Showing posts with label caltex. Show all posts

KISAH SERAM CALTEX SALOR KELANTAN

KISAH SERAM CALTEX SALOR KELANTAN. Khamis malam jumaat datang lagi dengar cerita seram dari TORA. Tak pepasal la TORA juga dapat nama kan.. Entah la budak budak 80an-90an dah biasa dengan iklan TORA ni memang dia macam terngiang ngiang tagline TORA datang lagi dengan mainan baru.. Tapi TORA tak ada edisi cerita seram na.. Yang sinonim dengan kisah seram ni kalau 90an.. Majalah mastika. Entah cerita betul ka rekaan pun tak tau la tapi zaman tu enjoy juga la membaca. Boleh terbawa bawa emosi seram tu dalam kehidupan seharian. Lepas tu Mastika di transformasi dalam bentuk drama Tanah kubur pula. Yelah.. budak budak makin malas membaca suka menonton je kan. Nak bagi cerita teladan supaya takut sikit buat dosa kena la di dramakan. Tapi apa kena mengena dengan kisah seram Caltex Salor di kelantan? Tak ada kena mengena sebenarnya.. Sesaja la borak kosong dulu sebelum kita ambil ke segmen seram serik lekatlekit.

Kita cerita cerita caltex tu je la yer.. Banyak borak nanti banyak menipu. Alkisah tersebutlah kisah sepasang suami isteri yang hidup nya duka nestapa kerana ibunya batuk.. Tak tak itu tipu. Ni kisah suami isteri ni dari Jeli nak ke pengkalan chepa. Cerita semua kat kelantan lah yer.. Katanya ada rombongan sepupu mereka nak kahwin. Selepas selesai majlis tu sepasang suami isteri ni bersama seorang sepupu mereka niat nak balik malam sikit sebab katanya nak jalan jalan dulu ke pantai alang alang dah kesana. Dah puas berjalan di tepian pantai, bermadu asmara.. lebih kurang 11 malam macam tu mereka pun bertolak balik ke pangkal jalan. Nak balik ke Jeli semula la. Sebab masing masing tinggal kat sana.

Nak balik ke Jeli tu Si suami ni katanya lebih suka guna jalan salor - pasirmas sebab katanya lebih dekat. Di pendekan cerita sikit.. Sebab rasanya hangpa pun tak sabar dah kan nak tau apa yang seramnya. Lebih kurang pukul 12-1 pagi tu kebetulan minyak berkelip kelip dah minta isi. Kebetulan si suami nak pump angin tayar kereta juga. Yang si sepupu pula nak terkuncil dan si isteri pun sama. Yelah.. Dah lama tahan kan.. Dan bermula lah sebuah kisah misteri......

Si suami ambil keputusan nak pump angin tayar dulu lepas selesai pump angin baru nak isi minyak katanya. Mereka singgah kat salah satu stesen minyak caltex. Tapi agak sunyi caltex malam tu. Tak tau la malam depa singgah tu malam jumaat ke sabtu ke ahad. Tak di nyatakan pulak.Tapi kat kaunter bayaran tu nampak ada dua orang perempuan. Mungkin pekerja kat situ la. Seoarang jaga kaunter seorang lagi di bahagian mart tengah memerhati kehadiran mereka. Si isteri ni cakap la pada si sepupu.. Berani yer dua orang tu kerja malam malam buta macam ni. Lepas dah menegur macam tu masing masing ke bilik hajat (tandas). Sampai sahaja di depan pintu tandas si isteri dan sepupu tiba tiba rasa lain macam. Badan rasa panas, lemah dan bulu roma mula meremang tanpa sebab. Selepas selesai membuang hajat tu masing masing menuju kereta semula. Si isteri mula rasa pelik. Sebab suasana sunyi dan tak ada sesiapa singgah di situ selain mereka. 

Dari tandas nak ke kereta tu kena juga melalui depan kaunter. Sebaik tiba depan kaunter tiba tiba si sepupu ni tergamam. Air muka dia tiba tiba berubah. Si isteri pulak tiba tiba badan rasa seram sejuk. Bukan seram serik yer.. Belum lagi sebab depa pun tak tahu lagi apa berlaku. Belum serik lagi. Ok sambung cerita.. Bulu roma rasa meremang sekali lagi. Masa depa dua orang ni melintas di hadapan kaunter macam terdengar suara perempuan ketawa dan suruh mereka berdua pergi dari situ. Kalau dah dua dua dengar suara macam tu takkan la nak lepak makan kuaci sambil tanya itu ini lagi kan. Dah tentu la sepantas pandalela rinong la depa berlari pecut cuma tu la pandalela kan atlik lompat papan anjal dia kalau lari laju ke? entah la nak.. Tak hanya dengar suara tau depa nampak juga susuk wanita berdiri depan pintu mart caltex tu tanpa kaki.. Tapi kan.. tanpa kaki macam mana dia berdiri? Ke terapung? terapung la lebih tepat kan? Kalau berdiri kaki kena berpijak di bumi yang nyata.

Dah la tengah takut sambil berlari macam tak cukup padang sekali tengok dengan kereta pun dah lari. Tak ada. Dah kemana pulak kereta ni. Rupanya si suami awal awal lagi lari bawa kereta parking jauh sikit dari situ. Sampai kat kereta tu memang ber das das la machine gun keluar dari mulut si isteri marahkan suami dia. Boleh dia tinggalkan bini lari parking jauh jauh. Tapi bila tengok muka si suami pun lain macam. Pucat dah macam tak ada darah.. apa lagi cepat cepat depa naik kereta terus  gerak. Nak lagi terkejut kat sebelah caltex tu kubur.. Tapi apa nak terkejut dengan kubur. Ada orang buka tingkap rumah dia nampak kubur biasa jer.. Tak ada kena mengena dengan kubur kalau ada gangguan mistik bagai ni yer. Jadi ubah mentaliti tu.

Bila dah jauh dari caltex tu.. Barulah si suami buka cerita. Katanya masa dia nak pergi bayar duit nak isi minyak dia mula rasa lain macam. Macam ada sesuatu yang tak kena dan pelik dengan caltex ni. Bila sampai dekat kaunter tak ada orang. Puas la dia panggil tak juga ada sesapa yang menjahut atau datang. Tapi masa dari jauh dia nampak ada saja orang kat kaunter. Bila dia toleh ketepi dekat pintu mart dia nampak seorang perempuan yang pandang dia dengan pandangan yang sangat menyeramkan suruh dia pergi dari situ. Tu sebab la si suami pun lari awal lagi dia lagi awal kenal warning kan..

Selepas kejadian tu katanya laki bini demam. Yang sepupu pulak jadi macam terkejut seminggu tak bercakap dengan orang. Katanya bila cuba lalu pada hari lain selepas kejadian memang suasana tempat tu lain sangat tak sama macam malam depa singgah tu. Pada malam tu suasana kat caltex tu nampak terjaga, bersih, terang berlampu tapi bila depa lalu kat tempat tu waktu siang caltex sememangnya dah jadi caltex usang. Pandangan dalam mart pun kosong, sunyi dan seram macam ada sesuatu kat situ.

Bagi orang kelantan yang mana tak tahu terutama yang berhijrah ke bandar mungkin jarang jarang balik kelantan harap maklum caltex yang terletak di laluan salor- pasirmas dah lama di tutup sejak 2014-2015. Manalah tahu kot kot demo lalu malam malam nampak macam masih beroperasi ketahuilah itu hanya salah satu mainan syaitan nirrojim yer. Jangan nak singah. Caltex ni terletak betul betul tepi jalan besar. Jadi ingat yer.. Jangan singgah kalau tak hidup anda akan di selebungi misteriiiii...

Sumber cerita : KELAB CERITA HANTU MALAYSIA


MISTERI AIR KUNING DALAM TANDAS CALTEX

MISTERI AIR KUNING DALAM TANDAS CALTEX. Tu dia.. sampai misteri bagai mistik sangat ke kisah air kuning dalam tandas awam yang bersih katanya. memang misteri & boleh jadi mistik jugak la. Alkisahnya semalam on the way nak balik rumah selepas penat berjimbaraya di hari minggu yang penuh bahagia katanya. Walau dah sampai kepong & perjalanan nak sampai rumah pun tak lama dah tapi bila pundi kencing dah penuh ni kadang2 seminit pun tak boleh nak tahan.

Sekadar hiasan. Sumber Google

Walaupun asben dah cakap tahan je la sampai rumah tapi atas ugutan nak kencing bersepah maka dia terpaksa stop jugak nak stesen minyak berdekatan.hahahaha... redha je la dapat bini main ugut2 tak senonoh macam tu kan. Singgah la caltex. Dalam hati berdoa juga moga tandas tu takde la menyayat hati sangat bila aku masuk nanti. Kadang2 fobia jugak nak guna tandas awam kat stesen2 minyak ni.

Tengok dari luar pintu Alhamdulillah.. Bersih & tak ada bau bangkai atau bau2 sisa kumuhan yang tak di bersihkan. Dengan happy aku masuk la.. Bila masuk berlakulah perkara misteri. Tak tau la sapa tertinggal air kuning dalam mangkuk tandas ni. Tandas dah bersih elok je. Baldi & gayung yang di sediakan pun bersih takde di selaputi lumut bagai. Lantai pun bersih.. alih2 dalam mangkuk tandas pulak ada orang tertinggal air kuning lupa nak jirus ke malas nak jirus ke atau tak reti nak jirus pun tak tau la. Sebab flush tandas tu rosak. Maybe lepas dia melepaskan air kuning tu flush2 tak boleh di tinggalkan macam tu je. Aku syak ni spesis kencing tak basuh main lap lap je ni. Kalau jenis basuh dia jirus dia punya sekaligus la terjirus sisa yang dia buangan dalam mangkuk tandas tu. Kalau spesis lap2 ni atau spesis tak basuh langsung memang berisiko dia tinggal macam tu je.

Sebab tak berbau sangat.. Aku syak orang ni baru je lepas guna toilet ni tadi. Atas keprihatinan aku tolong la simbah air untuk menyahkan air kuning agar tidak terus menjadi misteri nusantara kat situ. Lagipun tak sanggup aku nak double atas air kuning tu. Sebab pundi kencing pun dah overdose katanya. Nak tak nak itu je pilihan yang ada.

rakyat malaysia aku tahu berbilang kaum.. & cara setiap bangsa menyucikan najis2 mereka pun berbeza. Ada yang cuci guna air.. ada yang pakai tisu. Tapi semua bangsa tetap sama cara menyahkan sisa2 buangan dalam mangkuk jamban tu. tetap kena guna air untuk membawa dia ke saluran yang betul. Jadi.. kalau flush rosak jirus la guna peralatan yang di sediakan dalam tandas tu. Sudahlah Malaysia ni kategori tandas awam yang paling seram di dunia sebab ramai yang jumpa entiti tak di ingini bila nak guna tandas awam macam ni >> Inilah benda paling Menyeramkan Orang akan Jumpa Dalam Tandas Awam Di Malaysia << Jadi jangan la biar persepsi tu terus menjadi sesuatu yang sinonim dengan tandas awam di Malaysia.

Moral of the story.. Kalau tandas kat rumah kita kita boleh bersih setiap kali guna kenapa tidak kat tandas awam kita mempratikkan benda yang sama. Belajar untuk rasa malu la sikit walau orang tak nampak tapi malu pada diri sendiri yang ada perangai pengotor nauzubillah tu.. Geng2 syaiton nirojim je suka buat kotor tau!! Muka cantik pun kalau kencing tak pandai nak cuci.. tak guna jugak apatah lagi kalau muka tu tak berapa cantik perangai pulak buruk mohon la kesiankan diri sendiri. Semua sudut pun buruk buruk belaka.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com