Kisah cinta almy & fizz ni bagi aku hebat jugak la.. Yelah.. selepas 8 tahun bercinta tup tup fizz pi bertunang dengan perempuan lain ntah dari mana ceruk dia jumpa pun tak tau. Bayangkan perasaan almy nadia masa tu... rasanya hati & perasaan dia macam kena blender lumat. Ko bayangkan la hati yang dah lumat tu boleh bercantum & membentuk kembali percaya & cinta. Bukan senang tau... kebanyakkan orang yang terluka pun dah tak boleh nak maafkan, inikan orang yang hatinya di blender hancur.
Itulah perancangan Allah.. Soal Jodoh pertemuan Ajal & maut sudah tertulis sejak azali. Menjadi rahsia sehingga ianya berlaku. Namun ketulusan hati almy nadia tu ada part yang kita boleh jadikan contoh even nak kata dia perfect tu takde la perfect. Macam kita jugak.. ada kurang & lebih. So, kita ambil yang baik untuk di contohi. ye dak. Apapun semoga rumahtangga mereka di beri kebahagian yang berkekalan.
P/S : menjadi seorang pemaaf tidak bermakna anda seorang yang bodoh.
P/S : Hari ni maybe hari ke 51 pesawat MH370 hilang tanpa di kesan. Doa2 kita masih di perlukan. Terus doakan semua yang terlibat semoga di lindungi Allah & di beri petunjuk untuk membongkar misteri kehilangan ini
5 Komen Melekat:
itulah jodoh . semoga terus berkekalan hingga akhirnya .
itulah jodoh . semoga terus berkekalan hingga akhirnya .
memang penyabar almy nadia cikgu faizah ni. mungkin dia betul2 cintakan fizz tu. semoga jodoh mereka berkekalan.
tulahkan, kalau dah jodoh
apapun jadi, kahwin juga!
moga berbahagia ke jannah
salam mami lala..
hepi tgk diorg.. tahniah buat almy dan fizz.. semoga kekal besama hingga ke akhir hayat...
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini