Showing posts with label akasia. Show all posts

ANTARA TAJUK DRAMA PALING BOSAN.. SUAMIKU PALING SWEET

ANTARA TAJUK DRAMA PALING BOSAN.. SUAMIKU PALING SWEET. Selepas drama Biar aku jadi penunggu kat slot akasia TV3 berakhir di gantikan dengan drama adaptasi novel suami ku paling sweet. Masa drama Biar aku jadi penunggu tu.. Aku tertarik nak menonton pertama sebab tajuk dia. Bagi aku tajuk2 drama macam tu masih menarik & buat aku rasa nak menonton ceritanya.. Yang kedua sebab Ashraff Muslim.. Hahaha aku suka dengan Ashraff muslim walau watak dalam Drama Biar aku jadi penunggu tu aku rasa kurang sesuai dengan dia. Imej & cara dia terlalu lembut (bukan pondan ok) untuk pegang watak lelaki macam tu hahahaha. Minat pun tak semestinya kita kena suka & puji je ok!


Aku sebenarnya tak tengok pun drama Suami ku paling sweet tu sebabnya tajuk lahai.. Bosan sungguh. Tajuk2 drama hipster macam tu memang bukan taste aku sangat. Aku tetap juga suka tajuk2 drama yang berat sebab selalunya drama2 macam tu sangat menarik jalan cerita & banyak pengisian dalam cerita tu. Babak2 bermain dengan emosi yang boleh  buat kita sampai ke hati.. So, bila menonton drama2 macam tu aku rasa lebih 'Feel' & drama macam tu aku rasa lebih ada jiwa dari drama2 adaptasi novel dengan tajuk2 ala2 korean drama macam Suami ku paling sweet. Sumpah.. tak best langsung. Rasa tak berapa lalu nak layan... Baik tengok keluang man je kat TV9 sebab sama time tayangan dia dengan drama tu hahahaha

Tak tau la sampai bila trend tajuk novel & drama cinta melayu macam ni akan berakhir. serius muak tau walau hanya dengar & baca tajuk... Tiada nilai2 seni dalam karya tersebut. Satgi ada pulak yang dok compare.. Konon lekatlekit ni tulis pun santai lepas tu nak kondem tajuk drama & novel camtu pulak. Jangan la compare dengan penulisan blog.. Blog memang ramai yang suka baca cara santai macam sembang kat kedai mamak... nak2 lagi macam blog aku ni. Kalau tulis macam buku teks sastera hangpa ingat orang nak baca ka? So, tarikkan tu tak sama ok!

Jadi please.. jangan la buat tajuk2 drama ala2 korean drama macam tu. Boleh jer buat tajuk drama yang ada sense of humor & santai2 macam drama Mak Cun.. Tajuk2 macam tu still attractive aku nak tonton sebab masih nampak identiti drama melayu yang bukan tiru konsep drama luar. Kalau setakat suami ku paling sweet.. serius memang nampak identiti tajuk drama korea ok! Nampak sangat penulis dia tak ada identiti hahaha.. ni kira penulisan copy idea je. Kebanyakkan drama atau novel2 macam tu.. Jalan cerita lebih kurang sama. Boring ok!

Dari sinopsis yang aku baca pasal drama Suamiku paling sweet ni.. kisahnya pasal seorang graduan universiti yang terpaksa & di paksa jadi pengasuh sementara seorang kanak kanak. Kanak2 tersebut cucu kepada kawan mak dia. Sebab pengasuh2 sebelum ni tak ada yang mampu bertahan dengan perangai nakal budak tu. Dia terima jugak la sebab dia fikir untuk sementara ja. Masa dia jadi pengasuh tu la bertemu dengan hero dalam drama ni. Kononnya sebab masing2 jenis keras kepala maka agak kecoh keadaan.

Tup tup.. nak di jadikan cerita mak bapak si budak kecik tu pulak meninggal dunia dalam satu kemalangan. Sebab tiada mak ayah budak tu dah tak ada.. dia menumpang kasih dengan bapak sedara dia yang muda lagi hensem (hero dalam drama tu). Hero tu pun sayang anak buah dia pun macam anak sendiri. Disitulah bermula kisah antara hero & heroin. Bila si hero bertemu dengan pengasuh budak tu merangkap heroin dalam drama ni.. hati dia sering berdebar debar. Konon sign cinta sedang berputik tapi masing2 macam bengong dengan tanda debaran tu.. depa buat tak layan je perasaan masing masing sehingga berlaku satu peristiwa yang mengubah kehidupan mereka.

Si heroin kena paksa kawen dengan hero dalam usia yang muda. maka dalam usia macam tu di paksa kawen memberontak sikit la dia. Jadi emosi dia sedikit terganggu. macam macam perasaan muncul dalam diri dia.. terkejut marah benci meluat semua ada la. Biasa la kena kawen paksa kan.. Sapa suka kena paksa ye dak?? Nak2 lagi dalam keadaan yang dia sendiri tak bersedia nak pikul tanggungjawab seorang ibu kepada anak buah si hero tu. Dia syak dia kena perangkap dengan si hero sebab nak bersama dia.

Sampai satu tahap dia memberontak sehingga sanggup tinggal suami dia dan anak buah suami dia tu. Walaupun si suami ni sedih dengan perangai bini dia tu tapi dia faham perasaan bini dia yang di paksa kawen dalam keadaan dia tak bersedia macam tu. So, dia berusaha la pujuk & bagi sedikit ruang untuk si isteri cari ketenangan. Kang dok push2 sangat jadi gila lagi susah nak bela kan.. hahahaha

Dalam drama ni si suami ni memang tak putus asa dok pujuk & akhirnya isteri tu lembut hati & balik la kepangkuan suami & anak buah suami dia tu tapi dengan syarat tak ada sapapun boleh ungkit kisah di sebalik mereka terpaksa berkahwin tu. Aku pun tak tau kenapa depa kena paksa kawen sebab tak tengok pun drama tu. Hangpa nak tau tengok la sendiri yer.. Tapi sebab peristiwa tu di ungkit apa lagi bengang la si bini.. so sekali lagi dia lari dari suami dia walau time tu dia tengah pregnant & terus anggap dia di perangkap sehingga terpaksa berkahwin dengan si suami. Betul ke tidak dia kena perangkap dengan suami dia sendiri.. hangpa tengok la sendiri kalau ada selera nak layan drama Suamiku paling sweet. Sebab aku malas nak tengok suami orang yang sweet2 ni.. satgi takut terasa suami sendiri tak sweet pulak hahahaha.

Tu dari sinopsis drama yang aku baca la.. Aku belum terbuka hati nak menonton drama ni. Tapi kot2 tetiba aku berubah hati.. Rasa sweet pulak drama ni nak layan tak tau la kan. hati manusia ni kan boleh berubah katanya hahahaha

Moral of the story.. Aku sendiri pun tak tau apa moral of the story drama ni sebab tak tengok pun hahahaha.

BALQIS.. WATAK KANAK KANAK TERLALU MATANG PUN TAK BEST

BALQIS.. WATAK KANAK KANAK TERLALU MATANG PUN TAK BEST. Aku sempat jugak ikuti Drama Akulah Balqis walau tak consistent follow setiap episod. Cerita dia bagi aku takde la bangang sangat kita nak tengok. Takde la rasa bodoh dok nganga depan TV. Drama Akulah Balqis sebenarnya banyak moral of the story dia.. Mengetengahkan 2 kehidupan yang berbeza. Kehidupan keluarga kandung Balqis & kehidupan keluarga angkat Balqis. Kedua dua keluarga ni ada masalah mereka tersendiri.


Memang Balqis melalui dua kehidupan yang sangat2 berbeza dalam cerita. Tapi aku rasa watak Balqis tu macam terlebih over untuk seorang budak. Rasa macam tak best pulak watak budak budak macam tu. Macam tak berapa sweet sangat sebagai seorang kanak kanak yang involve dalam masalah orang dewasa & menjadi seseorang yang cuba nak selesaikan masalah rumahtangga antara Mak bapak angkat dia. Macam.. tak berapa sesuai untuk seorang budak & apa yang di buat dalam watak balqis dalam drama akulah Balqis memang tak berapa logik sangat bagi seorang budak seusia dia. Dia seolah2 melakonkan watak seorang dewasa dalam watak seorang kanak kanak.

Betul.. Di luar drama ni memang balqis agak bijak & matang dari usianya. Dari dia menjawab soalan2 wartawan atau pengacara rancangan talk show memang tak macam budak2 sangat walau jawapan dia tu klise je.. Jawapan yang biasa artis2 guna. Mungkin jugak dia meniru dari artis artis lain. Tapi dalam drama.. Walaupun watak tu nak tunjukkan dia seorang budak yang bijak tapi jangan nampak watak dia tu macam watak orang dewasa. Macam mana ekk nak cakap.. Kita biasa dalam kehidupan apa2 masalah peribadi yang melibatkan orang dewasa memang pelik la kalau tetiba budak2 nak menyibuk ambil tahu kemudian cuba selesaikan. Jadi watak balqis tu bagi aku macam tak real sangat untuk seorang budak.


Bukan aku cakap balqis berlakon tak best ke hapa.. Mungkin watak yang di bentuk untuk dia terlampau over dewasa sangat dalam drama tu. Pun macam tu dia sentiasa menampilkan lakonan yang sangat2 baik dalam apa2 drama sekalipun.

Apapun Drama Akulah Balqis.. Mengisahkan realiti yang berlaku. Mak bapak terlibat dengan dadah, anak terumbang ambing. Isteri yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga membelakangkan keinginan suami. Suami pulak ambil kesempatan atas kekurangan isteri untuk jadikan benda tu alasan cari perempuan lain. Takde tipikal sangat la dengan trend drama2 sekarang kahwin tak cinta.. kemudian jatuh cinta.. kemudian ada orang dengki dengan kebahagian.. bla.. bla.. bagai. Not bad la drama akulah Balqis.

Ni pandangan peribody aku yer.. Bukan sebab aku memang suka kondem drama melayu. Yang best takkan aku nak cakap tak best. Tapi kalau yang tak best.. Berat rasa hati nak bagi pujian palsu. hahahaha

Tapi tengok pelakon kanak kanak sekarang habis satu drama keluar lagi drama lain macam life dorang hanya di set pengambaraan je.. Gamaknya depa sempat tak lalui kehidupan normal sebagai seorang kanak kanak macam kita dulu. Sempat tak depa buat aktiviti2 macam ni >> 18 Perkara Yang ada kaitan dengan kanak kanak di Malaysia << Kalau terlampau banyak job berlakon dapat. Yelah.. bekerja dari kecik. Kita masa kecik di kerjakan mak je kalau nakal. Nak bekerja betul2 dapat income ribu riban macam pelakon kanak kanak ni memang takde la kan. Setakat upah 20sen tolong pergi kedai tu ada la. hehehe

Apapun untuk si cilik Balqis.. Awak memang talented. Anugerah bakat yang sangat luar biasa dalam usia awak. Tahniah.

KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN

KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN. Aku sebenarnya malas nak tulis review pasal drama ni sebab aku bukan follow sangat pun. Kadang2 je aku tengok. Sebab hari2 masuk keywords pasal drama Kau Aku Kita ni maka biarlah aku kritik serba serbuk sikit pasal drama ni.

Sumber Google

Sebab starting tu aku tengok la jugak.. Jadi aku tahu la sikit2 macam mana bermulakan perkenalan hero & heroin drama ni. Rupanya depa ada nama yang sama. Cuma beza jantina je. Di sebabkan nama sama depa berkenalan seterusnya kawen. Kawen pun atas dasar terpaksa tapi sapa paksa & kenapa di paksa.. aku tak sure. Macam aku cakap.. aku tak follow sangat drama ni.

Malas nak follow drama2 tipikal ni.. Jalan cerita lebih kurang sama je. Kena kawen paksa.. masing2 mula2 tak suka antara satu sama lain.. lama2 jatuh cinta, hidup bahagia lepas tu mengandung & beranak. Perjalanan cerita dia pun sama.. dah tak suka masing2 tak jalankan tanggungjawab suami isteri. Bila laki nak sentuh bini dia tak nak. Sementara nak tunggu suka kira derhaka la si isteri tanpa rasa bersalah dengan alasan depa kawen sekadar nak penuhi permintaan orang lain so kawen macam tu tak jalankan tanggungjawab masing2 macam tak berdosa je. Drama yang ajar orang buat macam tu.. So, kalau berlaku dalam realiti kehidupan kita cerita kat TV salah satu penyumbang jugak.

Tak tau bila drama2 tipikal macam ni nak pupus kat TV. Dulu banyak sinetron indon pun rimas.. sekarang dah makin banyak drama melayu asyik jalan cerita sama je. Aku suka drama melayu memonopoli stesen tv tempatan tapi kalau dah drama kita pulak rasa pedih ulu hati bila tengok.. Pun susah jugak nak support. Sebab dah tak best.. Takkan nak buka cerita tu tapi buat hal lain semata mata nak naikkan rating drama melayu kat TV. Apa! Ingat bill letrik tiap2 bulan bayar pakai angin kentut je ke?

Satgi ada yang kata pulak.. Hang tu cerita seram je best. Cerita2 macam ni mana kena dengan taste hang. Hello.. aku pun layan jugak drama2 TV hokay! Dulu drama tentang Dhia & teman lelaki upahan aku follow sampai episod akhir tau. Drama tu memang best.. so aku cakap best. Kalau yang hampeh.. kenapa perlu aku cakap best semata mata nak jaga hati orang lain. Komen jaga hati dalam industri hiburan ni adalah komen yang menjahamkan je. Sebab mereka perlu komen yang jujur, berani & telus untuk memperbaiki kelemahan drama/filem tempatan ni. Baru la industri perfileman kita boleh pergi jauh. Ni bukan komen nak pujuk awek.. boleh la puji2 bohong semata2 nak bagi dia senyum.

Sudah2 la dok adaptasi cerita dari novel cinta yang membosankan ni. Gamaknya novelis sekarang pun jenis tak ada idea menulis dah kot. Serius dari aku tengok drama2 macam ni lagu bagus aku belajar main dota. 

Moral of the story.. Nak aku puji sila buat drama best2 sikit yang ada kelainan. Drama2 tipikal ni.. Orang baru kenal tv jer mungkin layan la kot. Sebab selama ni dia tak pernah tengok TV kan so mungkin dia rasa sesuatu yang baru. Tapi kalau orang dari kecik kenal TV.. drama2 macam ni jeling2 hujung mata je. Lagu bagus ulang siar drama Opah zaman 80an/90an dulu. Lagi banyak mesej yang nak di sampaikan dalam drama tu.

AWAS! DRAMA SLOT AKASIA TV3 BAHAYA PADA MANUSIA & KUCING

AWAS! DRAMA SLOT AKASIA TV3 BAHAYA PADA MANUSIA & KUCING. Sapa2 yang ada bela kucing tu sila ambil langkah berjaga jaga. Pastikan setiap hari isnin sampai khamis pukul 7 malam anda kurung kucing2 dalam rumah. Sebab time tu la drama di slot akasia akan di siarkan di tv3. Bukan apa takut nanti habis je drama tu kucing korang pun hilang atau mati. Nak tahu sebab apa.. meh baca entri ni.


Setiap hari start pukul 7 hingga 8 malam.. Isnin hingga khamis kat blog aku entri akan mendapat views banyak masa tu adalah entri pasal drama Hello Mr Perfect. Bila dah dapat views tinggi untuk entri tu keywords pun banyak la berunsur kritikkan terhadap drama tu. rata2 yang google akan menulis keywords yang mengambarkan drama tu cukup hampeh, teruk, tak best,bosan & mengecewakan. Ingat aku je rasa drama tu kategori sampah rupanya ramai lagi. Aku tengok episod mula2 jer.. sekarang memang takde nafsu nak follow. Kadang2 baca jugak update dari Boni Kacak yang cuba memperbaiki jalan cerita setiap episod yang dia tengok dengan idea dia. Aku rasa drama ni patut bagi Boni Kacak je arah.. sebab jalan cerita dia buat nampak lagi best dari jalan cerita yang di dramakan. hahahaha

Akibat menonton drama Hello Mr perfect ni aku dapat satu komen kat entri tu menyatakan betapa dia tertekan sangat setiap kali tengok drama tu. Aku tak paham kenapa dia tengok jugak walau setiap kali tengok mesti stress. Gigih sungguh kekdahnya. Maybe dia takde esteruk macam aku so tak pilihan sangat rancangan tv time2 tu. Takpe aku suggestkan kat dia lepas ni on TV alhijrah baru tenang jiwa sikit. Tapi tak sangka rupanya bahaya tengok drama di slot akasia lebih2 lagi drama Hello Mr Perfect ni..  Sampai katanya hampir2 nak bunuh kucing jiran lepas tengok drama Hello Mr Perfect ni. Tv3 sila ambil perhatian yer! Please.. selective sikit drama2 yang nak di siarkan di slot akasia tu. Setakat yang pecahkan tv sendiri tu ok lagi.. Jangan Bangunan TV3 kena pecah sebab slot akasia je tak berbaloi katanya. Hahahaha. Bukan dia je rasa stress laki aku pun kalau tertengok cerita ni cepat2 dia suruh tukar channel. Dia sendiri akui tension tengok drama tu. Kang ada yang bendul sangat tak faham apa yang nak di sampaikan ni macam2 pulak pertikaian muncul. Secara mudahnya dia nak bagitau inilah drama paling tak layak di tayangkan kat tv. Ada paham?? hehehe

Komen ni membuktikan betapa drama tu memberi tekanan yang amat besar kepada penonton hahaha

Tak boleh nak kata apa.. Semakin hari drama & filem melayu semakin banyak yang layak flush dalam jamban dari di tayangkan di pawagam atau kaca tv. Yang betul2 berkualiti & best ni boleh kira dengan jari je. Jadi jangan salahkan penonton jika lebih memilih filem luar. Orang nak tengok sesuatu yang best..

Moral of the story.. Pilihan yang kita ada kalau rasa tak best cerita tu tukar je channel lain atau tengok je dvd macam aku. Zaman sekarang nak tengok tv atas tapak tangan pun boleh tak macam dulu orang nak tengok tv pun susah sebab tu rasanya drama2 & filem dulu lebih berkualiti dari zaman sekarang walau orang dulu struggle giler macam ni semata mata nak tengok tv >> Jom Tengok Adakah Anda Sempat Tak Lalui Zaman Kesusahan Nak Tengok TV Macam Ni << Sebab sekarang semua mudah, maka pembikin drama & filem pun ambil jalan mudah je nak siapkan karya mereka dengan tagline asal boleh jual. Tu yang bersepah karya sampah kat Malaysia.

DRAMA HELLO MR PERFECT CERITA CINTA PALING SAMPAH DI TV3

DRAMA HELLO MR PERFECT CERITA CINTA PALING SAMPAH DI TV3. Untuk slot Akasia terbaru tv3 sedang di tayang drama terbaru Hello Mr Perfect. Aku tengok jugak la satu dua episod walau dengar tajuk je ala2 korean drama apatah theme song dia memang konsep ala2 korea jugak. Lagu pun lirik sory sory sayangku i hate u, i love you, i miss you bagai. Hahaha... memang very da korea je suka buat lagu mix bahasa ni. tengok cerita tak tau la ala2 drama korea ke tidak sebab aku bukan follower korean drama.


Sedih sangat bila tengok Drama hello Mr Perfect ni tau. Rasa nak menangis tepi tv je setiap kali dia bersiaran. Bukan sebab cerita dia menyedihkan tapi cerita macam ni pun boleh jadi drama & keluar tv ke? TV3 ni memang jenis takde taste gamaknya. aku tak tau la versi novel macam mana cerita dia tapi versi drama ni memang aku rasa macam penulis & pengarah drama ni seorang kanak kanak yang baru belajar mengarang cerita cinta dengan imaginasinya. Aku tak berani la kata pelakon tu lakonan dia membosankan sebab aku tak tau apa yang membosankan sebenarnya. Tapi aku rasa dua2 pun membosankan. Yang pelik tv3 boleh kutip tayang cerita2 murahan yang asal siap macam ni.

Antara komen di post Beautifulnara

Starting pun bosan nak mampus.. hari ni malas dah nak tengok. Kang follow episod dia mulut asyik dok mengkritik je lagi bagus tak payah tengok. Lagipun time2 maghrib waktu siaran dia bagus jugak tv3 tayang cerita2 sampah macam ni. Sebab orang yang mempunyai high taste tak layan. Yang layan mungkin kanak kanak yang baru nak belajar eja perkataan cinta. hahahaha.


Mungkin pengarah & penulis skrip drama ni dah ketandusan idea sampai perlu nak adaptasi cerita novel entah apa apa. Atau producer drama sekarang memang jenis suka cerita2 remeh yang membosankan macam ni. depa lagi suka labur modal untuk cerita bodoh dari cerita yang berkualiti. Kesian fatah amin.. kenapalah dia sanggup terima job untuk drama ni. Kemaruk nak jadi hero sangat atau takde job dah nak ambil atau asal masyuk sudah.


Cerita2 macam ni layak untuk pelakon2 amatur buat persembahan untuk hari penyampaian hadiah sekolah rendah je. tak perlu laburkan modal untuk drama2 sampah macam ni. Tak layak pun sebenarnya tayang kat tv. hahahaha


Dari layan cerita ni baik aku tengok magic show lagi enjoy walau magic ni sekadar guna trick. Sekurang kurangnya trick yang dia buat boleh buat kita terpegun. 

Moral of the story.. Nampaknya tv3 sekarang memang tak macam dulu yang selalu tayang drama2 berkualiti dari segi jalan cerita sehinggalah ke pelakon. TV3 sekarang asal benda tu jadi cerita dah cukup lulus untuk di tayangkan kat tv. Bukan takat drama sekali dengan tv3 layak humban dalam tong sampah kemudian kitar semula jadi bahan yang lebih bermanafaat. hahaha

P/S : Kritikan ini ikhlas dari blog puaka lekatlekit.com

AKHIRNYA PEMBAWA WABAK MEROYAN BERAKHIR HARI NI

Meroyan ni satu wabak ke? Yer boleh jadi satu wabak bila ada sesuatu yang menyebabkan kaum wanita tak kira yang gadis mahupun perempuan dewasa jadi meroyan dalam tempoh waktu yang sama setiap hari. Alhamdulillah penyebab penyakit meroyan sejak dua menjak ni akan berakhir hari ni. Erkk... meroyan pun ada expired date ke?

Sumber Google

Pembawa wabak meroyan yang aku maksudkan adalah drama slot akasia Hati perempuan. Tengok post media hiburan tadi katanya hari ni episod akhir maka bermula esok Insya Allah tiada lagi status meroyan yang aku nampak kat news feed aku. Aku mula2 tengok jugak la sikit tapi macam taste drama2 macam tu aku malas nak tengok sangat. Bukan apa.. kang terbergaduh dengan peminat drama tu pulak. dah la hero & heroin hanya layak pegang watak penyapu ahli sihir berjubah hitam & berhidung panjang, drama pulak boleh morning sickness aku jadinya even tak mengadung. So, aku ambil keputusan tak payah follow sangat la. Nak hadap pun tak berapa selera macam mana nak kusyuk, katanya. hahahaha


Setelah aku rasa terlalu panjang episod drama ni, hari ni di umumkan sebagai episod akhir. aku rasa macam nak sujud syukur je. Bukan sebab benci sangat dengan drama ni tapi syukur sebab menyelamatkan ramai kaum wanita dari terkena tekanan emosi dengan watak Yuhanis yang selalu aku dok baca status geram,marah & sakit hati dari ramai kaum wanita yang follow cerita tu.

Moral of the story.. Kalau korang rasa annoying sangat perangai perempuan macam watak Yuhanis tu maka ambil la pengajaran, macam tu jugak pasangan korang yang rasa annoying kalau korang jenis prasangka tak tentu pasal. Ye betul tak ramai lelaki yang macam laki Yuhanis tu.. kalau laki lain rasanya abis talak la perempuan macam Yuhansi tu dapat. hahahaha

P/S : Pengikut drama ni jangan terlepas pulak episod akhir takut hangpa pulak meroyan tak dapat tengok ending hahahaha

TAJUK TAK MUAL TAPI PELAKON PULA RASA NAK MUNTAH

Tu dia kalau tajuk tak puaka tu tak berapa lekat lekit sangat kot.. Nak cerita alkisah pasal drama TV. Walaupun fenomena Tajuk drama berkonsepkan laki bini ni belum habis musimnya.. Tapi masih ada drama yang keluar tv tak nak terlibat dalam trend drama dengan tajuk laki bini. Terbaru drama slot akasia TV3 Hati perempuan. Dengar tajuk ok la.. tak rasa mual sangat la sebab takde tajuk berunsur laki bini ni.. Tapi...

Tapi yang sedih tertengok semalam pelakon dalam drama ni macam alahai.. muka dah cun.. dah ensem tapi entah la berlakon macam takde nafsu je pegang watak tu. Yang heroin tu tak tau la pelakon baru ke tak.. memang lakonan dia failed. Tapi muka memang cun.. ada iras2 shila Amzah tapi nampak dia lagi cun dari shila amzah.

Even muka cun pun kalau setakat berlakon dengan reaksi muka macam takde nafsu macam tu putus selera jugak la nak tengok. Jalan cerita pun nampak boring sangat di tambah pelakon yang boring2 belaka maka ber double triple boring jadinya bila terlayan drama macam ni.


Betul la belajar dari pengalaman.. tapi sementara kau nak pandai dengan pengalaman berlakon kau tu, kita yang tengok ni rasa macam nak bertenggelaman jer. Rasanya banyak talent dari Aswara la.. & course2 seni lain tapi yang kayu2 jugak depa nak letak depan camera. Asuh la kayu2 jadi manusia berbakat dulu baru letak depan camera. Takde la jadi bahan kritikkan sangat.

Kesimpulan.. Ingat Drama yang terkecuali dari cerita konsep laki bini kena kawen paksa ni boleh la menjadi bahan tontonan yang best rupanya lagi hampeh. Moral of the story.. kalau dah tak best tu buat tajuk gempak macam mana pun tetap tak best, hokay! hahahaha

p/s : Tak kisah la kau nak pertaruhkan muka baru pun tapi pastikan muka baru tu reti berlakon bukan sekadar jual muka.


Iklan : Yang nak buat Aqiqah atau Qurban boleh melakukannya di equrban. Clik Banner di bawah untuk keterangan lanjut 


PELAKON UNGKU ISMAIL SERING JADI LELAKI UPAHAN WANITA

 Tu dia... Gosip hangat hangus hangit katanya. Kalau sebut retis ni semua pun mula la buka biji mata luas2 kan. Dasar kiah propa sangat tau. Asal tajuk panas pasal retis je berpusu pus clik. hahahaha.

 Sumber Fb Ungku Ismail

Semalam pukul 7 petang dah di tayangkan episod pertama drama Teman lelaki upahan yang heronya di lakonkan oleh pelakon Ungku Ismail. Maybe ada yang tak berapa familiar dengan nama pelakon ni tapi aku memang minat lakonan dia. Kalau bukan sebab dia aku bukan nak layan sangat drama pukul 7 tv3, nak2 lagi drama adaptasi novel sekarang yang semua lebih kurang sama jer cerita dia.

Sebab heronya Ungku Ismail melangut jugak la sampai habis.. episod pertama pun enjoy je tengok. Cerita dia pun not bad. Tengok telatah Ungku Ismail dalam episod pertama Teman lelaki Upahan memang tak membosankan. Kelakar + sweet. Nak2 lagi kalau dia lakonkan babak mengelabah.. Aku suka sangat.

Sebab aku peminat dia & enjoy tengok episod pertama drama lakonan dia... Aku pun up la status. Ingat senang ke aku nak puji hero @ heroin drama ni nak2 dari drama adaptasi novel. Tak sangka pulak dia sudi nak datang join berkomen dengan peminat2 dia kat status FB aku. Amboi low profile sungguh kan??

Antara perbualan kat FB status aku. selebihnya korang baca sendiri kat SINI

Yang aku perasan banyak jugak drama2 Ungku Ismail ni mesti watak dia jadi lelaki upahan perempuan.. tak jadi suami upahan, jadi anak ikan.. Yang terbaru jadi teman lelaki upahan. Tapi semua lakonan dia menjadi. Hope lepas ni dia dapat banyak offer berlakon supaya selalu2 muka keluar tv. dah bosan aku dok tengok muka2 hero yang sama..

Sumber google

Buat Ungku Ismail.. Sebagai peminat saya doakan kejayaan untuk anda dalam bidang seni. Lakonan anda memang ada kelainan & ada identiti tersendiri. Paling penting anda sangat suweet bila bawak watak2 lelaki upahan ni tau! Pada korang semua jangan lupa tengok drama Teman lelaki upahan pukul 7 malam, isnin hingga khamis di tv3.

Kalau korang nak beramah mesra dengan beliau boleh LIKE fanpage Ungku Ismail Aziz Insya Allah tak sombong 




BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com