ALASAN DARI SUDUT AGAMA MUNGKIN BUAT NAMA ANAK SCHA & AWAL JADI KONTROVERSI
Kecoh bila Awal Ashaari & Scha Al Yahya umumkan nak Letak nama anak depa Lara. Ramai peminat depa tak setuju dengan alasan yang logik la jugak kan. Tapi ada jugak la yang sokong katanya Nama tak membentuk atau mempengaruhi keperibadian, perwatakkan atau perangai dia bila besar nanti. Erkk... Betul ke nama tak mainkan peranan penting dalam kehidupan hanya sekadar untuk jadi panggilan & identiti je? Siapa kata.. meh kita study sikit..Kenapa Islam menuntut kita meletakkan nama anak yang membawa maksud yang baik? Islam tak menyuruh umatnya berbuat sesuatu yang sia sia, ok! Jadi sama kita belajar kenapa dalam Islam di tuntut meletakkan nama yang baik kepada anak..
Info penuh & Sumber rujukan sila clik Shafiqolbu
Kesimpulan.. lara nama kepada anak pasangan selebriti scha al yahya & awal ashaari tu kita biasa dengar perkataan tu mengambarkan derita kan, jadi mungkin peminat depa rasa namakan anak dengan nama Lara seolah2 mendoakan kehidupan anak tu nanti derita la kot walau kat barat nama Lara tu dah biasa orang guna. Aku pun tak sure maksud nama lara ni cuma mungkin peminat depa rasa nama Lara tu membawa maksud tak baik even lara tu perkataan bahasa melayu & aku sendiri tak sure samada perkataan tu ada dalam bahasa arab atau tak.
Jadi jangan yang anggap nama tu tak mainkan peranan dalam kehidupan seorang manusia. Yer betul.. didikan yang baik tu memainkan peranan penting untuk membentuk seorang manusia menjadi baik tapi nama yang baik juga umpama satu doa yang baik setiap kali orang menyebutnya. Sebab tu penting pilih nama yang baik & ringkas senang orang sebut nama penuh, kan? kekekeke
P/S : tapi kita dah biasa suka pendekkan nama even dah ringkas. Bunyi manja sikit katanya.