KECAM ORANG KEMATIAN ANAK, KAU PANDAI SANGAT KE JAGA ANAK?
Bab kecam bebudak tu aku maybe boleh accept sebab memang terang terang bebudak tu salah. Salah satu kesalahan paling ketara jam 2 - 3 pagi masih dok merayap berbasikal atas jalan. Tu salah satu kesalahan dari pihak bebudak tu.. Tapi kita sedia maklum kesalahan ni bukan dari hanya satu pihak.. Bagi aku semua pihak ada salah masing - masing. Sebelum kejadian tu berlaku katanya memang dah selalu budak2 basikal dok merempit main basikal kat jalan tu. Orang awam yang tegur pun di hanjingkan balik. Lumrah budak2 yang tengah dok explore dunia. Baru kenal kebebasan.. Umur - umur macam tu dia memang rasa macam besar sangat dah. Tapi sebelum ni mungkin tiada tindakkan membenteras aktiviti mereka time2 malam macam tu sebab tu berlaku apa yang berlaku. Bila dah berlaku baru la nak kuatkuasa undang undang bagai.. Standard la tu la kan.. Sebab tu kadang2 Allah menegur manusia dengan cara yang menyedihkan sebab lagi tak tertusuk sembilu ke sudut hati yang paling dalam lagi tu manusia ni tak alert atau tak ambil kisah.
Walaupun semua pihak ada bahagian salah masing masing.. Tapi contohilah PDRM basikal yang salahkan sebab dah di modified katanya hahahahaha #Sarcasm. Ok.. ok.. serius balik. Sapapun salah tapi please jadi manusia yang ada perikemanusiaan sikit nak2 lagi yang ada anak2 tengah membesar tu. Belum tentu anak2 kita tak terjebak dengan perkara macam tu. Sekarang ni kadang2 bukan sebab salah didikan sangat tapi pengaruh sekeliling sangat2 mendorong seorang remaja tu terikut ikut benda yang tak baik. Bagi la ruang sikit untuk mereka2 yang baru kehilangan seorang anak.. Pergi dengan mengejut macam tu hangpa ingat simply mak bapak depa nak boleh move on.. Ambil masa juga ok nak terima kenyataan. Di tambah pulak hangpa dok kecam.. Please la wei! Rasa kesian sikit. Takkan sampai mak bapak bebudak tu jadi gila & bunuh diri baru hangpa puas hati.
Yang terbaik Jadikan trajedi tu sebagai peringatan untuk kita semua. Ingat hari ni jadi kat anak orang.. esok lusa mungkin jadi kat kita sapa tahu. Takkan nak tunggu anak kita mati dulu baru kita nak faham rasa seorang ibu bapa tu bila kematian anak.. Baru nak harap orang lain akan faham perasaan kita? Jangan masa tu kau baru nak menyesal.. memang tak berguna lagi.
Moral of the story.. Kat sini aku bukan nak backup mana2 pihak cuma aku harap kita sebagai hakim2 di facebook berperikemanusiaan sikit terhadap mereka2 yang di uji dengan kehilangan anak dalam sekelip mata macam tu. Tak payah bajet macam kau pandai sangat didik anak la sangat.
jadikan pengajaran dan pedoman tuk kita semua....
ReplyDeleteBila berlaku sesuatu ada jer nak kecam itu ini kan?
ReplyDeleteambil pengajaran. bukan tuduh orang utk buat pengajaran. manusia
ReplyDeleteaku bukan nak kecam, tapi mak-bapak diaorang tak RETI JAGA anak. aku tak kata aku bagus, tapi pada usia bebudak aku duduk kat rumah. Kenapa aku boleh, BEBUDAK tu tak boleh, Ha sila jawab! diaorang tak respect kat mak bapak. Tak sayang kat mak bapak. Aku cuma melangkah keluar dari rumah selepas SPM, belajar lagi dan bekerja. Itu pun tak reti juga nak lepak tak tentu arah jam 3.00 pagi.
ReplyDelete