MUDA TAK SEMESTINYA BUJANG
**Ini entri draff. Terilham masa blogspot tengah koma jadi bila idea datang maka sang lekit manafaatkan di M.word dulu sebelum ilham ni hilang dari ingatan**Zaman sekarang ni ramai lelaki/perempuan yang mengakhiri zaman bujangnya di usia muda. Walau muka masih lagi Nampak kebudakkan tapi tak mustahil dorang ni dah jadi mak bapak budak.
Hasil carian google. Sekadar hiasan
Kadang – kadang kita tengok awek/pakwe yang cun/hensem ni, Nampak muda remaja lagi nak – nak lagi tengok status single lepas tu add kita ajak berbual, berbalas mesej bertukar nombor telefon terus la kita percaya bulat – bulat yang diorang ni memang single & available. Semestinya dia takkan bagitau status sebenar dia. Di tambah pula si gadis/jejaka ni umpama tanam tebu tepi bibir.. Ayat dia tak payah cakap la. Boleh kena diabetes.. Cukup manis. Di campur, darab, bahagi tambah & tolak muka dia yang memang menawan tu maka dengan mudahnya kita melentok liuk.
Berhati hati wahai semua yang menjalinkan hubungan melalui alam maya ni. Jangan terus bulat – bulat percaya sampai langsung tak siasat latar belakang sipolan tu. Tangkap leleh, tangkap cintan membabi buta & akhirnya kecewa kerana tak sangka. Tengok rupa mudah remaja, tengok umur belum la tahap Bangka tapi tak semua yang muda remaja itu masih bujang statusnya.
Sebelum nak menjalinkan hubungan serius dengan seseorang tu elok la di kaji, di nilai, disiasat & di periksa betul – betul. Setakat tertipu dengan ayat – ayat manis ok lagi kalau tergadai segala apa yang ada tu macam mana?? Lepas tu baru tahu rupanya sipolan tu dah berkahwin anak dah sedosen. Ha.. kau! Moral dari isu ni jangan menilai status seseorang dari usia & rupa sebabnya zaman sekarang dah takde apa yang mustahil boleh berlaku.
Entri ni sekadar buat renungan. Pesan berpesan sesama sendiri. Tidak merujuk kepada mana – mana pihak, individu,blog mahupun blogger.
P/s : Pesanan ni bukan untuk mereka2 yang berkenalan secara online jer.. Yang di luar alam maya pun kena berhati hati sebab orang yang dah berpunya/kawen ni bukan gantung surat nikah kat leher or ada cop kat dahi.