PERNAH BERMADU TAPI TAK TAHU

9/18/2011 04:39:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Membaca kosmo di ruangan Rencana Utama hati, naluri & jiwa seorang isteri agak sentap jugak la. Biarpun kisah tu di ceritakan oleh seorang suami berkenaan masalah yang melanda dia & isteri keduanya gara - gara Facebook yang menemukan kembali isteri keduanya & dgn bekas kekasih dan kerana kecurangan isteri kedua tu mereka akhirnya bercerai. tapi apa sang lekit lebih terfikir pada isteri pertama yang tidak tahu hidup bermadu & di tipu suami sendiri. (Untuk membaca artikel tersebut sila clik DISINI )

Kisahnya bermula apabila si isteri (pertama) ni terpaksa pulang kekampung halamannya selepas kematian Ayah untuk menguruskan ibu  yang uzur & perniagaan keluarga. Terpaksa la hidup berjauhan pasangan suami isteri ni & hanya dapat bertemu 3 minggu sekali. Dorang ada 4 orang anak. Bermula dari situlah kesetian sang suami mula tergugat.

Dari di madukan sampaikan sang suami bercerai dengan isteri kedua, Si isteri pertama tetap tak tahu apa yang berlaku di belakangnya. Kesiankan.. Mati2 la si isteri ni percaya pada sang suami tapi dalam pada yang sama dia di tipu hidup2. Bayangkan kalau isteri pertama ni tahu dia pernah di madukan.. Walau pernah di madukan bukan masih bermadu tapi tetap si isteri akan kecewa sebab kepercayaan dia pada suami selama ni di perbodohkan.

Agaknya apa perasaan sang suami tu ekk?? Tak ke dia di hantui rasa bersalah kerana pernah mencurangi isteri yang setia? Tak terfikir ke si lelaki tu macam mana kalau dia yang berjauhan dengan isteri, meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada isteri tapi akhirnya di tipu, di curangi & di duakan?? Mungkin lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang tapi soal hati, soal curang, soal setia, soal di tipu tetap salah, kan?? Rasa sakit tetap sama tak kira di pihak lelaki atau perempuan jika di tipu & di duakan. Sesungguhnya sedikit sangat perempuan di dunia ni rela di madukan.. Apatah lagi lelaki, korang rela ke di duakan?? Jadi kalau korang pun tak sanggup, jangan minta isteri yang tak sanggup untuk sanggup terima walau pahit & perit.

11 comments:

  1. bkn apa akak,kalau nak kahwin lagi 1 kena lah minta izin dari isteri kalau dia sudi nak dimadukan,sape nak berkongsi suami

    ReplyDelete
  2. nak poligami pun perlu dpt kebenaran isteri pertama jugak kan?... mcm mana dia boleh kahwin lagi 1?....

    ReplyDelete
  3. aini rasa mesti dia sgt bersalah dgn isteri pertama dia,.punya la dia setia rupanya suami ni buat mcm tu,.

    ReplyDelete
  4. kalau suami dimadukan macam mana lah dunia ni kan?

    ReplyDelete
  5. fuhhhhh.....
    TERBAEK suami tu......!
    klu ye pun boleh isi 4 cawangan..biarlah dgn cara yg btl..saket hati gak bca kesah ni...

    ReplyDelete
  6. lebih baik terus terang dari terus menipu..perempuan pun ada perasaan..sekali patah,susah nak disambungkan..

    ReplyDelete
  7. bab bermadu ni lah akak selalu mintak dijauh kan
    bukan tamak takmahu berkongsi, tapi risau nnt merosak diri sendiri....

    ReplyDelete
  8. Berkahwen lebih dari satu adalah kerana adanya 'jodoh' dan kerana 'jodoh' adalah hakmilik yang maha kuasa maka tidak seharus di pertikaikan tetapi yang harus di pertikaikan kenapa harus ada sifat 'menipu' dan di mana letaknya kejujuran sebagai seorang ketua keluarga.Suami adalah pemimpin tetapi jika tiada kejujuran maka kepimpinannya akan di persoalkan.Ini masalah yang selalu diamalkan oleh setiap pemimpin...si suami!

    ReplyDelete
  9. sikap menipu harus di jauhi wahai kaum lelaki...sekali tak jujur balasanya pun tak ada yang jujur...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com