Showing posts with label up. Show all posts

BANGGA GILA RAMPAS SUAMI ORANG

Sapa tak bangga ye dak? Dapat rampas laki orang bukan benda senang. Orang yang hebat je mampu buat. Takat muka pinggan retak seribu jangan berangan la nak dapat laki orang. Kena muka gebu2 macam bontot kuali baru beli baru dapat goda laki orang. Wah! Bangganya kalau dapat buat laki orang terkulai layu. Lagi hebat la kalau mampu buat laki orang tu ceraikan bini dia. memang hebat la. 

typo detect. kekekeke

terlebih dahulu aku nak bagitau entri di terilham dari satu post yang sedang viral kat FB.. dimana seorang perempuan yang bangga merampas suami orang & merasakan diri dia berjaya & hebat sehingga mampu membuatkan suami dia menceraikan isteri terdahulu. Katanya bekas isteri suami dia tu tak mampu mengalahkan kecantikkan yang dia ada. Berasap jugak la bila baca.

Watdehek! Kau rasa bangga rampas laki orang? Kau rasa bangga buat laki tu ceraikan bini dia yang kau rasa tak setanding & secantik kau! Kau tak tau kau jugak berisiko kena cerai kalau jantan tu tetiba nampak perempuan lebih vouge & mengancam dari kau yang sanggup layan dia even tau dia laki orang pun. Laki ni kadang2 dia bukan selected sangat.. asal kau layan je menjadi la dia. Point tetap kau yang melayan even dah tau laki orang.. Kalau kau menolak insya Allah tak jadi perkara camtu.

Jangan bangga sangat bila apa yang kau rebut tu kau dapat.. Sebab dalam kehidupan kita yang bernama manusia ni hati dia boleh berubah. Tup tup dia berubah hati, nak balik ke janda lama dia.. tak mustahil kau pulak menjanda. Time tu baru ko rasa betapa bangangnya kau walau dulu kau rasa bangga sangat rampas suami orang.

Memang jodoh pertemuan di tangan kuasa Tuhan (kena tukar la kecoh sangat Anon aku guna Istilah di tangan Tuhan. Nanti ada orang terpesong pulak akidah ).. Tapi kena ingat yang baik tu datangnya dari Allah, yang buruk tu datangnya dari perangai busuk kita sendiri. Tak payah rasa terlalu hebat, terlalu cantik atau terlalu bangga dapat meruntuhkan rumahtangga orang. Doa2 orang teraniaya ni tiada hijab. Rasulullah S.A.W bersabda; ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkat di atas awan dan Allah berfirman: “Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).”

Cerai adalah perkara paling di benci Allah. Jadi bila kau rampas laki orang,paksa laki tu ceraikan bini terdahulu fikirkanlah... kau dah suruh orang lain buat perkara yang di benci Allah. Kau rasa Allah sayang perbuatan macam tu?

P/S : Suami orang even pinjaman dari Allah untuk seorang isteri tapi kena ingat dia terlebih dahulu Allah beri hak untuk memiliki.. Umpama kau pinjam duit kat bank kemudian orang curi duit tu takkan kau nak anggap takpe duit tu cuma pinjaman orang lain ambil pun takpe.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com