SAIFUL NANG ANGGAP AMRAN FANS TAK ADA TELUR

1/12/2016 02:09:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

SAIFUL NANG ANGGAP AMRAN FANS TAK ADA TELUR. Amboi berderet entri pasal amran Fans aku sejak isu breastfeeding ni kan? Almaklum la dok ikuti kontroversi tu.. Macam banyak pulak benda best nak up kat blog. Jadi kalau best harus share katanya. hehehe


Baca status Saiful Nang.. Mukadimah dia macam nak cari gaduh je dengan Amran Fans. Bukan main pedas kritikan dia kat Amran Fans sampai katanya Amran ni spesis takde "Egg" katanya. Mungkin kalau Amran Fans baca dia akan mulakan operasi membenteras Saiful Nang pulak. Tu pun kalau dia baca mukadimah je la..


Tapi kalau dia baca sampai habis mungkin dia tak jadi angkat geng la serang Saiful Nang sebab ada isu tetiba Saiful Nang setuju jugak dengan Amran mungkin depa masih boleh lagi duduk semeja minum teh O Ais. Kebanyakkan ramai yang bersetuju dengan teguran Amran Fans pasal geng Ibu Breastfeeding yang tetiba jadi cetek akal dok upload gambar menetek tu. Yang sebelum ni menyampah dengan Amran yang suka cari pasal tu pun dalam isu ni jadi setuju. Sebab semua orang akui perbuatan tu tak elok pada pandangan mata umum.

Kita walaupun tak minat atau tak suka dengan seseorang jadilah seorang yang berfikiran bebas. Maksudnya kalau kita tak suka dalam certain2 perkara dia buat tak semestinya apa perkara yang betul dia buat pun kita tetap tak sokong. Macam aku.. macam ni la. Kau suka ke tak suka ke aku tetap la aku. Kalau aku tak setuju aku direct je la.. Kalau aku sependapat aku aku 'thumb's up'. Takde kata kalau orang tu aku memang benci sampai bumbung rumah dia yang cantik pun aku keji tahap neraka. Insya Allah, aku sentiasa cuba didik hati aku supaya tak obses membenci atau suka pada apa atau sesiapa pun supaya aku tak jadi kaki bodek atau haters sesiapa.. Setiap hari aku cuba jadi seorang pengkritik & pengulas yang adil katanya.. hahahaha walaupun aku jugak tak sempurna untuk menjadi manusia yang adil.

Apapun aku kadang2 pun tak suka dengan Saiful Nang ni.. Tapi ada perkara aku masih bersetuju dengan dia. Dato Vida pun sama.. Memang banyak perkara tentang Dato Vida aku rasa sangat Annoying tapi ada perkara yang aku masih sokong apa yang dia buat. Macam buka pusat Tahfiz.. Buat banglo besar tanpa perabot untuk memudahkan aktiviti anak2 yatim & tahfiz  kat rumah dia. Sebab benda tu benda yang baik bagi manafaat.. Kenapa aku nak kritik walaupun aku menyampah giler tengok dia yang over kalau depan camera. Mengalahkan budak2 baru akil baligh dapat jadi retis dia punya gedik.

Contoh macam benda benda ni.. Memang kalau ikutkan di kategorikan benda haram kat Malaysia ni tapi sebab kos sara hidup meningkat mungkin benda haram ni jadi pilihan sesetengah orang. tapi kalau ikutkan semua senarai barang ni ada yang tak patut di kategorikan sebagai haram pun. Kerajaan je lebih2 >> AMARAN: Sesiapa pernah atau bakal beli benda-benda ni, korang wajib tahu perkara bahaya ni! << Sebab yang di gembar gemburkan buruk tu kadang2 tak buruk mana pun sebab dia saingan pada sesuatu perkara lain maka strategi memburukkan tu di kempen secara berleluasa la. Pada yang taksub mungkin akan terima apa yang datang dari kerajaan tu semua betul tapi pada yang atas pagar macam aku.. Mungkin tidak la kot. Aku terima apa yang aku rasa betul tak kira datang dari sebelah pihak manapun. Apa ingat pembangkang tu sentiasa betul sangat walaupun kerajaan sentiasa buat pilihan yang salah untuk rakyat. hehehe

Moral of the story.. Tak salah kita nak sokong atau bangkang sesiapa tapi jangan jadi buta,tuli & pekak dalam membuat penilaian. Tak semestinya orang kita sokong atau suka tu sentiasa betul.. Sebab kita semua manusia biasa mustahil mampu jadi macam malaikat yang tiada dosa. Jadi jangan merosakkan orang yang kita suka dengan sokongan membabi buta sampai apa dia buat kita angguk2 sehingga dia rasa macam dia sentiasa betul. Sesekali kita kena membetulkan jugak orang yang kita sokong. Baru namanya penyokong setia, ye dak? hehehe

10 comments:

  1. sokong breastfeeding, tetapi pandai2lah simpan malu ya ibu2 semua.

    ReplyDelete
  2. yelahkan
    kalau dia jahat pun tp benda dia buat betul tak salah kita sokong :)

    ReplyDelete
  3. yang bab report polis tu kelakar ... hahaha

    ReplyDelete
  4. Selama breastfeeding 3 tahun ni tak pernah terfikir nak selfie HahA tak de masa. Kalau Breastfeeding tu pegang smartphone tapi sambil baca facebook. Kalau pergi public pun menyusukan Anak cuma pakai nursing cover kalau bilik menyusu tak ada/penuh pernah sekali tu tak tahan susukañ Anak dalam toilet OKU kesian betul. Tapi tak suka army yang senang lenang haramkan penyusuaan ibu dan haramkan susu ibu tu dah melampau sangat. Benci benci kalau ibu lain yang tak selfie pun kena sekali. Yang penting sekarang ibu yang tengah menjual nursing cover laku keras hahaa.terima kasih pada meran baru ramai aware pasal penyusuaan ibu di tempat awam kih kih kih kih. Tapi tetap tak Follow page dia. #supportbreastfeeding hebat gak mommies luar sana dapat tumbangkan page viral amran. Huhuhuhu.

    ReplyDelete
  5. Akk xsetuju ibu2 bf ank dok selfie nk bgthu yg dia tgh bfing.. lelaki yg tgk blh stim..kita perempuan tgk trs katup muka malu..huhu..mcm xd keje lain dok selfie smpi menetek anak..hmm

    ReplyDelete
  6. hehehe..walau kasar..tp kadang2 kata2 amran fans ni ada betulnya..cuma agk kasar.. siapakah dia???

    ReplyDelete
  7. Nasib baik dia cepat-cepat masuk moral of the story. Kalau tidak, daripada sibuk nak join tak join Amran Fans tetiba aje masuk tajuk politik ^_^

    Kali ni akak pun tak kata Amran Fans tu salah. Memang betullah apa dikata. Breastfeeding tu bagus tapi tak payahlah susah hati sangat nak beritahu satu dunia kita ni tengah breastfeeding anak, tolonglah bayangkan yang baik-baik belaka bila kita upload gambar BF yerk! Otak semua orang tak samalah...

    ReplyDelete
  8. saya BF jugak tp tak selfie la... hahahah giler ko nak selfie laki bini hahahaha

    ReplyDelete
  9. aida kurang layan fenomena amran ke, sape ke, hape ke.
    hak org la nak buat ape pun.
    diorang ni berani menaip aje. ntah2 hakikat, penakut! pijak semut tak mati pun...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com