DRAMA HELLO MR PERFECT CERITA CINTA PALING SAMPAH DI TV3

10/08/2015 08:32:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

DRAMA HELLO MR PERFECT CERITA CINTA PALING SAMPAH DI TV3. Untuk slot Akasia terbaru tv3 sedang di tayang drama terbaru Hello Mr Perfect. Aku tengok jugak la satu dua episod walau dengar tajuk je ala2 korean drama apatah theme song dia memang konsep ala2 korea jugak. Lagu pun lirik sory sory sayangku i hate u, i love you, i miss you bagai. Hahaha... memang very da korea je suka buat lagu mix bahasa ni. tengok cerita tak tau la ala2 drama korea ke tidak sebab aku bukan follower korean drama.


Sedih sangat bila tengok Drama hello Mr Perfect ni tau. Rasa nak menangis tepi tv je setiap kali dia bersiaran. Bukan sebab cerita dia menyedihkan tapi cerita macam ni pun boleh jadi drama & keluar tv ke? TV3 ni memang jenis takde taste gamaknya. aku tak tau la versi novel macam mana cerita dia tapi versi drama ni memang aku rasa macam penulis & pengarah drama ni seorang kanak kanak yang baru belajar mengarang cerita cinta dengan imaginasinya. Aku tak berani la kata pelakon tu lakonan dia membosankan sebab aku tak tau apa yang membosankan sebenarnya. Tapi aku rasa dua2 pun membosankan. Yang pelik tv3 boleh kutip tayang cerita2 murahan yang asal siap macam ni.

Antara komen di post Beautifulnara

Starting pun bosan nak mampus.. hari ni malas dah nak tengok. Kang follow episod dia mulut asyik dok mengkritik je lagi bagus tak payah tengok. Lagipun time2 maghrib waktu siaran dia bagus jugak tv3 tayang cerita2 sampah macam ni. Sebab orang yang mempunyai high taste tak layan. Yang layan mungkin kanak kanak yang baru nak belajar eja perkataan cinta. hahahaha.


Mungkin pengarah & penulis skrip drama ni dah ketandusan idea sampai perlu nak adaptasi cerita novel entah apa apa. Atau producer drama sekarang memang jenis suka cerita2 remeh yang membosankan macam ni. depa lagi suka labur modal untuk cerita bodoh dari cerita yang berkualiti. Kesian fatah amin.. kenapalah dia sanggup terima job untuk drama ni. Kemaruk nak jadi hero sangat atau takde job dah nak ambil atau asal masyuk sudah.


Cerita2 macam ni layak untuk pelakon2 amatur buat persembahan untuk hari penyampaian hadiah sekolah rendah je. tak perlu laburkan modal untuk drama2 sampah macam ni. Tak layak pun sebenarnya tayang kat tv. hahahaha


Dari layan cerita ni baik aku tengok magic show lagi enjoy walau magic ni sekadar guna trick. Sekurang kurangnya trick yang dia buat boleh buat kita terpegun. 

Moral of the story.. Nampaknya tv3 sekarang memang tak macam dulu yang selalu tayang drama2 berkualiti dari segi jalan cerita sehinggalah ke pelakon. TV3 sekarang asal benda tu jadi cerita dah cukup lulus untuk di tayangkan kat tv. Bukan takat drama sekali dengan tv3 layak humban dalam tong sampah kemudian kitar semula jadi bahan yang lebih bermanafaat. hahaha

P/S : Kritikan ini ikhlas dari blog puaka lekatlekit.com

11 comments:

  1. kitaorang beli TV tapi ariel tak de astro tak de jadi tiada siaran TV, kitaorang hanya tengok movies je.. hehe dari internet.. naib baik tv jenis android kemudaha macam telefon bimbit hihihihi...bagus juga tak tengok drama ni kalau tak asyik mencarut je keje nya tapi percayalah memang nak astro.... huuu bosan tengok movie orang puteh je letih tengok bab kissing peluk2... nak tengok gak drama melayu mak enoon ... ;(((

    ReplyDelete
  2. Tak suka tgk...entah apa2..pelakon perempuan tu lg la..hahahha..kesian hero tu berlakon cerita teruk cmni..setahu akk produser dia a.aida...

    ReplyDelete
  3. Ambe mmg jarang sangat tengok drama-drama TV3 melainkan biras ambe yang direct. Itu pun sebab wifey nak tengok abam iparnya punya jalan citer. Adeq ipar ambe pun asyik racun jerk suruh tengok. Tu yang terpaksa terjebak juga. Hahahaha...

    ReplyDelete
  4. tak paham apa motif pelakon wanita utama pegang 2 watak?

    ReplyDelete
  5. Says setuju...watak Si izzul tak tumpah macam watak smeagol sebab kejap die ok tetiba die mengamok sbbkan alya tak pandai masak...kata mr perfect die sendiri tak perfect asyik mental breakdown je...saya rasa kesemua watak ni pyscho and desperate..tv3 tolonglah keluarkan cerita2 yang berkualiti seperti teduhan kasih, dhia, dan etc supaya tv kat rumah saya tidak dipecahkan lagi dan saya hampir bunuh kucing jiran akibat tekanan tgk cerita drama tu..pelakon semua ok tapi cerita mcm dodak itik kek tanjong ipoh umah wan den..

    ReplyDelete
  6. pelakon kayu terhebat.....yg pelakon pompuan lagi cam cipan

    ReplyDelete
  7. Tv3. Hentikanlah siaran drama sampah ni.

    ReplyDelete
  8. Walaupun ini entry bulan lepas tak kira nak komen gak.
    Sebab setuju 200 peratus Hello Mr. Perfect citer sampah.
    Sampah tahap kasta paling rendah sampah tahi punya tahap.

    Hero dan heroin pun ntah apa-apa jer mutu lakonan depa.

    Officemate cakap pompuan tu orang yang sama cuma sekejap bertudung sekejap tidak... lorrr alkisahnya tak pasanlah sebab meluat nak tengok.
    Annoying sangat.

    Tapi tak setuju...satu Tolong....!!! jangan samakan dengan citer Korea.
    Citer Korea kalau ada yang teruk pun takdelah sampai tahap sampah cenggini.

    ReplyDelete
  9. Biasa la kalau malaysia pnya movie sgt2 murahan sbb byk dah movie ambil dr buku novel . Langsung tiada idea lain . Cuba tgk movie cina , india , dan lain2 . Diorg semua rasa nya tk juga ikut cerita dalam novel kn . Ini pula pengarah melayu otak masih sgt low . Anyway i memang suka cerita lorea sbb international awards diorg pun boleh dapat ok !

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com