BOLEH PERCAYA KE CAKAP FAZURA PASAL PRODUK NUTOX NI?
BOLEH PERCAYA KE CAKAP FAZURA PASAL PRODUK NUTOX NI?. Dulu aku pernah jugak try 1 set produk nutox. Masa tu tengah sale.. Aku beli kat guardian. 1 set dalam RM70 macam tu la. teruja la dengar brand Nutox ni. Dulu kan aku suka pakai produk skincare yang tempatan je. Natasya la.. Tia Ammelia.. bla.. bla.. bagai. Memang produk2 tu takde jual la kat guardian atau farmasi. Kena beli kat salon2 kecantikkan atau booth2 yang jual produk. Sebab malas nak pakai produk yang takde jual kat pasaraya atau farmasi ni.. Nak try la produk2 yang ada kat Guardian & watson. Maka terbeli la 1 set nutox ni.Alih2 memang pakai sikit je rasa macam tak best & tak menepati keperluan kulit aku yang bermasalah masa tu. Kira tak best la sapu cream ke hapa jadah produk dia ni. Memang tak habis guna pun aku biarkan dia kesepian sehingga sampai saat di kebumikan dalam tong sampah. Sebab rasa dah lama sangat simpan.. Selepas tu memang walau best macam mana pun iklan produk ni.. hati ini telah tertutup buat produk nutox.
Tup tup hari ni ternampak lagi Pasal serum Nutox untuk yang katanya boleh kekal muda. Almaklum la dah masuk zon2 makcik ni kan.. Dia memang obses sikit la dengan produk2 untuk meremajakan kulit. Kekonon nak bila keluar je.. Orang dok sangka budak tingkatan 1. hahahaha.. Katanya pakai serum ni boleh nampak kesan dalam masa 2 minggu. Agak cepat jugak la tu.. Dua minggu dari makcik bertukar jadi adik adik katanya. Sampai pelakon & penyanyi fazura pun cakap macam tu. Dia kata kalau tak caya try guna dulu serum nutox tu. Erkk.. Bukan fitnah. Ni buktinya dia kata macam tu >> Fazura Suruh Cuba Serum Nutox Kalau tak Percaya <<
Apapun kita tak boleh judge betul ke bohong sebelum mencuba ye dak? Yelah.. yelah.. nanti aku try la usya serum ni kat guardian. Kalau dia berjaya membuat hatiku terpaut maka aku rembat la sebotol buat try test tengok katanya. Hahahaha...
Moral of the story.. Korang percaya ke cakap fazura? hahahaha...