Showing posts with label kritik. Show all posts

NAK JIMAT TAK PERLU MAKAN TEPI JALAN, BOLEH JE MAKAN KFC

NAK JIMAT TAK PERLU MAKAN TEPI JALAN, BOLEH JE MAKAN KFC. Sejak semalam kecoh isu pasal aliff aziz & alif syukri.. Yang Aliff Aziz sebab di katakan mengasari bini yang tengah dalam pantang, Si Dato Aliff Syukri di katakan memalukan orang malaysia ketika melancong di Zurich Switzerland  bila dia merakam & upload video makan atas tar tepi jalan bila katanya dia cuba menumpang meja dia sebuah restoran tapi di halau.


Kata Dato Aliff Syukri kos untuk makan kat sana mahal.. Jadi dia ambil langkah penjimatan dengan tapau je makanan yang di masak kat rumah. Bagus Dato aliff even bergelar jutawan masih mengamalkan langkah berjimat cermat. Tu sebab dia kaya raya sampai jadi jutawan. Berbanding kita ni baru kaya sikit dah rasa boleh beli segalanya.. Tu belum jadi jutawan. Kalau dah jadi jutawan tak tahu la tahap bongkak tu level mana. hehehehe.. Jadi contohi la Aliff Syukri yang berjimat cermat yer..

Cuma tak perlu la makan macam gelandangan sangat even kat negara orang pun. Ramai yang berpendapat dia tak sepatutnya tunjuk imej selekeh macam tu kat negara orang. Banyak tempat yang lebih baik & sesuai untuk duduk bersantai & makan.. Tak semestinya dalam restoran. Boleh makan kat padang macam berpiknik. Sebab kat sana katanya biasa jer orang bawa bekal makanan ni. Banyak tempat di sediakan untuk makan selain dari restoran. Hope Dato Aliff.. jadikan pengajaran. Berjimat tu dah bagus cuma cara je salah.

Nak berjimat ni macam macam cara boleh buat. Berjimat tak semestinya sampai tak boleh makan sedap sedap & kat tempat yang lebih selesa, ye dak.. Sapa kata nak jimat kena makan nasi, kicap & telur goreng jer kat kaki lima je. Nak berjimat boleh jer makan KFC. Tak caya nak berjimat boleh makan kfc. Tak caya tengok ni >> Poket Nipis Lepas Raya? KFC Bucket Berbaloi Kan Ada! Pasti Sedap! << Satu family ok bukan makan sorang sorang. hehehehe.


Sebenarnya banyak cara penjimatan kita boleh buat. Tak perlu sampai nak merendahkan martabat kita di khalayak ramai kan. Lebih - lebih orang yang berpengaruh & di kenali. Apa yang mereka buat memang menjadi perhati sebab cerita & berita mereka ada 'Value'. So media memang akan highlight cerita tu.

Walaupun Aliff syukri ni selalu je kena kecam dengan tindakkan dia yang kadang kadang orang rasa annoying tapi saya agak respect dengan dia sebab dia tak menggunakan perkara tu untuk balas dendam dengan apa - apa tindakkan. Dia salah atau tak.. Dia rilex & terus buat apa yang dia rasa dia suka. Mungkin dia tahu bila di kenali dia akan jadi bahan media. Benda tu juga bagi publisiti kat dia. Yang antara sudut positif dia yang boleh di puji.

Moral of the story.. Bila jadi public figure ni apa yang nak di buat kena fikir banyak kali. jangan fikir persepsi positif je sebab pandangan orang tak sama seperti apa yang kita fikir. Peace Yo!

PERSEMBAHAN USOP MINGGU KE 8 MENTOR MILENIA AGAK MEMBOSANKAN

PERSEMBAHAN USOP MINGGU KE 8 MENTOR MILENIA AGAK MEMBOSANKAN. Minggu lepas takde ulas pasal mentor milenia 2017 ni sebab den cuti cuti malaysia balik kampung. Isnin baru pulang ke pangkal jalan katanya.. Kat kampung takde maknanya nak layan TV sangat. Dah la bukan selalu balik kampung harus la spent time dengan family kepada perkara yang lebih best dari nak layan mentor milenia katanya hahahaha.. Tapi minggu ni sebab kembali ke kerumahtullah.. maka sempat la menjadi selaku juri surirumah...


Minggu ni.. Persembahan semua protege bagi aku di level selamat.. Semua pun not bad performance mereka dari segi vokal cuma aku rasa kecewa sikit dengan persembahan Usop.. Walaupun juri tetap puji Usop & juri awam pun bagi markah yang not bad.. Tapi tetap aku rasa persembahan usop minggu ni boring sangat. Usop bawa lagu Memori sekuntum rindu nyanyian kumpulan spoon.. Lagu tu kita sedia maklum lagu tangkap leleh.. Tapi rasa macam terlebih meleleh sangat usop nyanyi.. Persembahan usop macam tak ada semangat langsung.. Mungkin faktor kurang rehat & letih jugak kot tapi usop kena bersedia dari mental & fizikal sebab minggu ni pun boleh nampak persaingan semakin sengit. Even usop di lihat lebih ramai supporter & peminat namun itu tak menjamin dia akan sentiasa selamat di atas pentas mentor milenia.. So usop.. Please wake up & kembali semangat usop macam mula mula dulu ok. Persembahan kena sentiasa ada peningkatkan tak boleh statik je dari minggu pertama sampai la ke peringkat seterusnya. Orang kedah still support hang, dont worry sop!


Tapi respect dengan Qaleesya protege kepada Tomok yang boleh kata selalu je di Bottom 2. Sentiasa hampir2 di singkirkan & pernah tersingkir & dengan kuasa juri tetap dia di terima semula. Qaleesya ni bukan suara tak sedap.. Vokal dia not bad.. Power jugak tapi aku rasa tomok ni selalu bagi lagu yang berisiko & tidak sesuai dengan protege dia. Ni pertandingan.. Tomok sepatutnya tak bereksperimen dengan kemampuan vokal protege dia.. Tiru hazama.. Dia tahu kekuatan protege dia so dia sentiasa pilih lagu yang dalam kemampuan mereka untuk bawa.


Along protege Tomok.. Budak ni memang ada talent besar untuk di kenali sebagai penyanyi nanti. Selain bapak sedara juga seorang penyanyi terkenal. Sapa tak kenal ezad lazim @ ezad exist kan.. Depa ni memang darah seni kuat kot. Tak payah nak menumpang tuah bapa sedara Along sememangnya boleh menyanyi dengan baik cuma Along perlu lebih confident & kurang malu bila perform. Semalam dia bawa lagu english.. Yer english dia sangat kaku & baku.. Tapi ok jer kan Along. Kita kan orang melayu.. Kalau nyanyi lagui english tak slang english sangat tu biasa la.. Jangan orang melayu nyanyi lagu melayu slang english tu memang very the coco.. lots of mix katanya. takpe sebutan english tu.. Along boleh belajar & improve dari masa ke semasa.. Apapun persembahan Along semalam tak kurang hebat. Cuma mungkin Along kekok sebab tak fluent english kot...


Balqis protege hazama..  Sentiasa dalam zon selamat setiap minggu even belum pernah jadi juara mingguan setakat ni. Budak ni memang boleh nyanyi apa je genre lagu dengan baik. Kau bagi la lagu apapun dia nyanyi memang dengan feel & confident. Bukan setakat cantik tapi memang ada pakej sebagai seorang penyanyi. Semalam persembahan dia memang mantap jugak. Dia nyanyi lagu I surrender.


Elica.. ni pemegang title juara mingguan 2 kali berturut2 sebelum ni. Vokal memang power. Semalam nyanyi lagu benci tapi rindu.. Memang nampak elica matching bawa lagu2 macam tu. Semalam persembahan elica memang not bad..


Syeera ni dia macam balqis. Memang vokal tak payah pertikai. Performance dia semalam pun best. Tahniah mentor dia black buat arrange yang best. Cuma Belum rezeki dia untuk jadi juara minggu tapi nampak syeera memang ada peluang sampai ke final.. So, tak mustahil peluang dia untuk jadi juara pun ada.


Peserta ujibakat pilihan.. bekas vokalis ukays katanya. Tapi bukan amir ukays la.. Ady nama dia. Suara memang power la bawa lagu2 ukays.. Semalam dia nyanyi lagu seksa. Wow! Sedap giler suara dia.. Cuma dia tak ada rezeki untuk bertanding di atas mentor milenia.. Faktor umur ke hapa tak sure la kan.. Tapi suara dia memang sedap tak payah di pertikai. Macam suara record je nyanyi live semalam.


Juara minggu ni mentor milenia 2017 adalah Qaleesya.. sapa sangka sebelum ni asyik di bottom 2 jer tetiba minggu ni menang. Tapi memang terkejut bila yang di bottom 2 minggu ni Elica & Along.. Gila wei! Dua2 orang tu mempunya vokal yang power. Tapi semalam tiada penyikiran. Memang semalam kalau aku pun orang suruh pilih sapa nak keluarkan.. aku rasa tak ada sapa patut terkeluar.


Cuma satu je.. akhir rancangan tu tak payah la buat sesi bersalam salaman cium tangan bagai antara protege dengan mentor & juri. Semak pulak aku tengok. Kau nak cium tangan sangat dah kenapa kan.. Makcik2 kat rumah tu sakit mata tau tengak laki perempuan dok bersalam cium tangan macam tu. Tak perlu pun drama2 macam tu atas pentas rancangan realiti nyanyian.. Dah trending kot setiap minggu mentor milenia tahun ni.


Tu la la komen & kritikkan aku untuk mentor milenia minggu ke 7. Minggu depan kalau aku santai santai kat rumah tak ada apa nak buat boleh la aku menjurikan diri lagi. Ramai tu peminat aku dok tunggu komen2 aku kat FB katanya... wakakakakaka (mohon jangan muntah atas skrin).

JADILAH ARTIS KAU BOLEH JUAL APA SAJA TERMASUK SAMPAH

JADILAH ARTIS KAU BOLEH JUAL APA SAJA TERMASUK SAMPAH. Baca tajuk entri pun dah mengambarkan lekatlekit akan melahar dalam entri ni. Selain kat blog, aku rajin jugak melazer kat facebook sebab tu ramai orang yang selalu benci tapi rindu dengan aku. Bukan apa melihat trend sekarang.. Kau rajin post kat media sosial caption bodoh2 pun kau boleh buat kompilasi kemudian cetak dalam bentuk buku & jual.. aku pun nak cuba nasib jugak compile semua kritikkan aku yang penuh news feed kat FB tu kemudian bukukan.. Mana tau boleh cari rezeki halal dengan jual buku macam tu pulak.hehehehe


Kau fikir kau siapa lekatlekit? Pelakon? Penyanyi? macam Fattah Amin tu.. op's!! hahahaha

Lepas Apis Amidon.. Kini giliran patah amin pulak keluarkan photobook yang konon2 buku motivasi la sangat. Dalam buku tu cuma koleksi post2 termasuk gambar2 selfie dia kemudian di terbitkan & di jual kepada semua kipas susah mampus Patah Amin. Bila orang kecam.. Katanya salah satu cara dia nak cari rezeki halal.. 

Yelah rezeki halal tapi kau tak rasa ke macam satu penganiayaan buat peminat kau yang beli buku ala2 photobook kau tu? Dah tu setiap muka surat cuma di ambil dari koleksi post2 kau kat media sosial. Kau tak rasa bersalah ke wahai Patah Amin?

Please la retis.. Jangan gunakan populariti kau untuk jual sampah. Ni pun salah satu bentuk penganiayaan jugak ok! Peminat ni kalau fanatik memang dia jadi bodoh sikit.. Even buku kau yang tak ada manafaat & faedah nak di baca pun mungkin dia akan beli sebab minat kau. Jangan klasifikasikan buku kau buku motivasi sangat la.. Kau tu berlakon pun macam kayu.. menyanyi pun sumbang mahram bagai..Cuma nasib kau baik ada rupa & sebab terlibat dalam bidang seni je. Kalau kau bukan retis.. Sapa nak baca buku kau tu. Buku yang hebat tak perlu penulisnya popular, Insya Allah pasti ada yang membaca. Tu baru namanya penulis. Cuba cermin diri kau tu 'Layak ke kau di panggil penulis sampai nak keluarkan buku bagai??' Jangan kau rasa kau artis kau boleh ambil kesempatan nak jual apa saja termasuk sampah. Aku yakin kalau orang lain buat buku macam ni pun patah amin takkan beli jugak. 

Tak tau la sapa cetuskan idea suruh dia keluarkan buku macam tu.. Patut orang yang cetuskan idea tu pun kena kecam secara berjemaah jugak. Tapi kalau memang idea dia sendiri.. Sedang elok la kau kena kecam macam sekarang walaupun dari kecaman tu kau boleh dapat publisiti free katanya. Tapi tetap kena kecam jugak hahahaha

Moral of the story.. Kepada peminat susah nak meninggal dunia patah Amin tu sebelum korang bazirkan duit beli photobook dia yang konon bermotivasi sangat tu, korang tergolong dalam golongan yang perlu buat benda ni >> Cara nak kesan setiap perbelanjaan Anda Untuk dapat Ganjaran Lebih besar << Bukan apa supaya korang sedar salah satu benda yang tak anda pekdah korang berbelanja adalah membeli buku patah amin hahahaha

p/s : Sebab tu orang sekarang semua berlumba lumba nak jadi retis.. sebab lepas jadi retis depa boleh jadi macam macam tak perlu belajar teruk - teruk termasuklah jadi penulis walaupun kau tak ada bakat menghasilkan karya berkualiti & hanya mampu hasilkan buku sampah penuh gambar muka sendiri hahahaha

RAMAI BLOGGER TERKESAN DENGAN KRITIKAN ALIA HAYATI

RAMAI BLOGGER TERKESAN DENGAN KRITIKAN ALIA HAYATI. Kat wall aku tengok ada antara blogger yang mendapat jemputan menonton premier screening filem upin ipin jeng jeng jeng mula panas hati,panas jari,panas bontot bagai dengan kritikan salah seorang ibu yang mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Rasanya ramai tahu isu tu. Alah pasal dia kritik filem upin ipin jeng jeng jeng yang katanya tidak menepati citarasa kanak2 & menyifatkan filem tu macam sampah.


Dari awal aku dok baca respond dari news feed fb aku,kadang - kadang aku sampai tergelak. marah sangat depa bila orang kata filem yang depa war war kan best tu tak best & sampah. sampai mempertikai hak orang tu bagi komen sebab katanya dia dah 2 tahun tak tengok wayang jadi dia tak layak nak komen. 10 tahun sekali orang pergi tengok wayang pun,dia berhak memberi pendapat dari apa yang dia bayar untuk menonton. dia nak cakap best ke tak best ke itu hak dia. kenapa perlu pertikai hak dia hanya kerana dia tak tengok wayang selama 2 tahun.

Status yang menjadi viral tapi tadi aku check dia dah delete atau private status tu. Mungkin ramai yang serang dia kot. Kesian kan sapa yang tak boleh terima perbezaan pendapat ni. Lepas ni tengok filem tempatan wajib puji walau filem tahap jamban pun

lagi satu kenapa cuak sangat dengan kritikan Alia Hayati tu? kalau filem tu memang terbaik & mampu buat penonton terutama kanak kanak terhibur setakat kritikan Alia Hayati tu tak jejas pun penjualan tiket.malah sebab status dia tulis mungkin menjadi satu publisiti untuk filem tu. Tapi bila ramai tunjuk macam cuak, aku pun syak maybe betul la filem tu tak best. Aku pun ada niat nak bawa anak aku pergi tengok tapi biasa la minggu pertama di tayangkan mesti ramai orang tengok. Pengalaman sebelum ni nak tengok Boboiboy the movie 3 kali ke pawagam tiket habis. Sebab kami jenis mengamalkan 'walk in' malas nak book online. Sebab bagi kami.. lambat atau cepat tengok filem tu takde apa terjejas pun. Dah hujung2 tayangan nanti confirm dah tak ramai menonton. Lagi senang nak beli tiket. hehehe

Berbalik pada isu kritikan Alia haryati yang bukan sesiapa.. hanya seorang isteri & ibu kepada anak berusia 2 tahun.. Pun macam tu ramai yang cuak dengan kritikan dia terhadap filem upin ipin jeng jeng jeng terutama blogger yang dapat tiket free tengok premier screening tu la. Komen pada post dia pun ada yang bersetuju & tidak dengan pendapat dia.. Biasa la tu. Citarasa manusia berbeza.. ada yang rasa anak2 mereka enjoy & ada yang nampak reaksi anak mereka kurang terhibur dengan filem tu. Masing - masing memberi persepsi & pendapat sendiri.. Bagi aku normal la tu. Yang rasa best tak salah.. Yang rasa tak best pun tak salah. Tak perlu kot nak rasa marah bila filem yang kau dapat tiket free pergi menonton orang yang kena beli tiket cakap tak best.

Bukan soal support atau tak sesama blogger.. cuma aku rasa mentaliti blogger yang cepat melatah macam ni mengambarkan blogger tu jenis pemikiran bawah tempurung. Cuba positif sikit.. Sebab zaman sekarang kritikan juga boleh jadi satu publisiti pada sesuatu perkara tu sebab tu ada yang sanggup buat video konon kutuk produk dia jual semata mata nak viral untuk memperkenalkan produk tu. See.. kritikan tak semua membunuh ok!

Tak perlu risau karya atau produk yang bagus tak terkesan hanya dengan komen negatif seorang dua. Yang terbaik akan kekal terbaik & Insya Allah akan di iktiraf kehebatannya. Terima je perbezaan pendapat tu... Tak semestinya kau tonton best orang lain pun rasa best. Terima hakikat kau tak boleh paksa orang lain suka apa yang kau suka. Please la.. Aku faham blogger yang di jemput menonton tayangan perdana upin ipin jeng jeng jeng tu kerja depa menyampaikan informasi & mempromosikan filem tu. Tapi tak perlu terlalu taksub kot.. Biarlah orang yang rasa tak best nak bagi pendapat. Kau boleh bagi pendapat kau sendiri kenapa nak sekat orang lain bagi pendapat hanya kerana berbeza pendapat dengan kau, kan?

Moral of the story.. aku tau aku bakal di benci oleh segelintir blogger sebab entri ni tapi macam biasa la.. Aku akan menulis apa yang aku rasa betul. Takut rezeki berblog tak ada sebab kena boikot dengan blogger.. Ingatlah rezeki tu Allah yang bagi tak perlu takut sangat sesama manusia sampai kau takut untuk menyampaikan kebenaran. Peace Yo!

2 PASANGAN RETIS NI MASING2 TAKNAK KALAH NAK TUNJUK GAMBAR CIUM MULUT

2 PASANGAN RETIS NI MASING2 TAKNAK KALAH NAK TUNJUK GAMBAR CIUM MULUT. Aku perasan dua pasangan retis ni depa macam bersaing sesama sendiri jer. Sebelum ni masing2 nak expose anak kat media sosial.. Kalau si nun tayang anak pakai cenggini.. Yang si nin pun tak nak kalah. Sorang anak dah menang anugerah.. sorang lagi belum. Sebelum ni ada kontroversi peminat dok compare anak sapa lagi comel.. Pun tacing si nun.. sebab anak si nin tu lagi comel.


Ni tengah dok hot & spicy pasal gambar romantik dua pasangan ni share gambar bercium mulut. Mula2 si nun buat.. lepas tu si nin pun nampaknya tak nak kalah. Maka2 dua2 jadi kontroversi maha hebat tapi yang dok bertekak peminat depa la. Macam biasa la kalau isu2 macam ni timbul.. confirm la ada komen backing kononnya.. Depa dah jadi laki bini. Tak salah nak comolot pun.. comolot (cium mulut) tu memang la tak salah kalau benda tu di buat kat tempat yang privacy & benda tu tak di share untuk tontonan umum. tak jadi halal semua perkara dengan hanya sah sebagai suami isteri. perkara2 macam tu memang tak boleh di buat atau menjadi tontonan umum walaupun dah jadi laki bini.

Nak komen lebih lebih pun diri tak sebaik mana.. Tapi apa yang salah tu tetap la salah takkan jadi betul walau apa alasan sekalipun. Yang betul tetap betul walau kau tak nak terima kenyataan sekalipun. Pada dua pasangan retis paling romantik dalam Malaysia ni... Sudah sudah la create kontroversi. Dah cukup popular kot hangpa. Dah cukup masyuk kot.. Tak campur lagi job2 anak hangpa dapat. tak cukup lagi ke sampai perlu nak mencetuskan kontroversi macam tu. Tak payah cakap la hangpa tak tau gambar macam tu boleh cetuskan kontroversi. Hangpa bukan retis malaysia pertama buat.. Takkan tak boleh ambil pengajaran dari retis2 yang pernah jadi kontroversi gambar cium mulut sebelum ni atau sememangnya hangpa nak benda tu jadi kontroversi tak tau la. Ni Malaysia kot majoriti penduduk dari kalangan orang melayu beragama Islam. tak payah cakap pasal agama dulu.. Dalam budaya & adat melayu pun perkara perkara macam tu memang bertentangan dengan amalan hidup orang melayu. Tak tau la kot2 depa lupa yang depa masih di tonton oleh orang melayu Islam di Malaysia. Yelah.. kot2 dok feeling peminat depa semua orang ostolia, merika, bagai tak tau la kan. hehehehe.

Moral of the story.. Orang yang suka create kontroversi & mengelabah macam 2 pasangan retis ni aku rasa boleh jugak guna cara ni untuk buat depa bertenang & boleh berfikir dengan baik sebelum ambil keputusan buat sesuatu >> Ni cara paling Berkesan Nak Buat orang tak tergagap2 bila bercakap. Boleh Jugak di gunakan untuk orang suka mengelabah << Try je la kot2 berkesan untuk 2 pasangan retis tu kan. Usaha tu penting katanya hahahaha.

DRAMA KAHWIN MUDA, KISAH BUDAK LEPAS SPM GATAL NAK KAHWIN

DRAMA KAHWIN MUDA, KISAH BUDAK LEPAS SPM GATAL NAK KAHWIN. Aku happy sikit sebab stesen tv3 sekarang dah banyak tayang drama2 tempatan berbanding dulu asyik cerita dari seberang je. Sampai naik muak nak buka TV. Bagus mengutamakan produk tempatan sebab siapa lagi nak tayang drama melayu kalau bukan stesen TV kat Malaysia. Stesen TV luar tak pandang pun drama melayu. Sebabnya.. sendiri mau ingat la kan..


Tapi yang bestnya bila yang banyak tu drama tak ada motif & tak ada kualiti. Drama bosan2 je melambak berbanding drama best best. Drama yang buat orang nak mengkritik je dari memuji. Contoh macam drama pukul 7 Sayangku Kapetn Mukhriz tu. Drama tak ada motif, tak ada moral of the story, tak menampilkan realiti sebenar kehidupan golongan bekerjaya seperti Doktor & anggota tentera. Memang la drama tapi jangan la nampak membohong sangat kan.

Sekarang ni tengah di tayangkan Drama Kahwin Muda pukul 6.30 petang di TV3. Mengisahkan pasangan yang bercinta dari zaman kanak kanak hingga remaja yang merancang untuk kahwin selepas SPM. Dah tak menyempat sangat dah nak tunggu besar sikit katanya. Gatal nak kahwin jugak lepas SPM. hehehe. Setakat ni baru episod depa baru habis SPM & dok plan macam mana nak realisasikan impian depa nak kahwin tu sebab kedua belah keluarga memang tak setuju. Tengok satu dua episod pun rasa macam macam tak berapa menepati citarasa aku je nak follow.. Mungkin faktor usia kot dah tak boleh terima drama2 ringan macam ni. Dia nak kena tengok cerita2 berat, penuh suspend, aksi, seram,ganas, menakutkan bagai hehehe.

Hero & heroin dalam drama ni memang dari jenis pelakon yang bukan taste aku memberatkan lagi diri ini nak follow drama tu. Mungkin remaja2 baru akil baligh enjoy la kot tengok. Cuma jangan jadi ikutan sudah. Bukan kata kahwin muda tu tak bagus.. Tapi kalau tak cukup ilmu di dada jangan mencuba nak jadi laki atau bini orang dalam usia yang muda. Takut tak habis zaman remaja kau dah dapat title duda & janda.. Nak lebih trajidis masa tu dah keluar sorang pewaris yang kena kau bela. Kalau dua2 ada tanggungjawab ok la.. Takut sebab tak berapa matang.. anak hidup tunggang langgang.

Apapun aku tak nak judge atau komen apa2.. Sebab drama ni baru 3 episod di tayangkan. Kot2 pertengahan cerita dia tetiba jadi best ke sapa tahu. Biasa la.. drama atau filem kekadang starting tu bosan tapi pertengahan cerita dia persepsi orang menonton mungkin akan berubah. Tapi tak jamin la aku follow.. sebab aku kalau drama2 macam tu kadang2 aku  pasang je TV.. tengok tu 5 - 10 minit pun tak sampai. hahaha. Almaklum la aku ni kadang memang high demand dalam memilih cerita yang aku nak tonton. Best bagi orang kadang2 masih tak best bagi aku. Taste korang tak tau la macam mana kan.

Moral of the story.. Walaupun pepatah mat saleh kata dont judget the book by its cover tapi drama2 melayu sekarang kadang2 boleh teka jalan cerita dari tajuk. Sebab semua agak tipikal cerita dia. heheehe

SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ MEMAPARKAN KERJAYA DOKTOR WANITA MEMANG BANYAK MASA TERLUANG

SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ MEMAPARKAN KERJAYA DOKTOR WANITA MEMANG BANYAK MASA TERLUANG. Nak kata tak tengok langsung.. tengok jugak kadang2 hujung2 mata. Nak kata follow sampai tak skip episod tu tak jugak. Jadi nak kata tak tahu langsung pasal drama tu.. tahu la juga pasal kisah cinta antara seorang doktor perempuan yang dulu agak tergedik gedik dengan seorang Kapten bergelar ustaz.


semalam terbaca satu status komen pasal Drama Sayangku Kapten Mukriz tu. Katanya kerja Doktor wanita ni gamaknya terlampau banyak masa terluang sampai kerjanya asyik merajuk dengan laki & tunggu laki pujuk macam dah tak ada kerja nak buat kat hospital. Sungguh tak real drama kehidupan seorang doktor walhal semua orang sedia maklum kerjaya sebagai seorang Doktor ni kadang2 nak tengok muka laki sendiri pun tak sempat. Jangankan nak tengok muka laki.. Tidur pun jarang cukup. Tapi dalam drama sayangku Kapten Mukhriz.. Tengok memang santai sungguh Doktor pompuan tu.

Yelah.. yelah.. satgi ada yang kata nama pun drama cinta mesti la highlight kisah cinta depa. Takkan nak tunjuk kehidupan dia kat hospital jer kan. Tapi rasanya benda tu memberi gambaran tidak betul kepada kerjaya seorang doktor mungkin akan menyebabkan orang membuat persepsi yang salah terhadap kerjaya seorang doktor. Lepas ni kalau doktor silap sikit mula la aku kata.. Macam la banyak sangat kerja doktor tu.. Tengok drama sayangku kapten Mukhriz rilex je dia. Boleh selalu je ber 'romen' tika dengan laki dia selalu. Konon la sampai tak cukup tidur.

Sepanjang aku tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz ni aku tak jumpa apa moral of the story dia nak sampaikan. Dok highlight kisah cinta, jeles tak tentu pasal, orang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga, perempuan lain nak take over laki dia, kapten mukhriz kena pujuk bini dia.. bla.. bla.. Kata nak highligt kehidupan seorang angkatan tentera tak nampak pun.. nak kata highlight kehidupan seorang doktor memang langsung tak ada jadi kat sini aku boleh simpulkan semata mata cerita cinta yang tak ada motif & membosankan. Kot2 la ada babak dia tengah sibuk nak merawat patient yang cedera parah tetiba laki dia pun accident teruk masa tu dia terpaksa bersikap profesional & fokus menyelamatkan patient yang tengah parah sehingga berjaya. Ataupun bini tengah sakit tapi laki terpaksa menjalankan satu misi penting waktu tu berlaku satu peperangan dalam perasaan antara tanggungjawab kepada negara & kasih sayang kepada seorang isteri. Kat situ nampak jugak la erti pengorbanan demi cinta cuba di tonjolkan. Bagaimana mereka mengawal perasaan dalam situasi penuh dilema untuk berkhidmat pada masyarakat. Tu pun ada tema cinta jugak tu. Ni sepanjang cerita dari gedik gedik nak ngorat ustaz mukhriz sampai dah kahwin tak ada apa yang mencabar pun dalam kisah cinta Kapten Mukriz & Doktor apa ntah namanya perempuan tu. Aku lupa... hahaha

Gamaknya penulis cerita ni pun dia tak study kehidupan seorang anggota tentera & seorang doktor sebab tu tak banyak dia highlight tugasan sebenar dalam kerjaya tersebut. Jalan cerita dia cuma kisah cinta semata mata.. Kalau nak highlight kisah cinta tak ada motif tukar je tajuk sayangku Mukhriz sudah. Tak payah letak kapten tu.. Sebab kerjaya dia sebagai kapten memang tak nampak langsung dalam drama ni selain pakai uniform.

Tak tau slot drama pukul 7 ni bila la nak ada anjakkan paradigma.. Bukan tak ada langsung drama best yang di tayangkan kat slot tu di TV3 tapi sikit sangat yang best dari yang sampah. Katanya permintaan stesen tv nak drama drama macam tu.. Elok la sangat TV3 kena kecam secara berjemaah dengan rakyat malaysia. Memang stesen TV takde taste. Selera sampah. hehehehe

Orang yang maybe taste dia tak berapa high demand mungkin rasa cerita macam tu dah cukup menyentuh hati & membuat dia rasa terbang ke awan biru walaupun cerita tu sebenarnya cerita yang tak ada motif sangat nak di sampaikan. Macam cerita budak sekolah bercinta je.. kejab ok kejab merajuk. Bukan semua orang bukan citarasa yang tinggi dalam menonton sesebuah drama atau filem. Kalau taste anda tahap biasa biasa.. tak pelik la korang rasa enjoy dengan drama Sayangku Kapten Mukhriz ni. hehehe

Moral of the story.. sebab tu aku suka dengan cerita seram. Dah tentu memang tindakkan di luar jangkaan. Nak2 lagi filem seram Thailand ni.. Kadang2 termencarut jugak la kalau tengok hahaha. Apapun aku doakan industri perfileman & drama Melayu ni berlaku satu perubahan. Indonesia pun boleh masuk pasaran Malaysia.. drama kita masih di tonton oleh golongan2 kuat berangan je. hehehe

ANTARA BLOG YANG SUKA KECAM ORANG

ANTARA BLOG YANG SUKA KECAM ORANG. Tu dia... Kritik ke puji ke tak tau la kan. Katanya blog lekatlekit.com ni blog yang banyak tulis entri kecam orang sana sini. Dengar statement macam tu aku terbayang yang blog aku ni sangat bahaya. Seolah2 mengambarkan sesiapa sahaja di kecam dalam blog lekatlekit.com akan jadi viral di mana hidup mereka akan berubah 360 darjah. Mereka takkan berani lagi keluar rumah. Hidup mereka akan di selubungi ketakutan. hahahaha


Melampau sangat la kan imaginasi aku hanya kerana satu statement seseorang yang katanya dulu suka baca blog lekatlekit ni tapi sekarang dah tak suka sebab banyak kecam sana sini. Zaman blog lekatlekitgurl.blogspot.com memang aku akui.. entri2 aku banyak mengupas kupis & kopek dengan rakus & kejam isu2 semasa, dunia hiburan atau apa2 yang berlaku di media sosial. Memang aku tulis tanpa belas kasihan. Konsep aku sapa makan cili dia terasa pedas, kalau aku tak point sebiji2 nama atau muka sesapa. Kalau aku point seseorang tu maka tuju kat dia je la tapi selalu aku guna konsep mengecam secara umum. Orang kata kecam tapi sebenarnya menegur secara outspoken apa yang aku rasa tak patut berlaku.

Yup.. masa tu memang aku umpama sang singa yang sentiasa mencari mangsa je. Jangan dok bagi aku nampak benda pelik & jelik mesti aku kupas,kupis & kopek dengan lantang kat blog sampai ada yang rasa nak menangis bawah bantal. Tu dulu la... Zaman lekatlekit.com sekarang ni kelantangan tu rasanya makin kurang even tak hilang. Mustahil manusia mampu berubah secara drastik. Entri2 blog aku sekarang leih kepada review produk,cerita seram, isu semasa tu still ada, resepi & entri2 dari special 8share yang aku rasa best nak share kat blog. Sebab banyak sangat isu jadi aku tak tumpu pada konsep mengecam orang sangat la. Yelah.. aku kecam orang nampak yang orang kecam aku sapapun tak peduli. Kesian kan... Padahal aku ni antara manusia yang memang menjadi bahan kecaman orang cuma orang2 mengecam ni depa jenis buat cara sorok2. tup tup dengar je orang bagitau sipolan tu kemain mengumpat aku, kemain hasut orang suruh benci aku, kemain kutuk aku. Yang tu lagi bahaya. Macam virus.. tetiba mati je tak tau punca. Tapi macam biasa... sikit pun aku rasa tak mengugat kebahagian rumahtangga aku. Jadi telan & hadam biar dia jadi taik.. lepas tu buang kau akan rasa lega sangat. hahahaha

Orang nampak aku jahat sebab sikap aku yang suka bagi pandangan yang tak ada unsur2 kipas susah mati. Kau kawan ke lawan ke.. Kalau aku tak setuju samada aku tak join perbincangan dengan kau atau aku komen ikut apa yang aku rasa betul. Bukan aku kata aku sentiasa betul.. Maksudnya aku bagi pandangan mengikut apa yang aku setuju je. Kalau pandangan kau aku rasa tak setuju.. maka aku cakap tak setuju la. Nak suruh aku jadi hipokrit sangat kau dah kenapa? Kalau kau harap aku kawan dengan kau aku perlu setuju semua cara & pendapat kau la. Kirim salam tepi tepi je la.. Mimpi la kau harap aku akan puji kau sampai langit ke 7 setiap masa.

Cuma bezanya sekarang.. mungkin faktor usia semakin emas ni & faktor komitmen yang semakin bertambah. Banyak perkara yang aku nak kena fokus terutama anak aku yang masih perlu lebih perhatian dalam segala bab.. Maybe sebab tu kot aku semakin tak ada masa nak ikuti banyak sangat isu yang berlaku melibatkan manusia lain di media sosial. So mempengaruhi la penulisan aku di blog. Sebab konsep aku menulis apa yang aku tahu & suka. Apa yang kita suka ni boleh berubah sebab hati manusia ni hati yang boleh berubah. Tak mustahil dari blogger tetiba berubah jadi atlik sukan macam depa ni >> Inilah Atlit wanita Yang Ramai Orang Ingin Tengok Mereka Beraksi di Suka Olimpik 2016. Boleh tahan lawa jugak la << Jadi apa nak pelik tetiba nampak blog lekatlekit.com ni dulu kemain lancang kuning dia menulis sekarang dah jadi blog ala2 mak mak yang gilakan kecantikkan & masakan gitu. Padahal benda tu bukan baru sekarang aku suka.. Jadi tak mustahil kalau tetiba lepas ni Blog lekatlekit.com jadi blog sukan pulak, kan? Minat aku menulis ni boleh berubah bila2 masa jer... So kalau tetiba aku jadi blogger pengulas sukan pun aku rasa tak mustahil. hahahaha

Entri popular kat blog aku pun banyak pasal skincare. Bermakna orang baca blog aku bukan semata mata nak tengok sapa mangsa kecaman aku yang seterusnya la. Orang nak tahu jugak pasal produk kecantikan selain cerita seram. So sesapa rasa nak guna khidmat aku untuk review produk, meh email lekatlekitgurl@yahoo.com atau nak letak iklan dalam bentuk banner pun boleh

Aku cuma manusia.. Yang mungkin berubah bersama masa. Aku cuma manusia yang mustahil sempurna. Aku cuma manusia yang ada keinginan untuk jadi yang baik, terbaik & paling baik.. Cuma manusia ni kadang2 susah nak control nafsu jadi kesempurnaan sebagai manusia tu bukan senang untuk di miliki. Yang penting kita ada niat & usaha kearah itu, Insya Allah.. Allah akan sedia memberi kita petunjuk & hidayah.

P/S : Maaf ni bukan entri drama airmata bagai.. Entri sekadar bercerita.Kalau orang lain boleh cerita pasal diri dia kat blog kenapa tetiba aku tak boleh & nampak annoying kan? Apa ingat dalam hati aku tak ada taman ke? hahahaha

"JADILAH SEPERTI APA YANG ALLAH MAHU KAMU JADI.." TEGURAN SAIFUL NANG PADA YUNA

"JADILAH SEPERTI APA YANG ALLAH MAHU KAMU JADI.." TEGURAN SAIFUL NANG PADA YUNA. Tu dia.. tetiba blog lekatlekit buat tajuk ala2 blog berita pulak. Sebab sedap pulak caption yang di gunakan oleh En Saiful Nang ni. So macam rugi tak highlight pada tajuk entri katanya.


Kita sedia maklum dua tiga hari ni kecoh pasal video Yuna di peluk rakan duetnya penyanyi antarabangsa Usher ke hapa namanya. Malas nak google la pulak tapi ada tengok & baca cerita pasal kontroversi tu la.Yelah.. nak komen lebih2 satgi orang kata.. hang pun tak tera mana sangat nak tegur orang. Yelah.. yelah.. aku tak sebaik mana. Biarlah orang yang baik baik tegur Yuna.

Alasan Yuna menghormati rakan duet dia sebab tu berlakunya adengan terpeluk & di peluk. Almaklum la budaya orang barat ni memang peluk meluk ni bukan perkara luar biasa & menjadi satu dosa. Ada jugak dua tiga retis yang backup Yuna & compare dengan pelakon drama melayu yang berhijab masih melakonkan aksi2 peluk & bersentuhan dengan lelaki atas alasan merealisasikan watak tu. Pada aku yang tak baik ni.. Tak guna kita nak bandingkan sebab dua2 pun salah. Perbandingan tu tak buat mana2 perbuatan tu jadi betul pun. Apa yang boleh perbetulkan je la apa yang salah.

Nak komen lebih2 tak berani jugak cuma tertarik nak kongsi komen Saiful Nang yang ada kaitan dengan isu Yuna sekarang walaupun di tulis dalam cara sangat berkias. Jadi baca & ambil la apa yang baik di sampaikan oleh beliau..




Moral of the story.. Macam saiful nang cakap, kalau nak jadi diri sendiri kita bukannya baik sangat tapi kalau nak jadi baik, jadilah seperti apa yang Allah mahu kita jadi. Aku pun belum sempurna.. Sama sama kita perbaiki.

AMRAN FANS UMPAMA KAPAL TITANIC

AMRAN FANS UMPAMA KAPAL TITANIC. Sebab isu lawak tak kena tempat pasal perempuan & cangkul tu aku tengok Amran fans sekarang dah semakin suram. Lawak2 sarcasm dia semakin tak menjadi. Mungkin stress di hentam kiri kanak depan belakang kot. Page dia pun haritu dah hilang dari mukabuku sekarang ni tengok dia dok update kat Page backup je tapi post2 dia nampak hambar sikit.  Dah ramai orang makin tak layan lawak lawak sarcasm Amran.


Aku still follow lagi tapi kalau isu2 tak best dia tulis memang tak minat la aku nak komen. Tengok Amran makin tenggelam akibat buat lawak pada isu yang orang tak rasa patut jadi bahan lawak. Teringat aku filem Titanic. Kapal Titanic besar & bongkak menyusuri laut dalam dengan bangganya akhirnya perlahan lahan tenggelaman selepas terlanggar bongkah ais. Kapal yang pada permulaannya tiada siapa sangka mampu tenggelam pada kali pertama memulakan pelayaran, akhirnya terkubur di dasar laut.

Bangkai titanic di dasar laut

Macam tu la aku nampak Amran Fans sekarang. Simpati jugak la.. Amran Fans yang dulu teguh berdiri terus menerus troll & sarcasm ramai individu kat page dia, seolah olah kental. Tiada siapa sangka dengan hanya satu kesilapan membuat dia semakin hilang penyokong & follower. sekarang Amran Fans macam terkapai kapai mencari arah untuk terus bergerak.

Mungkin dah tiba zaman kejatuhan Amran Fans.. Tak tau la samada dia mampu berdiri semula. Atau Amran Fans akan berkubur. Lagipun dah lama Amran Fans hidup di dunia maya dengan menggunakan Identiti orang lain. Hasil keuntungan yang dia dapat pun guna muka & nama orang lain. Ye betul.. Mula2 tu cuma sekadar Troll. Dulu cuma sebab perbezaan pandangan politik je sekarang Amran Fans.. Dah tukar konsep. Troll sesiapa sahaja yang dia rasa ada pontensi untuk di viralkan.

Akaun FB Amran Fans yang mempunyai lebih 900,000 pengikut juga sudah ditutup pihak Facebook. Amran Fans tak akan terlibat lagi dengan sebarang bentuk kerjasama dengan Dubook (penerbit buku). Dan beberapa pengedar juga telah menghentikan jualan buku amran fans. Adakah Amran Fans akan karam seperti titanic & menjadi sejarah tak bernisan? Tapi nampaknya Amran masih berjuang untuk berdiri atas nama Amran Fans. Hanya kerana satu kesilapan.. Amran mungkin hanya tinggal kenangan lepas ni. Tu la terlajak perahu boleh di undur terlajak kata kau delete pun status tu tetap orang akan kecam - sumber Harian Metro -

Biasa la Amran Fans.. Lumrah kehidupan setiap manusia ada zaman kegemilangan & zaman kejatuhan. Cara Amran Fans memang salah satu cara berisiko. Dia boleh naik dengan cepat & jatuh tersungkur dengan sekelip mata.

Moral of the story... Amran Fans mungkin patut berehat & kembali dengan konsep lain pulak. Manalah kemunculan kedua dengan watak & konsep yang berbeza mengembalikan kegemilangan yang pernah di kecapi sewaktu menggunakan identiti Amran Fans. hehehee

SAIFUL NANG ANGGAP AMRAN FANS TAK ADA TELUR

SAIFUL NANG ANGGAP AMRAN FANS TAK ADA TELUR. Amboi berderet entri pasal amran Fans aku sejak isu breastfeeding ni kan? Almaklum la dok ikuti kontroversi tu.. Macam banyak pulak benda best nak up kat blog. Jadi kalau best harus share katanya. hehehe


Baca status Saiful Nang.. Mukadimah dia macam nak cari gaduh je dengan Amran Fans. Bukan main pedas kritikan dia kat Amran Fans sampai katanya Amran ni spesis takde "Egg" katanya. Mungkin kalau Amran Fans baca dia akan mulakan operasi membenteras Saiful Nang pulak. Tu pun kalau dia baca mukadimah je la..


Tapi kalau dia baca sampai habis mungkin dia tak jadi angkat geng la serang Saiful Nang sebab ada isu tetiba Saiful Nang setuju jugak dengan Amran mungkin depa masih boleh lagi duduk semeja minum teh O Ais. Kebanyakkan ramai yang bersetuju dengan teguran Amran Fans pasal geng Ibu Breastfeeding yang tetiba jadi cetek akal dok upload gambar menetek tu. Yang sebelum ni menyampah dengan Amran yang suka cari pasal tu pun dalam isu ni jadi setuju. Sebab semua orang akui perbuatan tu tak elok pada pandangan mata umum.

Kita walaupun tak minat atau tak suka dengan seseorang jadilah seorang yang berfikiran bebas. Maksudnya kalau kita tak suka dalam certain2 perkara dia buat tak semestinya apa perkara yang betul dia buat pun kita tetap tak sokong. Macam aku.. macam ni la. Kau suka ke tak suka ke aku tetap la aku. Kalau aku tak setuju aku direct je la.. Kalau aku sependapat aku aku 'thumb's up'. Takde kata kalau orang tu aku memang benci sampai bumbung rumah dia yang cantik pun aku keji tahap neraka. Insya Allah, aku sentiasa cuba didik hati aku supaya tak obses membenci atau suka pada apa atau sesiapa pun supaya aku tak jadi kaki bodek atau haters sesiapa.. Setiap hari aku cuba jadi seorang pengkritik & pengulas yang adil katanya.. hahahaha walaupun aku jugak tak sempurna untuk menjadi manusia yang adil.

Apapun aku kadang2 pun tak suka dengan Saiful Nang ni.. Tapi ada perkara aku masih bersetuju dengan dia. Dato Vida pun sama.. Memang banyak perkara tentang Dato Vida aku rasa sangat Annoying tapi ada perkara yang aku masih sokong apa yang dia buat. Macam buka pusat Tahfiz.. Buat banglo besar tanpa perabot untuk memudahkan aktiviti anak2 yatim & tahfiz  kat rumah dia. Sebab benda tu benda yang baik bagi manafaat.. Kenapa aku nak kritik walaupun aku menyampah giler tengok dia yang over kalau depan camera. Mengalahkan budak2 baru akil baligh dapat jadi retis dia punya gedik.

Contoh macam benda benda ni.. Memang kalau ikutkan di kategorikan benda haram kat Malaysia ni tapi sebab kos sara hidup meningkat mungkin benda haram ni jadi pilihan sesetengah orang. tapi kalau ikutkan semua senarai barang ni ada yang tak patut di kategorikan sebagai haram pun. Kerajaan je lebih2 >> AMARAN: Sesiapa pernah atau bakal beli benda-benda ni, korang wajib tahu perkara bahaya ni! << Sebab yang di gembar gemburkan buruk tu kadang2 tak buruk mana pun sebab dia saingan pada sesuatu perkara lain maka strategi memburukkan tu di kempen secara berleluasa la. Pada yang taksub mungkin akan terima apa yang datang dari kerajaan tu semua betul tapi pada yang atas pagar macam aku.. Mungkin tidak la kot. Aku terima apa yang aku rasa betul tak kira datang dari sebelah pihak manapun. Apa ingat pembangkang tu sentiasa betul sangat walaupun kerajaan sentiasa buat pilihan yang salah untuk rakyat. hehehe

Moral of the story.. Tak salah kita nak sokong atau bangkang sesiapa tapi jangan jadi buta,tuli & pekak dalam membuat penilaian. Tak semestinya orang kita sokong atau suka tu sentiasa betul.. Sebab kita semua manusia biasa mustahil mampu jadi macam malaikat yang tiada dosa. Jadi jangan merosakkan orang yang kita suka dengan sokongan membabi buta sampai apa dia buat kita angguk2 sehingga dia rasa macam dia sentiasa betul. Sesekali kita kena membetulkan jugak orang yang kita sokong. Baru namanya penyokong setia, ye dak? hehehe

FIZO OMAR SENTAP DENGAN BLOGGER KISAH EMAS PUTIH

FIZO OMAR SENTAP DENGAN BLOGGER KISAH EMAS PUTIH. Salah seorang artis kaki sentap bagi aku adalah Fizo Omar.. Mungkin dia jenis manja & hati tisu.. Tak boleh kritik sikit terus sentap sampai ke uraf saraf paling halus. Biasa la blogger memang akan review pengalaman dia kat blog.. Nak2 makan kat restoran artis ni. Kau nak dapat pujian kau bayar blogger untuk review confirm takde kena kritik sebab dah kena bayar hahahaha..  tapi kalau depa pergi makan & bayar sendiri memang review depa ikhlas dari hati la. Nak harap depa kipas2 restoran kau walau service tak tip top minta maaf la..


Sepatutnya Fizo Omar tak cepat melatah nak hentam balik Blogger tu sebab kritik service dia yang lambat. Suka hati la dia nak tulis apa.. Dah memang betul pun lambat kau nak suruh dia review macam mana. Service kau macam lipas kudung. Order tak sampai seminit terus dapat makanan. Kritik tak bermakna untuk menjatuhkan. tak payah pertikai kenapa dia tak email buat komplen secara private. Kadang2 kalau buat komplen secara email ni bukan semua orang layan sangat. Nak2 lagi komplen pasal service lambat. Kot2 komplen jumpa lipas ke, cicak ke dalam makanan.. maybe yang tu owner dia alert.. Lagipun dunia blog memang macam tu. Pengalaman mereka menjadi rujukan pada orang lain. Kalau dah tahu restoran kau memang hadapi masalah agak lembab just buat sesuatu memperbaikinya.

artikel penuh baca kat SINI

Sangat tak bijak Fizo Omar membuat statement menghentam blogger yang mengkritik service restoran dia walaupun dia sendiri akui masalah tu memang ada. Nak pelanggan faham kau tak cukup kakitangan?? Itu bukan masalah pelanggan kot. Dah tau kau retis.. Memang la apa kau buat semua orang bagi perhatian. Kau buka restoran memang orang akan serbu nak rasa menu kat situ.. Tu la kelebihan seorang artis. Di sebalik kelebihan tetap ada kekurangannya.. Kekurangannya kalau ada yang best yang berlaku pun cepat jugak orang perkatakan. Kau nak yang best2 je memang tak dapat la.

Sebenarnya isu ni kalau Fizo Omar tak sentap tak jadi isu besar sangat tapi sebab dia dah sentap sampai beatifulnara pun dah up story ni.. Mungkin jadi satu publisiti buat restoran dia tapi make sure service tak lambat lagi la. Kalau lambat confirm orang pun akan akui kritikan yang blogger tu buat memang betul.

Moral of the story.. Retis macam ni tak payah nak support sangat. Kritik sikit sentap macam satu keturunan kena maki. Nak makan best2 banyak je restoran lain. Tak pun masak sendiri kat rumah. Boleh try resepi2 baru yang rare macam ni >> 9 Resepi menggunakan Laici yang akan mengejutkan anda << Tak sedap kita kritik masakan sendiri pun takpe.. Takde sapa nak sentap. hahaha

HEROIN CINTA SI WEDDING PLANNER PERLU BELAJAR BERLAKON

HEROIN CINTA SI WEDDING PLANNER PERLU BELAJAR BERLAKON. Bila sempat aku tengok jugak la drama ni. Macam2 drama2 yang sebelum ni semuanya aku tak pernah tak skip kalau tengok. Ikut mood je.. Rasa nak tengok aku tengok. Hari ni tertengok la jugak drama cinta si wedding planner. Hero dia aku tau Adi Putra tapi heroin dia yang comel tu tak sure pulak dia nama apa. Pelakon baru rasanya.. Tapi macam pernah nampak muka dia dalam drama tv. Takpe la habis aku taip entri ni nanti aku google nama dia. hehehe


Hari ni episod rahsia lama terbongkar. Rupanya lelaki yang di sangka sepupu dengan heroin drama tu adalah adik beradik kandung. Kisahnya.. Mak bapak depa ni pernah terlanjur masa sebelum kawen, dah mengandung baru kahwin. Lepas kawen anak tu di serahkan pada kakak dia yang dah lama kahwin tapi tak ada anak. Tapi mak bapak sedara depa ni tak pernah bagitau bahawa lelaki yang di sangka sepupu tu abang depa sebab bin pun di bin kan dengan nama bapak sedara. Bila yang lelaki mula menyuarakan hasrat nak kahwin dengan heroin drama ni.. Barulah rahsia ni terbongkar.

Maka bermulalah babak babak sedih.. Tapi heroin drama ni gamaknya muka dia sedih ke suka ke statik macam tu je. Takde perbezaan langsung, takut muka comot ke hapa nak menangis hehehee... Dah la babak sedih jangankan air mata, air muka pun tak nampak sedih langsung. Memang spoil la babak2 sedih kalau orang yang berlakon muka tak ada perasaan macam tu. Penonton lebih suka tengok muka pelakon cantik berubah jadi hodoh hanya kerana berjaya melakonkan babak sedih sampai menusuk ke dalam hati orang yang menonton dari menonton muka pelakon yang cantik tapi tak ada feel bawak watak.

Yelah.. pelakon baru. Kang aku kritik lebih2 satgi ada pulak orang lain tumpang terasa. Satgi mai la komen.. walaupun macam tu dia sangat cantik.. dia sangat low profile.. dia sangat ramah.. Dia pelakon baru.. lama2 nanti pandai la bla bla yang takde kena mengena dengan isu yang aku tulis. Dia sangat apapun kalau dia sangat tak pandai berlakon pun takde fungsi jugak sebab pelakon mesti pandai berlakon bukan hanya pandai baca skrip tak kira la drama pertama ke drama keseratus ke, kan?

Sebab tu la kadang2 ada orang memang tak layan drama atau filem melayu ni.. Sebab dalam karya melayu ni majoriti lebih mengutamakan muka lawa dari yang berbakat. Cerita yang best pun boleh jadi spoil bila pelakon gagal bawa watak dengan baik. Jangan suruh aku jadi pelakon pulak bila aku cakap macam ni.. Tak semestinya kita nak bagi pendapat apa yang kita tonton kita perlu terlibat dalam bidang tu. Kalau macam tu sebelum jual tiket wayang kena minta sijil dulu la.. Kalau ada sijil dalam bidang seni lakon baru boleh tonton, ye dak.

seseorang yang betul2 berbakat tak perlu tunggu berlakon berpuluh2 drama dulu untuk dia improve tapi pelakon yang baik drama pertama pun kita boleh nampak talent dia walau mungkin tak sehebat pelakon senior.. Arwah Yasmin Ahmad dulu banyak mengetengahkan muka2 baru dalam filem dia tapi pelakon baru yang dia pilih memang tak ada yang tak boleh berlakon walau rupa mungkin tak berapa sangat. Barang baik la katakan.. Memang tak perlu nak modified banyak banyak sebab dalam diri dia memang dah banyak kelebihan.. contoh macam barang baik punya ni >> Inilah Barang Baik Punya Yang Sangat Berguna Bila Pergi Bercuti << Barang baik memang selalu menyenangkan dari menyusahkan katanya. Boleh berfungsi ikut keadaan.

Moral of the story.. Kritik bukan bermakna benci atau anti. Ni cuma pendapat aku je. Kalau best aku cakap la best. Ada je drama melayu yang aku puji sampai ke langit ke tujuh macam drama Teman lelaki Upahan, Tentang Dhia & ada lagi beberapa drama yang pernah jadi favorite aku. Tu buktinya aku bukan anti drama melayu cuma drama melayu sekarang susah nak jumpa yang betul2 best, ada originaliti atau betul2 guna khidmat pelakon yang boleh berlakon. Sekarang trend adaptasi novel yang jalan cerita dia sangat tipikal & membosankan.

SELFIE BERLATAR BELAKANG KEBAKARAN HOTEL MALAM TAHUN BARU

SELFIE BERLATAR BELAKANG KEBAKARAN HOTEL MALAM TAHUN BARU. Hari ni dah masuk 1 januari 2016.. Jangan ada yang tersasul tulis tarikh 2015 lagi yer. Normally awal2 tahun macam ni ramai la dok tersasul tulis tarikh.. yelah.. benda baru tak berapa melekat di hati lagi. Sementara nak terima hakikat bahawa dah masuk 2016 ni.. Tapi tahun baru di dubai mungkin menjadi sejarah buruk pada sebuah hotel mewah sebab terbakar.


Yang terbakar tu.. terbakar la. Yang dok berselfie ala2 pengantin baru lepas ijabkabul berlatar belakangkan hotel yang terbakar dengan caption macam sengaja membakar hati orang memang la tempah bala. Macam kejadian tu rancangan komedi pulak dia buat. Zaman media sosial ni kena jaga sensitiviti orang lain sebab makhluk alam maya ni semua berhati lembut mudah simpati & tersentuh katanya.. Kau buat status kurang ajar sikit confirm ramai yang akan macam kena histeria mengecam anda sehingga ke urat saraf paling halus.


Tapi memang agak biadap la zaman selfie ni.. Mereka lebih utamakan ambil gambar dari mendahulukan bantuan. Macam kebakaran besar macam ni mustahil kita orang awam boleh bantu sangat tapi kalau tak boleh tolong.. Minta tolong jangan mempersendakan. Ia mungkin melibatkan nyawa makhluk lain bukan yang terbakar tu bangunan kosong tak berpenghuni.


Jangan terlalu biadap sangat mentertawakan orang lain di timpa musibah.. sampai satu saat kalau Allah nak uji kita dengan musibah jangan nak tacing sampai tembus ke jantung bila orang pulak mempersendakan kita bila berlaku kecelakaan.

Moral of the story.. Dah suka selfie tu ambil la gambar elok2 ni sikit. Ni gambar pun blur.. Mesti dia tak tau teknik & trick ambil gambar yang cantik macam kualiti DSLR guna smartphone. Elok tengok kat sini macam mana nak ambil gambar dari smartphone tapi dapat kualiti yang macam DSLR >> Tip & Trick Ambil Gambar Secantik DSLR Guna Smartphone <<

VIRAL WANITA DI SAMAN SUAMI KERANA LAHIRKAN ANAK HODOH HANYA FITNAH

VIRAL WANITA DI SAMAN SUAMI KERANA LAHIRKAN ANAK HODOH HANYA FITNAH. Rasanya ramai kot masih ingat kes yang pernah jadi viral tak lama dulu pasal seorang wanita yang kononnya di saman suami sebab lahirkan anak hodoh. Cerita yang pernah jadi viral kononnya wanita tu cantik sebab pembedahan plastik bukan original. Suami dia yang konon rasa tertipu dengan kecantikkan plastik dia selama ni menfailkan saman terhadap dia.


Kesian kan... Bila dah jadi viral di laman sosial nak2 model dari luar negara ni. Kita bukan kenal sangat terus la percaya. Walhal cerita sebenarnya perempuan just buat photoshoot untuk sebuah klinik kosmetik. tapi perjanjian buat untuk iklan cetak bukan iklan media sosial tapi pihak klinik kosmetik tu langgar penjanjian & mengiklankan dia media sosial menyebabkan gambar itu menjadi viral & fitnah keatas diri dia.

Iklan tu pulak dengan caption " Satu-satunya benda yang kamu akan risau adalah bagaimana untuk memberitahu anak-anak" memang mengundang salah faham orang ramai la. Padahal perempuan sekadar jadi model gambar tu. Bukan cerita dia seperti apa yang di viralkan.

Katanya lepas gambar tu jadi viral dengan fitnah konon suaminya nak saman sebab lahirkan anak hodoh tersebar, keluar pulak dalam tabloit. Bertambah la orang mengeji & mengutuk dia sebagai perempuan plastik. Menyebabkan dia susah nak dapat pekerjaan. Dia sekarang katanya dalam proses menyaman klinik kosmetik & agensi pengiklanan yang terlibat sebab langgar perjanjian & menyebabkan dia di fitnah.

Yang aku confuse sekarang dalam artikel aku baca gambar tu memang gambar keluarga dia jadi betul la dalam gambar tu gambar anak2 & suami dia. Dalam artikel aku baca jugak tak ada menafikan dia buat pembedahan plastik cuma menafikan kes suami dia nak saman dia akibat lahirkan anak anak hodoh.

Tetap moral of the story.. Jangan ubah ciptaan Allah hanya untuk tuntutan nafsu yang akhirnya membawa kemudaratan pada diri. nak cantik dalam gambar tak payah nak habiskan duit buat pembedahan plastik. Guna filter je ok.

DRAMA HELLO MR PERFECT CERITA CINTA PALING SAMPAH DI TV3

DRAMA HELLO MR PERFECT CERITA CINTA PALING SAMPAH DI TV3. Untuk slot Akasia terbaru tv3 sedang di tayang drama terbaru Hello Mr Perfect. Aku tengok jugak la satu dua episod walau dengar tajuk je ala2 korean drama apatah theme song dia memang konsep ala2 korea jugak. Lagu pun lirik sory sory sayangku i hate u, i love you, i miss you bagai. Hahaha... memang very da korea je suka buat lagu mix bahasa ni. tengok cerita tak tau la ala2 drama korea ke tidak sebab aku bukan follower korean drama.


Sedih sangat bila tengok Drama hello Mr Perfect ni tau. Rasa nak menangis tepi tv je setiap kali dia bersiaran. Bukan sebab cerita dia menyedihkan tapi cerita macam ni pun boleh jadi drama & keluar tv ke? TV3 ni memang jenis takde taste gamaknya. aku tak tau la versi novel macam mana cerita dia tapi versi drama ni memang aku rasa macam penulis & pengarah drama ni seorang kanak kanak yang baru belajar mengarang cerita cinta dengan imaginasinya. Aku tak berani la kata pelakon tu lakonan dia membosankan sebab aku tak tau apa yang membosankan sebenarnya. Tapi aku rasa dua2 pun membosankan. Yang pelik tv3 boleh kutip tayang cerita2 murahan yang asal siap macam ni.

Antara komen di post Beautifulnara

Starting pun bosan nak mampus.. hari ni malas dah nak tengok. Kang follow episod dia mulut asyik dok mengkritik je lagi bagus tak payah tengok. Lagipun time2 maghrib waktu siaran dia bagus jugak tv3 tayang cerita2 sampah macam ni. Sebab orang yang mempunyai high taste tak layan. Yang layan mungkin kanak kanak yang baru nak belajar eja perkataan cinta. hahahaha.


Mungkin pengarah & penulis skrip drama ni dah ketandusan idea sampai perlu nak adaptasi cerita novel entah apa apa. Atau producer drama sekarang memang jenis suka cerita2 remeh yang membosankan macam ni. depa lagi suka labur modal untuk cerita bodoh dari cerita yang berkualiti. Kesian fatah amin.. kenapalah dia sanggup terima job untuk drama ni. Kemaruk nak jadi hero sangat atau takde job dah nak ambil atau asal masyuk sudah.


Cerita2 macam ni layak untuk pelakon2 amatur buat persembahan untuk hari penyampaian hadiah sekolah rendah je. tak perlu laburkan modal untuk drama2 sampah macam ni. Tak layak pun sebenarnya tayang kat tv. hahahaha


Dari layan cerita ni baik aku tengok magic show lagi enjoy walau magic ni sekadar guna trick. Sekurang kurangnya trick yang dia buat boleh buat kita terpegun. 

Moral of the story.. Nampaknya tv3 sekarang memang tak macam dulu yang selalu tayang drama2 berkualiti dari segi jalan cerita sehinggalah ke pelakon. TV3 sekarang asal benda tu jadi cerita dah cukup lulus untuk di tayangkan kat tv. Bukan takat drama sekali dengan tv3 layak humban dalam tong sampah kemudian kitar semula jadi bahan yang lebih bermanafaat. hahaha

P/S : Kritikan ini ikhlas dari blog puaka lekatlekit.com

PESERTA GIMNAS MALAYSIA TUNJUK LURAH KEMALUAN

rasanya isu tasha shila yang gambar dia separuh bogel tak reda lagi ni isu atlik yang mewakili Malaysia di sukan SEA pulak orang kecoh. Katanya dia memuatnaik gambar yang nampak lurah kemaluan dia. Almaklum la atlet Gimnas bukannya pakai track suit tapi pakai costume yang ala2 bikini dah. Baju dengan kulit melekat macam gam. Ternampak lurah tu tak mustahil sangat.


Terbaca kat Astro awani dengan tajuk dari statement hamba Allah ni
'Bising bila nampak lurah faraj, diam bila tengok drama peluk-peluk' - Dr Mariani. rasa macam Dr Mariani tak up to date. Maybe dia takde account laman sosial kot sebab dia mempertikaikan babak2 peluk peluk dalam drama yang katanya orang tak kisah. Kalau rajin baca portal hiburan maka tahulah macam mana reaksi penonton drama2 yang over sangat peluk cium. Tetap jugak jadi bahan kritikkan, makian, hinaan & kejian. Dia tak tau ke pengguna laman sosial Malaysia ni garang2 belaka. hahahaha

Tu peluk cium sampai lunyai kena maki apatah lagi nampak lurah kemaluan.. Memang saja bagi isu la orang nak hentam. Aku sampai sekarang pelik kat Malaysia ni.. Yang Ratu cantik orang Islam tak boleh sertai, yang gimnas, renang kena pakai bikini boleh pulak. Aku pernah tulis isu ni bertahun lamanya dulu (boleh baca kat entri ni :KENAPA PEREMPUAN MELAYU TAK BOLEH MASUK PERTANDINGAN RATU CANTIK TAPI BOLEH SERTAI PERTANDINGAN GYMNASTIK) . Sepatutnya sukan gimnas ni pun rasanya tak payah la peserta beragama Islam join. Kita sedia maklum depa kena perform dengan aksi2 terkangkang tertonggek terlentang bagai... Bila jadi isu camni minta orang berfikiran terbuka macam terbukanya costume Gimnas tu.

Moral of the story.. Berani buat berani tanggung. Kau sanggup pakai pakaian yang tutup celah kangkang jer maka kau tak boleh marah bila orang lain memperkatakan tentang celah kangkang kau. Kau tunjuk, orang tengok & nilai. Tu benda normal yang berlaku. Peace!

RADIO ERA DI KECAM SEBAB JEMPUT KIKI KE KONTI

Ok.. firstly aku nak bagi tau entri ni bukan nak mengumpat si Kiki yang sedang popular mengalahkan Aaron Aziz sebab video Viral dia memaki warga emas yang terlanggar kereta dia tu. Tak... aku tak rasa nak kutuk dia pun tapi aku nak kritik mereka2 yang mengangkat seorang pesalah & seorang yang menunjuk contoh akhlak tak baik sebagai bintang semata mata kerana rating.


Hari ni kat news feed FB aku memang kecoh Radio Era.. Radio Hit.fm & astro yang menjemput si kiki untuk di wawancara berkenaan isu dia memaki hamun uncle sim & mencederakan kereta uncle sim dengan stereng lock sebab terlanggar kereta mahal dia. Aku masuk jugak Fb fanpage radio era.. Mak Aaih.. majoriti memang mengutuk, mengecam & mengkritik.. (Dan ramai jugak memaki hamun) tindakkan era yang seolah2 mengangkat seorang pesalah sebagai bintang.


Aku pun tak setuju dengan tindakkan media, stesen Tv & radio sekarang ni... Benda2 yang bukan2 je nak highlight asal benda tu popular sudah. Kesannya.. benda ni jadi contoh pada orang lain yang kemaruk nak popular macam retis. Bila depa tengok even kiki tunjuk moral tak baik dalam video viral yang di sebarkan boleh jadi popular & macam di iktiraf stesen tv & radio.. tak mustahil benda ni akan jadi ikutan. Please la... Jangan kutip sampah untuk penuhkan slot rancangan Tv @ radio korang. Kalau ye pun nak rating tinggi biarlah yang berkualiti & manafaat sikit. Tapi aku pelik kenapa kiki tidak Uncle Sim sedangkan Uncle Sim lebih menunjukkan sifat yang baik. Bukan je dia tak berkasar dengan Kiki masa kejadian malah dia memaafkan kiki tanpa syarat pun. Sepatut hero yang perlu di highlight bukan pesalah. Ini bukan soal bangsa atau agama tapi soal sikap yang harus kita contoh.

Selebihnya kalau korang nak baca komen2 mengkritik era ni boleh baca kat Era.FM

Jadi Moral of the story senang jer... Berhenti dari mempopularkan orang bodoh @ buruk perangai. Jangan kemaruk sangat nak rating tinggi sampai sanggup di keji.

P/S : Bila aku menegur tak bermakna aku baik & perfect.. Bila aku bagi pendapat tak bermakna aku sentiasa betul. Aku cuma manusia.. yang melihat. Apa yang baik terimalah sebagai pengajaran.. kalau aku tersilap tegurlah seperti seorang insan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com