JAMBATAN BERHANTU INI JADI TEMPAT ANJING BUNUH DIRI
yelah.. yelah.. tanpa perasan dengan lebih lanjut meh la kita mulakan pengembaraan seram kita malam ni. Jauh sikit la kena ambil tiket flight. Tak pe Air Asia ada buat promosi free seat. Dah tempah tiket flight moh ler kita terbang sekarang ke timur Dunbartonshire. ia terletak berhampiran istana Gothic Overtoun House.
Katanya ada satu jambatan berhantu yang bila anjing lalu kat situ mesti terjun.. ada di antara anjing tu mati & ada yang tidak. Lebih 600 ekor anjing yang pernah cuba membunuh diri bila melalui jambatan tu tanpa di ketahui sebabnya. Yang pelik kesemua anjing yang terjun dari jambatan tu akan memilih tempat yang sama untuk membuat terjunan. Macam biasa la bila berlaku benda2 macam tu di kaitkan dengan kisah mistik. Menurut penduduk tempatan kejadian tu ada kaitan dengan hantu 'White Lady Overtoun". Ada yang berkongsi pengalaman melalui jambatan tu katanya seperti ada kuasa yang cuba menolak dia dari jambatan tersebut.
Kejadian mistik & pelik tu berlaku sejak sedekad lalu.. Hurmmm.. gamaknya hantu ni nak apa yer. Asyik dok campak anjing dari atas jambatan jer. Maybe dia berdendam dengan anjing kot sebab kata orang tua2 anjing boleh nampak hantu. Bila anjing boleh nampak dia maybe spoil sikit la aktiviti dia nak menakutkan orang... entah la. hahahaha
Moral of the story.. setiap yang berlaku pasti bersebab kerana tak ada sesuatu pun di jadikan atau terjadi tanpa sebab musabab. Tu memang lumrah hidup.
Sumber : Ratusan Anjing Terjun Di Jambatan Berhantu Ini
Alahai..jambatan anti anjing kot. Hehehehe..
ReplyDeleteMungkin dia mati kene gigit hanjing kot pastu jadi hantu dan balas dendam dgn hanjing sebab tak puas hati
ReplyDeleteanjing tu dengar suara memanggil2 die kot..hihi
ReplyDeleteHantu tu pernah dikecewakan oleh anjing peliharaan masa hidup dulu. So ia berdendam dan berjanji akan menghapuskan semua spesies anjing di muka bumi nilah tu.....
ReplyDelete