Showing posts with label johor. Show all posts

KECAM ORANG KEMATIAN ANAK, KAU PANDAI SANGAT KE JAGA ANAK?

KECAM ORANG KEMATIAN ANAK, KAU PANDAI SANGAT KE JAGA ANAK? Macam biasa la kadang2 ada isu aku lebih suka tunggu & lihat.. Tengok macam mana respond orang lain dulu terhadap sesuatu isu tu baru aku keluarkan pendapat aku pulak. Semua orang tahu kes kemalangan melibatkan sebuah kereta yang melanggar sekumpulan budak2 awal belasan tahun.. 8 daripadanya meninggal dunia. Ada la beberapa yang cedera & masih di rawat di hospital.


Bab kecam bebudak tu aku maybe boleh accept sebab memang terang terang bebudak tu salah. Salah satu kesalahan paling ketara jam 2 - 3 pagi masih dok merayap berbasikal atas jalan. Tu salah satu kesalahan dari pihak bebudak tu.. Tapi kita sedia maklum kesalahan ni bukan dari hanya satu pihak.. Bagi aku semua pihak ada salah masing - masing. Sebelum kejadian tu berlaku katanya memang dah selalu budak2 basikal dok merempit main basikal kat jalan tu. Orang awam yang tegur pun di hanjingkan balik. Lumrah budak2 yang tengah dok explore dunia. Baru kenal kebebasan.. Umur - umur macam tu dia memang rasa macam besar sangat dah. Tapi sebelum ni mungkin tiada tindakkan membenteras aktiviti mereka time2 malam macam tu sebab tu berlaku apa yang berlaku. Bila dah berlaku baru la nak kuatkuasa undang undang bagai.. Standard la tu la kan.. Sebab tu kadang2 Allah menegur manusia dengan cara yang menyedihkan sebab lagi tak tertusuk sembilu ke sudut hati yang paling dalam lagi tu manusia ni tak alert atau tak ambil kisah.

Bab tu settle.. Bagi aku semua pihak salah tak kira dari budak2 tu, ibubapa, pemandu, orang awam, pihak berkuasa semua. Takde sapa terkecuali.. semua aku sumbat dalam lokap kesalahan aku. Hahahaha... See aku lagi kejam ok! Tapi aku masih ada perikemanusiaan la dari mereka mereka yang dok kecam mak bapak budak2 tu. Konon tak reti jaga anak.. biar anak merayap tengah2 malam.. bila jadi benda2 macam tu menyusahkan orang lain bla.. bla.. bla.. bagai. Akibat dari kecaman hebat dari nitezen ni.. Sampai ada waris mangsa yang meninggal dunia tu tampil mohon hentikan kecaman & tuduhan. Bukan depa biar anak2 depa keluar merayap tapi kadang2 budak2 ni lagi di tegah lagi di buat. tak boleh keluar dengan keizinan.. dia keluar secara senyap2 di luar pengetahuan waris dia. Alah.. yang dok kecam tu pun aku yakin masa hangpa sebaya depa pun hangpa pernah buat benda2 macam tu. Mak Ayah tak bagi keluar.. kau seludup jugak keluar. Balik kang nak kena rembat secara maraton pun kau tak kisah janji boleh keluar ye dak?? So kalau hangpa tergolong spesis macam tu.. Layak ke hangpa nak kecam mak bapak orang?? Hangpa sendiri tau bukan semua sebab tidak di tegah atau di peduli mak bapak tapi sebab kedegilan seorang anak yang tak makan saman.


Walaupun semua pihak ada bahagian salah masing masing.. Tapi contohilah PDRM basikal yang salahkan sebab dah di modified katanya hahahahaha #Sarcasm. Ok.. ok.. serius balik. Sapapun salah tapi please jadi manusia yang ada perikemanusiaan sikit nak2 lagi yang ada anak2 tengah membesar tu. Belum tentu anak2 kita tak terjebak dengan perkara macam tu. Sekarang ni kadang2 bukan sebab salah didikan sangat tapi pengaruh sekeliling sangat2 mendorong seorang remaja tu terikut ikut benda yang tak baik. Bagi la ruang sikit untuk mereka2 yang baru kehilangan seorang anak.. Pergi dengan mengejut macam tu hangpa ingat simply mak bapak depa nak boleh move on.. Ambil masa juga ok nak terima kenyataan. Di tambah pulak hangpa dok kecam.. Please la wei! Rasa kesian sikit. Takkan sampai mak bapak bebudak tu jadi gila & bunuh diri baru hangpa puas hati.

Yang terbaik Jadikan trajedi tu sebagai peringatan untuk kita semua. Ingat hari ni jadi kat anak orang.. esok lusa mungkin jadi kat kita sapa tahu. Takkan nak tunggu anak kita mati dulu baru kita nak faham rasa seorang ibu bapa tu bila kematian anak.. Baru nak harap orang lain akan faham perasaan kita? Jangan masa tu kau baru nak menyesal.. memang tak berguna lagi.

Moral of the story.. Kat sini aku bukan nak backup mana2 pihak cuma aku harap kita sebagai hakim2 di facebook berperikemanusiaan sikit terhadap mereka2 yang di uji dengan kehilangan anak dalam sekelip mata macam tu. Tak payah bajet macam kau pandai sangat didik anak la sangat.

BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP

BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP. Jadi viral sejak semalam kes seorang kanak kanak 3 tahun di tinggalkan sendirian tak berpakaian di dalam bilik gelap dalam keadaan kesejukkan & kelaparan... Dengar cerita macam ni memang merentap hati ibu bapa yang lain walau berlaku kat anak orang sekalipun. Memang akan terasa marah, sedih & rasa nak tunjal2 kepala mak budak tu kot2 dengan cara tu sel sel otak dia kembali berhubung & dia boleh kembali berfikiran waras..


Sebab aku seorang ibu yang sangat risau nak tinggalkan anak aku sorang2 dalam rumah walau untuk 10 minit sekalipun memang aku tak boleh terima apapun alasan seorang ibu tinggalkan anak sekecil umur 3 tahun dengan alasan balik kampung nak jaga mak dia yang tengah sakit. Yang besar umur belasan tahu kau boleh angkut bawa balik.. Yang kecik 3 tahun kau tinggal. Watdehek??? Mak dia mental ok ke tidak?? Yang tu pun kena check juga sebab manusia yang waras tak buat benda tak masuk akal macam ni.

Tampin: “Saya panjat tingkap untuk masuk dan melihat budak itu terbaring atas lantai dalam keadaan bogel,” kata Mohd Dom Md Amin, 57, yang menemui kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditinggalkan sendirian dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh di sini, tengah malam tadi. Menurutnya, kanak-kanak itu berada dalam sebuah bilik gelap selepas dia bersama anggota polis membuat pemeriksaan pada 12.45 tengah malam.Katanya, sebelum itu jiran terdengar tangisan kanak-kanak dan memberitahunya membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.
"Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman.
Pegawai perubatan yang tiba membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan.
"Kami tidak tahu kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan budak itu di rumah untuk pulang ke kampung di FELDA Jelai bersama dua lagi anak lelakinya berusia 13 dan 14 tahun, untuk menjaga ibu yang sakit.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, mangsa akan diserahkan kepada datuknya untuk jagaan sementara selepas keluar hospital.
Beliau berkata, berdasarkan rawatan awal, mangsa tidak mempunyai kecederaan fizikal, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantaunya sehingga kes selesai.
Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang akan menjaga mangsa selepas ini.
Sementara itu di Pasir Mas, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu laporan polis kes kanak-kanak tiga tahun yang ditinggalkan bersendirian di rumah di Tampin, Negeri Sembilan, sebelum tindakan lanjut diambil.
Datuk Azizah Mohd Dun berkata, kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan kesihatan.
Beliau berkata, selepas laporan diterima, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut, termasuk tindakan mahkamah terhadap ibu kanak-kanak itu.
“Kami akan menjaga kanak-kanak ini dengan sebaiknya melalui unit perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara menunggu siasatan.
"Kita akan mendapat perintah selanjutnya daripada mahkamah jika perkara berkenaan dapat dibuktikan.
"Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001," katanya yang ditemui selepas membuat lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong di sini, hari ini.

Melainkan dia ada niat memang tak nak bela & harap bila dia tinggalkan anak dia sorang diri tanpa makanan & pakaian anak dia boleh mati secara semulajadi dengan harapan dia tak di kaitkan dengan kes membunuh. Watdehek la kalau fikir macam tu. Walau anak kau masih hidup pun kau bakal di kenakan tindakkan undang2 apatah lagi kalau anak kau mati. Nasib baik la Allah tu maha penyayangkan.. dia gerakkan hati orang lain untuk pantau di sebalik tangisan budak tu. Maka dapat di selamatkan juga budak tu.

Tak tahu apa cerita di sebalik kelahiran budak tu sampai menurut jiran budak tu memang mak dia tak pernah bawa keluar & depa pun tak pernah tahu tentang budak tu. Kalau tak jadi perkara ni memang sampai sudah orang tak tahu kewujudan budak tu dalam rumah tu.

Apapun alasan.. tiada sebab untuk kita perjudikan keselamatan seorang anak tak kira kecil atau besar. Kau beranak pun sakit.. Alih2 dah bela bagi hidup sampai 3 tahun kau biar macam tu. Gamaknya kau terberanak sambil gelak2 kot tu ko tak rasa anak tu satu anugerah yang bukan semua orang mampu miliki. Kalau rasa tak mampu atau tak mahu.. banyak saluran kau boleh guna untuk menempatkan anak tu kat tempat yang selamat & lebih baik. Kalau tak reti sangat pun nak ikut saluran undang2 bagi ke anak kau kat sapa2 yang nak jadikan anak angkat. Kat malaysia ni beribu orang berharap dapat seorang anak walau hanya anak angkat... Jangan dah beranak kau sepah2 macam sampah.

DRAMA CIK SITI DI AMBIL DARI KISAH LAGENDA SITI JALANG

DRAMA CIK SITI DI AMBIL DARI KISAH LAGENDA SITI JALANG. Sekarang tengah di tayangkan kat TV3 drama cik siti. Sebenarnya drama ni pernah di tayangkan dulu.. Antara drama yang best jugak layan sebab di angkat dari kisah lagenda seorang wanita yang bernama Siti Aminah atau lebih di kenali dengan gelaran siti jalang.


Tapi dalam drama ni tak highlight la gelaran Jalang tu.. mungkin menjaga sensitiviti. Perkataan jalang tu kita sedia maklum agak kasar. Bagi yang tak pernah baca atau dengar kisah pasal lagenda siti jalang ni,, meh la sini den nak mengungkit kembali kisah lama yang semakin hilang di zaman moden ni..

Kisah ni katanya berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.  berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Mesti hangpa nak tau kenapa dia di gelar siti jalang kan? Adakah dia seorang perempuan tak baik.. Ops jangan buat spekulasi ok! Jom kita kembali ke kenangan lalu..

Mengikut cerita lagendanya, cik siti ni berasal dari kelantan & di pelihara oleh keluarga bangsawan bugis di kota tinggi sebagai anak angkat. Dia di gambarkan seorang yang cantik & menjadi rebutan ramai. Sebab anak dara angkat depa ni terlalu cantik maka keluarga angkat dia telah mewariskan satu ilmu pendinding dengan tujuan menjaga kesucian cik siti ni dari di aniaya lelaki lelaki yang tak bertanggungjawab.

Sampai la dia dah dewasa & di pinang seorang lelaki kaya. Maka berlangsung majlis perkahwinan dengan gilang gemilang. sehingga pada malam pertama mereka.. keadaan jadi huru hara bila si suami cik siti nak merasmikan malam pertama dia tak nampak tanda keperempuanannya. So, berpisah juga. Namun cik siti masih menjadi kegilaan lelaki & dia berkahwin buat kali kedua tapi perkara yang sama berlaku kepada suami keduanya maka dia di ceraikan keesokkan harinya. Perkara yang sama berlaku setiap kali dia berkahwin. Katanya perkahwinan beliau cecah 99 kali bersama 99 orang lelaki. Sehinggalah bertemu jodoh dengan suaminya yang ke 100 yang di gambarkan seorang yang warak dan mempunyai pegangan agama yang kuat serta ada ilmu batin yang mampu membuka kunci nafsu yang di warisi cik siti dari keluarga angkatnya. Dengan perkahwinan ke 100 tu je dia kekal hingga ke akhir hayat.Tapi malangnya mereka tidak mempunyai anak. Sebab banyak kali berkahwin sehingga 100 kali tu la dia di gelar siti jalang

Ada juga versi lain yang mengatakan cik siti meminta hantaran sebuah keranda & sekayu kain putih kepada lelaki yang meminangnya sebagai persediaan pengebumian suaminya keesokkan harinya. Sebab katanya cik siti memelihara kala jengking di bahagian alat sulitnya sebab tu suaminya akan mati pada malam pertama. Tapi kita sedia maklum kisah lagenda memang kita tak boleh claim ia benar2 berlaku sebab sejauh mana kebenarannya tak siapa boleh buktikan.

Macam tu la kisah lagenda siti aminah @ siti jalang ni. Dalam drama cik siti mungkin tak sama macam kisah lagenda tapi di angkat dari kisah yang sama mungkin di olah untuk sesuai dengan tontonan umum. Kalau yang tak minat drama melayu & memang tak layan drama cuma layan filem2 macam ni jer >> 6 Filem Hujung Tahun 2016 Korang kena tahu  << maybe tak layan la kot drama2 macam drama cik siti ni, kan? Tapi bagi yang layan drama macam aku, drama cik siti ni memang not bad la. Ok la nak sambung menonton jab hehehe

PEMBUNUHAN KEJAM ALA MONA FANDEY, REMAJA DI KERAT 10

PEMBUNUHAN KEJAM ALA MONA FANDEY, REMAJA DI KERAT 10. Sungguh manusia zaman sekarang dah semakin hilang kewarasan & perikemanusiaan. Sekarang ni boleh kata hari2 kita dengar kejadian bunuh kat mana mana saja. Ada saja mayat di jumpai. Berbanding dulu.. Macam nyawa manusia dah tak ada harga & manusia sekarang dah semakin tak takut dengan hukuman Tuhan apatah lagi hukuman manusia. Masing2 hanya fikir kepuasan sendiri.

Sumber Harian Metro

Bila terbaca kes seorang remaja 19 tahun yang masih belum di kenalpasti identitinya di bunuh & di kerat 10 bahagian kemudian di masukkan kedalam beg plastik seterusnya di sorok dalam pembentung saluran air longkang di sebuah rumah di kampung kesang laut. Katanya dia di bunuh sejak 3 hari lalu. Polis syak pembunuhan bermotifkan cemburu & berebut seorang wanita.


Bila baca berita ni teringat kejadian paling mengemparkan negara dulu apabila seorang ahli politik di bunuh & di kerat 18 bahagian. Kalau sebut semua orang tak lupa.. Kes pembunuhan melibatkan Mona Fandey, suami dia & pembantu mereka. Itulah kes pembunuhan paling kejam waktu tu & dapat liputan meluas media.


Di penghujung tahun 2016.. Pembunuhan yang hampir sama dengan kes pembunuhan melibatkan mona fandey tu berlaku lagi. Memang rasa macam tak selamat sangat bila dengar & baca berita2 macam ni. Kadang2 sebab di bunuh tu kita rasa macam remeh sangat tapi bila hati di kuasi syaitan.. memang orang akan hilang kawalan.

Hidup di dunia akhir zaman.. Tiada lain yang mampu kita buat selain memohon perlindungan dari Allah. Moga kita di jauhi dari orang2 yang ingin menyakiti & mengejami kita.

KISAH SERAM POCONG ALMARI BURUK GANGGU PELAJAR KEM MOTIVASI DI JOHOR

KISAH SERAM POCONG ALMARI BURUK GANGGU PELAJAR KEM MOTIVASI DI JOHOR. Masa kecik kecik dulu makcik aku selalu momokkan aku dengan hantu kum kum dalam almari. Katanya dalam almari dia ada hantu kum kum. Memang masa tu aku percaya la jugak. Almaklum zaman budak tanpa gadget ni memang mudah percaya dengan cerita dogeng nak2 ada unsur2 seram ni. Bila teringat momokkan makcik aku masa kecik dulu tetiba rasa nak puaka kan blog lekatlekit.com malam ni dengan kisah seram yang melibatkan almari.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Maka malam ni aku nak share dalam segmen seram serik lekat lekit sebuah kisah yang berlaku di sebuah kem. Kem ni katanya terletak jauh di pendalaman di johor. Nak di jadikan sebuah kisah seram untuk tatapan masa depan.. Tempat ni di adakan satu kem motivasi untuk pelajar sekolah. Kat kem tu ada 4 dorm. 2 dorm untuk lelaki & 2 dorm  untuk perempuan. 1 dorm ni boleh muat 12 orang. Dalam 1 dorm ada 6 katil dua tingkat. Jadi memang cukup la 12 katil. Dalam dorm tu semua kelengkapan ni masih baru kecuali 1 almari usang & buruk yang terletak hujung katil.

Hari pertama di kem tersebut tak ada apa2 berlaku. So, enjoy la bebudak tu sebab babak babak seram belum muncul. Tapi malam kedua & seterusnya.. kejadian berlaku selepas aktiviti sahsiah diri. Masing2  bawa diri ke dorm masing2 la nak tidur. Tapi malam kedua tu sesuatu telah berlaku kat dorm yang ada almari buruk ni.. Tak payah teka. Bukan almari tu tetiba keluar lembaga menyeramkan. Asal ada kaitan dengan almari je hangpa ingat semua babak hantu muncul keluar dari almari lah yer.. Tidak untuk kisah ini.

Pada malam tu seorang pelajar lelaki ni. Katil dia kat bahagian bawah & lokasi dia paling hujung dekat dengan almari buruk tu. Katanya masa dia pujuk kawan dia yang masih menyambung tangisan selepas aktiviti sahsiah diri tu tiba tiba... dia ternampak seperti satu bayangan besar bersize manusia sedang melompat atas tiang bumbung. Almaklum la kem depa ni memang tak ada siling. Kalau  tak ada siling memang boleh nampak tiang2 yang menongkat bumbung tu. Tapi dia buat tak tau je la & anggap mungkin mainan perasaan dia je. Dia pun kembali menoleh kearah kawan dia yang tak sudah sudah menangis dari tadi tapi alangkah terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh bila yang ada kat sebelah dia bukan lagi kawan dia tapi.... satu makhluk berbungkus macam jenazah kena kafan.. Pendek cerita pocong la. Senang sikit nak paham. Kias kias sangat jenuh imaginasi hangpa nak bekerja membayangkan rupa makhluk tu pulak.

Kau rasa kalau budak tu nampak pocong live depan mata dia sempat lagi ke nak capai smartphone kemudian ber wefie dengan pocong tu? Kalau dia masih terfikir nak bergambar memang aku salute 3 jari la kat budak tu tapi tipikal manusia nampak makhluk macam tu. Meremang bulu roma tak payah cakap la.. Menggigil la budak tu. Terus baring tutup muka dengan bantal. Maka terkumat kamit la dia membaca ayatul kursi katanya. Maka bergegar la katil dia lepas baca ayat kursi seolah olah gegaran tu macam menyatakan kemarahan padanya. Semua pelajar dalam bilik tu pun boleh rasa gegaran & dapat lihat pocong tersebut tapi tak dapat buat apa2 sebab terlalu takut. Masing2 mendiamkan diri di katil masing masing.

Sampai subuh kejadian seram tu berlaku dan berakhir bila fasililator datang kejutkan mereka untuk solat subuh. Time tu la masing2 menangis tanpa henti akibat ketakutan sepanjang malam dengan kejadian seram tu. Tapi  fasililator kat situ tak bagitau kat bebudak ni kejadian sebenar pernah berlaku kat dorm tu sebab taknak mereka di hantui ketakutan & trauma sepanjang kem tu cuma nak di jadikan cerita ada budak dengar perbualan  fasililator. Katanya pernah salah seorang  fasililator terjumpa satu mayat dalam almari buruk tu. Selepas kejadian tu ramai orang cuba alihkan almari tu tapi semuanya gagal. Sejak kejadian tu dorm tu di tutup & tidak di benarkan sesiapa pun masuk ke situ.

Asal tempat tu berlaku kematian yang mungkin akibat di bunuh atau bunuh diri je mesti hantu nak jadikan port seram kan? Tapi kalau almari korang tahap sarang tikus sebab terlampau banyak sangat baju bajan & barang2 di sumbat.. takde hantu pun boleh nampak menyeramkan. Bagi yang suka sangat menyumbat semua benda dalam almari & akhirnya jadi tak tersusun elok la korang tengok ni macam mana nak menyelesaikan masalah almari anda yang dah nampak rupa puaka tu >> Ini penyelesaian Kalau Almari anda selalu sesak <<

Moral of the story.. untuk sekian kalinya aku nak ingatkan. Yang jadi puaka @ makhluk seram tu bukan orang yang pernah mati dalam almari tu tau! Manusia yang dah mati takkan kembali kedunia dalam apa bentuk jelmaan pun kalau ada yang menjelma macam dia itu hanya jelmaan jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia.

Sumber cerita : The Vampire Diaries

BILA SEORANG IBU MENDOAKAN ANAKNYA MATI DAHULU

BILA SEORANG IBU MENDOAKAN ANAKNYA MATI DAHULU. Menjadi seorang ibu ni secara automatik di anugerahkan satu perasaan yang sangat istimewa. Sayangnya seorang ibu memang tiada sempadan. Sebab tu ramai ibu2 media sosial sekarang suka caption gambar anak dia dengan 'nyawaku' bagai.. Yang mengambarkan itulah kekuatan hidup mereka. Tapi adakala sebab terlampau sayang.. Seorang ibu terpaksa mendoakan anak nya pergi dahulu.

Gambar sekadar hiasan

Nak2 lagi mereka2 yang ada anak anak kurang upaya ni.. Memang kebanyakkan ibu2 yang ada anak kurang upaya harap anak mereka yang di jemput Allah sebelum mereka. Bukan kerana rasa terbeban tapi kerana risau nasib anaknya tidak terbela. Andai dia yang pergi dulu siapa akan menjaga Amanah istimewa tu. Ibu ni ada satu perasaan yang sentiasa rasa orang lain takkan mampu jaga anak dia sebaik dia jaga.. lebih2 lagi yang istimewa. Sebab dia lebih rela menanggung sedih meratap pemergian dari terfikir apa nasib anaknya bila dia dah tak ada.

Kasihnya Ibu.. membawa ke syurga

Menjadi seorang ibu.. Sayang kepada seorang anak tu kadang2 hanya terbayang anak dia takde depan mata dia lagi pun dia boleh menangis macam mati anak. Tu baru terbayang apatah lagi benda yang di bayangkan tu benar2 jadi kenyataan. Bila dok tengok update gambar2 sekitar upacara istiadat pemakaman Almarhum Tunku Jalil anakanda sultan Johor.. Melihat gambar Sultan Johor kesat airmata aku terus terbayang ibu yang melahir & membesarkannya. 10 kali ganda rasa tu ibu rasa. Sebab aku percaya beliau juga harap anak beliau kembali sembuh & hidup dengan sihat. Tapi.. Janji Allah tu pasti. Anak yang pernah membesar dalam rahimnya.. Di lahirkan dengan risiko nyawa hujung rambut.. & terpaksa menyaksikan bagaimana anak yang di tatang bagai minyak yang penuh, pernah ketawa,tersenyum & menangis depan matanya menjadi sekujur jenazah yang akan hilang dari pandangan mata. Melihat anugerah yang di pinjamkan kembali kepada pemiliknya. Dan terpaksa melihat kesan2 tinggalan seseorang yang pernah wujud dalam hidupnya. Sesungguhnya.. Amat berat untuk di lalui sesiapa sahaja. Tak mudah untuk membiasakan diri tanpa orang yang pernah kita sayang. Ya Allah.. Kuatkanlah hati2 mereka yang di Uji dengan kehilangan anak ni. Aku sendiri pun rasa sebak dah... Ok nangis jab!

Gambar Yang paling Menyentuh Hati sekitar upacara pengebumian Almarhum Tunku Abdul Jalil. Kasihnya Ayah.. tiada sanggup berpisah.

Sayangnya seorang ibu kadang2 terlalu takut anaknya hilang... Dan kadang2 dia harap anaknya pergi dulu bila dia merasakan anaknya tidak selamat bila dia tiada disisi. Sayang seorang ibu kadang2 tak terjangkau akal kita memikirkannya. Yang masih ada ibu & seorang ibu.. Sejauh mana anda sayangkan mereka jom uji kat sini >> Sejauh Mana Anda Menyanyangi <<

Moral of the story.. Ibu & ayah hanya datang & pergi sekali dalam hidup. SEKALI. Pemberian yang hanya sekali tu.. hargailah sebaik mungkin

INI GOLONGAN YANG BAKAL ANTI JOHOR

INI GOLONGAN YANG BAKAL ANTI JOHOR. Johor dah kuatkuasa pengharaman penjualan Vape bermula Januari 2016. Khabar khabar angin jugak katanya Johor akan haramkan rokok, judi, arak & pelacuran.. erk.. sebelum ni aktiviti pelacuran sah ke kat Malaysia ni?? hahahaha.. tanya je sebab selama ni yang aku tahu aktiviti pelacuran memang tak pernah di iktiraf sebagai perniagaan yang sah di Malaysia. jadi memang dah sedia haram sejak dulu lagi kot... Wah memang salute Sultan Johor. Bukan takat hensem, tegas & seorang pemimpin yang berani. tetiba rasa nak mengaku jadi orang johor pulak. hahahaha...


tak lama lagi vapor, kaki minum, kaki judi & perokok tegar mungkin banned Johor dari menjadi salah satu negeri untuk di lawati sebab tak ada jual benda2 yang menjadi favorite depa dah. Benda2 ni semua melibatkan ketagihan yang mustahil boleh di hilangkan dalam masa sehari. Kalau perokok ni nak skip sehari rokok pun susah apatah lagi berhari hari. Mungkin jugak peniaga2 atau pengedar semua produk tu akan mula berhijrah ke negeri negeri yang masih menghalalkan penjualannya. yelah.. dah tak boleh meniaga secara sah la kalau di haramkan. Kalau meniaga di kira macam salah satu aktiviti penyeludupan ke Johor jugak la kan.

Tak lama lagi Vape akan menerima nasib macam ni >> Katanya Makmal Untuk Produk Ni Sama Level Dengan Reban Ayam << Di aibkan secara besar besaran tanpa belas kasihan. Kalau yang buruk, yang kotor, yang bahaya dia je la. Padahal spesis dia yang ber title sikit macam bagus jer. Hahahahaha

Apapun yang baik kita sokong la kan.. Yang buruk kita tegah. Haramkan Vape tu bagi aku tak jadi masalah besar dari kenaikkan harga tambang erl, pengangkutan awam, minyak, barang keperluan harian. Yang tu mungkin rasa macam nak cubit2 je Pak Jib.. Dugaan tersebar untuk Malaysia sepanjang pemerintahannya.

PENDUDUK TAMAN DAHLIA PASIR GUDANG AMBIL MINYAK MASAK DALAM LONGKANG

Nak buat apa la depa dok kutip minyak masak yang tumpah dalam longkang tu. Takkan nak buat masak pulak. Mak Aii.. geli tekak. Boleh morning sickness aku kalau ada yang buat masak minyak yang tumpah dalam longkang tu.


Bukan soal kaya ke miskin tapi soal benda tu dah kotor & tercemar. Di kutip lagi buat apa. Tak tak tau depa nak guna untuk tujuan lain bukan memasak. Jangan yang dok kutip minyak dalam longkang tu buat masak untuk jual kat bazar ramadhan sudah. Kesian orang yang beli makanan... teraniaya. Makan makanan di masak dengan minyak yang tumpah dalam longkang.

Sumber Harian Metro

Macam tu la rakyat Malaysia.. Asal kemalangan melibatkan kenderaan yang bawa barang tak kira la makanan ke hapa mesti ada tukang kutip bawak balik rumah. Nak cakap pasal halal haram memang aku bukan orang selayaknya tapi kalau bukan milik kita, kita ambil kemudian bagi anak bini suami makan... Pi la tanya ustaz ke ustazah. Kang aku tolong jawab di gelar "setazah mee segera" pulak. hahahaha

Moral of the story... Jangan jadi manusia selekeh sangat kecuali darurat. Benda kotor tu memudaratkan kesihatan. Jangan nak save budget terpaksa keluar lagi banyak budget bila sakit.

KISAH BANGLO TIBA TIBA GHAIB TAMAN RINTING JOHOR

Nampak malam minggu ni segmen seram serik lekat lekit masih belum insaf katanya. Bersiaran macam biasa. selagi ada masa tersisa kat rumah selagi tu blog puaka ni terus berupdate, Insya Allah dengan izin Allah.

Untuk malam ni segmen seram serik lekat lekit nak share satu kisah tentang banglo yang katanya ghaib sebab kesilapan penghuni rumah tu melakukan perkara yang melanggar perjanjian manusia & alam ghaib. Tapi cerita dia banyak versi. Takpe la kita cerita step by step yer.. Korang pun baca je la dengan hati yang terbuka jangan terluka yer.

Alkisah versi pertama
Banglo ni di katakan ghaib sebab mengamalkan ilmu untuk jadi kaya & dapat duit yang banyak tapi bila dapat duit berkoyan2 di habiskan di jalan yang salah iatu berjudi. Perjanjian dia duit tu tak boleh di gunakan untuk buat perkara haram. Sebab dah langgar perjanjian ghaib maka banglo tu di ghaibkan dengan penghuni2 dia sekali. Wallahualam la penghuni banglo tu hidup ke atau dah jadi warga bunian..

Versi kedua
Katanya pemilik banglo tu makan harta anak yatim. Hidup bermewah dengan harta anak yatim..

versi ketiga
Versi ketiga ni kategori komedi seram minta kaki berkaki kaki gamaknya... Katanya ada sami budha nak test power ilmu dia try ghaibkan banglo tu. Agak2 la kan banglo tu ghaib pasal sami budha tu. Yang buat cerita ni maybe tak pernah rasa di lempang dengan tapak kaki kot hahahahaa

Tu versi cerita yang kononnya sebab banglo tu ghaib. Katanya selepas beberapa bulan banglo tu ghaib Ada cerita lain katanya geng paranormal kot nak buat research kat tapak banglo yang memang tinggal lantai marmar jer. Yang lelain ghaib katanya. Tapi 2 hari sebelum depa ni pergi ke tempat 3 daripadanya dapat mimpi yang sama. Mimpi tu depa nampak satu lorong yang panjang di hujung ada satu gate besar macam gate rumah banglo. Sepanjang jalan lorong tu ada orang yang berselubung melambai2 seolah menyambut kedatangan mereka. Tapi ada seorang di antara mereka dapat mimpi lain sikit.. Dia di datangi seorang orang tua yang pakai pakaian serba putih nasihatkan supaya mereka tak pergi ke tapak rumah banglo tu. Maka depa deicide tak jadi pergi.

Banglo tu masih menjadi misteri.. sebab kalau di katakan banglo tu banglo tak siap.. lantainya ada. Siap marmar lagi. Menurut cerita tak sahih..banglo ni katanya hilang pada sekitar tahun 2003 @ 2004. Katanya banglo tu di beli oleh seorang India menggunakan duit anak yatim yang didermakan oleh orang ramai. Banglo tu tiba tiba hilang masa proses penyerahan kunci rumah. Tapi semua tu versi mulut ke mulut yang pasti banglo ghaib di taman rinting johor masih misteri hingga kini. Tak de siapa tahu misteri kehilangannya.

bumbung yang berwarna merah tu, ianya terletak di belakang tapak banglo yang hilang.

Moral of the story... Awas! Jangan makan harta anak yatim kalau taknak rumah korang tinggal lantai jer. Peace Yo!

Sumber : Oh Seram

BUAT MEREKA YANG SETIAP TAHUN HADAPI BANJIR MARI TIRU MAKCIK NI

Dari pemerhatian & pembacaan.. apa yang den nampak banjir tahun ni & kali ni sangat teruk berbanding2 banjir2 tahun2 sebelumnya. Tempat2 yang tak pernah banjir tu turut terlibat dalam banjir. Lebih menyentuh perasaan bila ramai yang update bantuan lewat di hantar, tak cukup & anak2 kecik menangis kelaparan sebab terputus bekalan makanan. Ada yang update tidur atas lantai tak berselimut atau berbantal. Hope hari ni & malam ni bekalan makanan & pakaian selimut bantal pampers susu mencukupi sebab sukarelawan2 mula memulakan tugas mengumpul derma & bakal di hantar kepada mangsa banjir secepat mungkin.

Ada di kalangan blogger yang terlibat dalam musibah banjir macam lyafrina, semoga tabah & sabar. Rumah lya memang total lost.. tenggelam terus.

Lya ada Update kat blog dia SINI

Semoga mereka terus bertabah dengan Ujian Allah ini

Dalam dok cari & baca berita2 terkini pasal banjir ni terjumpa pulak kat Sinar Harian kisah seorang ibu tunggal yang rumah dia selalu banjir & selalu kerugian harta benda akibat banjir. Sebab selalu sangat banjir maka makcik ni dapat idea untuk buat rumah rakit untuk kegunaan masa banjir bagi menyelamatkan harta benda dia. Bagus idea makcik ni untuk di guna pakai mereka2 yang memang tiap2 tahun akan menghadapi banjir.

Sumber Sinar Harian

So, pada mereka yang tak mampu bina sekaligus rumah rakit dalam 1 masa boleh buat sikit2 sementara nak tunggu musim tengkujuh tiba. Kalau ikutkan kos setiap tahun harta benda rosak & hilang.. rasanya rumah rakit macam makcik ni buat dengan kos RM4000 lebih berbaloi. Kenapa tidak korang yang tinggal di kawasan berisiko atau memang akan banjir setiap tahun pun buat macam makcik ni buat kan?? Bagi den sangat berbaloi


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

TERKINI! DAH JUMPA BUDAK HILANG TAPI BUKAN DI VILLA NABILA

Pagi ni dah mula baca 2 3 status kat FB berkaitan budak yang hilang di Villa Nabila Johor tu. Berita gembira katanya sorang budak yang hilang tu dah di temui tapi yang tak bestnya bukan di kawasan Villa Nabila yang di kaitkan dengan berbagai kisah misteri & seram selama ni.

Katanya budak tu ada sedang bersembunyi kat rumah kawan dia. Motif dia buat macam tu tak di kenalpasti. Kena tunggu laopran berita yang lebih rasmi la kot. Berita ni pun cuma den baca kat blog & fb . Sejauh mana kebenaran den sendiri tak dapat pastikan cuma den share kan info terkini ni sebab nak kaitkan dengan satu kisah misteri yang pernah berlaku tak lama dulu.


Sumber fuh.my

Kalau korang ikuti blog melekit ni dari dulu lagi mesti korang ingat kisah anak dara bernama Siti Balqis dari kuala terengganu yang mengemparkan rakyat Malaysia dengan kisah misteri dia selalu hilang di tengah malam.. bila orang jumpa dia mesti kat kawasan pelik2.. macam kubur hutan bagai. Yang best.. ramai bomoh datang kononnya nak menghulurkan bantuan bagi meleraikan kemisterian yang berlaku. Ada bomoh cakap.. banyak jin di samping dia la.. ada bomoh ngaku tangkap jin tu letak dalam botol.. macam2 lagi bomoh2 yang merawat dia tu membuat spekualasi yang semuanya berkaitan dengan jin.

Last cerita budak Siti Balqis dia hilang lagi & kononnya di larikan jin ke gunung jerai kedah sana nu.. Jauh sungguh jin bawak di jalan2. Alih2.. misteri kisah siti balqis ni takde bomoh dapat selesaikan tapi polis jugak yang berjaya menyelesaikan. Hasil siasatan polis dapati dia pergi ke rumah seorang kakak angkat katanya di kedah dengan menaiki bas sebab polis jumpa tiket bas dalam beg dia.. sebelum2 ni dia yang di katakan selalu hilang lewat malam.. ada jiran pernah nampak dia keluar rumah & ada kereta yang tunggu dia. Yang pelik sepanjang dia hilang dia sempat bawak hp tu.. boleh mesej mak dia bagitau dia kat kubur la.. hutan la..

Bila dengar budak yang katanya hilang di Villa Nabila tapi di jumpai di rumah kawan dia.. memang kisah siti Balqis ni la yang terus den ingat. Sama la macam budak tu.. menyusahkan orang. Tapi kisah Siti Balqis lebih dahsyat sebab dia mampu mengarang cerita misteri untuk cover salah dia suka keluar lewat malam. Kau pernah terfikir macam dia?? hahahahaha

Kisah2 siti balqis di blog melekit ni korang boleh baca kat sini - JIN BURUK SIKU - JIN KENA FITNAHKISAH SEBENAR SITI BALQIS & JIN.. -DIA SEORANG PELAKON, PENULIS SKRIP, PENGARAH JUGA PENERBIT KISAH MISTERI -

Apapun.. kewujudan jin & makhluk ghaib/makhluk halus ni dalam Al-Quran pun ada menyebutnya & kita kena percaya tapi kepercayaan kita tu jangan la sampai termelakukan amalan2 khurafat & syirik. Tak payah dok buat kerja takde pekdah nak cari hantu bagai.. Biar dia dengan dunianya selagi dia tak ganggu kita. Takpayah nak cari yang susah nak nampak dengan mata kasar.. hantu2 yang boleh nampak dengan mata pun berlambak kat dalam dunia ni. Macam pesen & macam2 jenis.. tak puas lagi ke tengok. Nak jugak cari yang malu2 nak tunjuk rupa tu.

Update terkini
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.
"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.

"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.-Sumber harian metro -

Dah guna alasan lupa jalan balik rumah pulak. Tadi kata jumpa umah gepren. aduhai.. penuh misteri sungguh

YANG HILANG DALAM VILLA NABILA TU BUKAN 23 ORANG TAPI...

Kalau cerita dari mulut ke mulut memang setiap orang akan tambah satu ayat.. Dari hilang sorang tapi kecoh sampai 23 orang hilang dalam villa Nabila kat Johor yang tengah hot orang cerita kat FB sekarang. Mula2 aku just baca je... Lagipun sebelum ni pun dah selalu dok baca cerita mistik & seram pasal Villa Nabila ni.. tak mustahil kot kehilangan tu ada sebab2 mistik yang tak boleh di rungkai dengan sains & teknologi.

Baca punya baca last jumpa artikel dari Akhbar harian metro online..

Johor Bahru: Polis Johor menafikan dakwaan kehilangan 23 remaja yang dikatakan memasuki sebuah kawasan villa tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.
 "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa telah memasuki kawasan villa tinggal berkenaan.
"Bagaimanapun, unit anjing pengesan dan pihak bomba yang melakukan siasatan di kawasan villa itu sejurus menerima laporan, tidak menemui remaja terbabit," katanya.

LOKASI di mana seorang remaja dilapor hilang setelah memasuki rumah tinggal yang dikenali sebagai rumah Nabila. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali -Sumber Harian Metro

Memang la kewujudan makhluk ghaib ni dalam Islam pun ada menyebutnya & kita kena percaya tapi yang kita tak boleh percaya sangat adalah penyebaran di laman sosial. Yang hilang sorang tapi cerita yang tersebar konon sampai 23 orang. Punya la nak bagi suspend & misteri juga seramnya kisah tu perisa yang di tambah melebih2 pulak.
Takpe la kisah tu tak mengaibkan sapa2 sebab Villa Nabila pun dah takde manusia mengaku sebagai pemilik.. Kalau ada pemilik tak ke berisiko orang yang sebar tu kena keluar berita minta maaf macam kes Restoran Vanggei haritu. Sebab share status orang je tak pasal2 kena minta maaf.

Apapun.. berhati hati la nak share sesuatu berita @ info.. Pastikan apa yang kita nak share tu ada bukti yang mengaitkan info @ berita tu. Kalau tak.. percayalah walau kita hanya tukang share bukan pencetus atau pereka cerita @ berita tu.. tak mustahil kalau sebarang tindakkan di ambil, kita pun turut sama terlibat.

**Macam2 versi kisah seram Villa Nabila ni antara kisahnya...

Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang. -Nak tau lebih banyak versi kisah seram Villa Nabila baca la kat SINI -

clik untuk baca -->> TERKINI! DAH JUMPA BUDAK HILANG TAPI BUKAN DI VILLA NABILA

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com