Showing posts with label menantu. Show all posts

PERLU KE TAYANG KEPADA UMUM VIDEO SEMASA NAK BERSALIN

PERLU KE TAYANG KEPADA UMUM VIDEO SEMASA NAK BERSALIN. Kalau zaman dulu.. Zaman beranak dengan bidan kampung. Masa nak beranak tu habis semua mak bidan halau kecuali mungkin sorang yang membantu dia untuk uruskan orang nak bersalin tu. Habis tutup ni.. Supaya orang lain tak nampak. Betapa orang dulu - dulu sangat menjaga 'malu' tu.


Tapi zaman sekarang kalau hospital tu izinkan aci boleh sekampung dia nak bawa masuk dalam LR. Nasib baik la hospital kalau kerajaan ni hanya suami je la boleh temankan isteri selebihnya petugas2 perubatan macam Nurse & doktor je la. Kalau hospital private ni tak tau la boleh masuk beramai ramai ke tidak... Almaklum la aku cuma ada pengalaman sekali je beranak kat hospital kerajaan. Tu pun aku rasa service dah cukup baik.. Tak payah nak spent duit banyak2 nak bayar kos bersalin kat private hospital. Mungkin nasib aku juga.. Allah permudahkan & masa tu di bantu oleh orang2 yang baik.

Baru2 ni viral sebuah video menantu tiri kepada seorang artis terkenal nak bersalin. Memang la video tu tak tunjuk semua.. Tunjuk part2 yang masih lulus untuk tayangan umum jer. Part muka dok teran nak beranak.. Muka dok tahan sakit.. muka menangis lepas anak lahir.. siap nampak ok kemaluan anak dia. Mungkin depa urban kot.. Tapi kalau aku memang tak la kan nak tunjuk muka aku nak meneran.. muka dok tahan sakit bagai.. Mau aku tutup habis account media sosial kot malu. Yelah.. tak sama. Aku gambar muka sendiri pun jarang sangat nak upload kan.. Apatah nak upload video masa nak beranak.

Record moment tu bagi aku sweet la. Kalau yang ada kemudahan tak salah nak buat benda yang sama. Buat & simpan la moment tu baik baik sebab ia sangat berharga ok! Zaman dulu tak ada kemudahan macam sekarang, Tak salah kita nak guna teknologi menyimpan kenangan macam tu. Benda tu nanti boleh tunjuk kat anak anak.. Macam mana struggle seorang ibu nak lahirkan mereka. Tapi video2 macam tu aku rasa patut jadi benda yang privacy kot.. Tak perlu nak sebarkan pada orang lain. Sekarang ni depa masih mengamalkan hidup ala2 western kan.. Mana tau satu hari dah dapat hidayah, berhijrah kearah yang lebih baik. Benda2 tu aku rasa mungkin jadi benda yang mereka menyesal buat. Dalam keadaan yang sepatutnya orang tengok kan.. Aku pun bukan baik. Bukan jenis bertutup litup sangat tapi fikir jangka masa depan. Bila benda ni dah ada dalam google search sampai bila bila pun orang boleh cari.

Apapun tengok ramai yang touching tengok video tu.. Yelah.. orang kita memang macam tu suka touching dengan macam macam perkara yang jadi viral kat media sosial tapi setakat tu la touching dia pun. Lepas tu dia tak ingat pun yang dulu mak dia nak beranak kan dia pun susah macam tu jugak. Mak baru cakap sepatah.. Dia dah high pitching kat mak dia katanya. Jadi.. kadang2 video2 macam tu memang tak bagi apa2 impak kepada manusia yang jenis acah acah termotivasi.. terinspirasi bagai tu. Jenis acah acah ni.. sampai bila2 pun dia sekadar acah acah je kan... hikhikhikhik.

P/S : ramai akan judge entri ni sebagai dengki. Biasa la tipikal orang kita katanya.. hehehehe

MERTUA! JANGAN SUKA MASUK CAMPUR & JANGAN PULA TIDAK PEDULI LANGSUNG

MERTUA! JANGAN SUKA MASUK CAMPUR & JANGAN PULA TIDAK PEDULI LANGSUNG. Semalam terbaca update dari seorang bekas blogger.. Sebab rasanya sekarang dia dah tak tulis blog jugak seorang bekas peguam.. Lepas beranak dua dia memilih menjadi surirumah & membuat perniagaan secara online.. Suka juga aku baca pandangan dia terhadap sesuatu isu.. Dah banyak kali kot apa yang dia tulis tu jadi viral. Masuk blog OH!Bulan bagai..


Semalam dia cakap pasal mertua yang  suka campur dalam urusan rumahtangga anak menantu.. Ok aku sertakan jugak la coretan panjang lebar dia kat bawah ni.. Supaya yang baik boleh kita jadikan panduan & yang buruk kita jadikan peringatan..

Selalu org cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu,orang akan cakap-ibu hanya ada satu,isteri boleh cari lain-
Tapi mkk saya pantang dengar ayat ni..mak cakap ibu hanya ada satu,isteri yg dinikahi sekarang pon hanya ada satu..kerana ibu jgn sampai buang isteri,kerana isteri jgn sampai buang ibu. Kite wajib taat pada ibu kite tapi berdosa kalu kita aniaya isteri kita.
Mak selalu pesan pada adik2 lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak.kena tahu balance kan antara dua..mak kata kalau ada masalah dgn isteri kena baiki bukan buang dan cari lain.jgn sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalu terjadi apa2 pertelingkahan dlm keluarga walaupon hakikatnya mmg bini bleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pon dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan kain buruk,masa baru pakai mase buruk buang. Repair dulu ,rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.
Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka..mak sy ramai ank lelaki so mak mmg tak campur urusan rumahtangga diorang sebab mak selalu pesan,sebagai mertua jgn masuk campur urusan ank menantu,sebagai ibu kite hanya perlu bg pendapat apabila diminta..campur tangan kite sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan..yg mok pegang-nak marah kene marah anak sendiri jgn marah anak org.bagi nasihat berkenaan hal rumahtangga anak hanya bila diminta .selalu ingatkan anak utk melayan isteri dgn baik .(saya sbgai anak perempuan pon mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumahtangga.
Sy selalu tanya,kenapa mak sgt terbuka dlm hal mcm ni..sgt positif dan sgt bertolak ansur dgn anak menantu..dan kadang2 mak lagi sokong apa yg menantu buat berbanding apa yg anak buat..
Mak cakap apa yg mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pon seorang isteri dan ibu..apa yg mak nak cakap kat menantu mak akan terbalikkan ayat tu pada diri mak dulu. kena hati2 sebelum nak cakap apa2 kerana hidup bukan hanya utk diri mak sahaja,ianya berkait rapat dgn org sekeliling.
#panjangtaip #nasihatmakpadaanak

Tu kisah mertua yang suka masuk campur hal rumahtangga anak menantu. Yang jarang orang highlight pulak jenis mertua yang tak peduli langsung.. Bukan benci tapi entahlah.. Jenis mertua dia ada perasaan kesian ke sayang ke hapa kat anak menantu & cucu. Kira orang yang kawen dengan anak dia tu.. Hangpa tanggung la susah anak dia 100%. Tapi yang senang anak dia kalau boleh dia pun nak tumpang jugak. Cucu ke hapa.. lantak hangpa la. Nak datang tengok anak menantu & cucu pun jangan harap la. Kalau boleh yang susah2 tu jangan la bagitau dia.. Dia memang tak mau tau langsung. Anak dia sakit ke cucu dia sakit ke.. Tolong jangan bagitau dia. Apatah lagi menantu.. Bukan anak dia. Mereput la kau kat situ sorang sorang. Sebab dia tak nak bila dia tau dia kena datang jenguk & dia rasa benda tu menyusahkan dia. Even datang jenguk pun memang dia tak nak apatah lagi nak tolong jaga. Dia lebih selesa buat urusan sendiri. Tapi bila dia susah.. perlukan bantuan anak menantu.. Pandai pulak cakap harap anak menantu dapat jaga dia bagai. Masa sebelum ni dengan bongkak cakap.. Dia jaga diri sendiri.. hangpa jaga la diri sendiri jugak. Jangan bagitau dia apa2 pun masalah.. Sebab dia tak berminat pun nak tahu jauh sekali la nak rasa simpati. Dia tak tunjuk rasa benci ke.. rasa tak suka ke hapa. Layanan dia tetap baik bila anak menantu & cucu balik jenguk dia. Cuma baik mulut je la.. Dihati dia mungkin tak ada apa2 rasa kot. Dia macam tak ada rasa nak ambil berat langsung. Yang dia takut.. Anak menantu menyusahkan dia jer... Kesian kan kalau dapat keluarga mertua macam ni. Nak2 lagi kalau menantu tu memang yatim piatu pulak.. Tak dapat la menumpang kasih sayang mak ayah mertua. Nak tumpang pun orang tak sudi nak tumpangkan.. so how???

Memang pelik kalau dapat mertua macam ni.. Kau takkan ada peluang untuk rasa di sayangi atau untuk memupuk kasih sayang terhadap mertua macam ni. Bila dah orang tak pernah pedulikan hidup kau.. anak bini/laki kau.. Mustahil la kau mampu  nak sayang orang macam tu. Even mertua ni taraf dia sama macam mak bapak sendiri tapi tu la.. anak kandung pun kalau kau tak pernah belai, tak pernah sayang & tak pernah jaga.. Susah dia untuk sayang kau jugak. Perasaan tu nak ada kena ada connection antara dua pihak. Takkan wujud perasaan sayang tu bila dua pihak yang sebelum ni tak pernah saling mengenali tetiba terjalin hubungan kekeluargaan kerana perkahwinan tapi sepanjang perkahwinan keluarga mertua tak pernah tunjuk rasa sayang & ambil berat. 

Dari kisah tu.. Selalu aku fikir. Mungkin inilah sebab bila mak bapak dah tua & habiskan sisa hidup di jalanan atau di rumah orang orang tua. Kadang2 kesilapan tu adalah dari diri mereka sendiri. Mereka tak pernah pedulikan anak anak.. Masa sihat, masa kuat.. tak pedulikan anak menantu cucu. Anak pun banyak membesar sendiri. Habis sekolah pandai2 la kau nak hidup. Masa sekolah pun tak pernah peduli pasal masa depan anak. Bila kudrat di mamah usia.. Mengharapkan simpati & kasih sayang dari anak menantu & cucu.. sedangkan dulu mereka tak pernah peduli langsung. Perasaan manusia ni.. Bila satu ketika orang tak pernah peduli pasal kau nak2 lagi masa kau susah sangat.. tetiba bila dia susah harapkan pertolongan & simpati kau.. memang time tu la setan nak main peranan. Dia ayat2 sikit2 pun dah boleh tumbang.. Sebabnya dalam hati kita tu memang perasaan sayang & kasih dah tak kuat. Sebab kita cuba memberi tapi orang macam tak peduli. Lama2 kita pun bosan jugak la kan.. Iman kita pun senipis kulit bawang pulak. Lepas setan, iblis pulak cucuk. Maka semakin terpesong la hati kita ni dari landasan...

Yer.. betul! Apapun kesalahan ibu bapa.. Tidak habis tanggungjawab kita sebagai seorang anak atau menantu. Cuma tu la.. Anak membesar & terbentuk dari bagaimana acuan kita untuk mereka. Kita membentuk perasaan tidak peduli.. tidak simpati..& tidak bertanggungjawab.. Jangan salahkan anak - anak jika acuan kita tu suatu hari akan melukakan hati kita kembali.

Apapun sebagai anak.. Kalau dapat mak bapak atau mertua macam tu.. Belajar la memaafkan. Memang susah.. Tapi terpaksa cuba jugak. Kita tak ada pilihan selain kena juga berkhidmat untuk mereka takhkala mereka dah tak mampu untuk menguruskan kehidupan sendiri. Biarlah apa yang mereka buat.. Allah yang mengadilinya. Mohon pada Allah sentiasa lembutkan hati kita bila ia mula membatu dari sikap ibu bapa atau mertua kita yang tidak pernah peduli dengan hidup kita selama ini. sentiasa ingat ganjaran dari Allah pada setiap kebaikkan yang kita buat..

Moral of the story.. Hari ini mungkin kita anak, kita menantu & kita cucu.. suatu hari fasa tu akan berubah kita mungkin jadi mak,bapak,mertua, atuk & nenek. Jadi.. What you give, you get back. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. hikhikhik

P/S : Kisah yang di kongsi ni bukan kisah sesiapa.. kisah ni di adaptasi dari drama TV slot akasial tv3suku. hahahaha

KISAH SEORANG SUAMI SANGGUP KE IPOH & KEMBALI KE PARIT UNTUK AMBIL GAMBAR ARWAH ISTERI DI BAWA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA

KISAH SEORANG SUAMI SANGGUP KE IPOH & KEMBALI KE PARIT UNTUK AMBIL GAMBAR ARWAH ISTERI DI BAWA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA. Pagi2 hati bagai di sentap membaca sebuah kisah cinta dari seorang lelaki teragung katanya.. Kau tetap tu nak guna ayat2 drama. Biasa la.. lebih dramatik lebih terkesan di hati katanya.. Tapi betul la kisah seorang pakcik ni memang buat aku rasa..'Alahai.. sedih campur terharunya. Yelah.. kebanyakkan lelaki lepas isteri meninggal je tak sempat kering tanah kubur dah sibuk nak cari penganti kan.. Tapi bukan semua lelaki yang cari penganti selepas isteri meninggal dunia tu cepat sangat lupakan isteri dia.. Mungkin kerana dia fikir perlu seseorang menggantikan ibu kepada anak anak & mengisi kekosongan dalam kehidupan..Tak salah pun dari yang bini tak sempat mati dah bawa lari perempuan lain kawen senyap2 kat negara jiran kan.


Walaupun ramai lelaki yang tak sempat tunggu bini mati dah nak cari penganti.. di celah celah tu masih ada lelaki teragung yang setia sepanjang hayat dengan isteri yang selama ini berkongsi hidup, susah & senang bersamanya. Di cerita oleh seorang photographer di media sosial tentang pakcik ni.. Dia sanggup balik kerumah dia di Ipoh semata mata nak ambil satu sampul berisi sekeping gambar isterinya untuk di abdikan semasa photoshoot majlis perkahwinan anaknya.. Katanya takut tak cukup korum (tak lengkap potret keluarga)


Menurut photographer yang menceritakan kisah pakcik tu katanya setiap hari sepanjang 4 tahun dia akan ke pusara isterinya membawa bunga.. Sweetnya. Semoga pakcik ni bertemu isterinya di syurga nanti. Ya Allah semoga pasangan kita nanti pun akan terus meletakkan kita di hatinya walau mungkin jasad kita yang di liang lahat dulu kan...


Walaupun cerita2 macam ni selalu wujud dalam drama cinta atau novel cinta.. kisah pakcik ni membuktikan masih wujud lelaki teragung bukan hanya dalam drama cinta. Alahai.. mungkin kat luar sana pun masih ramai lelaki lelaki macam tu cuma kisah mereka tak berpeluang jadi viral.. Mungkin jugak akan datang salah seorang dari lelaki lelaki teragung ni adalah pasangan hidup kita, kan? siapa tahu... hehehee

Moral of the story.. Kadang2 lelaki ni tak tunjuk kasih sayang dengan kata kata tapi perbuatan buat orang perempuan jadi wasangka bukan bukan macam kisah suami isteri ni >> Anda Akan Anggap Lelaki ini Suami Paling Teruk.. Tapi Yang Berlaku sebaliknya. So tengok sendiri << Sebab kaum lelaki ni kadang2 susah nak di jangka kan.. Jadi untuk keharmonian rumah tangga perlu saling percaya antara satu sama lain.

INI SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA NORA DANISH & BEKAS MERTUA

INI SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA NORA DANISH & BEKAS MERTUA. Setiap tahun menjelang raya mesti isu pasal Nora Danish beraya dengan bekas mertua mesti jadi kontroversi. Maka akan muncul macam2 komen & pendapat. Ada yang jadi pengkritik & ada yang berlagak ustazah & ustaz berhujah menggunakan agama. Apapun pendapat atau pandangan nak2 lagi yang guna agama tu biarlah jelas & tak mengelirukan.


Ni tak majoriti yang aku baca komen katanya hubungan mertua & menantu takkan putus walaupun pasangan tu bercerai selalu je muncul kat isu pasal Nora Danish dengan bekas mertua dia. Aku sebenarnya dah lama nak cari jawapan pasal ni sebab aku agak keliru dengan statement macam tu. Seolah olah mengambarkan walaupun bercerai menantu tu masih ada tanggungjawab kepada bekas mertua. Yelah.. bila orang pertikai perlu ke kau nak tiap kali raya berkepit dengan family bekas mertua seolah2 kau tak ada keluarga sendiri mesti muncul komen yang mengatakan hubungan bekas menantu & mertua tu kekal sampai bila2 walaupun pasangan tu bercerai seolah olah nak bagitau orang kau wajib jaga bekas mertua kau sama macam kau jaga mak bapak kandung kau.

Ni la statement setazah2 yang tak berapa lengkap & jelas yang selalu buat aku jadi keliru. Alang2 nak jadi setazah online ni better la bagi penjelasan yang lengkap supaya tak berlaku salah faham. Isunya perlu ke Nora Nak beraya dengan bekas mertua setiap kali hari raya tapi yang komen dok mention pasal hubungan antara bekas mertua & menantu. 

Kalau ambil rujukan dari Google je nanti ada la datang mempertikai & menyindir konon jangan mengaji dengan google je perlu guru jadi aku merujuk la kepada seseorang yang bergelar ustaz & juga penceramahan motivasi yang aku kenal untuk mendapat jawapan pasal hubungan antara menantu & mertua selepas pasangan suami isteri tu bercerai.

Dari rujukan aku tu.. Yer betul.. hubungan mertua & menantu tu kekal walau pasangan tu bercerai tapi cuma hubungan Mahram. Hubungan mahram di mana bekas menantu haram berkahwin dengan bekas mertua. Sekadar itu sahaja tapi bekas menantu tu dah tak ada tanggungjawab terhadap bekas mertua seperti mana semasa dia masih menjadi menantu mereka sebelum bercerai. Bermakna tanggungjawab nak ziarah nak jaga keperluan bekas mertua tu dah tak ada macam tanggungjawab kita terhadap ibu bapa kandung sendiri tapi tak bermakna tak boleh buat. Boleh je buat atas perikemanusiaan.. nak ziarah & still berbaik dengan bekas mertua selagi perkara tu tak mendatangkan fitnah. Tapi dalam kes Nora Danish ni memang mendatangkan fitnah pun.Dari sebelum fasha sandha bercerai lagi Nora Danish sering di kaitkan dengan masalah yang berlaku dalam rumahtangga fasha & jejai. So, rasanya kalau dia nak still melekat dengan mertua tu tak payah show off sangat la kan. Mengundang persepsi negatif orang je.

Jadi pasa setazah yang selalu muncul bila isu Nora Danish beraya dengan keluarga mertua tu kalau rasa nak berhujah guna hukum agama biar jelas supaya orang2 yang baru nak belajar macam aku ni tak keliru dengan statement hangpa. Sebelum ni memang aku ingat bekas menantu tu masih ada tanggungjawab terhadap bekas mertua & aku terbayang macam mana kalau 10 kali orang tu kawen cerai.. jenuh nak jaga kebajikan 10 bekas mertua dia. Sebab depa asyik mention hubungan bekas mertua & menantu tu kekal seolah2 kau kena utamakan dia macam mak bapak kandung kau jugak walau dah bercerai.

Selepas penjelasan tu sekarang aku dah faham.. Jadi aku kongsikan la dengan orang lain yang mungkin pernah berada dalam situasi macam aku jadi confuse hubungan antara menantu & bekas mertua tu.

Moral of the story.. aku bukan pandai tapi cuma nak kita sama2 belajar je. Supaya apa yang pernah mengelirukan aku tidak mengelirukan orang lain. Pada yang nak berhujah guna agama tu make sure la benda tu jelas & tak buat orang salah faham. Jangan ambil apa yang kita nak jer.. Perlu bagitau apa yang sepatutnya,

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com