Showing posts with label cinta. Show all posts

AWAS! JANGAN MAKAN 6 JENAMA SARDIN NI

AWAS! JANGAN MAKAN 6 JENAMA SARDIN NI. Tu dia.. Penggemar sardin seluruh alam sila alert ok. Ni bukan fitnah atau gosip liar untuk menjatuhkan mana2 jenama produk sardin yang di pasarkan kat Malaysia tapi ini adalah khidmat masyarakat supaya hangpa tak termakan benda2 kotor yang mungkin memudaratkan kesihatan hangpa nanti.


Yer sardin ni sangat penting dalam kehidupan kita terutama orang bujang yang skill memasak tahap tadika lagi. Sardin la lauk paling senang di sediakan ketika lapar & bajet tak berapa meriah. Walaupun cap2 terkenal ni agak mahal.. tapi di pasaran masih ada brand2 yang murah. Tapi tu la.. Bila murah kualiti pulak tak jaga.

Sebelum ni ada 3 brand sardin dari china tak silap di tarik balik di pasaran kerana mengandungi cacing.. Sekarang lagi 6 brand sardin menerima nasib yang sama atas alasan yang sama. Cacing wei bukan bihun.

Antara 6 Brand tersebut adalah

Cinta
Sea Fresh
HS Brand
King Cup
Bintang
TC Boy.

Allahu wei.. ada jenama yang aku pernah makan. Ni nak muntah ke.. nak berak ke atau nak kena maki? King Cup pun kena wei. antara jenama otai & paling di percayai sebelum ni. Harga pun tak murah. Tin besar pun tak silap RM7.00++.  TC Boy tak silap dulu blogger ramai yang dapat paid review kan? Pakat2 delete review hangpa tu yer. sebab Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan dan syarikat yang terbabit sudah diarah menarik balik produk berkenaan dari pasaran serta dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

Lepas ni beli Ayam Brand je la. Mahal tahap nirrojim pun takpe janji takde extra haiwan sebagai lauk. walaupun KKM mengesahkan risiko kesihatan yang akan dihadapi oleh individu amat rendah kerana cacing terbabit sudah mati kerana melalui proses memasak atau pengetinan tapi loya tekak wei.. Cacing bukan serangga/haiwan yang menjadi makanan manusia kot.. erkk tak tau la ada spesis manusia pemakan cacing yang pasti majoriti manusia tak makan cacing. Cacing je akan makan manusia lepas mati. kekekeke

Apapun kalau ada sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah, kawasan, bahagian yang terdekat boleh menghubungi kementerian laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Sumber berita : Berita Harian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin yang mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam produk ikan sardin berkenaan adalah jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan dan syarikat yang terbabit sudah diarah menarik balik produk berkenaan dari pasaran serta dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

KISAH SEORANG SUAMI SANGGUP KE IPOH & KEMBALI KE PARIT UNTUK AMBIL GAMBAR ARWAH ISTERI DI BAWA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA

KISAH SEORANG SUAMI SANGGUP KE IPOH & KEMBALI KE PARIT UNTUK AMBIL GAMBAR ARWAH ISTERI DI BAWA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA. Pagi2 hati bagai di sentap membaca sebuah kisah cinta dari seorang lelaki teragung katanya.. Kau tetap tu nak guna ayat2 drama. Biasa la.. lebih dramatik lebih terkesan di hati katanya.. Tapi betul la kisah seorang pakcik ni memang buat aku rasa..'Alahai.. sedih campur terharunya. Yelah.. kebanyakkan lelaki lepas isteri meninggal je tak sempat kering tanah kubur dah sibuk nak cari penganti kan.. Tapi bukan semua lelaki yang cari penganti selepas isteri meninggal dunia tu cepat sangat lupakan isteri dia.. Mungkin kerana dia fikir perlu seseorang menggantikan ibu kepada anak anak & mengisi kekosongan dalam kehidupan..Tak salah pun dari yang bini tak sempat mati dah bawa lari perempuan lain kawen senyap2 kat negara jiran kan.


Walaupun ramai lelaki yang tak sempat tunggu bini mati dah nak cari penganti.. di celah celah tu masih ada lelaki teragung yang setia sepanjang hayat dengan isteri yang selama ini berkongsi hidup, susah & senang bersamanya. Di cerita oleh seorang photographer di media sosial tentang pakcik ni.. Dia sanggup balik kerumah dia di Ipoh semata mata nak ambil satu sampul berisi sekeping gambar isterinya untuk di abdikan semasa photoshoot majlis perkahwinan anaknya.. Katanya takut tak cukup korum (tak lengkap potret keluarga)


Menurut photographer yang menceritakan kisah pakcik tu katanya setiap hari sepanjang 4 tahun dia akan ke pusara isterinya membawa bunga.. Sweetnya. Semoga pakcik ni bertemu isterinya di syurga nanti. Ya Allah semoga pasangan kita nanti pun akan terus meletakkan kita di hatinya walau mungkin jasad kita yang di liang lahat dulu kan...


Walaupun cerita2 macam ni selalu wujud dalam drama cinta atau novel cinta.. kisah pakcik ni membuktikan masih wujud lelaki teragung bukan hanya dalam drama cinta. Alahai.. mungkin kat luar sana pun masih ramai lelaki lelaki macam tu cuma kisah mereka tak berpeluang jadi viral.. Mungkin jugak akan datang salah seorang dari lelaki lelaki teragung ni adalah pasangan hidup kita, kan? siapa tahu... hehehee

Moral of the story.. Kadang2 lelaki ni tak tunjuk kasih sayang dengan kata kata tapi perbuatan buat orang perempuan jadi wasangka bukan bukan macam kisah suami isteri ni >> Anda Akan Anggap Lelaki ini Suami Paling Teruk.. Tapi Yang Berlaku sebaliknya. So tengok sendiri << Sebab kaum lelaki ni kadang2 susah nak di jangka kan.. Jadi untuk keharmonian rumah tangga perlu saling percaya antara satu sama lain.

LOVE YOU MISS POMEN KISAH JANDA & KEKASIH ORANG

LOVE YOU MISS POMEN KISAH JANDA & KEKASIH ORANG. Sebelum ni ada entri aku review pasal Tajuk drama Love you Miss Pomen yang ber identitikan drama korea. Yelah.. drama2 korea je selalu letak tajuk2 macam ni kan.. Malam ni (isnin) bersiaran la drama tersebut di TV9 sejak pukul 8.30 tadi kot...


Aku tengok jugak la sebab starting tu macam best jer.. Rupanya kisah antara seorang janda cantik (Mira Filzah yang pegang watak sebagai Saerah Tukang Pomen yang lawa) & Remy Seorang Kontraktor (Lakonan Aliff Aziz). Alkisahnya.. si Remy ni di paksa oleh makwe dia untuk ikut balik kampung walau dia sebenarnya ikut pun sebab terpaksa. Nak di jadikan cerita lepas hantar makwe dia balik kampung.. Dia nak balik semula ke kuala lumpur.. Kereta Volkswagen dia rosak. So terpaksa bermalam kat kampung tu. Bila dia tak dapat nak repair kerosakkan tu sendiri maka di hantar ke sebuah bengkel..

Disitulah bermulanya perkenalan dia dengan Miss Pomen Cantik Saerah (Mira Filzah). Sebab kereta Remy tu lambat nak siap.. asyik follow up kat bengkel tu so dia jadi rapat la dengan salah seorang pomen lelaki sepupu kepada saerah iatu samad. Kat situ dia mula tahu cerita tentang saerah yang menjadi balu selepas suami dia meninggal. Rupanya suami si saerah dulu buka bengkel... Sebab perkahwinan mereka tidak di kurniakan anak maka bila boring saerah suka datang ke bengkel suami dia & belajar pasal kereta seterusnya dia pandai pomen. hehehehe

Disitulah bermula bait bait cinta.. Memandangkan Remy pun dah bosan dengan perangai awek dia yang kuat mendesak  lagi mudah la hati dia berubah kepada pomen cantik si Saerah. Bila Remy & saerah semakin rapat.. Timbul perasaan cemburu bekas kekasih saerah iatu anak ketua kampung kat situ. Maka si mamat tu  cepat2 la suruh mak bapak dia masuk meminang tapi di tolak saerah sebab saerah memang tak suka dia sebab dia pernah buat khianat pada suami saerah dulu.

sebab saerah tolak pinangan dia.. Maka mamat tu pecah rahsia kat makwe Remy tentang hubungan saerah & remy. Apa lagi Nana (makwe Remy) mengamuk la.. halau Remy dari rumah dia. Saerah yang mula nampak bahagia dengan Remy.. Gembira bila Remy lamar dia jadi teman istimewa tanpa tahu sebelum ni Remy ada makwe baru je clash lepas Anak ketua kampung tu pergi bongkar rahsia dia kat Nana. Sebab dia masih tak puas hati, mamat anak ketua kampung tu pergi bongkar rahsia tu pada saerah pulak. Siap bawa nana lagi jumpa saerah. Waktu tu Remy pun ada sekali. Kecewa la Saerah.. lepas dia dah buka hati dia buat lelaki lain.. tetiba macam tu pulak yang berlaku. Selepas kejadian tu Saerah taknak jumpa dengan Remy lagi.

Tapi Remy tak putus asa.. dia tetap berusaha pujuk saerah. Ending cerita ni saerah mengalah & suruh Remy kembali pada Nana.. Tapi moral cinta dalam drama ni agak Bagus.. Jangan cari yang lebih baik.. hargailah apa yang ada depan mata kerana ia lebih bernilai. Ingat tu lelaki.. Kalau sayang perbaiki jika ada kekurangan bukan tukar yang baru ok!

Drama ni kategori boleh layan walau jalan cerita agak tipikal.. cuma aku tetap rasa Mira Filzah masih belum mampu bawa watak2 berat macam tu.. Watak dia sebagai pomen perempuan tak berapa menjadi. Memang sepanjang cerita aku tak nampak pun Mira Filzah comot macam pomen2 lain. Muka maintain lawa jer walau kerja pomen hahahaha. Yang lain2 semua ok hehehehe.

TELEFILEM BELLA MENCARI CINTA KISAH TOMBOY DI MINATI RAMAI LELAKI SELEPAS KENA PANAH PETIR

TELEFILEM BELLA MENCARI CINTA KISAH TOMBOY DI MINATI RAMAI LELAKI SELEPAS KENA PANAH PETIR. Baca tajuk drama ni pun sebenarnya tak menarik langsung perhatian aku cuma sebagai bukan pelanggan esteruk, so tak banyak channel nak tengok. Sementara nak tunggu pukul 9 malam nak tengok filem seram kat slot pearl screen jabgi, so layan la sekejab. Manalah tau.. tajuk membosankan cerita dia best.


Tapi baru 15 minit tayang rasa macam tengok filem kuch kuch hota hai versi melayu pulak walaupun aku rasa kuch kuch hota hai lagi best kot starting dia. Ada babak watak heroin yang berpewatakan tomboy.. ingat kawan yang dia suka tu sedang meluahkan perasaan cinta pada dia tapi sebenarnya dia sedang practice untuk luahkan perasaan kat someone yang dia suka. Maka kecewa la si tomboy membawa diri. Tetiba kena panah petir pulak... Masuk wad. Kemudian dia rasa macam ada kuasa meresap dalam badan dia.

Setakat tu je la aku tengok.. tapi try jugak google sinopsis drama ni.. menurut sinopsis yang aku baca kisah tentang gadis tomboy bernama Bella seorang pelajar tahun kedua IPTA. Sepanjang umur dia tu memang dia tak pernah di dekati mana2 lelaki. Atas sebab tu timbul jugak rasa cemburu melihat kawan2 dia yang di minati ramai lelaki. Sampai la pada suatu hari tu dia kena panah petir. Apabila sedar dari pengsan semasa di hospital, dia sedar mana ada something berlaku kat diri dia sehingga mana2 lelaki yang nampak dia mesti suka kat dia..

Aku rasa ada kaitan dengan dia kena panah petir. Kesimpulan ni maybe ada unsur merepek & fiksyen. hahahaha... Ok la aku nak tengok filem seram. Walaupun ada unsur merepek jugak tapi aku enjoy tengok. hahahaha.

KISAH MAK & ANAK LUPA DIRI DALAM DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

KISAH MAK & ANAK LUPA DIRI DALAM DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP. Aku tak ada astro jadi tak banyak siaran yang ada kalau tak langgan astro. TV1 memang la kelaut.. polkadot terus.. TV2 tu boleh la tengok lagi. Yang clear sikit Tv3,NTV7,8TV & TV9 jer... Jadi tak banyak pilihan rancangan TV yang aku boleh tengok kalau bosan mengadap skrin pc ni. Tertengok jugak la drama Patahnya sebelah sayap tu tapi macam biasa sebab aku pun sebenarnya tak follow drama ni. Time pukul 10 malam tu kadang2 ada cerita best2 kat channel lain..


Semalam ada tertengok sebab semalam rasanya tak ada rancangan tv yang menarik kat channel lain. Tengok pun gitu2 jer sebab sibuk dok windows shopping kat ezbuy.. amboi ketagih bebeno kan bershopping kat ezbuy. Geram aku sebab murah2 hahaha... Sambil dok mentelaah kat ezbuy jeling2 jugak la kat TV. Sebab TV & PC aku ni hidup berjiran je. Sebelah menyebelah aku letakkan depa. Sebab senang aku nak pantau 2 skrin ni dalam satu masa katanya.

Episod semalam tertengok babak yang terlebih excited anak dia baru dapat kerja lawyer katanya.. Membelah belah sakan barang2 yang orang jual. Sampai laki dia pun dia tak peduli lagi. Si Laki pulak balik kerja bungkus nasi. Ajak si bini makan bersama pun dah tak nak. Katanya kenyang dapat beli barang2 tu. Happy tak terkata la bila anak dia bagi green light nak beli apapun beli la nanti anak dia bayar.

Aiyoo... Kalau dapat mak lagu ni.. Gunung emas pun rata beb! Anak tu baru ja dapat kerja.. Mak dah belanja mengalahkan Bini Perdana Menteri Malaysia. Watak mak dia pun nampak macam menjurus kepada manusia bakal lupa diri jugak. Mula dah demand bila anak dia dapat kerja sebagai peguam. Kereta buruk sikit pun dah tak bagi anak dia bawa pergi kerja. Siap pesan dah kerja nanti beli kereta baru. Kereta tu laki dia beli untuk anak dia tak silap. Beli ikut kemampuan seorang ayah jer. Tengok dari uniform kerja laki dia tu macam security guard jer. almaklum la aku tak follow pun drama ni dari awal.. Tengok ikut sempat jer. So main agak agak je la hahahaha

Tak tau la best ke tidak.. Menurut sinopsi cerita yang aku baca drama ni mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bercinta dengan seorang lelaki yang baru habis belajar dok tengah cari kerja. Makwe dia la banyak tolong masa dia tengah mencari kerja. Bila dapat kerja.. makwe dia la bawak dia pi shopping beli baju2 dia nak pakai pergi kerja. Akhirnya cita2 lelaki ni nak jadi peguam tercapai bila dia dah dapat peluang bekerja sebagai peguam. Bukan lawyer buruk yer.. Ni jadi lawyer betul betul punya tapi dalam drama tu la. hehehee.

Makwe dia la paling seronok bila dia dapat jadi penguam. Sebab dia sangat komited dalam kerjayanya maka kes pertama dia handle, menang. Kejayaan pertama tu di raihkan bersama kekasihnya di sebuah kedai makan & di ambil kesempatan time ni nak lamar kekasih dia ni.Kalau dah suka ni takkan nak tolak pulak kan.. Mesti la terima. Akibat terlampau happy gamaknya, siap bergurau senda dalam perjalanan nak balik tu, kebetulan hujan lebat tiba2 boipren dia terlanggar sesuatu. Yang di pandu tu kereta makwe dia. Depa tak pasti pulak langgar apa. Bila boipren dia keluar check apa yang di langgar.. masuk balik dalam kereta bila makwe dia tanya dia langgar apa dia cuma jawab dia langgar tong besar walhal yang di langgar sebenarnya orang cuma dia tak bagitau makwe dia.

Lepas beberapa hari kejadian langgar tu.. makwe dia terbaca dalam surat khabar mengenai kemalangan tu & dia syak ada kaitan dengan kejadian langgar semasa dia dengan pakwe dia aritu. Tup tup datang sekumpulan polis kerumah si makwe ni menahan dia atas sebab suspek utama kes langgar lari. Mula2 di pakwe lawyer tu janji la nak bela kekasih dia tapi bila kes dah di bicarakan kat mahkamah dia mula mendiamkan diri. Memang tak guna punya boipren. Sampai la si makwe di jatuhkan hukuman penjara 2 tahun.

Keluar dari penjara tu dia takde la pergi balas dendam ke hapa kat pakwe lawyer tak guna tu tapi dia bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pejabat yang dia tak tahu kepunyaan suami kepada mangsa kes langgar lari tu. Selebihnya kalau rasa macam best follow la drama tu kat TV3 pukul 10 malam setiap isnin hingga rabu. Apa jadi dengan di gadis yang teraniaya dengan kekasih sendiri tu.. Dia kembali berkasih dengan lawyer tu ke atau dia bercinta dengan suami mangsa langgar lari.. Aku sendiri pun tak tau. Apapun drama ni hint2 macam nak highlight pasal ketabahan seorang wanita dari watak gadis yang teraniaya tu. Walau dah di label sebagai bekas banduan dia tetap teruskan hidup.. Macam ni baru boleh di panggil wanita besi tak putus asa dalam hidup.

Kalau rajin nanti aku tengok la sebab pelakon dia pun tak berapa kayu mati sangat la. Antara pelakon dia Izzue Islam (Yang pegang watak lawyer tak guna tu) Ummi Nazeera (Pegang watak kekasih teraniaya) Aeril Zafrel (watak suami mangsa langgar lari) & Wawa Zainal (Watak Mangsa Langgar Lari). Boleh la tahan pelakon2 drama ni. Yang watak mak lupa diri tu di lakonkan oleh Normah Damanhuri.

Walaupun aku ni bukan peminat setia drama melayu sangat tapi aku tengok jugak la. Macam drama Nek Mis kat TV9 banyak episod jugak aku follow walau pun banyak skip. Still support tapi dalam pada masa yang sama kalau drama yang terlampau bodoh sangat tetap la aku bagi kritikan membunuh. Drama2 tak ada kualiti macam tu memang patut di racun dalam industri seni malaysia. Menjatuhkan martabat drama melayu je jadi tak salah kita bagi kritikan membunuh agar drama2 & filem2 bodoh ni terbunuh dengan kritikan kita. hahahaha. Drama atau filem yang berpotensi kalau ada sikit cacat cela baru boleh bagi kritikan membina sebab drama & filem macam ni kalau di polish Insya Allah boleh menjadi kebanggan Negara katanya.

KALAU DAH SAYANG BERJIMAK PUN NAK BAGITAU ORANG

KALAU DAH SAYANG BERJIMAK PUN NAK BAGITAU ORANG. Trend orang sekarang nak2 lagi pengamal media sosial. Kalau dah tengah angau.. tengah sayang.. tengah mood bulan madu di awan biru.. Kalau boleh berjimak pun dia nak bagitau orang. Punya nak tunjuk betapa bahagianya dia.. Bahagia yang seolah olah dalam dunia ni dia sorang je rasa. Orang lain tumpang tengok je dengan kebahagian dia.


Bukan kata salah berkongsi kegembiraan dengan orang lain cuma kadang2 walaupun bahagia apa yang kita kongsi tu tak sepatutnya orang lain tahu. Benda tu kadang2 patut jadi rahsia pasangan jer.. Tapi sebab ada yang rasa tak puas nafsu serakah dia kalau dia jer yang rasa sweet tu tapi orang lain tak tahu.. Tu yang bukan2 je dia share kat media sosial. Hari ni encik papa / cik mama kiss sampai lekat merah kat leher.. watdehek benda macam tu nak tulis kat media sosial. Ada orang sampai bersama pasangan pun dia nak bagitau biarpun cara kiasan/hint. Semalam yang hangat.. Sampai ke subuh bersenam. Jangan kata aku buat cerita memang aku pernah jumpa status2 macam tu sebab tu aku tulis kat dalam entri ni. Tu yang kadang2 aku suggest jer.. Lain kali snap pic sekali lepas tu upload baru status kau meletop kebabom masuk Amran Fans, KHK, siakap keli bagai.. Silap2 Walau kau tak retis beautifulnara pun up cerita pasal semalam yang hangat kau tu.

Sebenarnya.. banyak cara yang lebih baik untuk kita meluahkan rasa sayang, gembira & bahagia dengan pasangan. Menulis di media sosial bukan sesuatu pilihan yang bijak. Kalau kau private post tu & tag laki kau je takpe.. Orang lain tak boleh baca.. Ni post kau memang public. Motif sangat tau. Kalau dah rasa hangpa tu couple yang sweet like kencing manis.. Yang tunggu hari nak kena potong kaki tangan bagai... Meh lempiaskan nafsu kasih sayang hangpa dengan cara macam ni.  Setakat nak lock mangga cinta tu tak payah pergi korea.. Kat Bukit bendera pulau pinang pun dah ada katanya. Tapi kalau jauh sangat nak pergi bukit bendera banyak lagi cara boleh buat. Meh la tengok cara mana yang korang rasa sesuai nak buat >> Ini Cara Nak Buktikan Anda Memang Sweet Couple <<

Moral of the story... Perasaan sayang pada pasangan tu adalah normal.. Kalau tak ada rasa sayang susah untuk bertahan dalam hubungan tak kira bercinta atau berkahwin. Tapi tak semestinya kita menjadikan media sosial sebagai diari hati yang tiada rahsia lagi. Terlajak perahu boleh undur.. terlajak tulis kat media sosial orang printscreen memang susah dah nak delete bila tersebar. Ingat... Kadang2 sebab bahagia sangat pun boleh jadi malapetaka.

KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN

KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN. Aku sebenarnya malas nak tulis review pasal drama ni sebab aku bukan follow sangat pun. Kadang2 je aku tengok. Sebab hari2 masuk keywords pasal drama Kau Aku Kita ni maka biarlah aku kritik serba serbuk sikit pasal drama ni.

Sumber Google

Sebab starting tu aku tengok la jugak.. Jadi aku tahu la sikit2 macam mana bermulakan perkenalan hero & heroin drama ni. Rupanya depa ada nama yang sama. Cuma beza jantina je. Di sebabkan nama sama depa berkenalan seterusnya kawen. Kawen pun atas dasar terpaksa tapi sapa paksa & kenapa di paksa.. aku tak sure. Macam aku cakap.. aku tak follow sangat drama ni.

Malas nak follow drama2 tipikal ni.. Jalan cerita lebih kurang sama je. Kena kawen paksa.. masing2 mula2 tak suka antara satu sama lain.. lama2 jatuh cinta, hidup bahagia lepas tu mengandung & beranak. Perjalanan cerita dia pun sama.. dah tak suka masing2 tak jalankan tanggungjawab suami isteri. Bila laki nak sentuh bini dia tak nak. Sementara nak tunggu suka kira derhaka la si isteri tanpa rasa bersalah dengan alasan depa kawen sekadar nak penuhi permintaan orang lain so kawen macam tu tak jalankan tanggungjawab masing2 macam tak berdosa je. Drama yang ajar orang buat macam tu.. So, kalau berlaku dalam realiti kehidupan kita cerita kat TV salah satu penyumbang jugak.

Tak tau bila drama2 tipikal macam ni nak pupus kat TV. Dulu banyak sinetron indon pun rimas.. sekarang dah makin banyak drama melayu asyik jalan cerita sama je. Aku suka drama melayu memonopoli stesen tv tempatan tapi kalau dah drama kita pulak rasa pedih ulu hati bila tengok.. Pun susah jugak nak support. Sebab dah tak best.. Takkan nak buka cerita tu tapi buat hal lain semata mata nak naikkan rating drama melayu kat TV. Apa! Ingat bill letrik tiap2 bulan bayar pakai angin kentut je ke?

Satgi ada yang kata pulak.. Hang tu cerita seram je best. Cerita2 macam ni mana kena dengan taste hang. Hello.. aku pun layan jugak drama2 TV hokay! Dulu drama tentang Dhia & teman lelaki upahan aku follow sampai episod akhir tau. Drama tu memang best.. so aku cakap best. Kalau yang hampeh.. kenapa perlu aku cakap best semata mata nak jaga hati orang lain. Komen jaga hati dalam industri hiburan ni adalah komen yang menjahamkan je. Sebab mereka perlu komen yang jujur, berani & telus untuk memperbaiki kelemahan drama/filem tempatan ni. Baru la industri perfileman kita boleh pergi jauh. Ni bukan komen nak pujuk awek.. boleh la puji2 bohong semata2 nak bagi dia senyum.

Sudah2 la dok adaptasi cerita dari novel cinta yang membosankan ni. Gamaknya novelis sekarang pun jenis tak ada idea menulis dah kot. Serius dari aku tengok drama2 macam ni lagu bagus aku belajar main dota. 

Moral of the story.. Nak aku puji sila buat drama best2 sikit yang ada kelainan. Drama2 tipikal ni.. Orang baru kenal tv jer mungkin layan la kot. Sebab selama ni dia tak pernah tengok TV kan so mungkin dia rasa sesuatu yang baru. Tapi kalau orang dari kecik kenal TV.. drama2 macam ni jeling2 hujung mata je. Lagu bagus ulang siar drama Opah zaman 80an/90an dulu. Lagi banyak mesej yang nak di sampaikan dalam drama tu.

KISAH CINTA YANG MENYERAMKAN SELEPAS KEKASIH MATI

KISAH CINTA YANG MENYERAMKAN SELEPAS KEKASIH MATI. Manusia ni kadang2 sanggup buat kerja gila bila cinta tu dah menguasi diri. tak boleh terima hakikat orang yang di cintai tu dah mati.. Nak2 mereka rasa bersalah atas kematian orang tersayang tu. Sentiasa di hantui rasa bersalah sehingga menyebabkan mereka sanggup buat apa saja untuk berjumpa dengan roh orang yang dah mati. kalau kita orang Islam ayat biasa bila tak sempat minta maaf dengan orang yang dah mati ni.. merangkak la kau kat padang masyar cari orang yang kau buat salah tu untuk minta maaf. Tapi bagi yang non-muslim ada yang percaya mereka masih boleh bertemu & bercakap dengan orang yang dah mati kat dunia ni cuma perlu mengadakan atau melakukan upacara tertentu.


Macam tu jugak dengan kisah seorang lelaki yang rasa bersalah kerana menyebabkan kematian kekasihnya. Dia cuba sedaya upaya untuk bertemu semula dengan kekasih dia yang dah mati untuk minta maaf. Apa saja cara yang orang cakap boleh temukan dia dengan roh kekasih dia ni, dia akan buat walau bahaya sekalipun. Termasuklah mengumpul semua barang peribadi orang yang dah mati. Kebetulan pula dia bekerja dengan sebuah skuad penyelamat yang memang sentiasa berdepan dengan orang mati dalam macam2 keadaan. Ada mati dalam kemalangan & ada mati bunuh diri. Dari situ dia mengumpul semua barang yang di temui bersama si mati untuk buat dia boleh nampak roh kekasih dia. Walaupun dah di halang kawan2 lain dia tetap meneruskan niat dia sehingga rumah dia di penuh roh2 orang mati yang pernah dia ambil barang mereka untuk di simpan. Kebetulan ada seorang lelaki yang mempunyai deria ke enam yang boleh nampak roh datang mengambil semula barang2 orang mati & di serahkan kepada waris mereka untuk membebaskan roh2 tersebut. Dia berjumpa la dengan roh kekasih lelaki ni yang masih berkeliaran dalam rumah lelaki tu. Disebabkan kata2 terakhir perempuan tu adalah.. Kekasih dia takkan dapat berjumpa dengan dia sampai bila2 sebab tu walau apa cara sekalipun dia buat dia takkan dapat bercakap atau nampak roh kekasih dia sebab kata2 tu dah menjadi satu sumpahan sebab ia kata2 terakhir sebelum wanita tu mati. Tapi lelaki ni tetap tak berputus asa. Dia tetap nak mencuba cara lain. Dia pilih untuk ke satu bangunan usang yang memang terkenal berpuaka & ada sumpahan. Sesiapa yang masuk kesitu jarang boleh keluar dalam keadaan masih hidup. Dia bersama seorang kawan perempuan yang sanggup temankan dia. Kat dalam bangunan tu mereka di serang dengan bermacam macam jenis hantu. Terpaksa dia call & minta pertolongan dari kawan kawan dia. Tapi kesemua kawan kawan lain yang cuba membantu mati hanya dia & seorang kawan perempuan yang temankan dia je boleh keluar dalam keadaan bernyawa. Selepas kejadian tu akhirnya dia dapat melihat kekasih dia & meminta maaf..

watak hero dalam filem ni muka macam pelakon Aiman Mentor. hehehe

Tu secara ringkas kisah dalam filem cinta seram The Eyes Diary. Filem ni kalau nak kata seram sangat bagi aku, memang tak seram. Sebab aku dah tak ada sangat deria seram. Lagipun filem Klasifikasi P13 memang tahap seram dia sederhana bagi yang macam aku. Bagi yang penakut maybe dah seram kot. Perjalanan cerita ni.. starting tu macam slow sikit tapi lama kelamaan dia mula buat kita melekat. Babak seram dia nak kata sepanjang cerita tak jugak tapi seimbang la. Yelah.. tema dia ada cinta & ada seram. Alhamdulillah aku tak rasa membazir beli dvd filem ni. Nak buat macam mana kena terima hakikat filem seram Thailand memang jarang mengecewakan berbanding filem seram melayu. So, peminat filem seram yang belum tengok, aku rekemen tengok la filem ni. Not bad jugak.

Moral of the story.. Kita sekarang nak tengok filem dah senang. Kadang2 kat TV pun melambak boleh tengok. Tak cukup dengan siaran kat TV.. boleh beli dvd lagi macam aku berbanding orang dulu nak tengok tv pun struggle giler. Tentu korang tak sangka orang dulu tengok tv macam ni >> Orang yang suka tengok TV je akan tahu bertapa benarnya 5 perkara ni! << Jadi bersyukur la yer anak anak. Setakat takde astro tu tak payah sesedih. Orang dulu jangankan nak tengok TV nak tengok intisari rancangan tv pun susah. hahahaha

KATA KATA AKHIR SHAHEIZY SAM KEPADA JULIANA EVANS

KATA KATA AKHIR SHAHEIZY SAM KEPADA JULIANA EVANS. Sedih betul aku dok ikuti kisah depa dua ni sejak dua menjak ni. Kadang2 terfikir jugak aku.. andai kita ada satu peluang untuk bercakap dengan orang yang kita tahu akan pergi jauh selama lamanya gamaknya apa yang aku nak cakap. takkan nak cakap see U in jannah & good luck je kot. Tak tersusun kata kata kalau nak buat planning awal2 apa nak cakap. Kena secara spontan jugak berada di situasi tu baru boleh tahu apa yang keluar dari mulut aku masa tu.


Tapi kalau kita berada dalam situasi Shahiezy Sam ni gamaknya apa kita nak cakap kat Juliana Evans?? Dalam saat antara hidup dengan mati kadang2 kita boleh tercerita segala benda yang mungkin selama ni menjadi rahsia kita sebab kita takut kalau tak cerita sekarang mungkin kita takde peluang lagi untuk bercerita dengan orang yang kita sayang tu.

Tengok video Sam Meluahkan segala rahsia dia kat Juliana Evans yang tengah koma tu sedih pulak aku. Konon sampai ke hati la sangat punya feel. Kalau korang nak tengok kisah cinta Sam & juliana ni boleh tengok kat sini >> Pelangi Cinta Sam & Juliana <<

Apapun.. Jangan sia siakan peluang yang kita dapat. Hargai peluang yang ada. Jangan sampai satu saat bila semuanya dah semakin berakhir kita mengharap ada lagi peluang yang sama datang biarpun dulu berkali kali kita tak hargai. Sebab peluang pertama yang di lepaskan.. belum tentu menyusul peluang kedua apatah lagi ketiga.

Moral of the story.. Kalau kau sayang atau syok kat seseorang bagitau je.. Tak payah nak simpan2 sangat. Hahahaha

SKANDAL TERSEMBUNYI BUDAK LELAKI SELUAR PINK

Hari ni hari pembongkaran katanya... Rahsia yang tersimpan sekian lama, akhirnya terkantoi jugak. Bak kata pepatah simpan durian dalam peti ais akhirnya terbau jugak. hahaha.. Ok! Maaf sebab otak blur tak jumpa pepatah yang sesuai jadi hentam sajalah labu.. Hari Jumaat ni mulakan dengan gosip skandal orang dah kenapa?? Alahai.. Takpe sebelum pergi solat Jumaat katanya meh kita baca gosip dulu.

Alkisah seorang budak lelaki ni.. Sangat la pendiam. Aku namakan dia sebagai Apit (bukan nama sebenar).. selama 6 tahun duduk sekelas dengan dia. Sepatah pun tak pernah bertegur sapa apatah lagi bertepuk tampar jauh sekali bersembang ramah dengan dia. Punya diam.. sampai tak tau la alunan suara dia tu macam mana. Lunak merdu ke atau sumbang mambang. Jauh sekali nak ada adegan dating dalam surau macam rosman (bukan nama sebenar) & fisha (pun bukan nama sebenar).. Jauh sekali dating belakang kelas macam mimi (bukan nama sebenar) & pian (juga bukan nama sebenar) hahahaha...

Nak dengar dia berdehem pun susah.. Yang dok nampak biji mata berbulu mata lentik je terkebil kebil. Tapi tak sangka diam diam ubi keladi jugak... Rupanya ada skandal cuma tak nampak dengan mata kasar. Bukan... dia tak skandal dengan orang bunian.. Tapi skandal dia semua dating kat telefon je. Namun masih misteri siapakah yang pernah berskandal dengan dia dalam telefon???  Adakah dia selalu call Norli (bukan nama sebenar) atau fisha sebab depa pernah di usik2 bersama sebab nama nak sama.. ha***.. hafis** katanya.

Tapi skandal budak lelaki seluar pink ni tak boleh lawan skandal rosman.. Juara skandal terbanyak dulu. dah tu katanya pernah hantar surat cinta kotak kotak bertulisan arab lagi. Kelas kau abang rosman!! hahahaha....

Tapi hangpa tak payah serius sangat sampai nak muncung2 mulut bergosip dari tepi telinga ke tepi telinga... Ni kisah cinta monkey ek ek ek.. Budak sekolah rendah dulu ja. Entri menyakat kengkawan den yang baru terjejak kasih kat group whatsapp maka keluarlah segala cerita nostalgia & skandal lama...

Budak Apit tu dulu sangat la pendiam.. Tapi sekarang kat group whatsapp dia sembang macam bertih jagung tapi kalau jumpa kat luar katanya dia lagi banyak gelak dari sebut apa2 perkataan. Orang diam ni tak semestinya.. tak ada nakalnya. Nama pun budak lelaki. Tapi kenapa pulak dia di gelar budak lelaki seluar pink?? sebabnya gambar ni hahahahaha

Cuba cari budak lelaki pakai seluar pink?? hahahaha

Moral of the story... Kalau zaman aku budak2 dah pandai tulis surat cinta, dah pandai dating belakang kelas & dalam surau apatah lagi budak zaman sekarang. Dulu ok la istilah dating takat sembang sembang jer.. Topik pun takde la i love u.. u love me bagai. Topik maybe pasal sekolah & kengkawan jer...  nak cuit hujung jari pun tak berani tapi budak zaman smartphone ni kena lebih pantauan.. bukan takat cuit2 hujung jari jer depa boleh buat...cium2 hujung bibir pun tak mustahil. Zaman dah berubah maka budak2 pun tak sama lagi cara membesar so cara didikan pun dah berubah. Tak boleh lagi anggap.. 'Alah.. budak budak je'. Dulu maybe kita boleh anggap 'cuma budak' tapi zaman sekarang.. tidak lagi.

Kalau nak baca entri2 throwback skptd sebelum ni boleh baca kat sini
Budak Pendek Yang Tak Pernah Dapat duduk Bila Bergambar
Terbongkar Skandal Ustaz Zaman Sekolah Rendah

PELAKON BERTUDUNG DAH TAK KISAH DI PEGANG & DI PELUK LELAKI

Bukan la nak bergosip pasal retis memalam senin ni kan.. Tapi bila dah nampak depan mata sebagai manusia ni terbercakap la jugak sepatah dua kata. Bukan la kata retis jer yang buat, malah kat luar sana pun sama jugak bagi golongan bukan retis. Tapi apa yang lebih tak berapa sedap nak tengok bila pelakon2 bertudung sekarang keterbukaan mereka sama jer macam artis artis seksi yang dok ada.

Bila tertengok drama episod yang tengah di tayangkan sekarang ni.. Tak payah tengok full episod tengok iklan pun boleh nampak babak2 pegang peluk pelakon wanita bertudung ni.Dulu aku ingat dia just pegang watak perempuan bertudung rupanya dia memang bertudung pun. So, aku jadi sedikit pelik dengan aksi2 dia dalam drama tu.

 Sumber google

Sayangnya tudung hanya fesyen kepala jer bila tetap melakukan aksi bersentuhan, berpegangan & berpelukkan dengan lelaki secara terbuka macam tu. Mesti ada nak backing.. abis dah watak laki bini mesti la kena sentuh2 pegang2 jugak kalau tak, tak nampak real la. Kalau nak real sangat awat tak tunjuk babak beromen. Lagi real nampak macam laki bini. Sebab dia membawa imej bertudung tu orang pertikai. Imej bertudung ni mengambarkan imej perempuan gud gud katanya. Bukan aku kata yang tak bertudung ni jahat & boleh buat apa jer babak.. Tapi bila dah kau sarung tudung tu kau membawa imej muslimah tapi bila kau berlakon macam tu rasa tak tau pulak nak cakap kau bawak imej apa. hahahahaha. Kang aku kata dia bawak pengaruh tak elok ada pulak yang mai hentam sebelum dia berlakon pun memang dah berlaku benda macam tu kat luar sana. ye betul! Tapi sebagai public figure tak boleh ke tunjuk tudung tu bukan sekadar fesyen jer. Tetiba rasa respect pulak kat Izzue Islam yang boleh meletakkan syarat tidak mahu melakonkan babak intim, romantik yang perlu bersetuhan secara berlebihan. Yelah... kang ada kata Izzue Islam dah ada nama, sipolan tu baru satu drama nak Up, maka tak boleh banyak songeh. Yelah.. yelah.. tunggu popular dulu katanya baru boleh cerewet.

Bukan la aku ni sebaik baik manusia di muka bumi ni tapi kasihani la mereka yang berhijab. Benda2 macam ni buat orang pandang bertudung pun tak bermakna tak boleh sentuh. Macam berlakon, touch & go. Dah cemuih, tinggal je. Orang akan hilang rasa respect pada golongan bertudung sebab tudung ke tak tudung ke asal kau bayar aku buat jer apapun. Takde beza pun.

Moral of the story... Nak buat apapun memang hak memasing jadi bila orang nak kutuk atau kritik pun jangan lupa hak orang jugak. Jangan bila kena jentik, c u in court sudah padahal dia bagi topik untuk orang bercakap takde lak dia fikir kan? kekekekekeke

P/S : jangan tetiba bagi alasan.. tak sengaja sudah! hahahaha



4 CARA PUDARKAN KESAN LOVE BITE

Ni tip yang sesuai sangat untuk pasangan suami isteri.. Yang bukan suami isteri tu kalau ada buat & nak cover guna tips ni bukan den yer yang mendorong perlakuan sumbang hangpa. Semua orang paham kot apa tu 'love bite' kalau tak faham ok meh baca entri ni..

 Sumber google

Love bite ni adalah kesan gigitan yang di buat oleh pasangan yang nak berkasih sayang. hahahaha... boleh penerangan camtu. Paham - paham je la yer. Tak paham jugak try la google satgi dia keluar contoh love bite. Banyak sebab orang nak sorokkan kesan love bite ni... Alasan yang paling besar.. Malu la kan.

Tahukah anda ada 4 benda yang boleh pudarkan kesan love bite dalam masa yang singkat iatu panadol, ubat mata eyemore,ais & bawang putih. Nak tau macam cara nak guna benda ni untuk pudarkan kesan love bite boleh baca kat Ladylista.

So, mana2 yang nak cover kesan love bite tu boleh la mencuba yer... Yelah, even bertudung kalau dalam rumah tu nak cover dari anak anak ke.. atau ahli keluarga yang lain boleh la try tips ni. Selamat mencuba




CINTA TROLL AMRAN FANS & YANA SAMSUDDIN BERAKHIR DI JINJANG PELAMIN

Siapa sangka setelah cinta troll Amran dengan pilot cun Air Asia mendapat tentangan hebat BFF nya.. Jodoh troll Amran bersama retis Yana Samsuddin. Mesti ketap bibir BFF pilot air asia tu kan. Kau hado dapat cinta troll retis.. takde kan??

Yana bersama salah satu hantara kawen troll dia dengan meran hahahaha

Hari ni seperti di war warkan sebelum ni Amran Fans akan melangsungkan perkahwinan troll nya bersama Yana Samsuddin 31 dec di KLIA.. katanya nak tayang kat pilot Air Asia tu biar terliur tak dapat makan nasik minyak ron97 kenduri kawen dia. Sampai cenggitu dendam ko yer meran... Hahahahaha


 Keknis hanya mampu mengintai dari belakang hahahaha

Apapun tahniah atas perkahwinan Troll meran & yana... moga bahagia hingga ke troll yang terakhir & dapat ramai anak2 troll yang bakat mewarisi troll2 meran nanti. Hahahahaha

P/S : Ini ada troll semata mata yer... Jangan ambik serius sangat. Sesaja buat entri santai di hari rabu katanya. Hidup kena ada masa bersantai jugak mana boleh manjang serius keras kejung macam tu jugak tulis blog, kan? kekekeke

** Yana Samsuddin rilex jer layan troll meran, pelik jugak kalau ada yang rasa sampai nak menyaman. Meran je kot.. Meran & mereng adalah sinonim. hahahahaha

DISINI LAHIRNYA SEBUAH MAKSIAT DAN ZINA ?

Tu dia tajuk entri terbeliak orang baca. Yang dok tengah minum kopi confirm la tersembur.. Mesti ada yang mula nak mengecam entri ni & ada yang masih sabar clik & baca dulu sebelum menghambur kata kata kesat. Sebelum tu nak ucapkan selamat hari kemerdekaan yang ke 57 buat Malaysia. Bagi yang rasa geli nak meraikan kemerdekaan yang 57 ni... Elok la tukar tema hari kemerdekaan korang kepada di sini lahirnya sebuah kebencian.

Sumber Google

Setiap tahun fenomena memperlekehkan.. menghina atau mengejek tema hari kemerdekaan pasti berlaku di laman2 sosial. Kau letak la apapun temanya pasti ada individu yang cuba menjadikan dia bahan ketawa yang paling sedih bahan hinaan. Apa salah tema? Tema sekadar untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan & cintakan negara. Yer betul setiap kali menjelang sambutan hari macam ni akan berlaku banyak masalah sosial tapi bukan salah tema tu. Salahnya kita sendiri kot... Tahun ni biasa la seperti tahun2 lepas tema hari kemerdekaan akan di olah untuk jadi bahan ejek & lawak dengan di kaitkan dengan masalah sosial yang berlaku. Konon dengan tema di sini lahirnya sebuah cinta.. di kaitkan dengan perilaku seks bebas, zina & maksiat dengan alasan sebab disini lahirnya sebuah cinta.

Sedihnya hangpa semua... Dah takde semangat patriotik. Semua ni ketaksuban politik. Tema pun boleh jadi salah. Tak tau la apa yang betul bagi mereka. Cuba satu hari keluar dari perbezaan fahaman politik & nikmati sambutan kemerdekaan sebagai rakyat Malaysia bukan sebagai penyokong parti BN,PKR,DAP,PAS & sebagainya.

Kita boleh berbeza pandangan & fahaman politik tapi jangan jadi manusia yang menghina bumi yang di pijak & langit yang di junjung. Seburuk, sekotor & sejijik manapun Malaysia pada pandangan mata hangpa.. Tapi tak siapa boleh nafikan dalam kehidupan kita.. DISINILAH BERMULA SEBUAH CINTA, Di Malaysia... melainkan la hangpa lahir & besar di luar negara & baru tahun ni balik Malaysia, kan????


TAK SALAH PILIH SUAMI ORANG CUMA PERLU FIKIR 5 PERKARA NI DULU

 Ramai gadis-gadis sekarang nampaknya mula selesa memilih suami orang sebagai pasangan hidup. Tak tau la sebab apa.. maybe laki orang ni pandai ngorat kot. Yelah.. berpengalaman handle perempuan bernama isteri ni dia punya skill power sikit la pada lelaki bujang. Maybe la kot.

Orang kata cinta tak boleh paksa.. tapi kena ingat cinta tu kita yang pupuk sehingga ia bercampah menjadi taman astakona. Bukan salah cinta atau salah takdir yer.. kalau pun lahir perasaan tu tapi kita tak membaja atau melayan mustahil la mampu pergi jauh.. Yelah.. yelah.. jodoh tu rahsia Allah. korang nak guna alasan tu kan? Ye betul jodoh tu Allah dah tetapkan..  Tapi sebelum korang rasa itu memang jodoh korang bersama suami orang apa kata korang try renung renungkan ala2 Prof Izzi 5 perkara ni sebelum ambil keputusan menjadi orang kedua atau ketiga dalam rumahtangga orang lain.

1. mampu ke dia menyara korang & bakal anak2 korang nanti
2. mampu ke korang terima orang ketiga atau keempat selepas korang kalaupun korang sanggup jadi orang kedua di hati & hidupnya. Tak mustahil boleh berlaku
3. sanggup ke korang kena hina,caci,maki seperti yang berlaku pada mana2 perempuan yang rampas @ tumpang laki orang untuk jadi bini nombor 2 contoh bini asyraff muslim, wan sakinah & Hanez suraya. Bayangkan korang kat tempat dia. Even korang bukan publick figure pun ingat mulut masyarakat ni tak kira korang sapa.
4. Masa bersama korang sangat terhad.. maybe ada hari2 istimewa macam hari raya mungkin dia tak beraya dengan korang.
5. Segala benda milik suami perlu di kongsi.. 

Apakah korang mampu terima semua ni? Atau jangan nanti ambil pisau kelar tangan pulak.. Fikir baik2 ia tak semudah kata2 bila kita nak lakukan. Sebagai seorang bini orang.. Aku memang tak sanggup nak hadapi 5 perkara ni. Setiap hari aku tunggu je laki aku balik kerja, gamaknya macam mana perasaan bini orang yang berkongsi suami kena tunggu giliran tu yer.

P/S : Kalau seorang lelaki yang betul2 layak mengamalkan poligami nescaya tiada isteri yang akan rasa kurang atau lebih berbanding madu madunya. Tapi.. kalau laki orang yang korang pilih setakat nak bawak korang lari kawen kat siam atau kalau bini tahu pun sebab kantoi.. dah nampak sangat kegagalan dia untuk menjadi pemimpin yang baik. Nak terus terang dengan bini pun tak berani macam mana dia nak jadi perisai korang bila korang terpaksa berdepan dengan dugaan yang lebih besar dari tu. So, sekali lagi renung renungkan ala2 prof Izzi & selamat berfikir sedalam mana cinta mu, Safura. kekekekeke

**Hari ke 54 masih tiada apa2 petunjuk atau pentanda tentang MH370. Misteri sungguh kehilangan ini. Tak terjangkau akal nak fikir apa yang berlaku. Banyak teori & spekulasi tiada satupun dapat memberi jawapan tepat. Hanya Allah yang tahu maka kepada Allah juga kita memohon pertolonga  moga Allah membuka jalan untuk para penyelamat menemui apa2 bukti tentang mereka**


KISAH CINTA, CURANG & PERKAHWINAN ALMY NADIA DAN FIZZ FAIRUZ

Nak kata aku ikuti sangat kisah percintaan pelakon Almy Nadia dengan Fizz Fairuz ni takde la ikut sangat. Tapi tahu jugak kontroversi2 yang melanda mereka ni. Yelah... Rasanya aku bukan dok dalam hutan amazon. Aku pun jenis yang tengok TV & kerap abiskan masa dalam dunia maya & suka membaca macam2 isu jadi apa nak pelik kalau aku tahu apa yang berlaku.

Kisah cinta almy & fizz ni bagi aku hebat jugak la.. Yelah.. selepas 8 tahun bercinta tup tup fizz pi bertunang dengan perempuan lain ntah dari mana ceruk dia jumpa pun tak tau. Bayangkan perasaan almy nadia masa tu... rasanya hati & perasaan dia macam kena blender lumat. Ko bayangkan la hati yang dah lumat tu boleh bercantum & membentuk kembali percaya & cinta. Bukan senang tau... kebanyakkan orang yang terluka pun dah tak boleh nak maafkan, inikan orang yang hatinya di blender hancur.

Perjalanan cinta mereka

Namun itulah dinamakan Jodoh.. Bila pertunangan fizz dengan sipolan tu di putuskan sebab katanya perempuan tu masih bini seseorang. Ada jugak la aku baca.. katanya fizz tu kononnya kena sihir. Sejauh mana betul cerita tu tak sure la. Cuma dengar dengar gitu2 jer. Tu tak penting dah sekarang untuk di ungkit.. Yang aku nak highlight adalah kemuliaan hati Almy Nadia ni yang boleh lagi maafkan & terima kembali fizz setelah apa yang berlaku. Kita terasa sikit dengan status orang pun simpan dendam sampai 7 keturunan (tak merujuk kepada sesapa, kadang2 diri sendiri pun camtu jugak).. inikan pulak kalau berdepan dengan situasi macam almy Nadia ni gamaknya berapa keturunan bermusuh.

Itulah perancangan Allah.. Soal Jodoh pertemuan Ajal & maut sudah tertulis sejak azali. Menjadi rahsia sehingga ianya berlaku. Namun ketulusan hati almy nadia tu ada part yang kita boleh jadikan contoh even nak kata dia perfect tu takde la perfect. Macam kita jugak.. ada kurang & lebih. So, kita ambil yang baik untuk di contohi. ye dak. Apapun semoga rumahtangga mereka di beri kebahagian yang berkekalan.

P/S : menjadi seorang pemaaf tidak bermakna anda seorang yang bodoh.

P/S : Hari ni maybe hari ke 51 pesawat MH370 hilang tanpa di kesan. Doa2 kita masih di perlukan. Terus doakan semua yang terlibat semoga di lindungi Allah & di beri petunjuk untuk membongkar misteri kehilangan ini


JOHAN AS'ARI NAK RASA KENA BALING SELIPAR KE?

Aku tak kira aku nak tulis jugak pasal ni bukan pasal traffic semata2 tapi memang rasa macam Geremmmmmmmmm... je dengan si Johan As'ari ni kan?? Semua orang tau semalam kecoh pasal hubungan cinta dia dengan Lana Nordin putus sebab tak dapat restu dari Keluarga Johan As'ari maybe mak bapak dia rasa anak dia ni gud2... sangat sampai orang macam Lana tu tak layak join family dorang. Maybe sebelum jadi retis.. gud gud la kot tapi tidak sekarang bagi aku.

Aku tetap nak sebut dalam setiap entri aku berkenaan Johan ni even berkali kali sekalipun... Kalau sebelum ni dengan Izreen Izmida sampai ke sudah dia tak mengaku bercinta.. sampai di heret wartawan depa dua bersemuka sampai di cabar Izreen untuk bersumpah kalau betul depa tak pernah bercinta.. tapi dia tak berani sumpah dia dok buat ayat belit2 nak selamat kan diri. Ok.. fine kes pertama maybe kita boleh maafkan jer. Kes kedua yang aku ikuti shila amzah.. masa tengah rapat tengah di gosipkan even masing2 tak bagi jawapan jelas pada hubungan dorang tu tapi dari statement berkias2 orang boleh paham ada something special antara mereka.. Tup2 keluar statement dari di Johan ni nak pinang Lana Nordin & anggap shila Amzah macam adik dia je selama ni. Hati den yang baca kisah depa ni pun rasa.. alahai geremmm jugak. Masa kau nak tackle.. kemain shila la yang terbaik cukup sifat untuk di jadikan bini. Ada agama.. cantik berharta & dari keturunan baik2.. tup2 ko terpandang lurah dendam & body seksi lana Nordin terus kau geram.. tak fikir panjang terus annouce nak pinang dia dalam masa terdekat selepas 3 kali keluar dating.

Dan hari ni... Kat rotikaya keluar statement minta kena lempang dengan selipar pulak.. kononnya selama ni dia tak anggap lana nordin sebagai kekasih tapi cuma kawan rapat. Wahai wanita di luar sana... even bukan berlaku pada kita atau adik beradik mahupun sanak saudara kita sekalipun tidakkah korang rasa geremmmmmmmm... macam den ni?? Amboi buat perempuan macam diapers... lepas pakai buang. Kalau mak bapak ko rasa Lana Nordin tu tak layak jadi menantu keluarga korang.. Aku pulak rasa si Johan ni jangankan Lana Nordin.. Wanita2 di lorong haji taib pun dia tak layak dapat tau. Selagi dia rasa hati wanita tu boleh di buat macam diapers dia hanya layak bercinta dengan patung je. Dengan haiwan pun dia tak layak di sayangi & menyanyangi sebab haiwan pun ada perasaan. Bajet ko ensem & popular sangat ke.. boleh petik mana2 anak dara orang kau suka kemudian dah tak suka campak macam tu jer.




 Untuk artikel penuh korang baca kat Rotikaya

Lepas ni sapa pulak mangsa putar belit si Johan As'ari ni gamaknya. Hope takde lagi perempuan yang terpedaya dengan mulut manis si Johan ni. Terang2 la boleh nampak perangai kasanova dia. Hope mak bapak dia dapat sekolah kan balik anak dia yang dah mula hanyut dengan dunia glemer ni. Elok2 mak bapak ko hantar ko belajar agama nak bagi jadi manusia.. masuk dunia seni terus jadi tak berapa manusia. Wang, kemasyuran & pangkat dapat mengubah manusia jadi bukan manusia.. kan?? kini terbukti bukan saja dalam industri seni malah di sekeliling kita pun banyak yang macam tu.

P/s : kang ada jejantan penyokong tegar si Johan menyindir aku pulak.. tapi ada ku kesah??



JANGAN MEMBERI HARAPAN KOSONG YANG INDAH PADANYA

Di lukai & melukai bagai satu perkara biasa dalam hidup kita. Macam - macam penyebab terjadi lukai di lukai. Ada sengaja.. terpaksa.. bergantung pada tujuan, niat & matlamat seseorang. Luka di lukai ni selalunya di kaitkan dengan  alam percintaan. Sesiapa sahaja yang pernah melalui alam percintaan kebanyakkan tak terlepas dari pengalaman terluka atau melukai, betul tak??

Hasil carian google

Okies.. apa yang sang lekit nak kopek kali ni adalah tentang jangan memberi harapan kosong yang indah kepadanya? Dari pengalaman masa zaman remaja gedik gedikkan dulu sang lekit pernah melalui situasi ni. Situasi macam mana tu?? Sang Lekit pernah rapat dengan seorang lelaki yang berbeza usia 10 tahun lebih tua dari Sang Lekit. Memang rapat & sangat rapat tapi tidak pernah declare sebagai kekasih. Teman tapi mesra. Dia pernah meluahkan perasaan pada sang lekit tapi di tolak mentah - mentah. waktu zaman remaja memang sang lekit akan jadi keliru dengan perasaan sendiri bila sang lekit mula sayangkan seseorang. Mungkin sang lekit tak percaya cinta & takut bila sahabat bertukar kekasih hubungan tu jadi tak kekal & Sang Lekit akan kehilangan dia. Padahal.. terpisah juga bila masing - masing mula buat haluan sendiri.

Dari pengalaman sendiri disini sang lekit nak berkongsi pandangan dengan semua dengan pendapat peribadi. Walaupun sang lekit tahu dia sukakan Sang Lekit lebih dari seorang kawan baik & sang lekit pernah menolak cintanya mentah - mentah tapi hubungan rapat antara kami masih juga berterusan. Sang Lekit tahu dia masih berharap & mencuba sedangkan sang lekit belum pasti mampu terimanya lebih dari seorang sahabat baik.

Persoalannya wayarkah kita memberi harapan pada seseorang yang begitu menaruh harapan tinggi pada kita sedangkan kita sendiri tak tahu samada mampu merealisasikan impianya atau tak?? Sebab kita selesa dengannya kita sayang untuk melepaskan dia pergi jadi kita terus melayan dia dengan baik & mesra tanpa berfikir perasaannya yang semakin hari semakin mendalam pula cintanya pada kita. Tidakkah itu kejam?? Kenapa harus kita melayan mesra orang yang kita tolak mentah2?? Kenapa tidak menjauhkan diri untuk tidak buat dia semakin terluka dengan harapannya? Sedangkan kita tahu dia di samping bukan untuk di cinta sungguhpun di kasihi. Dalam hal ni sang lekit berpendapat masa tu sang lekit lebih pentingkan perasaan sendiri sebabnya sang lekit sangat takut kehilangannya sehingga tak sedar cara sang lekit seolah - olah memberi harapan yang indah tapi kosong padanya.

Bagi mereka yang sedang berdepan dengan situasi macam ni nasihat sang lekit jika kita tahu hati kita tak mampu terima cintanya tapi pada yang sama kita selesa untuk berdamping dengan dia sebagai teman rapat elok la kita renggangkan sedikit keakraban tu untuk tidak buat dia bertambah terluka di kemudian hari bila kita temui orang yang kita cinta sedangkan dia masih berharap pada kita masa itu. Kalau di teruskan juga ia seolah - olah macam satu penganiayaan secara halus. Tapi kalau dia tetap nak mencuba walau kita cuba jauhkan diri.. itu terpulang pada dia la. Sebab itu pilihannya sendiri. Tapi jika kita seolah - olah terus memberi peluang tetapi sebenarnya tiada peluang untuk dia memiliki kita lebih dari seorang kawan eloklah kita korbankan juga perasaan kasih seorang teman itu demi kebaikan bersama.

Rasanya entri ni terlepas dari tanggapan buruk atau di anggap sebagai mengumpat la sebab sang lekit gunakan pengalaman sendiri untuk di jadikan contoh. Takde la la sapa2 yang tak berkenaan akan sentap tak tentu pasal kan?? Sekadar berkongsi pengalaman, pendapat & pandangan peribadi untuk kita sama2 jadikan teladan atau pedoman.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com