Showing posts with label kutuk. Show all posts

NAK JIMAT TAK PERLU MAKAN TEPI JALAN, BOLEH JE MAKAN KFC

NAK JIMAT TAK PERLU MAKAN TEPI JALAN, BOLEH JE MAKAN KFC. Sejak semalam kecoh isu pasal aliff aziz & alif syukri.. Yang Aliff Aziz sebab di katakan mengasari bini yang tengah dalam pantang, Si Dato Aliff Syukri di katakan memalukan orang malaysia ketika melancong di Zurich Switzerland  bila dia merakam & upload video makan atas tar tepi jalan bila katanya dia cuba menumpang meja dia sebuah restoran tapi di halau.


Kata Dato Aliff Syukri kos untuk makan kat sana mahal.. Jadi dia ambil langkah penjimatan dengan tapau je makanan yang di masak kat rumah. Bagus Dato aliff even bergelar jutawan masih mengamalkan langkah berjimat cermat. Tu sebab dia kaya raya sampai jadi jutawan. Berbanding kita ni baru kaya sikit dah rasa boleh beli segalanya.. Tu belum jadi jutawan. Kalau dah jadi jutawan tak tahu la tahap bongkak tu level mana. hehehehe.. Jadi contohi la Aliff Syukri yang berjimat cermat yer..

Cuma tak perlu la makan macam gelandangan sangat even kat negara orang pun. Ramai yang berpendapat dia tak sepatutnya tunjuk imej selekeh macam tu kat negara orang. Banyak tempat yang lebih baik & sesuai untuk duduk bersantai & makan.. Tak semestinya dalam restoran. Boleh makan kat padang macam berpiknik. Sebab kat sana katanya biasa jer orang bawa bekal makanan ni. Banyak tempat di sediakan untuk makan selain dari restoran. Hope Dato Aliff.. jadikan pengajaran. Berjimat tu dah bagus cuma cara je salah.

Nak berjimat ni macam macam cara boleh buat. Berjimat tak semestinya sampai tak boleh makan sedap sedap & kat tempat yang lebih selesa, ye dak.. Sapa kata nak jimat kena makan nasi, kicap & telur goreng jer kat kaki lima je. Nak berjimat boleh jer makan KFC. Tak caya nak berjimat boleh makan kfc. Tak caya tengok ni >> Poket Nipis Lepas Raya? KFC Bucket Berbaloi Kan Ada! Pasti Sedap! << Satu family ok bukan makan sorang sorang. hehehehe.


Sebenarnya banyak cara penjimatan kita boleh buat. Tak perlu sampai nak merendahkan martabat kita di khalayak ramai kan. Lebih - lebih orang yang berpengaruh & di kenali. Apa yang mereka buat memang menjadi perhati sebab cerita & berita mereka ada 'Value'. So media memang akan highlight cerita tu.

Walaupun Aliff syukri ni selalu je kena kecam dengan tindakkan dia yang kadang kadang orang rasa annoying tapi saya agak respect dengan dia sebab dia tak menggunakan perkara tu untuk balas dendam dengan apa - apa tindakkan. Dia salah atau tak.. Dia rilex & terus buat apa yang dia rasa dia suka. Mungkin dia tahu bila di kenali dia akan jadi bahan media. Benda tu juga bagi publisiti kat dia. Yang antara sudut positif dia yang boleh di puji.

Moral of the story.. Bila jadi public figure ni apa yang nak di buat kena fikir banyak kali. jangan fikir persepsi positif je sebab pandangan orang tak sama seperti apa yang kita fikir. Peace Yo!

KECAM ORANG KEMATIAN ANAK, KAU PANDAI SANGAT KE JAGA ANAK?

KECAM ORANG KEMATIAN ANAK, KAU PANDAI SANGAT KE JAGA ANAK? Macam biasa la kadang2 ada isu aku lebih suka tunggu & lihat.. Tengok macam mana respond orang lain dulu terhadap sesuatu isu tu baru aku keluarkan pendapat aku pulak. Semua orang tahu kes kemalangan melibatkan sebuah kereta yang melanggar sekumpulan budak2 awal belasan tahun.. 8 daripadanya meninggal dunia. Ada la beberapa yang cedera & masih di rawat di hospital.


Bab kecam bebudak tu aku maybe boleh accept sebab memang terang terang bebudak tu salah. Salah satu kesalahan paling ketara jam 2 - 3 pagi masih dok merayap berbasikal atas jalan. Tu salah satu kesalahan dari pihak bebudak tu.. Tapi kita sedia maklum kesalahan ni bukan dari hanya satu pihak.. Bagi aku semua pihak ada salah masing - masing. Sebelum kejadian tu berlaku katanya memang dah selalu budak2 basikal dok merempit main basikal kat jalan tu. Orang awam yang tegur pun di hanjingkan balik. Lumrah budak2 yang tengah dok explore dunia. Baru kenal kebebasan.. Umur - umur macam tu dia memang rasa macam besar sangat dah. Tapi sebelum ni mungkin tiada tindakkan membenteras aktiviti mereka time2 malam macam tu sebab tu berlaku apa yang berlaku. Bila dah berlaku baru la nak kuatkuasa undang undang bagai.. Standard la tu la kan.. Sebab tu kadang2 Allah menegur manusia dengan cara yang menyedihkan sebab lagi tak tertusuk sembilu ke sudut hati yang paling dalam lagi tu manusia ni tak alert atau tak ambil kisah.

Bab tu settle.. Bagi aku semua pihak salah tak kira dari budak2 tu, ibubapa, pemandu, orang awam, pihak berkuasa semua. Takde sapa terkecuali.. semua aku sumbat dalam lokap kesalahan aku. Hahahaha... See aku lagi kejam ok! Tapi aku masih ada perikemanusiaan la dari mereka mereka yang dok kecam mak bapak budak2 tu. Konon tak reti jaga anak.. biar anak merayap tengah2 malam.. bila jadi benda2 macam tu menyusahkan orang lain bla.. bla.. bla.. bagai. Akibat dari kecaman hebat dari nitezen ni.. Sampai ada waris mangsa yang meninggal dunia tu tampil mohon hentikan kecaman & tuduhan. Bukan depa biar anak2 depa keluar merayap tapi kadang2 budak2 ni lagi di tegah lagi di buat. tak boleh keluar dengan keizinan.. dia keluar secara senyap2 di luar pengetahuan waris dia. Alah.. yang dok kecam tu pun aku yakin masa hangpa sebaya depa pun hangpa pernah buat benda2 macam tu. Mak Ayah tak bagi keluar.. kau seludup jugak keluar. Balik kang nak kena rembat secara maraton pun kau tak kisah janji boleh keluar ye dak?? So kalau hangpa tergolong spesis macam tu.. Layak ke hangpa nak kecam mak bapak orang?? Hangpa sendiri tau bukan semua sebab tidak di tegah atau di peduli mak bapak tapi sebab kedegilan seorang anak yang tak makan saman.


Walaupun semua pihak ada bahagian salah masing masing.. Tapi contohilah PDRM basikal yang salahkan sebab dah di modified katanya hahahahaha #Sarcasm. Ok.. ok.. serius balik. Sapapun salah tapi please jadi manusia yang ada perikemanusiaan sikit nak2 lagi yang ada anak2 tengah membesar tu. Belum tentu anak2 kita tak terjebak dengan perkara macam tu. Sekarang ni kadang2 bukan sebab salah didikan sangat tapi pengaruh sekeliling sangat2 mendorong seorang remaja tu terikut ikut benda yang tak baik. Bagi la ruang sikit untuk mereka2 yang baru kehilangan seorang anak.. Pergi dengan mengejut macam tu hangpa ingat simply mak bapak depa nak boleh move on.. Ambil masa juga ok nak terima kenyataan. Di tambah pulak hangpa dok kecam.. Please la wei! Rasa kesian sikit. Takkan sampai mak bapak bebudak tu jadi gila & bunuh diri baru hangpa puas hati.

Yang terbaik Jadikan trajedi tu sebagai peringatan untuk kita semua. Ingat hari ni jadi kat anak orang.. esok lusa mungkin jadi kat kita sapa tahu. Takkan nak tunggu anak kita mati dulu baru kita nak faham rasa seorang ibu bapa tu bila kematian anak.. Baru nak harap orang lain akan faham perasaan kita? Jangan masa tu kau baru nak menyesal.. memang tak berguna lagi.

Moral of the story.. Kat sini aku bukan nak backup mana2 pihak cuma aku harap kita sebagai hakim2 di facebook berperikemanusiaan sikit terhadap mereka2 yang di uji dengan kehilangan anak dalam sekelip mata macam tu. Tak payah bajet macam kau pandai sangat didik anak la sangat.

JADILAH ARTIS KAU BOLEH JUAL APA SAJA TERMASUK SAMPAH

JADILAH ARTIS KAU BOLEH JUAL APA SAJA TERMASUK SAMPAH. Baca tajuk entri pun dah mengambarkan lekatlekit akan melahar dalam entri ni. Selain kat blog, aku rajin jugak melazer kat facebook sebab tu ramai orang yang selalu benci tapi rindu dengan aku. Bukan apa melihat trend sekarang.. Kau rajin post kat media sosial caption bodoh2 pun kau boleh buat kompilasi kemudian cetak dalam bentuk buku & jual.. aku pun nak cuba nasib jugak compile semua kritikkan aku yang penuh news feed kat FB tu kemudian bukukan.. Mana tau boleh cari rezeki halal dengan jual buku macam tu pulak.hehehehe


Kau fikir kau siapa lekatlekit? Pelakon? Penyanyi? macam Fattah Amin tu.. op's!! hahahaha

Lepas Apis Amidon.. Kini giliran patah amin pulak keluarkan photobook yang konon2 buku motivasi la sangat. Dalam buku tu cuma koleksi post2 termasuk gambar2 selfie dia kemudian di terbitkan & di jual kepada semua kipas susah mampus Patah Amin. Bila orang kecam.. Katanya salah satu cara dia nak cari rezeki halal.. 

Yelah rezeki halal tapi kau tak rasa ke macam satu penganiayaan buat peminat kau yang beli buku ala2 photobook kau tu? Dah tu setiap muka surat cuma di ambil dari koleksi post2 kau kat media sosial. Kau tak rasa bersalah ke wahai Patah Amin?

Please la retis.. Jangan gunakan populariti kau untuk jual sampah. Ni pun salah satu bentuk penganiayaan jugak ok! Peminat ni kalau fanatik memang dia jadi bodoh sikit.. Even buku kau yang tak ada manafaat & faedah nak di baca pun mungkin dia akan beli sebab minat kau. Jangan klasifikasikan buku kau buku motivasi sangat la.. Kau tu berlakon pun macam kayu.. menyanyi pun sumbang mahram bagai..Cuma nasib kau baik ada rupa & sebab terlibat dalam bidang seni je. Kalau kau bukan retis.. Sapa nak baca buku kau tu. Buku yang hebat tak perlu penulisnya popular, Insya Allah pasti ada yang membaca. Tu baru namanya penulis. Cuba cermin diri kau tu 'Layak ke kau di panggil penulis sampai nak keluarkan buku bagai??' Jangan kau rasa kau artis kau boleh ambil kesempatan nak jual apa saja termasuk sampah. Aku yakin kalau orang lain buat buku macam ni pun patah amin takkan beli jugak. 

Tak tau la sapa cetuskan idea suruh dia keluarkan buku macam tu.. Patut orang yang cetuskan idea tu pun kena kecam secara berjemaah jugak. Tapi kalau memang idea dia sendiri.. Sedang elok la kau kena kecam macam sekarang walaupun dari kecaman tu kau boleh dapat publisiti free katanya. Tapi tetap kena kecam jugak hahahaha

Moral of the story.. Kepada peminat susah nak meninggal dunia patah Amin tu sebelum korang bazirkan duit beli photobook dia yang konon bermotivasi sangat tu, korang tergolong dalam golongan yang perlu buat benda ni >> Cara nak kesan setiap perbelanjaan Anda Untuk dapat Ganjaran Lebih besar << Bukan apa supaya korang sedar salah satu benda yang tak anda pekdah korang berbelanja adalah membeli buku patah amin hahahaha

p/s : Sebab tu orang sekarang semua berlumba lumba nak jadi retis.. sebab lepas jadi retis depa boleh jadi macam macam tak perlu belajar teruk - teruk termasuklah jadi penulis walaupun kau tak ada bakat menghasilkan karya berkualiti & hanya mampu hasilkan buku sampah penuh gambar muka sendiri hahahaha

TEGURAN PEDAS AMRAN FANS TERHADAP PELAKON RUHAINIES ISU TERLEBIH MESRA DENGAN ADIK LELAKI

TEGURAN PEDAS AMRAN FANS TERHADAP PELAKON RUHAINIES ISU TERLEBIH MESRA DENGAN ADIK LELAKI. Lama tak cerita pasal Meran ni kan.. Status2 dia pun jarang lalu lalang kat news feed. Maybe kurang hyperactive dah meran sekarang. Tapi Meran masih berbisa bila sekali sekala dia muncul. Terbaru teguran dia kepada pelakon muda Ruhainies yang sekarang ni kerap sangat dok upload video mesra dengan adik lelakinya. Aku pernah tertengok la video dia suruh adik dia dukung dia dalam pasaraya.. Tak nampak apa yang best & sweet... Nampak macam attention seeker je buat benda2 tu semua hahahaha


Terbaca komen berunsur teguran pedas dari Amran Fans berkaitan perkara tu.. Ini dia Komen Amran Fans...

Amran tak faham betul apa masaalah si Ruhainis ni.
Sejak dua menjak ni bukan main lagi dia upload video bermesra dengan adik lelaki dia..
Hari tu video adik lelaki dia dukung dia dalam pasar raya. Lepas tu video main cium-cium pipi dekat airport..
Kau ingat adik lelaki kau tu tak ada punai ke bangang?
Lepas tu ada pulak macai si Ruhainis ni kata, "kesiannya pemikiran kau. Bahaya orang macam kau ni kalau ada dalam family. Sebab dengan adik beradik sendiri pun kau bernafsu".
Wei macai. Tarbiah Jinsiah ni Nabi pun sebut lah. Tarbiah Jinsiah ni maksud dia pendidikan seksual. Walaupun darah daging, nak bermesra dengan adik beradik yang lain jantina tu pun kena ada batas. Sedangkan budak umur 10 tahun pun diwajibkan asing tempat tidur, so kau jangan nak kata title adik beradik tu adalah tiket untuk bergomol sesuka hati..
Dalam perkara ni mak bapak kena main peranan. Kita mungkin tak fikir benda-benda macam tu, sebab kita dah melepasi usia tersebut. Tapi bagi anak anak yang sedang meningkat remaja ni, naluri seksual mereka tu tengah berkembang pesat dan mencanak naik..
Tak kan nak tunggu dah jadi sumbang mahram baru kau nak sedar?
Pada macai artis, suka dekat artis pun jangan jadi bodo macam lembu. Artis makan tahi kau pun nak makan tahi ye tak..
Kepada Ruhainis, ubah lah perangai kau tu sikit. Kau tu bukan budak budak lagi. Bulu ketiak tu beratus kali dah cukur.

Walaupun bahasa teguran Amran Fans ni agak kasar tapi apa yang di sampaikan tu betul. Pergaulan antara adik beradik berlainan jantina ni pun ada batas nak2 lagi zaman sekarang ni.. Manusia semakin hilang kewarasan. Anak beranak pun boleh berlaku sumbang mahram inikan pulak adik beradik yang dah akil baligh. Memang perlu ada kemesraan antara adik beradik untuk menjaga silaturrahim tu cuma jangan melebihi batas. Kalau terlebih batasan dah tak jadi silaturrahim.. Jadi sila la abang rahim hehehehe

Salah satu video kemesraan Ruhainies & adik lelakinya. Dari ucapan Ruhainies pada adik lelaki dia.. kalau orang tau tau lelaki tu adik dia maybe jadi fitnah yang maha besar jugak. Jadi perbuatan macam ni sebagai selebriti tak perlu kot nak di tayang sangat

Aku ni membesar dengan 6 orang adik beradik perempuan.. So, tak tau la macam mana hidup dengan adanya adik beradik lelaki dalam rumah sampai la aku berkahwin. Dulu lelaki dalam rumah aku cuma arwah Ayah jer.. So, nak feel & react tu tak tau macam mana dengan adik beradik lelaki sebab tak ada pengalaman langsung. Lepas kahwin pun tak pernah tinggal dengan keluarga mertua. Sebab suami aku ada la sorang adik lelaki tu pun aku tak pernah mesra dengan dia. Jenis pendiam sikit adik ipar aku tu. Tapi bila tengok memang perbuatan Ruhainies tu memang rasa janggal. Rasa over sangat mesranya. hahahaha

Moral of the story.. Apapun nak bermesra ni biar berpada pada & tak semua perkara yang kita rasa tidak salah kita buat jadi tak salah di pandangan mata orang. Tak perlu la nak tunjuk2 sangat kemesraan tu sebab kadang2 kita yang menyebabkan timbulnya fitnah keatas diri kita sebab terlampau nak expose semua perkara kepada umum. Yang mana tak perlu.. simpan untuk kita kita saja.

P/S : Pelakon sekarang mutu lakonan tu tak seberapa.. kontroversi je lebih.

TERGAMAK KAKAK SEPUPU SEBAR DIARI SAUDARA SENDIRI DI MEDIA SOSIAL

TERGAMAK KAKAK SEPUPU SEBAR DIARI SAUDARA SENDIRI DI MEDIA SOSIAL. Diari ni dulu zaman sebelum wujudnya media sosial memang majoriti orang akan meluahkan perasaan dalam buku diari. Berbanding zaman sekarang manusia menulis diari di media sosial. Mungkin manusia zaman sekarang dah tak suka privacy kisah hidup atau luahan hati dia sebab tu dia boleh tulis terang terangan untuk orang lain baca. Tapi bagi orang yang masih inginkan privacy mungkin masih menulis diari sampai sekarang sebab dia nak tulis sekadar meluahkan rasa atau menyimpan memori untuk di baca masa akan datang. Kalau dulu diari tu siap ada mangga.. lepas tulis memang sorok takut ada yang terjumpa & baca. Punyalah tak nak orang tahu luahan hati kita.. Konsep macam tu pun kita dah paham.. Ia adalah satu perkara paling peribadi.

Aku dulu pun start tulis diari umur 12 tahun. Tapi aku pelik sikit.. Aku tulis diari dalam bentuk pantun. Selalunya bila aku sedih aku tulis la pantun airmata aku.. Lepas dah masuk sekolah menengah aku still ada buku diari yang berbentuk cerita & puisi.. Aku pernah karang satu diari untuk sahabat.. Sahabat yang sampai sekarang aku tak pernah lupa. Diari tu khas aku cerita pasal aku dengan dia jer.. Apa?? Ingat lekatlekit yang berpuaka ni tak pandai berpuitis ke?? Aku memang minat menulis sejak dari zaman sekolah lagi.. Cuma penulisan blog ni tak sama dengan penulisan aku di atas kertas. Aku pun pernah ada cita2 nak jadi penulis dulu.. Tapi start kenal blog terus berkarat otak nak mengarang cerpen apatah lagi nak cuba menulis novel. Dulu banyak jugak cerpen aku karang.. Pernah di siarkan di website karangkraf.

Tu kisah aku la.. Berbalik kisah ni seorang kakak sepupu yang biadap.. dah la dia curi baca diari adik sepupu dia yang aku rasa masih bersekolah rendah lepas tu dia snap & viralkan pulak tanpa fikir langsung perasaan budak tu. Kalau seorang budak dah pandai tulis diari bermakna dia mula rasa perlukan ruang peribadi untuk dia meluahkan perasaan. Maknanya apa yang dia nak luahkan tu adalah rahsia bila dia menulis dalam diari. Benda tu mungkin jadi satu aib pada dia jika orang lain tahu.. Bayangkan bukan kakak sepupu dia je baca diari dia.. Sampai blog gosip popular pun share pasal diari dia tu. Berapa ramai yang baca cerita yang selama ni mungkin menjadi rahsia dari pengetahuan orang lain.


Jangan ingat budak2 tak ada perasaan.. Jangan ingat dia budak dia tak tahu rasa malu. Jangan ingat dia masih budak.. Benda ni takkan menjadi sejarah hitam dalam hidup dia bila dia semakin meningkat remaja & dewasa. Jangan ingat bergurau macam tu tak bagi kesan emosi pada dia. Jangan ambil mudah soal perasaan orang lain nak2 lagi melibatkan rahsia seseorang. Walau dia adik sepupu kau.. Kau tetap tak ada hak nak ceroboh privacy dia kemudian sebarkan kepada orang lain. Jenis sedara macam ni memang jenis yang tak kisah untuk memalukan ahli keluarga sendiri. Boleh putus silaturrahim tau bergurau macam ni.

Kita pun tak suka orang baca diari kita apatah lagi sebarkan apa yang kita tulis dalam diari macam tu jugak dengan orang lain walau orang tu seorang budak. Orang baca mungkin rasa benda tu bukan masalah besar sangat, mungkin yang membaca tak rasa cerita dalam diari tu mengaibkan pemiliknya tapi orang yang jadi mangsa tu mungkin rasa benda tu akan buat dia malu & hilang keyakinan diri nak berhadapan dengan kawan - kawan & orang lain. Confirm ada adegan menyindir punya kalau sedara mara lain baca post kakak sepupu yang kurang ajar tu. Nak2 lagi dia ada tulis senarai ex-boyfriends dia yang aku yakin dia sendiri tak nak orang lain tahu lebih lebih lagi saudara mara dia.

Manusia sekarang ramai yang nak jadi terkenal kat media sosial maka berlaku benda benda macam ni sehingga sanggup memalukan saudara sendiri. Mohon mak bapak dia tahu apa yang dia buat pada sepupu dia & kena bantai sampai dia serik. Sakit pulak hati aku tau!! Yang tukang dok share pun terlibat sama jugak. Amboi kemain hangpa gelak sakan baca diari budak tu kan.. Cuba diari hangpa kena viral macam tu, rasa ada hati ke nak gelak lagi. Silap haribulan ada yang mati bunuh diri sebab tak tahan malu pada orang lain. Ingat bergurau jangan melampau.. Kalau melampau dah tak namanya gurau tapi minta penampau..

RAMAI BLOGGER TERKESAN DENGAN KRITIKAN ALIA HAYATI

RAMAI BLOGGER TERKESAN DENGAN KRITIKAN ALIA HAYATI. Kat wall aku tengok ada antara blogger yang mendapat jemputan menonton premier screening filem upin ipin jeng jeng jeng mula panas hati,panas jari,panas bontot bagai dengan kritikan salah seorang ibu yang mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Rasanya ramai tahu isu tu. Alah pasal dia kritik filem upin ipin jeng jeng jeng yang katanya tidak menepati citarasa kanak2 & menyifatkan filem tu macam sampah.


Dari awal aku dok baca respond dari news feed fb aku,kadang - kadang aku sampai tergelak. marah sangat depa bila orang kata filem yang depa war war kan best tu tak best & sampah. sampai mempertikai hak orang tu bagi komen sebab katanya dia dah 2 tahun tak tengok wayang jadi dia tak layak nak komen. 10 tahun sekali orang pergi tengok wayang pun,dia berhak memberi pendapat dari apa yang dia bayar untuk menonton. dia nak cakap best ke tak best ke itu hak dia. kenapa perlu pertikai hak dia hanya kerana dia tak tengok wayang selama 2 tahun.

Status yang menjadi viral tapi tadi aku check dia dah delete atau private status tu. Mungkin ramai yang serang dia kot. Kesian kan sapa yang tak boleh terima perbezaan pendapat ni. Lepas ni tengok filem tempatan wajib puji walau filem tahap jamban pun

lagi satu kenapa cuak sangat dengan kritikan Alia Hayati tu? kalau filem tu memang terbaik & mampu buat penonton terutama kanak kanak terhibur setakat kritikan Alia Hayati tu tak jejas pun penjualan tiket.malah sebab status dia tulis mungkin menjadi satu publisiti untuk filem tu. Tapi bila ramai tunjuk macam cuak, aku pun syak maybe betul la filem tu tak best. Aku pun ada niat nak bawa anak aku pergi tengok tapi biasa la minggu pertama di tayangkan mesti ramai orang tengok. Pengalaman sebelum ni nak tengok Boboiboy the movie 3 kali ke pawagam tiket habis. Sebab kami jenis mengamalkan 'walk in' malas nak book online. Sebab bagi kami.. lambat atau cepat tengok filem tu takde apa terjejas pun. Dah hujung2 tayangan nanti confirm dah tak ramai menonton. Lagi senang nak beli tiket. hehehe

Berbalik pada isu kritikan Alia haryati yang bukan sesiapa.. hanya seorang isteri & ibu kepada anak berusia 2 tahun.. Pun macam tu ramai yang cuak dengan kritikan dia terhadap filem upin ipin jeng jeng jeng terutama blogger yang dapat tiket free tengok premier screening tu la. Komen pada post dia pun ada yang bersetuju & tidak dengan pendapat dia.. Biasa la tu. Citarasa manusia berbeza.. ada yang rasa anak2 mereka enjoy & ada yang nampak reaksi anak mereka kurang terhibur dengan filem tu. Masing - masing memberi persepsi & pendapat sendiri.. Bagi aku normal la tu. Yang rasa best tak salah.. Yang rasa tak best pun tak salah. Tak perlu kot nak rasa marah bila filem yang kau dapat tiket free pergi menonton orang yang kena beli tiket cakap tak best.

Bukan soal support atau tak sesama blogger.. cuma aku rasa mentaliti blogger yang cepat melatah macam ni mengambarkan blogger tu jenis pemikiran bawah tempurung. Cuba positif sikit.. Sebab zaman sekarang kritikan juga boleh jadi satu publisiti pada sesuatu perkara tu sebab tu ada yang sanggup buat video konon kutuk produk dia jual semata mata nak viral untuk memperkenalkan produk tu. See.. kritikan tak semua membunuh ok!

Tak perlu risau karya atau produk yang bagus tak terkesan hanya dengan komen negatif seorang dua. Yang terbaik akan kekal terbaik & Insya Allah akan di iktiraf kehebatannya. Terima je perbezaan pendapat tu... Tak semestinya kau tonton best orang lain pun rasa best. Terima hakikat kau tak boleh paksa orang lain suka apa yang kau suka. Please la.. Aku faham blogger yang di jemput menonton tayangan perdana upin ipin jeng jeng jeng tu kerja depa menyampaikan informasi & mempromosikan filem tu. Tapi tak perlu terlalu taksub kot.. Biarlah orang yang rasa tak best nak bagi pendapat. Kau boleh bagi pendapat kau sendiri kenapa nak sekat orang lain bagi pendapat hanya kerana berbeza pendapat dengan kau, kan?

Moral of the story.. aku tau aku bakal di benci oleh segelintir blogger sebab entri ni tapi macam biasa la.. Aku akan menulis apa yang aku rasa betul. Takut rezeki berblog tak ada sebab kena boikot dengan blogger.. Ingatlah rezeki tu Allah yang bagi tak perlu takut sangat sesama manusia sampai kau takut untuk menyampaikan kebenaran. Peace Yo!

DRAMA ASTRO & ELLY MAZLIEN DI GEGAR VAGANZA 3 TERBONGKAR

DRAMA ASTRO & ELLY MAZLIEN DI GEGAR VAGANZA 3 TERBONGKAR. Serius aku memang tak pernah tonton rancangan gegar vaganza sebab aku tak langgan astro. Tapi sebagai pengamal media sosial & jugak seorang blogger memang kadang dok baca jugak isu2 pasal gegar vaganza ni. Isu Elly mazlien menarik diri di minggu keempat sebab tak tahan di kecam juri.. Lepas tu.. berbalas statement antara juri Ogy ahmad daud & elly mazlin yang di katakan suka berdrama atas pentas ni, Pastu meleret leret pulak isu  sampai farah fauzana pun kena jugak dengan elly mazlien sebab menjadikan isu elly mazlin sebagai jenaka dalam program dia mengacara. ... bla.. bla.. dot com dot my..


Tup tup terbaca kat berita harian Online kononnya Elly Mazlien tidak menolak berkemungkinan dia akan sertai balik Gegar Vaganza 3 jika di beri peluang melalui sistem imuniti penaja utama rancangan tu.. Tu pun drama Queen jugak tu. Almaklum la Dato Vida.. dia bukan kesah kena kecam, yang dia tahu 'Untung'. Tak mustahil apa yang berlaku dalam gegar vaganza yang melibatkan kontroversi elly mazlien & juri tu sekadar drama untuk meraih rating rancangan tu.

Mula2 beriya cakap takkan bertanding dah dalam rancangan tu tetiba sekarang rasa nak masuk balik kalau di beri peluang dengan alasan ramai yang harap dia masuk balik dalam rancangan tu.. Konon banyak hati perlu di jaga katanya. Walaupun dia tahu dengan keputusan tu dia bakal di kecam tapi... dia kata ok je kena kecam sebab sebelum ni pun dia memang dah kena kecam, kan?

Sumber Berita Harian

Soal prinsip kak Elly Mazlien Ooi.. Jangan orang kata lepas ludah kau jilat balik sampai licin. BIla jadi macam ni.. makin nampak kebenarannya kata2 kak Ogy Ahmad Daud.. suka berdrama meraih perhatian. Aku bukan hater elly mazlien malah aku pun kagum dengan kelembutan & wajah dia yang cantik sangat tu. Tapi aku jenis bukan peminat membabi buta. Apa aku nampak macam tak betul tetap aku takkan backing. Dalam isu ni serius aku nampak ia 'drama sangat' tau!!! Mungkin semua ni dah di rancang pihak astro.. siapa tahu kan?

Cemuih pulak aku terjebak dalam drama gegar vaganza 3 ni tau. Drama airmata, drama kutuk mengutuk.. Tak horror langsung macam drama budak2 sekolah ni buat masa camping. Gila kau berani nak mampu budak2 ni buat macam ni dalam hutan.boleh baca cerita & tengok video mereka kat sini >> Rasanya korang berani tak nak pergi camping malam-malam lepas tengok video seram ni?

Moral of story.. Apa nak pelik, dunia hiburan memang banyak drama. Tanpa drama memang tak wujud kontroversi untuk meraih populariti & rating yang tinggi. hehehehe ☺☺☺

UQASHA SENROSE RASA MUNAFIK & MEMPERMAINKAN AGAMA BILA BERTUDUNG PUNCA DIA KEMBALI FREE HAIR

UQASHA SENROSE RASA MUNAFIK & MEMPERMAINKAN AGAMA BILA BERTUDUNG PUNCA DIA KEMBALI FREE HAIR. Uqasha sensore dah memilih berpenampilan bertudung sejak tiga tahun lalu sekarang mengumumkan dirinya tidak lagi bertudung katanya. Rela di kecam nitezen dengan keputusan yang di ambil sebab dia dah tak sanggup nak hidup dalam kepura puraan. Alang2 biar kena kecam sekali lepas tu orang dah lupa isu tu ye dak. Jadi dengan pengumuman tu lepas ni orang dah tak boleh pertikai kalau nampak dia atau gambar dia free hair sebab dia dah bukan retis yang berhijab katanya.


Katanya dulu dia memilih bertudung sebab masa tu dia kecewa, keliru & selepas putus cinta. Dia rasa mungkin berubah imej kepada bertudung dapat beri ketenangan kepadanya tapi rupanya tidak. Sebab ramai mempertikai penampilan Muslimah tu dengan perangai dia yang tak menampilkan ciri ciri muslimah jadi dia ambil keputusan untuk tidak lagi bertudung sebab katanya dia rasa macam orang munafik & mempermainkan agama bila dia bertudung tapi perangai dia tak berapa bertudung katanya.

Keputusan yang dia buat memang tak ada sapa2 boleh halang.. Dia pun katanya bersedia menerima kecaman & tak nak di bayangi lagi dengan kisah bertudung dalam hidup dia. Nak cakap lebih2 pun aku sendiri pun tak berapa layak. Apapun kita doakan yang terbaik je la kat Uqasha... Mungkin hidayah belum betul2 meresap dalam hati buat Iman dia masih terumbang ambing. Macam aku pun sama jugak.. Iman sinipis kulit bawang.. Masih perlu belajar untuk mantaplan iman di dada sehingga mampu buat perubahan besar dalam diri & istiqomah melakukannya.

Sumber Rotikaya

Moral of the story.. Tepuk dada tanya iman memasing je la kalau nak buat apapun. Apapun Uqasha masih cantik masa bertudung dulu... cuma mungkin dia rasa gaya hidup dia tak sesuai dengan imej bertudung kot dia memilih untuk kembali free hair.

DRAMA KAHWIN MUDA, KISAH BUDAK LEPAS SPM GATAL NAK KAHWIN

DRAMA KAHWIN MUDA, KISAH BUDAK LEPAS SPM GATAL NAK KAHWIN. Aku happy sikit sebab stesen tv3 sekarang dah banyak tayang drama2 tempatan berbanding dulu asyik cerita dari seberang je. Sampai naik muak nak buka TV. Bagus mengutamakan produk tempatan sebab siapa lagi nak tayang drama melayu kalau bukan stesen TV kat Malaysia. Stesen TV luar tak pandang pun drama melayu. Sebabnya.. sendiri mau ingat la kan..


Tapi yang bestnya bila yang banyak tu drama tak ada motif & tak ada kualiti. Drama bosan2 je melambak berbanding drama best best. Drama yang buat orang nak mengkritik je dari memuji. Contoh macam drama pukul 7 Sayangku Kapetn Mukhriz tu. Drama tak ada motif, tak ada moral of the story, tak menampilkan realiti sebenar kehidupan golongan bekerjaya seperti Doktor & anggota tentera. Memang la drama tapi jangan la nampak membohong sangat kan.

Sekarang ni tengah di tayangkan Drama Kahwin Muda pukul 6.30 petang di TV3. Mengisahkan pasangan yang bercinta dari zaman kanak kanak hingga remaja yang merancang untuk kahwin selepas SPM. Dah tak menyempat sangat dah nak tunggu besar sikit katanya. Gatal nak kahwin jugak lepas SPM. hehehe. Setakat ni baru episod depa baru habis SPM & dok plan macam mana nak realisasikan impian depa nak kahwin tu sebab kedua belah keluarga memang tak setuju. Tengok satu dua episod pun rasa macam macam tak berapa menepati citarasa aku je nak follow.. Mungkin faktor usia kot dah tak boleh terima drama2 ringan macam ni. Dia nak kena tengok cerita2 berat, penuh suspend, aksi, seram,ganas, menakutkan bagai hehehe.

Hero & heroin dalam drama ni memang dari jenis pelakon yang bukan taste aku memberatkan lagi diri ini nak follow drama tu. Mungkin remaja2 baru akil baligh enjoy la kot tengok. Cuma jangan jadi ikutan sudah. Bukan kata kahwin muda tu tak bagus.. Tapi kalau tak cukup ilmu di dada jangan mencuba nak jadi laki atau bini orang dalam usia yang muda. Takut tak habis zaman remaja kau dah dapat title duda & janda.. Nak lebih trajidis masa tu dah keluar sorang pewaris yang kena kau bela. Kalau dua2 ada tanggungjawab ok la.. Takut sebab tak berapa matang.. anak hidup tunggang langgang.

Apapun aku tak nak judge atau komen apa2.. Sebab drama ni baru 3 episod di tayangkan. Kot2 pertengahan cerita dia tetiba jadi best ke sapa tahu. Biasa la.. drama atau filem kekadang starting tu bosan tapi pertengahan cerita dia persepsi orang menonton mungkin akan berubah. Tapi tak jamin la aku follow.. sebab aku kalau drama2 macam tu kadang2 aku  pasang je TV.. tengok tu 5 - 10 minit pun tak sampai. hahaha. Almaklum la aku ni kadang memang high demand dalam memilih cerita yang aku nak tonton. Best bagi orang kadang2 masih tak best bagi aku. Taste korang tak tau la macam mana kan.

Moral of the story.. Walaupun pepatah mat saleh kata dont judget the book by its cover tapi drama2 melayu sekarang kadang2 boleh teka jalan cerita dari tajuk. Sebab semua agak tipikal cerita dia. heheehe

ANTARA BLOG YANG SUKA KECAM ORANG

ANTARA BLOG YANG SUKA KECAM ORANG. Tu dia... Kritik ke puji ke tak tau la kan. Katanya blog lekatlekit.com ni blog yang banyak tulis entri kecam orang sana sini. Dengar statement macam tu aku terbayang yang blog aku ni sangat bahaya. Seolah2 mengambarkan sesiapa sahaja di kecam dalam blog lekatlekit.com akan jadi viral di mana hidup mereka akan berubah 360 darjah. Mereka takkan berani lagi keluar rumah. Hidup mereka akan di selubungi ketakutan. hahahaha


Melampau sangat la kan imaginasi aku hanya kerana satu statement seseorang yang katanya dulu suka baca blog lekatlekit ni tapi sekarang dah tak suka sebab banyak kecam sana sini. Zaman blog lekatlekitgurl.blogspot.com memang aku akui.. entri2 aku banyak mengupas kupis & kopek dengan rakus & kejam isu2 semasa, dunia hiburan atau apa2 yang berlaku di media sosial. Memang aku tulis tanpa belas kasihan. Konsep aku sapa makan cili dia terasa pedas, kalau aku tak point sebiji2 nama atau muka sesapa. Kalau aku point seseorang tu maka tuju kat dia je la tapi selalu aku guna konsep mengecam secara umum. Orang kata kecam tapi sebenarnya menegur secara outspoken apa yang aku rasa tak patut berlaku.

Yup.. masa tu memang aku umpama sang singa yang sentiasa mencari mangsa je. Jangan dok bagi aku nampak benda pelik & jelik mesti aku kupas,kupis & kopek dengan lantang kat blog sampai ada yang rasa nak menangis bawah bantal. Tu dulu la... Zaman lekatlekit.com sekarang ni kelantangan tu rasanya makin kurang even tak hilang. Mustahil manusia mampu berubah secara drastik. Entri2 blog aku sekarang leih kepada review produk,cerita seram, isu semasa tu still ada, resepi & entri2 dari special 8share yang aku rasa best nak share kat blog. Sebab banyak sangat isu jadi aku tak tumpu pada konsep mengecam orang sangat la. Yelah.. aku kecam orang nampak yang orang kecam aku sapapun tak peduli. Kesian kan... Padahal aku ni antara manusia yang memang menjadi bahan kecaman orang cuma orang2 mengecam ni depa jenis buat cara sorok2. tup tup dengar je orang bagitau sipolan tu kemain mengumpat aku, kemain hasut orang suruh benci aku, kemain kutuk aku. Yang tu lagi bahaya. Macam virus.. tetiba mati je tak tau punca. Tapi macam biasa... sikit pun aku rasa tak mengugat kebahagian rumahtangga aku. Jadi telan & hadam biar dia jadi taik.. lepas tu buang kau akan rasa lega sangat. hahahaha

Orang nampak aku jahat sebab sikap aku yang suka bagi pandangan yang tak ada unsur2 kipas susah mati. Kau kawan ke lawan ke.. Kalau aku tak setuju samada aku tak join perbincangan dengan kau atau aku komen ikut apa yang aku rasa betul. Bukan aku kata aku sentiasa betul.. Maksudnya aku bagi pandangan mengikut apa yang aku setuju je. Kalau pandangan kau aku rasa tak setuju.. maka aku cakap tak setuju la. Nak suruh aku jadi hipokrit sangat kau dah kenapa? Kalau kau harap aku kawan dengan kau aku perlu setuju semua cara & pendapat kau la. Kirim salam tepi tepi je la.. Mimpi la kau harap aku akan puji kau sampai langit ke 7 setiap masa.

Cuma bezanya sekarang.. mungkin faktor usia semakin emas ni & faktor komitmen yang semakin bertambah. Banyak perkara yang aku nak kena fokus terutama anak aku yang masih perlu lebih perhatian dalam segala bab.. Maybe sebab tu kot aku semakin tak ada masa nak ikuti banyak sangat isu yang berlaku melibatkan manusia lain di media sosial. So mempengaruhi la penulisan aku di blog. Sebab konsep aku menulis apa yang aku tahu & suka. Apa yang kita suka ni boleh berubah sebab hati manusia ni hati yang boleh berubah. Tak mustahil dari blogger tetiba berubah jadi atlik sukan macam depa ni >> Inilah Atlit wanita Yang Ramai Orang Ingin Tengok Mereka Beraksi di Suka Olimpik 2016. Boleh tahan lawa jugak la << Jadi apa nak pelik tetiba nampak blog lekatlekit.com ni dulu kemain lancang kuning dia menulis sekarang dah jadi blog ala2 mak mak yang gilakan kecantikkan & masakan gitu. Padahal benda tu bukan baru sekarang aku suka.. Jadi tak mustahil kalau tetiba lepas ni Blog lekatlekit.com jadi blog sukan pulak, kan? Minat aku menulis ni boleh berubah bila2 masa jer... So kalau tetiba aku jadi blogger pengulas sukan pun aku rasa tak mustahil. hahahaha

Entri popular kat blog aku pun banyak pasal skincare. Bermakna orang baca blog aku bukan semata mata nak tengok sapa mangsa kecaman aku yang seterusnya la. Orang nak tahu jugak pasal produk kecantikan selain cerita seram. So sesapa rasa nak guna khidmat aku untuk review produk, meh email lekatlekitgurl@yahoo.com atau nak letak iklan dalam bentuk banner pun boleh

Aku cuma manusia.. Yang mungkin berubah bersama masa. Aku cuma manusia yang mustahil sempurna. Aku cuma manusia yang ada keinginan untuk jadi yang baik, terbaik & paling baik.. Cuma manusia ni kadang2 susah nak control nafsu jadi kesempurnaan sebagai manusia tu bukan senang untuk di miliki. Yang penting kita ada niat & usaha kearah itu, Insya Allah.. Allah akan sedia memberi kita petunjuk & hidayah.

P/S : Maaf ni bukan entri drama airmata bagai.. Entri sekadar bercerita.Kalau orang lain boleh cerita pasal diri dia kat blog kenapa tetiba aku tak boleh & nampak annoying kan? Apa ingat dalam hati aku tak ada taman ke? hahahaha

PANAS! VIRAL GADIS GEMPAL KUTUK PRODUK PELANSING BADAN ORANG MELAYU

PANAS! VIRAL GADIS GEMPAL KUTUK PRODUK PELANSING BADAN ORANG MELAYU. Tengah dok jadi viral seorang gadis comel berbadan besar yang memuat naik satu video yang katanya dia tak puas hati dengan satu produk slimming melayu ni. Siap buat laporan polis. Mungkin sebab dia rasa tertipu dengan produk tu. Ok la.. tu hak dia. Kalau dia rasa tertipu dia berhak buat laporan polis & biar polis je siasat samada berasas atau tak tuduhan yang dia buat tu.


Yang tu aku tak salahkan dia. Tapi bila tengok video tu sampai habis. Dengar setiap bait kata kata dia yang dok kondem produk melayu rasa nak tergelak pulak. Dia kata sebelum ni dia tak pernah cuba produk melayu. Tapi bila dia cuba satu produk melayu ni dia rasa tertipu. Normally katanya krim pelansing ni panas bagi tujuan membakar lemak tapi krim yang dia beli katanya tak panas langsung. Bila dia tanya pada pengedar tu, pengedar tu kata memang krim tu tak panas so dia mempertikai kalau tak panas macam mana nak bakar lemak kat badan dia. Yang tu takpe memang hak dia untuk bertanya & yang menjual mesti ada penjelasan macam mana krim tu berfungsi untuk membakar lemak berlebihan pada pengguna. Memang hak dia untuk bertanya & mendapat kepastian. So yang jual produk kena tahu.. Tak tahu jangan jual produk.

Antara komen yang di terima kat post Video dia di FB. Rata2 memang kritikan. Tak nampak pun yang menyokong.

Tapi bila dia judge semua produk melayu memang tak bagus tu.. Aku tertanya tanya jugak. Selama ni dia dah try ke produk bukan melayu? Kalau dah berkesan ke? Aku tengok dalam video still gemuk je..  Tak tau la mungkin sebelum ni dia lagi gemuk & lepas guna produk bukan melayu tu badan dia kecik sikit macam size dalam video tu walaupun masih kategori gemuk. Kalau produk yang bukan melayu tu berkesan untuk dia kenapa tak teruskan? Kenapa masih gemuk? Ke dia baru try satu produk slimming dah blame produk melayu tak bagus bagai. Padahal tak pernah try pun apa apa produk slimming tak kira produk melayu atau bukan melayu? Ke macam tu??

aku pun join sekali jugak. hahaha

Katanya mampu nak pergi slimming center yang harga 10K bagai cuma saja nak try produk melayu yang murah2 ni.. Cakap boleh tahan berlagak jugak. Walaupun mampu still kau tak pergi. Kalau nak kata kau tak kisah badan gempal.. Bila kau cuba produk slimming tu nampak la kau sebenarnya teringin jugak nak kurus. Orang cakap besar ni kadang2 yang besar cuma cakap je. Tapi dia ni bukan badan je besar, cakap pun besar. Ada dua besar dia kat situ.

Pada adik itu yang akak syak orang melayu jugak ni.. Biasa la produk ni bukan berkesan untuk semua orang. Penerimaan setiap produk pada badan seseorang kadang2 tak sama. Produk yang adik beli tu akak sendiri pun tak pernah try sebab akak tak memerlukan slimming produk buat masa ni. Memang ada produk kurang berkesan secara drastik. Perlu consistent guna di susuli dengan jaga pemakanan & kena rajin bersenam. Kalau rasa bersenam tu macam tak best sangat meh try cara ni pulak >> 8 Perkara Yang Menyihatkan & Boleh Langsingkan Badan yang anda boleh buat dengan pasangan. Dah try buat ke dengan pasangan anda? << Kalau hanya boleh kurus dengan produk tu hati hati la yer.. kadang2 ia racun yang bukan je boleh buat adik langsing malah boleh buat adik macam tengkorak hidup seterusnya berhijrah ke alam barzah. Tak salah adik nak nyatakan perasaan tak puas hati tu cuma nyatakan secara bijak. Kalau luahkan perasaan secara kurang bijak tak pasal pasal dapat malu balik.

Moral of the story... hati hati la wei. Zaman viral ni sesapa je boleh di aibkan nak2 lagi golongan yang jenis nak buat apa tak fikir guna otak tapi guna kepala lutut.

UMPAMA SATU DOSA PEREMPUAN TAK CANTIK KAHWIN DENGAN LELAKI KACAK

UMPAMA SATU DOSA PEREMPUAN TAK CANTIK KAHWIN DENGAN LELAKI KACAK. Kecoh la bini seorang pelakon baru yang kacak terpacak di kutuk haters kaw kaw punya di account instagram pemilik pelakon tersebut. Mungkin dari pandangan mata & nafsu manusia biasa rupa bini pelakon tu bukan kategori wanita cantik tapi yang lelaki tu memang la agak kacak. Maka ramai retis2 berdemo kat post tu cuba mempertahankan isteri kepada pelakon tersebut yang di hina tanpa ada salah kat orang yang menghina dia.

Pelakon kacak bersama si Isteri yang menjadi kutukan haters.

Bagi aku kutuk fizikal & rupa orang ini agak melampau. Sebab semua tu kurniaan Allah yang kita tak boleh tulis & lukis macam mana nak jadi. Kau boleh lukis muka kau macam mana kau nak? Kalau manusia boleh lukis sendiri wajah dia.. aku rasa ramai yang tak nampak rupa macam manusia. Sekarang ni pun ramai dah mula ubah wajah mereka melalui pembedahan & suntikkan botox bagai.. bayangkan lah kalau kita di beri kuasa menentukan macam mana rupa yang kita nak bila kita di lahirkan. haru biru unggu kelabu jadinya rupa bentuk manusia ni.

Agak biadap bila orang menghina rupa seseorang seolah2 jadi macam satu dosa besar perempuan kurang cantik berkahwin dengan lelaki kacak. Dalam ramai2 dok hina dia tu confirm bukan semua cantik & hensem2 pun tapi kutuk orang macam tak pernah tengok rupa sendiri dalam cermin. Hello.. cantik pada pandangan mata setiap orang tak sama, ok! Kau ingat semua orang pandang rupa che ta tu lawa ke even majoriti kata dia lawa. Ada jugak orang nampak dia hodoh tapi takde la nak luahkan pandangan macam tu secara umum.

Kalau perangai buruk aku accept la kutuk pun. Perangai tu bukan lahir secara semulajadi tapi di bentuk oleh seseorang atau diri sendiri. Tapi kalau rupa yang takde sentuhan pembedahan plastik atau suntikan botox tak ada siapa berhak menghina. Itulah secantik cantik ciptaan Allah walau pada pandangan & nafsu manusia tak cantik. Sekurang kurangnya dia bersyukur & tidak mengubah apa yang Allah bagi kat dia. Nak kutuk pi kutuk retis yang botox sampai senget dagu & pipi bagai. Supaya depa rasa malu & insaf sikit. hehehehe

Yang kutuk tu kita anggap dia jeles je la.. Almaklum la perempuan yang rupa biasa biasa mampu menawan hati lelaki kacak. Mungkin ada kelebihan dia yang tak ada pada perempuan berwajah cantik yang lukis kening tebal macam borders tu. Mungkin dia seorang perempuan rajin tak biar gobok jadi sarang tikus. Ada perempuan muka je cantik tapi malas hanger & lipat baju. Sebab bab mengemas baju bajan ni memang ramai perempuan sangat malas nak buat. Ramai perempuan lebih suka membeli baju bajan tapi malas mengemas & selalu mengalami almari sesak.. jadi elok la tengok ni >> Kurangkan kesesakkan Dalam Almari Anda. Jom tengok macam mana nak buat dengan mudah << Siapa tahu kelebihan tu pun mampu menawah hati lelaki kacak. Kita tak tahu antara ramai perempuan cantik, kenapa seseorang lelaki memilih perempuan yang tidak menyerlah dari segi paras rupa. Tapi yang pasti perempuan tu tetap ada keistimewaan dia tersendiri.

Moral of the story.. Muka lawa pun mati esok dalam kubur jadi makanan ulat jugak.Takde muka lawa dalam kubur kau dapat 1 set meja solek lengkap dengan kosmetik mahal. Jadi tak payah nak hina rupa orang sangat kalau muka sendiri pun sebenarnya bukan elok mana cuma dok perasan cantik je. hehehe

FB PAGE KISAH RUMAHTANGGA TEMPAT MENGAIBKAN SUAMI

FB PAGE KISAH RUMAHTANGGA TEMPAT MENGAIBKAN SUAMI. Baru2 ni aku ada follow satu page kisah rumahtangga. Dah nama pun kisah rumahtangga... kisah2 kat dalam tu memang berkisahkan kehidupan rumahtangga yang majoriti rumahtangga bermasalah. Yang paling aktif berkongsi masalah adalah kaum wanita la berbanding lelaki.. aku kurang nampak lelaki ada join berkongsi masalah dengan isteri. Mungkin kaum lelaki bergelar suami ni memang tak pernah ada rasa masalah dengan bini dia ke hapa tak tau la hahahhaa...


Aku rasa yang follow page ni pun dari berbagai peringkat umur. Tu dari penilaian kasar aku dari gaya bahasa, short form di gunakan dalam komen atau cerita yang di kongsikan. Macam2 kisah aku dok baca majoriti dari dari kaum wanita.. Memang kebanyakkan wanita spesis tak boleh simpan apa2 dalam hati. Tak kira masalah kecik atau besar dia tetap nak kena share. Mungkin cara tu buat dia lebih tenang & rasa bebanan perasaan tu sedikit ringan la kot. Yang betul2 ada masalah perlukan pandangan tu aku accept la.. Mungkin cara tu boleh membantu. Ni yang sebenarnya bukan masalah tapi saja nak luahkan perasaan untuk cari masalah tu yang aku tak paham. Ada satu post aku baca kat Page Rumahtangga. Dia cuma Nak cerita tak puas hati dengan bini skandal dia pun nak minta admin page tu share. Just nak maki hamun je pun. Nak menghina & merendah2 kemampuan si isteri pada boyfriend dia. Bukan dia nak minta pendapat apapun. Admin page tu pun aku rasa macam lari dari konsep sebenar page tu. Lebih kepada nak rating. Luahan hati macam tu  sememangnya akan dapat share & respond walau hanya untuk mengherdik tindakkan sipolan yang kurang bijak dok buat luahan perasaan tak puas hati dengan bini boyfriend dia bagai.. Sebab memang benda tu kategori luahan berani mati kena pijak.

Rasanya post2 macam ni tak perlu nak share untuk di perbincangankan di page tu. Sebab memang tak jadi perbincangan yang jadi kepincangan je. Semua pakat dok maki hamun.

Rasanya setiap post melalui penapisan melalui admin.. Kenapa post budak2 bodoh macam tu tetap admin nak share jugak??? Tak boleh ke ignore je post2 macam tu sebab dia bukan nakkan pandangan sesiapa atau apa2.. Just nak cipta kontroversi. Admin page tu memang suka kontroversi kot.. Yelah.. nak jual nama page supaya orang lebih kenal kan... Banyak lagi masalah orang lain yang boleh admin share bagi membantu mereka yang memerlukan dari layan post2 bodoh macam tu.

Ni Bukti setiap post di tapi oleh admin sebelum di post tapi kenapa post2 takde manafaat pun di kongsi. Asalkan cerita dia hot & spicy macam kisah seorang gadis yang tengah bercinta dengan suami orang tu. Bukan masalah tapi cari masalah. Post tu terang2 minta kena maki & post tu juga membuka ruang untuk orang rasa naik angin. Rasanya tak perlu admin nak share post2 macam tu. Tak bawa manafaat. Nak bagi teladan apa dengan kisah2 macam tu..

Satu lagi aku ada terbaca satu post yang berpendapat page ni membuka ruang & peluang wanita mengaibkan suami sebab memang yang banyak bercerita adalah wanita berbanding lelaki. Kenapa mengaibkan sedangkan post2 kat situ bukan orang tahu siapa pun.. sebab yang komen tu ada jugak dok cerita pasal masalah rumahtangga dia.  Orang boleh detect dari account dia. Jadi hati2.. Ramai yang rajin baca komen2 ok! So, berhati hati la kita nak kongsi apapun.. Ramai mata melihat & membaca. Rahsia rumahtangga patut menjadi rahsia dari orang yang tak sepatutnya. Jangan tak boleh suami kau buat silap sikit semua kau nak cerita kat orang padahal bila kau buat silap takde pulak suami kau sibuk2 nak tulis kat FB.. Kita sama2 manusia, dah tentu ada kurang & lebih. Manusia itu takkan pernah sempurna. Kalau betul2 ada masalah salurkan pada tempat yang betul & lebih selamat menyimpan aib di samping boleh membantu mencari jalan penyelesaian terbaik.


Bila ada kemudahan.. manusia akan memandang mudah terhadap semua perkara termasuk rahsia rumahtangga dia akan rasa bukan satu isu besar nak di kongsi dengan sesiapapun. Asalkan hati dia puas.. dia dah tak fikir, dia mungkin menulis ketika hati dia sedang marah sangat tapi bila hati dia dah sejuk & terpujuk dengan pasangan dia.. Dia akan lupa segala gala yang dia marah tadi tapi orang lain yang baca luahan hati dia mungkin tak lupa. Persepsi orang cuma ada 2 jer.. samada melihat dia sebagai isteri yang tak pandai menjaga nama & maruah suami atau anggap suami dia seorang suami yang teruk. Kita marah laki.. masa marah memang rasa dia la seburuk2 manusia tapi bila habis marah dia la sebaik baik laki yang ada dalam dunia tapi bila kita terlajak tulis kat media sosial.. penerimaan orang takkan berubah mengikut mood kita. So, renung renungkan. Fikir dulu sebelum menekan keyboard.

Moral of the story.. kalau rasa tak nak dapat pasangan yang menyakitkan hati sangat dari awal sila siasat dulu perangai sebenar lelaki yang bakal jadi jodoh tu. Memang la masa bercinta semua nampak baik sebab semua nak cover depan pasangan tapi ada benda lelaki tak boleh nak cover perangai sebenar & korang boleh detect perangai sebenar mereka. Nak tau macam mana nak detect perangai sebenar lelaki meh baca kat sini >> Confirm perangai Sebenar lelaki akan terbongkar kalau Hadapi Situasi Macam ni << Jadi dari situ korang boleh buat penilaian secara kasar layak atau tak dia jadi laki korang. Jangan lepas kawen korang pun tergolong dalam spesis yang suka mengaibkan suami sebab terlampau sakit hati dengan perangai laki sendiri. hehehehe

HEROIN CINTA SI WEDDING PLANNER PERLU BELAJAR BERLAKON

HEROIN CINTA SI WEDDING PLANNER PERLU BELAJAR BERLAKON. Bila sempat aku tengok jugak la drama ni. Macam2 drama2 yang sebelum ni semuanya aku tak pernah tak skip kalau tengok. Ikut mood je.. Rasa nak tengok aku tengok. Hari ni tertengok la jugak drama cinta si wedding planner. Hero dia aku tau Adi Putra tapi heroin dia yang comel tu tak sure pulak dia nama apa. Pelakon baru rasanya.. Tapi macam pernah nampak muka dia dalam drama tv. Takpe la habis aku taip entri ni nanti aku google nama dia. hehehe


Hari ni episod rahsia lama terbongkar. Rupanya lelaki yang di sangka sepupu dengan heroin drama tu adalah adik beradik kandung. Kisahnya.. Mak bapak depa ni pernah terlanjur masa sebelum kawen, dah mengandung baru kahwin. Lepas kawen anak tu di serahkan pada kakak dia yang dah lama kahwin tapi tak ada anak. Tapi mak bapak sedara depa ni tak pernah bagitau bahawa lelaki yang di sangka sepupu tu abang depa sebab bin pun di bin kan dengan nama bapak sedara. Bila yang lelaki mula menyuarakan hasrat nak kahwin dengan heroin drama ni.. Barulah rahsia ni terbongkar.

Maka bermulalah babak babak sedih.. Tapi heroin drama ni gamaknya muka dia sedih ke suka ke statik macam tu je. Takde perbezaan langsung, takut muka comot ke hapa nak menangis hehehee... Dah la babak sedih jangankan air mata, air muka pun tak nampak sedih langsung. Memang spoil la babak2 sedih kalau orang yang berlakon muka tak ada perasaan macam tu. Penonton lebih suka tengok muka pelakon cantik berubah jadi hodoh hanya kerana berjaya melakonkan babak sedih sampai menusuk ke dalam hati orang yang menonton dari menonton muka pelakon yang cantik tapi tak ada feel bawak watak.

Yelah.. pelakon baru. Kang aku kritik lebih2 satgi ada pulak orang lain tumpang terasa. Satgi mai la komen.. walaupun macam tu dia sangat cantik.. dia sangat low profile.. dia sangat ramah.. Dia pelakon baru.. lama2 nanti pandai la bla bla yang takde kena mengena dengan isu yang aku tulis. Dia sangat apapun kalau dia sangat tak pandai berlakon pun takde fungsi jugak sebab pelakon mesti pandai berlakon bukan hanya pandai baca skrip tak kira la drama pertama ke drama keseratus ke, kan?

Sebab tu la kadang2 ada orang memang tak layan drama atau filem melayu ni.. Sebab dalam karya melayu ni majoriti lebih mengutamakan muka lawa dari yang berbakat. Cerita yang best pun boleh jadi spoil bila pelakon gagal bawa watak dengan baik. Jangan suruh aku jadi pelakon pulak bila aku cakap macam ni.. Tak semestinya kita nak bagi pendapat apa yang kita tonton kita perlu terlibat dalam bidang tu. Kalau macam tu sebelum jual tiket wayang kena minta sijil dulu la.. Kalau ada sijil dalam bidang seni lakon baru boleh tonton, ye dak.

seseorang yang betul2 berbakat tak perlu tunggu berlakon berpuluh2 drama dulu untuk dia improve tapi pelakon yang baik drama pertama pun kita boleh nampak talent dia walau mungkin tak sehebat pelakon senior.. Arwah Yasmin Ahmad dulu banyak mengetengahkan muka2 baru dalam filem dia tapi pelakon baru yang dia pilih memang tak ada yang tak boleh berlakon walau rupa mungkin tak berapa sangat. Barang baik la katakan.. Memang tak perlu nak modified banyak banyak sebab dalam diri dia memang dah banyak kelebihan.. contoh macam barang baik punya ni >> Inilah Barang Baik Punya Yang Sangat Berguna Bila Pergi Bercuti << Barang baik memang selalu menyenangkan dari menyusahkan katanya. Boleh berfungsi ikut keadaan.

Moral of the story.. Kritik bukan bermakna benci atau anti. Ni cuma pendapat aku je. Kalau best aku cakap la best. Ada je drama melayu yang aku puji sampai ke langit ke tujuh macam drama Teman lelaki Upahan, Tentang Dhia & ada lagi beberapa drama yang pernah jadi favorite aku. Tu buktinya aku bukan anti drama melayu cuma drama melayu sekarang susah nak jumpa yang betul2 best, ada originaliti atau betul2 guna khidmat pelakon yang boleh berlakon. Sekarang trend adaptasi novel yang jalan cerita dia sangat tipikal & membosankan.

TAK SUKA KEPIMPINAN NAJIB HARUS KUTUK RAMBUT ROSMAH

TAK SUKA KEPIMPINAN NAJIB HARUS KUTUK RAMBUT ROSMAH. Aku bukan jenis taksub.. Bila aku tak suka sesuatu tentang perangai seseorang memang aku jarang pukul rata semua. Macam orang dok Troll datin seri rosmah, isteri kepada Perdana Menteri malaysia Dato Seri Najib pasal fizikal dia.. pasal rambut dia. Aku memang tak sokong benda2 macam tu tapi tak bermakna aku sokong & Undi Najib Tun Razak. Aku pun tak suka cara dia handle negara.. Semuanya membebankan tapi apa kena mengena dengan rambut Rosmah. Perlu ke aku kutuk rambut rosmah sebab aku benci laki dia??


Macam tu jugak Dato Vida.. Aku memang serius meluat tengok perangai dia bila depan camera kat TV.. Semua orang tahu dia over acting tapi tak semestinya aku meluat perangai gedik dia sebab aku dengki dengan kejayaan dia mampu menjadi jutawan kosmetik & produk kecantikan & kesihatan sampai semua perkara dia buat aku nak kutuk sampai nak troll muka dia sama macam puteri pasir berdengung dalam filem Laksamana Doremi. Apa yang aku tak suka bukan rupa dia.. Tapi cara & penampilan dia yang agak over.

Pelik kadang2 bila aku kritik certain perkara yang aku rasa dia over mesti ada orang akan cakap aku dengki sebab dia kaya. Walaupun aku bukan orang kaya.. serius sikit pun aku tak rasa dengki pun dengan dia. Aku pun tak suka kadang2 iklan terlajak Laris Dato Aliff Syukri yang over & nampak low class tapi aku masih jadikan dia inspirasi sebab kejayaan dia. Dia pun kadang2 over tapi ada perkara aku masih suka tentang dia. Tapi kalau bab iklan produk dia memang kebanyakkan aku tak taste sangat la.

Aku bukan seorang yang taksub.. Kalau tak suka orang tu sampai rumput depan rumah dia pun aku benci. Aku bukan spesis manusia macam tu.. Mungkin aku jenis outspoken tentang apa yang aku tak suka atau tak setuju tapi tak bermakna aku akak membenci apa saja datang dari sesuatu atau seseorang yang aku tak suka.

Walaupun seseorang tu banyak melakukan perkara kebajikan tak bermakna segala apa yang dia buat menjadi betul & halal. Yang salah takkan jadi betul hanya kerana kononnya dia seorang dermawan. Jangan memuliakan perkara salah hanya kerana seseorang tu ada melakukan perkara yang baik dalam pada masa yang sama sebab yang salah takkan jadi betul. Dengan cara tu kita hanya lebih merosakkan dari memperbetulkan.

Bila dah masuk level selebriti ni memang semua pekara jadi nilaian orang. Nak2 lagi pengasas produk sekarang semua glemer. Dah glemer memang ada positif & negatif nak2 lagi yang jenis gila glemer. Bila masuk dunia hiburan ni tak kira siapapun artis ke pengasas produk ke memang apa saja tentang mereka orang akan perkatakan. Tak kira benda yang tak kena mengena dengan profession dia pun.. Jadi kalau dah tahu diri popular, rasa tak nak kena kecam, jaga la perangai depan camera yer. Aku tak suka sangat nak kutuk rupa & fizikal orang sebab kita pun bukan sempurna mana. Tapi kalau perangai yang Annoying sangat memang sebagai manusia terkata jugak sepatah dua kata. Habis asyik dok muncul depan mata.

Moral of the story.. Aku tak anti sesiapa cuma kalau apa aku tak suka aku cakap jer. hehehehe

SELFIE BERLATAR BELAKANG KEBAKARAN HOTEL MALAM TAHUN BARU

SELFIE BERLATAR BELAKANG KEBAKARAN HOTEL MALAM TAHUN BARU. Hari ni dah masuk 1 januari 2016.. Jangan ada yang tersasul tulis tarikh 2015 lagi yer. Normally awal2 tahun macam ni ramai la dok tersasul tulis tarikh.. yelah.. benda baru tak berapa melekat di hati lagi. Sementara nak terima hakikat bahawa dah masuk 2016 ni.. Tapi tahun baru di dubai mungkin menjadi sejarah buruk pada sebuah hotel mewah sebab terbakar.


Yang terbakar tu.. terbakar la. Yang dok berselfie ala2 pengantin baru lepas ijabkabul berlatar belakangkan hotel yang terbakar dengan caption macam sengaja membakar hati orang memang la tempah bala. Macam kejadian tu rancangan komedi pulak dia buat. Zaman media sosial ni kena jaga sensitiviti orang lain sebab makhluk alam maya ni semua berhati lembut mudah simpati & tersentuh katanya.. Kau buat status kurang ajar sikit confirm ramai yang akan macam kena histeria mengecam anda sehingga ke urat saraf paling halus.


Tapi memang agak biadap la zaman selfie ni.. Mereka lebih utamakan ambil gambar dari mendahulukan bantuan. Macam kebakaran besar macam ni mustahil kita orang awam boleh bantu sangat tapi kalau tak boleh tolong.. Minta tolong jangan mempersendakan. Ia mungkin melibatkan nyawa makhluk lain bukan yang terbakar tu bangunan kosong tak berpenghuni.


Jangan terlalu biadap sangat mentertawakan orang lain di timpa musibah.. sampai satu saat kalau Allah nak uji kita dengan musibah jangan nak tacing sampai tembus ke jantung bila orang pulak mempersendakan kita bila berlaku kecelakaan.

Moral of the story.. Dah suka selfie tu ambil la gambar elok2 ni sikit. Ni gambar pun blur.. Mesti dia tak tau teknik & trick ambil gambar yang cantik macam kualiti DSLR guna smartphone. Elok tengok kat sini macam mana nak ambil gambar dari smartphone tapi dapat kualiti yang macam DSLR >> Tip & Trick Ambil Gambar Secantik DSLR Guna Smartphone <<

BILA ARTIS SENTAP ANAK DI KATAKAN TAK SECOMEL ANAK ARTIS LAIN

BILA ARTIS SENTAP ANAK DI KATAKAN TAK SECOMEL ANAK ARTIS LAIN. kalau tak suami dia sentap pasal komen orang tentang anak depa, mesti bini dia. Kiranya pasangan suami isteri retis ni sejak ada anak tak habis2 dengan isu sentap pasal anak. Dah tau kau tu selebriti terkenal yang memang jenis tak tahan nak baca orang kutuk atau bandingkan anak kau dengan anak retis lain yang katanya lebih comel dari anak kau tak payah la nak tayang sangat anak kau kat media sosial.


 Sebab tu la Lisa Surihani & Yusri taknak membesarkan anak mereka sebagai selebriti macam dua pasangan retis ni buat. Yang sorang tu ok la.. Tak banyak sangat isu pasal anak dia. yelah.. anak dia comel macam anak mat saleh. yang sorang lagi ni dari dulu sampai sekarang tak habis2 isu pasal anak. Minta orang kesiankan anak depa.. padahal depa sebagai mak bapak nampak macam tak kesiankan anak sendiri je. Depa yang menjerumuskan anak depa dalam dunia yang akan menjadi penialian pada pandangan mata orang lain. Rasanya bukan sehari dua pasangan laki bini ni jadi retis kot.. takkan tak tau. Bila seseorang tu jadi public fugure memang akan terima dua benda ni. Tak pujian mesti kejian. So, bila anak depa pun depa public kan..  Memang akan terima benda yang sama walaupun masih budak kecik yang tak tahu apa apa.

Jangan harap semua manusia ni ada perikemanusiaan.. kalau semua manusia ada perikemanusiaan mesti tak ada kes penderaan. Sebab manusia ni ada macam2 jenis warna hati dia.. So, hangpa sebagai mak bapak la patut bijak buat pilihan untuk anak yang memang tak mampu nak buat keputusan sendiri lagi. Bila orang compare anak retis si nun lagi comel dari anak depa minta peminat jangan taksub bagai.

Aku pun tak suka spesis yang suka cari pasal dengan budak kecik yang tak reti apa2 ni.. Tapi tetap la apa yang berlaku pada pasangan retis yang manjang sentap pasal anak ni adalah salah depa sendiri. Depa yang tak kesiankan kat anak sendiri.. Guna anak untuk meraihkan populariti & publisiti. Bila anak jadi mangsa kutukan baru nak rasa betapa pedihnya hati.

Bagi aku kalau retis yang sayang & kesiankan anak.. Depa akan pilih cara yusri & lisa surihani. Orang kutuk anak.. rasa sakit sampai tembus ke tulang belakang beb! Aku pun tak boleh orang dok mengata anak aku bukan bukan.. seabad pun aku ingat. Tapi sebab aku bukan retis sapa nak peduli sangat pasal anak aku kan.. Lagipun aku tak berapa expose anak sangat kat media sosial. Ada tu ada la aku upload gambar dia.. tapi cerita anak aku bukan bahan utama untuk aku tulis kat blog walaupun aku bukan retis. Kalau aku tulis pun.. anak aku mustahil jadi se popular anak2 retis tu.. hehehe.

Moral of the story pada retis yang manjang sentap pasal komen orang kat anak depa tu.. hangpa patut rasa kesian kat anak hangpa dulu sebelum harap orang luar untuk simpati. Kalau kesian sila buat benda yang sepatutnya.. Kalau dah apa yang di buat sekarang lebih memberi keburukkan pada budak kecik yang tak berdosa walau sebesar zarah tu maka sila la fikirkan semula.



SELALU KENA SINDIR & EJEK SEBAB MAK FASIH CAKAP TAMIL

SELALU KENA SINDIR & EJEK SEBAB MAK FASIH CAKAP TAMIL. Aku dah pernah cerita mak aku seorang perempuan Melayu yang takde darah campuran india ke apa tapi sangat fasih berbahasa tamil. Memang ada kawan india aku dulu cakap macam aku cakap bahasa tamil fluent giler beb! Aku memang la tak tau mak aku fluent ke tidak sebab aku memang tak reti nak berkomunikasi dalam bahasa tamil malah takde seorang pun adik beradik aku yang pandai speaking Tamil. Mak aku ni sebab di besarkan di kawasan estate & banyak bergaul dengan orang india dari kecik. Dia pun ada family angkat di kalangan orang india. Jadi.. Secara tak sengaja dia terbelajar bahasa tamil sehingga fasih tapi mak aku tak pandai baca dalam tulisan tamil. Cuma tahu cakap jer.. Setakat tengok filem tamil memang tak payah susah2 nak baca subtitle la.


Dulu masa kecik.. malu jugak la kalau ada orang ejek2 atau sindir sebab mak aku pandai cakap tamil. Bila depa dengar mak aku berbual dengan kawan2 India dia kat mana2 tempat awam.. Atau kawan2 india dia datang rumah orang macam gelak2. Atau pandang sampai tak kelip mata nak2 lagi kat tempat awam. Aku rasa macam terhina sikit la. Padahal.. Apa nak hina. Cuma bahasa. Yelah.. dulu mentaliti mungkin cakap tamil macam low class.. speaking english atau cina tu high class sangat la tapi sekarang serius.. aku rasa bangga mak aku tahu lebih dari 1 bahasa. Setakat reti speaking tak rare sangat la sebab majoriti ramai orang melayu sekarang memang boleh speaking english termasuk la budak2 kecil. Sampai ada anak orang melayu tak reti cakap melayu tapi hanya tahu english je. Jadi takde apa nak di banggakan sebab english sekarang bukan bahasa yang susah nak belajar. Tapi kalau yang pandai cakap tamil.. cina atau bahasa2 lain selain english tu yang rare sebenarnya.

Bila tengok bangsa2 lain cakap bahasa bangsa lain kat video ni >> Bahasa2 Yang Mereka Gunakan Sangat Mengkagumkan << aku rasa depa patut interview mak aku sekali. Hahahaha.. Mak aku jugak kategori yang boleh bercakap lebih dari satu bahasa walau sekolah tak tinggi sampai ke puncak KLCC.

Moral of the story.. Setiap bangsa ada keunikkan bahasa dia tersendiri. Macam India kalau bercakap dorang ada gerak kepala tersendiri. Setiap gerakkan tu ada maksud tertentu. Tu keunikkan bangsa India & bahasanya. Jangan menghina bahasa atau bangsa sesiapa.. Islam tidak ajar kita merendah2 kan orang lain walaupun berlainan bangsa & agama.

P/S : Sehebat manapun kita tahu lebih dari satu bahasa tapi kita tak boleh lawan bahasa budak2 sekarang.. Depa guna bahasa dari planet. Bahasa Alien.. Aq nuck muckan hahahaha.. maafkan saya. saya tak arif bahasa alien. hehehe

ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360

ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360. Aku pernah tulis pasal isu sindir menyindir orang yang tak perlukan application camera untuk cantikkan muka depa yang katanya natural beauty tu. Ambil gambar muka tengah teran nak berak pun tetap nampak cantik. So,apa kelas nak guna camera effect ni. Berbanding orang yang mungkin muka tak la comel sangat,kulit pun tak gebus gebas.. Dah la tengok muka sendiri dalam cermin asyik terkejut je. Nak jugak tengok muka sendiri dalam gambar sambil tersenyum.


Yelah.. bila tengok applikasi camera yang mampu buat beast jadi beauty at least bagi motivasi jugak depa untuk menjaga kebersihan, kesihatan & kecantikkan diri. Aku pun macam tu. Bila tengok gambar yang editing cantik nak mampus.. Aku pun semangat sikit nak menghabiskan duit kat guardian beli skincare katanya. Bukan apa nak jugak suatu hari nanti jangankan jerawat.. ruam sebijik pun tak ada kat muka. Gebu macam emma maembong katanya. Boleh la main lempang2 manja kat tempat awam dengan laki sendiri sambil minum est cola.

manusia mana tak mengimpikan wajah yang menarik.. Kalau tak cantik pada pandangan mata orang pun cukup la cantik kat pandangan mata sendiri & pasangan. Beruntung la hangpa yang lahir dengan kecantikkan semulajadi. Kulit tak sensitif. Takde masalah jerawat,jeragat,sopak,kurap,panau bagai walau bangun tidur pun kadang2 sampai mandi baru muka tu kena air. Apatah lagi nak beli skincare penuh meja solek.. memang tak la. tapi tetap jugak cantik walau ambil gambar guna camera dari sematpon galaxy Y yang dah masuk kategori ketinggalan zaman tu. Sebab Allah dah bagi kelebihan kat hangpa walau cuci muka pakai sabun cap kapak pun lawa tak abis jangan dok kutuk sangat orang yang gambar nampak cantik sebab camera effect. Kalaupun hangpa lawa tak payah la perasaan sangat hangpa paling lawa dengan dok kutuk muka orang tanpa camera effect macam celaka bagai. Bukan tak ada yang buat status menghina macam ni kat FB. Aku sendiri pernah baca & komen kat status macam tu. Padahal aku tengok gambar dia pun tak macam original sangat. Macam ada jugak kesan2 editing.

Ingat.. sebab Allah bagi muka hangpa cantik je hangpa rasa macam hangpa berhak hina orang bagai. Sekali Allah nak uji muka jadi retak seribu.. Time tu tengok sapa yang gelabah dok search applikasi camera kat playstore.

Orang akan upload gambar yang dia rasa cantik je sebab tu aku kata orang yang perasan cantik tak guna camera effect ni sebab selama ni walau orang tak puji pun dia rasa muka dia lawa tahap dewa dewi bintang tiga dah walau guna camera standard dalam smartphone tu. padahal kadang2 smartphone tu memang dah cipta camera dia bila ambil gambar nampak cantik dah tak perlu nak install applikasi camera gebu gebas.dah include effect tu dalam standard setting camera tu. Sebab tu dia rasa walau tak payah edit gambar nampak cantik. tapi tetap namanya effect camera jugak. Yang rasa lawa pun kadang2 sebab dia guna teknik macam ni je tu gambar dia nampak cantik >> Ini Sebenarnya rahsia gambar nampak cantik << Padahal kalau face by face sama level je muka dia dengan watak hantu kak limah.

Moral of the story.. Orang yang cantik sebenarnya orang yang bijak. Sebab kebijaksaan sahaja boleh membuatkan sesiapa saja nampak cantik

PADAH TERLAMPAU MENUNJUK BILA BERCINTA DENGAN ARTIS

PADAH TERLAMPAU MENUNJUK BILA BERCINTA DENGAN ARTIS. Dah nama pun retis.. Bukan je kisah kerjaya dia dalam dunia seni ni orang nak ambil tahu, malah kisah peribadi, keluarga apatah lagi kekasih memang jadi buruan media la. Bukan je yang popular tu artis je orang yang rapat dengan dia juga jadi perhatian terutama pasangan dia la. Yelah.. dunia hiburan sekarang memang lebih suka highlight retis ni couple dengan sapa, nak kawen dengan sapa, bercerai kenapa,sapa kekasih gelap dia.. Memang cerita2 macam tu ada value. Post jer berpusu2 orang clik katanya.


Bila baca satu gosip ni.. kisah makwe pelakon sharnaaz ahmad yang di tuduh syok sendiri sebab dia je rajin upload gambar dengan sharnaaz tapi bagi pihak sharnaaz takde sangat. Biasa la lelaki kan.. Mungkin sebab sharnaaz ni dah banyak kali bercinta tapi tak jadi dia malas nak show off sangat la makwe baru dia yang katanya kakak kepada Neelofa. Tu la kan bercinta dengan orang popular ni. Bila dia tunjuk siapa kekasih dia orang tuduh dia yang lebih2 padahal si retis takde pun nak bagitau orang yang dia tu kekasih si retis padahal depa tahu la apa hubungan yang terjalin antara mereka. Kalau tak nafikan tu maknanya ada la tu.. Kalau takde pun maybe saja nak create gosip untuk naikkan nama dalam industri hiburan.


Jadi perempuan ni macam tu la.. Sebab perempuan dia punya excited pada sesuatu perkara tu lain macam sikit. Apa je dia dapat kalau boleh semua dia nak bagitau orang. Apatah lagi kalau dapat pakwe retis ni, kan? Sebab tu jadi perempuan ni kadang2 kena tunjuk jual mahal sikit.. Tak payah excited sangat. Sebab nanti yang buruk semua perempuan yang kena tanggung. Sebab perempuan ni kita sedia maklum lebih terdedah kepada fitnah. Dah lumrah kehidupan yang kita tak boleh nak ubah. Apa yang boleh kita buat adalah kita je berubah, Insya Allah dengan berubah mampu mengubah persepsi orang terhadap kita.

Sumber Erafm

Moral of the story.. Zaman media sosial ni bukan macam zaman TV hitam putih. Jangankan nak tengok rancangan gosip.. Nak tengok rancangan TV pun kena bersusah payah macam ni >> Kesusahan Orang Dulu Nak tengok TV << Jadi, Sebab teknologi dah memudahkan orang menyebarkan gosip maka kita kena slow down dalam beberapa perkara agar tak menimbulkan fitnah & salah sangka.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com