Showing posts with label ujian. Show all posts

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. UJIAN BUAT KU LAGI

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. UJIAN BUAT KU LAGI. Ahad lepas.. lepas balik dari hadir majlis perkahwinan anak kepada kenalan suami saya.. Tersentap sekejab lepas on wifi pada hp. Saya memang spesis jarang nak online bila di luar. Saya jarang nak ambil mobile internet semata mata untuk nak online di luar kecuali kalau streamyx kat rumah saya ni buat hal jer.. Jadi kalau kat luar mesej2 penting jangan la di hantar melalui social media macam fb atau whatsapp. Alamatnya.. sampai saya balik rumah la baru saya baca.


Bila dah sampai rumah.. duduk la sekejab nak sejukkan badan sebelum nak mandi kan. Kita terbiasa dengan amalan macam tu ye dak.. Jangan mandi masa badan tengah panas & berpeluh peluh.. Sempat la tengok whatsapp dari lawyer saya.. Memang saat tu jatuh air mata lekatlekit Uolls.. Allah.. Kau ingin menguji lagi. Betapa hebatnya kasih sayang mu Allah.. Kau masih aku ingin aku lebih dekat dengan MU..Tapi aku cuma seorang hamba yang tiada daya upaya Ya Allah.. hanya sedikit kekuatan yang kau bekalkan untuk terus hadapi Ujian hebat dalam hidup aku ni.

Bila lawyer cakap permohonan untuk memohonan di bicarakan di mahkamah yang berdekatan dengan tempat tinggal saya tidak di luluskan.. Tiada kata cuma air mata. Terbayang cuma adalah kos yang akan jadi semakin tinggi.. Kat mana la nak cari duit lagi? Kot2 la ada gua simpan harta ahmad albab boleh pinjam sikit ker.. Allahu.. masa tu otak jadi blank.. Yang tak payah la sapa sapa nak Fill The Blank. Saya ambil masa sedikit untuk cari ketenangan.. solat, isgtifar, zikir..

Selepas minta pendapat yang lain. Dan setakat ni keputusannya.. Walau apapun saya tetap kena terus berjuang. Apapun yang berlaku di akhir nanti mungkin Allah dah tulis perjalanannya tapi bukan bermakna kita perlu berhenti berusaha. Allah menguji setiap orang dalam kadar kemampuan dia.. Saya percaya dalam ramai2 yang menulis isu tu tak kira dalam bentuk formal atau outspoken.. kenapa saya yang terpilih untuk di Uji dengan penulisan isu tu? Ini kerana Allah memilih saya untuk di beri hidayah yang maha besar.. Saya cuma perlu terus sabar & kuat.

Manusia hanya pengantaraan.. Yang menolong kita sebenarnya Allah. Dan kerana keyakinan saya Allah akan bantu saya.. Saya meneruskan Misi Mencari Dana bagi menampung Kos guaman untuk saman sivil yang di kenakan kepada saya. Tuntutan saman adalah sebanyak RM3juta.. Dan untuk mengelakkan dari di mufliskan & berhutang dengan jumlah tersebut saya perlu membela diri dengan di wakili peguam.


SAYA MOHON BANTUAN & SOKONGAN SEMUA UNTUK TERUS MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN SAYA UNTUK MEMBAYAR KOS GUAMAN YANG TINGGI. SAYA PERNAH BERKONGSI QUOTATION UNTUK KOS GUAMAN PADA POSTING INI DI FACEBOOK : https://goo.gl/W4j5cL



Sekiranya anda sudi memberi sumbangan boleh la di salurkan melalui 

account maybank 

Dan sekiranya anda ingin membantu dengan mengambil servis review & iklan di blog saya boleh hubungi saya melalui

email : lekatlekitgurl@yahoo.com

MASIH MENGHARAP BANTUAN, SOKONGAN & KEAJAIBAN. MOHON DOAKAN SAYA. JIKA ANDA ADA MENGENALI ANAK YATIM ATAU ANAK ANAK TAHFIZ MOHON JUGA MEREKA TOLONG DOAKAN SEMOGA DI PERMUDAHKAN URUSAN KES MAHKAMAH SAYA & ALLAH MEMBERI SAYA KEMENANGAN

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP. Dah sampai ke penghujung ramadhan.. Rasa macam cepat sangat masa tu berlalu. Sepantas watson nyambek berlari kekdahnya. Punya laju la sampai tak sempat nak shopping raya lagi ni.. Tahun ni memang tak persiapan raya apa - apa. Bagi yang tahu kenapa.. Maka tahu tahu. Dari mak, bapak hinggalah ke anak sampai hari ni takde langsung apa2 yang berkaitan raya kami siapkan. Hari berlalu macam tu jer


Puasa pun tak terasa dah nikmat puasa. Rasa macam baru bangun sahur tup tup dah nak berbuka. Dalam keadaan sekarang segala rasa lapar dahaga tu memang tak berapa terasa sangat la. Tak tau la nak kategorikan benda ni nikmat atau ujian jugak. Mesti ada yang kata.. Ok la tu.. Puasa tak di uji dengan rasa lapar & dahaga tapi tu la.. Nikmat berpuasa tu macam tak ada. Macam hilang deria rasa jer.

Sejak dari hari pertama puasa.. Rasa tak berapa berehat lagi aku ni. Bukan saja fizikal malah mental pun. Dan hari ni aku rasa.. aku perlu ambil masa berehat dari terus push diri aku fikir perkara di luar kemampuan aku. Demi Allah.. aku dah usaha.. Sampai sekarang pun sebenarnya aku masih berusaha. Usaha aku ni kira masih tak ada titik noktah la. Panjang lagi aku rasa perjalanan usaha aku ni.. Jadi berusahalah selagi terdaya. Allah tak janjikan kemenangan andai kita berusaha sekalipun tapi yakinlah Allah tak kejam. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..  Doa, usaha selebihnya tawakal..

Serius apa yang berlaku ni memang bagi kesan dalam hidup aku... Mula2 aku pun macam orang lain. Kemurungan, hypertension.. Sebab tak tahu nak buat apa dengan kemampuan kewangan yang terhad. Bak kata sipolan tetttttttt.. tu duit tak berkepok kepok katanya. dalam 2 - 3 hari macam tu. Tapi dalam fasa kemurungan tu.. aku still berusaha cuma aku banyak menangis & meminggirkan diri. Support suami tu sangat membantu. Di samping diri sendiri juga kena bantu untuk terus kuat. Yang buat aku terus react macam biasa.. Boleh bangkit & buat rutin harian macam biasa adalah.. bila aku fikir. Tak adil aku untuk menyusahkan suami.. anak.. sedangkan mereka tak salah. Kalau aku terus murung, benda tu effect semua orang di sekeliling aku. So, aku kena kuat & aku kena hadap. Kena usaha... berjaya atau gagal tu bukan persoalan. Yang penting usaha.

Dan selepas tu aku terus usaha & berusaha sampai sekarang sambil menikmati hidup macam biasa. Yang aku rasa sangat sangat membantu, selain solat, doa, & baca al Quran.. adalah Isgtifar. Betapa ajaibnya Isgtifar ni.. Aku boleh rasa tenang.. Isgtifar la sebanyak mungkin bila hangpa dalam kesulitan. Allah akan bantu bagi ketenangan, bagi jalan & bagi kekuatan. Aku sendiri pun sebelum ni tak pernah rasa keajaiban Isgtifar sebab maybe kurang berisgtifar kot sebelum ni. Tapi kali ni Subahanallah.. Betul - betul macam ultraman dapat power di saat lampu merah kat dada berkelip kelip. macam tu la yang mampu aku gambarkan apa yang berlaku kat aku lepas amalkan isgtifar sebanyak yang mungkin. Lebih dari 100kali la. Takde la kuat tu tetiba muscle tumbuh berketoi ketoi.. Tetiba tukar jadi kaler hijau macam hulk. Kuat tu kuat secara spiritual.. dari dalam. Jadi tak mudah menangis.. tak mudah putus asa & tak takut untuk hadap kemungkinan yang bakal berlaku. Ada saja Allah bagi jalan untuk aku teruskan misi mencari bantuan. Macam satu aura yang sangat sangat positif menyerap dalam diri aku. Sampai aku rasa dah tiba masanya aku buat preparation raya walaupun sebelum ni aku rasa tahun ni aku tak ada mood nak raya. Yakin dengan Allah.. letakkan pergantungan pada Allah.. Mohon & doa bersungguh sungguh.. Insya Allah, Allah tidak pernah kejam dengan hambaNya.

* Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
* Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
* Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31). Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

Esok adalah hari penentuan.. Insya Allah apapun berlaku aku bersedia. Mohon Allah terus bagi kekuatan. Mohon doa dari semua.. Mohon sokongan dari semua.. Apapun berlaku bukan penentu siapa betul siapa salah. Tapi.. Perjalanan dalam dunia ni memang kita akan menemui banyak ketidak adilan.. Kenapa Allah izinkan benda tu berlaku? Sebab tu la ujian buat kita yang bernama manusia. Musibah adalah ujian.. Kenikmatan juga Ujian. Menang pun Ujian.. kalah pun Ujian. Kita manusia takkan terlepas dari di uji. Bersyukur kalau kita di uji dengan musibah sebab cara tu selalunya lebih buat manusia mencari & mendekati Allah.. Berbanding dengan ujian nikmat & kekayaan. Manusia mula lupa diri, sombong & bongkak. Rasa duit boleh beli syurga tanpa amalan.

Apapun yang berlaku.. Mohon doa dari semua baju raya aku tahun ni bukan kaler oren. hehehehe.. Doakan semuanya di permudahkan. Doakan semuanya berakhir dengan baik. Doakan rezeki untuk aku.. Manatau dengan doa2 semua aku jadi orang kaya & boleh membantu orang lain yang dalam kesusahan macam situasi aku sekarang. Kekangan kewangan mungkin buat aku di hukum tanpa pembelaan. Takpe la.. aku anggap benda tu sebagai kifarah dosa dosa yang aku pernah buat. Manatau semua ni nanti membantu meringkan timbangan dosa aku di akhirat nanti. Dok pikiaq dunia jer.. macam la nak menongkat langit selamanya. Sampai masa ke bawah tanah jugak, kan?

Moral of the story.. Apa yang berlaku bagi aku satu teguran dari Allah tanda kasih sayangnya pada aku. Dia nak mengingatkan aku yang selama ni lalai.. selama ni lupa.. selama ni hanyut dalam nikmat yang aku dapat. Sesekali dia jentik.. Baru reti nak doa dalam sujud bersama linangan airmata. Nasib baik musim panas... sempat kering sejadah sebelum masuk waktu solat seterusnya. hehehe.. Aku perlukan doa.. Please! Doakan untuk aku.

PENGAWAS PEPERIKSAAN TERTIDUR SEMASA KERTAS MATEMATIK PMR

PENGAWAS PEPERIKSAAN TERTIDUR SEMASA KERTAS MATEMATIK PMR. Hari ni katanya adik adik yang belajar dalam tingkatan 3 sedang berjuang di dewan peperiksaan untuk PT3. Macam biasa ada yang berdebar debar, ada yang mak bapak terlebih debaran, ada yang rilex, ada yang tenang jer sebab dah bersedia dari segi mental & fizikal.. Selebihnya dia serahkan kepada Allah bila dia yang berusaha mengikut kemampuan dia.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kalau dulu sebelum PT3... Tahun2 aku sekolah ia di panggil PMR. Penilaian Menengah Rendah. Tapi sama jer.. PMR pun berlaku semasa di tingkatan 3. Time umur2 macam tu memang tengah galak dok explore dunia. Zaman memberontak nak kebebasan.. Time2 umur macam tu la. Zaman mula lupa daratan pun yer jugak. hahahaha..

Time aku ambil PMR tu.. Ada satu kejadian yang sampai  sekarang aku tak boleh lupa & mesti tergelak bila teringat. Alkisahnya.. Masa PMR berlangsung. Yang mana tak muat nak sumbat dalam dewan peperiksaan terpaksa di campak ke kelas la. Kira aku yang tercampak dalam kelas. Rasa tenang sikit.. Tak duduk dalam 1 dewan besar yang ramai pelajar. tak tau la mungkin rasa tak selesa kot aku berada dalam tempat & suasana macam tu.

Nak di jadikan kisah yang paling mencuit hati masa kertas matematik tu.. Pengawas peperiksaan yang bertugas tu tertidur atas kerusi di depan kelas. Mula2 ok la.. Dia mundar mandir pantau calon2 yang sedang jawab exam tu. Bila dia kembali duduk kat tempat tu tetiba dia terlena. Apa lagi aku tengok memasing leher jadi panjang macam zirafah. Mula ambil kesempatan nak meniru. Aku ni memang jenis ego tinggi kot.. Aku sedaya upaya tak nak meniru pun. Time tu ntah kenapa aku rasa taknak pulak ambil kesempatan. Sumpah! memang aku tak ambil kesempatan meniru pun walau ada peluang. hehehe

Bila ingat balik macam kelakar pun ada. Nasib baik tak kantoi pengawas peperiksaan yang tertido masa peperiksaan berlangsung.. Kengkawan aku yang meniru tu pun selamat sampai sekarang ahahhaa... Aku Alhamdulillah lulus kertas Matematik walau tak meniru. kekekeke

Kalau zaman sekarang benda tu berlaku & ada yang nampak. Kebetulan pula dia ada smartphone confirm dia buat live  video kat FB & jadi viral macam 9 live Video ni >> 9 Facebook Live Video Yang Menjadi Viral Baru Baru ini >> Nasib baik zaman aku tu.. Cuma budak2 reti guna telefon rumah dengan public phone je. Handphone time tu memang dah wujud tapi bukan semua orang mampu milik lagi.

Moral of the story.. Kepada pengawas peperiksaan PT3 hope jangan berlaku perkara macam tu yer... Pastikan cukup tidur. kekekeke

KONON KAKI TRAVEL PADAHAL KAKI SELFIE JE YANG RAMAI

KONON KAKI TRAVEL PADAHAL KAKI SELFIE JE YANG RAMAI. Zaman camera atas tapak tangan di tambah dengan teknologi monopod bagai.. Macam satu acara wajib bagi manusia buat apa, pergi mana, sedih,suka, duka,tangis & tawa semua dia nak selfie. Pendek kata dalam apa juga keadaan selfie adalah perkara pertama dia akan ingat & buat. Sampai kadang2 rasa selfie benda paling penting dalam hidup seseorang..


Bohong la cakap aku ni tak suka langsung berselfie. Selfie jugak malah sebelum wujudnya istilah selfie aku memang antara golongan yang suka ambil gambar muka sendiri. Kat myspace dulu hari2 aku update gambar. Sebelum pergi opis, kat opis, dengan kawan opis & kat mana2 je la aku pergi aku mesti ambil gambar muka sendiri. Tu zaman moda rumaja peringkat pertengahan katanya. Yelah.. remaja aku masa belasan tahun mana merasa ada smartphone.. erkk.. aku pakai handphone masa umur 17 tahun tapi handphone masa tu takde camera. Memang tak ada istilah selfie la masa belasan tahun. Tapi meningkat umur ni berubah perlahan lahan. Nak2 lagi zaman sekarang zaman viral. Maka aktiviti selfie & upload muka sendiri di lakukan dengan berhati hati & jumlahnya di kurangkan. Gambar pulak melalui penapisan jugak. hahaha

Sebab trend selfie sekarang dah masuk tahap obses sampai dah jadi satu rutin wajib bagi sesetengah manusia kadang2 hidup dia hanya berkisahkan pasal nak selfie je. Dia buat apa, pergi mana.. semata mata untuk selfie bukan untuk enjoy sangat apa dia buat atau kemana dia pergi. Istilah bercuti & melancong tu bagi dia bukan untuk jenjalan tengok tempat orang atau mempelajari budaya sesuatu tempat tapi lebih kepada nak selfie. Sampai nak pergi majlis2 ilmu tak kira berbentuk duniawi atau Islamik pun dia pergi semata mata nak ada gambar selfie kat situ. Pengisian memang kosong. Pendek kata apa dia buat dengan niat nak selfie semata mata. Jangan kata tak ada.. Dah banyak manusia macam tu zaman sekarang cuma kadang - kadang tuan punya badan je tak sedar dia dah masuk kategori obses kepada selfie walaupun orang tengok dia macam rajin travel sana sini.. tapi sebenarnya niat dia travel tu semata mata nak dapatkan gambar selfie je. Walaupun dia rasa macam dia suka travel tapi sebenarnya yang lebih dia suka adalah selfie.

Belum tentu persepsi kita terhadap diri kita tu betul. Ramai yang sebenarnya keliru dengan apa dia suka & buat. Kalau korang pun jenis suka berselfie tahap tanpa sempadan & pada yang sama suka travel elok la korang try test kat sini samada betul korang kaki travel atau korang travel semata mata untuk selfie >> Ketahui Samada Anda Memang Suka Travel @ Bercuti Atau Anda Sekadar Suka Berselfie Kat Sini << Apa macam? Adakah anda seorang yang memang kaki travel atau sekadar kaki selfie?

Moral of the story.. jangan spoil percutian anda dengan menghabiskan masa selfie, buat live update sampai terlepas mengunjungi atau menikmati sesuatu yang menarik sepanjang percutian anda. Kadang2 nak selfie pun ambil masa lepas tu nak upload gambar lagi la perlukan masa yang lama sebab nak pilih yang terbaik. Alih2 masa nak jenjalan tu habis macam tu je. Ruginya pergi bercuti kalau sibuk dengan selfie & online.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com