Showing posts with label rokok seludup. Show all posts

VIRAL! KECOH PASAL ROKOK CAP BABI

VIRAL! KECOH PASAL ROKOK CAP BABI. Sejak kempen membenteras rokok seludup ni nampaknya banyak pembongkaran di buat secara besar besaran untuk menyedarkan perokok betapa bahaya, kotor & boleh menyebabkan ezema. Cara dorang berkempen tu memang nak bagitahu betapa bahaya rokok seludup berbanding rokok yang masuk cara bercukai & melalui laluan yang betul bukan laluan tikus. Aku baca pun terkesima seketika katanya. Mentang2 la rokok antara penyumbang terbesar income negara.. Sampai isu2 lain yang lebih serius pun aku nampak macam tak di pedulikan. Contoh isu kes culik yang berleluasa sekarang. Aku rasa kempen rokok seludup ni lebih besar besaran dari berkempen membenteras jenayah culik sekarang.


Sebelum ni macam macam momokkan seram & jijik di buat untuk memberi kesedaran tentang rokok seludup.. tetiba dua tiga hari ni blog OhBulan kecoh pasal rokok cap babi katanya. Hahaha... nak gelak jugak aku baca pasal rokok cap babi. Mesti perokok cuak kan.. Ada ke rokok cap babi ni. Nak tau apa yang di maksudkan rokok cap babi korang baca sendiri kat blog Ohbulan di artikel ni >> Antara Pegangan & Kebersihan, Sampai Bila Anda Mahu Buat ‘Bodoh’ Tentang Isu Rokok Cap Babi Ni? <<

Rokok itu sendiri dah di fatwakan haram tak kira la cap apa sekalipun. Bila aku komen macam tu kat bawah post blog OhBulan ada yang kata aku tak ada agama cakap macam tu. Konon Babi tu Najis besar selagi tak di bersihkan selagi tu amal ibadat tak di terima. Dengan confidentnya dia cakap aku tak ada agama. Insya Allah aku masih ada pegangan agama beb.. Kau yang beragama sangat tu sedar ke apa yang kau cakap. hehehe

Aku rasa dari kerajaan dok keluar budget untuk kempen benteras rokok seludup ni ada lagi bagus budget tu guna untuk mempertingkatkan sistem keselamatan di tempat2 awam atau sekolah2 macam tabika kemas yang nampak di anak tiri kan sangat maybe sebab banyak yang belajar kat situ anak2 dari keluarga yang berpendapatan sederhana & rendah. Asal ada tempat buat kelas dah cukup. Tempat tak ada security.. premis tak ada cctv, renung renungkanlah.. selamat ke anak2 di situ belajar di zaman jenayah macam satu trend ni.. Ni dok bayar OhBulan kempen pasal rokok seludup jer buat apa.

Moral of the story.. Walaupun kerajaan mengaitkan rokok seludup ada kaitan dengan aktiviti jenayah besar di dunia tapi aku tetap rasa bukan pasal jenayah depa nak membenteras rokok seludup ni tapi lebih kepada income yang di jana melalui penjualan rokok yang masuk secara sah. Tapi bila terpaksa bersaing dengan rokok seludup yang lebih murah sedikit sebanyak menjejaskan penjualan rokok yang masuk secara sah ni. hehehe

BELL NGASRI KANTOI DALAM MAKMAL ROKOK HARAM

BELL NGASRI KANTOI DALAM MAKMAL ROKOK HARAM. Bell Ngasri @ Ngasrizal Ngasri.. Tak kenal? Alah.. manjang muka dia keluar tv dalam drama2 @ rancangan2 komedi. Kecik2 takde la berlakon drama komedi bila dah dewasa tetiba muncul pulak bakat komedi dia. Bagi aku bakat lawak dia tu, not bad. Memang enjoy la tengok dia berlakon drama komedi ni. Lawak dia sentiasa menjadi. Dia pun nampaknya lebih menyerlah dalam lakonan berbanding adik beradik dia yang lain. Lepas berumahtangga semua slow dah berlakon.


Selain berlakon, Dia banyak jugak terlibat dalam iklan2 TV & media sosial walau dia sendiri tak ada account media sosial. Kalau yang ada katanya cuma di create oleh peminat. Dia memang tak handle apa2 fanpage kat media sosial.

Memandangkan sekarang ni kerajaan bukan main serius nak membenteras  barangan seludup.. tak kira la rokok ke, minyak ke,produk kecantikan ke,baju,seluar,beg.. Asal seludup jer semua depa akan benteras habis habisan. Gila kau tak benteras.. kurang la kutipan cukai kalau barangan seludup berleluasa kat Malaysia ni. hehehehe. Retis ni pun tak terkecuali dari terlibat.

Tapi Apa kes pulak tetiba Bell Ngasri kantoi kat makmal rokok haram ni? takkan kot Bell Ngasri terlibat dalam benda2 macam ni.. Kenapa tak cukup je job2 berlakon yang dapat? tak baik kita tuduh2 dia kan kalau tak tau apa cerita sebenarnya. Aku pun tahu cerita ni dari video ni >> Kantoi! Aksi Dalam Makmal Di Rakam << Kebetulan memang ada Bell Ngasri dalam video tu. Apa dia buat kat situ? Kalau nak tau korang tengok video tu sendiri. Kang aku tulis takut silap fakta jadi fitnah pulak. Bukti semua ada kat dalam video tu, jadi tengok & nilai sendiri.

Moral of the story.. Bak kata kiah propa.. hati hati ada yang memerhati. Peace Yo!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com