Showing posts with label Harum Malam. Show all posts

INILAH AKIBAT TERUS GUNA PRODUK GLAMOSKIN

Masa baru dapat produk ni wah kemain excited sangat aku. Nak2 baca testimoni dia yang memang menggugat jiwa seorang perempuan ni. Al maklum orang pompuan ni mudah sangat terpengaruh dengan produk.. Tak kira produk kecantikan atau kesihatan. Tak menyempat nak tenyeh kat muka. Dapat tu.. saat tu jugak nak try.


Nak2 pulak kulit aku ni jadi bermasalah teruk sikit.. Maybe guna foundation yang tak sesuai dengan kulit even bila pakai foundation tu.. memang nampak sekata & cantik.  tapi Jadi berjerawat kemudian bila kecut jadi berparut. Memang seram jugak la tengok muka sendiri dalam cermin. Lebih seram dari tengok filem Long Khong tau. hahahaha So, aku harap sangat la glamoskin ni menjadi wonderpets datang membantu.

Lebih kurang camni la jenis parut bekas jerawat yang berlaku tapi ni gambar aku google jer. Sekadar contoh

Tanpa fikir panjang dapat je terus guna even sebelum ni aku guna produk lain. Akibatnya kulit terima kejutan.. naik pulak jerawat pasir yang macam ruam2 tu. Hambik kau! tak menyempat sangat katanya nak cantik. Maka aku stop sekejab guna semua produk selama lebih kurang seminggu lebih baru aku mula try balik Glamoskin. Alhamdulillah tak ada sebarang effect jahat. Aritu maybe depa bergaduh sikit kot kat kulit aku, tetiba je kau tenyeh warga baru tak bagi salam kan, kekekeke. Salah sendiri jugak terus campur produk.. sepatutnya sebelum bertukar produk memang kena stop sekejab seminggu dua. sesetengah orang ok boleh je tukar secara drastik, sesetengah orang kulit sensitif ni memang jadi krisis identiti sikit la kalau tukar secara mengejut camtu.


Setakat ni.. Kulit semakin pulih, parut jerawat akibat salah pakai foundation tu dah semakin pudar. Yang best produk Glamoskin ni.. Pencuci muka dia memang lepas pakai kita rasa rasa muka jadi licin.. & bau dia wangi. Dia menghalang jerawat dari tumbuh jugak. Collagen gel dia.. selain dari penggunaan berterusan dapat mengembalikan keremajaan kulit anda.. dia mampu mencerahkan kulit seawal seminggu selepas penggunaannya. Selain merawat masalah jerawat & memulihkan kesan penuaan pada wajah dengan penggunaan berterusan. Yang best collagen gel ni langsung tak berminyak.. kita sapu terus meresap dalam kulit. Kulit muka sensitif memang tak sesuai guna jenis cream yang berminyak ni jadi collagen gel sesuai untuk kulit berjerawat & berminyak. Dan tak mengeringkan kulit jugak jadi yang berkulit normal pun boleh pakai. Collagen gel ni pun tak perlu sapu banyak2.. sikit jer. Ambil hujung jari & ratakan ke seluruh muka. Boleh pakai setiap pagi & malam atau sebelum makeup. Tang guna sikit tu.. bagus. Kiranya boleh tahan lebih dari sebulan. Jimat kan?

Even aku guna tak sampai 4 minggu lagi.. Alhamdulillah masalah jerawat & parut jerawat nampak berkurangan. Bila jerawat tak tumbuh maka takde la parut baru. Kekekekke. So, aku akan teruskan dulu.. Insya Allah penggunaan secara consistent dapat membantu memulihkan kulit yang rosak & penuaan di wajah. kalau lepas ni tetiba orang tegur aku guna bahasa korea memang salah Glamoskin la buat aku jadi cantik & gebu macam orang korea (ok.. Ini berangan tahap melampaui batasan kemanusiaan)  hahahahaha
Boleh refer kat entri ni kalau nak tau kelebihan produk ni >> GLAMOSKIN <<

Kalau berminat boleh order kat sini
Fanpage :  https://www.facebook.com/GlamoSkin
Atau nak baca & tengok gambar testimoni2 yang lebih menghasut hangpa nak cuba boleh tengok kat sini>. Testimoni Produk & Video testimoni <<

PENYELESAIAN MASALAH BILA KULIT TERLAMPAU REMAJA

Aku tak pernah mengaku diriku masih muda tapi aku akui aku remaja lanjut usia. Hahahaha.. Bila dah remaja lanjut usia ni.. yang lanjut cuma usia tapi yang lain2 still remaja katanya. Bila dah terlampau remaja sangat.. tinggi pun terbantut. Bukan tinggi jer terbantut, kulit muka pun remaja sangat Uolls..

Remaja tang ni ja katanya.. -Sumber gambar google -

Katanya bagus la awet muda.. Kalau awet muda memang bagus yang tak bagusnya keremajaan hanya tang jerawat jer. Dah macam remaja baru akil baligh pulak padahal dah masuk zon mak dara dah ni. Masalah jugak la kalau jerawat je terlalu remaja sangat. nak bagi kulit jadi remaja yang cantik gebu gebas maka aku pun try la satu produk ni. Produk ni sampai ke tangan aku 28 November 2014..

 Pasal ni la yang cheq excited sangat tak sabaq nak try

Mungkin ramai yang tak familiar lagi dengan produk Glamoskin ni. Tapi kalau harum malam pernah dengar kan? Produk ni di hasilkan di korea untuk di edarkan bawah label Legacy secret baru je masuk ke pasaran Malaysia 30 Oktober 2014 lepas. Sememangnya produk legacy secret ni jarang mengecewakan pengguna. Tu di akui memang betul.. Kat sini aku ada 2 produk Glamoskin.. Cleanser & Collagen Gel..

 Yang aku nak tenyeh2 kat muka adalah 2 benda ni.

Yang best pasal Glamoskin cleanser ni adalah, Bahan di gunakan bahan semulajadi dari ekstrak tumbuhan, Menggunakan teknologi nano dengan bahan aktif Niacimade PC dari Korea dan yang paling penting bebas Merkuri & Hydroquinone yang mana ramai tahu 2 bahan ni sangat bahaya pada kulit. So,produk ni selamat di gunakan sebab takde dua bahan tersebut. Nak tengok kesannya boleh nampak selepas 30 hari penggunaan. Kalau terlalu cepat pun.. Kadang2 tak selamat. Sebulan tu kira ok la kan? Jangan obses sangat nak cantik cepat.. konon seminggu kulit gebu macam artis korea alih2 lepas sebulan muka jadi macam mangsa suntikan botox yang tak jadi.

Collagen Gel ni lagi best.. Nama pun collagen kan? Semua terbayang wajah kembali ke sweet seventeen gitu.. Sapa tak nak muka sweet seventeen ye dak?? Kalau kat FB kekonon buat status macam annoying jer orang kata muka macam budak2 & tanya tips nak bagi nampak dewasa kononnya tapi sebenarnya kembang kuncup lubang idung tu kena puji awet muda.. Betapa bangganya bila muka awet muda ni Tuhan je yang tahu.. kekekeke.


Katanya ini Collagen pertama dalam bentuk cream.Penggunaan Teknologi korea yang canggih dengan formula kosmetik yang baru seperti Niacinamide PC buatan Korea. Antara kebaikkan Collagen Gel ni adalah..

  • Membaiki DNA kulit
  • Mengawal Minyak
  • Mengecilkan liang Pori
  • Memutihkan
  • Menghilangkan Pigmentasi
  • Kesan seawal 4 minggu
Kelebihan lain produk Glamoskin ni.. harga dia agak berpatutan la berbanding produk collagen yang lain. Dia jugak boleh mencegah kesan buruk dari sinar UV matahari pada kulit & dengan pemakaian yang berterusan sehingga 6 bulan keatas, Insya Allah dapat mengembalikan kemudaan pada wajah anda sehingga 4 ke 6 tahun dari usia sebenar. Boleh la buat status annoying kekonon rimas la orang ingat budak2 & selalu kena panggil adik. kekekeke.. Usik jer tu jangan marah na... Dan yang paling penting bau dia harum mewangi gitu.. terutama cleanser dia

Produk ni jangan risau dah di daftarkan di bawah kementerian kesihatan Malaysia. No rujukan
NOT140703528K

Kalau rasa2 terhasut dengan kebaikkan yang aku sogokkan ni boleh la usya produk ni kat sini
Fanpage :  https://www.facebook.com/GlamoSkin
Atau nak baca & tengok gambar testimoni2 yang lebih menghasut hangpa nak cuba boleh tengok kat sini>. Testimoni Produk & Video testimoni <<

P/S : Lepas korang tunggu pulak aku bagi testimoni.. Tapi untuk next entri la yer


HARUM MALAM.. WANGI KETAT DAN TEGANG

Wah.. cerita apa ni harum malam bagai. Cerita seram ke.. cerita pontianak ke hapa ni?? Ala2 macam tajuk filem pulak kan.. Pontianak harum sundal malam. ataupun cerita 18sx?? apa yang ketat?? apa yang tegang?? Ini bukan kisah pasal filem ini kisah realiti ok! Realiti yang wujud di bumi kita ni.. Lebih menarik dari filem seram. So, berminat nak tahu kisah Harum Malam ni.. teruskan membaca.

Ni makcik lekit nak share dengan korang 1 produk yang maybe korang tercari cari selama ni untuk menyelesaikan masalah dalaman korang yang kadang2 korang malu nak share dengan orang lain. Yelah.. tak semua orang terbuka nak cerita masalah dalaman atau luaran atau masalah bau bauan dia pada semua orang kan? Jadi dia akan bertanya cik google je la. So bagi yang pemalu untuk bertanya.. korang tak payah tanya makcik lekit sendiri tolong bagitau.


Mesti ada yang pernah dengar tapi tak mustahil jugak ada yang tak pernah tahu pasal produk ni. Harum Malam apa tu? Harum Malam ni satu produk suppliement dalaman untuk wanita yang menghadapi masalah bau badan& jugak boleh merapatkan vagina (alat intim wanita) & banyak khasiat2 lain seperti

1.Membantu menyegar & menyihatkan badan.
2. Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
3. Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
4. Melegakan panas badan.
5. Menegangkan payudara.
6. Memulihkan rasa rapat.
7. Mengencang otot kewanitaan.
8. Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
9. Menambah keharmonian suami isteri.
10. Menyihatkan rahim.
11. Mencantikkan payudara agar sihat & montok

Masalah bau badan ni jangan pandang ringan ok.. Bukan saja boleh membuat kita hilang keyakinan diri tapi boleh menganggu keselesaan orang lain juga boleh menjadi penyebab ikatan kekeluarga menjadi renggang & pergaulan dengan kawan2 atau hubungan dengan orang luar pun boleh terjejas. Yelah.. kalau sebatu jauh pun boleh dah bau badan.. macam mana nak berkumpul ramai2 duduk dekat2 bergurau senda, berbincang atau menonton mahupun makan bersama. Pernah den sendiri kerja dalam 1 pejabat yang kecik, tetiba masuk satu akak staff baru masa tu.. Masuk je dia dalam opis kecik kita yang tertutup & ber aircon tu dengan badan dia yang berbau,sesak jugak nak tahan nafas. Jangan sampai jadi macam tu la.. Takkan orang lain boleh bau badan kita.. kita yang dok bawa di ke hulu hilir tak bau langsung, kan??


Kadang2 kita rasa orang tak bau apa yang kita bau di badan kita tapi jangan lupa kadang2 orang tak sampai hati nak bagitau yang badan kita tu busuk. Jadi kalau kita sendiri rasa badan kita ada bau yang tak selesa.. Jangan tunggu sampai bau bangkai dengan bau kita dah macam sama bau.. kang kita dok sedap tidur dalam bilik orang ingat dah jadi mayat pulak, mesti sentap kan? So, Cepat cari produk Harum Malam ni. Walau namanya Harum Malam.. tapi harumnya bukan waktu malam untuk bersama encik suami jer tau.. Harumnya setiap minit & jam walau di mana juga anda berada.


Ramai wanita yang dah berkahwin lebih mengutamakan ketat metat kat tut sebab nak bagi suami sayang lebih tapi setakat ketat tang tut jer pun tak guna kalau jarak 100 meter pun boleh bau badan dia. Selalu sakit sini sakit sana.. gunung2 pun mengelebeh sana sini.. Jadi produk harum malam ni senang.. sebab dalam 1 produk dapat menyelesaikan banyak masalah. Badan wangi, miss V kembali ketat macam anak dara & badan pun sihat. Cukup pakej untuk hidup bahagia.. Insya Allah.

Cara pengambil produk ni sangat senang.. cuma perlu minum 2 kali sehari (1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur) & korang boleh tengok & rasa kesannya dalam tempoh yang singkat. Boleh guna tanpa was was. Dan produk ni juga takde kesan sampingan setelah di ambil. Sebotol berisi 250ml.. besar jugak botol dia walau dalam gambar nampak comel.

Harum Malam, supplemen dalaman mewangikan tubuh sepanjang masa. Diadun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba seperti sirih, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata, pueraria mirifica yang dapat membantu mengatasi bau yang kurang enak dari tubuh. Hasilnya tubuh akan wangi semulajadi jika diamalkan berterusan. Ia mampu membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Ianya juga dapat mencegah masalah dalaman wanita, memberikan tenaga dan menambahkan stamina untuk melakukan aktiviti seharian. 
Ramuan : Ekstrak Ros, Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica.

Harga dia mampu milik. sebotol hanya rm33 semenanjung Malaysia /rm39 sabah/sarawak (tidak termasuk pos), rm40 semenanjung/ rm45 sabah sarawak (termasuk pos), kalau bli 3 botol..  rm100  Semenanjung Malaysia Rm110 sabah/sarawak.. (termasuk pos)



atau kalau korang nak tengok testimoni, nak order atau lebih info pasal produk ni korang boleh pergi ke page dorang kat

https://www.facebook.com/masalahwanita
https://www.facebook.com/pages/Ladys-Dreams-House/533563800066352?notif_t=page_name_change
https://www.facebook.com/Rahsia.Kecantikan.Abadi
https://www.facebook.com/HARUMMALAMHOT

Pada yang berminat boleh la mencuba tapi apa yang penting semua ini adalah iktiar & usaha kita untuk menjaga kesihatan & kebersihan badan selebihnya hendaklah kita berdoa & tawakal kepada Allah. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu dengan keizinanNya juga. Apapun kita tetap kena berusaha bukan hanya menadah tangan berdoa tapi tak buat apa2.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com