Showing posts with label anjing. Show all posts

INI YANG BERLAKU KEPADA VILLA NABILA YANG BERHANTU DI JOHOR BAHRU

INI YANG BERLAKU KEPADA VILLA NABILA YANG BERHANTU DI JOHOR BAHRU. Rasanya semua orang tahu tentang Villa Nabila yang terkenal dengan kisah seram. Villa Nabila ni adalah sebuah banglo tinggal yang masih ada pemiliknya. Pernah kecoh tak lama dulu kes seorang remaja yang kononnya hilang dalam Villa Nabila.. Alih2 di temui kat rumah keluarga kawan perempuan dia. Memang hampeh sungguh.. Hantu Villa Nabila jugak di salahkan.


Villa Nabila adalah sebuah bangunan misteri di Pantai Lido, Johor Bahru yang dah lama kisah seram yang berkaitannya menjadi bualan orang setempat. Bermula kisah seram di banglo tu adalah.. Seorang gadis bernama Nabila, anak kepada pemilik Villa tersebut dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang dok buat renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. Dah macam cerita dalam Filem Rahsia tahun 80an dulu pulak kan? Tapi dalam filem Rahsia tu kanak2 yang menjadi pewaris harta di bunuh & di simen.. Tapi kisah Villa Nabila ni seorang gadis di rogol & di bunuh. Pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar atas urusan kerja untuk beberapa hari.

Versi lain kisah Villa Nabila.. Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau kerana dia menjadi anak kesayangan dalam keluarga beliau. Kemudian Nabila dibunuh oleh ibu saudaranya kerana ingin merebut harta warisan ibu bapa Nabila. Di samping tu ada juga versi yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan. Tak tau yang mana betul.. Tapi best jugak la layan kisah2 seram Villa Nabila ni. Lokasi Villa Nabila juga berdekatan dengan istana Sultan Johor.

Banyak kisah seram yang melibatkan Villa Nabila ni termasuk di jadikan port untuk aktiviti paranormal. Tapi sekarang maybe hantu2 Villa Nabila dah terpaksa berpindah sebab port depa dah di ambil alih makhluk lain. Bukan makhluk halus dah.. Makhluk yang tak berapa halus.. Nak tau makhluk asing ke apa.. teruskan membaca entri ni...


Terbaca post OhMedia kat facebook katanya Villa Nabila sekarang di jadikan pusat perlindungan anjing terbiar oleh seorang aktivis penyelamat haiwan. Dia tak mewakili mana2 kelab rasanya.. Hanya volunteer untuk buat kerja2 kebajikan jer.. Tak sure pulak aku pasal tu. Tapi yang di tulis pengasas. Maybe dia ada ahli lain lagi kot.


Apapun dia mendapat kebenaran dari pemilik Villa Nabila untuk menjadikan port berpuaka tu sebagai tempat perlindungan anjing terbiar. Bagus jugak kan di manafaatkan kepada perkara yang lebih baik.. Dari di jadikan port dok memburu hantu yang tak berapa ada pekdah tu. Jadahnya dok cari hantu.. erkk.. kalau tak cari camna la aku nak dapat stok2 cerita seram pulak kan? hahahahaha


Apapun syabas kepada Insan mulia atas usaha dia membantu haiwan haiwan terbiar macam tu. Dia rilex je dok masuk dalam Villa Nabila tu.. Takde kecoh pasal hantu ke hapa. Kadang2 benda ni berkaitan dengan apa yang kita fikir jugak. Kalau asyik fikir hantu maka hantu la kita terbayang.. Tapi kalau kita fikir perkara lain hantu datang depan hidung pun mungkin kita tak terfikir dia hantu. hehehehehe


Moral of the story.. Jangan menakutkan diri sendiri dengan berimaginasi benda2 yang menakutkan.

MISTERI DI SEBALIK ANJING INI TIDAK TIDUR & MERENUNG TUANNYA SETIAP MALAM

MISTERI DI SEBALIK ANJING INI TIDAK TIDUR & MERENUNG TUANNYA SETIAP MALAM. Anjing ni semua orang tahu adalah sejenis haiwan yang paling setia dengan tuannya. Anjing ni kalau di bela.. dia bekerja untuk kita. Tapi sebagai orang Islam.. Kita tak boleh nak bela anjing sebagai haiwan peliharaan untuk bermanja manja macam kucing tu. Cuma di bolehkan kita bela sekiranya ada kepentingan macam nak jaga rumah, jaga kebun atau jaga haiwan peliharaan. Tu pun bergantung pada keperluan la. Sesaja nak bela macam orang bukan islam memang tak boleh. Dan tak boleh di bela dalam rumah..


Tapi tu la orang sekarang ni. Susah nak cakap bila nampak ada pencinta haiwan di kalangan orang Islam yang gunakan alasan menyelamatkan haiwan & bela anjing macam pets dalam rumah.. Niat tidak menghalalkan cara. Tak salah nak selamatkan haiwan2 terbiar termasuk anjing tapi ikut la garis panduan yang di tetapkan.. Tak berani nak cakap lebih kan. Satgi depa mai hentam aku balik. Cuma tu la.. Apa yang segelintir aktivis penyelamat haiwan buat ni bukan tak baik cuma kadang2 tak kena pada cara dia tu yang buat orang pandang serong. Apapun aku support semua sukarelawan yang buat kerja kerja kebajikan menyelamatkan haiwan tak kira anjing sekalipun.Sesungguh apa yang anda buat adalah sesuatu yang sangat baik yang bukan semua orang mampu buat. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki & permudahkan urusan anda semua.

Berbalik pada kisah misteri seekor anjing ni.. Kisahnya anjing ni jenis baka Golden Retriever yang di ambil pemiliknya dari sebuah pusat perlindungan haiwan. Alhamdulillah anjing ni di jaga dengan baik & di sayangi seluruh ahli keluarga pemiliknya. Anjing ni pun sejenis anjing yang comel jugak.

Tapi yang peliknya perangai anjing ni setiap malam dia tak tidur.. Dia akan tenung je tuan dia sampai tuan dia tidur. Setiap malam dia akan tunggu di luar bilik tuan dia. Mula2 tuan dia anggap maybe sebab anjing dia belum biasa dengan suasana baru tu dia mungkin jadi macam tu. Tapi bila lama2 anjing tu still jugak macam tu timbul rasa pelik la. Sampai tuan dia rasa macam sentiasa di hantui anjing sendiri pulak.

Macam macam cara tuan dia buat untuk bagi anjing dia tidur malam.. dia bagi anjing dia main sampai penat siang hari dengan harapan bila anjing tu letih dia boleh tidur pada malam harinya tapi tetap anjing dia tak tidur malam & terus menunggu depan pintu bilik tuannya setiap malam. Dia pernah bawa anjing tu buat pemeriksaan doktor untuk memastikan anjing dia tidak sakit.. DDoktor mengesahkan anjing tu sihat jer..

Sebab anjing terus berkelakuan pelik walau macam - macam usaha dia buat.. Sebab nak tahu sangat apa misteri di sebalik perangai anjing dia yang suka tenung dia sampai dia tidur & setia menunggu depan pintu bilik setiap malam.. Dia bertanya kepada penjaga pusat perlindungan haiwan yang dia ambil anjing tu.. Apa yang di ceritakan pada lelaki ni.. Buat lelaki ni menangis ter esak esak..

Rupanya.. Anjing ni masa tuan lama dia nak hantar dia ke pusat perlindungan haiwan kat situ. Dia di hantar ketika dia sedang tidur waktu malam. Pemilik lama dia terpaksa buat macam tu sebab tak boleh jaga dia lagi atas alasan bini dia tengah mengandung. Mungkin di sebabkan perkara tu anjing ni trauma untuk tidur pada waktu malam selepas dapat tuan baru yang sangat sayangkan dia..

Bayangkan seekor haiwan pun boleh tunjukkan kan rasa sayang, kehilangan.. rindu tu. Itulah bukti kekuasaan Allah.. Jadi kalau nak bela apa2 haiwan sebagai peneman jangan bela sekadar suka suka.. Haiwan pun ada perasaan. Bila tak suka buang atau campak je kat mana mana.. Benda tu akan meninggalkan kesan trauma sepanjang hayat pada mereka. Mungkin mereka tak mampu meluahkan rasa dalam bahasa manusia.. Tapi cukup lah kita sebagai manusia yang berakal menyimpan sedikit rasa kemanusiaan tu pada haiwan yang kita pernah belai, sayang & suka. Jangan jadikan membela haiwan ni sebagai hobi.. Nak2 lagi haiwan yang memang Allah ciptakan hidup berdampingan dengan manusia macam kucing & anjing. Kalau rasa nak bela.. Perlu ada rasa tanggungjawab & perlu pengorbanan jugak. Jadi fikirkan semula kalau nak bagi harapan & kasih sayang kepada seekor haiwan.. mampukah kita setia menyayangi mereka sehingga ke akhir hayat.

8 HAIWAN YANG DI KATAKAN BOLEH MENGESAN KEHADIRAN MAHLUK HALUS

8 HAIWAN YANG DI KATAKAN BOLEH MENGESAN KEHADIRAN MAHLUK HALUS. Dalam masyarakat kita memang ada yang percaya haiwan boleh nampak atau rasa kehadiran makhluk halus atau makhluk ghaib ni. Dari kecik pun rasanya kita biasa dengar orang tua2 kaitkan haiwan dengan kehadiran makhluk halus ni. Jadi kita pun membesar la dengan kepercayaan tu...


Katanya.. Kehadiran makhluk halus jugak boleh di kesan dengan perilaku atau bunyi dari haiwan yang tiba2 mungkin perangai dia jadi pelik & mencurigakan.. atau bunyi dia jadi lain macam yang boleh buat kita rasa seram. Betul tak betul.. Allah maha mengetahui segalanya..

Antara 5 haiwan yang di katakan boleh mengesan kehadiran makhluk halus ni adalah..

1. Burung hantu
mentang2 nama dia burung hantu.. hangpa pun nak kaitkan dia dengan hantu jugak. Tapi burung hantu ni rupa pun agak menyeramkan & dia pun jenis hidup waktu malam jer. Antara kepercayaan yang karut atau mitos ni adalah.. Bila dengar suara burung hantu, harus segera masuk kerumah atau menjauhi tempat burung hantu bertenggek. Kononnya kalau kita tetap berada di tempat yang berdekatan dengan burung hantu akan menerima gangguan dari makhluk halus. Katanya boleh menyebabkan histeria jugak. Menurut orang tua tua.. bila burung hantu berbunyi ia petanda ada makhluk halus disitu.

2. Ayam Jantan
Mitos tentang ayam jantan yang boleh mengesan kehadiran makhluk halus ni adalah.. Katanya kalau ayam jantan ni berkokok di waktu tak sepatutnya macam malam hari tu petanda kehadiran makhluk halus kat situ. Ni kira greeting la kot.. nak menyambut makhluk halus yang datang bertandang hahaha...

3. Anjing
Yang ni ramai orang percaya. Tapi bunyi anjing ni ada macam2 tone tau. Kalau tone dia nampak makhluk halus tu dengar macam sayup sayup jer... Kalau kita dengar pun meremang bulu roma. Kalau setakat dia menyalak macam menyampah tengok muka kita lain bunyinya. Ada mitos yang mengatakan anjing dapat berinteraksi dengan makhluk halus.

4. Burung Gagak
Menurut kepercayaan sesetengah orang kalau burung gagak tiba2 berbunyi riuh berdekatan dengan rumah menandakan ada orang yang meninggal dunia. Selain boleh mengesan kematian, burung gagak jugak dia anggap haiwan yang sial. Sampai hati tau labelkan burung gagak macam tu walau dia agak pengotor. Ada orang percaya kalau burung gagak banyak di kawasan rumah mereka penghuni rumah boleh terkena sihir. Selain tu burung jugak di percayai sesetengah orang menjadi tumpangan atau tunggangan makhluk halus untuk datang mengganggu manusia.

5. Kucing Hitam
Sebagai pencinta kucing.. yang ni paling aku rasa mengarut. Selama dok bela kucing berbagai warna termasuk kucing warna hitam pekat melekat ni memang tak ada pun rasa ia ada kaitan dengan makhluk halus. Tapi kalau di eropah.. kucing hitam di percayai ada kaitan dengan makhluk halus sebab mereka percaya kucing hitam tu jelmaan ahli sihir. Yang biasa kita dengar mitos kalau kucing hitam langkah mayat.. adalah petanda tidak baik. Selain tu kalau kucing hitam mengiau bunyi macam sedih jer.. petanda kehadiran makhluk halus. Ada orang percaya.. setiap langkah kucing hitam tu sebenarnya dia ikut makhluk halus.

6. Cicak
Ada orang kata kalau cicak bunyi tu tempat tu ada la sesuatu yang menumpang atau tinggal terutama rumah la. Ni kira mitos yang agak popular jugak la...

7. Ikan Puyu
Ikan puyu di memang terkenal dalam kepercayaan mitos orang2 melayu. Ada orang percaya selain ikan puyu mampu melindungi rumah dari di masukkan pencuri atau orang yang cuba nak guna ilmu pukau sebab katanya pukau takkan berjaya selagi ada benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga. Kalau malam2 ni rasanya bukan ikan puyu je berjaga.. lipas pun banyak suka berjaga malam hahaha. Jadi selamat la kot kalau rumah tak ada ikan puyu tapi banyak lipas. ikan puyu sejenis ikan yang tidak tidur malam. Tapi setakat ni kepercayaan tu masih dalam kategori mitos. 

8. Angsa
Ni samseng paling Otai dalam kampung zaman aku kecik kecik dulu. Dia tak kira kau jahat ke baik ke hantu ke manusia.. semua dia kejar lepas tu dia sudu. Angsa di katakan haiwan yang sangat peka melihat daripada sudut jauh & dapat mengesan kehadiran makhluk halus atau jin khadam seseorang. Tapi macam biasa.. sejauh mana kebenarannya tidak dapat di pastikan.

Itulah 8 haiwan yang di kaitkan dengan makhluk halus bersama kisah kisah mitosnya tersendiri. Info ini sekadar hiburan bukan untuk menjadi kepercayaan. Kalau dah mitos tu bermakna ia tidak ada fakta atau rujukan sahih dari mana2 bagi membuktikan kebenarannya. Apapun tanpa makhluk halus ni kat mana2 pun ada.. cuba check atas kepala. mana tau ada makhlus halus.. petanda atas kepala anda makhluk halus adalah anda sering rasa gatal2 & terasa sesuatu yang sedang merayap di atas kulit kepala anda. hehehehe...

Tapi kalau anda peminat cerita seram.. rasa boring la blog lekatlekit.com ni.. kata blog seram tapi tak seram pun cerita2 dia. Ok ok.. ada lebih seram korang boleh tengok kat sini >> Apabila Pelawat misteri Memasuki kampung yang tenang ini ... satu persatu hilang nyawa << Ada berani? Kalau tak berani tak payah gebang sangat la.. hahahahhaa

PEMINAT TEGUR SCHA AL YAHYA EDIT GAMBAR LARA ALANA JADI ANJING

PEMINAT TEGUR SCHA AL YAHYA EDIT GAMBAR LARA ALANA JADI ANJING. Urban katanya... Orang sekarang kan open minded. Setakat edit muka anak jadi anjing maybe bagi sesetengah orang sangat comel & tak ada apa nak sensitif sangat tapi kita sedia maklum masyarakat Melayu beragama Islam Kat Malaysia ni memang agak sensitif dengan haiwan bernama anjing ni.


Aku tertengok satu video.. hurmm video sangat la mungkin gambar bergerak Lara Alana dalam format GIF yang scha al yahya upload. Gambar tu dah di edit jadi muka anjing yang terjelir lidah. Tak sure aku anjing ke hapa tapi nampak macam anjing la jugak. Mungkin dia tak sengaja kot.. Dia ingat benda tu nampak comel & kelakar je. Maybe dia sendiri pun tak jangka ada peminat yang kurang senang dengan editing macam tu.

Bagi pandangan peribadi aku la.. Kalau anak aku tak tergamak nak menganjing muka dia walau bukan bukan manusia yang anti anjing ke hapa. Tapi dah anak depa.. Kang tegur lebih2 laki dia masuk campur dah jadi isu pulak. Almaklum la bapak lara alana ni sensitif sikit kalau orang cakap pasal anak bini dia. Biasa la suami memang kena sentiasa pertahankan isteri & anak kan. Lagipun depa dah warning dari Lara Baby lagi.. Depa tau nak besarkan anak depa sendiri macam mana. Tak payah nak ajar2.


Jadi peminat sekalian tak payah menyibuk sangat la dia nak menganjingkan anak dia. Kalau tak boleh bagi komen yang memuji better jangan komen katanya. Kang tak pepasal masuk melodi pulak. Kita pun jadi muak dengan kontroversi melibatkan anak depa yang tak tau apa2 tu. Kesian pulak aku dengan budak lara ni. Kecik sangat tapi dah macam2 kontroversi melibatkan dia. Nak buat macam mana mak bapak dia pun nak retiskan anak dia kan.. hehehe

Mak dia gurau je jangan la kecam Lara yer.. Sian dia.

Buat apa nak edit2 gambar anak jadi muka haiwan sangat kan.. Kau selfie dengan anak kau macam retis korea ni pun rasanya dah cukup hot.. Kalau dah nama retis tu.. nak2 lagi popular macam lara Alana & mak bapak dia, upload muka tak siap pun tetap ramai yang like. hehehe

Moral of the story...  Zaman sekarang buat apa pun kena fikir juta kali sebab terlampau banyak mata yang memerhati & pandangan mata orang ni boleh jadi macam2 tafsiran. Nak2 lagi kalau retis..

INI SEBAB ORANG YANG LAMBAT KAHWIN & TIADA ANAK SUKA HAIWAN

INI SEBAB ORANG YANG LAMBAT KAHWIN & TIADA ANAK SUKA HAIWAN. Manusia & haiwan adalah makhluk yang sama2 menumpang di bumi Allah ni tapi sebab Allah ciptakan manusia lebih sempurna akal & fizikalnya maka dunia ni di bolot oleh manusia yang tamak. Tapi masih ada manusia yang berkongsi hidup, rezeki & kasih sayang dengan haiwan. Tu manusia yang sedar diri sama sama menumpang.


Selalunya kita tengok orang yang jodoh dia mungkin lambat atau mungkin tak ada jodoh kat dunia ni pilih hidup dengan haiwan peliharaan.. Sebab bahagia tu kadang2 bukan hanya hidup berpasangan dengan sesama manusia malah hidup sebumbung dengan haiwan pun tetap bahagia. Macam tu jugak mereka2 yang tak di kurniakan cahaya mata memilih haiwan sebagai peneman & tempat mereka curahkan kasih sayang. Sebab haiwan haiwan macam kucing & anjing yang biasanya orang jadikan pets ni memang di jadikan untuk hidup berdamping dengan manusia.

tengok betapa hebat kuasa Allah.. Setiap perkara & makhluk yang di jadikan dalam dunia ni tak ada satu pun sia sia. Semua ada fungsinya masing masing. Mampu mengisi kekosongan hati & hidup seorang manusia. Sebab tu la.. Bila orang yang mungkin tak ada pasangan.. atau dah kahwin tak di kurniakan anak suka bela haiwan peliharaan kat rumah. Ada jugak yang sanggup membujang sebab lebih suka hidup dengan haiwan haiwan peliharaannya. terlampau sayang sangat sampai tak sanggup nak kahwin. Risau haiwan peliharaan dia terabai lepas dia kahwin. Ada.. sapa kata tak ada orang macam tu. Sebab haiwan peliharaan ni ada keistimewaan yang orang yang tak minat haiwan tak tahu. Kadang2 orang yang suka haiwan pun tak sedar tentang keistimewaan tinggal bersama haiwan perliharaan ni. Nak tau apa keistimewaan haiwan peliharaan dalam rumah macam kucing & anjing ni boleh baca kat sini >> Ini Sebab Ada Orang Lebih Suka Hidup Dengan Haiwan Dari berpasangan Sesama Manusia <<

Apapun kita sebagai manusia adalah pemegang amanah paling besar untuk melindungi semua makhluk2 lain di bumi ni sebab Allah jadikan manusia dengan akal yang sempurna sebab tu manusia di angkat sebagai khalifah bukan haiwan. Jadi sayangilah haiwan.. Jangan menganiaya makhluk yang lemah. Kita atau mereka semua penumpang.. Tiada seorang pun pemilik. Hanya Allah memiliki seluruh langit & bumi.

AWAL ASHAARI & SCHA DI TUDUH MENGANJINGKAN ANAK

AWAL ASHAARI & SCHA DI TUDUH MENGANJINGKAN ANAK. Selebriti yang paling banyak kontroversi melibatkan anak mereka adalah scha al yahya & Awal ashaari. Ada saja isu nak di cetuskan pasal anak depa ni. Dari sejak lahir.. isu nama, isu rupa, isu hidung & macam2 isu la jadi kontroversi sampai kadang2 aku rasa yang retis anak depa bukan scha & awal. Hahahaha.. Isu terbaru depa di kecam & di tuduh menganjingkan anak sendiri. Menganjing macam mana meh la baca.

Maaf la aku tunjuk contoh gambar anjing tapi itulah orang yang belum anak bayangkan pada orang yang guna baby harness pada anak. bagi depa nampak macam anjing. hek kau! Kau beranak dulu baru kau tahu kenapa ada mak bapak terpaksa guna baby harness ni

Isu Baby harness ada yang setuju penggunaanya & ada yang anggap penggunaan benda tu macam menghaiwankan anak sendiri. Kalau hangpa tak tau baby harness tu macam mana. Alah trend ikat tali pada anak supaya dia tak terlepas & hilang kat tempat orang ramai. Memang nampak macam tali yang orang ikat anjing tapi bukan la niat mak bapak yang buat macam tu nak menganjingkan anak tapi untuk keselamatan anak tersebut. Budak2 baru dapat kaki @ baru boleh berjalan ni memang dia obses nak melangkah. Nak2 lagi masuk mall dengan macam2 benda yang menarik perhatian dia terlepas pandang seminit dua pun kadang kadang boleh hilang.

Di tambah dengan banyak kes jenayah yang melibat kanak kanak sekarang ni.. serius orang yang ada anak je tahu macam mana risaunya tiap kali berada kat luar. Budak2 ni tak payah cakap la dia bukan faham bahaya ke tidak yang dia tau seronok berlari sana sini macam anak aku ni. Walau aku tak guna baby harness tapi serius mata ni susah nak lepas pandang. Nama je budak perempuan dia punya lasak lain macam sikit.

Bila ada menjatuhkan hukum Dosa pada pasangan selebriti scha & awal sebab ikat anak depa dengan baby harness ni aku teringin jugak nak tanya dia rujuk ustaz @ ustazah mana? aku tak rasa la tujuan scha & awal buat benda ni sebab nak menganjingkan anak depa. Orang kutuk hidung anak dia pun dia dah mengamuk takkan la dia tergamak nak buat anak dia macam anjing. Semua faktor keselamatan. Kau fikir Malaysia sekarang selamat sangat ke??

Aku syak dia ni setazah jadian sebab suka2 je dia jatuh hukum dosa kat orang hahaha

Nak jaga anak ingat senang ke zaman sekarang ni. Terlepas pandang boleh hilang & kena culik.. terlepas cakap boleh jadi tersalah didik walau kita dah rasa apa kita buat tu betul. Contoh macam ni >> 9 Bukti ramai ibu bapa buat kesalahan ketika bercakap dengan anak <<

Moral of the story.. Kadang2 apa yang kita buat sebagai ibu bapa memang nampak janggal di mata orang yang tak ada anak tapi selagi ia demi keselamatan anak & tidak memudaratkan fizikal,mental & perkembangan dia aku rasa tak salah kot.

P/S : dulu aku pun rasa benda ni macam pelik je nak guna untuk anak tapi fikir keadaan sekarang, aku rasa memang tak salah kalau mak bapak nak guna.

LETAK ANJING DALAM TROLI TESCO BUKAN SALAH CINA

LETAK ANJING DALAM TROLI TESCO BUKAN SALAH CINA. Mula kecoh pasal isu satu gambar seorang individu berbangsa cina bawak anjing pergi tesco kemudian letakkan dia dalam troli. Kecoh la satu alam maya pasal tu sebab troli tu mungkin di guna oleh pengunjung yang beragama Islam. Tapi takpe semua troli kat tesco tu telah di sertu oleh sekumpulan individu beragama Islam yang prihatin. Alhamdulillah.


Masalahnya bila berlaku kes yang melibatkan satu individu dari sesatu bangsa mesti wujud isu perkauman. Padahal isu letak anjing dalam troli bukan masalah kaum tapi masalah individu yang tak sensitif dengan orang lain. Nama je duduk kat Malaysia. Ada berbilang kaum & majoriti penduduk adalah beragama Islam takkan tak tau isu anjing sangat sensitif. Nak hentam... hentam je individu tu kenapa mesti hentam bangsa.

Macam tu juga bila berlaku sesuatu yang melibatkan bangsa melayu beragama Islam.. Orang melayu paling kuat menghentam bangsa sendiri. Kenapa bangsa kena jadi mangsa di sebabkan hanya individu yang melakukannya. Bagi aku memang tak adil tak kira untuk apa bangsa & agama sekalipun. Sebab tu dalam entri aku pun kalau aku nak menghentam individu aku takkan sebut mak,bapak,family atau sedara mara dia apatah lagi bangsa & agama mereka. Aku akan bercakap tentang orang yang aku nak cakap je.

Kita boleh lantang bersuara sebab Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara tapi kebebasan tu tetap ada limit. Jangan kerana seorang individu berbangsa cina buat perangai tak semegah letak anjing dalam troli pasaraya yang di gunakan berbilang kaum & agama kita terus keluarkan statement yang berunsur provokasi yang mungkin mencetuskan pergaduhan antara kaum. Kau nak hentam amoi tu sampai lunyai pun silakan tapi jangan melibatkan kaum & agama sebab hanya dia je yang buat bukan orang lain.

Moral of the story..Jadi keyboard warrior ni ada fungsinya tapi Belajar menjadi keyboard warrior yang adil tidak menghukum orang yang tak bersalah hanya kerana seorang individu.

JAMBATAN BERHANTU INI JADI TEMPAT ANJING BUNUH DIRI

Lama rasanya tak open segmen seram serik lekat lekit. Yelah.. Masuk bulan puasa ni setan semua kena ikat so dia tak menghasut sangat suruh popularkan dia tapi tetiba malam ni terima satu bisikan Yusof taiyob suruh tulis cerita seram sebab katanya maybe ada yang rindu nak rasa terkencing dalam seluar lepas baca kisah seram kat blog puaka lekat lekit


yelah.. yelah.. tanpa perasan dengan lebih lanjut meh la kita mulakan pengembaraan seram kita malam ni. Jauh sikit la kena ambil tiket flight. Tak pe Air Asia ada buat promosi free seat. Dah tempah tiket flight moh ler kita terbang sekarang ke timur Dunbartonshire. ia terletak berhampiran istana Gothic Overtoun House. 

Katanya ada satu jambatan berhantu yang bila anjing lalu kat situ mesti terjun.. ada di antara anjing tu mati & ada yang tidak. Lebih 600 ekor anjing yang pernah cuba membunuh diri bila melalui jambatan tu tanpa di ketahui sebabnya. Yang pelik kesemua anjing yang terjun dari jambatan tu akan memilih tempat yang sama untuk membuat terjunan. Macam biasa la bila berlaku benda2 macam tu di kaitkan dengan kisah mistik. Menurut penduduk tempatan kejadian tu ada kaitan dengan hantu  'White Lady Overtoun". Ada yang berkongsi pengalaman melalui jambatan tu katanya seperti ada kuasa yang cuba menolak dia dari jambatan tersebut. 

Kejadian mistik & pelik tu berlaku sejak sedekad lalu.. Hurmmm.. gamaknya hantu ni nak apa yer. Asyik dok campak anjing dari atas jambatan jer. Maybe dia berdendam dengan anjing kot sebab kata orang tua2 anjing boleh nampak hantu. Bila anjing boleh nampak dia maybe spoil sikit la aktiviti dia nak menakutkan orang... entah la. hahahaha

Moral of the story.. setiap yang berlaku pasti bersebab kerana tak ada sesuatu pun di jadikan atau terjadi tanpa sebab musabab. Tu memang lumrah hidup.

Sumber : Ratusan Anjing Terjun Di Jambatan Berhantu Ini 

HARGA SATU NYAWA DI TANJUNG MALIM & SLIM RIVER HANYA RM10

Betapa rakus & tamaknya manusia di muka bumi Allah ni kan? Setiap inci semua milik mereka sehingga makhluk lain nak menumpang hidup pun susah. Nasib baik Jin tu makhluk yang orang tak nampak, kalau nampak gamaknya ada program membenteras jin pulak.


Alkisah terbaca di post kakimotong tentang pemberitahuan dari Majlis Daerah Tanjung Malim melalui portal rasmi mereka katanya.. rewards akan di beri pada mereka yang menangkap & menyerahkan anjing terbiar kepada mereka akan di bayar RM10 untuk setiap ekor. Depa nak buat apa kumpul anjing terbiar banyak2. Mustahil nak bela @ tempatkan kat satu taman anjing di mana anjing2 itu akan hidup bahagia cukup makan minum.


Program macam ni boleh di salahguna.. tak mustahil anjing dalam jagaan orang pun boleh jadi mangsa sebab semua berebut nak dapat duit. Aku tak tuduh tapi anjing2 yang di tangkap & di serahkan kepada mereka.. Insya Allah PTS la tu. Ya Allah.. terancam sangat ke tanjung malim & slim river dengan anjing liar. Jarang pulak aku dengar tv3 siar berita orang kena serang anjing kat situ. Takde ke cara lain mengatasi masalah anjing liar ni?


Walau anjing tetap bernyawa. Anjing bukan tikus.. Anjing juga ada ceritanya dalam Al Quran. Anjing juga patut di kasihani. Anjing jugak ada fungsi dalam kehidupan manusia. Anjing bukan sampah untuk dilupuskan macam tu sahaja. Carilah solution yang lebih baik.. Jangan merentap perasaan pencinta haiwan dengan program macam ni. Program sentuh anjing kemain garang kita membantah tapi program bunuh anjing siap di bayar.. kita semua diam.

Kita jangan salahkan Budha mymar yang membunuh etnik Rohingya kalau kita sendiri menyokong perbuatan macam ni kat Malaysia. Jadi tak pelik la kecoh pasal penemuan kubur besar & kem tahanan etnik rohingya kat Malaysia. Apa beza kita dengan budha2 mymar yang kejam tu? Kang ada pulak orang cakap.. jangan samakan manusia dengan anjing. Yelah.. tak sama. Anjing tak kejam sampai nak bunuh setiap manusia yang dia jumpa hanya kerana seorang dua yang pernah aniaya atau bunuh spesis dia berbeza dengan manusia. Faham sendiri sudah.  Anjing pun makhluk bernyawa yang ada rasa sakit. Islam tidak kejam & tidak ajar mengejami sesama makhluk.

Moral of the story.. Owner2 anjing sekitar tanjung malim & slim river awasi anjing anda takut jadi mangsa hanya kerana RM10.

P/S : Apa yang berlaku adalah dari perbuatan manusia tapi yang terima akibat & jadi mangsa adalah haiwan. Kita buat silap lepas tu kita jatuhkan hukuman pada mangsa kesilapan kita.


ANJING, TAK TUTUP AURAT DAN HISAP ROKOK

Sekarang ni kan.. asal ada gambar orang Islam pegang anjing jer mesti orang viral kan. Kat situ akan muncul setaz setazah segera. Yang berkongsi info yang betul tu ok la.. boleh sama2 belajar yang emo lebih2 sampai nak compare dengan perkara2 atau isu2 yang tak berkenaan dengan topik tu bagi aku agak annoying jugak la kan.

Isu anjing ni sebenarnya isu bukan la besar macam makan babi.. Sebab kita memperbesarkan isu pegang anjing macam isu makan babi budak2 sekarang tak mustahil jadi macam kita dulu yang akan percaya anjing tu akan menyebabkan dosa besar kalau tersentuh sedangkan anjing tu tak berdosa di sentuh. Kalau dalam keadaan kering tak perlu samak, kalau dalam keadaan basah baru perlu di samak. Anjing cuma najis bukan haram. Kalau tersentuh takde sampai perlu kau buat solat taubat nak mohon keampunan.. Jangan ajar anak2 kita anggap anjing tu haiwan yang menyebabkan umat islam jadi berdosa kalau tersentuh sebab kita akan membentuk mentaliti mereka yang anggap anjing adalah haiwan tak tak perlu belas kasihan, kasih sayang & simpati dari Umat Islam. Apa yang perlu kita kena didik budak agar tahu batas pergaulan dengan anjing. Bukan menyemai sikap benci terhadap anjing. Tu yang punca budak2 suka menganiaya haiwan. Jumpa anjing baling batu,kayu... pukul tanpa sebab.

Carian google sekadar hiasan

Bila isu bersentuhan dengan anjing ni orang up kat laman sosial.. Komen yang paling popular dengan orang yang nak dia nampak betul.. mesti compare dengan rokok, aurat, muhrim.. paling terbaru aku baca compare dengan suka bola sepak. Kadang2 nak gelak.. kadang2 nak nangis pun ada. Isu anjing jer mesti jadi isu aurat,isu rokok & isu muhrim.. Contoh ayat mana lebih dosa pegang anjing atau pegang awek/pakwe? Pejadah pulak nak buat perbandingan mana lebih haram atau halal. Kalau pun bersentuhan dengan muhrim tu lebih haram dari sentuh anjing tak bermakna jadi betul pergaulan kita dengan anjing tanpa mengikut batas yang di tetapkan dalam Islam. Dalam Islam membolehkan kita membela atau menyentuh anjing tapi bukan macam bela & sentuh kucing.. Tak boleh suka2 nak bela macam pets.. Kalau bela mesti ada sebab @ kepentingan kepada kita. Tapi jangan nak mempertikai aktivis haiwan yang membuat kerja menyelamat pulak. Depa bukan suka2 jugak nak bela..

Tak boleh ke komen isu yang berkaitan anjing Jer.. Perlu ke compare dengan perkara lain  untuk membentulkan apa yang dia rasa betul. Kalau nak cakap halal haram dalam Islam ni bukan satu perkara jer banyak.. Isu anjing kau nak kaitkan dengan hukum bersentuhan dengan bukan muhrim.. isap rokok @ buka aurat memang caca marba la topik perbincangan. Lepas tu mula jadi gaduh. Tu semua punca perbincangan jadi kepincangan sebab komen tak ikut topik.

Betul la apa di katakan.. tapi yang jadi tak betul sebab tak kena tempat korang nak bangkitkan perkara tu. Aku jenis alergik dengan orang yang suka komen terkeluar topik ni. Meluat pun ada kadang2. Orang cakap pasal A ko compare pasal B dengan C.. Kalau dah takde idea nak join berhujah diam tu lebih baik dari menjadi punca sebuah perbincangan jadi huru hara sampai menyebabkan pergaduhan.

Moral of the story... Nak tunjuk pandai.. nak tunjuk baik.. nak tunjuk prihatin.. nak tunjuk apapun tunjuk la dengan akal bukan emosi. Kita tak perlu beriya nak dapat banyak LIKE kalau komen sekadar sensasi tapi tak kena pada topik perbincangan.

P/S : Islam tak ajar kita untuk membenci sesama makhluk even anjing atau babi.. walau kita ada batas tertentu untuk bergaul dengan mereka. Jadi jangan buat orang pandang Islam tu kejam sangat.. sampai tercuit anjing pun jadi isu besar sangat.


BILA ADA MANUSIA LAGI BODOH DARI ANJING

Serius.. aku memang tak boleh terima atau tengok manusia mengejami haiwan tak kira haiwan yang haram di sentuh umat Islam dalam keadaan tertentu macam anjing ataupun babi sekalipun. Mungkin sebab aku membesar dengan berkongsi hidup dengan haiwan even aku takde la bela babi @ anjing dalam rumah.. aku bela kucing yang ramai jer. Boleh tidur satu tilam.. satu selimut bagai.

Hari ni terbaca satu isu kat Beautifulnara pasal petisyen yang di buat lebih dari 100,000 pencinta haiwan yang nak hamba Allah yang memanah anjing buta tanpa sebab musabab tu di ambil tindakkan. Macam biasa la kita boleh jumpa macam2 komen bijak jugak tak kurang komen terbodoh untuk cuba membetulkan apa yang salah. Standard la kalau dia dah tak suka haiwan tu... baik macam mana pun takkan mampu buat dia rasa sayang apatah lagi bersimpati. Biasa la jenis manusia yang rasa Bumi Allah ni macam milik dia yang bernama manusia jer.


Komen terbodoh aku baca hari ni adalah komen dari sorang mamat ni tentang isu tu. Apa ke bodoh kau dah nampak anjing nak serang budak kau boleh tunggu sampai dia serang. Banyak kaedah kau boleh guna.. kalau ko was was sangat even anjing tu cuma tumpang lalu depan pintu pagar umah ko.. ko halau je lah. Confirm dia lari. Tak perlu kot kau jumpa anjing terus nak siksa atau bunuh dia tanpa sebab. Haiwan ni kebanyakkan takkan menyerang kalau dia rasa tak terancam. Lagipun dalam Islam pun tak kata jumpa anjing terus bunuh kot. Malah kita patut mengasihi sesama makhluk even kita tak boleh sentuh dia dalam keadaan tertentu tak bermakna kita boleh aniaya apatah lagi membunuh dia sesuka hati atas alasan dia haiwan yang berisiko bertindak ganas. Bergantung pada keadaan untuk kita bertindak. Samada perlu menyakiti dia atau membunuh dia untuk melindungi diri atau sekadar menakutkan dia supaya dia jauhkan diri dari kita. Tu pun sebagai manusia berakal kau tak boleh fikir ker??


Macam mana kau jual insurance kalau benda2 camni pun kau tak boleh fikir. Kau patut tunjukkan perikemanusiaan kau bukan tunjukkan kebodohan yang tak sepatutnya manusia macam kau miliki.Aku pun rasanya tak jugak berapa berani nak suka2 pi beramah mesra dengan anjing. Yelah.. kita membesar dengan di ajar anjing tu tak boleh sentuh.. jadi nak dekat pun kita rasa was was tapi takde la sampai hilang perikemanusiaan aku. Masih ada simpati bila aku tengok haiwan2 ni di aniaya.. di siksa apatah lagi di bunuh. Even yang lapar pun aku masih rasa keinginan nak bagi depa makan atas rasa simpati. Susah sangat ke nak wujudkan perasaan kasih sesama makhluk?? Renung renungkan.. selamat berfikir guna akal bukan lutut.



GADGET JENAMA SAMSUNG MEROSAKKAN ISLAM?

Ok.. sesapa yang pakai smartphone/android/tab bagai berjenama samsung sila campak beramai ramai dalam sungai ke laut ke atau tanam dalam tanah kalau taknak akidah korang rosak di sebabkan semua tu.

Amboi sang lekit ni berani2 buat statement camtu. Kau nak kena saman dengan samsung?? Itu cuma sindir2 manja buat golongan yang suka mengadakan isu yang sebenarnya tak patut pun di perbesarkan. Isu apa??.. Ni nak cerita. Baca elok2 dengan hati yang terbuka bukan dengan hati yang terluka, hokay.

ni la image anjing yang kononnya merosakkan Islam
Alkisahnya.. baru2 muncul tips untuk mengesan samada telefon jenama samsung yang kita pakai original atau tak dengan menaip satu code ni. Kalau dah taip code tu & ikut arahan tertentu finaly kita akan jumpa 1 gambar anak anjing kaki pendek. Kalau muncul gambar anak anjing tu bermakna original samsung & kalau bukan bermakna tak original la. Maka berpusu2 la orang test kat handphone dorang. Bila dah ramai buat tu maka ada la setaz setazah online mungkin mula dapat idea nak cetuskan kontroversi lalu membuat spekulasi bahawa Samsung salah satu agenda Yahudi merosakkan Islam sebab menyembunyikan Imej anjing dalam telefon mereka selama ni tanpa kita sedari.

Sesungguhnya ia sangat lawak bagi aku. Nak tau kenapa lawak?? Sebab dimana logiknya spekulasi bahawa imej anjing yang tersembunyi dalam handphone samsung original tu mampu merosakkan Islam? Takkan hanya tengok gambar anjing tu jadi terpesong akidah kita? Dalam hidup kita hari2 pun kita memang nak tak nak akan tertengok anjing kat mana2 saja. Tak kat tv majalah surat khabar.. kat jalanan & merata rata apsal tak pernah pun timbul isu tengok anjing boleh rosak iman, rosak akidah atau rosak Islam??

Status ni mula di sebarkan (ayat pun macam budak2)

Ke sebab imej anjing yang tersembunyi dalam handphone kita tu membuatkan kita sentiasa di dalam keadaan bernajis & kena samak? Hello... pegang anjing waktu dia kering pun tak perlu samak.. ini pulak sekadar tengok gambar. Lagipun gambar tu bukan terpampang macam wallpaper.. gambar tu tersembunyi & perlukan code untuk membuka. Ke nak kata haram menyimpan gambar anjing dalam handphone? Argh.. pening tau fikir. Apa yang merosakkan Islam macam yang cuba di sebarkan. Bila den tanya.. bukan sipolan yang menyebar tu nak jawab terus block & remove padahal tanya dengan baik je. So, sapa2 ada penjelasan mohon jelaskan kat den mungkin den salah penilaian ke.

Sebahagian perbincangan kat FB den

Apapun kat Malaysia ni ni den tengok kebanyakkan Melayu Muslim ni terlebih sensitif kot pasal isu anjing sedangkan anjing ni bukan haiwan hina walau dia haram di sentuh dalam keadaan tertentu & kita orang Islam tak boleh membela kalau takde kepentingan tertentu tapi bukan bila apa je berkaitan anjing tu semuanya merosakkan akidah. Anjing pun makhluk ciptaan Allah..  Dalam isu ni  bagi den la.. setakat gambar tersembunyi tu yang kalau kita nak tengok kena bukan dengan code bagai rasanya tak gugat kot keimanan seseorang. Lebih tergugat Iman kalau korang simpan gambar pakwe/makwe korang dalam handphone & dok tengok selalu berbanding tengok gambar anjing tu. Lagipun selera ke korang nak tengok gambar anjing tu sampai menaikkan nafsu syahwat atau sampai nak murtad supaya korang boleh pegang & bela anjing sebagai pets?? Takde sampai macam tu kan?? Jadi dimana relevannya bila ada yang kata Imej anjing yang tersembunyi dalam handphone samsung agenda Yahudi nak merosakkan Islam?? Bukan sokong yahudi.. tapi nak ajak korang berfikir sikit.

Moral of the story terutama adik2 ni kalau nak share tu ambil masa study skit apa benda nak share. Zaman sekarang apa yang kita baca seimbas lalu tu kadang2 dengar je macam betul tapi bila baca dua kali boleh jadi kita nampak yang tak betulnya

P/S : Yang terang & nyata agenda kafir nak rosakkan Islam salah satu arak. Tapi tak ramai yang pandang benda tu serius pun.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

YANG ADA KUCING BANYAK HANTAR JE KAT PUSAT PERLINDUNGAN HAIWAN

Nak tulis apa pun tak tahu.. Sebak.. sayu.. pilu jer. Sejak semalam sampai hari ni sang lekit dok berdebat pasal kucing. Bermula dari sorang perempuan yang upload 1 gambar kucing yang banyak dalam sebuah rumah yang di huni manusia. Gambar tu jelas nak bagitau perkongsian hidup manusia & kucing dalam 1 rumah.

Maka timbul la komen yang mempertikaikan tahap kebersihan, kesejahteraan jiran2.. budget makan bagai. Yelah.. bagi orang yang tak suka makhluk comel tu semuanya jadi busuk.. semuanya jadi buruk. Padahal kalau spesis manusia pengotor.. tak bela apapun dalam umah tetap rumah dia tak bersih jugak. Sampai ada yang bagi komen kata rumah bukan tempat membela haiwan macam kucing. Hantar je kat pusat perlindungan haiwan. Betapa dorang tak explore atau buat research sebelum bercakap kan??

Pusat perlindungan haiwan ni kebanyakkan bukan dari badan kerajaan.. kebanyakkan dari aktivis pencinta haiwan yang berusaha untuk menempatkan haiwan2 terbiar di tempat yang selamat & selesa. Dorang juga berharap ada bantuan dari mana2 badan atau persendirian.. Dorang juga berharap ada yang sudi adopt. Kos bukan kecik.. Kakitangan yang di perlukan ramai. Semua nak campak kat situ korang fikir ,muat ker??

Ada jugak nak cakap pasal undang2 dunia yang salah jika haiwan peliharaan ganggu ketenteraman jiran2. Ye betul.. kebanyakkan pencinta haiwan ni cuba sedaya upaya untuk pastikan haiwan dorang tak ganggu jiran2 tapi kadang2 kemampuan membataskan dorang untuk menyediakan kelengkapan tapi perikemanusiaan yang tinggi mengatasi segalanya. Betul.. ada jugak yang suka biar haiwan dorang ganggu jiran2 & penduduk setempat tapi bukan semua. Yang begitu tegur la.. nak ambil tindakkan pun ambil la tapi jangan pukul rata semua. Bila kau dah tak suka.. asal orang bela kucing.. bela anjing je ko mula panas punggung. Cari sebab nak buat haiwan nyah dari muka bumi.

Kau pandai cakap tak masuk syurga jika tak jaga hati jiran tetangga.. maka kau jagalah jiran kau yer. Ada manusia yang nak jaga semua.. nak jaga hati jiran.. nak jaga amanah Allah nan satu ni..(haiwan terbiar) tapi yelah.. manusia ni kan ada macam2. Kalau yang tak suka tu kau tak payah buat yang terbaik macam mana pun dia tetap cari salah. Apapun.. manusia bukan sorang tapi terlalu banyak di bumi Tuhan ni jadi perangai pun macam - macam ye dak?? Apapun kena ingat bumi Allah bukan hanya milik manusia.. kita semua menumpang termasuk makhluk lain. Jangan jadi raja sangat di bumi Allah.. sampai haiwan lain nak menumpang hidup pun jadi salah. Kau pun menumpang..Jadi kita kena sama2 sedar diri. Haiwan pun ada hak di bumi Allah. Dah Allah jadikan kucing tu hidup berdamping dengan manusia mesti ada sebab.

Bukan marah kalau orang tak suka haiwan ni.. tapi tolong la kalau tak suka better jangan bagi komen yang buat orang lain terasa hati. Mereka buat kerja kebajikan bukan suka2 untuk kaut untung lebih2 lagi yang kutip kucing jalanan & anjing terbiar untuk bagi perlindungan ni. Mereka bukan kutip lepas tu buka pets shop jual kucing2 & dapat untung boleh pergi holiday oversea.. kadang2 orang yang bela banyak kucing ni nak pergi memana pun fikir 100 kali. Yelah.. sapa nak jaga kucing2 tu. kang terlepas pergi umah cik fiza.. langsung tak dapat masuk syurga sebab ganggu jiran tentangga. kan?? Jadi kalau benci sangat pun tolong la jangan pertikaikan apa yang aktivis pencinta haiwan ni buat. Kalau takde orang2 macam mereka yang buat nak harap orang macam cik fiza buat pun.. nampak gayanya makin bersepah la kucing kena suntik ubat mati.

** Kalau nak tahu siapa cik Fiza jom kita baca attachment kat bawah ni

 Mereka anggap bela kucing banyak macam ni dalam rumah.. rumah busuk, kotor & tak masuk akal. Yang masuk akal bela apa yer dalam umah. Bela teddy bear besar2 ker??





p/S : Panjang kata macam tulis kat atas tapi pendek kata.. kalau dah tak suka tu semuanya jadi busuk, buruk,kotor bagai kan?? kau bagi kucing tu mandi 1 hari 5 kali pun tetap dia pandang kotor.. well tepuk dada tanya iman masing2.

KEJAM !JEMUR ANJING KAT AMPAIAN

Dengan alasan bosan si manusia ni tanpa sedar dah melakukan kekejaman terhadap haiwan. Sudah la di jemur anjing kat ampai macam pakaian.. di kepit pula anjing tu dengan penyepit baju. Cuba sepit kat badan dia macam dia sepit anjing tu, sakit tak?? Abis anjing tu tak sakit ker kau buat macam tu.


Seorang pemuda, bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian kemudian merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut dan menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook.pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka.

Tak tahu hati manusia jenis ni macam mana. Kalau takde rasa kasih & kasihan pada haiwan buat apa bela semata mata nak siksa makhluk tu. Kalaupun nak bergurau berpada pada la. Dah nama makhluk hidup & bernyawa ni mesti la ada rasa sakit.

Rujukan : Kosmo

MENJELMA SEBAGAI ANJING BILA SUKA MAKI, CARUT & CAKAP KEJI

Sekarang kita tahu macam jadi satu bahasa rasmi di Malaysia tak kira la sesetengah ahli politik, Orang tua, orang muda, kanak - kanak sekalipun suka sangat menuturkan kata - kata kesat yang berunsurkan caci maki, mencarut & kejian. Nak - nak lagi kalau dekat - dekat pilihanraya semasa ceramah kempen di jalankan. Rasa macam dialog biasa maki hamun tu dalam sesetengah ceramah kempen pilihanraya. Sehingga mereka terlupa seorang pemimpin itu menjadi contoh pada anak buahnya, kan??

Petang - petang hari macam terjumpa pula satu artikel yang berkenaan perkara tersebut rasa ada manafaatnya di kongsikan disini walau pada mula rasa cuak takut hati2 tisu yang terasa Sang Lekit sedang mengumpat perangai dorang tapi bila fikir balik apa nak di takutkan kalau kita menyebarkan sesuatu yang baik & tidak mengaibkan sesiapa, kan??

 Hasil carian google. Sekadar hiasan

Antara dosa lidah ialah,Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan). Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela. Beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu. Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: "Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban); "Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni); "Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim); "Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya); "Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munaflk" (al-Tirmizi).Memetik kata-kata Ibrahim Bin Maisarah: "Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing"
Adapun takrif dan hakikatnya ialah: mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang. Kebanyakkannya berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin). Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji pada perkara-perkara tersebut. Tetapi orang-orang yang soleh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyatakannya dalam bentuk kiasan dengan menyebut perkataan yang hampir dan berkaitan dengannya. Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya, yang mana kebanyakkannya digunakan untuk memaki dan menghina. Perkataan tersebut berbeza-beza daripada segi kejiny. (Rujukan : CARUT, MAKI DAN KATA-KATA KEJI)

Moga perkongsian dari hasil pembacaan sang lekit ini boleh kita sama - sama jadikan panduan & peringatan untuk melangkah kearah kebaikan. Walaupun sang lekit tahu pasti ada Mak enon & Pak Meon (Anonymous) yang akan datang kemudia komen dengan pertikaian sang lekit yang konon macam baik sangat berkongsi artikel yang berunsurkan keagamaan sedangkan diri sendiri pun tak cukup sempurna tapi sang lekit tak kisah. Yang penting dengan membaca, melihat & mendengar sesuatu yang baik sikit demi sedikit memberi keinsafan & kesedaran selain menambah ilmu untuk berubah kearah kebaikan, Insyaallah.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com