Showing posts with label tem. Show all posts

7 IDEA KEDIAMAN BERTEMAKAN WARNA BIRU

7 IDEA KEDIAMAN BERTEMAKAN WARNA BIRU. Warna biru sering dikaitkan dengan air yang sifatnya menyegarkan dan menyejukkan. Justeru, ia memberi ketenangan kepada emosi dan seterusnya menerbitkan rasa gembira dalam diri. Berikut 7 idea sekiranya anda mahu biru menjadi warna tema kediaman anda.


Bersih, suci, dan murni menjadikan warna putih seringkali digunakan untuk dapur, bilik mandi, dan bilik tidur. Gunakan biru langit untuk menonjolkan ruang khas dengan gabungan cermin yang akan menjadikan ruang tampak luas.

Ruang ini sofistikated tapi tidak kelihatan terlalu serius hasil corak pada kerusi. Bulatan kecil berulang, gabungan biru dan warna hangat yang lain digunakan secara minima, terbaik bagi menyerlahkan personaliti di ruang dapur.


Warna-warna di dalam ruang ini digunakan pada kadar seimbang. Sejak awal lagi permaidani biru dengan corak putih menangkap mata yang melihat. Seterusnya menjemput pandangan kepada bahagian lain di dalam bilik. Variasi nada biru bermula dari permaidani, bantal hiasan dan aksesori lainnya. Ia kemudian bergabung dengan warna neutral pada lantai dan dinding serta teman rapat biru iaitu hijau. Kuning pada selimut serta sedikit merah pada hiasan sememangnya gandingan mantap yang datang dari kumpulan bertentangan.


Warna biru yang berani di ruang tamu ini menggoda tetamu untuk beristirehat. Segar dan bersih, gunakan warna biru untuk menyerlahkan cetakan seni yang bervariasi. Tapi, biru di ruang tamu ini tidak terhenti di ruangnya sahaja. Sebaliknya ia bersambung menerusi lampu dan perhiasan mini dari ruang putih yang bertentangan. Lantai berwarna neutral berhasil melegakan biru terang, sekaligus menyerlahkan warna dinding dan aksesori. Hiasan berwarna hijau dan merah jambu yang sama terang dengan birunya pula menjadikan ruang tampak bertenaga. 


Antara kebimbangan menggunakan biru dalam jumlah yang banyak adalah kemungkinan ia akan menenggelamkan ruang dan menjadikannya terlampau suram. Ya, memang benar ia nampak terlalu kuat bersendirian. Tetapi, jika ia bekerja dengan nada biru yang berbeza bersama gabungan warna yang serasi, ruang boleh berubah wajah. Misalnya, putih bersih di siling dan beberapa kelengkapan di bilik air ini berjaya menghasilkan ruang yang segar. Biru daripada gabungan nada berbeza tetap nampak kuat tetapi sedikit suram, sejuk dan bersih. Ini menjadikan biru amat sesuai digunakan dalam bilik mandi.


Ruang kanak-kanak ini menggunakan biru sebagai warna dominan tetapi dijinakkan oleh warna kayu pada kelengkapan dan lantainya. Nada biru dari gelap kepada terang dalam pelbagai bentuk menyeronokkan, sesuai dengan sifat kanak-kanak yang suka bermain dan meneroka. Gabungan dengan putih pula menjadikan ruang tampak segar dengan semangat orang muda. Tiga layang-layang dengan nada biru berbeza berjaya melenyapkan kebosanan sekaligus menghidupkan ruang yang sudah pun segar.


Berikan suasana di pantai menerusi gabungan warna biru, putih dan coklat. Coklat pada kayu menghasilkan ciri-ciri klasik tapi disofistikasikan oleh rekabentuk ruang dan lampu hiasan.


Biru amat sesuai bergandingan dengan warna putih kerana ciri keanggunannya. Dalam ruang yang didominasi putih, biru kelasi berjaya menyerlahkan rekabentuk menarik kabinet yang mahu ditonjolkan dalam ruang sofistikated ini. Biru juga tidak asing dengan rakan bertentangan warna seperti kuning pada aksesori di kabinet. Set meja makan berwarna hitam pula berhubung dalam ruang putih ini dengan hasil yang menyamai keanggunan biru dan putih.

Jika anda mahu lebih banyak idea daripada firma-firma tempatan, jom lawati Recommend.my. Ada beribu gambar menarik untuk inspirasi anda di sana. Anda juga boleh mendapatkan nasihat dan sebut harga daripada ramai pereka untuk renovate rumah anda. Recommend.my akan melindungi projek anda menerusi insurans kerosakan serta perlindungan wang kembali.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com