Showing posts with label salesgirl biadap. Show all posts

SALESGIRL TESCO SELAYANG YANG BIADAP TAPI PEMURAH

Ni cerita pasal shopping2 kat tesco lagi tapi kali ni kat tesco selayang pulak. Biasa la kita memang suka shopping barang dapur & keperluan lain kat tesco. Rasanya harga tesco murah kot selain maiden. Untuk kisah ni terjadi semalam yang bertarikh 3 March 2012 di bahagian pakaian kanak2 di tingkat 2 tesco selayang.

Alkisahnya sang lekit nak cari makanan tambahan untuk shahila memandangkan semenjak di perkenalkan dengan makanan pepejal hari2 shahila asyik makan bubur nasi dengan kentang, carot, ayam @ udang dia pun menunjukkan sistom2 jemu maka untuk meningkatkan minat terhadap makanan pepejal sang lekit pun bercadang nak bagi dia nestum & puree pula. Masa nak ke tingkat atas (tingkat 2) tu asben & shahila taknak ikut. Dorang nak shopping frozen food kat tingkat bawah. Bagi menjimatkan masa maka sang lekit sorang2 la ke tingkat atas cari makanan shahila. Malas nak bawak troli sebab sang lekit seriau sikit nak turun guna escalator bawak troli. Rasa besar & berat sangat troli tu. kekekekeke

Lepas dah dapat nestum & puree untuk shahila sang lekit terpandang pulak baju2 comel untuk shahila. Normal bagi yang dah melangkah ke zon mak2 ni nampak je baju bajan baby mesti teruja. Tak beli pun cukup la sekadar belek2. Tapi sempat merembat 2 pasang baju untuk shahila juga. Dah siap merembat baju tu tetiba botol puree tu jatuh ke lantai & pecah. Yelah botol kaca kan.. kalau terhempap senang pecah. Tercangak2 la sang lekit cari petugas tesco nak tanya nak bayar macam mana barang yang sang lekit pecahkan. Celah2 baju bajan tu ada sorang akak tu jenguk. Tengok dia dengan uniform tesco maka sang lekit pun bertanya..

"Akak nak buat macam mana yer.. saya jatuhkan benda ni." Dia jawab dengan biadap yang penuh berprestij lagi.. "Nak buat macam mana, biar la!" Dengan nada & intonasi kurang ajar tu buat sang lekit mula la berangin maka sang lekit balas balik.. "Yelah saya tanya ni sebab kot2 kena ganti ke. Nak bayar macam mana?" Dia sekali lagi berbiadapan penuh gaya mutu & keunggulan.. "Mana la saya tau!" Apa lagi sang lekit meneruskan drama dengan menjawab balik.. "Sebab akak pakai uniform tesco & dah tentu akak kerja sini sebab tu saya tanya akak. Takkan saya nak tanya orang yang datang shopping kat sini pulak. Saya dah tanya akak elok2, apa2 hal akak tanggung yer!" Terus sang lekit blah biarkan barang pecah tu kat situ. dia pun terdiam jer tak berani dah kot nak menjawab.

Niat di hati memang la nak bayar balik bila kita dah pecahkan barang sebelum bayar tapi bila kita tanya salesgirl kat situ dia pula berlagak macam dia tu datang jenjalan window shopping sambil memakai uniform tesco & membuat kerja amal melipat baju bajan kat rak maka daku pun malas dah nak bertanggungjawab. Dia pun bagi jawapan.. Biarlah, maka keputusan sang lekit biarlah. Mungkin tesco dah train sales2 dorang macam tu kot. Customer yang rosakkan barang tak payah bayar. Baik betul hati tesco yer.. Dan mungkin akak tu pemurah nak tolong bayarkan tak tau la.

Jadi kesimpulannya kalau korang pergi tesco selayang terpecahkan barang maka jangan risau biarkan je sebab takde sapa nak kisah.

P/S : Kalau ada pihak atasan yang melihat kejadian ni melalui rakaman cctv jangan nak salahkan customer yer.. Sekolahkan sikit staff korang. Nak kerek tak tentu pasal macam tesco tu dia yang punya. Kalau dia yang punya pun takkan dia buka tesco untuk family dia jer datang shopping, mesti perlukan pelanggan jugak.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com