Showing posts with label semak. Show all posts

CARA SEMAK SAMADA DOKTOR/KLINIK BERDAFTAR ATAU TIDAK DENGAN KKM

CARA SEMAK SAMADA DOKTOR/KLINIK BERDAFTAR ATAU TIDAK DENGAN KKM. Sekarang ni banyak doktor mula membuka klinik sendiri. Lambakkan klinik persendirian/swasta membuatkan kadang kadang kita tak tahu samada klinik @ doktor tersebut berdaftar dengan KKM atau tak. Risiko tau kalau klinik tu tidak berdaftar dengan KKM sebab kalau berlaku apa apa susah la korang.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Dari perkongsian Laman Facebook Dr Imelda Balchin dia bagi tutorial cara nak semak samada klinik tu sah atau tak. Siap tutorial bergambar. Boleh rujuk di bawah. Jika anda mempunyai account facebook boleh masuk terus ke posting dr Imelda.

Kalau hangpa nak check sendiri, doktor yang bukak klinik sendiri ni doktor tipu kaa doktor betoi, sila ke link ini.


Type nama doktor saja pun cukup.
Lepas tu click go.
Lihat senarai yang keluar.

Saya type Imelda saja. Keluar senarai tujuh orang doktor Imelda yang berdaftar dengan MMC. Saya yang ketujuh dalam senarai tu.

Kalau tau nombor registration MMC lagi bagus. Tak payah laa cari nama kat dalam senarai yang mana satu. Boleh search guna nombor saja.

Kalau doktor tu tak ada di dalam senarai dengan tempat pekerjaannya sekali untuk tahun ini, pi laaa cari doktor lain.

Anda juga boleh buat aduan di laman mmc.gov.my jika anda terjumpa doktor tipu.

Semoga Tutorial dari Dr Imelda ni membantu anda membuat semakan sebelum menggunakan khidmat @ rawatan klinik/hospital persendirian/swasta. Bukan apa zaman sekarang banyak orang pakai title Doktor tapi title tu tidak di iktiraf, tidak bertauliah & senang cakap doktor pelesu jer. Bahaya tau berurusan dengan doktor pelesu ni.. Kang sihat jadi lesu tak tau la hangpa.

Saya kongsikan di blog supaya pembaca blog ni yang belum mengikuti Dr Imelda di Facebook atau yang atak ada acc facebook dapat juga infonya. Apa yang bermanafaat tak salah kita kongsikan.

INI YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MOHON PERUMAHAN PR1MA

INI YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MOHON PERUMAHAN PR1MA. Rumah ni memang penting.. Takkan selamanya nak menyewa kot. Kalau tak beli rumah pun at least dah ada backup rumah sendiri kat tanah pusaka di kampung katanya. Kalau mak bapak kita memang suka sangat la dok meng offer anak anak balik buat rumah kat kampung. Yelah.. nak menjaga tanah pusaka agar di warisi turun temurun. Tapi anak muda masa kini memang suka hidup di bandar. Kalau balik kampung katanya tak tau nak buat kerja apa. Jadi depa fikir tunggu la lepas umur pencen baru balik duduk kampung. Sekarang nak bermastautin kat bandar dulu kumpul duit walaupun tak terkumpul kumpul lagi.


Bagi yang belum memiliki rumah sendiri macam aku ni.. Memang suka jugak la perumahan PR1MA ni. Manatau kot2 mampu beli.. Setakat ni mampu tengok lagi.. Akan datang tahun depan ke tetiba mampu beli, siapa tahu. Rezeki Allah nak bagi kadang2 kita sendiri tak sangka.

Kadang2 orang tu dia tak tau sebenarnya dia dah cukup kelayakkan nak mohon perumahan PR1MA ni cuma sebab dia jarang nak ambil tahu dia dok rasa macam dia tak layak mohon. Sebab tu penting untuk kita rajin membaca & bertanya. Kalau malas.. Memang la kita terlepas pandang banyak perkara yang mungkin buat kita mengalami kerugian..

Jadi pada anda yang berhajat nak mohon Perumahan PR1MA penting untuk anda tahu tentang semua perkara ni >>Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memohon perumahan PR1MA << Bila korang dah tahu semua ni, baru la buat keputusan nak mohon atau tidak. Bukan apa takut buang masa je buat tu ni.. Alih2 permohonan kena reject. Nak mohon benda2 macam ni bukan setakat kau pergi buat muka kesian.. sign borang jer. Banyak 'celah bedah' kau nak kena buat.

Moral of the story.. Semoga berjaya permohonan anda. Moga ada rezeki kita semua memiliki rumah sendiri. Amin...

INILAH PUNCA KITA DI ADD MASUK KE FB GROUP TANPA RELA

Tak payah maki hamun berkajang.. aktiviti tak bermoral seperti meng add orang sesuka hati ke group di FB tetap takde penyudah. Ramai yang rasa benda ni menggangu aktiviti sosial depa di laman sosial tapi aku pun pelik spesis yang dok add orang tak tentu pasal ni tak pernah terbaca ke status maki, status warning status marah atau status berunsur rayuan supaya jangan add orang ke dalam apa2 group FB tanpa keizinan. Nak kata buta huruf pandai pulak buka account FB. Nak kata masalah kefahaman ke hapa tak tau la..

Sumber google

Yang pasti bukan masalah tak faham bahasa atau tak pandai baca atau tak tahu orang tak suka. Depa buat semua tu untuk kepentingan peribadi depa. Nak beriklan kat group iklan kena add 50 orang dulu. Lepas tu PM admin group, dapat ID baru iklan depa terpapar kat group tu.

Ni salah satu group yang aku baru je leave sebab tetiba jer ada makhluk add masuk sebab nak beriklan. Ni la punca yang buat kita di add tanpa rela ke group iklan2 sampah masyarakat. Nasib kau la group kau jadi contoh dalam banyak2 group yang dok buat lagu ni.

Jadi biarlah kena maki.. kena sindir berapi atau kena sumpah seranah janji lepas cukup kuota tu depa boleh beriklan produk @ service depa. Yang si admin group pun satu hal.. Kau fikir paksa orang join group dengan minta orang lain suka suki add ke group sampah hangpa tu ingat orang yang aktif beronline nak stay sangat ka? Kalau aku memang aku leave jer group2 camtu. Tapi letih jugak la.. leave satu add lagi satu.. sampai kiamat pun asyik dok kena leave group. Kalau tak online confirm notification jutarita punya. Benda tu sangat2 menganggu & menyusahkan. Sila faham.

Hope admin2 group yang ketagih sangat follower sila la meraih follower dengan cara berhemah bukan cara sampah macam ni. Follower yang korang paksa orang add tu bukan sebab depa suka sangat join group hangpa tapi kadang2 depa sendiri tak perasan pun depa dah di sedut masuk ke group sampah hangpa tu. Sila cari alternatif yang lebih mulia & berkualiti untuk menjemput orang duduk dalam group hangpa.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com