan percaya. Rawatan Islam selalunya tak guna semua benda tu ok!

Dirogol jin ni bukan spesis jin belaan macam hantu raya jer.. Boleh juga berlaku dari spesis jin lain termasuk Jin Islam. Jin pun macam manusia even Islam bukan semua baik. Ada juga perangai macam setan.. Sebab depa makhluk yang bernafsu macam manusia.. Tengok perempuan2 dari spesis manusia ni tetiba jadi naik nafsu tak mustahil boleh berlaku perbuatan rogol cuma kau nak pi buat report di rogol jin memang report kau tak di terima la.

Mereka yang berisiko kena rogol dengan jin ni adalah mereka mereka yang suka tidur dalam keadaan..

1. Suka tidur keadaan seksi. Baju tidur yang macam kain langsir tu jangan pakai kalau taknak berisiko kena rogol dengan jin.
2. Suka tidor terkangkang
3. Tidur seorang diri
4. Tidur dengan tapak tangan tebuka
5. Suka Tidur dalam keadaan telentang.

Oleh sebab itu Nabi SAW “melarang wanita tidur dalam keadaan telentang dan lelaki tidur dalam keadaan meniarap” ,Sunnah Nabi SAW sendiri mengajar agar kita tidr secara mengiring dengan mengepit kaki.

Apa tanda tanda seseorang tu di rogol jin? Pada peringkat awal inilah tanda tandanya...

1. Semasa Tidur terasa seperti dihimpit lembaga
2. Terasa seperti ada sesuatu berbaring atau tidur disebelah
3. Ternampak kelibat lembaga

Bagaimana mengesan samada seseorang di rogol jin..

1. Bangun tidur badan rasa letih
2. Ada kesan lebam di peha atau celah peha
3. Dengar seperti ada sesuatu sedang main guli
4. Mendengar seseorang berbisik di telinga
5. Ada kesan di kaki seperti corak batik

Biasanya berlaku kepada wanita yang berumur 26 - 30 tahun & wanita yang bekerjaya yang jarang memikirkan soal kahwin. Jadi pada wanita di luar sana cepat2 la merancang cari jodoh yer sebelum jadi mangsa rogol jin hehehehe

Pada permulaan mungkin seseorang itu cuba menghalang dari di rogol tapi bila berlaku kes rogol macam ni lama kelamaan, Pada peringkat akhir.. mangsa akan membiarkan perlakuan tu bila rasa tidak mampu melawan.. Pada masa tu la mangsa akan mula rasa..

1. Khayal dan nikmat
2. Tidak ada nafsu ingin bercumbuan dan bersetubuh
3. Rasa tidak mahu berkahwin
4. Klimaks atau basah dgn mencapai nikmat jimak
5. ada kes tertentu wanita merasakan mengandung dan melahirkan anak dalam mimpi serta menyusukan babi atau dipanggil SAKA yg diturunkan dari anak Jin itu.
6. Ada juga kes anak yang dikandung itu hilang bila kandungan mencecah 9 bulan. Tanpa diduga. Menurut Dr Haron Din antara lain kemungkinan besar benih jin itu lebih besar dr benih manusia dan menyebabkan jin itu mengambil anaknya.

Tanda tanda wanita mengandung anak jin.

1. Emosi tidak stabil
2. Panas baran
3. Sering bersendirian dan takut dengan orang.
4. Sering bermimpi berjimak
5. tidak memikirkan tentang jodoh
6. perut buncit seperti orang mengandung tapi bila cukup bulan bayi hilang dalam kandungan

Jadi kalau isteri atau ahli keluarga anda ada mengalami simtom2 tersebut segeralah merujuk kepada pengamal perubatan Islam. Jangan biar benda tu jadi semakin teruk.. Mungkin susah nak di ubati atau menghalang perlakuan terkutuk jin tersebut.

Moral of the story.. perbanyakkan ibadat & sentiasa mengamalkan ayat ayat suci al Quran sebagai pendinding Insya Allah dapat mengelakkan dari gangguan jin.

TANDA TANDA STROKE AKIBAT SIHIR

TANDA TANDA STROKE AKIBAT SIHIR. Walau ada yang masih tidak percaya pada perbuatan sihir tapi kita sedia maklum benda ni memang wujud & masih di amalkan oleh mereka mereka yang masih tidak bertamadun dari sudut mentaliti. Walaupun sihir di kategori amalan kuno orang2 yang jahil.. Tapi di zaman moden ni nampaknya 'Sihir' semakin menjadi jadi. Macam2 sebab la orang yang melakukan perbuatan sihir ni.. Tapi paling banyak sebab dengki. Kadang2 kita tengok orang tu baik tak kacau orang pun boleh kena sihir.. Sebabnya ada orang dengki sebab ramai orang suka kat dia. Kita baik ke kita jahat ke.. Kita memang takkan mampu buat semua orang suka dengan kita.


Seperti semua sedia maklum.. Mak mertua den sekarang tengah uzur akibat serangan stroke & tekanan darah terlalu tinggi. Masih admit ward.. Masih tidak stabil. Semalam tak sempat pergi melawat sebab husband kerja luar kawasan.. lewat petang suami habis kerja dia just balik ambil makanan yang aku dah masak untuk mak mertua & terus pergi hospital sorang - sorang. Lagipun kalau aku hari2 ikut pergi hospital nak angkut budak shahila sekali.. sampai malam baru balik. Esok awal pagi budak shahila nak kena bangun pergi sekolah. Memang kesian dia nampak letih sebab kurang rehat. Kena jugak selang - selang pergi lawat mertua kat hospital. Takpe la suami boleh pergi jenguk. At least aku boleh masak kalau mak mertua nak makan apa - apa. Cuma tu la semalam suami cakap tekanan darah mak mertua naik balik sampai 190++

Jadi di sebabkan mertua kena stroke aku memang kerap google pasal stroke.. So terjumpa satu info pasal sihir stroke ni. Bukan satu perkara baru yang berlaku sihir stroke ni cuma nak tahu samada stroke tu akibat di sihir atau stroke (lumpuh) biasa ada caranya..

Kadang2 stroke secara semulajadi & stroke akibat sihir ni nampak macam sama jer simtom dia. Tak ada beza tapi nak tahu samada stroke tu akibat sihir boleh di bacakan ayat - ayat ruqyah pada pesakit stroke tu. Kalau semasa di bacakan ayat ayat ruqyah tu pesakit jadi resah, pening, menggigil atau ada tanda pelik di sebabkan sihir.. Berkemungkinan ia sudah terkena sihir. Kalau tak ada tanda tanda tersebut bermakna ia stroke biasa.

Apabila seseorang terkena penyakit kerana di sihir, maka jin akan menumpukan kegiatannya pada anggota badan atau pusat saraf tertentu mengikut apa yang di perintahkan tukang sihir. Kadangkala ia memusatkan diri pada pusat pendengaran, penglihatan, deria, tangan atau kaki. Pada situasi seperti ini, keadaan anggota tubuh berada dalam tiga kemungkinan:

؛ Jin akan menghalang saraf pada anggota badan secara keseluruhan, sehingga anggota tubuh itu tidak dapat berfungsi, maka orang yang kena sihir boleh menjadi buta, bisu, tuli, atau lumpuh salah satu anggota tubuhnya.
؛ Jin menghalang sarat terhadap pada anggota badan pada waktu tertentu dan membiarkannya pada waktu tertentu. dalam situasi ini, fungsi anggota badan pesakit akan terhalang secara tidak terus-menerus.
؛ Jin menjadikan pusat saraf tidak berfungsi dengan betul secara cepat dan berturut-turut tanpa ada sebab tertentu, maka anggota badan akan kaku dan tidak dapat bergerak, jika tidak lumpuh. '

Dalam sebuah proses sihir, perlu kita ingat bahawa Allah SWT telah berfirman maksudnya:
"Sedangkan mereka ahli sihir itu tidak akan mempu memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah (QS. Al-Baqar

Jadi semoga perkongsian ni dapat membantu mereka - mereka yang ada ahli keluarga yang terkena stroke. Penting juga kita tahu punca stroke tu supaya kita boleh tahu apa kaedah rawatan yang sesuai. Kalau akibat sihir.. Of course la kena guna kaedah rawatan alternatif.. Kalau orang Islam kita kena guna kaedah rawatan Islam la.. Bukan kaedah rawatan guna bomoh syirik & khurafat tau!! Kalau lumpuh biasa bukan di sebabkan sihir.. Still boleh guna rawatan Islam & tetap juga kena merawat secara moden macam fisioterapi bagai. Apapun Usaha, Ikhtiar, Doa & tawakal. Sesungguhnya yang menyembuhkan segala penyakit adalah Allah SWT Dan kena sentiasa yakin tiada penyakit yang tiada ubat selain mati.

KISAH SERAM 5 SEKAWAN DI SAKAT PONTIANAK JIRAT CINA

KISAH SERAM 5 SEKAWAN DI SAKAT PONTIANAK JIRAT CINA. Kalau dah nama kawasan perkuburan ni tak kira perkuburan apa bangsa & agama pun mesti terselit jugak kisah2 seram,misteri & mistik. Memang sinonim.. kubur je ada hantu. Bukan point kat satu bangsa jer... semua bangsa & warganegara ada kepercayaan macam tu. Sebab kalau dalam filem2 seram tempatan atau luar negara memang ada yang mengaitkan kawasan perkuburan dengan kejadian mistik yang melibatkan makhluk halus atau orang melayu gelar hantu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kadang2 terhibur jugak baca kisah2 seram yang berlaku kat kawasan tanah perkuburan ni. Bukan la kata baca tu sebab taksub sampai lebih takut pada jin & syaitan melebihi Allah.. Cuma aku memang suka baca & tonton cerita seram. Dah jadi satu hiburan bagi aku. Nak buat macam mana taste aku ter arah kepada perkara seram. Nasib baik dah kawen gamaknya kalau bujang ntah2 join team seekers ka hapa tak tau la... Amboi macam berani sangat kau lekatlekit. Setakat layan dvd filem seram je kau tu...

Terbaca kat satu forum ni bebudak kat situ dok share pengalaman seram depa kat jirat cina.. ada yang saja cari penyakit dok buat aktiviti paranormal ada yang tak sengaja terserempak dengan makhluk2 tu.. antara kisah yang di kongsi pelayar forum tu adalah...

Kisah pasal sekumpulan 5 budak lelaki yang terlebih berani katanya. Konon nak uji keberanian la. Pergi kat satu jirat cina yang terkenal dengan kisah2 orang di sakat makhluk halus kat situ. Nama je makhluk halus tapi yang menjelma tak halus sangat la.. Tak tau la kenapa orang panggil makhluk halus. nanti la aku kaji balik... ok ok.. berbalik kisah budak 5 orang tadi. Depa pergi dengan satu kereta. 4 dalam kereta sorang kena duduk dalam bonet. Yang duduk dalam bonet konon paling berani la jadi volunteer nak duduk dalam bonet. Dia tak tau azab bakal dia tanggung lagi. Maka bergerak la budak2 takde kerja berfaedah nak buat ke jirat cina tersebut. Sesampai di sana.. jam lebih kurang 1 pagi. Kalau pukul 1 tengahari pergi jirat cina berhantu macam tu tak mencabar la kan. Kereta di pandu perlahan lahan melalui kawasan jirat cina tu. Memang suasana agak seram sebab jalan kat situ gelap giler.. Kalau cerah benderang tak feel la seram. Bila sampai je kat tengah2 kawasan jirat cina tu, semua stanby. Pintu tingkap kunci rapat & enjin kereta di matikan. Maka depa lepak2 dalam kereta sambil buka cerita seram. Lebih kurang setengah jam macam tu dok borak.. Yang memandu tu reverse kereta lebih kurang 1 meter dari batu di jirat cina tersebut. Kemudian Dia buka bonet belakang. Salah seorang yang duduk dalam bonet tadi slow buka bonet tu.. Dia pun sebenarnya tak tahu pun dia kat mana. Lepas buka bonet tu tetiba dia jerit suruh kawan2 dia blah cepat. Katanya dah tak tahan. Tak tau la tak tahan nak berak ke nak kencing ke atau tak tahan tengok something yang menyeramkan. Yang dalam kereta mula cuak.. apa lagi kelam kabut la start kereta nak berambus dari situ. Tapi malangnya kereta pulak tak boleh gerak lepas start.Dah sudah.. Jin apa pulak yang landing atas kereta sampai tak boleh gerak katanya. Kalau setakat Jin Tan Manis.. rasanya hembus jer terbang la dia. Ni mungkin JinTabota ke hapa tak tau la.. Tapi pasal jin tu cuma spekulasi jer.. Yang drive tu suruh la kawan2 dia turun tengok apa yang buat kereta dorang tak boleh gerak. Kawan dia bagitau katanya tayar tenggelam dalam tanah. Dah tayar pulak tenggelam pulak.. dia suruh kawan2 dia keluar tolak kereta tapi sorang pun tak berani. Masa nak datang konon nak uji keberanian tapi belum keluar Jin mata toncet dah semua pancit dalam kereta sebab takut. hahahaha... Jadi solution yang ada semua keluar tolak kereta. Jenuh jugak nak menolak kereta macam tak logik je berat yang di tanggung tu. Tiba2 salah seorang tu rasa macam ada something tolak dia dari belakang bila dia toleh terus terpandang tokong cina dalam satu kedai yang seolah olah memandang tepat pada dia. Apa lagi berdesup dia masuk kereta.. Yang lain2 tengok dia masuk kereta, apa lagi mendesup jugak la masuk walau tak tahu apa apa. Lepas kereta yang boleh jalan mereka pun bergerak la meninggalkan jirat cina tersebut. Lepas dah jauh sikit dari jirat cina tu.. dari luar pagar yang drive tu tengok balik kat tempat tayar kereta depa tenggelam tadi. Akak ponti elok je lepak atas batu kat sini.. Patut la berat semacam rupanya ada makhluk halus yang tak berapa halus. Apa lagi..maka di pecut selaju mungkin agar segera sampai kerumah. Bila sampai je kat rumah dia pun tanya la kawan yang duduk dalam bonet tadi kenapa jerit suruh blah lepas buka bonet... menurut cerita penghuni bonet kereta tu dia nampak lutut pontinak berpakaian serba putih lepas dia buka bonet kereta. Tu baru nampak lutut kalau nampak dia senyum gamaknya koma dalam bonet kereta. hehehe

Begitulah kisah 5 budak nakal yang konon nak menguji keberanian akhirnya kecundang dengan akak pontianak. Baru akak ponti sakat2 manja belum akak ponti beramah mesra dah macam lipas kudung memasing.

Moral of the story kalau dia tak cari kita.. tak payah la acah acah berani cari dia. Biar dia dengan dunia dia kita dengan dunia kita.

KISAH TANGGA BERHANTU DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI SUBANG JAYA & 13 KISAH SERAM YANG BERLAKU DI MALAYSIA

KISAH TANGGA BERHANTU DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI SUBANG JAYA & 13 KISAH SERAM YANG BERLAKU DI MALAYSIA. lama jugak segmen seram serik lekatlekit ni bercuti kan. Tapi aura seram kat blog ni masih lagi berfungsi. Masih lagi menjadi rujukan pemburu2 cerita seram. Buktinya setiap hari keywords pasal cerita seram ni mesti ada & menjadi salah satu carian tertinggi kat blog lekat lekit ni. Almaklum la... blog ni kan banyak koleksi cerita seram katanya.


Selepas bercuti panjang jugak cerita seram kat blog lekatlekit malam ni den nak share dengan hangpa semua 13 cerita seram. Salah satu kisah dari 13 kisah seram yang di kongsikan adalah kejadian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di subang jaya.

Kisah di sebuah sekolah di subang jaya pulak di katakan ada kaitan dengan kes bunuh diri seorang pelajar kat situ. Katanya ada sebuah tangki air yang sekarang di kunci selepas seorang pelajar perempuan yang membunuh diri dengan cara melemaskan dirinya dalam tangki tu. Selepas kejadian tu katanya kalau ada orang yang guna tangga masa hari hujan akan dengar suara raungan & suara yang menakutkan sebab katanya semasa kejadian bunuh diri tu berlaku hari tu hujan. Jadi setiap kali hujan maka akan berlaku kejadian seram di tangga tersebut. Katanya pernah berlaku kejadian seram seperti  tiba2 ada tertulis nama pelajar kat dinding dengan darah. Sekolah mana jangan tanya aku.. Aku sendiri pun tak tahu. Tapi elok la kita tak tahu.. kang bagitau kot2 ada anak sapa2 sekolah kat situ baca entri ni tak berani pergi sekolah pulak.

kisah kedua berlaku di Morib..alkisahnya..  Seorang isteri ni terpaksa bersendirian di rumah mereka selepas suaminya perlu kembali berkerja di kuala lumpur. Waktu dia tengah tidur tu tetiba dia terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan naik tangga & menujuk kearah bilik dia. Dia yakin bunyi orang berjalan tu mustahil suami dia sebab dia kunci pintu dari dalam. Mustahil la suami dia mampu masuk rumah senyap senyap macam tu. tetiba benda tu datang sebelah kanan dia & menarik tangan dia kemudian panggil nama dia dengan suara yang sama macam suami dia. Mak aiih.. Ni spesis Zulin Aziz gamaknya pandai meniru suara orang. dia cuba memandang kearah benda tersebut & cuba membaca ayat ayat suci Al Quran tapi bagai ada sesuatu yang cuba menghalang dari dia terus baca ayat2 suci al Quran. Benda tersebut mengilai dengan wajah yang ngeri seolah olah mempersendakan dia yang sedang berusaha untuk mengalunkan ayat ayat suci Al Quran. Setelah berusaha akhirnya dia berjaya jugak membaca Ayat Ayat Suci Al Quran & akhirnya lembaga tersebut melepaskan dia & sebelum pergi lembaga tersebut sempat bertenggek sekejab kat depan katil dengan wajah yang marah sebelum menghilangkan diri.

Lagi sebelas kisah seram kalau korang nak baca boleh baca kat sini >> 13 Kisah Seram Yang Di Kongsikan Rakyat Malaysia Yang Buat Anda Takut Nak Tidur << Kalau nak suruh aku karang balik semua mau histeria jugak aku hahahaha. Jadi elok la korang pi baca sendiri kat sana untuk merasai feel yang lebih seram.

Moral of the story.. Iblis & Syaitan pun dah bebas jadi pastikan hidup anda tidak di sebelubungi misteri. hehehehe

DIRASUK BERAMAI RAMAI SELEPAS KEMUNCULAN LELAKI BERJUBAH KUNING

DIRASUK BERAMAI RAMAI SELEPAS KEMUNCULAN LELAKI BERJUBAH KUNING. Dah lama blog lekatlekit.com ni tak berpuaka dengan cerita cerita seram. tetiba malam minggu di hari Jumaat ni mood nak kongsi cerita seram datang pulak. Jadi aktiviti memburu hantu pun di jalankan.  Dan terjumpalah satu kisah seram yang mungkin membuatkan malam minggu anda akan di selubungi ketakutan selepas membaca kisah ni.

Gambar sekadar hiasan

Kisah ni di kongsikan oleh seseorang melalui facebook.. Kisah yang berlaku di sebuah asrama perempuan. Asrama sekolah. Kejadian ni berlaku katanya ketika si pencerita masih di tingkatakan dua. Menurut cerita budak ni memang jenis berani sebab dari kecik ayah dia dah sematkan dalam diri dia supaya tidak takut pada hantu. kata ayah dia.. syaitan tak mampu nak sentuh apatah lagi cubit manusia.. So, tak perlu takut.

Kisahnya bermula di sebuah sekolah di kawasan kampung. Almaklum la kampung memang la indah & nyaman suasananya. Asrama dia memang dalam kawasan sekolah memudahkan pelajar berulang alik. Pada satu semester ni pihak sekolah bercadang nak tambah satu blok asrama baru untuk menampung jumlah pelajar yang semakin banyak. Setelah di persetujui maka kerja2 pembinaan pun mula di jalankan. Asrama baru tu di naikkan bersebelahan dengan satu asrama puteri yang lama.

Pada peringkat awal kerja kerja pembinaan tu tak ada apa masalah sehinggalah berlaku satu kemalangan melibatkan seorang pekerja berbangsa cina yang terjatuh dari bangunan tersebut. kepala mangsa berkecai. Kebetulan si pencerita bersama 4 orang kawan berada tak jauh dari tempat kejadian. Sempat la depa tengok kemalangan ngeri tu sampai ada salah seorang yang pengsan. Mungkin terkejut & takut tengok kejadian ngeri macam tu kot.. kalau aku pun buat2 pengsan jugak hahaha

Bila malam masing2 mula tak boleh tidur sebab tak boleh lupa apa yang depa tengok siang tadi. Gamaknya terbayang bayang la kot.. Bila malam semakin larut,dia paksa jugak la tiru tapi tak sempat nak lelap dah tetiba rasa ada sesuatu macam sedang dekat dengan dia. Mula la mata dia meliar sekeliling mencari apa yang sedang datang dekat dia. Tak semena mena tiba2 dia terbau hanyir darah. Rasa macam nak tercabut jantung masa dia mendongak ke atas & ternampak darah mengalir dari kipas siling. Bukan setitik dua.. banyak pulak tu. Dah sapa pulak yang bunuh diri kat kipas tu.. Semasa dia cuba bangun secara Tak sengaja dia tertoleh kearah kawan dia yang pengsan petang tadi. Lagi cuak bila dia nampak beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilingi kawan dia. Sebab sikap berani yang di ajar bapak dia dari kecik, so dia cuba dekati sekumpulan berjubah kuning tu. Kawan2 sedorm yang lain dah lama di buai mimpi.. Dengan berani dia tegur orang2 berjubah kuning & tanya siapa mereka tapi takde jawapan buat dia rasa tak sedap hati. Dia cuba menyentuh salah seorang dari mereka tetapi tak boleh. Seolah2 dia macam pegang bayang. Terpinga kejab dia.. Selepas tu sekumpulan orang berjubah kuning bangun dari katil kawan dia terus menuju ke tingkaP yang bertentangan dengan tempat kemalangan siang tadi. Katanya dia nampak jelas sekumpulan orang berjubah kuning tu menembusi dinding & terus melayang ke angkasa

Dalam keadaan tergamam tiba2 dia terkejut bila salah seorang kawan dia bersuara. Rupanya bukan dia seorang yang nampak orang berjubah kuning tu. Kawan dia nampak takut sangat sampai menangis. Badan dia menggigil. Dia cuba tenangkan dan akhirnya kawan dia berjaya kuatkan semangat atasi ketakutan & kembali seperti sediakala. Mula la depa buka cerita pasal apa yang mereka nampak tadi. Kata kawan dia ada salah seorang lelaki berjubah kuning tu cuba pukul dia dengan kayu tas dari arah belakang tapi di halang lelaki berjubah kuning yang lain tapi kawan dia tak nampak pulak kejadian lelaki bejubah kuning tu mengelilingi salah seorang kawan mereka. Dia jadi binggung bagaimana dalam satu masa berlaku dua kejadian yang berbeza. Tapi kedua dua mereka dapat lihat sekumpulan lelaki berjubah kuning tu terbang & hilang. Selepas tu kedua dua tak dapat tidur.

Dalam keadaan yang masih keliru, terkejut & takut tiba2 dengar pulak suara orang menjerit dari tingkat atas asrama. Pada masa yang sama juga kendengaran dentuman kuat dari arah yang sama. Dia pun cepat2 keluar nak tengok apa yang berlaku. Rupanya bukan dia je dengar malah ramai lagi penghuni asrama yang lain dengar & keluar untuk melihat apa yang berlaku. Warden pun terpinga pinga mencari punca bunyi jeritan & lolongan yang semakin menjadi jadi

Warden minta sesiapa yang berani ikut beliau naik ke tingkat atas. Maka dia bersama 4 lagi kawan yang lain ikut warden naik. Bila sampai je kat atas mereka nampak ada beberapa orang penghuni asrama sedang merangkak di kaki lima macam biawak. Mengucap panjang katanya. Depa cuba nak kawal & menghalang  tapi tak mampu sebab jumlah yang di rasuk lebih banyak dari yang nak mengawal. So warden minta tolong pelajar yang kat bawah untuk minta bantuan dari warden lain

Tapi malangnya tak ada seorang pun warden dari dorm lain terjaga termasuklah penghuni asrama lain. Depa makin panik sebab makin ramai pulak kena rasuk. Riuh rendah dengan bunyi menjerit, melolong & mengilai bagai. Pilihan yang ada warden suruh pelajar lain baca apa saja ayat suci al quran yang mereka tahu.

Keadaan jadi semakin kelam kabut apabila ada yang mula bertindak liar. Ada yang mula lari turun tangga tapi tak mampu untuk mereka kawal. Nak tangkap memang  tak daya la. So, masing2 tawakal je. Yang dah sampai bawah ada mula goncang pagar asrama. Terpaksa warden minta mereka halang dari merobohkan pagar takut ada yang lari keluar. Masing2 yang kena rasuk mula meraung. Katanya semasa dia pegang salah seorang yang dirasuk terasa ada badan dia macam di goncang kuat. Time tu dia hanya mampu baca ayat kursi je. Mungkin sebab tak tahan dengan keadaan tu, Tak semena mena dia lempang budak yang kena rasuk tu sampai pengsan. Bila rasa cara tu berkesan masing2 lempang mereka yang kena rasuk untuk meredakan keadaan.. Kebetulan azan subuh pun berkumandang

Pagi tu ramai antara mereka yang tak pergi sekolah sebab terlampau letih. Bila di tanya kepada pelajar yang di rasuk apa yang berlaku, depa cuma kata depa tidur dengan nyenyak padahal depa tak tau ada yang jadi biawak, monyet, ungka bagai terjerit terlolong kena rasuk. Bila di ceritakan kembali apa yang berlaku depa sendiri pun tak percaya sebab tak rasa apa apa kot dari kejadian tu. Berita kerasukkan beramai ramai tu sampai ke dorm asrama yang lain. Asrama yang depa cuba minta tolong tapi tak ada seorang pun terbangun. Tu pun terkejut jugak kata tak dengar apa2 bunyi pun malam kejadian tu.

Malam itu solat hajat di lakukan beramai ramai untuk memohon perlindungan dari sebarang kejadian tak di ingini berlaku lagi. Dia sendiri tak pasti samada kejadian tu ada kaitan dengan kemalangan yang melibatkan pekerja di tapak binaan asrama baru atau cuma kebetulan semua tu berlaku. Tapi menurut cerita kematian pekerja binaan tu sebenarnya di rancang oleh abang dia & roh dia tak tenteram dan ingin membalas dendam. Tapi pelik pulak.. semuanya berlaku dalam satu masa.. So, teori untuk mengaitkan kejadian tu ada kena mengena dengan pekerja tapak binaan yang mati memang tak berapa logik. hahahaha

Biasa la asrama sekolah nak2 lagi asrama perempuan.. memang suka sangat la makhluk tu nak menyakat. Tak tau apa dia tak puas hati kat budak sekolah.. Alah.. cik/encik jin.. budak sekolah je kot. Anggap macam anak anak sudah la.. tak payah tacing sangat sampai nak merasuk beramai ramai. tak Jin la kalau kuat sentap. hahaha

KISAH SERAM SAKA MAK SIAH MENCARI PEWARIS

KISAH SERAM SAKA MAK SIAH MENCARI PEWARIS. Lama bercuti segmen seram serik lekatlekit ni kan.. Almaklum la sekarang ni tak cukup jari nak menaip. Banyak benda nak kena buat sekarang mengalahkan ibu anak 10 gayanya. Padahal anak sorang & suami pun sorang je nak uruskan. Sampai nak sempat katanya nak memburu hantu. Bila ada masa memburu hasil pulak tak berapa best. Tu la masalah pemburu hantu macam aku ni.. hehehe

Mak Siah

Takpe la sebagai warm up balik keseraman di blog lekatlekit.com ni marilah kita membaca kisah seorang Mak siah yang membela seekor saka ni. Alkisahnya mak siah ni dia tak ada anak sebab dia tak kahwin. Dia ada seekor saka yang di bela.. sampai masa dia perlu mewariskan jugak saka tu pada orang lain. Almaklum la.. bela saka ni selagi tak ada yang sanggup terima saka dia memang susah nak mati. Bukan sebab tak mati.. dah mati pun still dok nampak hidup lagi sebab jasad dia di kuasi saka yang di bela. Saka ni spesis jin jugak yang di bela manusia sebagai pendamping. Macam2 tujuan la orang bela saka ni..

Alkisahnya Mak siah ni berjiran dengan sepasang suami isteri yang ada dua orang anak lelaki. salah seorang anak lelaki jiran mak siah ni memang suka mengintai aktiviti mak siah kat rumah dia. Maka dia tahu la apa mak siah selalu buat termasuk la membuat ritual untuk saka dia. Satu hari mak siah dapat tangkap budak ni.. Sebab budak ni takut di apa apa kan mak siah dia berjanji tak bagitau orang tapi mak siah minta dia adik dia untuk di jadikan pewaris saka. Tapi si abang ni tak sampai hati, rela tawar diri dia untuk jadi pewaris saka tu walaupun masa tu dia masih budak & tak faham sangat tentang saka maka ni. Apa yang dia cakap masa tu sebab takut diri dia & adik dia di apa apakan mak siah jer..


Sampai la depa dewasa & si abang dah berkahwin. Nak2 lagi abang terkahwin dengan girlfriend adik sebab tak tahu si adik bercinta dengan perempuan tu. Yang perempuan tu pulak tersilap terima ingat yang datang pinang tu untuk si adik. Bila dah jadi macam tu masing2 redha je la. Tapi hati si adik ni tetap ada rasa jeles sikit. Kadang2 kemesraan dengan ex girlfriend tu still ada bila berkumpul di kampung mengundang sedikit cemburu pada si abang & curiga pada si Ayah. Tapi masing2 terus mendiamkan diri.

Berbalik pada kisah saka Mak Siah tadi.. bila dah dewasa & mak siah pun dah terlalu tua nak jaga saka dia.. maka itulah masa dia menyerahkan pada si abang yang pernah berjanji masa budak nak waris saka mak siah walaupun masa tu dia tak faham apa apa. Bermulalah episod seram keluarga tersebut bila isteri si abang asyik ternampak & mimpi benda2 yang menyeramkan.. Nak di jadikan cerita pada satu malam mak siah memulakan ritual penyerahan saka. Maka di hantar saka kepada si abang. Selepas tu abang jadi berubah.. jadi panas baran & lebih suka termenung dengan wajah yang menyeramkan. Si Ayah & si Adik mula pelik dengan perubahan Abang panggil seorang ustaz untuk merawat. Akhirnya saka tu berjaya di pisahkan dari si abang & keadaan jadi seperti sediakala. Cuma saka mak siah pulak kemurungan di tangga rumah mak siah sebab takde tuan nak jaga dia.

Begitulah kisah dari filem pelepas saka. DVD ni aku beli ahad lepas. Memang tak ada cerita baru so dari balik tangan kosong aku rasa itu lebih menyeramkan ada lagi baik rembat je la apa2 cerita yang aku belum tengok dengan syarat genre dia mesti seram.

Best ke tak best tetap dah jadi sebahagian dari koleksi seram aku. Kepuasan mengumpul tu yang penting hahaha

Filem ni ok la.. setakat boring2 nak tengok boleh la. Susah la nak jumpa filem seram melayu sekarang yang betul2 best & seram. Orang kata munafik seram tapi pada aku ni belum tentu sebab bab2 filem seram memang aku demand sikit. Tak main la acah acah seram.. celah ketiak aku pun tak gigil katanya. Filem pelepas saka ni pun bagi aku tak seram. Saka dia macam hantu kak limah je aku tengok. Memang effect seram tu tak berapa menusuk kalbu sangat la. Jalan cerita dia bagi aku tipikal jer.. Alah cerita pasal saka & nak jadi pewaris saka je. Takde apa yang lain sangat pun.

Moral of the story... Dari dok bela & bagi makan saka ni tak bawa untung pun malah memberi kemudaratan pulak pada yang membela ada lagi baik hangpa buat benda ni.. Bukan je dapat pahala (Insya Allah) malah mungkin dapat memberi kehidupan baru pada orang yang memerlukan. Bukan susah pun RM8 je korang boleh bina sebuah rumah melalui 4 online sites ni. Tak caya, tengok sendiri kat sini >> RM8 Korang boleh bina rumah dengan membeli belah di 4 online sites ni << Macam tak percaya pulak RM8 kita boleh bina sebuah rumah kepada golongan yang memerlukan. Gamaknya RM8 tu kalau nak buat rumah sendiri macam aku yang takde rumah lagi ni boleh tak?? hahahhaa

KISAH ROH JAHAT YANG MERASUK GADIS YANG DAH MATI

KISAH ROH JAHAT YANG MERASUK GADIS YANG DAH MATI. Kalau barat selalu menggelarkan roh jahat tapi kalau ikut kepercayaan kita orang2 Islam ni.. Roh jahat yang mereka maksudkan adalah dari golongan Jin. Kisah ni adalah tentang satu Jin yang sangat Tua & mempunyai kekuatan & kuasa yang luar biasa & kuat. Dia menjadikan jasad seorang gadis untuk mencapai impian dia untuk menguasi kehidupan manusia.


Seorang gadis yang terlibat dalam kemalangan & koma. Terpaksa menggunakan alat bantuan hayat dan akhirnya meninggal dunia setelah alat bantuan hayat di hentikan. Setelah di sahkan meninggal tiba2 dia hidup kembali . Sebaik dia sedar dari koma & hidup kembali setelah mati.. Jasad dia di kuasi oleh satu roh jahat yang terlalu tua & berkuasa, membuatkan dia menjadi seorang yang sangat bahaya & akan mencederakan dan membunuh orang di sekelilingnya. Seorang paderi menyedari akan kepelikkan yang berlaku pada gadis tu cuba meminta bantuan dari seorang yang di gelar Vatikan untuk menghalau roh jahat tu dari tubuh gadis tu. Malangnya percubaan mereka gagal.. vatikan yang cuba melawan kuasa roh jahat tu akhirnya mati & seorang paderi yang terselamat. Roh tersebut terus menguasi jasad gadis yang sebenarnya dah mati sehingga ending cerita.

Pendek sungguh review aku kali ni... Sebabnya filem ni pun bagi aku simple sangat. Seram pun tak sangat. Almaklum la filem The Vatican Tapes ni klasifikasi P13 jer.. Belum menetapi piawaian seram aku la. Boleh layan tapi bukan taste aku sangat filem2 macam ni. Tapi takde la rasa bodoh sangat tonton filem ni. Aku layan filem ni lepas habis tengok filem Badi. Sebab malam tu bola takde rancangan best kat TV.. maraton la dua filem berturut.

Dah selesai!

Dah tak banyak filem seram yang best .. Filem seram Thailand yang baru pun tak nampak ada. So, episod minggu depan kita buru je la apa2 filem yang selama ni tak selera nak beli sangat. Manalah tau yang tajuk tak menaikkan nafsu tu cerita dia best kan? Ok la tu.. Dari takde koleksi baru.

Aku nak tengok wayang tak boleh sebab anak aku tak boleh nak duduk lama2 tengok movie yang bukan taste dia jadi aku beli dvd je la. Penting tengok trailer dulu sebelum beli tiket wayang. At Least kita dapat la bayangkan cerita tu macam mana nanti walau selalunya trailer ni tunjuk part yang best best jer.

KISAH BENAR MISTERI SERAM DI SEBALIK PEMBANGUNAN CYBERJAYA

KISAH BENAR MISTERI SERAM DI SEBALIK PEMBANGUNAN CYBERJAYA. Raya kedua dah bersegmen seram serik lekat lekit. Mesti la blog puaka kena ada cerita seram nanti peminat lari atau komplen. Jadi sebagai menjaga hati peminat cerita seram di blog lekat lekit ni malam ni den nak membongkar rahsia seram misteri di sebalik cyberjaya.


Mungkin ada yang tak tahu cyberjaya sebelum di bangunkan adalah kawasan ladang kelapa sawit yang berkeluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Menurut sumber, ladang kepala sawit (Cyberjaya) ini merupakan ‘perkampungan’ bagi makhluk-makhluk lain atau lebih senang paham penempatan makhluk halus @ ghaib la. Tapi dengan rakusnya tempat tu di rampas manusia untuk pembangunan menyebabkan selepas di bangunkan dengan pesat pun masih lagi berlaku kejadian kejadian mistik & seram kat situ. Maybe makhluk tu marah la kot.. abis kampung depa di ranapkan untuk dijadikan penempatan manusia.

Katanya semasa proses nak di bangunkan tempat tu pihak yang terlibat dalam membangunkan cyberjaya ni terpaksa guna khidmat mereka yang bergelar 'Ustaz' untuk memindahkan makhluk ghaib ni ke tempat lain. Masa awal-awal Putrajaya dan Cyberjaya dibuka,agak lama jugak masa di ambil untuk orang datang tinggal kat situ. Katanya ada kaitan dengan kisah mistik yang berlaku disitu yang di sebabkan penghuni tak nampak. macam macam versi kisah seram yang di ceritakan dari mulut ke mulut. Katanya pernah berlaku kejadian seram di salah sebuah sekolah kat situ. Kalau korang nak baca kisah tu boleh baca kat sini >> Kisah Benar..Misteri Yang Berlaku Sebelum Cyberjaya Dibangunkan <<

Ada yang menafikan kejadian seram yang berlaku kat situ tapi sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Kita sedia maklum hutan adalah penematan makhluk ghaib mungkin cyberjaya pernah jadi perkampungan mereka & mungkin jugak tidak.

Moral of the story.. Sedarlah manusia berapa banyak hak makhluk lain hendak di rampas untuk pembangunan. Dan berapa banyak manusia nak melakukan kerosakkan di bumi Allah ni? Sesungguhnya manusia tidak akan pernah puas sampai kiamat.

JAMBATAN BERHANTU INI JADI TEMPAT ANJING BUNUH DIRI

Lama rasanya tak open segmen seram serik lekat lekit. Yelah.. Masuk bulan puasa ni setan semua kena ikat so dia tak menghasut sangat suruh popularkan dia tapi tetiba malam ni terima satu bisikan Yusof taiyob suruh tulis cerita seram sebab katanya maybe ada yang rindu nak rasa terkencing dalam seluar lepas baca kisah seram kat blog puaka lekat lekit


yelah.. yelah.. tanpa perasan dengan lebih lanjut meh la kita mulakan pengembaraan seram kita malam ni. Jauh sikit la kena ambil tiket flight. Tak pe Air Asia ada buat promosi free seat. Dah tempah tiket flight moh ler kita terbang sekarang ke timur Dunbartonshire. ia terletak berhampiran istana Gothic Overtoun House. 

Katanya ada satu jambatan berhantu yang bila anjing lalu kat situ mesti terjun.. ada di antara anjing tu mati & ada yang tidak. Lebih 600 ekor anjing yang pernah cuba membunuh diri bila melalui jambatan tu tanpa di ketahui sebabnya. Yang pelik kesemua anjing yang terjun dari jambatan tu akan memilih tempat yang sama untuk membuat terjunan. Macam biasa la bila berlaku benda2 macam tu di kaitkan dengan kisah mistik. Menurut penduduk tempatan kejadian tu ada kaitan dengan hantu  'White Lady Overtoun". Ada yang berkongsi pengalaman melalui jambatan tu katanya seperti ada kuasa yang cuba menolak dia dari jambatan tersebut. 

Kejadian mistik & pelik tu berlaku sejak sedekad lalu.. Hurmmm.. gamaknya hantu ni nak apa yer. Asyik dok campak anjing dari atas jambatan jer. Maybe dia berdendam dengan anjing kot sebab kata orang tua2 anjing boleh nampak hantu. Bila anjing boleh nampak dia maybe spoil sikit la aktiviti dia nak menakutkan orang... entah la. hahahaha

Moral of the story.. setiap yang berlaku pasti bersebab kerana tak ada sesuatu pun di jadikan atau terjadi tanpa sebab musabab. Tu memang lumrah hidup.

Sumber : Ratusan Anjing Terjun Di Jambatan Berhantu Ini 

MISTERI NASI TAK BASI SEPANJANG BULAN PUASA

Nasi tak basi pun jadi misteri ke? Misteri la jugak kalau sampai 2 3 hari tanpa di simpan dalam peti sejuk tapi nasi tak basi sebab sebelum ni.. kalau masak siang, siang esok mesti basi. Kadang2 pelik nasi basi tak sampai 24 jam. Masuk jer bulan puasa... Sampai 3 hari nasi tak basi. Memang agak pelik..

Sumber Google

Sebabnya.. cara masak sama. Jenama beras sama. Periuk yang sama jugak masak nasi. Tapi kenapa hari2 biasa cepat sangat basi tapi masuk jer bulan puasa nasi terus jadi lambat basi walau berhari hari. Tu yang aku pelik sekarang ni. Sebab berlaku kat aku.  Selalu kita dok baca kalau makanan cepat basi mungkin salah satu tanda rumah tu ada jin.. Gamaknya bulan puasa jin balik kampung ke hapa. Yelah.. Bulan puasa ni yang kena ikat Iblis & syaitan bukan jin.

Bagus la sempena bulan puasa ni jin2 yang pernah dok membasikan nasi aku dah dapat hidayah terus berubah jadi jin yang baik. Moga jin2 tersebut Istiqomah la melakukan kebaikkan. Gangguan bunyi2 pun dah takde sepanjang 5 hari berpuasa ni. Takde pulak dia sibuk mengemas bagai bulan puasa ni kan. Maybe letih puasa kot. Kalau tak kejab bunyi seret perabut,kerusi, bunyi guli.. 

Apapun itulah keistimewaan bulan Ramadhan yang mulia.. Terhindar dari bisikan syaiton yang ada cuma bisikan "yusof Taiyob" jer...  kalau ada jugak dok jadi jahat bermakna memang bukan pasal syaiton la dia jahat tapi dia memang jahat.

Moral of the story... Bila Iblis &syaitan dah kena ikat korang jangan take over tugasan depa pulak. Dah takde alasan nak salahkan iblis & syaitan.


MISTERI KERETA DAIHATSU CHARADE TANPA PEMANDU DI LEBUHRAYA PAGOH

Apapun orang kata, segmen seram serik lekat lekit akan terus bersiaran di blog puaka melekat lekit ni katanya. Ada ku kesah? hahahaha.. Selagi aku ada mood nak tulis kisah seram kat blog ni maka aku akan terus tulis sampai aku sendiri rasa macam lumpuh nak taip cerita seram lagi. Malam ni kita ke cerita hantu lebuhraya pulak. Kisah sebuah kereta Daihatsu Charade yang misteri & seram. Bukan takat misteri & seram malah katanya banyak menyebabkan kemalangan berlaku kat situ.

Sekadar hiasan. Sumber google

Alkisah tersebutlah kisah... aibbbb... sang kancil datang beramai ramai mengadap ke bawah duli sultan firaunnn!! Ops... terlebih pulak. Alkisah seorang kaki racer ni telah mengalami satu kejadi misteri, seram & menakutkan semasa melalui lebuhraya plus pagoh ni. Pada satu malam yang sepi.. pak mat malam tu cuti jual topi... berlakulah satu kejadiannya. Seorang mamat bersama isterinya sarat mengandung dalam perjalanan balik kampung. Almaklum la malam tu malam krimas, cuti umum. Time tu jam dah pukul 11.45 malam. Tu antara time2 hantu tengah get ready nak berjimbaraya jugak tu. Lepas sikit R&R lebuhraya pagoh depa terserempak dengan sebuah kereta Daihatsu Charade yang menggunakan lorong kiri. Tapi bila si mamat ni nak potong dia macam ajak race pulak. Almaklum mamat tu pun jiwa racer masih menebal even bini dah sarat mengandung. Tapi sebab bini dia membebel bawak kereta laju, maka dia slow kan pemanduan.

Tapi terdetik jugak kat hati dia.. terfikir macam mana kereta model lama tahun 80an yang tak modified apa2, standard je boleh meluncur laju macam tu. Bila dia suluh dengan kereta, memang uzur la kereta tu. Warna putih pun dah lusuh, dengan karat & lubang sana sini. Kereta tu terus meluncur laju di lorong kiri mengikut kelacuan kereta mamat ni buat dia tak boleh memotong kereta Daihatsu Charade tu. Sebab geram dia menaikan lampu (Beam) tapi apa yang di lihat memang mengejutkan. Kereta tu takde pemandu!! Dia boleh nampak dengan jelas kat seat pemandu kosong. hanya nampak stereng jer. Dia cuba perlahankan kereta tapi tetiba break pulak tak berfungsi. Kereta dia terus bergerak laju tetiba macam ada yang menyentap & menarik stereng kearah kiri. kereta dia hilang kawalan akhirnya merempuh besi penghadang jalan & melambung 360 darjah berputar di udara. Entah kenapa sampai part ni aku tetiba teringat cerita jepun Mirror attact yang boleh lompat pusing2 di udara. hahahaha

Kereta depa jatuh dengan cara menghempap bahagian depan dalam keadaan terbalik. Mujur bini dia yang mengandung tu pakai seat bell so dia mampu bertahan kat seat tu, manakala mamat tu dia berpaut pada stereng cuma badan dia je terhempap kat bahagian atas kereta masa kemalangan tu berlaku. Apapun mereka bernasib baik sebab tak ada kecederaan serius & kedua duanya selamat.

Dia pun pergi buat report polis kat balai polis pagoh. Pegawai polis yang ambil report dia pun akui banyak kemalangan yang berlaku kat situ di sebabkan daihatsu charade misteri tu. Ada yang mati ada yang selamat.

Ada lagi kejadian misteri yang berlaku masa kemalangan tu, katanya masa orang tengah sibuk tolong dia & isteri.. toll truck dengan sibuk tarik kereta dia tetiba dia nampak ramai budak2 kecik tak berbaju & berseluar pendek main kejar kejar kat kawasan tu. yang peliknya kawasan tu takde perkampungan ke hapa. Yang ada parit besar, semak, belukar, gaung & ladang kelapa sawit. Time tu dah memang masuk time riadah hantu. Dah pukul 12 tengah malam katanya

Masih menjadi misteri kereta Daihatsu Charade buruk di lebuhraya plus pagoh... Maka kalau korang bertembung buat2 tak nampak sudah. Jangan di layan sangat kalau dia ajak race.

Moral of the story... Lumba haram membahayakan keselamatan. Aku ingat manusia jer suka racing, hantu tak padan dengan kereta model lama pun ada nafsu berlumba. hikhihikhik


Sumber : Khir Khalid

KISAH SERAM KELIBAT PUTIH JALAN JENIANG - SIK, KEDAH

Tak kira hari minggu ke hapa segmen seram serik lekat lekit akan terus bersiaran. Memang tak bagi change la hangpa hidup tenang tanpa di selubungi misteri katanya. Harus rasa seram baru reti tidur awal. Kalau tak online sampai ke subuh. Ok cerita terpilih kali ni adalah kisah sekumpulan pelajar yang berdepan dengan kejadian misteri masa dalam perjalanan dari kedah nak ke kelantan. Alkisahnya bermula...


4 orang pelajar ni lepas mendaftar untuk kemasukkan baru sebuah kolej untuk pengajian dalam bidang agama di alor star kedah. Walaupun depa baru je sampai dari kelantan ke kedah tapi lepas pendafataran sebab kelas belum bermula pakat ambil keputusan nak balik kelantan jugak malam tu. Depa ni bertolak time tu dah dekat pukul 12 tengah malam. Time2 hantu beridah la katakan...

Jalan punya jalan.. katanya dah masuk jalan jeniang - sik tiba2 depa termasuk satu jalan yang gelap. Orang pun takde lalu lalang.. rumah pun tak nampak ada di tepi jalan2. Normally jalan kampung ni ada jugak rumah orang kampung kan. Masing2 tak tahu dorang kat mana masa tu. Sepatutnya dorang dah masuk satu simpang untuk tembus jalan Baling - Gerik tapi simpang tu tak nampak2 pun.

Sebab tak jumpa simpang tu, depa decide untuk U-Turn patah balik. Masa U-turn dua daripada mereka yang duduk kat seat penumpang di belakang tiba2 rasa seram sejuk semacam jer. Harus tegak berdiri bulu roma kalau rasa seram ni kan. Maka depa pakat2 la baca ayat2 suci Al Quran yang mana boleh jadi pendinding dari gangguan makhluk2 yang tak nampak ni sambil meneruskan perjalanan. Sedar2 dekat 50KM dorang tersesat masuk jalan gelap tadi. Akhirnya jumpa jugak simpang, tapi sekali lagi mereka salah masuk simpang & melalui semula jalan gelap gelita. Yang si pemilik kereta tu rasa lain macam, so stereng bertukar tangan. Tadi kawan dia drive sekarang dia pulak take over kereta kancil dia tu.

Bila dah tukar driver, Alhamdulillah jumpa jugak simpang sepatutnya. Akhirnya sampai jugak ke jalan besar. Tup2 tengah borak2 yang 3 lagi tu tertido tinggalah yang sorang ni drive. Kebetulan hujan renyai2 so kelajuan pun setakat 60kmj je masa tu. Time tu tengah naik bukit so memang tak boleh pecut sangat la... Tiba tiba... Jeng! jeng! jeng!

banyak kelibat putih tiba2 muncul depan kereta dia yang jarak tak sampai 50km pun. Apa lagi break mengejut la. Sekali Prang! Hancur bonet kereta katanya terempuh kelibat putih tu. 3 lagi yang tidur terbangun sebab terkejut dengan pelanggaran tu. Memula dia cuak takut terlanggar orang ke hapa tapi bila tengok takde sapa atau apa2 yang di langgar. Jadi pelik sekejab.. kereta remuk teruk kat depan tapi mangsa langgar takde pulak. di teruskan jugak perjalanan. Nasib baik enjin tak mati. Lampu jer pecah tapi mentol dia elok terpasang. Yang pelik lampu tinggi yang sebenarnya dah rosak tetiba hidup pulak dia lepas perlanggaran tu berlaku.

Sampai la satu tempat dorang berhenti nak check kerosakkan kereta. Tapi tak perasan tempat depa berhenti tu di belakangnya ada kawasan perkuburan cina.  Lepas tu depa teruskan perjalanan sampai ke tasik Banding semua fikir nak berhenti rehat tapi tak jadi sebab nampak dari side mirror macam ada something tengah tengok depa semua. Diteruskan perjalanan sampai depa jumpa satu kontena trailer yang berhenti tepi jalan. So depa decide berhenti kat trailler tu je la. Tumpang berehat. Sebab kat situ je yang ada lori kontena berhenti tepi jalan di tengah gelap gelita. At Least kalau ada apa2 berlaku ada peneman. Apa lagi Padamkan lampu kereta, tak matikan enjin, free gear dan tarik handbrake. Tak sampai 1 minit, keempat-empat tertdo..

Tiba2 kawan dia menjerit.. kata kereta bergerak sendiri naik bukit. 
Lampu tak pasang, gear masih free, handbrake masih tak turun. Tapi kereta jalan! Dia tengok kaki kanan aku bergerak sendiri hentak2 pedal minyak. Kereta pulak bergerak ke arah gaung. dalam mengelabah dia cuba kawal kaki dia yang bagai di kawal oleh orang lain pijak2 padel, nyalakan lampu dan akhirnya dapat kawal balik kereta.

Lepas sampai semua kat rumah masing2.. Masa di tertido petang tu tiba2 mak dia kejutkan dia katanya ayah dia meracau2 macam kena rasuk. Suara dia berubah jadi suara perempuan dok tengking2 habis semua orang. Skip cerita bawak pergi berubat, termasuk geng dia yang dalam kancil tu jugak. Kata perawat tu 'benda' tu sekarang ada dengan depa semua. So, perawat tu cuba berinteraksi dengan 'benda' tu. Katanya perempuan asalnya perempuan cantik yang mati di gilis trailer kat jalan yang mula2 dorang sesat tu, sampai separuh kepala hancur. Jadi dia berdendam dengan manusia.. Lepas rawat semua, katanya benda tu pun di hantar balik kat tempat asal dia. Semuanya kembali seperti sediakala.

Tapi aku confius walau cerita ni aku baca katanya yang merawat tu seorang ustaz, budak2 yang terkena gangguan tu katanya pelajar jurusan agama tapi takkan tak tau kot orang yang dah mati mana boleh menjelma sebagai hantu ke hapa untuk balas dendam. Yang ada cuma jelmaan jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia.. hahahaha konpius kat situ.

Moral of the story.. hati2 di jalan raya bukan je hati2 sesama manusia malah hati2 sesama makhluk yang ada tak kira yang nampak atau tak nampak. Peace!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com