Showing posts with label suami curang. Show all posts

PERNAH BERMADU TAPI TAK TAHU

Membaca kosmo di ruangan Rencana Utama hati, naluri & jiwa seorang isteri agak sentap jugak la. Biarpun kisah tu di ceritakan oleh seorang suami berkenaan masalah yang melanda dia & isteri keduanya gara - gara Facebook yang menemukan kembali isteri keduanya & dgn bekas kekasih dan kerana kecurangan isteri kedua tu mereka akhirnya bercerai. tapi apa sang lekit lebih terfikir pada isteri pertama yang tidak tahu hidup bermadu & di tipu suami sendiri. (Untuk membaca artikel tersebut sila clik DISINI )

Kisahnya bermula apabila si isteri (pertama) ni terpaksa pulang kekampung halamannya selepas kematian Ayah untuk menguruskan ibu  yang uzur & perniagaan keluarga. Terpaksa la hidup berjauhan pasangan suami isteri ni & hanya dapat bertemu 3 minggu sekali. Dorang ada 4 orang anak. Bermula dari situlah kesetian sang suami mula tergugat.

Dari di madukan sampaikan sang suami bercerai dengan isteri kedua, Si isteri pertama tetap tak tahu apa yang berlaku di belakangnya. Kesiankan.. Mati2 la si isteri ni percaya pada sang suami tapi dalam pada yang sama dia di tipu hidup2. Bayangkan kalau isteri pertama ni tahu dia pernah di madukan.. Walau pernah di madukan bukan masih bermadu tapi tetap si isteri akan kecewa sebab kepercayaan dia pada suami selama ni di perbodohkan.

Agaknya apa perasaan sang suami tu ekk?? Tak ke dia di hantui rasa bersalah kerana pernah mencurangi isteri yang setia? Tak terfikir ke si lelaki tu macam mana kalau dia yang berjauhan dengan isteri, meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada isteri tapi akhirnya di tipu, di curangi & di duakan?? Mungkin lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang tapi soal hati, soal curang, soal setia, soal di tipu tetap salah, kan?? Rasa sakit tetap sama tak kira di pihak lelaki atau perempuan jika di tipu & di duakan. Sesungguhnya sedikit sangat perempuan di dunia ni rela di madukan.. Apatah lagi lelaki, korang rela ke di duakan?? Jadi kalau korang pun tak sanggup, jangan minta isteri yang tak sanggup untuk sanggup terima walau pahit & perit.

KALAU DAH 4 BINI PUN MASIH TAK CUKUP.. LAYANAN PELACUR KELAS PERTAMA PUN BELUM TENTU PUAS

Kes seorang buruh yang di jatuhkan hukuman 18 tahun penjara & 3 sebatan atas kesalahan merogol anak jiran yang berusia 11 tahun. Walau dah ada 4 orang bini tapi tetap la terlibat dalam jenayah rogol. (Sila clik DISINI untuk membaca artikel tersebut)

Buruh 4 bini yang di jatuhkan hukuman kerana merogol kanak2 11 tahun

Kalau bini - bini dia bagi layanan ala - ala pelacur kelas pertama pun belum tentu orang macam ni puas & tak melakukan perbuatan terkutuk tu pada seorang kanak - kanak. Bukan sorang bini dia tapi 4.. pun macam tak cukup. Selera iblis sangat kan?? Jantan macam ni bini layan macam mana pun belum tentu dia setia. Tak guna la sertai kelab atau apa jenis persatuan pun, dia tetap bernafsu syaitan. Kalau kes macam ni nak salahkan isteri jugak ker? Kalau sorang bini tak dapat memuaskan suami mungkin dapat di terima akal tapi kalau dah 4, takkan empat2 pun ada penyakit lemah nafsu syahwat kot.

Bila jadi kes suami curang, suami makan luar, suami skandal dengan perempuan lain perempuan juga di salahkan. Katanya tak pandai jaga suami, layan suami. Bila dah jadi kes macam tu baru sibuk cari tips nak pikat hati suami. Kenyataan ni sang lekit terima dari pengomen perempuan juga. Seolah2 bila kes  - kes macam ni jadi, 90% salah perempuan jer.

Bila suami rogol anak dara orang siapa pula nak kita salahkan?? Nak - nak lagi rogol kanak - kanak bawah umur macam tu? Bini juga ke salah tak pandai layan suami. Abis budak perempuan tu pandai layan sangat ke sampai si jantan ni terpaksa rogol.

Wahai kaum wanita bergelar isteri, jangan tundung jari ke dahi kaum sendiri sahaja. Zaman sekarang ni semua manusia dah jadi pelik. Kalau jenis manusia yang tak reti rasa syukur & puas, ko layan la macam pelakon porno 5 bintang sekalipun tetap kesetiaan tergugat bila kat luar tengok perempuan dahi licin sikit. Pada sang suami jangan asyik guna alasan lapuk bini tak pandai layan bila nak curang. Korang cuba renung diri sendiri dulu, korang dah layan bini korang sebaik mungkin ker? Layanan bukan hanya atas katil jer tau!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com