Showing posts with label ibu. Show all posts

AKIBAT TAKSUB DENGAN BOMOH IBU NYANYUK DI TUDUH ADA SAKA

AKIBAT TAKSUB DENGAN BOMOH IBU NYANYUK DI TUDUH ADA SAKA. Jangan tak tahu ada tau spesis macam ni di kalangan orang melayu Islam.. Sebab dari muda memang selalu guna khidmat bomoh sampai satu tahap dia tak percaya & yakin dengan rawatan cara Islam menggunakan ayat ayat Al Quran ni. Kisah yang aku nak share ni adalah kisah benar cuma identiti tu di rahsiakan la..


Alkisahnya.. sipolan ni mula terjebak dengan bomoh ni masa dia masih muda kerana terkena buatan seseorang yang sukakan dia. Time tu dia tengah dating dengan someone la.. Ada perancangan untuk kahwin. Bila terkena sihir sipolan yang sukakan dia & cuba pisahkan dia dengan kekasih dia tu so dia cuba mendapatkan rawatan untuk buang sihir tu dari seorang bomoh kampung. Katanya.. Bomoh tu pun syok kat dia jugak.. Konon nak tolong buang sihir yang orang hantar pada dia tapi dia pulak sihirkan sipolan ni supaya sukakan dia. Lawa sangat gamaknya kan.. semua orang berebut2 nak kan dia...

Bermula dari kisah tu la.. dia mula taksub dengan bomoh sampai sekarang. Ada je la dia nak merujuk dengan bomoh ni. Even tak ada apa apa gangguan mistik pun dia rasa macam ada gangguan mistik. Sampai la satu masa.. Mak dia dah tua, mula nyanyuk. Dah tak berapa mampu nak uruskan diri.. Terlalu taksub dengan perkara berkaitan makhluk halus ni.. dia percaya bila ada bomoh yang cakap mak dia ada saka. Kononnya sebab mak dia busuk sangat.. dia percaya la yang sebenarnya mak dia dah mati yang hidup dalam jasad mak dia tu cuma saka. Sampai satu tahap dia nak tikam mak dia sendiri sebab dia rasa bukan mak dia dah..

Mak dia busuk tu sebenarnya sebab tak ada sapa nak tolong uruskan mak dia yang dah nyanyuk. Mandi pun kadang2 tak.. Dia pulak bila mak dia dah jadi macam tu langsung tak peduli. Macam benci sampai tahap dia kata kalau boleh putuskan hubungan anak beranak tu dia nak buat. Elok la semua harta & duit mak dia semua dah tukar pada nama dia.. So, orang tua nyanyuk tu di biar sampai busuk macam bangkai.

Pernah dia cuba panggil seorang ustaz yang mengamalkan rawatan Islam untuk buang saka mak dia kononnya.. Tapi bila ustaz tu periksa sebenarnya tak ada apa2 pun dengan mak dia. Cuma orang tua yang dah nyanyuk jer.. Dia tak percaya apa yang ustaz tu cakap. Dia tetap yakin dengan bomoh yang dok pembohong dia yang kononnya mak dia ada saka. Sampai sekarang dia masih anggap mak dia hidup dengan saka. Sampai sekarang dia tak pedulikan mak dia walau tinggal serumah. Sampai sekarang mak dia masih busuk & tidak terurus & dia terus memusuhi mak dia.

Kesian kan.. Terlampau banyak guna khidmat bomoh memang boleh buat seseorang tu hilang kewarasan. Macam sipolan dalam kisah ni.. Aku syak dia pun dah tak berapa setting mental  sampai semua benda dia rasa ada kaitan dengan makhluk halus ni.. Nak kata tak sekolah educated. Ada degree beb! Tapi tu la bila terjebak dengan orang2 yang mengamalkan perkara khurafat & syirik ni.. jadi tak berguna juga taraf pendidikkan yang dia ada. Walau tahu baca terjemahan Al Quran sekalipun tapi dia tak yakin dengan Al Quran pun no point jugak.

Moral of the story... Memang ada masalah atau penyakit berkaitan dengan sihir & jin tapi merujuk la kepada mereka yang mengamalkan rawatan secara Islam. Jangan sesekali terjebak dengan bomoh2 khurafat ni.. Bukan apa jenis bomoh2 macam ni bomoh cari makan..  Depa rawat jugak hangpa tapi ada yang depa hantar balik pendamping. Macam2 sebab la depa buat macam tu.. So berhati hati bila mendapatkan rawatan secara spiritual ni.

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH. Kembali lagi dalam segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit. Hari ni kita jadi chef tak bertauliah sekejab yer.. Almaklumlah housewife macam aku ni memang tak boleh lari dari buat kerja kerja kat dapur.. Tak tau la housewife lain memang tak pernah jejak dapur kecuali makan jer.. Tapi memang ada spesis macam tu tau.. Kena ingat bila jadi isteri lepas jadi ibu.. pengerat kasih sayang adalah air tangan dari seorang wanita bergelar isteri & ibu.. Tak payah la nak berkira sangat konon bukan kerja perempuan masak memasak ni.. Memasak la.. Insya Allah perkara tu mungkin menjadi asbab kebahagian rumahtangga kita.


Tak reti masak bukan alasan.. Kalau kau pandai scroll news feed FB kau boleh dapat macam - macam resepi. Siap ada tutorial dengan video lagi. Pokok pangkal kau nak buat ke tidak je. Tak cukup kat Facebook.. Kat blog melambak orang share macam2 resepi.. Ni pun aku nak share juga resepi masakan kampung.. Sambal terung pipit.. Bagi pengemar makanan jenis sambal.. Cuba la masak. Insya Allah.. berjaya menambah kilo pada berat badan anda hahahaha

Kalau tak reti masak jangan risau meh chef lekat lekit nak bagi resepi. Kita mulakan dengan bahan bahannya dulu yer tuan tuan & puan puan..

Bahan bahan

1. Terung Pipit
2. Cili kering
3. Bawang Besar
4. Bawang Putih
5. Sedikit belacan
6. Air asam jawa
7. Minyak masak
8. Garam sebagai perasa

Cara memasak

1. Buang tangkai terung pipit lepas tu cuci & toskan. Letak tepi dulu
2. Rendam cili kering dalam air panas lebih kurang sepuluh minit
3. Blend (kisar) Cili kering, Bawang Besar, Bawang putih & sedikit belacan.
4. Panaskan minyak
5. Tumiskan bahan kisar. Masak sehingga cili pecah minyak.
6. Masukkan terung pipit
7. Masukkan air asam jawa
8. Masak sekejab tambah garam.
9. Kalau dah rasa masak tutup api & hidangkan.

Boleh jugak kalau nak letak ikan bilis, ikan goreng, sotong, udang.. Tapi yang aku masak sambal kosong dengan terung pipit sebabnya takde stok bahan lauk time masak sambal terung pipit ni hahahaha. Tapi tetap sedap ok makan dengan nasi panas & ikan goreng.

Sambal terung Pipit

Jadi yang tak ada idea nak masak apa hari ni boleh cuba sambal terung pipit ni. Takpe.. diet tu postpone esok je katanya... hahahaha

HAJAT IBU NAK JUMPA AZWAN ALI TIDAK KESAMPAIAN

HAJAT IBU NAK JUMPA AZWAN ALI TIDAK KESAMPAIAN. Hari ni ramai yang tahu Ibu kepada selebriti terkenal Azwan Ali juga merangkap ibu kepada menteri besar Selangor Dato Seri Azmin Ali telah pulang kerahmatullah akibat di serang sakit angin ahmar. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital Pakar KPJ Damansara dalam usia 82 tahun.


Ibu kepada Selebriti terkenal ni semasa uzur dia berhajat nak jumpa anak anak dia sebelum meninggal dunia tapi sayangnya hajat dia tak kesampaian sebab tak sempat nak jumpa Azwan Ali. tak tau la apa masalah keluarga mereka sampai Azwan Ali tak balik jenguk mak dia yang sakit. Tak mau la buat apa2 spekulasi cuma tu la kan.. Ibu cuma satu.. Ibu datang & pergi sekali.. Ibu tiada di jual beli. Ibu juga manusia.. Kadang2 ada silapnya.. Tapi sebagai anak jenguk la ibu selagi masih ada nyawa. Bila perginya seorang ibu maka hilanglah segala doa2nya..


Tetiba teringat pulak kat mak sendiri di kampung. Mujur mak aku ni paham la dengan keadaan anak dia kat sini yang tak boleh nak curi masa balik kampung lagi. Untung la mereka2 yang tinggal dekat dengan mak bapak.. Boleh kerap balik jenguk. Aku ni kadang2 mak aku datang jenguk aku kat sini di samping dia nak datang shopping jugak. hehehe.. erkk.. apasal cerita pasal mak aku pulak ni...

Apapun tak tau la masa pengebumian mak dia.. Azwan Ali ada balik ke tidak memberi penghormatan terakhir. Mungkin dia pun sedih jugak tu dengan pemergian mak dia.. Mak kot. Marah macam mana pun dengan seorang mak.. Kalau dia takde mesti rasa juga kehilangan tu. Moga apapun masalah Azwan Ali balik la.. Kalaupun tak sempat jenguk mak dia masa masih hidup ziarah la kubur.. hadiahkan doa2 untuknya disana. Walaupun Azwan Ali macam tu aku percaya jauh di sudut hati dia.. Tetap sayangkan mak dia. So jangan la kecam dia lebih - lebih. Doakan yang terbaik untuk dia. Dengan doa - doa yang baik kita juga mendapat kebaikanya.

Moral Of the story.. Tak perlu kita nak judge Azwan Ali anak derhaka bagai sedangkan kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

SALAM TAKZIAH, IBU KEPADA SELEBRITI AZWAN ALI & MENTERI BESAR SELANGOR AZMIN ALI MENINGGAL DUNIA

SALAM TAKZIAH, IBU KEPADA SELEBRITI AZWAN ALI & MENTERI BESAR SELANGOR AZMIN ALI MENINGGAL DUNIA. Innalillahiwainnalillahirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara, sahabat handal ibu kepada selebriti terkenal Azwan Ali & Menteri Besar selangor Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang kembali kerahmatullah hari ni...


Semoga ahli keluarga Allahyarham Hajjah Che Tom binti Yahaya tabah menerima pemergian orang tersayang. Sesungguhnya bila tiba masanya.. Tidak akan cepat atau terlewat walau sesaat. Allahyarham meninggal dunia pada 2.14 pagi, 18 febuari 2017 pada usia 82 tahun di hospital Pakar KPJ Damansara. Telah di kebumikankan pada pagi tadi di Tanah perkuburan Islam Kampung Klang Gate


Semoga Allah mengampuni segala dosa - dosa beliau & menempatkan beliau di kalangan orang - orang yang beriman. Pada mereka yang beragama Islam sedekahkanlah Al Fatihah.. semoga menjadi manafaat pada mereka yang telah pergi. Amin..


Pada yang masih tak tahu Azmin Ali adalah Abang kepada Azwan Ali.. Depa ni memang adik beradik. Sorang lagi politician terkenal Ummi Hafilda juga adalah saudara kandung mereka. Tak silap adik kepada Azwan & Azmin. Masing2 agak berbeza haluan.. Kita doakan mereka semua walau berbeza perjuangan tapi bersatu sebagai adik beradik kandung. Yelah.. Air di cincang takkan putus. 

SUMPAH IBU.. AZAB SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBU SUSUAN

SUMPAH IBU.. AZAB SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBU SUSUAN. Malam ni adalah episod akhir drama bersiri Sumpah Ibu. Nak kata aku follow semua episod tu tak jugak. Kadang2 terskip jugak. Tapi memang antara drama yang aku follow kalau ada kelapangan time di siarkan kat tv9. Almaklum la.. aku memang susah nak follow apa2 drama bersiri ni tanpa ada yang terskip. Tapi aku masih lagi faham & tahu perjalanan cerita dia dari awal sampai akhir.


Untuk episod akhir ni memang episod yang paling menyentap jiwa jiwa semua yang bergelar anak. Walaupun aku seorang ibu.. aku masih lagi seorang anak. So, dua2 posisi tu aku boleh jiwai rasanya. Wah kemain feel lekatlekit tengok drama pulak kali ni. Drama yang bermoral macam ni memang senang meresap kesanubari katanya.

Untuk episod akhir ni.. Intan Si tanggarina tu.. Dah kena macam macam azab sebelum dia mati akibat menderhaka kepada ibu angkat merangkap ibu susuan dia. Episod ni jugak membongkar asal usul intan yang sebenar iatu dia bukan anak kepada adik ibunya tapi dia anak yang di buang semasa bayi di dalam semak kemudian di temui oleh bapa angkat dia. kemudian mereka membela Intan dengan penuh kasih sayang. Sampai dah besar & berjaya dia lupa diri sampai tak mengaku ibu susuan dia tu. Akhirnya dia mati tanpa mendapat keampunan dari ibu susuan dia.. walau masa nak hembuskan nafas terakhir tu ibu dia datang mengajar dia dua kalimah syahadah. Walaupun si ibu redha.. namuan sampai akhir hayat mak dia tak dapat nak ampunkan segala dosa si tanggarina tu. Dia datang jenguk sekadar... untuk membiarkan Intan boleh pergi dengan tenang.

Jangan ingat syurga seorang anak hanya kepada ibu kandung yer.. Kalau yang di besarkan oleh ibu angkat merangkap ibu susuan.. Jangan fikir boleh sewenangnya melukai hati orang yang dah mencurah sepenuh kasih sayang & membesarkan kau dengan mengorbankan segalanya. Kau tetap akan di azab even kau derhaka kepada ibu angkat & ibu susuan sekalipun.

Ibu.. Bukan malaikat tapi manusia. Hati manusia yang dah hancur berkecai takkan bercantum kembali kasih sayang yang pernah wujud hanya dengan ucapan maaf. Tak semua kesalahan boleh di maafkan.. Jadikan pengajaran wahai anak anak.. Ibu cuma manusia. Jangan sewenangnya kau menyakiti hati mereka & anggap sebesar manapun kesilapan kau.. atas nama seorang anak ibu akan sentiasa memaafkan. Bukan semua ok!

Moral of the story.. Si Tanggang & Tanggarina sekarang semakin membiak. Terang2 nampak kat media sosial.. Maki mak bapak tanpa rasa bersalah. Hope anak2 jenis tanggang & tanggarina ni tengok la epsiod akhir drama sumpah ibu ni.. Walau ibu susuan je pun dah kena azab macam tu apatah lagi ibu kandung.

Nak baca sinopsis drama ni boleh baca kat sini >> SUMPAH IBU KISAH TANGGANG MODEN VERSI PEREMPUAN <<

BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP

BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP. Jadi viral sejak semalam kes seorang kanak kanak 3 tahun di tinggalkan sendirian tak berpakaian di dalam bilik gelap dalam keadaan kesejukkan & kelaparan... Dengar cerita macam ni memang merentap hati ibu bapa yang lain walau berlaku kat anak orang sekalipun. Memang akan terasa marah, sedih & rasa nak tunjal2 kepala mak budak tu kot2 dengan cara tu sel sel otak dia kembali berhubung & dia boleh kembali berfikiran waras..


Sebab aku seorang ibu yang sangat risau nak tinggalkan anak aku sorang2 dalam rumah walau untuk 10 minit sekalipun memang aku tak boleh terima apapun alasan seorang ibu tinggalkan anak sekecil umur 3 tahun dengan alasan balik kampung nak jaga mak dia yang tengah sakit. Yang besar umur belasan tahu kau boleh angkut bawa balik.. Yang kecik 3 tahun kau tinggal. Watdehek??? Mak dia mental ok ke tidak?? Yang tu pun kena check juga sebab manusia yang waras tak buat benda tak masuk akal macam ni.

Tampin: “Saya panjat tingkap untuk masuk dan melihat budak itu terbaring atas lantai dalam keadaan bogel,” kata Mohd Dom Md Amin, 57, yang menemui kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditinggalkan sendirian dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh di sini, tengah malam tadi. Menurutnya, kanak-kanak itu berada dalam sebuah bilik gelap selepas dia bersama anggota polis membuat pemeriksaan pada 12.45 tengah malam.Katanya, sebelum itu jiran terdengar tangisan kanak-kanak dan memberitahunya membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.
"Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman.
Pegawai perubatan yang tiba membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan.
"Kami tidak tahu kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan budak itu di rumah untuk pulang ke kampung di FELDA Jelai bersama dua lagi anak lelakinya berusia 13 dan 14 tahun, untuk menjaga ibu yang sakit.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, mangsa akan diserahkan kepada datuknya untuk jagaan sementara selepas keluar hospital.
Beliau berkata, berdasarkan rawatan awal, mangsa tidak mempunyai kecederaan fizikal, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantaunya sehingga kes selesai.
Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang akan menjaga mangsa selepas ini.
Sementara itu di Pasir Mas, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu laporan polis kes kanak-kanak tiga tahun yang ditinggalkan bersendirian di rumah di Tampin, Negeri Sembilan, sebelum tindakan lanjut diambil.
Datuk Azizah Mohd Dun berkata, kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan kesihatan.
Beliau berkata, selepas laporan diterima, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut, termasuk tindakan mahkamah terhadap ibu kanak-kanak itu.
“Kami akan menjaga kanak-kanak ini dengan sebaiknya melalui unit perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara menunggu siasatan.
"Kita akan mendapat perintah selanjutnya daripada mahkamah jika perkara berkenaan dapat dibuktikan.
"Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001," katanya yang ditemui selepas membuat lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong di sini, hari ini.

Melainkan dia ada niat memang tak nak bela & harap bila dia tinggalkan anak dia sorang diri tanpa makanan & pakaian anak dia boleh mati secara semulajadi dengan harapan dia tak di kaitkan dengan kes membunuh. Watdehek la kalau fikir macam tu. Walau anak kau masih hidup pun kau bakal di kenakan tindakkan undang2 apatah lagi kalau anak kau mati. Nasib baik la Allah tu maha penyayangkan.. dia gerakkan hati orang lain untuk pantau di sebalik tangisan budak tu. Maka dapat di selamatkan juga budak tu.

Tak tahu apa cerita di sebalik kelahiran budak tu sampai menurut jiran budak tu memang mak dia tak pernah bawa keluar & depa pun tak pernah tahu tentang budak tu. Kalau tak jadi perkara ni memang sampai sudah orang tak tahu kewujudan budak tu dalam rumah tu.

Apapun alasan.. tiada sebab untuk kita perjudikan keselamatan seorang anak tak kira kecil atau besar. Kau beranak pun sakit.. Alih2 dah bela bagi hidup sampai 3 tahun kau biar macam tu. Gamaknya kau terberanak sambil gelak2 kot tu ko tak rasa anak tu satu anugerah yang bukan semua orang mampu miliki. Kalau rasa tak mampu atau tak mahu.. banyak saluran kau boleh guna untuk menempatkan anak tu kat tempat yang selamat & lebih baik. Kalau tak reti sangat pun nak ikut saluran undang2 bagi ke anak kau kat sapa2 yang nak jadikan anak angkat. Kat malaysia ni beribu orang berharap dapat seorang anak walau hanya anak angkat... Jangan dah beranak kau sepah2 macam sampah.

RAMAI BLOGGER TERKESAN DENGAN KRITIKAN ALIA HAYATI

RAMAI BLOGGER TERKESAN DENGAN KRITIKAN ALIA HAYATI. Kat wall aku tengok ada antara blogger yang mendapat jemputan menonton premier screening filem upin ipin jeng jeng jeng mula panas hati,panas jari,panas bontot bagai dengan kritikan salah seorang ibu yang mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Rasanya ramai tahu isu tu. Alah pasal dia kritik filem upin ipin jeng jeng jeng yang katanya tidak menepati citarasa kanak2 & menyifatkan filem tu macam sampah.


Dari awal aku dok baca respond dari news feed fb aku,kadang - kadang aku sampai tergelak. marah sangat depa bila orang kata filem yang depa war war kan best tu tak best & sampah. sampai mempertikai hak orang tu bagi komen sebab katanya dia dah 2 tahun tak tengok wayang jadi dia tak layak nak komen. 10 tahun sekali orang pergi tengok wayang pun,dia berhak memberi pendapat dari apa yang dia bayar untuk menonton. dia nak cakap best ke tak best ke itu hak dia. kenapa perlu pertikai hak dia hanya kerana dia tak tengok wayang selama 2 tahun.

Status yang menjadi viral tapi tadi aku check dia dah delete atau private status tu. Mungkin ramai yang serang dia kot. Kesian kan sapa yang tak boleh terima perbezaan pendapat ni. Lepas ni tengok filem tempatan wajib puji walau filem tahap jamban pun

lagi satu kenapa cuak sangat dengan kritikan Alia Hayati tu? kalau filem tu memang terbaik & mampu buat penonton terutama kanak kanak terhibur setakat kritikan Alia Hayati tu tak jejas pun penjualan tiket.malah sebab status dia tulis mungkin menjadi satu publisiti untuk filem tu. Tapi bila ramai tunjuk macam cuak, aku pun syak maybe betul la filem tu tak best. Aku pun ada niat nak bawa anak aku pergi tengok tapi biasa la minggu pertama di tayangkan mesti ramai orang tengok. Pengalaman sebelum ni nak tengok Boboiboy the movie 3 kali ke pawagam tiket habis. Sebab kami jenis mengamalkan 'walk in' malas nak book online. Sebab bagi kami.. lambat atau cepat tengok filem tu takde apa terjejas pun. Dah hujung2 tayangan nanti confirm dah tak ramai menonton. Lagi senang nak beli tiket. hehehe

Berbalik pada isu kritikan Alia haryati yang bukan sesiapa.. hanya seorang isteri & ibu kepada anak berusia 2 tahun.. Pun macam tu ramai yang cuak dengan kritikan dia terhadap filem upin ipin jeng jeng jeng terutama blogger yang dapat tiket free tengok premier screening tu la. Komen pada post dia pun ada yang bersetuju & tidak dengan pendapat dia.. Biasa la tu. Citarasa manusia berbeza.. ada yang rasa anak2 mereka enjoy & ada yang nampak reaksi anak mereka kurang terhibur dengan filem tu. Masing - masing memberi persepsi & pendapat sendiri.. Bagi aku normal la tu. Yang rasa best tak salah.. Yang rasa tak best pun tak salah. Tak perlu kot nak rasa marah bila filem yang kau dapat tiket free pergi menonton orang yang kena beli tiket cakap tak best.

Bukan soal support atau tak sesama blogger.. cuma aku rasa mentaliti blogger yang cepat melatah macam ni mengambarkan blogger tu jenis pemikiran bawah tempurung. Cuba positif sikit.. Sebab zaman sekarang kritikan juga boleh jadi satu publisiti pada sesuatu perkara tu sebab tu ada yang sanggup buat video konon kutuk produk dia jual semata mata nak viral untuk memperkenalkan produk tu. See.. kritikan tak semua membunuh ok!

Tak perlu risau karya atau produk yang bagus tak terkesan hanya dengan komen negatif seorang dua. Yang terbaik akan kekal terbaik & Insya Allah akan di iktiraf kehebatannya. Terima je perbezaan pendapat tu... Tak semestinya kau tonton best orang lain pun rasa best. Terima hakikat kau tak boleh paksa orang lain suka apa yang kau suka. Please la.. Aku faham blogger yang di jemput menonton tayangan perdana upin ipin jeng jeng jeng tu kerja depa menyampaikan informasi & mempromosikan filem tu. Tapi tak perlu terlalu taksub kot.. Biarlah orang yang rasa tak best nak bagi pendapat. Kau boleh bagi pendapat kau sendiri kenapa nak sekat orang lain bagi pendapat hanya kerana berbeza pendapat dengan kau, kan?

Moral of the story.. aku tau aku bakal di benci oleh segelintir blogger sebab entri ni tapi macam biasa la.. Aku akan menulis apa yang aku rasa betul. Takut rezeki berblog tak ada sebab kena boikot dengan blogger.. Ingatlah rezeki tu Allah yang bagi tak perlu takut sangat sesama manusia sampai kau takut untuk menyampaikan kebenaran. Peace Yo!

BUANG BAYI DALAM KAWASAN MASJID DI PUJI & DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT

BUANG BAYI DALAM KAWASAN MASJID DI PUJI & DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT. Semalam terbaca satu viral kat page Oh!media.. Alkisahnya seorang ibu meletakkan atau bahasa kasar membuang bayi dia di masjid bersama sekeping surat. Dalam surat tu menyatakan dia tidak mampu nak jaga anak dia. Di letakkan budak tu dalam kotak & di tinggalkan dalam masjid. Macam biasa aku pun spesis rajin juga membaca respond dari nitezen ni.. Majoriti sokong perbuatan dia dengan alasan dia tak berkemampuan & cara dia buang anak dia at least cara selamat. Takde la buang dalam longkang, dalam tong sampah atau dalam semak katanya...


Yer betul la dia letak anak dia tu kat tempat orang nampak elok & selamat tapi jangan ingat tak berisiko. Masjid pun sekarang bukan tempat selamat sangat dah sebab manusia sekarang dah tak takut dengan hukuman Allah.. Dalam masjid pun kita boleh nampak macam2 kejadian yang berlaku. Bukan setakat mencuri.. ada yang sampai berani nak menculik kanak kanak dalam kawasan masjid. Inikan bayi sekecil yang memang tak mampu protect diri sendiri. Bayangkan dapat kat sindiket perdagangan manusia.. Entah apa nasib baby tu kan? Tu salah satu risiko..

Yang kedua aku tetap tak bersetuju dengan perbuatan membuang anak even dalam kawasan masjid dengan alasan tidak mampu tu. Sebabnya.. Bagi aku banyak cara anak tu boleh di serahkan kepada orang lain dengan cara yang lebih baik & selamat. Bila aku cakap hantar je kat kebajikan masyarakat ada orang cakap.. Ingat senang ke? Banyak songeh nak ikut saluran undang undang ni.. Ok ok.. aku paham. Memang banyak prosuder nak kena buat. Tak nak ikut saluran undang2 dengan betul.. boleh je bagi kepada keluarga angkat yang nak jaga anak kau. Ramai orang yang nak anak tapi tidak di kurniakan rezeki.. Baru2 ni kes culik bayi kat hospital tu. Betapa dia nak anak.. sanggup buat perkara menyalahi undang - undang.

Nota yang di tinggalkan bersama seorang bayi dalam kotak di kawasan masjid

Dengan buang macam tu bagi kesan pada masa depan anak tu sendiri.Bayangkan dia besar & sejarah tertulis bahawa mak dia buang dia dalam kotak letak dalam masjid. Lebih menyedihkan berbanding mak dia serahkan dia pada keluarga angkat untuk di jaga. Dulu masa aku kerja kat sebuah proton dealer ada seorang perempuan datang nak beli kereta.. bila dia bagi maklumat diri dia sangat kesian bila tengok surat beranak dia.. banyak ruangan tiada maklumat. Nama ibu takde, nama bapa apatah lagi, tempat lahir semua tak ada.. Warganegara pun tak ada ok! Cuma kalau tak silap aku,  dia di beri PR je.. Tolong la fikir semua kesan tu sebelum buang anak dengan tiada identiti macam tu.. Kalau betul kau sayang tapi tak berkemampuan bukan cara tu kau nak selesaikan masalah.

Ramai orang positif dengan perbuatan wanita tu.. Aku nampak benda tu mengalakkan lagi orang lain buat perkara yang sama bila terlahirnya anak yang mereka tak mahu atau tak mampu bela. Jangan sampai satu hari nanti setiap hari ada saja bayi di letakkan kat kawasan masjid & masyarakat terus memuji & bersimpati kepada si pelaku. Tak mustahil masjid boleh jadi pusat pembuangan bayi jugak suatu hari nanti sebab kita terlalu positif pada perkara yang terang terang sebenarnya tidak betul caranya.

Kita kena tahu.. buang bayi menyalahi undang undang negara boleh di kenakan tindakkan undang undang. Jadi.. buat macam tu pun belum tentu si ibu terlepas dari masalah malah dia menambah masalah yang ada jika di sabitkan kesalahan. Kenapa kita perlu menggalakkan orang melakukan kesalahan? Bagi la solution yang lebih baik.. Jangan asal ada cerita sedih sikit kau dah rasa betul semua perbuatan yang memang salah tu. Jangan membandingkan perbuatan yang salah dengan kesalahan yang lain tak kira la yang lebih kejam atau tak. Sebab kau buang anak dalam longkang ke buang anak dalam kawasan masjid ke.. kedua dua perbuatan tu adalah salah.

Islam pun mengharamkan perbuatan membuang bayi ni. Anak tu di lahirkan bersama rezeki. Memang aku tak sokong perbuatan membuang bayi tak kira la kau buang kat tempat yang kau rasa selamat dengan keadaan anak tu yang sihat & baik. Jangan hanya fikir masalah si ibu & minta orang duduk di tempat dia membayangkan apa dia tanggung & rasa.. Cuba letak diri anda dalam nasib si anak yang mungkin akan membesar, remaja & dewasa bersama sejarah hidup yang tercatat kisah dia yang pernah di buang ibu dalam kotak bersama sekeping nota sedih. Aku yakin dia juga akan mempertikai.. kenapa ibu dia pilih cara 'buang' bukan menyerahkan dia kepada orang yang layak menjaganya sebagai anak angkat?

Moral of the story.. Tak perlu menegakkan benang yang basah & tak perlu membetulkan apa yang salah. Tolong!! Jangan mengalakkan orang lain membuat kesalahan.. Cara tu tidak menyelesaikan masalah.

12 RESEPI MUDAH UNTUK GOLONGAN 20AN YANG MASIH TAK TAHU MASAK

12 RESEPI MUDAH UNTUK GOLONGAN 20AN YANG MASIH TAK TAHU MASAK. Aku dulu zaman anak dara bukan la tak reti masak langsung tapi malas yarabbi nak masuk dapur. Nak2 masa tinggal kat kampung & jadi penganggur terhormat. Hobi aku ni dulu suka dengar radio sampai subuh. Lepas subuh baru terhegeh2 nak tidur maka memang jarang bangun pagi. hahaha... Hari2 kena bebel dengan mak. Tapi selepas berhijrah jauh dari family kehidupan tu berubah 360 darjah katanya. Orang pemalas wajib kena hidup berdikari baru dia jadi rajin sebab semua perkara kena buat sendiri.hehehehe


Dari belasan tahun memang aku dah tahu masak sikit2. Berkat kawan baik aku si Siti ajar aku masak masa aku tinggal dengan makcik munah kesayangan aku dunia akhirat tu. Yer aku di jaga makcik munah dari aku budak budak tapi bukan dari baby. Makcik munah tu kakak arwah ayah.. dia ibu tunggal ada seorang je anak, abang aku. Keluarga aku dengan makcik munah memang sangat la rapat. Abang aku tu dah macam abang kandung... dia pun tak ada adik beradik yang seibu.. Kalau se ayah tu ramai. Cuma kami je paling dekat & rapat dengan makcik & abang.

Ops.. tercerita pasal hal keluarga pulak. Berbalik kisah aku seorang anak dara pemalas dulu.. Masa duduk dengan makcik tu aku rajin jugak memasak. Masa tu makcik aku kerja. Umur aku time tu belasan tahun lagi. Tapi lepas abang aku kahwin masa tu aku tingkatan 3.. aku pulang ke pangkal jalan. Tinggal dengan mak bapak aku balik yang rumah cuma seberang jalan je dengan rumah makcik. Kalau dari rumah aku tu jerit panggil makcik aku pun dia dengar. Habis sekolah & jadi penganggur terhormat sebelum sambung belajar sikit kat kolej cap ayam..  Bermulalah rutin malas & suka tidur lewat. Sampai la aku ambil keputusan membawa diri mengubah nasib kat sini.. Masa bujang tak la rajin masak sangat. Tapi tetap la jugak masak sebab masa tu aku tinggal dengan adik aku. Boleh kata tiap2 hari balik kerja aku masak sebab aku tau ada orang makan. hahaha. Sampai la dah kahwin.. jadi surirumah maka rutin memasak tu dah jadi benda wajib. Makin hari makin banyak la resepi aku tahu masak sampai sekarang kalau balik kampung pun aku la tukang masak walau mak aku still membantu. hehehe

Dah masuk umur 20an ni.. Memang dah patut belajar memasak. Memasak ni sebenarnya bukan susah cuma yang susah kalau malas & tak ada keinginan nak memasak je. Walaupun dalam Islam bukan satu kewajiban wanita untuk memasak tapi air tangan seorang wanita bergelar isteri & ibu ni sebenarnya menjadi pengikat kasih sayang dalam keluarga. Kita pun kalau duduk berjauhan dengan mak.. salah satu benda paling kita rindu adalah masakan mak. Bayangkan kalau kita jadi mak yang tak pandai masak.. Takde la anak2 kita nak rindu masakan kita nanti. Jadi pada mereka yang dah masuk umur 20an ni mula la belajar masak. Kalau tak reti nak masak mulakan dengan belajar 12 resepi mudah ni dulu. Boleh tengok kat sini >> 12 Resepi Mudah Untuk Golongan 20an Belajar Masak <<

Moral of the story.. Air tangan seorang wanita itu sangat istimewa walau apa yang di masak cuma telur goreng & nasi putih jadi rajin2 la kedapur yer para wanita. Tak payah la nak guna hujah Islam pun tak kata masak tu tugas seorang isteri jadi kita pun rasa tak perlu la nak memasak. Kena ingat.. kita inginkan kehidupan yang bahagia.. Ikatlah hati suami & anak anak dengan masakan kita supaya sejauh manapun mereka pergi di hati mereka tak pernah lupa kita., Insya Allah.

KISAH MAK & ANAK LUPA DIRI DALAM DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

KISAH MAK & ANAK LUPA DIRI DALAM DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP. Aku tak ada astro jadi tak banyak siaran yang ada kalau tak langgan astro. TV1 memang la kelaut.. polkadot terus.. TV2 tu boleh la tengok lagi. Yang clear sikit Tv3,NTV7,8TV & TV9 jer... Jadi tak banyak pilihan rancangan TV yang aku boleh tengok kalau bosan mengadap skrin pc ni. Tertengok jugak la drama Patahnya sebelah sayap tu tapi macam biasa sebab aku pun sebenarnya tak follow drama ni. Time pukul 10 malam tu kadang2 ada cerita best2 kat channel lain..


Semalam ada tertengok sebab semalam rasanya tak ada rancangan tv yang menarik kat channel lain. Tengok pun gitu2 jer sebab sibuk dok windows shopping kat ezbuy.. amboi ketagih bebeno kan bershopping kat ezbuy. Geram aku sebab murah2 hahaha... Sambil dok mentelaah kat ezbuy jeling2 jugak la kat TV. Sebab TV & PC aku ni hidup berjiran je. Sebelah menyebelah aku letakkan depa. Sebab senang aku nak pantau 2 skrin ni dalam satu masa katanya.

Episod semalam tertengok babak yang terlebih excited anak dia baru dapat kerja lawyer katanya.. Membelah belah sakan barang2 yang orang jual. Sampai laki dia pun dia tak peduli lagi. Si Laki pulak balik kerja bungkus nasi. Ajak si bini makan bersama pun dah tak nak. Katanya kenyang dapat beli barang2 tu. Happy tak terkata la bila anak dia bagi green light nak beli apapun beli la nanti anak dia bayar.

Aiyoo... Kalau dapat mak lagu ni.. Gunung emas pun rata beb! Anak tu baru ja dapat kerja.. Mak dah belanja mengalahkan Bini Perdana Menteri Malaysia. Watak mak dia pun nampak macam menjurus kepada manusia bakal lupa diri jugak. Mula dah demand bila anak dia dapat kerja sebagai peguam. Kereta buruk sikit pun dah tak bagi anak dia bawa pergi kerja. Siap pesan dah kerja nanti beli kereta baru. Kereta tu laki dia beli untuk anak dia tak silap. Beli ikut kemampuan seorang ayah jer. Tengok dari uniform kerja laki dia tu macam security guard jer. almaklum la aku tak follow pun drama ni dari awal.. Tengok ikut sempat jer. So main agak agak je la hahahaha

Tak tau la best ke tidak.. Menurut sinopsi cerita yang aku baca drama ni mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bercinta dengan seorang lelaki yang baru habis belajar dok tengah cari kerja. Makwe dia la banyak tolong masa dia tengah mencari kerja. Bila dapat kerja.. makwe dia la bawak dia pi shopping beli baju2 dia nak pakai pergi kerja. Akhirnya cita2 lelaki ni nak jadi peguam tercapai bila dia dah dapat peluang bekerja sebagai peguam. Bukan lawyer buruk yer.. Ni jadi lawyer betul betul punya tapi dalam drama tu la. hehehee.

Makwe dia la paling seronok bila dia dapat jadi penguam. Sebab dia sangat komited dalam kerjayanya maka kes pertama dia handle, menang. Kejayaan pertama tu di raihkan bersama kekasihnya di sebuah kedai makan & di ambil kesempatan time ni nak lamar kekasih dia ni.Kalau dah suka ni takkan nak tolak pulak kan.. Mesti la terima. Akibat terlampau happy gamaknya, siap bergurau senda dalam perjalanan nak balik tu, kebetulan hujan lebat tiba2 boipren dia terlanggar sesuatu. Yang di pandu tu kereta makwe dia. Depa tak pasti pulak langgar apa. Bila boipren dia keluar check apa yang di langgar.. masuk balik dalam kereta bila makwe dia tanya dia langgar apa dia cuma jawab dia langgar tong besar walhal yang di langgar sebenarnya orang cuma dia tak bagitau makwe dia.

Lepas beberapa hari kejadian langgar tu.. makwe dia terbaca dalam surat khabar mengenai kemalangan tu & dia syak ada kaitan dengan kejadian langgar semasa dia dengan pakwe dia aritu. Tup tup datang sekumpulan polis kerumah si makwe ni menahan dia atas sebab suspek utama kes langgar lari. Mula2 di pakwe lawyer tu janji la nak bela kekasih dia tapi bila kes dah di bicarakan kat mahkamah dia mula mendiamkan diri. Memang tak guna punya boipren. Sampai la si makwe di jatuhkan hukuman penjara 2 tahun.

Keluar dari penjara tu dia takde la pergi balas dendam ke hapa kat pakwe lawyer tak guna tu tapi dia bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pejabat yang dia tak tahu kepunyaan suami kepada mangsa kes langgar lari tu. Selebihnya kalau rasa macam best follow la drama tu kat TV3 pukul 10 malam setiap isnin hingga rabu. Apa jadi dengan di gadis yang teraniaya dengan kekasih sendiri tu.. Dia kembali berkasih dengan lawyer tu ke atau dia bercinta dengan suami mangsa langgar lari.. Aku sendiri pun tak tau. Apapun drama ni hint2 macam nak highlight pasal ketabahan seorang wanita dari watak gadis yang teraniaya tu. Walau dah di label sebagai bekas banduan dia tetap teruskan hidup.. Macam ni baru boleh di panggil wanita besi tak putus asa dalam hidup.

Kalau rajin nanti aku tengok la sebab pelakon dia pun tak berapa kayu mati sangat la. Antara pelakon dia Izzue Islam (Yang pegang watak lawyer tak guna tu) Ummi Nazeera (Pegang watak kekasih teraniaya) Aeril Zafrel (watak suami mangsa langgar lari) & Wawa Zainal (Watak Mangsa Langgar Lari). Boleh la tahan pelakon2 drama ni. Yang watak mak lupa diri tu di lakonkan oleh Normah Damanhuri.

Walaupun aku ni bukan peminat setia drama melayu sangat tapi aku tengok jugak la. Macam drama Nek Mis kat TV9 banyak episod jugak aku follow walau pun banyak skip. Still support tapi dalam pada masa yang sama kalau drama yang terlampau bodoh sangat tetap la aku bagi kritikan membunuh. Drama2 tak ada kualiti macam tu memang patut di racun dalam industri seni malaysia. Menjatuhkan martabat drama melayu je jadi tak salah kita bagi kritikan membunuh agar drama2 & filem2 bodoh ni terbunuh dengan kritikan kita. hahahaha. Drama atau filem yang berpotensi kalau ada sikit cacat cela baru boleh bagi kritikan membina sebab drama & filem macam ni kalau di polish Insya Allah boleh menjadi kebanggan Negara katanya.

SAIFUL NANG ANGGAP AMRAN FANS TAK ADA TELUR

SAIFUL NANG ANGGAP AMRAN FANS TAK ADA TELUR. Amboi berderet entri pasal amran Fans aku sejak isu breastfeeding ni kan? Almaklum la dok ikuti kontroversi tu.. Macam banyak pulak benda best nak up kat blog. Jadi kalau best harus share katanya. hehehe


Baca status Saiful Nang.. Mukadimah dia macam nak cari gaduh je dengan Amran Fans. Bukan main pedas kritikan dia kat Amran Fans sampai katanya Amran ni spesis takde "Egg" katanya. Mungkin kalau Amran Fans baca dia akan mulakan operasi membenteras Saiful Nang pulak. Tu pun kalau dia baca mukadimah je la..


Tapi kalau dia baca sampai habis mungkin dia tak jadi angkat geng la serang Saiful Nang sebab ada isu tetiba Saiful Nang setuju jugak dengan Amran mungkin depa masih boleh lagi duduk semeja minum teh O Ais. Kebanyakkan ramai yang bersetuju dengan teguran Amran Fans pasal geng Ibu Breastfeeding yang tetiba jadi cetek akal dok upload gambar menetek tu. Yang sebelum ni menyampah dengan Amran yang suka cari pasal tu pun dalam isu ni jadi setuju. Sebab semua orang akui perbuatan tu tak elok pada pandangan mata umum.

Kita walaupun tak minat atau tak suka dengan seseorang jadilah seorang yang berfikiran bebas. Maksudnya kalau kita tak suka dalam certain2 perkara dia buat tak semestinya apa perkara yang betul dia buat pun kita tetap tak sokong. Macam aku.. macam ni la. Kau suka ke tak suka ke aku tetap la aku. Kalau aku tak setuju aku direct je la.. Kalau aku sependapat aku aku 'thumb's up'. Takde kata kalau orang tu aku memang benci sampai bumbung rumah dia yang cantik pun aku keji tahap neraka. Insya Allah, aku sentiasa cuba didik hati aku supaya tak obses membenci atau suka pada apa atau sesiapa pun supaya aku tak jadi kaki bodek atau haters sesiapa.. Setiap hari aku cuba jadi seorang pengkritik & pengulas yang adil katanya.. hahahaha walaupun aku jugak tak sempurna untuk menjadi manusia yang adil.

Apapun aku kadang2 pun tak suka dengan Saiful Nang ni.. Tapi ada perkara aku masih bersetuju dengan dia. Dato Vida pun sama.. Memang banyak perkara tentang Dato Vida aku rasa sangat Annoying tapi ada perkara yang aku masih sokong apa yang dia buat. Macam buka pusat Tahfiz.. Buat banglo besar tanpa perabot untuk memudahkan aktiviti anak2 yatim & tahfiz  kat rumah dia. Sebab benda tu benda yang baik bagi manafaat.. Kenapa aku nak kritik walaupun aku menyampah giler tengok dia yang over kalau depan camera. Mengalahkan budak2 baru akil baligh dapat jadi retis dia punya gedik.

Contoh macam benda benda ni.. Memang kalau ikutkan di kategorikan benda haram kat Malaysia ni tapi sebab kos sara hidup meningkat mungkin benda haram ni jadi pilihan sesetengah orang. tapi kalau ikutkan semua senarai barang ni ada yang tak patut di kategorikan sebagai haram pun. Kerajaan je lebih2 >> AMARAN: Sesiapa pernah atau bakal beli benda-benda ni, korang wajib tahu perkara bahaya ni! << Sebab yang di gembar gemburkan buruk tu kadang2 tak buruk mana pun sebab dia saingan pada sesuatu perkara lain maka strategi memburukkan tu di kempen secara berleluasa la. Pada yang taksub mungkin akan terima apa yang datang dari kerajaan tu semua betul tapi pada yang atas pagar macam aku.. Mungkin tidak la kot. Aku terima apa yang aku rasa betul tak kira datang dari sebelah pihak manapun. Apa ingat pembangkang tu sentiasa betul sangat walaupun kerajaan sentiasa buat pilihan yang salah untuk rakyat. hehehe

Moral of the story.. Tak salah kita nak sokong atau bangkang sesiapa tapi jangan jadi buta,tuli & pekak dalam membuat penilaian. Tak semestinya orang kita sokong atau suka tu sentiasa betul.. Sebab kita semua manusia biasa mustahil mampu jadi macam malaikat yang tiada dosa. Jadi jangan merosakkan orang yang kita suka dengan sokongan membabi buta sampai apa dia buat kita angguk2 sehingga dia rasa macam dia sentiasa betul. Sesekali kita kena membetulkan jugak orang yang kita sokong. Baru namanya penyokong setia, ye dak? hehehe

MENGIDAM MASA HAMIL CUMA MITOS

MENGIDAM MASA HAMIL CUMA MITOS. Aku seorang perempuan yang pernah mengandungkan anak.. Anak manusia bukan anak cacing yer.. Kalau setakat anak cacing dari sebelum akil baligh lagi aku dah berjaya kandung & lahirkan dengan jayanya tanpa bantuan bidan kampung mahupun bidan terlatih hospital gomen.. Tu tak heran la.. Tak perlu ada persenyawaan.. aku boleh hamil anak cacing sorang2 jer. hahahaha...

Sumber Google

Bila Cakap pasal mengandung @ hamil ni auto ada kaitan dengan aktiviti mengidam. Topik ni mungkin ada ibu2 yang sedang hamil atau pernah hamil mesti marah atau tak setuju bila cakap mengidam tu cuma satu mitos. Tapi untuk pengalaman aku sendiri la memang aku setuju mengidam tu cuma satu mitos. Aku pun pernah ada rasa keinginan nak makan tu ni masa mengandung tapi jenis aku jarang nak layan perasaan sangat tak kira tengah mengandung ke tak mengandung ke. Aku layan diri aku kebanyakkan sama je macam tak mengandung. Keinginan tu kadang2 ada yang dapat & ada tak dapat atau ada aku lupakan saja. Boleh jer.. Takde la menganggu emosi sangat ke hapa. tetiba jadi cengeng ke tantrum macam budak2 ke tak dapat apa yang nak masa mengandung. Takde la sampai macam tu. Malah sampai ke hujung kehamilan pun aku still buat rutin rumahtangga macam biasa. Takde la asyik tidur je ke hapa.

Dari sudut perubatan pun tiada bukti wujudnya Mengidam.. Yang berlaku ada alasan dari sudut sains perubatan & takde kena mengena dengan janin atau bayi yang di kandung. Sebenarnya keinginan pada sesuatu tu tak mengandung pun kita akan rasa cuma entah la bila mengandung je tetiba cepat touching bila tak dapat. Mungkin kita yang pysko diri kita kot. Konon kita ni tengah mengandung bawa baby dalam perut. Makan pun untuk berdua.. So harap si suami tu berkorban sikit la layan kerenah kita sebab apa yang kita buat bukan pengorbanan kecil. Tu yang bila tak dapat dia punya muncung 4 x 100 meter lari berganti ganti. hehehehe. Tapi sebenarnya Kalau keinginan @ mengidam tu tak di penuhi pun tak bagi apa2 kesan pada bayi bila lahir. Cuma orang tua2 jer yang mewariskan kita dengan kepercayaan kalau tak dapat apa yang di idamkan masa mengandung nanti baby lahir air liur meleleh tak dapat ketagih.. ops.. tetiba teringat lirik lagu mak minah pulak. Maafkan saya... hehehehehe. Mitos tu Mungkin sebab nak si suami tu layan isteri masa mengandung baik baik. Sebab emosi pun bagi kesan jugak pada bayi yang di kandung.

Artikel Penuh boleh baca di SINI

So, ibu ibu mengandung walaupun time mengandung la katanya nak mengada ngada sikit dengan suami tapi jangan la psyko laki tu sampai dia pun jadi fobia. Asal dengar bini mengidam jer tetap cuba cari jugak walau terpaksa meredah hutan belantara semata mata takut anak lahir nanti air liur meleleh. Kita pun berpada pada la nak buat permintaan atas alasan mengidam ni jangan la sampai menyusahkan suami. Ada orang masa mengandung mengidam motor pink nasib baik la suami tu mampu adakan motor pink buatnya mengidam stadium bola pink jenuh nak minta Dato Vida taja pulak. Menangis bawah bantal laki dia. Mengidam motor pink tu kisah benar ok! Apa ke pelik keinginan dia tu kan... hehehe

Tapi kalau buat buat mengidam benda ni gamaknya dapat tak >> Barang Baik Yang Patut Tersenarai dalam List Mengidam Anda << Kalau zaman pun dah berubah, mengidam pun kena up to date jugak bersama teknologi kan? Apa barang mengidam asam boi lagi zaman2 hujung jari ni kan.. hahahaha

TERBONGKAR RAHSIA SEDIAKAN SARAPAN PALING PANTAS

TERBONGKAR RAHSIA SEDIAKAN SARAPAN PALING PANTAS. Masalah bila ibu bekerja terlewat bangun tapi perlu uruskan anak anak nak ke sekolah & perlu sediakan sarapan untuk keluarga. Mau kelam kabut ribut satu rumah jadinya. Benda tu biasa berlaku.. Yelah, kita manusia bukan robot boleh setting pukul berapa tidur & pukul berapa secara automatik bangun. Robot boleh la.. bila bangun terus bangun. Kita ni kadang2 dah terbangun tapi tipikal manusia.. Ahh.. tidur jab 5 minit la. Baring jab bagai.. alih2 yang 5 minit jadi sejam.


Bila dah terlewat bangun dari waktu sepatutnya memang tak boleh nak sopan santun macam perempuan melayu terakhir sangat la.. Semua kena buat macam lipas kudung. Berdesup sini.. berdesup sana..  Masa tu la keluar bakat tarzan bagai menyeru anak anak bangun tidur. Bancuh air pun tak mustahil boleh jadi termasin hahahaha..

Walaupun aku sejak bergelar mak orang terus jadi surirumah yang berjaya.. tapi aku memahami masalah terutama ibu ibu yang bekerja ni. Jadi kat sini aku nak share satu tips mungkin berguna untuk kita semua bila terbangun lewat. Cara nak sediakan sarapan paling pantas. Meh tengok kat sini >> 15 Cara sediakan Sarapan paling mudah, cepat & menarik di dapur << Memang sangat membantu & memberi inspirasi pada aku. Lepas ni aku boleh la try. Jadi tak ada alasan untuk skip sarapan lagi.

Sarapan ni bagus di ambil.. Nak2 lagi blogger. Sebab nak tulis blog perlukan kreativiti & idea. Jadi perlukan tumpuan. Dengan pengambilan sarapan yang consistent setiap hari boleh meningkatkan tumpuan & memberi tenaga.. takde la alasan idea nak update blog kelaut bagai. tengok aku ni.. Terlebih sarapan gamaknya. 1 hari 3 - 4 entri aku update. Konon testimoni sarapan paling berjaya la. Hahahaha

SELALU KENA SINDIR & EJEK SEBAB MAK FASIH CAKAP TAMIL

SELALU KENA SINDIR & EJEK SEBAB MAK FASIH CAKAP TAMIL. Aku dah pernah cerita mak aku seorang perempuan Melayu yang takde darah campuran india ke apa tapi sangat fasih berbahasa tamil. Memang ada kawan india aku dulu cakap macam aku cakap bahasa tamil fluent giler beb! Aku memang la tak tau mak aku fluent ke tidak sebab aku memang tak reti nak berkomunikasi dalam bahasa tamil malah takde seorang pun adik beradik aku yang pandai speaking Tamil. Mak aku ni sebab di besarkan di kawasan estate & banyak bergaul dengan orang india dari kecik. Dia pun ada family angkat di kalangan orang india. Jadi.. Secara tak sengaja dia terbelajar bahasa tamil sehingga fasih tapi mak aku tak pandai baca dalam tulisan tamil. Cuma tahu cakap jer.. Setakat tengok filem tamil memang tak payah susah2 nak baca subtitle la.


Dulu masa kecik.. malu jugak la kalau ada orang ejek2 atau sindir sebab mak aku pandai cakap tamil. Bila depa dengar mak aku berbual dengan kawan2 India dia kat mana2 tempat awam.. Atau kawan2 india dia datang rumah orang macam gelak2. Atau pandang sampai tak kelip mata nak2 lagi kat tempat awam. Aku rasa macam terhina sikit la. Padahal.. Apa nak hina. Cuma bahasa. Yelah.. dulu mentaliti mungkin cakap tamil macam low class.. speaking english atau cina tu high class sangat la tapi sekarang serius.. aku rasa bangga mak aku tahu lebih dari 1 bahasa. Setakat reti speaking tak rare sangat la sebab majoriti ramai orang melayu sekarang memang boleh speaking english termasuk la budak2 kecil. Sampai ada anak orang melayu tak reti cakap melayu tapi hanya tahu english je. Jadi takde apa nak di banggakan sebab english sekarang bukan bahasa yang susah nak belajar. Tapi kalau yang pandai cakap tamil.. cina atau bahasa2 lain selain english tu yang rare sebenarnya.

Bila tengok bangsa2 lain cakap bahasa bangsa lain kat video ni >> Bahasa2 Yang Mereka Gunakan Sangat Mengkagumkan << aku rasa depa patut interview mak aku sekali. Hahahaha.. Mak aku jugak kategori yang boleh bercakap lebih dari satu bahasa walau sekolah tak tinggi sampai ke puncak KLCC.

Moral of the story.. Setiap bangsa ada keunikkan bahasa dia tersendiri. Macam India kalau bercakap dorang ada gerak kepala tersendiri. Setiap gerakkan tu ada maksud tertentu. Tu keunikkan bangsa India & bahasanya. Jangan menghina bahasa atau bangsa sesiapa.. Islam tidak ajar kita merendah2 kan orang lain walaupun berlainan bangsa & agama.

P/S : Sehebat manapun kita tahu lebih dari satu bahasa tapi kita tak boleh lawan bahasa budak2 sekarang.. Depa guna bahasa dari planet. Bahasa Alien.. Aq nuck muckan hahahaha.. maafkan saya. saya tak arif bahasa alien. hehehe

BILA SEORANG IBU MENDOAKAN ANAKNYA MATI DAHULU

BILA SEORANG IBU MENDOAKAN ANAKNYA MATI DAHULU. Menjadi seorang ibu ni secara automatik di anugerahkan satu perasaan yang sangat istimewa. Sayangnya seorang ibu memang tiada sempadan. Sebab tu ramai ibu2 media sosial sekarang suka caption gambar anak dia dengan 'nyawaku' bagai.. Yang mengambarkan itulah kekuatan hidup mereka. Tapi adakala sebab terlampau sayang.. Seorang ibu terpaksa mendoakan anak nya pergi dahulu.

Gambar sekadar hiasan

Nak2 lagi mereka2 yang ada anak anak kurang upaya ni.. Memang kebanyakkan ibu2 yang ada anak kurang upaya harap anak mereka yang di jemput Allah sebelum mereka. Bukan kerana rasa terbeban tapi kerana risau nasib anaknya tidak terbela. Andai dia yang pergi dulu siapa akan menjaga Amanah istimewa tu. Ibu ni ada satu perasaan yang sentiasa rasa orang lain takkan mampu jaga anak dia sebaik dia jaga.. lebih2 lagi yang istimewa. Sebab dia lebih rela menanggung sedih meratap pemergian dari terfikir apa nasib anaknya bila dia dah tak ada.

Kasihnya Ibu.. membawa ke syurga

Menjadi seorang ibu.. Sayang kepada seorang anak tu kadang2 hanya terbayang anak dia takde depan mata dia lagi pun dia boleh menangis macam mati anak. Tu baru terbayang apatah lagi benda yang di bayangkan tu benar2 jadi kenyataan. Bila dok tengok update gambar2 sekitar upacara istiadat pemakaman Almarhum Tunku Jalil anakanda sultan Johor.. Melihat gambar Sultan Johor kesat airmata aku terus terbayang ibu yang melahir & membesarkannya. 10 kali ganda rasa tu ibu rasa. Sebab aku percaya beliau juga harap anak beliau kembali sembuh & hidup dengan sihat. Tapi.. Janji Allah tu pasti. Anak yang pernah membesar dalam rahimnya.. Di lahirkan dengan risiko nyawa hujung rambut.. & terpaksa menyaksikan bagaimana anak yang di tatang bagai minyak yang penuh, pernah ketawa,tersenyum & menangis depan matanya menjadi sekujur jenazah yang akan hilang dari pandangan mata. Melihat anugerah yang di pinjamkan kembali kepada pemiliknya. Dan terpaksa melihat kesan2 tinggalan seseorang yang pernah wujud dalam hidupnya. Sesungguhnya.. Amat berat untuk di lalui sesiapa sahaja. Tak mudah untuk membiasakan diri tanpa orang yang pernah kita sayang. Ya Allah.. Kuatkanlah hati2 mereka yang di Uji dengan kehilangan anak ni. Aku sendiri pun rasa sebak dah... Ok nangis jab!

Gambar Yang paling Menyentuh Hati sekitar upacara pengebumian Almarhum Tunku Abdul Jalil. Kasihnya Ayah.. tiada sanggup berpisah.

Sayangnya seorang ibu kadang2 terlalu takut anaknya hilang... Dan kadang2 dia harap anaknya pergi dulu bila dia merasakan anaknya tidak selamat bila dia tiada disisi. Sayang seorang ibu kadang2 tak terjangkau akal kita memikirkannya. Yang masih ada ibu & seorang ibu.. Sejauh mana anda sayangkan mereka jom uji kat sini >> Sejauh Mana Anda Menyanyangi <<

Moral of the story.. Ibu & ayah hanya datang & pergi sekali dalam hidup. SEKALI. Pemberian yang hanya sekali tu.. hargailah sebaik mungkin

BUKAN AKU YANG KENA ROGOL & BUNUH,RILEX SUDAH

BUKAN AKU YANG KENA ROGOL & BUNUH,RILEX SUDAH. Bila baca berita yang jadi viral semalam seorang kerani merangkap seorang isteri & ibu yang di rogol & di bunuh kecam oleh penyamun warga nepal memang bagi kesan jugak la kat aku. almaklum la aku pun perempuan & ada anak. Tinggal di kawasan rumah yang memang ada banyak warga asing dari macam2 negara ni. Cuma level aku duduk ni je majoriti orang tempatan tapi depan rumah aku ni rasanya penyewa baru orang asing jugak. Sebab tu aku kalau duduk dalam rumah pun pintu semua bermangga berkunci. Takde la nak ambil fresh air bagai..


Setiap kali berlaku pembunuh kejam macam tu akan bersepah la orang share tip keselamatan. Bukan tak bagus tapi aku rasa benda tu rasanya semua orang dah tau tapi berapa kerat manusia yang ambil kisah & anggap benda tu sangat penting untuk keselamatan. Sebab tu aku malas nak share. Aku anggap kebanyakkan perempuan sekarang tak takut pun kena rogol & bunuh.Sekadar baca & tak bagi apa2 kesan sebab bukan depa yang mati kena rogol & bunuh tu. Sekadar share sebab orang lain share. Kalau cuak pun masa baca berita tu jer.. Lepas tu dah tak ada rasa apa2 kembali melakukan aktiviti berisiko di media sosial. Jadi lantak depa nak share apapun kat media sosial. Nak share check in kat Pavillion ke.. Nak share alamat rumah ke.. Nak share pasal laki depa outstation & depa kesepian atas katil sorang2 ke.. Memang manusia sekarang lebih risau kalau tak show off semua benda dari risau keselamatan diri. Kita pun terlebih prihatin buat apa.


Kita yang jenis tipikal perempuan yang overprotected ni katanya.. Kita jagalah diri kita  sendiri. Yang rasa memang diri boleh di lunyai oleh penjenayah.. Biar la. Nak tegur atau tegah, siapa kita. Silap2 bukan takat putus silaturrahim boleh putus urat jari bergaduh kat media sosial. Biarlah depa bagitau semua maklumat diri kat media sosial.. Kita bersangka baik kalau depa tak buat macam tu mungkin urat kentut akan terputus & hilang nafsu terhadap suami. Jadi.. nak tak nak depa terpaksa jugak bagitau orang setiap detik & ketika keadaan & lokasi mereka. Kena jugak bagitau perasaan ketika berjauhan dengan pasangan sebab depa cuma reti bagitau cara tu je kat media sosial je.

Moral of the story.. Walau orang selalu cakap, tegur kalau saya silap jangan percaya sangat sebenarnya dia harap puji & sokong saya tak kira betul atau salah. Jadi kesimpulannya siapa rasa sayang diri sendiri tu pepandai la jaga.

SEMUA PEREMPUAN ADA PAYUDARA TAPI BUKAN SEMUA ADA SUSU

SEMUA PEREMPUAN ADA PAYUDARA TAPI BUKAN SEMUA ADA SUSU. Kecoh la bila satu keratan akhbar tersebar kes seorang ibu yang baru bersalin.. Katanya tertekan sebab tak mampu susukan anak terus terjun dari tingkat 26 rumah dia. Maka jadilah pendebatan hangat antara ibu yang obses dengan breastfeeding & ibu yang tak ada rezeki susukan anak dengan susu badan. Kes wanita tersebut mungkin bukan sebab tak mampu menyusukan anak jer.. Mungkin banyak sebab lain tapi tak mustahil itu jugak jadi salah satu faktor yang menyebabkan dia jadi tekanan.


Kalau buat status kat FB ramai yang akan salah faham dengan statement aku. Terus terang aku seorang ibu yang di berikan rezeki menyusu badan anak aku. Masa anak aku lahir susu aku melimpah ruah tanpa milk booster pun. Sampai kena pump keluar jugak sebab jadi bengkak susu. Tapi boleh cari mana2 post aku.. Insya Allah tak ada aku post gambar hasil memerah aku tu. Sebab aku rasa tak perlu kot aku nak tunjuk hasil perahan dengan alasan nak berkongsi ilmu & info tentang kebaikkan susu ibu. Tu cara aku.. Aku dulu nak breastfeeding anak aku pun kalau kat luar aku sedaya upaya cari tempat paling privacy kalau takde pilihan baru la aku menyusu anak aku tempat awam. Bukan cara aku nak rasa bangga tak tentu pasal sebab aku mampu bagi anak aku susu badan. Patut aku lebih rasa bangga dalam tubuh kenit, kecik yang orang selalu fikir tak mampu beranak bagai.. mampu menyusukan anak dengan susu Anugerah Allah yang bukan semua orang dapat. Tapi itu bukan cara aku nak berlagak tak tentu pasal. Aku tetap rasa segan walau di beri kelebihan ini.

Semua wanita ada payudara tapi bukan semua perempuan mampu memiliki susu setelah melahirkan anak. Jadi susu ibu bukan pilihan tapi ia berkaitan dengan rezeki jugak. Ada orang memang tak ada rezeki susu ibu & ada orang tak ada rezeki nak menyusu anak dia sebab masalah kesihatan & sebagainya. Aku bukan anti ibu2 yang breastfeeding malah aku sokong mereka yang berusaha menyampaikan info tentang kelebihan & kebaikkan susu ibu tapi ingat cara kita tu jangan sampai jadi riak & bongkak. Merendah rendahkan orang yang tak mampu. Jangan over show off yang kalau boleh tetek kau yang bengkak susu pun kau nak tunjuk. Setakat ni tak jumpa lagi la macam tu tapi kalau tak di beri peringatan awal tak mustahil akan datang ibu2 breastfeeding ni jadi terbuka sampai semua dia buka. Yelah.. alasan dia nak mengalakkan penyusuan ibu katanya. Apa yang tak perlu.. tak payah share kat media sosial. Kecuali la perkara tu perlu untuk memudahkan orang lain faham ilmu yang nak kita kongsikan.

Moral of the story.. Ada orang rasa macam urban sangat bila dapat menyusu anak dia kat tempat awam atau tempat terbuka sebab tu dia paling excited kalau ada aktiviti2 menyusu anak beramai ramai kat tempat awam. Baru trendy katanya.. Sorry belum cukup trendy & stylo ok.

DOSA SEORANG IBU YANG TAK MAMPU BELIKAN ANAK SMARTPHONE

DOSA SEORANG IBU YANG TAK MAMPU BELIKAN ANAK SMARTPHONE. Zaman sekarang ni semakin jadi tunggang langgang. Kita kalau dulu nak apa2 kalau mak bapak tak dapat belikan sekadar protes atau mengamuk jer nak hukum mak bapak atas permintaan kita yang tak dapat di tunaikan tu memang takde la. Silap haribulan kenyang dengan rotan jer. Paling tidak ambil sedas dua cubit.


Bila tengok post dari Era.fm blog tadi rasa macam nak pijak2 je anak dia ni. Sebab tak dapat nak belikan dia smartphone di paksa si mak tu melutut & minta maaf. Macam satu dosa besar pulak dia buat mak dia sebab tak dapat belikan dia iPhone. tengok dari size tu nampak budak lagi la. yang si mak pun sayang anak melampau lampau. Dia tak tau ke cara dia manjakan anak tu salah & mungkin menyebabkan anak dia jadi anak kurang ajar & derhaka. Kalau dah di biasa layan anak macam tu memang sampai ke besar dia bukan setakat pijak kepala, budak macam ni mampu jadi tanggang moden.

Memang la si ibu tu kurang upaya tak bukan alasan dia sayang anak sampai sanggup buat dia macam tu. Sebab budak tu terbiasa membesar dengan didikan dialah raja & ibu hamba maka terjadilah apa yang berlaku sekarang. Jadi susah jugak sebab budak tu masih budak & mak dia dah didik dia macam tu dari kecik.. susah nak cakap salah siapa. Bagi aku salah tetap kedua belah pihak.

Nak besarkan anak ni bukan senang. Kadang2 kita dah rasa apa kita buat tu betul tapi sebenarnya tak betul pun. Contoh macam benda ni >> 9 Perkara Yang kita rasa betul tapi sebenarnya salah bila bercakap denagn anak << Kalau terlebih berlembut dia jadi kurang ajar, terlebih garang pun dia besar jadi hilang rasa sayang & hormat kat kita. Cuma bila dah mak bapak bagi didikan yang boleh buat kita mampu berfikir sebagai manusia yang berakal.. Dah besar pandai2 sendiri la menilai baik & buruk. Sebab kebanyakkan mak bapak memang cuba bagi yang terbaik walau mungkin tak cukup baik untuk anak anak.

Moral of the story.. kalaupun yang belum ada anak, confirm ada mak maka jangan jadikan ibu anda hamba ataupun poket doremon yang boleh penuhi apa saja permintaan anda. Seorang ibu jugak manusia. Kalau kau ada rasa kecewa & sedih macam tu jugak dengan seorang ibu bezanya seorang ibu walau kecewa macam mana pun dengan anak kadang2 tak ada kata peluang terakhir untuk seorang anak. Peluang dari seorang ibu untuk seorang anak sentiasa ada selagi ada nyawa.

AJAR ANAK KECIL MENGEMIS DI MEDIA SOSIAL

AJAR ANAK KECIL MENGEMIS DI MEDIA SOSIAL. Ramai antara kita yang tak sedar kita sedang ajar anak kita jadi pengemis di media sosial. Ramai sangat rasa dengan mengemis di media sosial ni tak nampak macam orang tak bermaruah tapi nampak sweet like kencing manis. Yelah mengemis secara online ni bukan kena tadah mangkuk duduk tepi kaki lima dengan muka & baju comot. Dengan muka comel baju cantik2 lagi senang nak mengemis. Sebab konsep mengemis kat media sosial ni lain sikit.. Yang di rayu juga bukan duit atau makanan. Nak tau mengemis apa.. meh baca.

Benda yang dah jadi trend tapi orang pandang perkara tu macam anak aku selalu sebut.. "alah.. kecik jer!" Kecik sebab dia masih kecil tapi akan jadi masalah besar bila dia membesar dengan di biasakan diri menjadi seorang attention seeker di media sosial. Bila dia rasa cara tu orang bagi perhatian pada dia sebab mak bapak dia dah ajar dia dari kecik.. Nak kalau kau rasa nak orang sedar akan kewujudan kau di muka bumi ni kau kena buat macam ni. Kau kena buat benda2 bodoh sebab orang Malaysia memang suka sensasikan benda2 bodoh sebab tu kat Malaysia orang buat benda bodoh lebih cepat di kenali & dapat banyak peluang termasuk jadi retis. Manalah tau Dato terlajak laris offer kau berlakon iklan produk dia nanti. Jadi.. kau kena biasakan diri dengan buat benda2 kurang cerdik di media sosial bermula dari sekarang. Lama2 kau ada jadi pakar mengarut paling berprestij di alam maya.


Aku tak tahu la mak bapak jenis ni kategori apa? Nak beli anak mainan pun perlu undian dari orang ramai.. masa kau nak beromen buat anak takde pulak kau minta orang vote. Like kalau ada setuju kami berjimak untuk buat anak malam ni. sejuta LIKE kami akan berjimak. Dah dapat anak hasil jimak tu nak membela gigih sangat kau nak orang vote dengan like bagai. Watdehek!! Takde sebab lain spesis macam ni memang berangan nak jadi popular dengan benda tak pekdah macam syasya salero, cikgu shida & ramai lagi la. Bermula dari seorang attention seeker yang kreatif cipta idea kurang bijak maka berpusu2 orang lain tiru.

Tak pepasal dok makan kutuk orang jer. Apa ingat orang nampak kau mak bapak sweet ke buat macam ni??

Bila kita dah dedahkan benda2 macam ni kat anak dari kecik nanti besar dia buat benda bodoh yang memalukan kita kat laman sosial jangan cakap bukan salah ibu mengandung & bukan salah ayah menanggung yer nak..padahal kalau di flashback balik sebenarnya kesilapan tu kadang2 berpunca dari didikan kita sendiri. Nak jadi mak bapak yang cool & trendy bukan dengan buat benda2 bodoh yang guna gambar anak macam ni. Kalau betul korang ibu yang memang jenis cool, trendy & urban meh tengok sini apa yang korang kena buat >> 5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia! <<

Lagipun tak perlu rendahkan harga diri kita dengan tunjuk kat orang macam kita macam terdesak sangat. Penting sangat ke populariti kat laman sosial dalam hidup kau?? Dah la kau jual muka anak kau yang innocent tu lepas tu malukan dia dengan perangai kau yang nak mengemis perhatian tu. kalau kau rasa nak beli mainan untuk anak tu beli je la.. tak payah ajar anak kau jadi pengemis di media sosial. Lagi bagus kau ajar anak aku menabung dari menabung like kat gambar dia yang kau post. Totally tak ada faedah langsung.

Moral of the story.. Jangan jadi kejam terhadap anak secara halus. Kadang2 kita melanggar hak privacy seorang anak hanya kerana dia seorang anak kecil. Ramai mak bapak sekarang dah tak jaga privacy seorang anak di media sosial. Ada yang upload gambar bogel anak tanpa rasa bersalah tu paling aku rasa kesian sangat.

BUKTI ORANG BANDAR RAMAI YANG MASIH KOLOT

BUKTI ORANG BANDAR RAMAI YANG MASIH KOLOT. Zaman sekarang ramai yang mengaku diri mereka urban walaupun tak urban mana pun. Tetiba pindah dok key el terus label depa tu dah kategori urban. Orang key el pun bukan semua jenis urban ada yang masih berpegang teguh pada ajaran agama & adat membuatkan ada yang nampak depa macam kolot. Yelah.. persepsi orang sekarang tak pandai bergaya, tak pandai gayakan anak dengan fesyen terkini & buat aktiviti2 macam orang 'bando' tu kategori kampung @ kolot.


Bila mentaliti kita dah set orang bandar mesti yang nampak trendy & hidup dengan gaya urban sampai kadang2 kita nampak yang jenis kolot tu semua datang dari kampung. Padahal ramai kot yang nampak hidup dengan gaya urban & nampak trendy tu datang dari kampung. Tak semestinya kena pindah duduk bandar baru gaya hidup berubah macam orang bandar. Zaman sekarang info di hujung jari. Apa yang takde kat kampung boleh jer dapat secara online walau hangpa duduk kat ceruk mana sekalipun. So, takde alasan orang kampung sekarang tak boleh ikut trend.

Sebab tu aku kata orang bandar ramai masih kolot bila masih ramai yang anggap kolot itu datang dari kampung. Orang bandar spesis macam tu nampak kolot  sebab sinonimkan orang kampung dengan kolot. Orang yang rasa semua orang kampung ni kolot bagi aku depa double kolot dari orang kampung sebab tak up to date tentang perkembangan orang2 kampung sekarang. Selain tu sekarang ni aku tengok ramai (bukan semua tapi banyak) orang bandar pulak yang percaya dengan bomoh, pawang bagai sampai sanggup cari BOMOH yang kebanyakkan mengamalkan amalan khurafat & syirik ke serata ceruk pendalaman asalkan hajat mereka tercapai dengan cara pantas. Orang2 ternama pun ramai yang suka guna khidmat bomoh ni. gaya hidup urban & trendy tak main la bomoh2 kan. Orang kolot je masih percaya dengan amalan2 kuno macam tu.

Tapi paling aku tak setuju yang kaitan orang yang berpegang teguh dengan ajaran agama tu kolot. Yelah.. cara mereka berpakaian kalau ikut syariat ni memang tak berapa fashionista la katanya tapi tak bermakna mereka dalam golongan kolot. kalau kata orang2 macam ni datang dari kampung maka aku bangga jugak la sebagai orang kampung. Terbukti orang baik2 banyak datang dari kampung hehehe.. Bukan aku kata tapi persepsi sesetengah orang yang kata macam tu walau spesis macam ni nampak golongan ni kolot tapi sebenarnya mereka sedang memberitahu orang lain yang alim2 banyak datang dari kampung.

Yang paling buat aku nak tergelak kadang2.. Ramai para ibu yang mengiktirafkan diri mereka urban mummy. Orang kata tetap trendy walau dah jadi mak mak. konon trendy & up to date padahal aku tengok dari perangai sampai ke gaya hidup takde nampak urban sangat pun. Ada jugak ciri2 kolot yang masih di amalkan. Setakat pakai legging ketat tu belum nampak trendy & urban lagi. Kalau betul yang rasa diri tu urban mummy sangat ada ke buat 5 perkara ni >> 5 Ciri ciri Ibu Yang Trendy & Up to date <<

Moral of the story.. Yang membezakan seseorang tu masih kolot atau sudah moden cuma satu. Cara berfikir & membuat keputusan. Tak guna dressing macam retis tapi berfikir mengalahkan orang zaman paleolitik. Tapi sekarang ramai jugak yang dressing macam orang zaman batu sebab banyak retis sekarang suka berfesyen macam orang zaman batu. hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com