PANAS! FILEM SERAM MELAYU GUNA MENTERA SERU SYAITAN YANG SEBENAR
PANAS! FILEM SERAM MELAYU GUNA MENTERA SERU SYAITAN YANG SEBENAR. Semalam kawan aku ada tag satu screenshot yang orang tengah viralkan pasal satu filem seram baru yang katanya mendapatkan kutipan yang ada box office jugak la. Cuma aku je belum tengok lagi filem tu. Almaklum la aku tunggu keluar dalam bentuk DVD jer jadi memang lambat sikit la dari orang yang tengok kat pawagam atau astro first. Takde apa nak kejar sangat la benda benda macam ni.Aku tak heran pun kalau aku jadi orang terakhir yang tengok sebab aku tak pernah terniat pun nak jadi orang pertama yang tengok. Sekadar hobi jer.. Tak payah teruk2 sangat nak kejar kan?Salah satu babak dalam filem tersebut |
Katanya dalam filem ada satu babak di mana ada dialog menyeru syaitan. Dialog tu katanya mentera sebenar yang di gunakan untuk menyeru syaitan. Memang bukan sekadar dalam filem la maksudnya. Kalau kat luar mungkin di gunakan oleh pengamal ilmu2 hitam la kot. Dia nasihatkan la jangan tonton filem tu di rumah, lebih2 lagi yang ada anak kecil. Risau kalau kalau benda tu menyebabkan gangguan ke hapa dalam rumah kan. Almaklum.. mungkin mana2 jin & syaitan terdengar mentera tu masa korang menonton filem tu.. tetiba dia pun meronggeng la datang kerumah korang. Yelah.. dah orang panggil katanya. Tak elok buat dono.. Jin pun mengamalkan budi bahasa budaya kita jugak tau. hahahahaha
"Sedikit nasihat dari saya, jangan tonton cerita ******* di rumah kerana ayat seru syaitan yang dibacakan oleh Pak Osman itu adalah ayat yang sebenar. Sedikit pun tiada cacat celanya. Apa lagi jika di rumah ada anak kecil, syaitan dan jin akan datang memenuhi kediaman anda,"
Inilah bait bait status yang menjadi viral
Ada yang kata lepas tengok filem tu anak kena gangguan bagai. Tak tau la selama pengalaman aku dok tengok beratus dvd filem seram kat rumah memang Alhamdulillah tak ada apa apa yang berlaku. Memang anak aku pernah kena gangguan tapi bukan gangguan sebab mentera2 yang di baca dalam filem2 seram. Semua gangguan yang pernah anak aku kena dari luar rumah je. Walaupun aku suka tengok filem seram Thailand. Filem seram thailand dia punya real bukan level2 filem Malaysia la. Filem seram terbaik kebanyakkan dari Thailand. Bukan takat mentera.. dia punya ritual tu memang real lah.
Apapun kontroversi ni wujud lepas tiket wayang dah jual pun. Nak tuduh sekadar kontroversi nak melariskan filem tu pun tak boleh. Tapi orang yang mencetuskan viral ni mungkin ada bukti yang kukuh untuk kaitkan benda tu dengan mentera menyeru syaitan. Kalau setakat dengar dari mulut ke mulut pun tak boleh jugak. Kena tanya orang yang arif dalam perkara tu. Kang tak pepasal jadi fitnah jenuh menanggung pulak. Aku tak tuduh dia buat fitnah.. jangan salah faham pulak. pun macam tu aku sendiri tak pasti sejauh mana kebenaran apa yang di sampaikan tu.
Setakat filem seram melayu ni bagi aku tak ada apa sangat la. Tak jumpa lagi filem seram melayu sekarang yang betul betul seram. Kalau rasa nak tengok aksi seram & ngeri meh tengok ni >> Dia pernah 4 kali di tangkap & sekarang dia berjaya menawan Genting << Ada berani? Yang ni baru real.. Mau tutup mata kita tengok
Moral of the story.. Tengok apapun anggap je sebagai hiburan. Jangan terlalu fikir benda bukan bukan. Kadang2 yang menganggu kita adalah perasaan kita sendiri bukan jin atau apa2 spesis hantu. Perasaan takut kebanyakkan menghantui hidup kita. Jin & syaitan cuma tumpang memeriahkan majlis je bila kita dah ada dalam situasi yang sangat takut.