KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN
Sumber Google |
Sebab starting tu aku tengok la jugak.. Jadi aku tahu la sikit2 macam mana bermulakan perkenalan hero & heroin drama ni. Rupanya depa ada nama yang sama. Cuma beza jantina je. Di sebabkan nama sama depa berkenalan seterusnya kawen. Kawen pun atas dasar terpaksa tapi sapa paksa & kenapa di paksa.. aku tak sure. Macam aku cakap.. aku tak follow sangat drama ni.
Malas nak follow drama2 tipikal ni.. Jalan cerita lebih kurang sama je. Kena kawen paksa.. masing2 mula2 tak suka antara satu sama lain.. lama2 jatuh cinta, hidup bahagia lepas tu mengandung & beranak. Perjalanan cerita dia pun sama.. dah tak suka masing2 tak jalankan tanggungjawab suami isteri. Bila laki nak sentuh bini dia tak nak. Sementara nak tunggu suka kira derhaka la si isteri tanpa rasa bersalah dengan alasan depa kawen sekadar nak penuhi permintaan orang lain so kawen macam tu tak jalankan tanggungjawab masing2 macam tak berdosa je. Drama yang ajar orang buat macam tu.. So, kalau berlaku dalam realiti kehidupan kita cerita kat TV salah satu penyumbang jugak.
Tak tau bila drama2 tipikal macam ni nak pupus kat TV. Dulu banyak sinetron indon pun rimas.. sekarang dah makin banyak drama melayu asyik jalan cerita sama je. Aku suka drama melayu memonopoli stesen tv tempatan tapi kalau dah drama kita pulak rasa pedih ulu hati bila tengok.. Pun susah jugak nak support. Sebab dah tak best.. Takkan nak buka cerita tu tapi buat hal lain semata mata nak naikkan rating drama melayu kat TV. Apa! Ingat bill letrik tiap2 bulan bayar pakai angin kentut je ke?
Satgi ada yang kata pulak.. Hang tu cerita seram je best. Cerita2 macam ni mana kena dengan taste hang. Hello.. aku pun layan jugak drama2 TV hokay! Dulu drama tentang Dhia & teman lelaki upahan aku follow sampai episod akhir tau. Drama tu memang best.. so aku cakap best. Kalau yang hampeh.. kenapa perlu aku cakap best semata mata nak jaga hati orang lain. Komen jaga hati dalam industri hiburan ni adalah komen yang menjahamkan je. Sebab mereka perlu komen yang jujur, berani & telus untuk memperbaiki kelemahan drama/filem tempatan ni. Baru la industri perfileman kita boleh pergi jauh. Ni bukan komen nak pujuk awek.. boleh la puji2 bohong semata2 nak bagi dia senyum.
Sudah2 la dok adaptasi cerita dari novel cinta yang membosankan ni. Gamaknya novelis sekarang pun jenis tak ada idea menulis dah kot. Serius dari aku tengok drama2 macam ni lagu bagus aku belajar main dota.
Moral of the story.. Nak aku puji sila buat drama best2 sikit yang ada kelainan. Drama2 tipikal ni.. Orang baru kenal tv jer mungkin layan la kot. Sebab selama ni dia tak pernah tengok TV kan so mungkin dia rasa sesuatu yang baru. Tapi kalau orang dari kecik kenal TV.. drama2 macam ni jeling2 hujung mata je. Lagu bagus ulang siar drama Opah zaman 80an/90an dulu. Lagi banyak mesej yang nak di sampaikan dalam drama tu.
saya memang dah berzaman tak follow drama gini
ReplyDeletetak berkesempatan nak nengok
tapi benda gini kalau takde demand, takdelah supply
hehehe..ermmm hakikatnya sekarang memang banyak adaptasi dari novel..sama ada drama atau filem..
ReplyDeleteSama lah dengan ena.. Ena tak layan drama melayu sebab bosan.. Bila layan cerita kartun, kata kita budak2.. Padahal cerita kartun tu lebih fun dan lebih best even tak masuk dek akal
ReplyDeleteTajuk pun ntah apa2.
ReplyDeleteAkk pun xlayan jugak sis
Akk layan korea je..hiks
Hehe jln cerita drama skrg mmg hmpr sama je
ReplyDeleteAlkisah ank tny akk lps ni apa jadik? Ni siapa.. Bla bla bla. Akk jeb ntah mana ingat. Dia pelik, kata ummi pernah baca? Haha smua cerita hmpr sama manalah nk ingat.
lyn je drama nie time tgh boring .. cite cinta cintun kn budya remaja zaman skrg..
ReplyDeletecite korea, indon or mcm2 yg di tv lbh same je dgn cite Melayu..bezanya penampilan budaya yg membuat cite mereka berbeza..
Ceter nie lain lah... mane ade kene paksa... lah.. xde sape paksa diorg yang buat perjanjian sendiri... adegan x nak sentuh.. x de pun.... diorg kawin bape bulan jer pastu dah suka sama suka..... cuma masing 2 x nk tunjuk tapi.. yang girl tu dah megandung tapi x tahu pun....
ReplyDeleteAyah saya x tgk cete melayu pun.. tgk
oic.. gitu kisahnya tapi maaflah drama ni kategori tipikal drama melayu jugak & tak attractive sangat untuk buat saya follow.. terima kasih dengan penjelasan :D
DeleteBagi saya, cerita ni lagi sedap daripada teman laki upahan. Biarpun typical tapi pengarahnya pandai olah jadi sedap.
DeleteSy tak berkenan dgn watak isteri yg terlampau ...kurang ajar..naik menyampah tengok..sampai tak ada hati nak follow drama ni...
ReplyDeleteCite ni ok apa. tak dek sentuh2 peluk ke apa ke tapi sweet.tapi tak pe lh mungkin org kite minat cite yg mcm korea yg ada kiss cam tu.tp takpe lh lain org lain minat .
ReplyDeletesebenarnye jalan cerita mmg bagus..lain dari yg lain
ReplyDeletetapi pelakon yg bawa watak iman tu wat saye jadi bosan..asyik sentappp x kena tempat rasanye
Cerita nie bukan kahwin paksa tapi menceritakan tentang kakak sulung yg sanggup kahwin tanpa dasar paksaan untuk kesenangan adik adik dia , cerita lain sikit dari crita melayu yg bosan kat tv tu , jalan cerita pon ok
ReplyDeleteBest lah citer ni.Bukan senang untuk mengarang sebuku novel.Kalau rasa cerita melayu yang tipikal ni tak best,trylah buat novel sendiri.Memang susah.
ReplyDeleteaku tengok ceta ni best lah,tengok 2x lagi hehe.lucu ade juga.drama melayu malaysia ok sangat ape.ini kisah cinta memang la jln cerita begini.yg ini ku lebih suka tengok berbanding yg ceta scandle2 pegang2 over2 gitu ahaha.peace saya koment je apa yg saya rasa.jgn mrah k
ReplyDeleteSdp ke xsdp ke....dah hbs... rating tggi lps crita tmt..trtinggi lg waktu tu...ko ado...ini hnya hiburan....bleh wt lps stres.......
ReplyDelete