Showing posts with label curang. Show all posts

BILA DI UJI DENGAN SUAMI KAKI PEREMPUAN

BILA DI UJI DENGAN SUAMI KAKI PEREMPUAN. Wanita yang malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.. Seorang pakar motivasi pernah berkongsi kata kata tu yang bagi saya mampu membuatkan perempuan yang di uji dengan suami yang perangai maha nirrojim ni akan rasa down & rasa diri dia terlalu malang. Bagi mereka yang di rezekikan suami yang baik, bertanggungjawab penuh dengan ciri ciri suami idaman kaki sondol.. Yelah lelaki yang baik perempuan mana tak mengidam nak buat laki kan? Kaki sondol pun dia nak juga alang alang menyondol laki orang biarlah dapat yang terbaik ye dak. Yang bernasib baik dapat suami serba serbi sempurna sampai tak nampak celah mana kekurangan dia.. memang la mendabik jari suka la dengan caption macam tu. Sebab dia rasa diri dia bertuah dapat suami yang baik.. bukan macam kau malang.. sedih hidup kau sebab kau tak pandai pilih laki, katanya.


So, saya sangat tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan malang tu. Bagi saya wanita yang di uji dengan perangai suami ntah apa apa ni adalah wanita yang hebat di pilih Allah. Sebab Allah menguji hamba hamba yang di kasihi. Yer kadang2 dugaan ni boleh jadi kifarah tapi bukan semua orang dapat kifarah di dunia. Jadi bersyukur la kita yang di balas di dunia. At least masih ada waktu untuk bertaubat kan? So, saya lebih suka mengistilahkan wanita yang tersalah pilih suami ni adalah wanita hebat yang Allah pilih untuk menjadi contoh pada orang lain untuk kuat seperti mereka.

Minggu ni minggu cerita Artis A yang kaki perempuan. Walau berkali kali curang & bermaksiat dengan wanita lain.. Bini dia masih bagi peluang. Tapi untuk kali ni apa yang saya baca katanya.. dia dah bersedia untuk hidup tanpa suami kaki perempuan tu. Semua orang rasa itulah yang terbaik. Dulu masa dia masih bagi peluang ramai kata dia bodoh.. Kesian. Kita tak di tempat dia, kita boleh hamburkan apa saja pendapat yang mengikut spekulasi kita. Kita tak tahu kenapa & mengapa dia masih bagi peluang & cuba pertahankan rumahtangga dia. Tak ada siapa berkahwin semata mata untuk bercerai.. Maybe waktu tu dia rasa mungkin dia dengan peluang suami dia akan lebih menghargai dia & berubah tapi sebab bagi peluang pun dok macam tu jugak.. So kali ni dia pilih move on je la.

Di uji dengan suami kaki perempuan macam tu tak sama dengan suami yang kaki pancing, kaki kelab motor/kereta. walau selalu di tinggalkan untuk berhobi tapi at least hati kita tak la sakit sangat kan.. berbanding dengan kaki perempuan. Tak ada perempuan boleh terima laki dia dok peluk cium & tidur dengan perempuan lain. Rasa jijik, rasa sakit hati, terluka, barai terus hati ni tau! Tapi bila terikat dengan anak nak buat keputusan berpisah tu dia fikir sedalamnya. Hati seorang ibu ni.. Dia banyak fikir kepentingan anak. Tapi kalau macam retis A tu.. sapa jadi bini dia pun memang akan fedup juga. Dia ingat selama ni bini dia nampak macam lembut hati.. mudah memaafkan.. mungkin sebab tu dia tak serik serik dok skandal dengan perempuan lain. Kena ingat.. Manusia ni tak ada yang jenis penyabar. Sebab semua ada limit. sampai overlimit dia akan angkat kaki juga.

Lelaki yang jenis asal perempuan rela 'tadah' jer lupa habis bini cantik, bini baik kat rumah memang susah sikit nak berubah. Sampai dah tua.. kudrat pun tak dah tak ada, lutut pun dah longgar.. Time tu baru dia ingat nak cari anak bini. Spesis macam ni jangan tanya pasai pa anak buang kat rumah orang orang tua.. anak biar hidup bergelandangan bla.. bla.. bagai. Kena korek sejarah silam depa juga. So tak boleh nak salahkan 100% kalau anak anak sudah mati rasa kasih pada ayah depa. Bukan semua orang mampu redha & maafkan.. Almaklum la manusia kan???

Kita manusia tak selamanya kuat, ensem & bergaya.. sampai masa semua tu akan hilang. Yang kita perlu kasih sayang dari keluarga & anak anak untuk menghabiskan sisa sisa hidup. Jadi masa mereka masih ada dengan kita hargai.. Bina kekuatan kasih sayang tu dari sekarang ia adalah saham masa depan. Kalau kita jaga mereka dengan baik hari ini, Insya Allah anak anak takkan abaikan kita. Kalau kau bela anak sekadar bagi hidup jer.. So jangan pelik nanti anak anak kau layan kau sama jugak.

Moral Of The story...What u give u get back. Simple calculation kan?

BAGI SUAMI MAKAN DARAH HAID & AIR MANI, ISTERI DI AZAB KEMALUAN BERNANAH & BUSUK

BAGI SUAMI MAKAN DARAH HAID & AIR MANI, ISTERI DI AZAB KEMALUAN BERNANAH & BUSUK. Sampai tahun 2017 sihir masih di amalkan.. Rasanya sampai kiamat pun benda2 syirik & khurafat ni tetap ada yang akan buat. Golongan yang percaya dengan benda2 macam ni kadang2 bukan dari golongan orang tak berpelajaran malah yang educated pun ramai. Contoh macam cerita yang aku share semalam.. Pasal sipolan yang terlampau taksub dengan bomoh sanggup derhaka pada mak sendiri. Tu pun salah satu contoh orang yang aku kenal yang berpelajaran tinggi tapi bab2 bomoh dia jadi kuno tahap zaman jahiliah. Nak kata jahil agama pun tak juga tapi tak tau la kenapa dia tak yakin dengan rawatan Islam yang guna ayat2 Al Quran. Dia lebih yakin dengan bomoh jampi serapah tu..


Terbaca satu kisah yang aku rasa patut kita jadikan pengajaran.. Nak2 lagi kita2 yang dah jadi bini orang ni. Biasa la perempuan kan dia paling takut laki dia ada perempuan lain. Aku pun sama jugak.. Tapi apa yang di luar kemampuan kita tu kita serah kepada Allah jer. Macam aku kadang2 setan dok hasut rasa curiga kat laki sendiri.. Apa aku buat Isytifar & aku fikir apa yang di luar mata aku untuk melihat, Biar Allah je tolong jaga & lihat sebab Allah tu lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Sampai nak bomohkan atau sihirkan laki aku.. Bagi makan benda2 kotor tak terlintas langsung. Tak berani aku nak buat benda2 macam tu hanya sebab nak control laki sendiri. Benda2 macam tu bersifat sementara jer.. Akhir nanti akan makan diri kita balik

Macam kisah seorang perempuan ni.. Dia sanggup bagi laki dia makan benda yang di campur darah haid & air mani semata mata tak nak bagi laki dia cari perempuan lain & ikut je cakap dia. Akhir sekali sebelum mati dalam usia yang masih muda.. Dalam 30an macam tu dia di azab agak teruk. Dia di jangkiti penyakit misteri yang doktor pun tak dapat merawat. Berhabis duit laki dia cuba merawat penyakit misteri dia.. segala perubatan moden.. alternatif.. bomoh semua tak berjaya. Penyakit dia mula2 badan dia jadi melepuh.. Lepas melepuh naik bintik2 macam katak puru. Kemaluan dia keluar lendir & nanah yang busuk. Sampai la satu hari.. Lepas suami dia meminta bantuan dari seorang ustaz..Dia mula mengaku apa yang dia buat pada laki dia selama ni. Dia sihirkan suami dia.. kemudian curang dengan lelaki lain sampai tahap berzina. Selepas suami dia ampunkan dia barulah dia boleh pergi dengan tenang. Tu baru kat dunia kena azab kat sana tak tau la macam mana... Na'uzubillah..

Tapi ada juga kisah di kalangan orang aku kenal.. Buat lebih kurang macam tu kat laki dia. Bagi makan benda2 kotor dengan niat nak tundukkan suami dia. Tapi nampak macam tak ada pun kesan.. Kena juga azab dari dok sihat tetiba jatuh & terus jadi lumpuh separuh badan. Nak di jadikan kisah masa dia sakit still dok nak menipu tu ni.. Anak dia sendiri bongkarkan segala apa dia pernah buat dulu sebab terlampau marah dengan sikap mak dia yang tak berubah ubah. Anak membesar dengan melihat perbuatan mak dia macam tu bagi kesan trauma.. Bila anak dia dah besar & kahwin benda tu bagi kesan juga sebab dia rasa tak percaya takut apa yang mak dia buat pada ayah dia.. Bini dia buat benda yang sama. Benda jahat ni memang bukan orang yang kita jahati je terkesan.. Malah boleh memberi kesan tekanan & trauma kepada orang2 sekeliling jugak. Kita ada Allah.. Mohon kepada Allah bukan tunduk pada jin & syaitan semata mata nak puas kan hati sendiri.

Nikmat dunia ni sesungguhnya terlalu sementara. Azab yang kita bakal terima kadang2 tak sempat tunggu mati kat dunia lagi Allah dah bagi rasa. Moga kisah2 macam ni kita jadikan pengajaran selama kita hidup.. Suami pun salah satu bentuk pinjaman tak perlu kita nak buat hak sampai macam tu sekali. Banyak doa2 kita boleh amalkan untuk lembutkan hati suami.. tak perlu nak guna sihir & bagi makan benda2 kotor. Kita bukan nak tongkat langit selamanya.. Sampai masa kita.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun jugak..

Moral of the story.. Tak ada seorang perempuan sanggup berkongsi suami tanpa sebab musabab tapi bukan bermakna kita boleh buat apa sahaja sehingga mensyirikkan Allah semata mata nak ikat suami supaya setia dengan kita.  Ingat Azab Allah tu kita akan terima juga.. samada lambat atau cepat je.

SUAMI ROMANTIK, SELALU UPLOAD GAMBAR BERSAMA ISTERI TAPI CURANG

SUAMI ROMANTIK, SELALU UPLOAD GAMBAR BERSAMA ISTERI TAPI CURANG. Zaman media sosial memang zaman show off semua perkara & semua benda. Sebab tu kadang2 ada sesetengah orang jadi masalah besar bila pasangan tak upload gambar dengan dia kat media sosial. Mula fikir bukan - bukan sampai jadi pergaduhan besar. Yang lebih sadis tu ada sampai bercerai berai hanya sebab dia tak puas hati pasangan dia tak pernah nak upload gambar dengan dia kat media sosial.


Ada jugak.. Amboi macam laki dia sorang ja paling sweet, paling romantik sebab selalu jer upload gambar dengan dia. Selalu dok wish ayat2 romantika di tampoi kat media sosial. Memang show off habis la kemesraan antara mereka kat media sosial ni.. Nak habaq kat orang depa bahagia sangat. Suami dia sangat sayang & setia kat dia.. Kalau tak masakan suami dia tak pernah ragu2 nak tunjuk kat orang gambar kemesraan depa..

Nanti dulu cik kak Ooi.. Jangan terlampau confident sangat ok! lelaki sekarang licik. Kalau yang jenis nak buat perangai tu dia buat perangai jugak. Depan hang ja dia tunjuk macam dialah lelaki teragung dalam hati hang.. Belakang hang belum tentu. Tadi aku terbaca satu perkongsian masalah seorang isteri ni... Masalah dia hangpa boleh baca sendiri kat bawah..


Sapa sangka kan laki dia nak buat perangai macam tu. Dah tu dengan kawan baik sendiri. Kadang2 benda ni berlaku dengan orang - orang kita kenal.. Sebab tu dalam apa situasi pun tak perlu sangat nak tunjuk kemesraan depan orang lain. Bukan jaminan pun laki kau tak main kayu tiga. Kalau aku la.. Memang orang nampak macam seorang bini yang kurang rasa cemburu & aku tak pernah kongkong laki aku. Sebab aku selalu fikir.. Apa yang aku tak nampak laki aku buat, Allah nampak. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku & untuk dia. Kalau Allah masih menyembunyikan kebenaran tu pasti ada hikmahnya. So, hati & otak aku tak semak sangat nak fikir apa laki aku buat belakang aku.. Apa yang di luar kemampuan aku nak lihat, dengar & perhati aku terpaksa serah pada Allah.

Bukan bermakna aku jenis tak ambil kisah langsung apa laki aku nak buat.. Sebagai seorang isteri of course mesti kita nak tahu jugak. Cuma berpada pada je. Lelaki ni lagi kau kongkong lagi dia rasa tercabar tau. Bila terlalu di kongkong benda tu bagi tekanan pada mereka.. Bila tertekan of course la tak bahagia. Cuma bagi mereka selesa.. Insya Allah kita pun akan rasa selesa. Kalau depa nak buat perangai jugak tu bukan salah kita dah.. Dia memang jenis gatai.

Moral of the story.. Cemburu tu memang perlu ada.. Tak cemburu langsung pun boleh mengundang curiga jugak. Tapi cemburu biar ada asasnya. Satu lagi kebahagian tu sebenarnya tak perlu nak tunjuk - tunjuk sangat sebab kalau kita bahagia.. benda tu akan orang nampak secara semulajadi. Tak payah nak expose sangat la pun. Bila orang cakap macam kau sorang ada laki.. Mula la nak kata orang jeles padahal orang rasa mual tau dak dok tengok hangpa berumahtangga & beromen kat media sosial tu. So, please.. Jangan krik krik sangat.

MEMANG PENIPU SESIAPA YANG KATA DIA TAK PERNAH TIPU ORANG 6 PERKARA NI

MEMANG PENIPU SESIAPA YANG KATA DIA TAK PERNAH TIPU ORANG 6 PERKARA NI. Yang bernama manusia ni jangan tipu cakap tak pernah menipu. Kalau kata tak pernah menipu.. terang terang orang tu seorang penipu. Jadi jangan percaya dengan dia. Sebab dalam kehidupan seharian kita memang tak boleh mengelak dari menipu.. tak kira la menipu kecil yang orang sebut tipu sunat atau penipuan besar.. sebesar 2.6 Billion katanya. tak kira size apa apapun penipuan tu tetap di panggil 'tipu'.


Tapi tak semua orang asyik menipu. Ada orang menipu dalam keadaan tertentu.. Tak semua penipuan tu untuk menyakiti atau mencurangi sesiapa.. Ada yang rasa dalam keadaan tertentu dia perlu menipu untuk kebaikkan semua pihak. Ada orang pulak memang dah jadi hobi atau sebati dengan diri dia suka menipu. Dulu aku ada seorang kawan memang suka tipu aku tak kira sekecil kecil perkara sampai la sebesar besar perkara. Tapi paling terkilan.. pernah dia menipu masa keluar lepak kat Mall. Masing2 masa tu masih 'budak sekolah'. Depa ni nak pi makan.. so konon menipu nak pergi tempat yang aku tak boleh ikut. Tup tup jumpa tengah makan kat food court. Sebabnya depa ingat aku takde duit.. Padahal aku ada duit & saja jimat sebab masa tu nak beli Roller Blade kekdahnya. Sanggup ikat perut sebab makcik aku (mak kedua kesayangan aku) tak mau belikan. Dia tak bagi aku main takut tercedera.

Bila penipuan tu kita rasa terlampau menyakitkan memang susah nak lupa. Nak2 lagi kawan yang kita tak pernah berkira duit dengan dia.. tetiba dia buat macam tu. Memang sampai 7 keturunan aku ingat, ok! Maaf aku bukan berdendam cuma susah nak lupa je. Niat nak membalas tu memang takde la. hehehehe

Tapi.. kalau 6 jenis penipuan ni bohong sapa kata tak pernah terkena atau tak pernah buat. Majoriti manusia ada buat & pernah terkena penipuan macam ni dalam hidup dia. Tak caya? Korang baca sendiri kat sini >> 6 Perkara ‘Annoying’ Yang Korang Selalu Kena Tapi Konfirm Sendiri Pernah Buat << Confirm korang tak mampu menipu diri sendiri & orang lain untuk kata korang tak pernah menipu untuk 6 perkara ni.

Moral of the story.. Menipu kadang2 di bolehkan untuk kebaikkan.. sebab tak semua penipuan dengan niat nak berbohong untuk kepentingan diri. Jadi berpada pada la kalau nak menipu yer..

SINOPSIS PENUH EMOSI DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU

SINOPSIS PENUH EMOSI DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU. Nampaknya Drama 7 Hari mencintaiku memang jadi trending & fenomena jugak la kat media sosial. Macam biasa aku tengok tapi skip skip. Kalau tengok jarang sangat nak fokus sejam depan TV tu. Episod semalam pun aku tengok awal & hujung jer.. Susah sangat nak tengok TV time2 macam tu. 7.30 memang budak shahila akan ambil alih TV. Dia nak tengok upin ipin pukul 7.30 kat tv9. Nasib baik la mak kau tak obses sangat dengan drama drama melayu ni nak Ooi.. Kalau tak mau nya lari cari batu belah batu bertangkup tak dapat tengok semua episod 7 Hari mencintaiku tu..


Semua sedia maklum malam ni episod akhir drama 7 Hari mencintaiku.. Aku teka je la ending dia mesti hero & heroin kembali bersatu sebagai suami isteri kot. Kalau sempat aku tengok la la.. Tapi bermula minggu depan 26 december 2016 drama baru akan memenuhi slot Akasia kat TV3. Drama yang juga adaptasi Novel bertajuk 'Biar Aku Jadi Penunggu'. Hero dia Asyraff Muslim & Heroin dia Janna Nick. Nampaknya Asyraff Muslim semakin aktif balik berlakon. Di gandingkan pulak dengan heroin yang tengah meningkat naik namanya sekarang ni, Janna Nick. Entah pasai apa laki aku tak minat dengan lakonan Janna Nick ni hahahaha...

Kisahnya pasal 2 orang kawan satu sekolah (lelaki & perempuan) yang di lakonkan Asyraf muslim & janna nick.. Depa ni berkawan sejak sekolah lagi tapi dalam persahabatan tu di salah guna oleh si hero. Si hero ni menjadikan si heroin batu loncatan untuk dia capai impian yang dah lama dia plan. Tapi dalam diam si heroin ni memang suka kat si hero sejak sekolah lagi. Bila di lamar si hero dia memang tak tolak la & berharap mereka boleh hidup bersama dengan janji janji manis si hero selepas pulang ke tanahair. namun selepas 2 tahun tiada apa2 berlaku hingga masuk tahun ke 3 si hero terus mendiamkan diri tanpa sebarang khabar berita. Siot punya jantan kan? Dah dapat apa dia nak.. Biar je si perempuan menunggu macam tugu negara. Sebab tu la kot tajuk dia Biar Aku Jadi Penunggu.. Ok sambung balik. Si Heroin ni tetap berpegang pada janji terus menunggu & menunggu walau hatinya terluka.


Lepas 3 tahun akhirnya balik jugak jantan tu bersama seorang kanak kanak yang comel. Akhirnya terbongkar budak comel tu anak kepada si hero bersama dengan seorang wanita yang di kahwini atas dasar cinta. Tapi jodoh tak panjang bini dia curang sebab belum bersedia nak pikul tanggungjawab. Pada muka kau jantan!! hahahaha... Maka kembali la si hero ni ke tanahair & ingin melaksanakan kembali segala janjinya pada si heroin dulu.

Perempuan mana tak hangin.. Bertahun tahun tunggu tetiba balik bawa anak kemudian nak tagih janji janji lama. Hek.. Kau!! Tapi walau terluka dia macam pasrah je & terima anak si hero dengan hati yang terbuka kerana naluri keibuan dah tersemat di hati si heroin tapi sebab hero tu pernah meragut kepercayaan dia maka timbul jugak perasaan ragu ragu.. Almaklum la.. Jantan ni kalau dia pernah buat sekali tak mustahil dia boleh buat perangai yang sama berkali kali kan... So, dia jadi tak bersedia untuk terima kembali si hero.

Dalam pada yang sama ada seorang lelaki yang dah lama suka pada si heroin. Ni kira watak pembantu la kot dalam drama ni. Tapi dia hanya mampu memendam perasaan. Almaklum la watak pembantu je tak boleh over sangat nak potong line kan.. hehehehe.. Nak2 lagi lepas hero kembali ke pangkuan si Heroin lagi la dia rasa macam tak ada harapan dah sebab dia tahu si heroin ni memang suka giler kat si hero.

Yang si hero masih gigih jugak la nak dapatkan semula si heroin sebab dia tahu si heroin benar benar menyintainya sehingga sanggup tunggu sehingga  4 tahun walau dia menyepikan diri tanpa khabar berita. Akhirnya sebab cinta sangat.. Si heroin terima juga la walau luka lama belum sembuh. Sekali lagi janji manis terpatri tapi cinta yang baru berputik kembali di uji dengan kehadiran bekas isteri si hero. Datang tu takde la saja nak tanya khabar jer.. Datang meraih kembali cinta lama la. Biasa la tipikal drama cinta mesti ada babak2 macam tu kan... Dalam pada yang sama si hero mula syak bukan2 konon macam si heroin ada lelaki lain.. sebab cemburu buta si heroin terpaksa tanggung duka & lara bila di tuduh bukan bukan.. Selebihnya nanti hangpa tengok sendiri 28 episod drama Biar AKu Jadi Penunggu yer... Dia jadi penunggu selamanya atau tetiba dia berubah jadi saka ke tengok la sendiri.. aku harap dia berubah jadi saka la.. Rasa macam bodoh sangat asyik kena buli je sebab cinta... hahahhaa

JUDUL : BIAR AKU JADI PENUNGGUEPISOD : 28 episodTARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2016HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petangSIARAN : Slot Akasia TV3PENULIS NOVEL : ArshaPENGARAH : Michael AngTERBITAN : Saphire Screen Sdn BhdPELAKON : Janna Nick, Ashraf Muslim, Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Amir Rahim, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah, Wilma Muhammad

Tu dia tulis sinopsis drama tv pun penuh emosi katanya lekatlekit ni.. ni kalau follow dok dapat dosa maki depan TV ja hari hari. hahaha.. Kau Hado review drama dengan penuh emosi macam ni?? hahahahahaha... Drama sangat tau!!

Moral of the story.. Trend drama melayu sekarang kebanyakkan adaptasi novel yang tipikal sangat jalan ceritanya.. Dimana penulis2 drama yang best2 hilang. Adakah drama mereka dah tak jadi trend???

LELAKI KALAU BOLEH SAMPAI TUA NAK MENGAKU SINGLE

LELAKI KALAU BOLEH SAMPAI TUA NAK MENGAKU SINGLE. Itulah manusia kan.. tak pernah puas dengan apa yang ada. Bila single nak ada pasangan.. dah pasangan rasa rugi pulak kalau orang tahu status tu dah berpunya.. Kalau boleh nak orang tahu dia masih single sampai kerepot. Susah kan kalau ada manusia jenis macam ni.. Pencarian dia macam tak ada akhirnya. Pasangan yang ada macam backup jer.. Tapi bukan semua cuma spesis macam ni banyak boleh jumpa dalam kaum lelaki la.


Kesian kan bagi sesiapa yang dapat pasangan macam tu. Nak2 lagi yang dah ada ikatan perkahwinan. Kalau setakat bercinta boleh la main clash2 & move on jer.. Tapi kalau dah di ikat dengan ikatan pernikahan ni bukan semudah nak cakap.. "sampai sini je hubungan kita" Terlalu banyak perkara nak kena fikir. Nak2 lagi yang dah beranak pinak. Memang boleh bercerai.. tapi proses nak bercerai bukan senang.

Awas lelaki! Andai anda mendapat pasangan yang banyak bersabar & bagi peluang berhati hati la. Sebab wanita macam tu selalunya simpan apa yang dia rasa. Sampai satu masa.. hati dia boleh hilang semua rasa. Dan saat tu mungkin bukan takat hati kau je dia tak peduli malah hati sesiapa pun dia dont care lagi.

Jika peluang pertama, kedua, ketiga & ke puluhan kali peluang di beri kau tetap buat perangai yang sama maka bersedia tak lama lagi kau akan hadapi satu kehilangan yang kau takkan dapat ganti sampai kau ke neraka. Malas nak cakap syurga sangat kat jantan2 spesis tak pernah bersyukur atau menghargai peluang yang pasangan dia bagi. dah terang2 curang dengan bini.. Dah terang terang jalan dia pilih sekarang lebih ke neraka dari syurga. Akan datang dapat hidayah tu.. lain cerita.

Sebab tu ada perempuan pilih hidup dengan haiwan peliharaan macam kucing & anjing dari berpasangan dengan manusia bernama lelaki ni. Mungkin dia ada sejarah di sakit berkali kali buat dia  serik. Sebab haiwan peliharaan ni ada sesuatu yang special. ramai yang tak tahu perkara ni. Yang pastinya haiwan takkan melukakan perasaan mana2 manusia dengan kata katanya sebab kita sedia maklum kata2 itu lebih tajam dari pedang. Ia mampu mencederakan hati tanpa berdarah tapi luka itu mungkin takkan sembuh sampai bila bila.

Kalau rasa nak status single sampai ke tua.. Jangan adakan hubungan serius dengan mana2 wanita. Pergi la cari one night stand. Bukan aku nak galakkan maksiat tapi spesis macam ni ada yang halal pun tetap dia nak buat yang haram.. So takde point dia kawen atau tak. Tak mampu menyekat nafsu dia untuk mencari yang haram. Orang yang tak pernah puas macam tu.. Memang perkahwinan pun tak mampu mengubah dia. Sebab dia sendiri tak ada usaha untuk berubah.

Moral of the story.. Apa yang aku tulis tak point laki kau ke laki aku ke atau laki sesiapa.. Aku point pada lelaki yang buat perkara ni pada pasangan mereka. Ingat lelaki bergelar suami.. Hidup kau takkan tenang, takkan di berkati & rezeki kau takkan cukup sekiranya kau menyakiti hati seorang Isteri. Isteri yang bahagia & gembira bersama kau.. akan iringi kau dengan doa2 yang baik & memudahkan semua urusan kau. Bahagiakan isteri mu Zahir & batin... Jaga & belailah hatinya.. Jujur walau tiada mata seorang isteri melihat apa yang kau buat di belakangnya. Kerana kejujuran tu la kunci kejayaan sesebuah perkahwinan.

P/S : Jangan lupa hari ni WHI ada topik.. Bercerai dengan alasan remeh. hahaha. 

REUNION MUNGKIN JADI PUNCA MASALAH PADA ORANG LAIN

REUNION MUNGKIN JADI PUNCA MASALAH PADA ORANG LAIN. Semalam aku ada up status kat FB pasal reunion ni.. Pada pandangan aku yang bukan pakar motivasi jauh sekali ahli ilmuan bijaksana, Dah berkahwin ni aktiviti reunion ni tak join pun tak apa sangat la. Bukan apa bila dah berlaki bini & beranak pinak ni banyak perkara kena jaga demi ke harmonian rumahtangga.
Sumber Google
Reunion melibatkan kawan2 lama.. Mungkin juga kat situ ada bekas boyfriend & girlfriend lama. Nak2 lagi reunion dengan bekas2 kawan sekolah ni. Almaklum la.. budaya cinta monyet ni bukan zaman sekarang je baru wujud malah dari zaman mak bapak kita sekolah pun dah ada cuma tak berleluasa sangat la. Paling ketara masuk zaman 90an.. Time tu mak bapak pun ramai dah sporting. alah.. takat cinta monyet kat sekolah tak ada hal la katanya. Biarlah katanya.

Cinta monyet ni tak semua berakhir atas pelamin sambil di renjis renjis di pilis.. Ada yang belum SPM dah clash katanya. Ada yang habis sekolah masing2 lost contact. Bila berjumpa kat reunion.. Topik paling popular adalah 'Flashback' la. Habis semua memori daun pisang di ungkit cerita. Yang mana aa memori berkasih tu.. confirm la terimbau kenangan semusim lalu.. Tetiba perasaan konon berbunga cinta kembali maka tak mustahil cinta yang ada sekarang mula layu di pusara.

Sebab benda macam ni berlaku.. Bukan sikit dah semakin banyak. Terbaru Isteri kedua kepada Salih Yaakob yang di katakan punca bercerai selepas join reunion dengan kawan2 sekolah. Ada yang kata.. Aku selalu je join reunion.. Ok je. Takde rasa nak curang pun even jumpa bekas awek masa sekolah. Yer betul.. Tak semua orang bila pergi reunion je terus berubah hati. Kalau asal pergi je terus bercerai berai rasanya Reunion pun di haramkan dah kat Malaysia ni sebab memudaratkan semua yang join. Benda semakin menjadi virus ni memang bukan semua orang kena tapi jumlahnya semakin meningkat.

Satu benda kena fikir.. Ia mungkin tak bawa masalah pada kita atau rumahtangga kita tapi tak mustahil ia memudaratkan orang lain. Level kesetiaan & keimanan manusia tu bukan sama. Mungkin dengan sebab penganjuran majlis perjumpaan macam tu membuka pintu2 kecurangan pada orang lain. Tak rasa bersalah ke? Lepas reunion tetiba dengar ada antara kawan2 kita sampai bercerai berai.. Kalau tak curang pun hati manusia ni kadang2 perasaan cemburu pun boleh menjadi pemusnah jugak. Dapat pasangan yang kuat cemburu elakkan la dari join reunion ni.. Sebabnya bila jumpa kawan2 lama faham faham je. Kita punya bercerita memang kadang2 lupa anak/laki/bini dah. Kot2 terlebih mesra tak sengaja orang sebelah mula ketap bibir. Balik rumah jadi perang dunia pulak.

Reunion bukan tak boleh di adakan.. Boleh je. Cuma jangan terlebih aktiviti santai sangat. Bila terlampau santai maka banyak la sembang benda tak berfaedah. Yang tu la mula nak jadi merapu. Apa kata majlis2 reunion kalau melibatkan kawan2 yang beragama Islam ni kita buat dalam bentuk islamik. Buat majlis ilmu ke, bacaan yassin ke hapa.. Jadi kurang la sikit nak merapu. So, syaitan nak mencelah pun ruang tak banyak. Tu cuma cadangan aku jer.. Aku bukan alim sangat. jangan sebab cadangan aku terus ada yang level aku ustazah segera pulak.

Aku ni serius memang tak berapa minat sangat reunion bagai. Kadang2 nak join group whatsapp dengan kawan2 sekolah pun aku malas.Ada la satu group aku join tapi tak rajin sangat la aku nak borak. Tapi bukan la aku nak putuskan silaturrahim dengan kawan2.. cuma aku tak berapa minat sangat dah nak hyper dalam berkawan ni. Zaman remaja & bujang aku dah banyak spent time dengan kawan2 so zaman berumahtangga ni masa untuk family. Salah satu cara mengelak fitnah. Dah berumahtangga ni bukan masa untuk enjoy dengan kawan kawan sangat dah. Sebab Bila berkumpul ramai ramai ni ada yang terbabas. Tepuk tampar & bergurau kadang2 over jugak. Masing2 nak tunjuk sporting & open minded katanya.

Moral of the story.. Aku tak kata reunion tu salah cuma sekarang ni kerana reunion banyak rumahtangga yang musnah. Jadi kalau rasa hati korang jenis tak berapa kuat untuk hadap orang2 yang tak sepatutnya, elakkan dari sertai majlis2 perjumpaan macam tu. Cegah itu lebih baik dari merawati.

KARMA LELAKI CURANG YANG BOLEH MELIHAT ROH KEKASIH YANG DAH MATI

KARMA LELAKI CURANG YANG BOLEH MELIHAT ROH KEKASIH YANG DAH MATI. Entah kenapa mood nak menulis kisah seram sekarang ni macam on off je.. Maybe sebab dok fikir pasal anak nak masuk sekolah tak lama lagi walau baru masuk tadika. Almaklum la kali pertama nak kena berenggang dengan anak buat seketika waktu.. Kali pertama nak lepaskan anak bawah jagaan orang lain. Gila kau tak risau.. Anak kot. Dengan macam2 kejadian sekarang ni.. Ya Allah moga lindungi anak2 kita dari orang2 jahat & sentiasa adakan bersamanya orang2 yang menyanyangi & melindungi dia.


Tapi sebab ada cerita seram baru nak share rasa bersalah pulak tak tulis dalam blog ni. Takut identiti seram jadi suram katanya maka ku gagah & gigih jugak mengarang cerita seram nan satu ni

Alkisahnya seorang peguam ni.. Dia ada kelebihan deria kedua katanya. Boleh melihat roh orang mati & karma seseorang. Nak di jadikan satu kisah dia kena handle satu kes budak bawah umur yang bawa kereta sehingga menyebabkan kemalangan maut beberapa kenderaan lain termasuk sebuah teksi. Yang lain semua mati tapi budak perempuan bawah umur selamat tanpa kecederaan parah. Almaklum la anak orang kaya.. So, boleh upah lawyer terbaik untuk menang kes dia ni. Peguam tu sebab ada sixsense katanya dapat melihat la roh2 orang yang mati masa kemalangan tu dok ikut budak perempuan ni nak balas dendam. So, dia bagitau la budak tu bahawa orang2 yang mati dalam kemalangan tu ada sentiasa dengan dia. So, budak ni yang mula tertarik dengan sikap caring peguam tu ambil kesempatan bila sentiasa minta peguam tu temankan dia dengan alasan takut

Sehinggalah berlaku satu perkara.. Dimana budak perempuan tu hampir terbunuh akibat perbuatan roh2 yang berdendam dengan dia tapi berjaya di selamatkan peguam tu. Semakin berbunga la perasaan cinta dia kat peguam tu. Pada masa yang sama peguam tu sebenarnya dah ada seorang kekasih. Sebab budak perempuan tu asyik nak peguam tu dengan dia timbul perasaan cemburu pada kekasih peguam tu. Kat situ la terbongkar satu demi satu perkara yang mistik & misteri.

Bila kekasih peguam tu mula di ganggu dengan gangguan mistik yang menyeramkan mereka terpaksa melalukan satu ritual untuk mengakhiri karma yang menyebabkan gangguan tersebut. Dari situ la mula terbongkar bahawa kekasih dia sebenarnya dah mati semasa hari berlaku kemalangan maut yang melibatkan banyak kereta yang di sebabkan budak perempuan bawah umur tu. Dalam kejadian tu kekasih pada peguam tu sedang berjalan di sebuah jambatan & ternampak sepasang pasangan pengantin tengah ambil gambar. Tak semena2 semua mereka di langgar sebuah kereta sebelum terjunam dalam sungai. Sebenarnya kematian kekasih peguam tu adalah karma dari perbuatan mereka sendiri. Dulu masa zaman belajar si peguam ni bercinta dengan kawan baik kekasih dia sekarang tapi dia curang menyebabkan si kekasih zaman belajar tu bunuh diri. Selepas kematian kekasih dia masa zaman belajar.. dia terus bersama dengan kekasih dia sekarang yang pernah menjadi orang ketiga dengan kekasih dia yang lama tu. Akibat dendam.. roh kekasih lama dia yang menyebabkan kematian kekasih dia yang sekarang. Kemalangan yang berlaku tu pun di sebabkan oleh roh kekasih lama peguam tu.

Ending cerita ni.. Peguam ni terjatuh dari bangunan ketika menyelamatkan budak perempuan bawah umur yang nak di bunuh oleh roh bekas kekasih lama dia. Masa nak selamatkan budak perempuan tu dia yang terjatuh tapi nasib baik tak mati cuma cedera. So sepanjang dia sakit budak perempuan bawah umur yang jadi kekasih baru dia yang jaga. Tapi hidup dia terus di hantui dua roh kekasih lama dia & terus di karma sampai habis cerita.

Tak tau hangpa paham tak apa aku cerita ni. Tapi itulah kisah dalam filem The second sight.. DVD filem seram Thailand yang aku beli minggu lepas. Filem ni klasifikasi 18 tapi tahap seram dia bagi aku biasa biasa je cuma klasifikasi 18 tu sebab ada adengan seksi meksi yang tak sesuai di tonton kanak kanak bawah 18 la kot. Nak kata best sangat.. boleh la layan. nak puji melambung2 tu untuk filem ni memang tak dapat la.

Gambar DVD Filem The Second Sight ni aku tak ambil guna DSLR dah macam dulu nak bagi nampak sharp & cantik.. Almaklum dah dapat sematpon baru. So, DSLR sila berehat la. 

Moral of the story.. Memang dalam kehidupan kita tak mustahil ada orang yang ada sixsense tapi bukan bermakna dia boleh lihat roh orang dah mati yer adik adik. Tu cuma dalam filem sahaja.. Yang di lihat mungkin makhluk ghaib jer. Memang takde manusia mampu melihat roh manusia lain yang dah mati. Ingat.. Tengok filem2 macam ni anggap sebagai hiburan semata mata jangan terpengaruh sehingga memesongkan kepercayaan anda.

p/s : Apapun hero filem ni hensem yang boleh buat perempuan jatuh cinta dengan watak romantik & caring dia hahaha

INI SEBAB ORANG JUJUR BUKAN KAWAN YANG BAIK

INI SEBAB ORANG JUJUR BUKAN KAWAN YANG BAIK. Nak cari kawan carilah kawan yang tak jujur sangat. Boleh menipu sunat, menipu besar & kalau boleh cari yang paling Win menipu lagi bagus. Kalau yang jujur ni kebanyakkan menyakitkan hati. Tak reti bermulut manis langsung. Apa dia rasa dia cakap jer.. Tak reti langsung nak bodek atau kipas supaya kita rasa kembang semangkuk. Memang menyakitkan hati kawan yang terlampau jujur ni, kan?

Biasa la kawan baik je boleh gelakkan kawan sendiri kan.. Kalau kawan tak baik gelak mau jadi gaduh

Kalau yang pandai menipu.. Tak kira la kau makeup macam mak lampir sekalipun tetap dia puji kau sampai langit ke tujuh. Dia sanggup biarkan orang gelakkan muka kau yang macam hantu kak limah dari bagitau perkara yang sebenar. Apatah lagi kalau kau buat perkara yang tak betul.. Insya Allah akan betul semua pada mulut dia. Tapi pada akal & hati dia belum tentu dia setuju dengan hangpa. Silap2 belakang bukan takam tikam, cincang lumat terus. Dia kutuk kaw kaw punya. Tanpa belas kasihan terus. Tapi di sebabkan dia sentiasa gud gud depan hangpa.. Hangpa pun rasa dialah kawan paling memahami maka susah sikit la hangpa nak detect kecurangan seorang kawan di belakang hangpa. Depan apa hangpa buat semua takde salah.. Belakang 1 novel dia karang buruk hangpa.

Tapi hakikatnya.. Orang lebih selesa berkawan dengan orang yang sentiasa sependapat, sentiasa puji, sentiasa sokong dia jer.. Sekali kau tak sependapat dengan dia, selamanya dia isytihar musuh. Padahal.. dalam banyak2 perkara cuma 1 je dia bercanggah pendapat dengan hangpa. Terus label dia bukan kawan baik.

Kesimpulannya spesis yang tak boleh terima perbezaan pendapat ni kena kawan dengan orang2 yang suka menipu & tak jujur je. Kalau jujur sangat dia mudah sentap. Dia cuma nak dengar yang puji2 & sokong2 je dari kawan2 dia. Yang tak sependapat tu tak layak geng dengan dia walau kau dah berkawan dengan dia sejak kecil sejak dari zaman ni lagi >> 17 Perkara Yang Kanak Kanak Zaman 80an & 90an Pernah Buat << tetap dia boleh reject kau hanya sekali kau tak sependapat dengan dia.

Moral of the story.. Aku kawan dengan sesiapa pun kat alam maya ni kalau nak bagi komen & pendapat jarang sangat la komen yang jenis menjaga hati ni. Komen aku tak kira sokong ke tak sokong, aku komen berdasarkan pendapat aku sendiri. Atau kalau aku rasa orang tu macam jenis otak jenis terkongkong sikit, aku malas nak komen atau tengok langsung dah post dia. Sebab kalau aku nampak, takut terkomen yang tak sependapat tacing sampai ke tulang rusuk pulak.

INILAH WAJAH LELAKI PALING SEMPURNA DIMATA PEREMPUAN

INILAH WAJAH LELAKI PALING SEMPURNA DIMATA PEREMPUAN. Sekarang tengah viral gambar PM kanada yang hensem giler katanya. Alahai PM Malaysia pun ensem jugak walau dah kategori warga emas. Dah tak heran tengok perdana menteri hensem ni. Takde apa yang menarik sangat pun bagi aku sampai nak teruja bergegar getar segala tulang temulang bagai. Tak tau la kan mungkin faktor dah kawen & berstatus isteri & ibu.

Sumber Google

Tapi bagi aku la kan.. Wajah paling sempurna setiap hari aku tengok & pandang. Adalah suami & anak sampai aku rasa bersalah kalau tengok muka lelaki lain & terkomen "hensemnya". Serius aku rasa macam tak best je macam tu. Sampai aku taknak rasa mana2 lelaki dalam dunia ni lebih ensem, lebih menarik dari suami sendiri. Aku sentiasa jaga hati, jaga perasaan agar tak terbabas. Aku takut tercurang walau hanya dengan pandangan & dalam perasaan. Aku sayang suami.. aku sayang anak.. Aku tak pernah doakan supaya aku di temukan dengan orang yang lebih baik tapi doa aku setiap hari moga suami aku akan jadi suami yang terbaik.

Ni La kot Perdana Menteri Kanada Yang Baru sedang jadi viral oleh wanita2 seluruh Malaysia sekarang. Perempuan negara lain aku tak sure.. aku banyak di kelilingi orang2 Malaysia je. Komen aku.. Entahlah jangankan nak bergetar tulang rusuk jari pun takde rasa menggigil tengok rupa dia. Biasa je aku tengok. Rupa lelaki mat saleh. hehehe. Sumber Google

Kadang2 keterbukaan wanita wanita sekarang dalam menyatakan perasaan pada lelaki lain di laman sosial walau atas dasar peminat dengan public figure aku rasa macam... hurmm.. susah nak cakap. Aku rasa macam tak best bila bila seorang perempuan berstatus seorang isteri memuji lelaki lain berlebihan secara terbuka. Aku bukan kata aku baik.. cuma aku rasa tak best jer. Nak2 lagi yang terlebih feel tengok drama @ filem cinta.. Caption2 depa tu kadang2 macam nak cakap suami depa takde ciri2 yang sweet macam dalam cerita depa tonton. Nama pun cerita.. watak tu di reka & dah di susun perjalanannya. Lelaki tetap manusia.. mustahil boleh jadi sempurna macam cerita cinta.

Biarlah laki kita tak sado macam Zul Ariffin, Tak hensem macam Pm kanada yang tengah viral asalkan dia ada ciri2 yang buat kita senang hati & sentiasa rindukan dia.

Sebenarnya mendapat pasangan yang kurang menarik dari segi rupa paras ni sangat beruntung tau! Kebanyakkan pasangan macam ni lebih melihat pasangan dia terlalu istimewa berbanding mendapat pasangan yang punya rupa pujaan ramai ni. Apalah yang seorang perempuan harap selain pasangan dia melihat dia lebih sempurna berbanding wanita lain walau hakikatnya kita masih serba kekurangan segala sudut, kan?

Moral of the story.. tak kira dari pihak lelaki atau perempuan.. jaga hati, jaga pandangan. Curang bukan hanya pada perbuatan tapi juga boleh terjadi dengan pandangan & perasaan tanpa kita sedar.

SATU BENDA YANG PEREMPUAN TAK BOLEH KONGSI DENGAN ORANG LAIN

SATU BENDA YANG PEREMPUAN TAK BOLEH KONGSI DENGAN ORANG LAIN. Dalam hidup kita tak kira lelaki atau perempuan walau tak kedekut tahap bakhil pun tetap ada benda yang dia tak boleh share dengan orang. Ada orang tak boleh share bantal dengan orang.. ada orang tak boleh share masalah dengan orang & ada orang pantang kalau orang share pakaian dia. Setiap orang ada la perkara yang dia tak boleh share dengan orang tapi cuma 1 perkara yang aku rasa kebanyakkan semua perempuan sama. Dia takkan boleh share dengan sesiapa benda ni. Setakat pad dia boleh lagi share dengan orang tapi benda ni memang mana2 perempuan kebanyakkan akan terus bertukar jadi macam2 watak yang bukan diri dia bila dia tahu orang lain cuba share.


Yer betul tekaan puan puan semua.. Suami! Walau bukan semua perempuan macam tu tapi kita tak dapat nafikan kebanyakkan perempuan memang takkan sanggup kongsi suami dengan orang lain. Betul la.. Islam menghalalkan poligami & Sunnah Nabi pun berkahwin empat. Tapi sebab lelaki yang kawen je dia nak ikut cara Islam & sunnah nabi membuatkan perempuan memang tak boleh terima hidup berkongsi suami.

Terbaca kat harian metro semalam pasal seorang perempuan ni amuk & pecahkan kereta BMW laki dia sebab kantoi laki dia ada perempuan lain. Nak2 masa kejadian memang perempuan simpanan lelaki dia ada dalam kereta ty. Tak kira la berapa juta kereta tu.. Bila melibatkan perempuan lain ni.. Bukan takat kereta, silap haribulan dengan laki dia sekali dia hentak. Itulah yang berlaku pada pasangan warga China ni. Memang kita tak boleh nak cakap apa.. Kita sendiri pun tak boleh terima kecurangan pasangan macam tu jugak orang lain. Curang bukan cara yang di ajar Islam. Kalau awal2 lagi dah tipu bini macam tu.. kau jangan berlagak ustaz nak cakap pasal sunnah bagai.


Perempuan bila lelaki tu dah ada ikatan perkahwinan dengan dia tetap la lelaki tu segala galanya untuk dia. Biarlah laki dia takde ciri ciri lelaki macam ni >> Seksi Sebenar Seorang Lelaki << tetaplah laki dia & kau jangan cuba2 nak try. Silap orang kau try kepala boleh bersepai.

Moral of the story.. Biarpun Islam menghalalkan poligami tak bermakna semua tindakkan anda tu betul untuk berpoligami. Niat tidak menghalalkan cara. Kalau nak buat perkara baik, cara pun kena betul baru seimbang.

AWAS! MESEJ CURANG PASANGAN BOLEH JADI BAHAN BUKTI UNTUK DI PENJARA

AWAS! MESEJ CURANG PASANGAN BOLEH JADI BAHAN BUKTI UNTUK DI PENJARA. Zaman teknologi ni memang meningkatkan kes kecurangan. Tak kira bagi pihak perempuan mahupun lelaki. Dua2 sama naik bak kata orang kedah. Kalau dulu nak curang dia banyak step sikit nak buat.. Tapi sekarang duduk dalam rumah sambil tengok tv dengan family pun depa boleh curang hanya semudah hujung jari. Yelah.. berapa kerat yang takde smartphone & access internet.


Kalau kita dapat kesan pasangan kita curang melalui media sosial.. Jangan nak mengamuk dulu atau dok tadah berkoyan koyan airmata sebab makan hati. Tengok tahap mana kecurangan pasangan tu. Kalau boleh slow talk.. elok la bawa berbincang. Kalau suami/isteri makin teruk sampai mengabaikan tanggungjawab pada keluarga ini masanya anda bertindak dengan lebih agresif. Agresif bukan kata pi belasah pasangan atau orang yang jadi orang ketiga dalam rumahtangga hangpa tu.. Satgi depa selamat hangpa yang mereput dalam lokap pulak. Ambil langkah selamat & bijak.

Caranya.. simpan mesej2 & gambar2 curang pasangan. Sebab benda tu boleh di jadikan bahan bukti untuk mendakwa orang ketiga kesalahan mengganggu atau memecahbelahkan rumah tangga pasangan berkahwin sehingga mereka bercerai mengikut Seksyen 36 dan Seksyen 37 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997. Individu berkenaan perlu melaporkan kepada Jabatan Agama Islam di kawasan mana kesalahan itu berlaku. Pihak jabatan akan membuat siasatan dan jika ada bahan bukti, saksi dan kes kuat, barulah pihak ketiga akan didakwa di bawah prosedur jenayah syariah. Jika sabit kesalahan, mereka terbabit boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Mereka yang dikategorikan sebagai orang ketiga boleh merujuk antara pasangan kekasih lelaki dan wanita, wanita dengan wanita (lesbian), lelaki dengan lelaki (gay), kalangan keluarga, saudara mara, adik beradik, ibu bapa atau datuk dan nenek.

Dengan cara macam tu mungkin jugak boleh menyelamatkan rumahtangga anda. tapi kalau memang cinta depa dah ikat mati bukan ikat tepi lagi at least takde la sakit hati sangat lepas macam tu je. Sekurang kurangnya orang yang pernah jadi parasit dalam rumahtangga kita tu di kenakan tindakkan undang undang dunia.

Apapun kenapa perlu ganggu hubungan rumahtangga orang. yer Islam Menghalalkan poligami tapi cara kena la betul. Kalau dok skandal sembunyi2 tu dah tak betul caranya. nak2 lagi sampai meruntuhkan rumahtangga orang. Buat apa nak cari masalah dengan pilih suami orang. Ye dak??

Moral of the story.. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. hati hati pada mereka yang sekarang tengah skandal dengan suami atau isteri orang lain. Nasib tak baik belum sempat hangpa lari pi kawen kat siam dah dapat pakej honeymoon kat hotel besi biru putih.

PEREMPUAN CURANG LAHIRKAN KEMBAR BERLAINAN BAPA

Kuasa Allah siapa boleh menidakkan. Kalau Dia berkehendakkan berlaku, sikembar yang di kandung seorang ibu boleh jadi setiap seorang mempunya bapa yang berlainan. Tu la tanda kebesaran Allah & nak tunjuk kat manusia mereka yang melakukan kejahatan walau di sembunyikan kalau Allah nak bongkar semua, bila2 masa pun boleh.

 Sumber google

Macam tu jugak berlaku kat pasangan kembar ni, Mak dia cuba dapat perintah mahkamah untuk tuntut nafkah untuk anak kembarnya tapi bila ujian DNA di lakukan, kedua bayi tu di sahkan berlainan bapa. Last terbongkar jugak bila perempuan tu mengaku dia pernah meniduri 2 orang lelaki dalam masa seminggu.


 

















Sumber Media Hiburan

Curang lagi kat laki sendiri. Dia ingat boleh sorokkan sampai mati la kot tetiba jadi macam ni.. hambik kau!

Moral of the story.. Ingat yer para Isteri Syurga di bawah tapak kaki suami tapi bukan suruh dok buat style hindu dok ambil restu cium kaki pulak. Tu Cara agama mereka yang tak sama dengan agama kita. Yang penting jangan menduakan suami sebab isteri tak ada sunnah atau di bolehkan bersuami lebih dari satu dalam satu masa. hahahaha


TAK SALAH PILIH SUAMI ORANG CUMA PERLU FIKIR 5 PERKARA NI DULU

 Ramai gadis-gadis sekarang nampaknya mula selesa memilih suami orang sebagai pasangan hidup. Tak tau la sebab apa.. maybe laki orang ni pandai ngorat kot. Yelah.. berpengalaman handle perempuan bernama isteri ni dia punya skill power sikit la pada lelaki bujang. Maybe la kot.

Orang kata cinta tak boleh paksa.. tapi kena ingat cinta tu kita yang pupuk sehingga ia bercampah menjadi taman astakona. Bukan salah cinta atau salah takdir yer.. kalau pun lahir perasaan tu tapi kita tak membaja atau melayan mustahil la mampu pergi jauh.. Yelah.. yelah.. jodoh tu rahsia Allah. korang nak guna alasan tu kan? Ye betul jodoh tu Allah dah tetapkan..  Tapi sebelum korang rasa itu memang jodoh korang bersama suami orang apa kata korang try renung renungkan ala2 Prof Izzi 5 perkara ni sebelum ambil keputusan menjadi orang kedua atau ketiga dalam rumahtangga orang lain.

1. mampu ke dia menyara korang & bakal anak2 korang nanti
2. mampu ke korang terima orang ketiga atau keempat selepas korang kalaupun korang sanggup jadi orang kedua di hati & hidupnya. Tak mustahil boleh berlaku
3. sanggup ke korang kena hina,caci,maki seperti yang berlaku pada mana2 perempuan yang rampas @ tumpang laki orang untuk jadi bini nombor 2 contoh bini asyraff muslim, wan sakinah & Hanez suraya. Bayangkan korang kat tempat dia. Even korang bukan publick figure pun ingat mulut masyarakat ni tak kira korang sapa.
4. Masa bersama korang sangat terhad.. maybe ada hari2 istimewa macam hari raya mungkin dia tak beraya dengan korang.
5. Segala benda milik suami perlu di kongsi.. 

Apakah korang mampu terima semua ni? Atau jangan nanti ambil pisau kelar tangan pulak.. Fikir baik2 ia tak semudah kata2 bila kita nak lakukan. Sebagai seorang bini orang.. Aku memang tak sanggup nak hadapi 5 perkara ni. Setiap hari aku tunggu je laki aku balik kerja, gamaknya macam mana perasaan bini orang yang berkongsi suami kena tunggu giliran tu yer.

P/S : Kalau seorang lelaki yang betul2 layak mengamalkan poligami nescaya tiada isteri yang akan rasa kurang atau lebih berbanding madu madunya. Tapi.. kalau laki orang yang korang pilih setakat nak bawak korang lari kawen kat siam atau kalau bini tahu pun sebab kantoi.. dah nampak sangat kegagalan dia untuk menjadi pemimpin yang baik. Nak terus terang dengan bini pun tak berani macam mana dia nak jadi perisai korang bila korang terpaksa berdepan dengan dugaan yang lebih besar dari tu. So, sekali lagi renung renungkan ala2 prof Izzi & selamat berfikir sedalam mana cinta mu, Safura. kekekekeke

**Hari ke 54 masih tiada apa2 petunjuk atau pentanda tentang MH370. Misteri sungguh kehilangan ini. Tak terjangkau akal nak fikir apa yang berlaku. Banyak teori & spekulasi tiada satupun dapat memberi jawapan tepat. Hanya Allah yang tahu maka kepada Allah juga kita memohon pertolonga  moga Allah membuka jalan untuk para penyelamat menemui apa2 bukti tentang mereka**


KISAH CINTA, CURANG & PERKAHWINAN ALMY NADIA DAN FIZZ FAIRUZ

Nak kata aku ikuti sangat kisah percintaan pelakon Almy Nadia dengan Fizz Fairuz ni takde la ikut sangat. Tapi tahu jugak kontroversi2 yang melanda mereka ni. Yelah... Rasanya aku bukan dok dalam hutan amazon. Aku pun jenis yang tengok TV & kerap abiskan masa dalam dunia maya & suka membaca macam2 isu jadi apa nak pelik kalau aku tahu apa yang berlaku.

Kisah cinta almy & fizz ni bagi aku hebat jugak la.. Yelah.. selepas 8 tahun bercinta tup tup fizz pi bertunang dengan perempuan lain ntah dari mana ceruk dia jumpa pun tak tau. Bayangkan perasaan almy nadia masa tu... rasanya hati & perasaan dia macam kena blender lumat. Ko bayangkan la hati yang dah lumat tu boleh bercantum & membentuk kembali percaya & cinta. Bukan senang tau... kebanyakkan orang yang terluka pun dah tak boleh nak maafkan, inikan orang yang hatinya di blender hancur.

Perjalanan cinta mereka

Namun itulah dinamakan Jodoh.. Bila pertunangan fizz dengan sipolan tu di putuskan sebab katanya perempuan tu masih bini seseorang. Ada jugak la aku baca.. katanya fizz tu kononnya kena sihir. Sejauh mana betul cerita tu tak sure la. Cuma dengar dengar gitu2 jer. Tu tak penting dah sekarang untuk di ungkit.. Yang aku nak highlight adalah kemuliaan hati Almy Nadia ni yang boleh lagi maafkan & terima kembali fizz setelah apa yang berlaku. Kita terasa sikit dengan status orang pun simpan dendam sampai 7 keturunan (tak merujuk kepada sesapa, kadang2 diri sendiri pun camtu jugak).. inikan pulak kalau berdepan dengan situasi macam almy Nadia ni gamaknya berapa keturunan bermusuh.

Itulah perancangan Allah.. Soal Jodoh pertemuan Ajal & maut sudah tertulis sejak azali. Menjadi rahsia sehingga ianya berlaku. Namun ketulusan hati almy nadia tu ada part yang kita boleh jadikan contoh even nak kata dia perfect tu takde la perfect. Macam kita jugak.. ada kurang & lebih. So, kita ambil yang baik untuk di contohi. ye dak. Apapun semoga rumahtangga mereka di beri kebahagian yang berkekalan.

P/S : menjadi seorang pemaaf tidak bermakna anda seorang yang bodoh.

P/S : Hari ni maybe hari ke 51 pesawat MH370 hilang tanpa di kesan. Doa2 kita masih di perlukan. Terus doakan semua yang terlibat semoga di lindungi Allah & di beri petunjuk untuk membongkar misteri kehilangan ini


KAWAN AKAN LEBIH JUJUR BILA MENJADI MUSUH

Kita selalunya rasa bila orang tu berkawan dengan kita, dialah yang baik, jujur & ikhlas. Sentiasa menyokong apa yang kita buat. Kita rasa dia tak pernah sakitkan hati kita.. Sentiasa berpihak pada kita bila kita di serang dengan anasir2 jahat. Bagi kita itulah kawan.. yang kononnya memahami kita.

Kebanyakkan yang bernama kawan ni tak jujur dengan kita hampir 50%. Kita nak nampak apa pandangan dia pada kita tunggu sehingga dia anggap kita musuh. Dari situ baru dia akan cuba menjadi seorang jujur untuk memperlihatkan keburukkan, kesilapan & kesalahan kita yang dia nampak sepanjang dia menjadi kawan kita. Masa dia berkawan dengan kita tak pernah pulak dia tegur kita.. yang ni tak elok. Yang tu tak boleh.. yang ni berdosa. Bila jadi musuh tetiba jer benda yang pernah dia sokong kita bila kita buat, dia nampak sebagai satu kesalahan & keburukkan diri kita walau niat nak mengaibkan kita tapi percayalah.. itulah yang sebenarnya pandangan dia pada kita selama ni cuma tak di suarakan semata mata nak menampakkan diri dia kawan yang baik & sentiasa menyokong kita.

Bila berkawan di laman sosial ni.. Memang aku banyak melihat & belajar. Sebab tu aku susah untuk percaya pada sesiapa walau bernama kawan. Sebabnya.. bila satu masa ada perselisihan faham.. Rahsia kita la akan menjadi senjata mereka. Kita takkan tahu siapa baik siapa jahat untuk masa depan walau hari ini kita nampak dia perfect sebagai seoarng kawan. Jadi berhati hati & berpada pada lah dalam berkawan. Kawan kita kebanyakkan takkan tunjuk silap kita semasa berkawan tapi akan menyebutnya ketika bermusuh. Terima atau tak.. itulah yang banyak berlaku. Nak jumpa kawan yang betul2 membimbing & mengingatkan kita setiap kali kita melakukan kesilapan memang susah... selalunya kawan yang kita anggap baik bila sama2 boleh join mengumpat. Kau tak suka orang tu.. kau ajak kawan kau mengumpat dia.. kawan ko pun support apa yang kau umpat itulah yang kau anggap kawan. Cuba masa dia ajak kau mengumpat.. kau tolak & tegur dia... confirm keluar sindir menyindir. Mengaku atau tak kita lebih rela berkawan dengan orang yang hipokrit dari menerima kenyataan di tegur, betul tak?

Dan kerana tu jugak aku takde geng borak kosong dalam group bila di laman sosial. aku takde geng wechat, geng whatsapp atau geng sembang cara berkumpulan ni. Apa yang korang tengok aku bual kat komen FB, itulah komunikasi aku dengan kawan2 alam maya. Ada la sorang dua PM bagitau tu ni.. tapi abis satu isu tu abis la. Nak kata.. seminggu sekali pun payah aku nak borak2 dengan sapa2 secara private. sekali sekala je orang PM aku kalau ada apa2 isu dorang nak cakap, tanya atau bincang.

Pengalaman yang banyak ajar aku untuk berpada pada dalam berkawan. Pengalaman juga buat aku berhati hati dengan semua yang bernama kawan. Jadi dari pengalaman aku.. Moga jadi pengajaran pada orang lain. Memang bukan semua kawan itu jahat & kena ingat bukan semua kawan juga benar benar baik tapi kita takkan tahu siapa baik & jahat sehingga sesuatu perkara berlaku macam perselisihan faham. Masa tu kita akan menyesal pada banyak perkara so, sebelum benda tu menjadi kesalan yang tak berguna ambil langkah keselamatan dari sekarang.

Ikhlas dari hati.hehehee

P/S : dalam hidup memang kita perlukan kawan, tapi kawan mungkin tak selamanya akan bergelar kawan mungkin suatu hari dia bernama lawan.

P/S : 45 hari MH370 hilang dan masih hilang. Yang mati masih mati dalam teori... Ya Allah kau bukakan jalan untuk semua jawapan di temui.


PERNAH BERMADU TAPI TAK TAHU

Membaca kosmo di ruangan Rencana Utama hati, naluri & jiwa seorang isteri agak sentap jugak la. Biarpun kisah tu di ceritakan oleh seorang suami berkenaan masalah yang melanda dia & isteri keduanya gara - gara Facebook yang menemukan kembali isteri keduanya & dgn bekas kekasih dan kerana kecurangan isteri kedua tu mereka akhirnya bercerai. tapi apa sang lekit lebih terfikir pada isteri pertama yang tidak tahu hidup bermadu & di tipu suami sendiri. (Untuk membaca artikel tersebut sila clik DISINI )

Kisahnya bermula apabila si isteri (pertama) ni terpaksa pulang kekampung halamannya selepas kematian Ayah untuk menguruskan ibu  yang uzur & perniagaan keluarga. Terpaksa la hidup berjauhan pasangan suami isteri ni & hanya dapat bertemu 3 minggu sekali. Dorang ada 4 orang anak. Bermula dari situlah kesetian sang suami mula tergugat.

Dari di madukan sampaikan sang suami bercerai dengan isteri kedua, Si isteri pertama tetap tak tahu apa yang berlaku di belakangnya. Kesiankan.. Mati2 la si isteri ni percaya pada sang suami tapi dalam pada yang sama dia di tipu hidup2. Bayangkan kalau isteri pertama ni tahu dia pernah di madukan.. Walau pernah di madukan bukan masih bermadu tapi tetap si isteri akan kecewa sebab kepercayaan dia pada suami selama ni di perbodohkan.

Agaknya apa perasaan sang suami tu ekk?? Tak ke dia di hantui rasa bersalah kerana pernah mencurangi isteri yang setia? Tak terfikir ke si lelaki tu macam mana kalau dia yang berjauhan dengan isteri, meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada isteri tapi akhirnya di tipu, di curangi & di duakan?? Mungkin lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang tapi soal hati, soal curang, soal setia, soal di tipu tetap salah, kan?? Rasa sakit tetap sama tak kira di pihak lelaki atau perempuan jika di tipu & di duakan. Sesungguhnya sedikit sangat perempuan di dunia ni rela di madukan.. Apatah lagi lelaki, korang rela ke di duakan?? Jadi kalau korang pun tak sanggup, jangan minta isteri yang tak sanggup untuk sanggup terima walau pahit & perit.

BILA ORANG LAIN TAHU SESUATU YANG KITA TAK TAHU TENTANG PASANGAN KITA..

Sejauh mana kejujuran seseorang tu kadang - kadang mata kasar tak dapat mentafsir. Manusia adalah pelakon yang di lahirkan dengan bakat yang semulajadi walau tak beraksi depan kamera atau atas pentas namun bakat lakonan tu memang wujud dalam diri setiap manusia tak kira la banyak atau sikit bakat lakonan yang dorang ada.

Sang lekit suka memerhati.. Pun macam tu bukan bermakna sang lekit suka tenung, usya atau tengok orang lain sampai tak kelip mata & mengundang rasa tak selesa tapi memerhati gelagat manusia tak kira dari perbuatan, penulisan atau pergerakkan. Fenomena FB (Facebook) memang tak asing lagi dalam dunia kita hari ni. Budaya menulis apa saja tak kira la berbentuk santai, lawak, peribadi, marah atau luahan perasaan kat dinding facebook pun bukan la benda yang pelik lagi. Di Facebook kita akan berkait - kait dengan antara satu sama lain. Contoh kita add sorang kawan.. kemudian tengok dalam friendlist dia ada makwe, bini, tunang or skandal dia pun terpacak kat situ, sebagai manusia normal yang kalau tak banyak pun sikit mesti ada sikap penyibuk tu nak jugak kenal pasangan kawan kita tak kira la dengan niat baik atau sebaliknya.

Kawan kadang - kadang lebih kenal perangai pasangan kita ni. Nak - nak lagi pasangan kita ni suka sangat bernakal nakalan di belakang kita tapi depan kita bak kata pepatah pijak semut pun semut rasa macam kena urut jer.. Bila dia beraksi sebagai pelakon terbaik depan pasangannya, maka mata kasar si pasangan akan terkabur dengan lakonan baik tu. Yang jenis suka sangat la memuja muji pasangan secara umum ni kadang - kadang ada tak baiknya. Contoh kat status FB.. Bagi dia pasangannya macam malaikat.. sempurna, baik, setia, jujur.. Tapi di sebalik mata kasarnya sebenarnya si polan tu.. aduhai bukan takat mata keranjang, mata telanjang, mata miang.. & macam - macam lagi. Aktiviti di belakang pasangan kadang - kadang kawan2 lebih tahu & bila terbaca puji - pujian macam tu dari si pasangan sipolan ni pasti timbul rasa kesian...

Yang si polan mati2 la percaya.. dia la satu2nya takhta hati si pasangannya walhal.. belakang dia, Tuhan saja yang tahu. Persoalannya kini.. si pencurang yang suka bernakal nakalan walaupun dah di cop sebagai dah ada pemilik tak rasa kesian ker bila baca puji pujian.. puja pujaan dari pasangan yang percaya akan kesetian kamu selama ni?? Tak rasa ke memperbodohkan kasih sayang orang lain yang tulus pada korang? Renung - renungkan lah.. Buat diri sendiri juga pedoman untuk orang lain.

Entri ini terilham dari status kat FB.. Almaklum la sang lekit pun seorang isteri. Keikhlasan & kejujuran seseorang memang sukar di lihat, umpama semut hitam di malam hari yang gelap gelita. Cuma berharap, berdoa.. kepercayaan kita selama ni tak ternoda dengan kecurangan si dia di belakang.
If you have a wonderful husband, fiance or boyfriend who works hard to take care of you and would do anything for you, then re-post this as your status to give the honest good men out there the recognition that they deserve. Because great men are few and I'm proud to say that.. I HAVE ONE. << Status ni yang sang lekit jumpa pada wall someone & buat sang lekit mula terfikir sesuatu.. 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com