Showing posts with label norman hakim. Show all posts

ARTIS AMBIL GAMBAR BOGEL BILA DAPAT ANAK

Lama tak mengopek isu pasal retis.. Manjang cerita hantu je. Almaklum la sejak dua menjak ni jadi geng paranormal dok memburu hantu kat google katanya. Tetiba datang pulak idea nak mengupas kupis & mengopek pasal fenomena retis sekarang yang bila dapat anak.

 sekadar hiasan. Sumber google

Zaman sekarang semuanya di abdi dengan gambar maka photographer sekarang memang boleh kumpul harta la. Apa saja moment mesti orang sekarang nak buat photoshoot. Termasuk la bila dapat anak. Biasa la orang ambil gambar anak baru lahir nak tengok proses membesar dia nanti. Untuk di jadikan simpanan bila depa dah dewasa. Tak salah.. sikit pun tak salah. Malah aku pun suka ambil gambar anak aku dari kecik sampai la sekarang.

Tapi yang aku pelik.. macam trend pulak. Asal anak baru lahir mesti photoshoot yang si anak telanjang bulat.. si bapak pula separa bogel. Macam wajib pulak tayang badan anak beranak kan? Kalau ambil gambar pakai baju elok2.. Gambar tu jadi tak cantik ke camna? atau takde sponsor baju? Serius aku geli sikit tengok gambar2 macam tu. hahahaha

Over sangat aku rasa

Bila retis dok buat & menayang.. benda ni akan jadi ikutan orang lain. Tak kisah la badan kau sado ke, sedih ke.. pakai la baju. Anak tu tak payah la bertelanjang bulat camtu. Kesian pulak aku tengok. Selimutkan la sikit. Tak payah la nak cipta keunikkan gambar tu sampai perlu berbogel camtu. Bukan cantik sangat pun.

Moral of the story... jangan berbogel & snap pic upload untuk tontonan umum even separa bogel sekalipun sebab ada yang geli nak tengok walau kau sado. Ni baru betul.. Sado = besar+bodoh. erkk.. bukan aku kata tau, aku pernah baca kat blog sapa ntah lupa, asal perkataan sado tu adalah dari bahasa budak2 zaman sekarang.. besar la bodoh atau budak sekarang suka cakap sar doh. tu yang jadi perkataan sado untuk golongan berbadan sasa katanya. hahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com